TEROPONG BULAN + KELLY NG

7/30/2009 12:42:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Ewah.. awal kan kitorang menoropong bulan ni.. ello.. bulan ok bukan anak bulan!
ceritanya semalam.. With my *S* kitorang kuar gi makan.. tinggalkan ibu mengandung sorang kat umah (Op's jangan pelik k i ada sorang kawan yang tengah pregnan tumpang kat umah i tau). Bukan aku kejam tau.. tapi dia yang taknak ikut.

Abang bunting katanya... kelas Uolls

Selepas makan tu on the way nak balik tetiba ternampak la bulan mengambang separuh kat langit. kebetulan si *S* yang ala2 doremon yang semua benda ada dalam keta dia ni kuarkan teropong ajaib. Singgah jab kat taman metropolitan kepong tu mengskodeng bulan...

Uiks.. awat ensem sangat bulan tu.. Pweit.. bulan ada misai beb!

1st time aku tengok bulan dengan teropong.. slama ni usya2 camtu jer. Dari bulan melarat ke bintang pastu KLCC.. mata aku pun naik pening meneropong.

terus sindrom 10 minit lepas mengskodeng bulan..(Matilaku guna pic sendiri)

Tu cerita semalam... berbalik cerita hari ni. Lunch time tadi aku meronggeng la jalan kaki balik umah jab. Niat hati nak lelapkan biji mata aku ni tapi sampai umah borak ngan kakjun terbatal la niat aku nak meng'zzzzzzzz' kan diri tu.

Op's terbatal niat!

masa dalam perjalanan pulang kerumahakula.. ada la untie kelly Ng (Pinjam kak senduk nye perumpamaan yer yang membawa maksud india) sedang melenggang lenggok nak naik ke apartment yang nun dia angkasa tu kan.(bukit jer). AKu rushing so kaki aku ni agak lrt la berjalan. Tetiba tersentap Uolls.. dia cakap kelly Ng ngan aku. Aku senyum jer.Pejadah pun aku tak paham...

Dei.. tanggeci..

Jauh di sudut hati.. sampai umah terus belek muka kat cermin dan berkata "Kelly Ng sangat ke muka aku ni?"


kelly Ng sangat ke i Uolls.. sambil posse sari bagai ni

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SUNYI

7/15/2009 04:29:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Penahkah korang lari dari kesunyian?? takyah tipu.. mesti penah! Aku?? Awat lak tak penah.Aku tak suka pada sunyi walau orang cakap sunyi itu indah skalipun.. Aku penah cuba anggap sunyi tu indah.. indah pejadahnya.Sunyi buat jiwa aku jadi kacau bilau.Segala benda yang menyakitkan hati ber cinema di dalam kepala otak ku."AKU TAK SUKA SUNYI!"

i hate to be lonely

Syhhh.. jangan cakap orang.Sebenarnya aku mudah menangis kalau aku rasa sunyi!Aku menangis sorang - sorang.Salah ke?? Takde la salah.. menangis adalah normal bila sedih.Dan aku suka la mendaki tangga2 bahagia kat umah aku kalau aku stress sorang2.Ada satu pagi aku stress sangat.. aku menapak turun dari tingkat 9 sampai G floor padahal lift tersergam indah tanpa kerosakkan.Cover line gi check peti surat.Matilakau.. pepagi check peti surat jadahnya..

Kau ado?? camna abg posmen tak rajin antar surat kat umah i..

Bila aku sorang2 masa kecik... Nak tau apa aku berangan?? Of course la jadi puteri.Ha.. kau! Puteri berangan beb! Main2 atas awan.. Matila.. cam puteri kayangan lak! Memang itulah aku.Bila kuar je filem puteri impian, menggila aku tengok cerita tu.Pastu naik haus vcd tu aku pasang.Heroin dia amy mastura separuh mati aku minat.Because i'm lonely.. sejak kecik aku tahu apa itu sunyi.Dan aku tak suka lagi untuk rasa sunyi.Aku cuba melarikan diri dari kesunyian tu membayangkan aku seorang puteri.Sebab bagi kanak kanak ribena cam aku dulu tu rasa jadi puteri best leh pakai crown ngan gaun ropol2 warna putih sambil pegang tongkat sakti yang ada love tu.

In lonely world.. i'm a princess

Bila aku rasa di pinggirkan.. sunyi akan datang!Ya.. sejak kecil aku rasa seperti di pinggir.Sampai aku sanggup buat apa saja untuk menarik perhatian orang di sekeliling aku.Termasuk la kenakalan ku selama ni.Takde sapa akan faham apa yang aku rasa dari kecik sebab takde sorang tahu perjalanan hidup aku secara detail.

This is my life, my heart and my soul..

Nak tahu tak?? Aku takkan sunyi bila aku ada someone untuk di ingati... tak kira siapapun dia.Tapi jauh kat tempat orang ni memang sunyi dah jadi bestfriend.. ye tak?? Now.. i've someone who always with me.when i cried.. when i smile.. when i laught.always be there for me.I'm not lonely anymore... But i dont know.. untill when??

thanks..

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

GAMBAR AKU KENA SEBAR?? GAMBAR APA??...

7/14/2009 12:25:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Andai dapat aku baca hatinya..
Andai aku mampu menulis takdir ku sendiri..
Andai..
Andai..
Dan Andai...

Dan segalanya cuma Andai.....

Aku..
Cuma sebutir pasir..
Yang lemah lagi kerdil..
Bukan sesiapa
dan bukan apa - apa...

hei.. wat happen??? Dont panic ok.. i'm ok. Nothing la cuma sesekali ter pk.. kalau la manusia dia beri peluang tulis takdir sendiri Uolls.. maunya tunggang tonggeng dunia.

Terus posse tertonggeng camtu.. how??

berbalik pada cerita itu.. ada satu kisah di sebaliknya dimana sepohon manusia yang aku kenali ni tak boleh terima hakikat.Uolls.. tak semua hakikat tu kita boleh terima.. So, kat sini aku taknak riak sangat takut pelempang tu berbalik ke muka sendiri.

Amik ko pelempang sedas atas kelongkangan mulut hanjs ko!

Aku paham.. tapi aku tak puas hati!!! Dia adverstise pic aku ngan S without my permission & berniat protes!!! MARAH ni uolls... apa ko pk ko mamaraziah ke??? Walau pic tu takde benda yang meng 'aib' kan dan sesuai untuk tontonan semua lapisan masyarakat tapi tetap aku tak suka k!

Awas ko mamaraziah!!!

Siap sound aku tu kat myspace msg.. huhuhuhu.. how dare U??? Ewah.. ko pk aku tiang lampu tepi jalan & ko umpama hanjeng yang suka2 hati nak kencing???
Tapi bila aku call.. sound ala2 mak tiri cinderella terdiam lak! Ha kau.. apsal diam?? Dalam ms kemain kau!

Ha.. cakap apa ko tak puas hati!! Cakap!! Cakap!! (padahal aku bebel non-stop mana ada space dia nak mencelah)

aku bukan la mami jarum or ala2 artis ..tut.. yang suka bergaduh.. tapi aku rasa aku perlu mencerca manja sebab dia dah langgar privacy aku.Aku takde maki hamun just tanya napa wat camtu & next time jangan buat lagi.Kat dalam blog je aku Gimik cam gaduh bagai nak rak.. Apapun aku dah taknak amik tau sal dia sebab tak penting pun.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

FLYERS + JELOUS

7/08/2009 03:46:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

semalam kitorang gi edar flyers.. 1st time dalam hidup aku wat keja camtu.. Tolong "S".. saja takde buat apa2.Dia tak minta pun... tapi alang - alang dia dok jadi pengedar flyers kat kawasan umah aku apa salahnya.

Ni bukan edar flyers tapi sepahkan

well.. aku memang suka buat sesuatu yang baru.With "S".. anything can do!kadang - kadang kami seperti kembali ke zaman kanak2.Just for fun!! Tak ganggu sapa2..

Posse kanak kanak zulu gitiew

Aku ada upload pic dengan "S" kat myspace. (Sapa2 yang berminat sila2 la skodeng yer Uolls).Ada juga comment berbaur jeles2 manja gitiew... Well.. adik2 ku yang meng'komen' itiew usah mengelabah yer.. Bukan akak tak nak ajak korang join kitorang gi merewang tapi.. Bukan akak yang drive dik.

bukan taknak ajak tapi dah terlebih muatan dik..

Semua ni aku tahu hanya sementara.Tapi tak salah kita nikmati selagi ianya ada.. kan??

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

GOSIP

7/07/2009 10:54:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

Wei korang tau tak?? mesti la Uolls tak tau kan?? sabtu lepas aku melawat teman2 kat zoo negara.Apsal zoo negara skang makin lama makin hampeh jer...

Tak payah gi Zoo.. kat opis aku dah macam zoo.. ada buaya longkang, murai ronggeng & cipan buncit

Takde apa saja je jalan2 dengan "S". Tapi bukan aku nak cita sal zoo.. saja je gimik.

aku pun tak tau nak caption apa.. kuikuikuikui

Aku rimas la kat ofis tak abis - abis dok gosip aku dengan "S".Memang la kitorang rapat Uolls tapi apa kena mengena ngan dorang."S" nampak macam stress.Bila dia stress aku pun stress... Mana tak nya aku kat ofis dah takde perisai nak tepis mulut2 longkang.Awatnya kalau kitorang nak teman tapi mesra pun.

Ha kau!! Murai2 ronggeng ngalah mulut mami jarum

Aku tak ganggu personal sapa2 kat ofis ni.. dorang nak skandal ke nak tergolek ker nak comolot ke.. lantak la.masing2 hal.. jaga la.Tau niat dorang bergurau tapi berpada2.. Jangan keterlaluan dalam bergurau hal personal orang.maybe bagi aku ko cakap je la apapun mak bedah, aku still nafikan.Buat bodoh.. betul tak betul aku cakap tak jer...

talk 2 my pussy cat doll... No komen! (Cara menjawab gosip ala2 artis gitiew)

Tapi "S".. he's not like me.Dia funny but sensitive skit.. Bab personal dia terlalu perahsia & tak suka orang amik tahu apa dia buat.sapa2 pun camtu even me.. Macam mana aku rahsiakan x-bf aku selama 5tahun ni.. camtu gak aku tak suka orang lain tahu sal aku dengan "S".

Uwakakakaka.. kami suka cipta kontroversi tapi tak suka orang gosip!

Ntah la.. aku tak suka nak cakap sebab aku tak suka orang lain tahu.Erkk... kalau camtu sal tulis dalam blog!Blog takpe banyak yang baca tak kenal pun.Kantoi!

Terus posse sorok muka dalam baju Uolls..

"S" kita akan macam biasa... teruskan apa yang bermula sampai masing2 naik muntah tengok muka masing - masing.This i promise U.. I'm still with U as wat ever u wan me to be.huhuhuhu...

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TERINGAT

7/02/2009 03:11:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Aku jenis suka mengimbau kenangan lalu.. Hari ni jom kita mengungkit kenangan semusim lalu...

back to memory.... Zasssssssssssssssss!!!

Tiba - tiba aku teringat zaman kanak2 ribena.Budak kampung yang nakal & aktif.. Match lak ngan kawan baik yang sama2 bertanduk.Siti! (I miss U ti..) Ada sorang budak pompuan ni yang kecik2 dulu kita tak suka kawan ngan dia.Anak bongsu & manja siot.Skit2 ngadu mak.. anak tokei kedai runcit..

I la.. yang dimaksudkan.. i suke main kawin2 tapi takde sapa nak kawen ngan i uolls

Kita memang suka kenakan dia.. macam2 kita kenakan dia.Dia ni kan hobi pelik skit.Suka ajak main doktor2.(Tu title permainan kita). Dah nama main doktor2 ni kan mesti la ada doktor & pesakit.Selalunya aku & siti la doktor & nurse nya.Dia manjang jadi pesakit.Dia slalu act dia jadi ibu mengandung yang nak bersalin.. (Keji kan Uolls kanak2 gatal camtu??)

Tahniah puan A**** telah sukses melahirkan anak setan bermulut hanjeng tanpa berlaki...(Walaupun blom akil baligh berangan nak beranak bagai tu..)

Tapi bukan tu yang aku nak cita.Aku nak cerita sal lain.. Ceritanya bermula camni.. Pada satu hari.cuaca hujan lebat.Di depan beranda umah siti.Amat bosan hari tu sebab tak boleh kuar main cam biasa.Melepak la sambil cari idea nak ilangkan bosan.Umo time tu rasanya tak cecah 10 tahun lagi tapi tak pasti bapa la.

Ada bran??? kecik tapi pendajal terunggul ni..

Ting!! (IDEA.. beserta tanduk memacak di kepala) Tema wakenabeb aritu adalah birthday party! Jom...

Terus posse Devil Kecik Uolls untuk amik feel

Apa yang kita sedikan untuk birthday party itu?? Jeng.. Jeng... Muka dah tukar kaler merah (Setan). 2 gelas air teh suam & segelas air.... (Uwakakakakakaka... bagi masa jab). Panggil pelakon tambahan untuk menyediakan air itu.Air apa?? tunggu.... Dan juga sedikit biskut2 bagi menampakkan seperti ada jamuan kecil kanak2.

Air teh suam katanya Uolls... kekekekeke

Panggil mangsa ajak join birthday party. Menghidangkan dia air itu.... kita minum sama2.Air yang sama kaler tapi tak sama asal usulnya. (Uwakakakakakakaka.. gelak lagi!!) Si mangsa agak was was sebab selalu sangat terkena tapi atas ayat2 kita yang menyakinkan itu akhirnya beliau minum juga... Lalu terbahak la ketawa kita sambil melaungkan... "A*** minum air kencing!" (Terus gelak sebelum masing2 melarikan diri menyorok bila minah tu meraung lari balik ngadu kat mak dia).

Oh Tidakkkkkkkkkkkkkk... Wakenabeb!!

Orang kata setiap perbuatan ada balasan.. seperti biasa.. kaki tangan akan berbirat di libas oleh mumy masing2.Tapi semua tu tak pernah buat aku dan siti serik untuk nakal.Setiap hari ada saja benda yang kita buat untuk kenakan orang. Macam2 benda dia dah termakan.. penah aku letak ulat dalam mee dia.campur taik lembu dalam dodol dia..

Lazat kan makan dodol di tambah perisa taik i..??

Nak tau sebab apa dia selalu jadi mangsa?? Sebab mulut dia cam lubang jamban.Skit2 ngadu mak.. yang mak dia kalau anak dia ngadu terus ambush kitorang ni marah2.Tapi nak berkawan dengan orang.Sebab tu orang benci nak kawan dengan dia.Dah besar.. berkata air zum zum tu.. maka terhasil mulut puaka yang teramat sangat.Wartawan desa tu.. sampai sekarang aku tak suka dengan dia!

Mulut hanjeng ko bukan je sial tapi busuk!!

So, Uolls tu je episod mengulit kenangan kita hari ni.Semoga terhibur.. traaaaaaaaaaa

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

WITH.. "S******.."

7/01/2009 02:36:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Semalam makan kat playground dengan S***** walau ada kerusi meja kat situ kita dengan penuh kemelayuan bersila di lantai bercarpet kat playground gitiew...

 
*Sekadar gambar hiasan yer Uolls..

Semua dah siap di import dari pasar malam Gombak.Aku hanya melantak dengan penuh nikmat tanpa sebarang caj di kenakan... (takde makanan paling sedap selain makan free)

 
(*sekadar gambar hiasan..)

lepas je makan, beliau dengan nyenyaknya tido Uolls.. macam empuk je lantai playground.Tido tahap koma tu.Terpandang muka dia nan manja cam jebon itu.. My sweet friend. Tiba2 touching..

 
Kreatif tak Uolls.. Walau dimana juga berada tido la tanpa was was..
Walau noty, dia sangat caring & lovely person.Tak bermakna i'm fall in love.Not Now... Aku seakan serik untuk declare as a couple dengan sesapa.Biarlah dalam hubungan teman tapi mesra.. At Least aku tak kecewakan sapa2 lagi. Aku masih dihantui dengan kesilapan aku melukainya hati dia.. Tapi tak perlu aku bercerita hari2 sal sedih aku kan??? Cerita sedih bi biar lite2 ajork.. Yang happy kena highlight.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TRIBUTE TO MY EX

7/01/2009 11:41:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

KerisPatih – Tapi Bukan Aku


jangan lagi kau sesali keputusanku

ku tak ingin kau semakin kan terluka

tak ingin ku paksakan cinta ini

meski tiada sanggup untuk kau terima


aku memang manusia paling berdosa

khianati rasa demi keinginan semu

lebih baik jangan mencintaiku aku dan semua hatiku

karena takkan pernah kau temui, cinta sejati


reff:

berakhirlah sudah semua kisah ini

dan jangan kau tangisi lagi

sekalipun aku takkan pernah mencoba kembali padamu

sejuta kata maaf terasa kan percuma

sebab rasa ku tlah mati untuk menyadarinya


semoga saja kan kau dapati

hati yg tulus mencintaimu

tapi bukan aku


repeat reff



Lirik lagu KerisPatih – Tapi Bukan Aku ini dipersembahkan oleh LirikLaguIndonesia.Net. Kunjungi DownloadLaguIndonesia.Net untuk download MP3 KerisPatih – Tapi Bukan Aku.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com