BUAT KEJUTAN SELEPAS LAHIR KEDUNIA

8/29/2011 02:36:00 PM suria lekatlekit 26 Comments

Sambungan dari kisah DI SEBALIK KELAHIRAN LEKAT LEKIT JUNIOR.. Kenapa agaknya semua orang terkejut termasuk mummy lekatlekit junior bila tengok baby.

Bukannya apa.. Last check up doktor scan (16 Aug 11) haritu & cakap baby sang lekit mungkin dah cecah 2.5kg tapi bila keluar jadi lain pula. Orang tengok perut sang lekit pun tak jangka yang keluar akan sebesar itu. Besar ke? Bukan terlebih besar dari size perut tapi terkecil dari jangkaan semua. Bila keluar berat baby cuma 1.93kg jer. Berat2 dalam perut selama ni cuma banyak air jer. Orang tua2 cakap kembar air gitu. Lagipun en hubby bagitau masa bersalin haritu memang banyak air yang keluar. Maka kena la masuk NICU 1 hari baby tu sebab tak cukup berat tapi boleh keluar awal lepas doktor sahkan dia sihat, aktif & pandai menyusu. Yelah baby sang lekit cukup bulan, cukup sifat & takde sebarang masalah cuma kecik je.

Selepas lahir yang pelik sang lekit tak dengar pun baby menangis. Lepas nurse bawak pergi mandikan & datang balik tunjuk pada sang lekit tetap tak dengar suara baby tapi nurse cakap memang dia dah ada menangis dah. Sampai sekarang la baby sang lekit memang tak banyak ragam atau menangis cuma time mandi & masa kena suntik jer. Kalau dia lapar pun dia akan bunyi ekk.. ekk.. camtu jer sampai kitorang panggil dia ek.. ek..

26 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

GAMBAR BABY GIRL PENYANYI ELYANA

8/28/2011 05:23:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

Mesti korang kenal kan dengan penyanyi Elyana yang popular dengan lagu kalis rindu. Teruja sang lekit dengar penyanyi Elyana selamat melahirkan baby girl petang semalam. (Sumber rujukan : Media Malaya). Sorang lagi Geng anak august lahir. Sang lekit pun lahir bulan ogos. Op's.. Hari ni genaplah 15 tahun usia sang lekit. Boleh gitu menyamar gadis 15 tahun?? Kekekekekeke

Elyana & suami. Carian google

Tahniah kepada Penyanyi Elyana & suami atas kelahiran baby girl yang comel tu.

Ni la baby girl dorang yang cute & sebaya dengan baby girl sang lekit. Cuma beza 7 hari jer

11 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DI SEBALIK KELAHIRAN LEKAT LEKIT JUNIOR..

8/28/2011 01:45:00 PM suria lekatlekit 14 Comments

20 Aug 2011 7.00 am (lebih kurang la masa tu)
sang lekit terbangun dari tidur sebab di kick boxing baby dalam perut dengan tahap kekuatan yang agak boleh di banggakan. Kebetulan haritu sahur semua terbabas, jadi bila dah terbangun terus bangun la. Dari bilik berjalan ke bilik air.. Terasa macam air turun tapi tak rasa air kencing. Bila check.. air tu warna jernih & sedikit berledir. Untuk kepastian, sang lekit sempat online & search tentang air yang keluar tapi tetap tak yakin samada air ketuban atau tak. Sebab takde sebarang sakit, sang lekit call pula kawan sang lekit (Kakjun) kat sabah untuk lebih penjelasan. Dia suruh sang lekit bersiap2 terus ke hospital walau tak sakit pun sebab dah ada tanda2 bersalin. Tapi sang lekit lengah2 kan lagi sebab tak sakit. Tapi bila kali kedua turun baru sang lekit mula mandi & bersiap. Tapi tak kejutkan hubby bangun cuma bagitau jer dah turun air. Lebih kurang 7.30 pagi mula rasa sakit. Bila sakit tu makin kerap (hasil dari pembacaan sang lekit boleh agak dah ada tanda bersalin) terus kejutkan hubby pergi hospital.

8.00 am
Lebih kurang 8 pagi dah ada kat hospital & sakit makin menjadi jadi. Sampai nurse nak ambil urine pun sang lekit dah tak mampu nak pergi kencing. Nurse tu lagi nak tanya sakit sebab tak boleh kencing ker, sakit sebab nak bersalin. Rasa macam nak jentik jugak pipi dia guna ibu jari kaki, kan?? Kau nurse tanya aku. Dorang suruh tunggu kat tempat menunggu sedangkan sang lekit dah sakit sangat terpaksa la menangis sebab tak tahan. Lagipun sang lekit tak pernah rasa sakit yang sesakit nak bersalin. Sebab dah meraung (sebenarnya menangis jer) sang lekit baru di baringkan ke katil & 2 nurse yang agak sialan jugak bagi sang lekit periksa pintu rahim. Sebelum tu sempat dorang dok mencebik kat sang lekit menangis sebab sakit & buat tak tahu jer sampai sorang jururawat ke hapa ntah lelaki yang minta dorang periksa sebab tengok sang lekit terlalu sakit sangat. Lepas dorang check tu terus sang lekit di tolak ke bilik bersalin.

Dalam bilik bersalin, sang lekit yang takde pengalaman bersalin ni memang la tak tahu macam mana nak bersalin. Ada sorang nurse india tu asyik membebel jer.. kaki ku dah dekat sangat dengan muka dia, rasa macam nak jentik je pusat dia dengan jari kaki ku ini. Bila tengok sang lekit kurang tenaga (yelah berbuka puasa malam sebelum tu cuma makan laksa je, dah tu pagi sebelum bersalin tak bangun sahur) dia tanya nak panggilkan suami atau tak. Sang lekit jenis kalau terlalu sakit tak suka berbual atau bercakap dah. Walau sang lekit tak bagi jawapan tetap dia panggil en hubby masuk bilik bersalin. Suara ke apa ker sang lekit dah tak peduli, sakit buat sang lekit dah tak dapat nak fokus apa yang orang sekeliling cakap. Walau tak sampai 10 minit cuba bersalin secara biasa tapi bila jantung baby mula lemah doktor putuskan untuk guna kaedah vakum tapi sempat vacum sikit jer baby berjaya pula keluar sendiri. Jadi tak effect sangat kesan vacum tu.

9.20 am
maka lahirlah lekat lekit junior. Keluar jer lekatlekit junior semua orang terkejut. Nak tau kenapa semua orang terkejut?? Nanti sang lekit sambung lagi kisah di sebalik kelahiran sang lekit junior ni.

 Wajah selepas selesai berjuang
Sempat lagi dok conteng kelopak mata dengan eyeliner tu. Doktor pun sampai cakap, punya senang bersalin makeup pun tak sempat cuci gitu!

14 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KISAH ANON & KISAH KELUAR MASUK WAD

8/27/2011 02:38:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Kesian pula tengok blog ni tak terbelai sejak lahirnya Lekatlekit junior 7 hari lalu. Cuma sempat sang lekit baca komen2 yang di tinggalkan jer. Di celah - celah komen yang banyak masuk, tak terkecuali komen anon yang tak berapa anon nak menyampuk. Yelah dia pun nak jugak memeriahkaripapkan diri kat blg melekit ni kan??

Kelakarnya si Anon tu.. di blog si nun yang ada menulis pasal sang lekit yang selamat melahirkan baby sulung, di komen konon dengan teguran berhemah pasal entri apek vs elia (canang kisah peribadi tu) ada pula identiti & pautan ke blog dia, tapi kat entri di blog sang lekit jadi anon lak dia. Takpe la kak.. Mungkin akak tak berapa lulus lagi nak jadi anon. Belajar pelan2 yer agar berjaya dengan gilang gemilang sebagai anon di dalam arena blog ni. Insyaallah apa yang akak hajati nak tumpang traffic dari blog orang tu untuk buat blog akak popular akan tercapai. Mungkin sang lekit tak berapa baik hati nak share link ke blog akak tapi tak mustahil masih ada blogger yang pemurah akan berkongsi link blog akak bila akak meng Anonkan diri kat blog dorang dengan gaya yang boleh di kesan dengan mudah.

Itu pasal Anon yang tak berapa Anon.. Ni kisah sang lekit pula. Sebenarnya sang lekit baru je keluar wad setelah keluar wad 21hb haritu. Masuk balik wad 25hb sebab baby terjebak dengan bersih 2.0 (kuning). kekekeke... Alhamdulillah semuanya dah pulih cuma sepanjang di wad benda yang paling sang lekit tak suka bila time darah baby nak kena ambil. Sang lekit sendiri pun takut jarum inikan baby sekecik tu. Bukan sekali sehari.. 3 kali 1 hari tu.Kadang2 rasa macam nak nangis tiap kali Doktor datang bawak baby ambil darah. Kadang2 rasa nak maki doktor pun ada.. Tapi sang lekit masih waras. Bukan doktor tu suka2 je nak sedut darah baby buat air sirap untuk minum masa berbuka tapi untuk pemeriksaan. Tapi hati ibu ni.. mana tahan tiap kali dengar baby meraung masa ambil darah. Rasa macam nak meraung jugak dengan baby.

Ramai yang dah tanya nama baby.. Tunggu yer. Semuanya akan terjawab dalam entri kisah di sebalik kelahiran Lekatlekit junior nanti. Sang lekit tak sempat nak karang lagi. Nanti sang lekit kongsi kisahnya yer..

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

THE LEKAT LEKIT JUNIOR

8/23/2011 04:11:00 PM suria lekatlekit 49 Comments

Akibat masa & keadaan tak mengizinkan.. entri hari ni agak kekurangan kata - kata cuma nak kongsi sesuatu je dengan kawan2 sang lekit. Buat julung2 kalinya sang lekit mempersembahkan.. Bakal menggegarkan dunia blog akan datang.. tak lain tak bukan...

Lekatlekit baby junior

Amacam?? Ada rupa bakal blogger tak?? kekekekekekeke. Akan menyusur nanti (insyaallah kalau ada masa) kisah di sebalik kelahiran Lekatlekit junior ni. Tunggu...

49 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TERAWAL PULA KELUARNYA

8/22/2011 12:55:00 PM suria lekatlekit 45 Comments

Tentu korang tertanya mana hilangnya sang lekit 2 hari ni, kan?? Blog sepi tak ber update. Semuanya terjadi di luar jangkaan. Ceritanya bermula awal pagi sabtu lebih kurang jam 7 pagi.. Sang lekit terbangun dari tidur akibat dari tendangan kuat baby dalam perut dan kemudian...

Korang rasa apa yang berlaku selepas tu? Tak payah la main teka teki yer.. Sang lekit dah selamat lahirkan baby girl, pagi sabtu haritu. walau due date dia 9.911 tapi 20.8.11 dia dah tengok dunia. Kisah di sebalik kelahiran baby girl tu nanti sang lekit cerita yer. Apapun semuanya selamat & di permudahkan. Sakit pun tak lama.. pukul 8 pergi hospita, lebih kurang pukul 9 bersalin secara normal & lebih kurang pukul 11 masuk wad bila dah selesai urusan di bilik bersalin. Semalam (tengahari) sang lekit dah di benarkan balik. Hari ni kat rumah bersama baby girl.

Kalau ada kelapangan & kesempatan nanti sang lekit akan cerita pengalaman sang lekit lahirkan baby girl ni. Sekarang ni nak rehat2 kejab.

45 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DARI BLOG DAKWAH KE BLOG SEO

8/20/2011 12:07:00 AM suria lekatlekit 27 Comments

Semua penangan ranking,traffic & duit.. Dari elok - elok berkongsi artikel pasal keagamaan terus bertukar jadi blog SEO. Entri pun asyik highlight/link/caplock/Bold perkataan SEO. Itulah realiti yang terjadi. Sebelum sang lekit mengopek dengan rakusnya isu ni terlebih dahulu sang lekit nak bagitau kat sini ia tidak merujuk secara terus atau senang cakap tak tunding tepat2 kat batang hidung mana - mana blog atau blogger. Siapa makan cili, dia la rasa pedas.

Memang sang lekit perasan tentang fenomena SEO yang sedang berlaku sampai blog yang dulunya berkongsi artikel, pandangan atau info/isu tentang keagamaan pun boleh bertukar menjadi blog berentrikan SEO. Pengisian dalam blog dia pun dah makin tak nampak tujuan selain tujuan mengejar ranking, traffic , duit & populariti. Kenapa orang yang suka entri SEO? tentu sekali sebab yang di sebut bagi tujuan menjana pendapat & meraih populariti.

Bila dah blog bertukar tema.. dari membawa pengisian yang berguna & baik kepada sesuatu yang bukan tak baik tapi lebih menjurus kepada populariti mesti la kita sebagai pembaca akan hilang rasa kagum pada blog tu kan?? Entri SEO ni memang sang lekit tak nampak keikhlasan & ketulusan dia dalam penulisan blog. Bukan cakap benda ni salah, ok. Itu hak masing - masing cuma yelah.. kalau dah blog itu elok2 berunsur keagamaan & dakwah tiba2 berubah wajah jadi blog SEO.. sendiri mau ingat la beb!

Kejutan budaya SEO memang berjaya menghasut blogger macam tu untuk lupa apa tujuan dia berblog & tema asal blog dia. Sang lekit memang kalau jumpa entri yang berunsurkan SEO, automatik malas nak baca dah sebab dah tahu tujuan dia buat entri tu kenapa. asyik dok caplock/Bold SEO jer.. sakit jugak mata. Erkk... entri ni pun macam sama jer.. Tapi ini bukan entri SEO ok. Sang lekit pun tak berapa faham sangat pasal SEO, cuma perkataan SEO di caplock sebab memang dah tajuknya macam tu & begitulah contoh rupa entri SEO yang kebanyakkan sang lekit jumpa.

Kesimpulannya.. Sang lekit setuju kalau menulis blog takde pembaca pun tak guna. Berblog sambil menjana pendapatan pun bagus. Nak pancing ranking dengan SEO pun tak salah cuma jangan keterlaluan nanti nampak macam tak ikhlas & terdesak sangat. Mata pembaca pun kena jaga jugak. Sekadar pendapat & pandangan peribadi bukan nak ajak sapa2 bergusti. Harap maklum.

27 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

37 MINGGU 10 KG BERJAYA DI KUMPUL

8/19/2011 01:01:00 PM suria lekatlekit 18 Comments

Diam tak diam dah 37 minggu bermakna lagi 21 hari (3 minggu) untuk di hitung sebelum menempuhi saat2 getir yang penuh suspen juga seram - seram sejuk untuk menyambut sesuatu yang mengembirakan.

Semua pun tahu kan.. Si boyot/Mak buyung/Si gemuk/Penguin ni bakal jadi ibu tak lama lagi. Dalam menghitung hari, sempat juga sang lekit dok buat matematik. Dah masuk minggu ke 37 usia kandungan sang lekit, sedar tak sedar dah genap 10 kg berat badan sang lekit bertambah sejak di sahkan hamil sehingga sekarang. 10 kg dalam masa 37 minggu bagi seorang ibu hamil tu biasa kot... kan?? So, tak payah risau sangat perkembangan yang mekar ni. Cuma tertanya - tanya lepas bersalin apakah sudut2 yang kembang & mekar ini akan menguncup & mengembalikan saat - saat indah bentuk badan ku yang dulu??

Nampaknya.. Kalau tak boleh turun dengan sendiri maka kena la usaha sikit. Dengan itu, maka pecahlah tradisi buat pertama kali dalam hidup sang lekit merasai saat2 berdiet. Sebabnya sepanjang hidup sang lekit sebelum ni memang tak pernah rasa berdiet. Dulu sibuk sangat cari supplement sebab taknak terlalu kurus. Bukan setakat vitamin tablet tu.. susu semua sang lekit pernah ambil. Kalau dulu berat sang lekit susah naik & cepat sangat turun. Adakah fenomena ini akan berlaku lagi selepas bersalin nanti?

Semua tu takde jawapan sekarang.. Kena tunggu lepas bersalin nanti. Tapi ikut sejarah keluarga, mak sang lekit pun sampai beranak 7 (walau tinggal 6 jer.. sebab yang sulung meninggal masa lahir) tak gemuk. Cuma bila masuk umur 50an je badan dia sedikit berisi tapi tak juga gemuk. Kalau macam mak, ok la kan. Maintain jer.. Itu kalau ikut mak, tapi kalau tak warisi mak, sendiri mau ingat la kan?? Pun macam tu dalam adik beradik sang lekit akak sulung je berbadan mekar, tu pun bukan dari kecil. dah bangka badan dia mekar. Yang lain2 tu semua slim & slimmer macam sang lekit juga.

18 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MAK BUYUNG, BOYOT, PENGUIN, GEMUK.. TAK SENTAP PUN!

8/18/2011 12:55:00 PM suria lekatlekit 23 Comments

Rata - rata sang lekit baca mengatakan wanita hamil ni sangat sensitif. Mudah tersentuh walau perkara tu kecil sangat. Itu tak di nafikan sebab dari hasil pembacaan sang lekit sejak mengandung ni memang ada artikel/info yang mengatakan wanita hamil memang akan jadi cepat tersentuh.

Macam mana pula dengan Si boyot yang bernama sang lekit ni? Diri ku biasa saja.. Sensitif tu ada tapi rasanya takde la serius sangat. Sensitif yang sang lekit rasa bukan sebab perubahan hormon ketika mengandung kot. Sang lekit memang sensitif & akan rasa sentap kalau orang cakap benda buruk tentang anak dalam kandungan sang lekit. Kalaupun sang lekit yang salah tapi takde kena mengena dengan baby dalam perut, jadi sang lekit tak suka dia di kaitkan. Sensitif bila ia berkaitan dengan keluarga. Tu sensitif yang biasa & harus sensitif bagi sang lekit.

Tapi ada wanita hamil ni kalau sebelum hamil perangai dia lain tapi selepas hamil dia jadi lain. Salah cakap, salah gurau, salah tanya pun dia akan jadi cepat tersentuh, marah atau sedih. Ada blog cik puan mana entah sang lekit lupa.. Sang lekit baca dia sangat sensitif bila orang gelarkan dia mak buyung. Jangan mencebik pada dia.. Dia tengah mengandung. Normal dia cepat tersentuh walau pada gurauan atau perkara2 kecil saja. Jadi hormati la perasaan ibu2 hamil ni walau tahap sensitiviti dorang macam mana pun.

Berkaitan gelaran yang berbentuk gurauan semasa dalam hamil ni.. Sang lekit takde la sensitif sangat. Setakat mak buyung, si boyot, gemuk, penguin (tu semua panggilan en hubby pada sang lekit sekarang) takde benda pun. Mungkin jugak ia berkaitan dengan perangai sang lekit sebelum ni yang dah biasa bergurau kasar lebih2 lagi dengan en hubby. Sang lekit tetap boleh terima sebagai gurauan yang menceriakan lagi hubungan antara kami. Kadang - kadang dia ajuk cara sang lekit berjalan. Yelah.. perut makin besar jalan pun terkedek2 macam penguin. Pun takde hal..

Penguin pun comel apa.. (Carian google)

23 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PADERI GAY MALAYSIA BAKAL BERKAHWIN

8/17/2011 03:30:00 PM suria lekatlekit 15 Comments

Kali pertama sang lekit tahu rupanya paderi pun ada yang gay yer.. Mungkin jugak sang lekit yang terlepas flight pasal paderi gay ni.

Bila belek2 Kosmo online tadi.. tertarik dengan artikel seorang Paderi Gay Pertama di Malaysia yang bakal menamatkan zaman bujangnya dalam usia 41 tahun dengan pasangannya dari Amerika Syarikat, Phineas Newborn III, 47, yang merupakan seorang penerbit pementasan Broadway dalam satu majlis di New York, Amerika Syarikat (AS).New York merupakan negeri keenam di AS yang membenarkan perkahwinan gay pada bulan lalu.

Dia mahu melihat lebih banyak toleransi wujud di negara ini yang majoriti penduduknya beragama Islam. Dia mengasaskan bersama sebuah gereja gay di ibu kota Malaysia, di sini pada 2007 yang dikecam oleh kumpulan-kumpulan Islam konservatif.

Hubungan homoseks bertentangan dengan undang-undang Malaysia dan pengamalnya boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta disebat.

Paderi gay pertama di Malaysia, Ouyang Wen Feng (gambar) akan berkahwin pada sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos ini.
 

15 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BILA ORANG LAIN TAHU SESUATU YANG KITA TAK TAHU TENTANG PASANGAN KITA..

8/17/2011 01:10:00 PM suria lekatlekit 14 Comments

Sejauh mana kejujuran seseorang tu kadang - kadang mata kasar tak dapat mentafsir. Manusia adalah pelakon yang di lahirkan dengan bakat yang semulajadi walau tak beraksi depan kamera atau atas pentas namun bakat lakonan tu memang wujud dalam diri setiap manusia tak kira la banyak atau sikit bakat lakonan yang dorang ada.

Sang lekit suka memerhati.. Pun macam tu bukan bermakna sang lekit suka tenung, usya atau tengok orang lain sampai tak kelip mata & mengundang rasa tak selesa tapi memerhati gelagat manusia tak kira dari perbuatan, penulisan atau pergerakkan. Fenomena FB (Facebook) memang tak asing lagi dalam dunia kita hari ni. Budaya menulis apa saja tak kira la berbentuk santai, lawak, peribadi, marah atau luahan perasaan kat dinding facebook pun bukan la benda yang pelik lagi. Di Facebook kita akan berkait - kait dengan antara satu sama lain. Contoh kita add sorang kawan.. kemudian tengok dalam friendlist dia ada makwe, bini, tunang or skandal dia pun terpacak kat situ, sebagai manusia normal yang kalau tak banyak pun sikit mesti ada sikap penyibuk tu nak jugak kenal pasangan kawan kita tak kira la dengan niat baik atau sebaliknya.

Kawan kadang - kadang lebih kenal perangai pasangan kita ni. Nak - nak lagi pasangan kita ni suka sangat bernakal nakalan di belakang kita tapi depan kita bak kata pepatah pijak semut pun semut rasa macam kena urut jer.. Bila dia beraksi sebagai pelakon terbaik depan pasangannya, maka mata kasar si pasangan akan terkabur dengan lakonan baik tu. Yang jenis suka sangat la memuja muji pasangan secara umum ni kadang - kadang ada tak baiknya. Contoh kat status FB.. Bagi dia pasangannya macam malaikat.. sempurna, baik, setia, jujur.. Tapi di sebalik mata kasarnya sebenarnya si polan tu.. aduhai bukan takat mata keranjang, mata telanjang, mata miang.. & macam - macam lagi. Aktiviti di belakang pasangan kadang - kadang kawan2 lebih tahu & bila terbaca puji - pujian macam tu dari si pasangan sipolan ni pasti timbul rasa kesian...

Yang si polan mati2 la percaya.. dia la satu2nya takhta hati si pasangannya walhal.. belakang dia, Tuhan saja yang tahu. Persoalannya kini.. si pencurang yang suka bernakal nakalan walaupun dah di cop sebagai dah ada pemilik tak rasa kesian ker bila baca puji pujian.. puja pujaan dari pasangan yang percaya akan kesetian kamu selama ni?? Tak rasa ke memperbodohkan kasih sayang orang lain yang tulus pada korang? Renung - renungkan lah.. Buat diri sendiri juga pedoman untuk orang lain.

Entri ini terilham dari status kat FB.. Almaklum la sang lekit pun seorang isteri. Keikhlasan & kejujuran seseorang memang sukar di lihat, umpama semut hitam di malam hari yang gelap gelita. Cuma berharap, berdoa.. kepercayaan kita selama ni tak ternoda dengan kecurangan si dia di belakang.
If you have a wonderful husband, fiance or boyfriend who works hard to take care of you and would do anything for you, then re-post this as your status to give the honest good men out there the recognition that they deserve. Because great men are few and I'm proud to say that.. I HAVE ONE. << Status ni yang sang lekit jumpa pada wall someone & buat sang lekit mula terfikir sesuatu.. 

14 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DAH SCAN JANTINA BABY

8/16/2011 03:11:00 PM suria lekatlekit 27 Comments

Hari ni sang lekit membawa diri lagi ke klinik untuk check up buat sekian kalinya. Hari ni sesi bertemu doktor.. Yelah, kandungan pun dah cecah 8 bulan. Tinggal kurang dari sebulan jer lagi dah nak bersalin kan.

Hari ni Doktor scan baby. Tanpa di tanya dia dah bagitau jantina baby secara rasminya. Alahai.. dah tak surprise lagi. Pun macam tu sang lekit nak buat surprise dengan korang semua. Apakah tekaan kawan2 alam maya sang lekit betul atau sebaliknya. Kita tunggu jer sampai baby ni keluar yer.

Tekanan darah minggu ni agak tinggi tapi kandungan darah minggu dah ada peningkatan & tak kurang lagi. Macam biasa berat tetap naik dengan jayanya. Tetap maintain seminggu 1 kg.. 2 minggu 2 kg sampai cik misi pun tanya kenapa berat naik banyak. Mungkin sebab selera makan sang lekit yang semakin bertambah kot sekarang berbanding dulu. Baby pun turut membesar. Kata Doktor berat dia 2.5kg sekarang & mungkin akan makin besar bila nak bersalin nanti. Risiko bersalin secara operation pun terbuka luas. Mummy kecik anak besar.. itulah risikonya, kan??

Apapun alhamdulillah sehingga saat ni takde sebarang masalah kronik selain masalah bengkak pada kaki & tangan jer. Moga di permudahkan segalanya... Amin.

27 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TEKA TARIKH RAYA. JUDI TAK DI SENGAJAKAN

8/15/2011 09:13:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

Genap 15 hari puasa & Insyaallah lagi 2 minggu kita akan meraikan kemenangan setelah berjaya menempuhi dugaan berpuasa.. teringat pula sang lekit nostalgia zaman kanak - kanak. Puasa & raya memang zaman kanak - kanak la paling meriah. Sebab budak2 la paling happy time tu.. kan??

Kisah ni memang kisah berkaitan pertaruhan kecil antara kanak - kanak yang teruja nak sambut raya. Sehari sebelum pengumuman raya.. sang lekit & teh gang seperti biasa la akan berbual & membincangkan aktiviti raya. acara wajib adalah.. teka bila tarikh raya. Bila ada dua tarikh yang menjadi jangkaan.. mula la nak bertaruh. Selalunya 20sen akan jadi angka pertaruhan. Kalau dalam pertaruhan ada 10 penyertaaan bermakna jadi RM2.. kalau dalam 10.. 6 yang meneka tarikh yang sama & 4 lagi meneka tarikh yang berlainan kalau kemenangan berpihak pada 6 orang peneka tu duit RM2 tu akan di bahagikan sama rata la.

Time tu mana tahu pertaruhan duit ni di kira sebagai Judi walau dalam jumlah yang kecil & haram hukumnya. Yelah.. semua di buat di luar pengetahuan & pengawasan mak bapak, macam tu la jadinya. Tapi bila teringat balik memang seronok.. Bukan la seronok sebab menang dalam teka tarikh raya tu tapi seronok mengenangkan kemeriahan zaman kanak - kanak sambut raya.

Aktiviti pertama pagi raya.. terpacak berbaris depan masjid tunggu orang habis solat raya nak collect duit raya yang pihak masjid sedekahkan. Tapi sebelum tu.. wajib ziarah kubur atuk nenek atau sedara mara yang dah meninggal. Untuk pastikan dapat barisan depan.. kena datang awal. Bayangkan pukul 8 pagi dah terpacak kat masjid.. Nak tunggu orang habis solat raya baru dapat duit tu.. Masa budak - budak memang tak join solat sebab full masjid tapi rajin pula terawih walau tak seberapa rakaat yang di buat. Lepas dapat duit raya dari masjid.. apa lagi aktiviti merentas desa dari rumah kerumah la penuhkan beg duit raya.

Walaupun budaya bertandang dari rumah ke rumah (kenal tak kenal orang tu tak jadi masalah) masih lagi ada tapi tak semeriah dulu dah. Budak2 sekarang malas dah nak ber catwalk kumpul duit raya. Kebanyakkan duduk kat rumah, bila ada orang datang bertandang dapat la duit raya atau ikut mak bapak pergi beraya. Tu pun beratus jugak dorang dapat kumpul berbanding dulu nak dapat RM100 pun jenuh la meronggeng sampai 2 3 buah kampung jiran. kekekekeke

11 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BAGI BE PUN MACAM TAK IKHLAS JER

8/15/2011 12:03:00 PM suria lekatlekit 22 Comments

Amboi entri merungut ala - ala tak bersyukur je kan?? Bukan la tak syukur dengan rezeki yang seciput nuffnang bagi tu tapi.. Macam tajuk entri tu la..

Baru ni Blog melekit dapat 1 BE untuk kempen Maxis Blackberry Playbook Launch (Grapevine) tapi hanya 3 hari je iklan tu keluar di blog melekit.. lepas tu langsung takde di paparkan dah. Kalau iklan kempen tu tak terpapar kat blog melekit ni bermakna takde la bertambah tabungan dia.

Dulu kalau dapat BE, iklan tu walau ada yang tak aktif sangat menari2 di blog, at least dalam 1 hari tu ada juga dia muncul walau 2 @ 3 kali ni tak.. dah 2 hari bayang pun tak nampak walau dia masih dalam BE & belum jadi ME. Itu je la BE yang blog melekit ada setakat ni tapi nampaknya BE tu pun turut berpuasa.

Kenapa sekarang nuffnang macam pelik sikit. Sudah la susah nak dapat BE, dapat BE pun susah iklan tu nak muncul kat blog. Agaknya apa tujuan BE tu dia bagi kemudian sorokkan iklan? Apakah BE nan satu tu di bagi sekadar menghiasi kotak kempen iklan mCPM jer? Itulah persoalan yang sedang berlegar di kepala otak sang lekit sekarang.

22 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MISTERI MIMPI RABBIT YANG DAH 2 TAHUN MATI

8/14/2011 11:37:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

Sang lekit masih terfikir dari siang tadi.. Kenapa tiba - tiba rabbit muncul dalam mimpi sang lekit setelah lebih 2 tahun dia mati. Rabbit bukan seekor arnab yer.. Nak tahu siapa rabbit teruskan membaca.

Semalam memang sang lekit tidur tak nyenyak. Sememangnya sejak dah sarat ni tidur memang kurang nyenyak sebab perut yang makin besar, pinggang yang selalu sakit & posisi tidur yang tak boleh bergaya bebas macam sebelum pregnant. Bila melentang susah nak nafas, mengiring pula tak boleh lama - lama sakit pinggang & kena tukar2 posisi mengiring tu kejab sebelah kiri sekejab kanan.

Bila terlelap agak nyenyak tiba - tiba rabbit muncul dalam mimpi. Dalam mimpi tu sang lekit balik kampung, tengah santai - santai kat ruang tamu tiba - tiba rabbit muncul. Terkejut sang lekit sebab dalam mimpi tu sang lekit tahu rabbit dah lama mati macam mana tiba - tiba dia ada. Wajah & warnanya sama jer.. Dalam mimpi & realiti rabbit tetap sama. Happy sang lekit nampak rabbit ada.

Bila tersedar dari tidur, terfikir sang lekit kenapa rabbit muncul dalam mimpi setelah lebih 2 tahun dia mati. Kalau mimpi orang yang dah meninggal mungkin tak pelik tapi mimpi rabbit memang agak pelik. Mungkin rabbit pernah jadi makhluk Tuhan kesayangan sang lekit satu ketika dulu.

Anak buangan yang di takdirkan menumpang kasih di rumah sang lekit. 2009 sang lekit terkena demam chikungunya. Sang lekit balik kampung & pada masa yang sama rabbit juga sakit & demam. Selalu tidur dengan sang lekit. Tapi selepas seminggu Rabbit demam buat pertama kali & terakhir dalam hidup dia, ajal datang menjemput dia pulang. Mimpi semalam buat sang lekit tiba - tiba rindu sangat dengan dia.

12 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

26 HARI LAGI

8/14/2011 02:03:00 PM suria lekatlekit 21 Comments

Menghitung hari, detik demi detik.. Wah diam tak diam dah 14 hari kita puasa tapi bukan 26 hari lagi nak raya, ok. 26 hari itu adalah 26 hari menuju ke 9.9.2011.. Apakah tarikh keramat itu wahai sang lekit??

Tarikh itu adalah tarikh dimana doktor menjangkakan sang lekit akan bersalin, Insyaallah. Memang dah sarat sangat sekarang ni. Terasa betul.. Sakit sana sini.. Dah tu sekarang sang lekit selalu sakit pada jari tangan yang nampak sedikit bengkak & akan mengeras setiap kali bangun tidur & perlu ambil masa nak gerakkan jari jemari. Sang lekit selalunya bangun pagi akan rendam tangan dalam air panas.. Takde la air panas sangat. Agak2 suam2 la mengurangkan kadar kekerasan & kekebasan pada jari jemari tu. Kalau tak memang dah boleh gerak. Sahur pun dah tak mampu nak masak lagi sebab masalah ni. Call mak.. Mak cakap masa dia pregnant dulu pun dia hadapi masalah yang sama. Mungkin normal la kot bagi sesetengah orang yang melalui trimester terakhir mengandung ni.

Persiapan untuk sambut baby.. rasanya dah cukup kot. Keperluan asas dia rasanya dah ada. Sang lekit pun dah packing barang2 baby yang nak bawa kat hospital nanti. Cuma barang mummy je tak pack apa2 lagi. Persiapan raya.. takde apa pun di siapkan sebab sang lekit rasa tak perlu sangat. Tengok la nanti.. kalau sempat melaram di pagi raya, beli la sepasang baju je. Dengan keadaan boyot ni.. Susah jugak nak melaram. Sang lekit pula bukan jenis pandai melaram dengan baju2 mengandung. Sang lekit kalau raya dari dulu.. Fesyen baju tetap la baju kurung jer. Bila mengandung pun sang lekit tak pandai nak pakai blaus2 ibu mengandung. Tetap la selesa dengan seluar.. baju cuma pilih yang besar sikit & ada ruang untuk perut je.

Maafla kalau sang lekit 2 3 hari ni jarang singgah ke blog korang sebab memang kadang - kadang rasa mood tu takde sangat sebab dah sarat. Sakit sini sana..Lebih2 lagi bahagian pinggang & bawah perut. haritu nurse kata sakit tu bukan sakit nak bersalin cuma sakit tipu2. Ada jugak istilah sakit tipu2 yer.. kekekekekeke walau rasa sakit tu sikit pun tak menipu. Mungkin la itu tanda2 kecil sahaja.. bukan tanda2 besar masa bersalin dah hampir tiba.

Tentang nama.. Dah ada la 2 3 nama jadi pilihan sang lekit. Yang pasti hujungnya tetap ada syawal.. Nampaknya baby suka kot nama syawal tu sebab semalam baby kurang bergerak. Mula2 ingat nak ke hospital malam semalam.. tapi bila en hubby panggil2 dengan nama syawal sambil di iringi suara sumbang mambangnya menyanyikan lagu dondang sayang yang tak berapa betul liriknya.. terus ada gerakkan. Jenuh jugak nak pujuk baby bergerak semalam.. dengarkan dia beberapa surah pun dia gerak kejab lepas tu diam dengan lamanya. Hari ni alhamdulillah sejak bagi tadi dia kembali aktif macam biasa.

21 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ORANG MINYAK GIGIT LEHER & BUAH DADA WANITA

8/13/2011 12:09:00 PM suria lekatlekit 21 Comments

Teringat cerita P. Ramlee sumpahan orang minyak di mana si bongkok yang kembali ensem dari bantuan orang bunian menjadi halimunan setelah pulang ke kampung halamannya melanggar perjanjian kerana seorang gadis. Kemudian terjebak dengan perjanjian setan yang memperdayakannya & berjanji akan mengembalikan dia seperti asal dengan menyuruh membunuh & merogol gadis & wanita.

Ingatkan dalam filem jer.. rupanya orang minyak ni muncul kembali. Bukan sebab dia di sumpah sebab langgar perjanjian & membuat perjanjian dengan setan tapi dengan tujuan jahat yang di pengaruhi setan jugak la ni. Orang minyak ni di katakan menyerang & menakutkan golongan wanita dengan menggigit leher & buah dada. Mengikut sejarah, ‘orang minyak’ adalah pencuri yang hanya memakai seluar dalam dan melumur minyak hitam di badan mereka supaya tubuh licin dan tidak mudah ditangkap.

Carian google. Sekadar hiasan

Tapi kaum wanita di Malaysia jangan panik yer sebab orang minyak ni sedang mengganas di Sri Lanka, dan 2 daripadanya dah di bunuh oleh penduduk setempat. Rupanya orang minyak ni ramai mungkin berkumpulan kot. Kira-kira 30 kejadian telah dilaporkan di tujuh daerah di Sri Langka timur, merentas kawasan penanaman teh di Kawasan Bukit. Polis telah menahan 47 orang sejak bulan lepas.


Orang minyak’ tidak wujud. Mereka hanyalah orang biasa yang mempunyai niat jahat untuk mencuri dan melakukan kerja haram,” kata jurucakap polis Prashantha Jayakody.
 
Macam - macam taktik orang jahat nak melakukan jenayah, kan?? Jadi kita jangan la terlalu cepat percaya akan benda karut marut yang berkaitan jelmaan mistik & misteri ni. Semuanya adalah angkara manusia jahat yang bernafsu syaitan semata - mata.

Rujukan : Harian Metro

21 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KOS MELAMAR DAH RM47,076.41, BELUM TUNANG & KAWEN

8/12/2011 01:44:00 PM suria lekatlekit 21 Comments

Orang berduit ni kadang - kadang pelik jugak sang lekit fikir. Macam dah takde arah tujuan yang lebih berfaedah nak gunakan duit tu.. Mungkin jugak sebab dorang berduit maka apa saja yang di buat nak meraih perhatian orang lain dengan mencipta kelainan kononnya. Ayat dengki ke tu sang lekit?? Tak lah.. terpulang pada korang la nak labelkan ayat tu dalam tag dengki atau pendapat. Tak kuasa mak nak layan Nyah.. kekekekeke

Alkisahnya seorang pemuda yang melamar kekasihnya dengan memakai kostum lobak merah dan cermin mata hitam bersama 49 rakannya di sebuah pusat membeli belah dan menari2 dengan iringan muzik & kemudian melamar kekasihnya tu. Dia mengambil masa tiga minggu untuk merancang aksi romantik itu. Kos lamaran itu dikatakan menelan belanja  RM47,076.41.


Tu baru kos melamar.. belum kos pertunangan seterusnya perkahwinan lagi. Seram sejuk jugak tengok angka tu. Nyah Zulfikar yang mula menyeru jodoh 2 3 hari ko ada berani keluar belanja banyak tu nak lamar bakal bini ko?? Kekekekekekeke... Apapun kisah tu tak berlaku kat malaysia.. nun jauh di china sana. Memang tak salah nak buat apapun selagi dalam kemampuan tapi kalau dah sampai jadi pembaziran agak nampak salah jugak la.


Rujukan : Kosmo

21 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

STOK BUNGA API SEHINGGA MALAM RAYA

8/12/2011 12:45:00 AM suria lekatlekit 19 Comments

Sesi mengimbau nostalgia kemeriahan menyambut raya datang lagi. Edisi imbauan kali ni bertajuk bunga api. Zaman sang lekit kecik2 dulu belum di haramkan lagi penjualan mercun & bunga api. Kalau boleh jual tu dah tentu la tak salah kalau nak main, kan?? Tapi dulu2 ni jarang sangat nak dengar kes putus sana sini, melecur sana sini akibat bunga api atau mercun berbanding sekarang.


Teringat sang lekit kat arwah ayah.. 2 Minggu sebelum raya dah meriah orang jual segala jenis bunga api & mercun ni. Selain persiapan baju raya, kuih muih (dulu mak rajin buat sendiri kuih raya tapi tak lagi sejak anak2 semua dah besar semua main tunjuk2 jer) Arwah ayah yang prihatin nak tengok anak - anak dia bergumbira dalam menghitung hari menyambut raya stok bunga api pun di beli. Tapi ayah akan pastikan stok tu cukup sehingga malam raya. Ayah beli bunga api banyak -banyak.. dalam 2 minggu sebelum raya.. atau 10 hari sebelum raya macam tu, Arwah ayah akan bagi setiap malam 5 - 10 batang setiap orang untuk main bunga api kat halaman rumah.

Apa lagi pakat dok cucuh la bunga api sambil pusing2 bentuk apa jer dari pantulan cahaya bunga api tu. Bayangkan sang lekit ada 6 orang adik beradik.. 2 orang masa tu kira kecik baby tak baby.. kanak2 pun belum cukup sesuai main bunga api. Selalunya bahagian 2 orang adik tu kakak2 dia la yang belasah. Jadi setiap malam kalau ayah bagi sorang 10 batang bunga api, bermakna malam tu 60 batang.. kadang2 5 batang bermakna malam tu 30 batang bunga api. Selebihnya ayah simpan dalam almari berkunci takut ada yang curi2 main tanpa kebenaran.

Begitulah kasih arwah ayah terhadap anak - anak perempuan dia. Walaupun kehidupan kitorang sederhana jer tapi keperluan alhamdulillah Ayah & mak sediakan secukupnya walau tak mewah2 sangat. Kalau raya orang pakai dari hujung rambut ke hujung kaki serba baru di pagi raya, kitorang pun merasa semua tu. Tak pernah sekalipun masa dalam tanggungan mak ayah sang lekit adik beradik terpaksa pakai baju raya tahun2 yang lepas. Sentiasa dapat baju baru jugak bila raya tiba.

Rindu pada arwah ayah.. Rindu pada mak di kampung & rindu adik beradik. Mungkin tahun ni sang lekit tak dapat balik beraya sebab sang lekit & hubby dah bersetuju untuk lahirkan baby kat sini. Mungkin lepas bersalin baru balik. Aduhai.. sedih pula.

19 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

REZEKI BULAN PUASA DARI NUFNANG

8/11/2011 12:15:00 PM suria lekatlekit 25 Comments

Amboi bukan main susah sekarang ni nak dapat iklan kempen CPM dari nuffnang atau orang lebih kenal dengan BE, kan?? Nak dapat satu BE sebulan pun dah susah sekarang ni apa lagi nak meriahkaripapusing BE yang lebih dari sepeluh running kat blog macam dulu.

Dah tu BE cepat sangat jadi ME. Dulu bertahan jugak sebulan.. sekarang ni seminggu jer. Sang lekit redha jer anggap tu sebagai rezeki kalau ada, kalau takde bermakna takde rezeki. Aktiviti berblog tetap di teruskan seperti biasa tanpa nada putus asa walau takde BE. Tak jejaskan mood berblog pun. Insyaallah blog ni terus hidup selagi kudrat tu ada. Lepas ni tak tau berapa lama nak bercuti berblog...

Okies berbalik cerita BE tadi.. Terima kasih pada Nuffnang & Maxis Blackberry Playbook Launch (Grapevine) yang memilih blog melekit untuk kempen ini. Satu jer untuk bulan ogos setakat ni. Terima kasih daun keladi, kalau ada jangan segan silu bagi la lagi. kekekekekeke

BE 11.08.11

25 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MINGGU KAD RAYA

8/10/2011 12:14:00 PM suria lekatlekit 32 Comments

Kalau dulu - dulu sebelum popularnya sms & handphone ni minggu ni la minggu bershopping kad raya, setem bagai kan?? Yelah.. Kang lambat - lambat hantar sampai lepas raya pula tak pun tak sampai langsung. Tak merasa la nak dapat balasan kad raya yang di kirim. Tak merasa la nak buat  hiasan dalam rumah gantung2 kad raya yang orang kirim.

Carian google

Teringat sang lekit zaman 90an dulu dimana kad raya memang popular. Sang lekit ni selalunya kerja membalas jer.. Yang mana yang tak sempat balas tahun lepas, di balas tahun selepasnya. Yelah kalau dah sampai seminggu sebelum raya mana la sempat nak balas. Jadi selalunya kad raya yang kawan - kawan, kenalan, atau sedara mara yang jauh kirim & lewat sampai tunggu la setahun lagi baru sang lekit balas.

Seronok bila dapat kad raya. Macam - macam size, corak & kata2 ada. Ada siap berlagu bagai. Ada yang oversize tapi guna setem 50sen jer hantar maka posmen sedaya upaya sumbat jugak kat raya tu dalam peti pos walau tak muat. Berlengkong, berlipat sementara nak tunggu ada orang datang kutip surat2 dalam peti pos. Peti pos kat rumah sang lekit bukan macam peti pos rumah orang2 kaya yang boleh muat surat2 size besar. Alah peti pos merah gantung kat tembok tepi pintu pagar rumah jer.

Othman B. Awang ni takde kena mengena dengan sang lekit. Gambar sekadar hiasan hasil pinjaman google

Mengimbau zaman kegemilangan kad raya.. teringat sang lekit bila malam raya tu masing2 keluarkan kad raya untuk di gantung kat dinding. Paling banyak dapat kad raya sang lekit la sebab sang lekit la antara makhluk dalam rumah tu paling aktif dalam pergaulan. Yang best tu bila dapat kad raya ada yang selit duit raya sekali. Ada yang seringgit, dua ringgit, sepuluh ringgit tapi kebanyakkan sang lekit tak guna & simpan buat kenangan dalam kad raya tu tapi sekarang kad raya & duit2 tu sekali tak tahu mana tercampak. Yelah.. dah lama tinggalkan kampung halaman. Balik pun sekali sekala. Bila rumah dah di ubahsuai, bilik sang lekit yang comel nun di hujung dunia pun dah takde apatah lagi barang2 dalam bilik sang lekit tu dah di arkibkan tak tau kotak or bekas mana susah la nak cari semula.

Meriah dinding rumah dengan kad raya Uolls. Sekadar hiasan

Mengenang kemeriahan sambutan dengan kad raya dulu - dulu memang buat sesiapa pun akan rindu saat tu. Sekarang ni mana ada lagi. Semua sms, FB & email jer.. Nak gantung macam mana ucapan2 tu dalam rumah, kan?? Apapun kemeriahan kad raya zaman dulu2 takkan sama dengan kegemilangan raya di zaman IT ni. Tetap yang dulu2 tu lebih nampak meriah dari sekarang. Betul tak??

32 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

LAGI BLOGGER DI SAHKAN HAMIL

8/09/2011 03:18:00 PM suria lekatlekit 23 Comments

Tahniah pada Ujang & yana yang khabarnya bakal jadi mummy & dady setelah yana di sahkan mengandung menurut sumber yang boleh di percayai di blog papa Ujang. Wah ujang dah naik pangkat. Sebelum ni khabar dari Ben Ashaari yang wife dia turut di sahkan mengandung. Rezeki bulan puasa.

Maka.. Makin meriah lah dunia blog dengan bakal2 ibu & ayah lepas ni. Sang lekit cuma menghitung hari jer nak bersalin.. Yang baru di sahkan mengandung tu jagalah kandungan korang baik - baik yer. Tak payah nak survey barang baby lagi pada mereka2 yang baru di sah mengandung apatah lagi teruja nak shopping barang baby sebab perjalanan masih jauh. Sang lekit faham bagi yang kali pertama bergelar bakal mummy & dady ni mesti teruja. Tapi sang lekit dulu memang sangat2 rilex bab2 nak shopping barang baby ni. Apa yang sang lekit buat step by step. Awal kandungan, yang penting sang lekit cari infomasi tentang penjagaan diri & kandungan.

Dah masuk 6 bulan keatas baru la survey2 barang baby tapi bukan membeli lagi. Tak silap nak masuk 7 bulan baru la aktiviti membeli belah di jalankan. Dan sekarang secara basicnya barang2 baby dah ada. Ala kadar jer.. Takde la nak beli banyak2 or mahal2 sangat. Sebab kena fikirkan jangkamasa panjang. Baby tu nak membesar, jadi keperluan selepas bersalin pun akan makin bertambah dari masa ke semasa. Walaupun baby sulung tetap sang lekit kawal keterujaan membeli barangan baby ni. Macam baju2 baby.. tak boleh borong banyak2 sangat. Berapa bulan sangat dia boleh pakai selepas lahir. Lepas tu confirm la dah tak muat.

Orang tak berapa kaya mungkin fikir macam sang lekit kot.. Tapi dah kaya raya pun tak elok membazir ye tak?? Jadi pada para2 bakal ibu & bapa ni sang lekit ucap tahniah & selamat datang ke kelab ibu mengandung. Si bapa2 jangan bini mengandung, korang pun turut memboyot. Jaga diet tu tau.. jangan sampai di sahkan Bunting gajah.

23 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BUNTING GAJAH

8/08/2011 01:48:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

Ramai pula blogger yang bakal jadi ibu & ayah kan sekarang ni. Terbaru khabar dari Ben Ashaari yang juga bakal bergelar bapak. Wah macam penyakit berjangkit pula. Apapun tahniah pada mereka2 yang bakal bergelar ibu & bapak ni termasuk jugak sang lekit. Meriah dunia blog dengan mummy & dady lepas ni. Tapi petang ni sang lekit nak cerita pasal penyakit bunting gajah. Penyakit apa tu??

Teringat sang lekit masa sekolah dulu, istilah bunting gajah yang di gunakan oleh seorang cikgu vateran kat sekolah. Kelakar juga masa pertama kali dengar istilah bunting gajah. Ni kebanyakkan terjadi kepada bapak2 budak. Tapi sekarang ni masalah ni bukan je di hadapi oleh mereka yang dah bergelar bapak tapi yang belum dapat pangkat bapak pun mula di jangkiti penyakit bunting gajah. Taknak kalah tu kaum lelaki. Kalau perempuan boleh mengandung, lelaki pun nak juga bunting. Adakah mereka suka akan keadaan ni?? Tentu sekali tidak kan??

Carian google

Cikgu sang lekit ni umur pun dah senja masa tu.. Bukan takat badan jer mengembang, perut pun turut serta berkembang mekar. Salah satu masalah dia kalau nak naik ke kelas yang tinggi. Bangunan paling tinggi kat sekolah sang lekit masa tu tingkat 3. Kelas sang lekit kat tingkat 3 masa tingkatan 1. Cikgu ni setiap kali naik tangga.. sampai je setiap tingkat (bermula dari tingkat 1) dia akan berhenti sekejab ambil nafas sambil pandang kat atas. Sampai la tingkat 3 dia akan mengulangi benda yang sama. Bila sampai dalam kelas.. dia akan mengeluh, susah betul kalau bunting gajah ni. Naik tingkat 3 pun semput. Kesian kan??

Itulah antara perkara yang paling kaum lelaki tak suka kan?? Kalau perempuan bunting sampai masa kempis juga perut tapi kalau lelaki bunting, sendiri mau ingat. Kena rajin la bersenam. Kalau tak membunting la seumur hidup. Jadi pada para2 bapak & kaum adam ni, sila jaga pemakanan & diet korang untuk mengelakkan anda di sahkan bunting gajah. Kalau perempuan bunting ada yang kata comel, tapi lelaki bunting kalau ada perempuan cakap comel maka ketahuilah sebenarnya dorang cuma nampak comel kalau poket anda pun turut bunting. Kalau tak bersedialah untuk di hambur dengan kata2 penuh trajidis & menyayat hati.
Perubahan pengambilan jenis pemakanan terutamanya dalam kalangan lelaki yang sudah berkahwin menjadi punca ramai antara mereka menghadapi masalah perut buncit atau boroi.perubahan itu berlaku kerana jadual pemakanan lelaki berkahwin biasanya lebih teratur dan melibatkan kuantiti yang banyak.(Rujukan : Usia, pemakanan punca lelaki boroi) 

12 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERTUAH & BERSYUKUR

8/07/2011 03:52:00 PM suria lekatlekit 15 Comments

Maaflah kalau sang lekit tak sempat nak jenguk blog2 korang yang berkunjung & berkomen kat blog melekit ni. Sejak semalam memang kurang sihat. Perut meragam.. Ingat keracunan makanan lagi sebabnya sahur 2 hari lepas pepagi hari belasah tomyam en hubby beli. Ni gara2 dia balik lewat.. So dia beli la sahur sekali. Nasib baik takde muntah2 @ cirit birit semalam cuma hari ni je pagi tadi muntah - muntah sikit. Perut masih rasa sakit. Mungkin sakit perut semalam bersambung hari ni & di tambah pagi tadi memang tak sahur sebab tak larat sangat nak bangun & takde selera langsung nak makan. Maaf la.. Den tak puasa hari ni akibat muntah & terpaksa ambil ubat tahan muntah. Al-Maklum la tengah mengandung, muntah2 tak elok nak2 lagi kandungan belum cukup matang. Ada lagi 1 bulan.. Untuk mengelakkan sebarang kejadian tak di ingini berlaku terpaksa la ponteng puasa hari ni.

Berbalik pada tajuk entri sang lekit tu.. Apa yang bertuah? Kita ni kadang - kadang terlalu banyak merungut sampai tak nampak kelebihan yang kita dapat di samping kekurangan yang kita ada. Alkisahnya.. Setiap kali pergi buat pemeriksaan kat klinik, sang lekit selalu nampak seorang ibu mengandung ni. Dapat teka dia juga mengandung anak sulung. Tak pernah sang lekit tengok suaminya temankan. Bukan la dia sorang yang datang secara solo.. tapi memandangkan dia selalu sangat solo berbanding yang lain kadang2 ada anak temankan, or adik beradik atau mak ayah. Rasa bersyukur sangat sang lekit selama membawa kandungan sehingga ke 8 bulan ni.. setiap kali check up mesti ada en hubby temankan. Tak pernah sekali pun sang lekit pergi sendirian.

15 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BEREBUT KUCING SAMPAI NAK SIMBAH ASID

8/06/2011 03:58:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

Aduhai.. Pasal kucing pun jadi hal. Kalau dah pencinta kucing sangat.. pergi kutip kucing2 terbiar kat jalanan sana tu buat anak angkat, kenapa perlu berebut kucing nan sekor itu. Mungkin juga kucing mahal kot. Ada harga di pasaran.. Jadi mana nak sama dengan kucing terbiar di jalanan.

Tudia kucing & anjing berebut spender. Sekadar hiasan.

Ni kes sepasang kekasih yang telah berpisah berebutkan seekor kucing tak tahu apa jenis sampai ugut mengugut. Alkisahnya di mamat ni datang kat rumah bekas awek dia minta balik kucing yang pernah dia bagi setahun lepas tapi bekas awek ni taknak bagi dengan alasan selama ni si pakwe tak pernah ambil kisah pun pasal kucing tu. Bila di pujuk pun tak jalan, si pakwe naik hantu maki hamun si bekas awek ni sampai ugut nak simbah asid kalau terserempak kat luar.

Bagi pendapat sang lekit la.. Kalau sang lekit kat tempat minah tu sang lekit bagi balik jer. Bukan sebab tak sayang kucing tu tapi buat apa ambil risiko atau mengeruhkan keadaan. Sang lekit pun antara manusia yang suka & sayang kucing tapi kalau dalam situasi minah tu, kucing tu asalnya milik si mamat poyo tu, jadi dah orang jenis siku buruk minta balik maka kita kena la bagi balik. Biasa la jenis lelaki macam tu memang wujud kat muka bumi ni. Masa sayang, seluar dalam pun kalau boleh nak bagi.. Tapi bila dah putus benda sebesar zarah pun kalau pernah datang dari dia nak minta balik.

Rujukan : Harian Metro

11 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SUJUD TERUS TIDUR

8/06/2011 12:04:00 AM suria lekatlekit 13 Comments

Bersempena bulan ramadhan ni banyak kisah nostalgia zaman kanak - kanak mula terimbau kembali. Yang bernama kanak - kanak macam sang lekit & the gang dulu memang penuh aktiviti. Aktiviti mengikut musim. Kalau bulan puasa.. Aktiviti main kejar2, masak2 & mainan lasak2 ni kurang. Konon puasa tapi puasa kadang - kadang yang yok jer. Kekekekeke

Aktiviti sepanjang ramadhan bila menjelang malam mesti la terawih walau sembahyang tu tak seberapa. Lebih kepada memeriahkan masjid je. Nama pun budak - budak kan?? Kelas mengaji al-quran sepanjang bulan puasa memang di umumkan cuti. Macam biasa bergerak dalam kumpulan ke masjid. Sampai masjid sebelum bermula solat terawih mesti makan dulu. Dulu memang ada program more ni. Walau dah makan kat rumah tetap juga nak makan kat masjid. Sedap tak sedap tu tak kisah, janji makan.

Lepas makan ambil wuduk masuk masjid, ambil saf paling belakang. Mula - mula semua ok lagi. Semangat lagi berterawih. Dah sampai rakaat yang ke lima keatas mula nampak ragam macam - macam. Ada yang mula pejam celik tapi di teruskan juga. Ada yang mula berhenti dah.. Ada yang sujud terus tak bangun - bangun. Bila di ingatkan memang kelakar. Cuak juga bila sorang kawan sang lekit ni sujud terus baring & tak bangun2 sampai habis terawih. Ingatkan pengsan ke apa rupanya tidur makhluk Allah tu.

Carian google

Itulah ragam kawan - kawan sang lekit masa zaman kanak - kanak dulu. Rindu juga bila terkenang. Habis terawih sebelum balik jenguk lagi dewan makan tu. Macam lapar sangat tapi sebenarnya tak pun. Macam best lak makan kat masjid.

13 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ISU PUTUS TAK BUAT DORANG SERIK

8/05/2011 12:05:00 PM suria lekatlekit 30 Comments

Baru jer hari ke empat umat Islam berpuasa dah keluar berita orang putus sana sini. Putus apa?? Bukan putus cinta, bukan putus tunang, bukan putus urat perut.. Ni kes putus anggota badan. Bukan kes kena bunuh, kerat bagai.. Ni kes penyakit cari sendiri.

Angkara mercun la apa lagi. Tiap2 tahun mesti ada kes putus anggota badan sebab mercun. Kalau sendiri main sendiri terima padah ucapannya padan muka, kalau tak insaf lagi tak tau la nak cakap apa. Kalau yang terima padah sebab orang lain punya angkara.. Ini yang mendatangkan marah ni. Jangan nak tunding kat takdir untuk menutup salah sendiri yang menyebabkan kecederaan orang lain pula.

Carian Google

Sang lekit memang benci sangat orang yang main mercun ni sejak dulu lagi. Semua ni angkara jiran2 sang lekit yang tak tahu hormati orang lain. Ni cerita masa kat kampung. Jiran sang lekit depan belakang suka sangat main mercun. Dari anak sampai mak bapak. Kalau mak bapak tak main pun dia akan bagi sokongan moral pada anak - anak dia membuat onar dengan mercun. Bising satu hal.. satu hal lagi jenis suka tuju mercun kat rumah orang. Bayangkan mercun tu jatuh atas bumbung rumah korang. Hangin tak korang? Bila di tegur menjadi - jadi pula. Bila lapor kat polis.. Datang la buat rondaan tapi gitu - gitu je la.. Setiap tahun pun macam tu la. Alasan dorang bagi, bila dorang datang semua cabut lari. Habis tu takkan nak tunggu polis & ajak main sekali.

Hilang 3 jari akibat mercun. Ada lagi 7 jari harap jaga elok2 yer

30 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MUKA KEMBANG

8/04/2011 12:09:00 PM suria lekatlekit 33 Comments

Masa mengembang ni la nak kena buat Mykad baru sebab yang lama cip rosak. Nak buka Akaun BSN mesti la kena ada mykad. Kalau Data dalam Mykad tak boleh baca, tak boleh buka akaun. Kalau CIMB boleh lampirkan bersama surat beranak tapi BSN tak boleh pulak. Lepas tu memang urgent nak guna Akaun BSN, kan senang kalau boleh guna akaun Maybank atau CIMB sebab dah sedia ada.

Alkisahnya.. Untuk urusan wasiat segala duit ringgit arwah ayah punya hal ni. Dihujung2 proses tu dorang nak pula akaun BSN. Pergi nak buat akaun minggu lepas, Mykad rosak. Merayu bagai pun tak dapat jugak. Katanya Bank Negara dah tetapkan syaratnya macam tu. IC sementara pun tak boleh. Pergi dua tiga cawangan BSN sekitar KL semua cakap benda yang sama. Takpe la redha.. sang lekit balik rumah dulu search semua cawangan BSN yang ada kat KL kemudian call satu persatu tanya samada boleh tolong tak sebab perlukan sangat. Nasib baik BSN cawangan Tun Dr Ismail boleh tolong tapi kena pergi juga buat Mykad baru, bawa IC sementara & resit permohonan mykad baru tu dia akan tolong proseskan. Alhamdulillah.

Pergi la JPN kat komplek Desa kepong. Tak payah tunggu lama - lama pun. 10 minit jer.. Sebab orang pun tak ramai. Kalau nak cepat siap, kata dorang boleh pergi putrajaya. Dalam 1 hari jer boleh siap mykad. Memandangkan BSN tun Dr Ismail cakap nak tolong jadi tak perlu la tergesa - gesa sangat sang lekit siapkan mykad tu. Tunggu jer 2 minggu lagi, untuk dapat mykad baru.

Apa yang tak best bila tengok gambar kat IC sementara tu.. aduhai, muka mengembang semacam jer. Hari selasa lepas masa buat pregnancy check up memang dah tahu, berat naik lagi 2 kilo. 4 minggu ni dah 4 kilo naik mana tak mekarnya muka & badan, kan?? Dah la gambar tu akan kekal terpampang kat Mykad dalam tempoh masa yang panjang. Terpaksa terima hakikat, Mykad ku bermuka kembang, gemuk & comot. Sedih tau!

Ikutkan hati lepas bersalin je nak buat Mykad baru.. Tapi memandang urusan keluarga yang perlu di selesaikan terpaksa juga. Yelah, takkan la sebab sang lekit sorang semua urusan jadi tertangguh & menyusahkan adik beradik yang lain. Jadi dalam hal ni kena juga berkorban menempek muka kembang dalam mykad. Apa boleh buat... Dah nasib badan. Kekekekeke

Kekembangan kurang menyerlah dalam pose ni. Tapi boleh ke pose camni nak buat Mykad??

33 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

UV TERTINGGI DALAM SEJARAH BERBLOG SETAKAT INI

8/04/2011 12:29:00 AM suria lekatlekit 23 Comments

Bukan nak riak, tak juga tujuan menunjuk - nunjuk. Bukan la hebat sangat tapi antara rekod terbaik sang lekit dalam arena berblog setakat ni. Memang tak pernah menjangka akan dapat UV (Unique Visitor) sebanyak ni untuk 1 hari.

 1252 UV untuk tarikh 1 Aug 2011. Memang pecah rekod untuk blog melekat lekit setakat ni

Terkejut juga sang lekit bila check Analitik Nuffnang tadi. Rasa macam tak percaya tapi itulah kenyataannya. Ternyata cerita pasal Elia & Apek memang menjadi carian tertinggi sekarang. Pada mulanya takde la niat nak ambil kesempatan dari isu panas tu sekadar nak mengupas isu tu dari sudut pandangan peribadi & memberi teguran atas tindakkan si Elia yang menghebahkan cerita peribadi secara umum di laman sosial akan di jadikan iktibar pada kita semua tapi ternyata isu itu memang panas sangat. Entri yang menjadi view tertinggi bukanlah entri yang menyentuh pasal Kes Elia & apek yang berantakkan tapi entri lama yang pernah sang lekit tulis pasal GA anjuran Elia & adik beradiknya.

Memang kebanyakkan orang mencari cerita pasal Elia & apek ni. Jadi Pada Elia, Apek mahupun dari pihak keluarga mereka moga bijak mengasingkan mana isu yang boleh di canang & tidak. Sebab mereka sekarang sedang menjadi perhatian ramai. Silap kata,mungkin memberi kesan negatif pada korang. Jadi berpada2 dalam mengeluarkan statement di laman sosial. Lepas isu Elia dedahkan sikap kurang ajar apek dengan ibunya, Apek pula keluar dengan kenyataan membela diri & mengumumkan putus tunang di akhbar & yang terbaru kakak Elia pula di katakan memaki hamun apek di laman sosial juga kalau tak silap.

Ini cuma nasihat sang lekit pada semua pihak yang terlibat dalam kes Elia & Apek.. Selesaikan secara tertutup. Jangan keluarkan sebarang kenyataan yang boleh menyebabkan isu ni semakin semakin panas. Takut korang jugak yang terbakar.Nanti yang tertekan korang juga sebab di samping ada yang menyokong.korang tak dapat lari dari pengkritik awam seperti blogger. Untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan yang sedia keruh, diam adalah lebih baik buat sementara waktu jika kenyataan itu tidak perlu di keluarkan.

P/S : Tajuk pasal UV.. sekali keluar komen & teguran pada kes Elia & apek pula, kan?? kekekeke

23 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KENAPA SAYA JADI ANONYMOUS?

8/03/2011 01:44:00 PM suria lekatlekit 16 Comments

Selalunya kita menghentam golongan Anonymous ni dengan penilaian,pandangan & fakta - fakta sendiri tanpa bagi peluang pada golongan Anon untuk menyatakan sebab kenapa mereka pilih untuk jadi Anonymous bila berkomen tak kira la mengkritik dengan berhemah mahupun mengutuk dengan fitnah. Dari kesinambungan entri SAYA CABAR KAMU ANONYMOUS sang lekit nak bagi peluang pada Anonymous untuk menyatakan sebab kenapa dorang jadi Anonymous walau dorang juga ada blog, ada identiti yang boleh di kenal kalau di dedahkan.

Carian google

Kita kena bersikap adil.. Hanya kita jer menilai dorang tanpa bagi peluang pada dorang untuk menyatakan sebab - sebab sendiri kenapa jadi anonymous pun tak best jugak. Untuk menyelami isi hati golongan Anonymous ni apa kata kita bagi peluang dorang meluahkan perasaan kat komen entri ni. Taknak dedahkan identiti pun takpe cik/en anon.. cuma alasan & sebab kenapa jadi Anonymous je sang lekit perlukan. Yang pernah menjebakkan diri dalam aktiviti berkomen dengan identiti Anonymous nak share kenapa korang buat camtu pun boleh.

Itu pun kalau golongan Anonymous atau yang pernah jadi Anonymous ni jenis berfikiran terbuka la. Kalau Ala2 katak bawak tempurung, nyaring suara panggil hujan tapi menyorok dari ancaman tanpa melawan tak perlu la nak turut serta yer. Kang kena tekanan perasaan lak susah mak bapak & family. So, pada Anonymous atau yang pernah jadi Anonymous tu.. Apa lagi, jom bagitau kami semua kenapa anda jadi anonymous. Mungkin boleh mengubah pandangan kami terhadap anda yang selama ni anggap korang pengecut. Tu pun kalau korang berani.

 Hanya kerana tak mahu di gelar pem'Bodek' je ke jadi Anonymous?? Kurang relevan alasan ni.

16 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PERHITUNGAN ANTARA IBU & ANAK DALAM KANDUNGAN

8/03/2011 12:12:00 AM suria lekatlekit 17 Comments

Baby yang masih tak bernama.. masih belum menjenguk dunia & masih belum tengok wajah mummy & papa. Sekarang mummy nak buat perhitungan dengan kamu yer Baby. Kamu pilih siapa? Mummy atau papa?? Kamu hanya boleh pilh satu antara dua. Walau masih dalam perut mummy tapi kamu harus belajar membuat pilihan yang penting dalam hidup kamu mulai sekarang.

carian google

Apa dah gila sang lekit ugut baby dalam perut macam tu?? Pilihan apa ni?? Apa yang berlaku antara sang lekit & en hubby sehingga menjadikan anak yang belum lahir sebagai mangsa? Mesti korang nak tau kan?? Sebenarnya secara kebetulan (dengan kuasa Tuhan juga) Baby dalam perut sang lekit ni sangat bertuah sebabnya kalau ikutkan due date bersalin sang lekit 9.9.2011 iatu pada bulan Islamnya jatuh pada bulan syawal. Apa bertuahnya baby sang lekit ni??

Mengikut dari pembacaan sang lekit tak mustahil ibu yang mengandung boleh melahirkan anak pada masa yang lebih awal dari masa yang di jangka atau lewat dari tarikh jangkaan. Ini bermakna baby sang lekit ada dua pilihan yang sangat - sangat bertuah. Kalau dia lahir awal dari tarikh jangkaan maka dia akan jadi anak mummy.. sebabnya sang lekit lahir pada bulan ogos (28 Ogos) & kalau seperti tarikh jangkaan iatu 9.9.2011 yang jatuh pada bulan syawal (mengikut kalendar Islam maka dia akan jadi anak papa sebab papa dia pun lahir pada bulan syawal walau mengikut kalendar mat saleh si papa lahir pada 28 Mei.

Semuanya secara kebetulan terjadi sebab kitorang tak mengamalkan sebarang perancang keluarga. Tak kira awal atau lewat si baby lahir dia tetap akan mencipta sejarah samada jadi geng papa atau geng mummy. Kalau jadi geng mummy jadi anak merdeka, kalau geng papa jadi anak syawal. Jadi apa nama yang sesuai korang rasa untuk anak sang lekit ni?? Boy or girl belum tahu sebab kitorang tunggu sampai lahir untuk tahu jantina. Jadi korang boleh la cadangkan dua nama (lelaki & perempuan) yang sedap, baik maknanya & senang di sebut.

17 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SUNTIKAN,AMBIL DARAH & MIMPI BASAH TIDAK MEMBATALKAN PUASA

8/02/2011 04:31:00 PM suria lekatlekit 14 Comments

Aduhai streamyx berpuasa sejak tengahari semalam sampai la petang ni. Ni pun baru kejab tadi je dah ok. Entah apa masalah sang lekit tak pasti sebab sepanjang streamyx down en hubby jer dok follow up dengan TM. Sang lekit sejak semalam tak berapa sihat bukan demam tapi perut, kaki, tangan & badan rasa sakit & sengal - sengal. Almaklum la dah semakin sarat sana sini sakit & tenaga pun makin kurang.

Hari ni hari yang ke seterusnya check up. Hari ni takde sebarang suntikan di ambil sebabnya 2 minggu lepas baru buat ujian darah & ambil suntikan kancing gigi yang terakhir. Dua minggu lagi baru kena ambil darah. Sang lekit ada jugak tanya Cik Misi pasal suntik & ambil darah ni memandang kan bulan puasa. Dia kata puasa tak batal, jadi sang lekit yang kurang infomasi pasal ni rajin la nak search. Hasil carian sang lekit nak share la dengan semua.

Carian google

Untuk mereka2 yang masih tak tahu macam sang lekit ni sebenarnya suntikan @ derma darah, ambil darah untuk tujuan pemeriksaan kesihatan memang tidak membatalkan puasa. Mungkin ada juga yang masih keliru terutama golongan lelaki jika bermimpi sesuatu sehingga mengeluarkan air mani semasa berpuasa secara tidak sengaja (ada ke mimpi di sengajakan??) juga tidak membatalkan puasa. Jadi jangan ragu - ragu untuk meneruskan puasa korang jika terjadinya perkara - perkara yang sang lekit sebutkan tu. Untuk lebih rujukkan tentang perkara2 yang membatalkan & tidak membatalkan puasa korang boleh buat rujukan DISINI & DISINI.

Jadi terurai la persoalan sang lekit pasal suntikan & ambil darah. Moga perkongsian ilmu yang sedikit ni dapat memberi manafaat kepada kita semua & moga ramadhan kali ni membawa seribu keberkatan kepada kita semua.

14 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

LANGSUIR DI BULAN PUASA

8/01/2011 01:16:00 AM suria lekatlekit 21 Comments

Bila tibanya ramadhan kita sedia maklum semua iblis/syaitan di penjara. Maka.. secara automatik kita akan fikir takde lagi hantu sepanjang bulan puasa jadi nak meronggeng atau melepak malam - malam sampai sahur sorang diri pun tak jadi hal la kan. Tapi sang lekit ada kisah langsuir di bulan puasa ni. Macam mana langsuir ni boleh muncul di bulan puasa?? Bukan sekor tapi siap berkumpulan. Alkisahnya di zaman kanak - kanak dulu..

Carian google

Masa belum akil baligh dulu sang lekit & kawan - kawan memang rajin ke masjid berterawih walau solat terawih tak seberapa, melantak je lebih. Budak - budak kan.. Aktivitinya memeriahkan suasana jer. Kita pergi beramai secara berkumpulan.. Jadi kalau balik lewat malam pun tak kisah sangat sebab mak bapak kitorang tahu kitorang ke masjid bukan merayap. Lagipun budak kampung zaman tak banyak jenayah macam sekarang, kerisauan tu berkurangan la bila berjalan malam - malam.

Alkisahnya mat - mat lepak pinggir jalan yang aktiviti dorang tersadai tepi jalan lepas buka puasa sampai tengah malam. Masa nak pergi terawih tu memang tak nampak sangat geng2 dorang tapi masa balik terawih tu meriahkaripap dorang melepak sambil membincangkan isu2 semasa dorang la.

Sang lekit & the gang ni memang la terkenal dengan kenalan masa kecik. Ada saja la idea nak mengenakan orang. Pada satu malam tu lepas habis jer terawih, kitorang dah berpakat nak balik time dah semua orang balik, jalan pun lengang semata mata nak kenakan mat2 lepak pinggir jalan ni. Lepas orang semua dah balik.. maka kitorang pun berjalan dalam gelap dengan telekung sembahyang masing2. Selalunya nak balik kita akan buka telekung tapi malam tu kita dah pakat nak pakai pakaian seragam. Konon nak jadi langsuir sakat mat2 lepak pinggir jalan ni.

Maka dalam kesunyian & kegelapan malam tu kita berjalan perlahan - lahan dalam pakaian serba putih. Bila ternampak kelibat geng serba putih dari jauh menuju kearah dorang (mat2 lepak), masing2 tergamam. Sang lekit sempat dengar.. ada yang siap cakap suruh diam & jangan tegur apa2. Dari situ jelas dorang ketakutan & terpedaya dari kelibat kitorang yang bertelekung putih dalam gelap di tengah malam. Bila sampai jer dekat dorang apa lagi kitorang bantai gelak kuat2 sebab kitorang yakin berjaya kenakan dorang malam tu.

Abang2 lepak pinggir jalan tu pun bantai gelak sebab terpedaya. Moral of the story.. pada yang suka lepak malam2 kat pinggir2 jalan tu bawak2 la lepak bersama jemaah masjid. Takde la kena sakat dengan langsuir di bulan puasa.

Apapun itu cuma sebahagian kenangan nakal sang lekit masa kecik. Kalau nak di ikutkan banyak lagi kisah nakal sang lekit masa zaman kanak2 ni. Terutama dalam aktiviti kenakan orang. Sempena bulan ramadhan yang mulia ni sang lekit nak ambil kesempatan untuk memohon kemaafan sekiranya penulisan sang lekit ada menguris perasaan secara sengaja atau pun tak. Selamat berpuasa moga kita di lindungi dari gastrik. kekekekekeke

21 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com