Kisah ni adalah kisah dari kesinambungan entri
deqdeq berkenaan seekor anak kucing yang terjatuh dalam tasik & di selamatkan deqdeq namun atas sebab - sebab
deqdeq menyewa bilik di rumah flat menyukarkan dia untuk memelihara lucky yang tidak sempurna seperti kucing - kucing lain.
Deqdeq pernah membuat satu entri apa yang perlu dia lakukan kerana dia tidak terdaya untuk meneruskan niat membela lucky &
deqdeq pernah juga terfikir nak buangkan semula lucky namun dari cerita
deqdeq, aku dapat membayangkan Lucky takkan mampu hidup berdikari macam kucing terbiar lain. Kecacatan yang di alami Lucky jangankan nak mencari makan sendiri.. nak selamatkan diri dari ancaman musuh pun dia tak mampu. Walau ada blogger memberi kata - kata sokongan pada deqdeq.. Supaya membuang semula lucky, dan berdoa semoga Allah melindungi Lucky aku memang menegah
deqdeq buat macam tu even aku sendiri pun mengalami masalah yang sama sekiranya nak adopt lucky. Then aku cadangkan
deqdeq tanya pada
PAPA kucing terbiar.. Aku yakin 100% hanya
PAPA sahaja yang boleh bantu lucky. Aku juga yakin
PAPA takkan menolak Lucky sebab alasan
Deqdeq memang munasabah.
Hari ni sempat menyinggah ke blog
PAPA kucing terbiar.. Melihat sendiri video Lucky yang sangat menyedihkan tu. Sememangnya aku sudah membayangkan keadaan Lucky sebelum melihat video tu tapi hati tersentuh. Lebih - lebih terbayang sekiranya
Deqdeq membuangnya semula... Lucky memang sangat bertuah. Di temui
Deqdeq yang berhati mulia seterusnya di kenalkan dengan
PAPA kucing terbiar yang sangat istimewa. Moga
Deqdeq &
PAPA di murahkan rezeki, di beri kesihatan yang baik & di beri kehidupan yang bahagia untuk membela nasib - nasib makhluk Tuhan ini. Amin..
SAKSIKAN SENDIRI BAGAIMANA LUCKY MAMPU HIDUP BERDIKARI DALAM KEADAAN YANG SERBA KEKURANGAN
DISINI
6 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini