ANDAI LUCKY DI BUANG SEMULA.. ADAKAH DIA AKAN BERTEMU DENGAN LUCK LAGI??

19.1.11 Suria Lekatlekit 9 Comments

Kisah ni adalah kisah dari kesinambungan entri deqdeq berkenaan seekor anak kucing yang terjatuh dalam tasik & di selamatkan deqdeq namun atas sebab - sebab deqdeq menyewa bilik di rumah flat menyukarkan dia untuk memelihara lucky yang tidak sempurna seperti kucing - kucing lain.

Deqdeq pernah membuat satu entri apa yang perlu dia lakukan kerana dia tidak terdaya untuk meneruskan niat membela lucky & deqdeq pernah juga terfikir nak buangkan semula lucky namun dari cerita deqdeq, aku dapat membayangkan Lucky takkan mampu hidup berdikari macam kucing terbiar lain. Kecacatan yang di alami Lucky jangankan nak mencari makan sendiri.. nak selamatkan diri dari ancaman musuh pun dia tak mampu. Walau ada blogger memberi kata - kata sokongan pada deqdeq.. Supaya membuang semula lucky, dan berdoa semoga Allah melindungi Lucky aku memang menegah deqdeq buat macam tu even aku sendiri pun mengalami masalah yang sama sekiranya nak adopt lucky. Then aku cadangkan deqdeq tanya pada PAPA kucing terbiar.. Aku yakin 100% hanya PAPA sahaja yang boleh bantu lucky. Aku juga yakin PAPA takkan menolak Lucky sebab alasan Deqdeq memang munasabah.

Hari ni sempat menyinggah ke blog PAPA kucing terbiar.. Melihat sendiri video Lucky yang sangat menyedihkan tu. Sememangnya aku sudah membayangkan keadaan Lucky sebelum melihat video tu tapi hati tersentuh. Lebih - lebih terbayang sekiranya Deqdeq membuangnya semula... Lucky memang sangat bertuah. Di temui Deqdeq yang berhati mulia seterusnya di kenalkan dengan PAPA kucing terbiar yang sangat istimewa. Moga Deqdeq & PAPA di murahkan rezeki, di beri kesihatan yang baik & di beri kehidupan yang bahagia untuk membela nasib - nasib makhluk Tuhan ini. Amin..

SAKSIKAN SENDIRI BAGAIMANA LUCKY MAMPU HIDUP BERDIKARI DALAM KEADAAN YANG SERBA KEKURANGAN DISINI

9 comments:

  1. Sedey je bunyi...Nak g baca n3 pun tak sampai hati...Jap g nak g baca la jgk :/

    ReplyDelete
  2. ade bca psl lucky ni..tahniah utk deqdeq..dn gud luck utk lucky..

    ReplyDelete
  3. kucen o kucen..
    suke kucing
    Jemput keALL IN ONE

    ReplyDelete
  4. Mmg DeQdEq rasa lapang hati bila Papa Meow sudi terima Lucky...

    Klu tak mmg DeQdEq tak tau mcm mana nak buat...nak buang semula tak sampai hati sbb Lucky bukan mcm kucing lain..mungkin DeQdEq akn terus jaga Lucky..tp kesian juga kat dia asyik berkurung dlm bilik DeQdEq..

    Alhamdulillah, Allah mudahkan jalan untuk DeQdEq...semoga Lucky gembira dgn Papa Meow dan kawan2 baru

    DeQdEq rindu sgt kat Lucky...telatah dia dan mulut bising Lucky mmg buat DeQdEq teringat je kt Lucky...bila rasa rindu mst buka blog Papa Meow..

    ReplyDelete
  5. fuh!!!
    nasib baik ada penjaga terbaik..

    ReplyDelete
  6. so lucky... berperikemanusiaan sesamat hambanya... mudah-mudahan kalian mendapat berkat dari allah...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!