YANG SUKA BUAT FB & IG LIVE TU ANDA MESTI BERTUKAR KEPADA HALOTELCO

11/27/2019 10:53:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

YANG SUKA BUAT FB & IG LIVE TU ANDA MESTI BERTUKAR KEPADA HALOTELCO. orang suka buat Facebook & Instagram live. Macam macam la depa nak share tak kira la life depa ke, pergi melancong ke, food review ke, tutorial makeup, jual barang.. pendek kata ramai yang guna fungsi FB live untuk buat atau tunjuk macam macam perkara yang mereka sedang buat atau berlaku secara live video. Memang antara perkara yang memang trending la kan. lebih lebih lagi FB/ Instafamous semua bekerja dengan perkara tu.

Jadi pemilihan Telco juga main peranan la. Semua orang mesti pilih yang terbaik. Yang terbaik selalu coverage yang bagus dengan harga yang berbaloi atau lebih murah la jadi pilihan. Even kita bukan sejenis kaki live pun memang nak ciri ciri tu dalam sesuatu telco yang kita pakai sebab yelah zaman hujung jari ni ramai buat kerja atau bersosial melalui smartphone atau apa apa mobile gadget ni. 

Memandangkan perkhimatan Telco ni memang jadi satu keperluan untuk gaya hidup masa kini.. Jadi saya nak perkenalkan kat hangpa sejenis.. erkk rangkaian telekomunikasi HaloTelco. Tak pernah dengar ke Halotelco? Ok sekarang dah pernah kan.. Jadi mari kita study bersama sama apa yang best pasal Halotelco ni.


Sebagai pengenalan Halo Telco ialah simkad prabayar terbaharu di Malaysia yang dikuasai oleh talian Tunetalk dan ditunjangi oleh utiliti Celcom. Ia adalah disasarkan kepada pengguna telefon bimbit yang inginkan lebih data. Sapa tak nak data lebih.. Kadang - kadang sebanyak mana data yang di tawarkan sesebuah plan telco pun masih tak mencukupi kehendak kaki kaki online ni tapi pastinya ramai akan pilih yang lebih data & lebih jimat, ye dak?


Seperti telco lain kalau hangpa nak bertukar ke Halotelco dia sama macam kebanyakan telco lain boleh kekalkan nombor lama cuma bertukar telco sahaja. Atau kalau hangpa rasa nak daftar nombor baru pun boleh.

Pelan paling 'Terlajak laris' Halo Telco (M10) cuma berharga RM48.00 sahaja dan hangpa akan memperolehi high speed data sebesar 10GB + 60 GB high speed video data + unlimited calls to all network + 10GB basic internet sekiranya masih tak cukup data. Kalau tak cukup jugak hangpa boleh melanggan add on data boost dengan hanya RM10.00 sahaja per 10GB. Benda boleh pilih buat apa nak pening kepala ye dak?

Kalau nak yang bajet je, ada pakej lain yang hangpa boleh langgan dengan hanya serendah RM10.00 sahaja (pakej M1 1GB high speed data + unlimited calls to tunetalk numbers + 10GB basic internet) untuk sebulan. yang ni budak budak sekolah ok la kan.. Yelah sedar diri hangpa tu mak bapak tanggung lagi. Alah setakat nak upload gambar makan eskerim unicorn tu tak payah la nak ambil data banyak banyak sangat. Yang tu pun dah cukup kalau setakat nak membawang dengan kawan kawan lain pasal cikgu kat sekolah erkkk!

Kalau nak pakej pertengahan (Yang sederhana), hangpa boleh melanggan pakej RM28.00 (M6) dan hangpa akan dapat 6GB high speed data + 15GB high speed video data + unlimited calls to Tunetalk numbers + 10GB basic internet.  Boleh juga beli add on data boost dengan hanya RM10.00 sahaja sebanyak 10GB. Yang ni maybe untuk golongan surirumah & pelajar kolej/universiti. Yang sedang sedang saja.. sesuai la dengan harga pakej yang di tawarkan.


Yang hangpa semua kena tau line untuk Halo Telco ni memang stabil ok sebab depa guna coverage celcom yang kita sedia maklum antara rangkaian telekomunikasi agak baik di Malaysia. Alah.. setakat komplen sikit sikit dari pengguna tu biasa la. Mana mana telco pun ada orang komplen kan? Benda buatan manusia mana ada 100% terbaik.. mesti ada juga kurang & lebihnya kat mana mana. Liputan 4G pun laju sehingga 150mbps. Baru la bila online tak sangkut atau buat live tak buffering kan?

Pada kaki online tak kira la sebab suka suka, berniaga, bekerja, suka tengok movie, suka buat live video atau apa sahaja tujuan hangpa online & memerlukan data internet yang banyak tapi murah boleh la bertukar kepada Halotelco ni. Plan yang di sediakan juga antara plan mampu bayar buat semua golongan termasuk pelajar & surirumah.

Harga simcard dia pun tak mahal hanya RM5 sahaja ok! Boleh dapat unlimited 2000GB untuk layari facebook, Instagram, whatsapp, wechat.  60GB untuk youtube dengan 10GB high speed. Ada lagi personal insurans dan yang paling best boleh menjana pendapatan melalui Halotelco ni tau.

Bukan la taknak cerita panjang pasal Halotelco ni tapi orang kata kalau nak lebih info berkaitan carilah orang yang arif tentang sesuatu tu. Jadi kalau hangpa berminat nak bertukar ke Halotelco ni boleh hubungi :

Rafhan 
☏ Tel No : 012 558 6734

✎ Facebook : https://www.facebook.com/rafhan.samat
✐ Blog : https://halo-telco.blogspot.com/

Yang nak beli simcard Halotelco COD bandar baru bangi, kajang dan sungkai & RM10 penghantaran melalui pos (Harga termasuk kos pos)

Yang berminat nak jana pasif income melalui simkad halo telco boleh PM leader Halo Telco bangi, Rafhan

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RESEPI KEK MINYAK KUKUS UNTUK ORANG BARU BELAJAR BAKING

11/16/2019 05:10:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

RESEPI KEK MINYAK KUKUS UNTUK ORANG BARU BELAJAR BAKING. Rasa macam blur pulak nak tulis mukadimah entri ni. Lama juga jari tergantung antara keyboard dok cari ayat mukadimah akhirnya yang cerita tak ada idea nak buat mukadimah pulak jadi mukadimah katanya. Hahahahaha..

Rasanya tak payah la kot mukadimah pepanjang.. Bukannya hangpa rajin baca sangat pun lebih lebih lagi entri resepi. Sama la macam den kalau google resepi.. kat blog orang jarang sangat den  nak baca mukadimah dia. Aku terjah kat perenggan resepi saja. Jadi saya tahu ramai pun satu spesis macam saya jadi apa kata kita terus ke segmen dapur lekatlekit dengan episod kek minyak kukus @ kek marble.


Sebab ada request sebenarnya orang nak resepi bila den show off gambar kek minyak kukus den ni. Kukus jer.. oven takde nak bakar. Tapi kukus lebih senang berbanding bakar ok! Nak nak yang baru belajar menepung kat dapur tu. Elok la belajar buat kek kukus dulu macam den ni ha..

Untuk resepi kek minyak kukus @ kek marble ni bahan bahan di gunakan mengikut sukatan cawan yer.. Dn buat kek kecik je so sukatan bahan bahan tu tak banyak. Kalau hangpa nak buat kek besar tambah je la sukatan bahan bahan tu ikut size kek yang nak di buat.

Bahan bahan

1 1/2 cawan tepung gandum

2 biji telur ayam

1/2 cawan gula kastor (tapi saya guna suku cawan sahaja nak kurang manis. lebih kurang 1/8 cawan maybe lebih sikit je)

1/8 cawan Susu pekat manis

1/2 Cawan susu cair

1/2 sudu kecil Baking powder

1/2 susu kecil bikarbonat powder

1 inci Butter

1/2 cawan minyak masak

1/8 cawan serbuk koko

1 penutup botol esen vanila (penutup boto esen vanila yang kecil tu tau)

1/2 sudu kecil garam



* Kemanisan kek bergantung pada citarasa masing masing. Nak manis sampai kencing manis tu lebihkan la gula.

Cara memasak

1. Campurkan tepung dengan baking powder & bikarbonat powder gaul sebati kemudian ayak

2. Pukul telur & gula kastor sampai kembang kemudian masukan esen vanila, garam, susu cair, susu pekat, minyak masak & butter yang telah di cairkan gaul sebati

3. Campurkan kedua kedua bahan adunan tadi (telur + tepung) gaul sampai sebati kedua dua bahan

4. Asingkan menjadi dua bekas

5. Salah satu bekas adunan campurkan serbuk koko & gaul sebati.

6. Sapu loyang dengan majerin. takde majerin minyak masak pun boleh. kemudian masukan bekas yang adunan pertama (yang tanpa serbuk koko) terlebih dahulu barulah di lapiskan bahagian atas dengan adunan yang ada serbuk koko.

7. Lorekkan la dengan chopstik ke apa bagi nampak macam corak sikit. Kalau nak design apa apa ikut suka hati la.

8. Panaskan periuk kukus terlebih dahulu sehingga air mendidih baru kukus kek selama lebih kurang 30 minit atau sampai masak la.

* Nak pastikan masak atau tidak cucuk kek dengan lidi kalau tak melekat tu tandanya dah masak la.

9. Biar kek yang dah masak sejuk dahulu baru pindahkan ke bekas lain & potong.

Dah siap lahai kek minyak kukus atau juga di panggil kek marbel. Kukus la senang bagi yang baru nak belajar baking ni. Kalau bakar hangpa tak reti setting oven sat lagi tak nampak rupa kek pulak kan? So yang mana baru belajar baking macam den ni boleh mulakan dengan kek kukus je dulu. Peratusan kek gagal tu agak kurang berbanding guna kaedah bakar, sedikit rumit.


Boleh la kalau setakat nak bagi anak bawa pi sekolah kalau ada jamuan ke apa.. Rasa dia sedap, Insya Allah. Yelah.. kita buat ikut citarasa sendiri mesti kita rasa sedap. Tekak orang lain tak tau la kan... hahahahahaha

Apapun selamat mencub resepi mudah, senang tapi hasil yang kebabom ni di rumah memasing yer..

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

HUKUM BERWUDUK KETIKA HAID

11/12/2019 11:03:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

HUKUM BERWUDUK KETIKA HAID.  ni nak jadi setajah megi sekejab kat blog lekatlekit boleh ka? Alah.. boleh la.. Sesekali feeling setajah walau sekadar umpama megi segera cepat di masak sedap di makan katanya. Bukan apa haritu.. dah lupa bila nampak seorang kawan kat facebook tanya soalan berkaitan ni. Tapi dah lupa siapa. Kebetulan hari nampak ada artikel perkongsian laman twitter Mufti Wilayah persekutuan share berkaitan perkara.. sedang elok la blog lekatlekit ni pun jarang jarang terupdate dah kan sekarang. So kita share something yang bermanafaat untuk pembaca blog lekatlekit.


Actually den sendiri pun sebelum ni tak pasti adakah di bolehkan wanita yang sedang haid berwuduk sebelum tidur. Kita kalau dah kata haid tu cuti segala benda yang berkaitan la kan.. Sakan dia punya cuti tu. Sekadar mandi bersihkan badan bagai lepas tu tidur je la. Tapi ada orang dia selesa berwuduk sebelum tidur.. even masa haid pun dia rasa nak berwuduk juga. Boleh ke tidak? Habaq mai sat..

So, kita ikuti penjelasan yang saya ambil dari laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ni. Saya tak edit sangat cuma saya ambil point point penting sebab saya tau hangpa ni bukan sejenis suka baca ulasan panjang lebar sangat kan? 

Haid dan nifas merupakan hadas yang berpanjangan dan tidak terangkat dengan mandi wajib, jika sekiranya masih dalam tempoh haid dan nifas tersebut. Manakala orang yang berjunub, maka hadasnya akan terangkat dengan mandi wajib. Oleh itu, disunatkan berwuduk hanya kepada orang yang berjunub dan tidak bagi wanita yang dalam keadaan haid dan nifas. 
Selain itu juga, syarat untuk berwuduk pula hendaklah suci daripada haid dan nifas. Justeru, seseorang wanita yang dalam keadaan haid dan nifas tidak sah jika dia mengambil wuduk, kerana tidak cukup syarat wuduk tersebut. (Rujuk Busyra al-Karim Syarh Masail al-Taalim: 99) 
Dalam hal ini, Imam al-Syirazi dalam kitabnya al-Muhazzab fi Fiqh al-Imam al-Syafi’ie menyebutkan bahawa:
Ø¥ِØ°َا Ø­َاضَت المَرْØ£َØ©ُ Ø­َرُÙ…َ عَÙ„َيهَا الطَّÙ‡َارَØ© ; Ù„ِØ£َÙ†َّ الحَيضَ ÙŠُوجَبُ الطَّÙ‡َارَØ©ِ ، ÙˆَÙ…َا Ø£َوجَبَ الطَهاَرة Ù…َÙ†َعَ صِØ­َّتَÙ‡َا ÙƒَØ®ُرُوجِ البَول 
Maksudnya: Jika sekiranya seseorang wanita itu berada dalam keadaan haid, maka haram baginya untuk melakukan perbuatan bersuci (toharah). Ini kerana datangnya haid akan mewajibkan wanita tersebut bersuci. Apa yang mewajibkan seseorang itu bersuci maka ia menghalang sahnya perbuatan bersuci tersebut selagimana masih dalam keadaan demikian, seperti ketika membuang air kecil. (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 2:382) 
Imam al-Nawawi menukilkan daripada kitab Musykilat al-Muhazzab dalam mensyarahkan petikan teks di atas menerangkan bahawa yang dimaksudkan dengan haramnya seorang wanita untuk bersuci, mempunyai dua tafsiran: 
Pertama: Makna haram yang dimaksudkan di sini ialah tidak sah jika wanita tersebut bersuci. 
Kedua: Haram dan berdosa jika sekiranya dia bersuci dengan berniat ianya sebagai satu ibadah (ta’abbud), dalam keadaan dia sudah tahu bahawa perbuatan tersebut tidak sah. Maka, dalam keadaan tersebut, maka dia berdosa kerana mempermain-mainkan ibadah. Imam al-Nawawi menyebut bahawa tafsiran ini merupakan yang sahih. (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 2:382) 
sekiranya sekadar melalukan air di atas anggota-anggota wuduk tanpa niat ibadah sekadar berniat untuk membersihkan diri dan menyejukkan badan sahaja (tabarrud) contohnya, maka perbuatan tersebut tidaklah berdosa dengan perbuatan tersebut, tanpa khilaf.

Kesimpulannya bahawa hukum seseorang wanita yang didatangi haid dan nifas mengambil wuduk adalah tidak sah dan haram serta berdosa jika sekiranya dia berniat ta’abud dan mengangkat hadas. Ini kerana wuduk tersebut tidak memberi kesan kepada hadas kedua-duanya dan dikhuatiri membawa kepada perbuatan mempermain-mainkan ibadah. 
Oleh itu, jika sekiranya ingin melakukan hal kebiasaannya dengan berwuduk sebelum tidur tersebut, maka hendaklah berniat sekadar untuk membersihkan diri dan menyejukkan badan, maka hal tersebut adalah diharuskan. Begitu juga, jika sekiranya haid sudah berhenti, maka keadaannya sama seperti orang yang berjunub, justeru disunatkan untuk mengambil wuduk dan diwajibkan untuk mandi. Moga-moga dengan perbuatan yang mengikut panduan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dalam menyucikan diri tersebut mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. InshaAllah.
WaAllahu a’lam.
Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada yang membaca. Apa yang salah mohon teguran. Kalau rasa ilmu ini berguna butang share ada kat sebelah.. sila la tekan.. kekekeke

Sumber : http://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/3782-irsyad-al-fatwa-siri-ke-330-hukum-wanita-haid-mengambil-wuduk-sebelum-tidur

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com