CUMA 2% MERKURI JE DALAM KRIM TU.. SAYA GUNA OK JE

10/30/2017 10:17:00 AM suria lekatlekit 4 Comments

CUMA 2% MERKURI JE DALAM KRIM TU.. SAYA GUNA OK JE. Biaq betul hang ni lekatlekit Ooi.. hang guna krim yang terang terang pengedar dia dah declare memang ada merkuri. Dah tu tak daftar dengan KKM pulak. Lepas tu claim selamat.. Hang dah ting tong ka?


Insya Allah kami masih sayang buah pinggang & muka kami ni.. Takkan la kami nak tenyeh krim2 macam tu kan? Alkisahnya semalam kami terbaca satu conversation panjang kat satu group ni. Isu tentang 1 cream ni.. cream muka la bukan creamer untuk minuman tu. Amboi sempat dia nak loyar buruk tu... Ni kisah pasal skincare ok! hahahahaha

Banyak yang kata ok & ada juga yang memberi feedback negatif. Apapun krim tu memang tak berdaftar dengan KKM & di akui oleh someone katanya krim muka tu cuma ada 2% je merkuri. Katanya dia guna ok jer.. dia skip pun muka dia tak breakouts ka hapa. So dia claim sebagai krim tu selamat & memberi kesan yang memuaskan pada dia.


Seolah olah macam penggunakan merkuri dalam produk kosmetik ni di benarkan pulak. Yelah cara dia berkomen tu macam cakap alah.. 2% je pun merkuri. apa da hal?? Ok ok.. di sebabkan dia juga la den gigih mencari info berapa dos merkuri yang di benarkan dalam produk kosmetik ni. Apa yang saya dapat adalah...

Penggunaan merkuri di dalam kosmetik untuk pasaran tempatan tidak dibenarkan.

Jumlah kepekatan merkuri yang dibenarkan Agensi Regulatori Farmasi Negara untuk (Solekan mata dan pembersih solekan mata saja); 0.007 peratus saja.
Di ulangi 0.007% untuk untuk produk solekkan mata & pembersih solekkan mata atau senang paham makeup remover sahaja. Jangan salah paham pulak.

Sumber info : Berita Harian

walaupun ada yang pandang remeh dengan produk yang di campurpalsu logam berat merkuri ni tapi sebenarnya kesan merkuri ni bukan sekadar menyebabkan kulit hangpa breakouts ja ok.. antara kesan lain yang lebih menakutkan adalah..

kajian lain yang mendapati merkuri berkenaan terutamanya jenis elemental seperti quicksilver, mampu untuk meruap dan mencemari udara dalam rumah sehingga lapan kali ganda lebih tinggi daripada yang dibenarkan.

Lebih malang ia berpotensi menyebabkan pendedahan merkuri melalui pernafasan kepada ahli keluarga yang lain kerana kadar penye­rapan ke dalam sistem darah adalah amat tinggi sebanyak 80%.

Ia juga boleh memasuki sistem penghadaman melalui tangan yang tercemar atau krim yang disapu dekat dengan bibir mulut tetapi hanya 0.01% sahaja yang terserap masuk. Bagi jenis merkuri tak organik yang lain, kadar pe­nyerapan adalah lebih sedikit.

Walaupun kadar penyerapan merkuri ke sistem edaran darah melalui kulit hanya sekitar satu peratus, namun penggunaan krim yang banyak dan keadaan kulit yang kering boleh meningkatkan kadar tersebut. Biasanya tiada tanda atau rasa bagi menunjukkan merkuri ada di dalam krim tersebut. Begitu juga jika terdedah melalui sistem pernafasan.

Bahan merkuri yang memasuki sistem darah akan membentuk kompleks antigen-antibodi lalu me­rosakkan struktur utama buah pinggang. Ini menyebabkan kerosakan buah pinggang seperti penyakit nefrotik. Pesakit akan kehilangan protein dan mengalami bengkak terutamanya pada kaki dan keliling bawah mata.

Merkuri tidak organik ini agak sukar untuk merentasi selaput otak. Tetapi pendedahan berterusan boleh menyebabkan gangguan pada sistem saraf.

Merkuri elemental yang mampu meruap didapati boleh menyebabkan masalah mental seperti gangguan kognitif, motor dan sensori tubuh, mahupun perubahan personaliti. Inilah antara sebab utama mengapa merkuri tidak dibenarkan untuk ramuan asas barangan kos­metik. Bagi ibu hamil juga, tidak digalakkan menggunakan sebarang alat kosmetik kerana ditakuti anak di dalam kandungan akan terjejas tumbesaran tubuh dan otaknya.

Sumber Info : Utusan Online

Yang mana rasa its ok ada mercury.. Nak teruskan pakai produk yang terang terang hangpa tahu ada mengandungi merkuri tu teruskanlah yer. Maybe hangpa ada biji benih boleh semai & tumbuh semula buah pinggang kalau berlaku apa apa di kemudian hari. Cuma jangan lupa ambil insuran untuk backup yer.. hehehe

Moral of the story.. golongan kotoran degil ni kau tak payah sental & polish la. Selagi depa rasa sihat, cantik, gebu, putih, mulus... Selagi tu depa rasa yakin apa yang depa guna selamat. Tunggu je memasing dapat side effect yang menakutkan... masa tu baru datang hidayah untuk menukar kepada produk yang lebih selamat.

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SEBELUM MEMBELI APA2 PRODUK KOSMETIK/SKINCARE PASTIKAN SEMAK SEMUA LABEL INI TERLEBIH DAHULU

10/27/2017 11:30:00 AM suria lekatlekit 8 Comments

SEBELUM MEMBELI APA2 PRODUK KOSMETIK/SKINCARE PASTIKAN SEMAK SEMUA LABEL INI TERLEBIH DAHULU. Kita orang perempuan ni kan.. Memang suka la benda benda nak cantik. Zaman sekarang ni bukan je perempuan atau perempuan jadian suka kosmetik & skincare.. Lelaki pun dah mula pakai kosmetik & skincare. Maka bersepah la produk2 skincare/kosmetik ni di jual. Nak2 lagi trend OEM produk kan.. Sampai tak tau dah sapa pengasas produk tu. Gigih nak cari sapa founder time KKM umumkan produk tu mengandung racun je... Kalau tak tak sempat dah nak siasat siapa founder, di mana di proses & dari mana bahan mentah untuk produk tu di ambil.

Sebab tu sebagai pengguna kita kena lebih alert sebelum menggunakan sebarang produk kosmetik/skincare ni. Pengeluar produk sekarang kebanyakkan tak jujur.. Banyak misteri yang di sembunyikan untuk menjaga kepentingan sendiri. Jadi hari ni saya nak share tips sebelum membeli sebarang produk kosmetik/skincare. Apa yang perlu kita pantau.. Untuk menjamin hak kita nanti lebih terbela sekiranya berlaku apa apa kemudaratan melibatkan produk yang kita guna.

Sebelum membeli apa - apa produk sila semak label label ini terlebih dahulu. Pastikan semua label yang tersenarai di bawah ada pada kotak atau packaging produk

1. Semak Label produk & pastikan ada 2 perkara ni:
. Nama produk dan fungsinya.
. Cara penggunaan produk.

2. Senarai lengkap bahan atau kandungan produk. Nama bahan diisyhtiharkan mengikut turutan peratus tertinggi kepada peratus terendah. Pewangi boleh dilabelkan sebagai perfume, fragrance, aroma atau flavour. Pewarna boleh diletakkan pada bahagian terakhir selepas semua bahan.

3. Untuk kosmetik 'decorative' yang mengandungi beberapa tona warna, semua pewarna yang terlibat disenaraikan dengan menambah frasa 'mungkin mengandungi':

4. Penamaan bahan mestilah menggunakan sistem penamaan terkini daripada ;
International Cosmetic Ingredient Dictionary & Handbook.
Pharmacopoeias (e.g. British Pharmacopeia (BP), United States Pharmacopeia (USP)).
Chemical Abstract Services.

5. Nama botani atau ekstrak botani mestilah diletakkan genus atau species. Genus boleh diringkaskan.

6. Negara pengilang.

7. Nama dan alamat CNH (Cosmetic Notification Holder). Nombor CNH yang sah untuk dihubungi.

8. Bahan yang disenaraikan dalam unit berat atau isipadu mestilah menggunakan sistem metrik atau metrik & imperial.

9. Batch number pengeluaran.

10. Mesti memaparkan tarikh pembuatan (manufacturing date) atau tarikh luput (expiry date).

11. Langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku sesuatu semasa atau selepas menggunakan produk.

12. Pengisytiharan kehadiran sumber haiwan.

Untuk lebih memahami rujuk gambar di bawah



Rujukan:
http://npra.moh.gov.my/…/Annex_I_part_7-COSMETIC_LABELING_R

Sumber : WatchTower Syndicate

Kamu semua kalau beli produk kosmetik, tak kisahlah dari drugstore atau online, harap dapat gunakan mata nan indah untuk periksa label. Pastikan ada semua yang disenaraikan. Kalau beli online, pastikan minta penjual tunjukkan semua label. Kalau penjual tak nak tunjuk, tak payah beli. Heheheh - Pesanan Dari WatchTower Syndicate

Dah faham semua anak anak.. Sekarang check produk hangpa guna ada tak semua tu? Ia sangat penting semua label tu ok!

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DAH SEMAK PRODUK ANDA GUNA DARI KILANG BERTARAF GMP ATAU TIDAK?

10/26/2017 09:58:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

DAH SEMAK PRODUK ANDA GUNA DARI KILANG BERTARAF GMP ATAU TIDAK? Semalam dok melilau kat news feed FB terjumpa satu page Krim Kilo bertaraf GMP katanya.. wow! Krim Kilo sekarang dah naik taraf yer.. Kalau dah bertaraf GMP tak payah la guna nama krim kilo. Boleh membuatkan orang lain salah faham.. Tapi bila harga seunit produk yang di keluarkan serendah RM4++.. Ragu2 juga dengan kualiti produk tu. GMP betul ke tidak.. tak sure la pulak.


Bagi yang tak tahu.. Semua produk yang berdaftar dengan KKM memang wajib di hasilkan & di keluarkan dari kilang bertaraf GMP. Tu mesti nak tanya GMP tu apa? Ok.. ok.. Hakak explain kat hangpa sikit na.. Apa yang di maksudkan dengan GMP. General Manager Production ke? Bukan...

GMP (Good Manufacturing Practice/Amalan Pengilangan Baik) adalah pensijilan yang mendapat pengiktirafan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia bagi memastikan produk atau kosmetik yang dihasilkan dalam keadaan berkualiti dan bersih. Nak dapat taraf GMP tu perlu la melalui proses permohonan & ada kriteria yang di tetapkan oleh KKM.

Zaman sekarang ni zaman penuh dengan penipuan.. So kita tak boleh percaya sangat kalau ada pengedar yang cakap produk dia di keluarkan oleh kilang bertaraf GMP. Kita kena tengok bukti juga sebelum mengambil kenyataan tu sebagai kenyataan yang jujur & benar.. Produk yang sebelum ni dapat Notifikasi KKM pun banyak kantoi ada bahan terlarang sebab pengeluar produk tak jujur declare bahan bahan yang di gunakan dalam produk inikan pulak status GMP. Jadi penting untuk kita tahu cara - cara nak semak samada kilang yang mengeluarkan produk yang kita guna sekarang benar bertaraf GMP atau tidak..

 Caranya 

1. Pergi ke website http://npra.moh.gov.my/

2. Clik pada Button Information
- clik QUEST List of Manufacturers / Wholesales / Importers
- clik Cosmetic Manufacturer List

(Rujuk pada gambarajah di bawah)


Lepas tu dia akan keluar senarai kilang yang mendapat pengiktirafan GMP oleh KKM. Kalau ada bagus la at least produk anda guna di hasilkan dari kilang yang mengamalkan Amalan pengilangan yang bersih tapi tak bermakna Ingredients dia tu selamat ok! GMP bukan bukti sesuatu produk itu selamat atau halal cuma untuk memastikan produk yang di hasilkan dalam keadaan berkualiti & bersih sahaja. Untuk halal perlu dapatkan Pengiktirafan IMP atau Halal JAKIM. Untuk mengesahkan produk tu selamat ke tidak.. Kena ada bukti dah di RND iatu melalui ujikaji di makmal @ Lab yang di iktiraf. Bukan bakar atas sudu, ok!

Jadi.. elok la sebelum guna apa2 produk check dulu samada ada NOT KKM, GMP kalau perlu status kehalalan. Almaklum kalau di keluarkan dari kilang ni.. Kadang2 non muslim punya kan. Penting juga status halal tu.


Tu salah satu cara nak semak kilang yang mengeluarkan produk kosmetik bertaraf GMP. Sama juga kalau produk makanan atau apa2 produk yang lain. ada kategori dia la..So, boleh check di laman web NPRA.

Semoga info ni memberi manafaat kepada korang semua.. pencinta kecantikkan abadi. hehehehe

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

OCD ADALAH SALAH SATU GANGGUAN MENTAL YANG RAMAI ORANG SALAH FAHAM

10/25/2017 01:14:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

OCD ADALAH SALAH SATU GANGGUAN MENTAL YANG RAMAI ORANG SALAH FAHAM. Ramai yang salah faham dengan OCD. Bila mereka rasa mereka seorang yang pembersih & tidak suka pada suasana yang tidak kemas & berselerak, mereka kategorikan diri mereka sebagai seorang OCD. Sebenarnya ia adalah satu tanggapan kurang tepat rasanya. Setakat hangpa tu cuma pembersih & suka dalam keadaan yang kemas bukan kategori OCD lagi.


Sebelum kami ulas lebih lanjut pasal Gangguan OCD ni meh kita faham apa iu OCD tu dulu. Acah acah pakar google kejab yer.. Jangan ada yang muntah berdarah pulak. hehehehe

Gangguan Obsessive Compulsive (OCD) atau gangguan obsesif kompulsif adalah kelainan psikologi yang mempengaruhi minda dan perilaku pengidapnya. Begitu seseorang mempunyai OCD, Sentiasa rasa was was dan rasa takut yang tidak diinginkan akan muncul terus-menerus, menyebabkan pengidapnya obses pada sesuatu dan melakukan tindakan tertentu secara berulang-ulang sebagai respon terhadap ketakutannya. Contohnya, memeriksa berulang kali apakah mereka telah mengunci pintu atau belum. Pengidap OCD mungkin dapat boleh mengabaikan perasaan itu, Tapi kerana sikap was was & sentiasa rasa tidak puas hati perkara itu memberi tekanan kepada mereka

Nak tahu hangpa tu OCD ke tidak meh baca ada ke ciri ciri ni

Ciri-Ciri OCD
 Sebelum seseorang individu dilabelkan mengidap OCD, mereka perlu menepati criteria seperti berikut:- 

➠Seseorang yang obses dari aspek pemikiran, bayangan atau cara yang bertubi-tubi (rumination), contohnya dia merasa tangannya kotor walaupun hakikatnya tidak.

➠Individu terbabit berada dalam keadaan resah, cemas, tertekan dan merasa tidak selesa dengan keadaan ini.

➠Sedar dan apa yang berlaku sebenarnya bukan sesuatu yang sengaja dibuat-buat tetapi datang dari luar ‘ego alien’ pada dirinya.

➠Individu tersebut tahu bahawa idea atau bayangan yang hadir dalam dirinya itu adalah karut, tidak logic dan tidak sepatutnya berlaku.

➠Melawan dan menahan idea yang datang dan menyebabkan dirinya menjadi resah.

 Pemikiran atau bayangan ruminasi obsesional ini boleh dibahagikan kepada sama ada:- 

Was-was
Kebersihan
Melakukan sesuatu secara perlahan-lahan (slowness)

Biasanya disusuli dengan tindakan kompulsif atau perbuatan yang dilakukan berulang kali. Individu yang mempunyai kesemua ciri-ciri ini biasanya cepat marah, mudah tersinggung di mana fungsi sosial mereka menjadi tidak terurus.

Malah, tumpuan fikiran mereka juga sering terganggu mengakibatkan hubungan sosial dengan orang lain dan keluarga sering menimbulkan masalah.

 Individu yang tergolong dalam kumpulan ini biasanya sering berkeadaan seperti:- 

⟴ Kemurungan
⟴ Sedih
⟴ Kurang selesa
⟴ Cepat letih
⟴ Berat badan menurun
⟴ Cepat marah
⟴ Tidak menghiraukan aspek pengurusan diri seperti kebersihan atau kecantikan.

Sekiranya pesakit berhadapan dengan konflik, symptom OCD ini boleh berubah dari segi keterukannya dimana ia boleh menjadi lebih serius.

Bagaimanapun, sekiranya masalah atau konflik yang dihadapi dapat diatasi dengan cara yang baik, symptom-simptom ini akan berkurangan.

Sumber : Malaysian Mental Health Association

Jadi yang mana selama ni rasa diri dia ada OCD tu.. betul ka hangpa salah seorang pengidap OCD atau cuma salah faham sebab sikap hangpa yang pembersih & kemas tu. Ingat OCD bukan perilaku biasa ia salah satu Mental Disorder yang perlu di rawat supaya tidak memudaratkan. Kalau hangpa ada ciri2 OCD.. pi la jumpa pakar cepat cepat ok!

Kalau pernah ikuti kartun Boboiboy ada satu episod bini kepada cikgu Papa @ Papa Zola, iatu mama zila yang di gambarkan sebagai seorang OCD. Bila nampak keadaan tidak tersusun, kotor & berselera terus dia bertukar jadi raksasa OCD. Nak bagitau OCD ni dia memang sukar mengawal perasaan & benda tu membuatkan mereka jadi tertekan bila dalam sesuatu keadaan yang mereka rasa tidak macam depa nak & harapkan. Salah satu faktor kebersihan & kekemasan.

Moral of the story.. Kita ni memang lagu tu la kan... Semborono je guna istilah tu tanpa kaji dulu. Banyak juga dok tengok kawan2 saya mengaku diri OCD tapi sebenarnya bukan OCD pun. Jangan dok sebut sangat hangpa OCD satgi jadi doa termakbul jenuh nak rawat.

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SITI NURHALIZA BERGELAR DATUK SERI & ADI PUTRA BERGELAR DATUK

10/24/2017 01:04:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

SITI NURHALIZA BERGELAR DATUK SERI & ADI PUTRA BERGELAR DATUK. Selepas mengumumkan berita kehamilannya baru baru ni.. Sekali lagi Penyanyi nombor 1 malaysia mendapat rezeki dengan anugerah Datuk Seri.. Tu la kan. Siapa sangka dari budak perempuan biasa, masuk bintang RTM, menang & terus berjaya & kaya sampai sekarang.


Apapun kejayaan Datuk Seri Siti Nurhaliza ni bukan mudah macam sesetengah orang. Nampak usaha dia dari bawah sehingga di kedudukkan sekarang. Takde bergambar depan pagar Istana terus dapat title dato.. Last last dato ke mana hapa.. kedalam juga dengan uniform oren & purple. hehehehe.

Selain Datuk Seri Siti Nurhaliza.. antara artis yang menerima darjah kebesaran Pahang sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar adalah pelakon Adi Putra & Datuk Eizlan Yusof

Siti Nurhaliza, 38, yang merupakan anak kelahiran Lipis dianugerahkan darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Tiga selebriti lain yang menerima anugerah kebesaran adalah pelakon Datuk Eizlan Yusof atau namanya Datuk Idris Md.Yusof yang turut menerima SSAP.
Pereka fesyen Jovian Mandagie pula dianugerahkan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang yang membawa gelaran Datuk manakala pelakon Adi Putra pula menerima Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Datuk. - Sumber Siakap Keli -
Erkk..Adi putra pun dah dapat Datuk.. Mana2 warganegara luar yang teringin nak dapat title Datuk ni mai la kerja kat Malaysia ni ok! Sultan Pahang memang pemurah untuk menganugerahkan gelaran Datuk kat sesapa jer yang layak bagi beliau. Bila gamaknya blogger nak dapat title datuk anugerah dari sultan pahang ni yer... hehehehe

Apapun tahniah kepada semua yang mendapat anugerah datuk bagai tu.. Datuk Datuk Sekalian moga membawa gelaran tu dengan baik & memberi manafaat kepada masyarakat yer. hehehehe

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BUAT SEMUA HANTU LAKSA.. SEKALI RASA LAKSA HUT BAKAL MENGHANTUI ANDA

10/23/2017 02:25:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

BUAT SEMUA HANTU LAKSA.. SEKALI RASA LAKSA HUT BAKAL MENGHANTUI ANDA. Mesti hangpa konpius kan.. Ni cerita pasal makanan ke cerita seram? Adakah laksa hut itu tempat berpuaka? Mesti semua mula tertanya tanya.. Takpe. Misteri akan terungkai kalau hangpa rajin baca entri ni sampai habis. Hahahhaa...


Semalam kan weekend. Walaupun sekarang bukan every weekend kami anak beranak keluar macam dulu.. Tapi weekend minggu ni keluar la jugak. Yelah.. menyinggah jenguk mertua yang tengah uzur selepas di serang strok kedua. Nak balik hari hari memang tak boleh so hari minggu je la peluang yang ada. Alang kepalang dah keluar tu.. Kira dapur tak berasap la kan.

Disebabkan pagi dah breakfast berat dengan nasi lemak & kuih muih bagai.. so lunch tu rasa macam kenyang kami anak beranak skip la lunch. Lepas balik dari rumah in law tu.. alang alang dah ke sungai buloh tu.. ber food hunter la sekejab. Secara tak sengaja ternampak signboard restoran laksa hut. Sebab agak catchy nama restoran dia ala2 pizza hut pulak kan.. tema warna pun dia guna ala2 pizza hut jugak. Maybe benda tu la jadi tarikkan kot... So tersinggah la. Paling utama sebab menu dia laksa.

Dah di gaul maul dengan petis.. Makan sambil tergigit cili padi.. terpejam pejam mata menikmatinya hehehe

Walau restoran dia bertemakan laksa tapi ada juga menu lain macam nasi lemak, mee kari, charkuew teow udang & ketam & beberapa menu lain. Konsep restoran tu layan diri. Alah macam makan kat food court tu. Maknya takde pelayan nak serve makanan sampai ke meja kau. Kau order tunggu la kat situ angkat makanan sendiri.


Semalam masa singgah tu tak ramai orang... Ingat tak sedap ke hapa menu dia kan. Saya macam biasa la mesti nak try laksa utara. Rasa betoi utara ka dak.. Sebab kat sini kalau tulis menu laksa utara kadang2 tak utara sangat pun rasa dia. Sang suami order char kuew teow udang..


Laki den kata sedap je char kuew teow kat situ.. Laksa utara pun not bad. Di tambah dengan petis (otak udang) makan bersama cili pada.. Alahai nikmat rasa sampai ke hati ok! Kuah laksa dia memang original laksa utara. Sedap & memang tak mengecewakan.. Tak la macam selalu den dok makan kat tempat lain kebanyakkan rasa kuah dia kalau tak terlebih masam, terlebih masin atau kedua duanya sekali di sabitkan kesalahan tidak menepati ciri ciri rasa utara sebenar. hahahaha... tu dia serius bebenor kau yer lekat lekit.

Cara dia serve tak berapa menarik tapi rasa dia lebih indah dari rupa. Yang penting rasa hehehe

Makanan sedap.. restoran pun simple & bersih cuma panas sikit. Maybe sebab cuaca sekarang pun panas. Ada pilihan nak makan luar atau dalam restoran. Cuma lokasi dia tu agak terpencil sikit sebab bukan di pusat bandar sungai buloh kan..


Harga dia maybe mahal sikit sebab semangkuk laksa yang portion tak berapa banyak tu RM6 semangkuk. Kalau family besar lagi bagus hangpa masak sendiri la seperiuk kuah laksa tu dari nak makan semangkuk RM6 tu. Tu pun kalau reti nak masak laksa sesedap tu. Kalau tak reti mengidam sangat memang rekemen la makan kat laksa hut ni. Tapi kalau hangpa yang kaya raya, bergaya & berjaya macam usahawan MLM tu.. takde hal la dengan semangkuk laksa RM6 ni kan

Jadi hantu hantu laksa sekalian.. Nak cari laksa sedap area sungai buloh atau kawasan berhampiran memang rekemen restoran laksa hut tu pun kalau hangpa tak kesah pasal rega. hehehehe

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MASIH INGAT CIKGU SHIDA YANG POPULAR DENGAN VIDEO MIMING DULU? DIA KEMBALI LAGI DENGAN VIDEO TERBARU

10/21/2017 12:46:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

MASIH INGAT CIKGU SHIDA YANG POPULAR DENGAN VIDEO MIMING DULU? DIA KEMBALI LAGI DENGAN VIDEO TERBARU. Sapa ingat cikgu shida yang pernah jadi fenomena dengan video miming dia dulu? Ala.. seorang cikgu sekolah rendah yang banyak buat video miming yang kadang2 macam annoying juga tu. Masa dia tengah popular pernah di tawarkan berlakon dalam satu telefilem tapi satu tu je drama dia berlakon. Nampak cikgu shida walau pandai berlakon dalam video2 miming dia tapi bila di beri peluang berlakon depan camera agak kaku jugak.

Tadi secara tak sengaja ternampak posting cikgu shida share video terbaru dia.. Ingat ada la video miming terbaru ke hapa rupanya cikgu shida dah berubah konsep. Dia mula buat video masakan. Channel youtube dia tak silap CIKGU SHIDA in the kitchen. Yang saya tengok tadi video dia memasak gulai taucu ke hapa..

Ni video terbaru cikgu shida masak gulai tauchu opah katanya. Adik adik yang nak belajar masak boleh tengok

Wah cikgu shida lepas ni jadi selebriti chef media sosial la pulak kan? Sapa kata I haters cikgu shida.. I sayang tau cikgu shida sebab tu I suka bagi cikgu shida publisiti kat blog ni. hehehehee

Walaupun dulu cikgu shida kata dia tak suka memasak & buat kerja rumah.. Semua mak dia yang buatkan tapi tu la manusia boleh berubah. See.. cikgu shida sekarang dah suka masak ok! Tapi tak sure cikgu shida masih bujang ke atau dah berpunya. Nanti den try beramah mesra dengan cikgu shida. Kalau solo lagi.. Boleh la abang2 masuk jarum. Manatau berjodoh ke kan. hehehehe

Apapun semoga cikgu shida berjaya dengan konsep baru video yang di hasilkan. Moga jadi viral macam dulu yer sebab saya rasa konsep baru ni lebih sesuai la dengan imej & usia cikgu shida. Kalau dulu serius rasa annoying tapi untuk video memasak ni, Sesuatu yang baik so boleh je kita support. Tapi tengok tadi still ada video miming terkinja kinja lagi. Hahahahahaha..

Jadi kalau korang nak tengok video terbaru cikgu shida kat dapur boleh search kat youtube CIKGU SHIDA in the kitchen yer. Ada juga video education yang maybe sesuai untuk kanak kanak.

Apapun cikgu shida.. Welcome back. Hope selepas ni video2 cikgu shida bukan berunsur hiburan yang sangat tidak sesuai dengan imej & kerjaya cikgu tapi lebih berilmiah. Insya Allah yang baik kita support. Simple!!

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

INILAH AKTIVIS MEDIA SOSIAL YANG MENENTANG PRODUK BAHAYA & PENIPUAN SAINS PERUBATAN

10/20/2017 11:32:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

INILAH AKTIVIS MEDIA SOSIAL YANG MENENTANG PRODUK BAHAYA & PENIPUAN SAINS PERUBATAN. Di era media sosial ni.. Rasanya kita lebih bertuah berbanding mereka yang di era sebelum media sosial. Sebab kalau sebelum era media sosial ni kita cuma dapat info melalui siaran tv, radio & surat khabar jer. Apa depa laporkan itulah yang kita tahu. Tapi di sebabkan teknologi berkembang maju.. Orang dah tak berapa layan info2 dari radio, tv & surat khabar yang banyak tidak telus. Lebih berkonsepkan kau bayar aku siar. Atau bahasa media sosial sekarang membongak je kerjanya.


Sebab tu muncul ramai aktivis di kalangan mereka yang profesional untuk membantu orang awam supaya mendapat info yang tepat. Takde la sepanjang hidup terus kena klepet je kan.. Satgi ada yang tak tau pulak klepet tu menatang apa. Klepet tu kena tipu la.

Lambakkan produk supplement, ubat tradisional, produk kecantikkan, kosmetik, skincare bagai kadang kadang kita yang kurang pandai ni tak tau yang mana selamat & yang mana tidak. Kita cuma berpandukan info yang di beri pengeluar & pengedar produk je. Kau rasa depa nak bagi tau ke kalau produk depa mengandungi bahan terlarang yang boleh merisikokan kesihatan orang lain? Mereput la tunggu depa ni nak jujur. Kalau depa tergamak jual tanpa rasa bersalah & tanpa rasa berdosa pada Tuhan.. Apatah lagi dengan hangpa depa nak rasa bersalah. Melingkup la hangpa kat situ.. Janji depa masyuk boleh kaya raya.



Sekarang ni menjadi trend OEM produk.. ada OEM produk yang ok, selamat & ada RND. bermakna melalui proses ujikaji keselamatannya sebelum di pasarkan tapi jangan tak tau bersepah produk dari kilang OEM yang tidak melalui proses RND & di pasarkan secara berleluasa. Bukan susah nak jadi pengasas produk sekarang ni.. Kau ada duit pergi je beli produk dari kilang OEM.. letak jenama sendiri. settle.

Esok esok bila kantoi dengan KKM.. bagi je alasan fake produk bagai padahal semua tu auta tak nak mengaku kesalahan sendiri.

Sebab tu hangpa kena follow aktivis yang menentang penipuan sains perubatan & produk merbahaya ni kat facebook. Banyak info kesihatan & produk2 yang bahaya mereka akan share. Jangan risau mereka di kalangan golongan profesional dalam bidang masing masing. Kebanyakkan doktor & staff pharmacist KKM. Antara Page & Individu yang ada boleh follow adalah..

Medical Mythbusters Malaysia
Pseudoscience Watch
Dr Rusyainie Ramli
Dr Rafidah
Ammar Kamar
Dr Iqbal Rosaili
Dr Suhazeli Abdullah
Amirul Amzar
Dr Afiq Rahim / DAR
Tinta Mahyuddin
Mahyuddin Mohamed
Abdul Rahman Abdul Kadir
Dziehan Mustapa
Hana Hadzrami
Khairul Hafidz Alkhair
Kamarul Ariffin Nor Sadan
Noor Hayati Yasmin
Ahmad Firdaus
Dr Beni Rusani
Khairul Yoi 
(Khairul Yoi ni cuma aktivis sosial media buka di kalangan paramedic tapi sangat lantang menentang produk merbahaya. So boleh follow sebab info dia kebanyakkan telus )

Tu antara aktivis di kalangan pakar perubatan yang selalu berkongsi info kesihatan & selalu memberi pendedahan tentang produk2 yang bahaya di media sosial. Kalau rasa nak jadi pengguna bijak.. Follow la. Kalau rasa tak penting.. Ignore je tak ada sapa nak paksa. Den sekadar menyampaikan info jer..

Moral of the story.. Ingat produk merbahaya kadang kadang tidak memberi kesan hari ini pada kesihatan kita tapi ia adalah pembunuh secara senyap & perlahan lahan dalam diri kita. Mungkin kesannya hangpa akan dapat dalam jangka masa panjang. Masa tu mungkin penyelesalan takkan mampu mengubah apa apa..

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SWEET ROYALE STEVIA HALAL PEMANIS MINUMAN TAPI BUKAN GULA

10/19/2017 10:04:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

SWEET ROYALE STEVIA HALAL PEMANIS MINUMAN TAPI BUKAN GULA. Alahai.. sweetnya kan tajuk entri ni. Manis macam tuan blog kedaung juga hehehehe. Sila muntah tepi tepi yer.. tengah2 kang susah nak cuci. Alolo.. gurau sikit pun dah morning sickness.


Bukan nak cerita pasal kemanisan tuan punya blog tapi hari ni nak habaq kat hangpa yang suka minum manis manis tu..Hangpa wajib baca entri ni tau. Bukan apa Gula ni salah satu penyebab diabetes jugak. Jadi memang la untuk elak dari berisiko kena diabetes atau kencing manis kita kena kurang makanan atau minuman yang bergula. Tu salah satu cara la.. Tapi larat ka nak teguk air kosong je 360 hari setahun kan? Kita pun nak menikmati juga minuman berperisa ni..

Dont worry.. tak perlu menangis tepi balang gula ok! Ada jer cara ada menikmati minuman manis tanpa gula.. Mesti ada kata, dah gila gamaknya lekatlekit ni kan? Ada ka minuman manis tanpa gula. Sah! sel sel otak dia terputus...

Amboi kemain hangpa na.. Tunggu ada point ja nak mengata kami kan? Sapa kata tak ada cara nak menikmati minuman manis tanpa gula? Ada ok.. Hangpa ja ketinggalan pasal ni. Benda ni rasanya dah jadi trend kot. Apa dia yang trend tu? Mesti hangpa pun nak tau kan? Tak sabar la tu.. ok ok saya bagitau hangpa macam mana hangpa boleh nikmati minuman manis tanpa gula. Bukan black magic.. bukan khurafat atau syirik... caranya... jeng jeng jeng..


Mengantikan gula dengan stevia sweetener. Salah satu produk keluaran Pharmaniaga iaitu salah  sebuah syarikat GLC farmaseutikal yang terbesar di Malaysia. Tapi jangan tersalah beli ok sebab ada stevia tiruan yang di jual berleluasa di luar sana. Wajib semak dulu sebelum beli apa2 produk stevia sweetener. Sebab yang tiruan ni risau mendatangkan kemudaratan pulak. Almaklum tiruan confirm la memang tak menggunakan bahan yang sama seperti yang original.


Bagi yang tak tau stevia sweetener ni berfungsi mengantikan gula tapi masih memberi rasa manis pada minuman cuma rendah kalori. Sesuai la dengan tagline depa 'Rasa Manis Unik Sejati. Apa yang uniknya dengan Sweet Royal Stevia ni? Jom kita bongkar.. 

➠Setiap 2 gram SweetRoyale menawarkan rasa manis sejajar dengan 2 sudu teh gula.

➠Diformulasikan oleh pakar-pakar yang diiktiraf serta ujian makmal dengan penuh terpeinci.

➠Formula yang diperbaharui menggunakan gred Stevia yang lebih tinggi bagi rasa yang unik dan kurang pahit.

➠Antara yang murah dan mampu milik dan mudah dibawa kemana-mana.

➠Diperkenalkan dalam bentuk serbuk seperti gula, bukan cecair bagi mengatasi masalah kontaminasi.

Jangan risau Sweet Royal Stevia halal ok! Di sahkan oleh JAKIM. Boleh semak Nombor HALAL: MS1500:2009, 1071-02/2017

Di datangkan dalam bentuk sachet yang mudah di bawa kemana mana. Sekarang ni kan orang memang jenis nak semua instant kan. Koyak, tuang & minum jer. Jadi packaging dia memenuhi cara hidup orang zaman sekarang. Dont worry!

Rahsia artis artis Malaysia seperti Scha Al yahya, Nisha Ezzati & Syarifah Sakinah kekal cantik, langsing & sihat. Depa pun dah mengamalkan Sweet Royal Stevia ok!

Cerita gedebuk gedebak.. Tapi nak beli kat mana natang ni? Amboi hangpa.. natang katanya. Sebut betul betul Sweet Royal Stevia Sweetener ok! Bukan natang. 

Yang berminat nak dapatkan produk ni boleh dapatkan di

 Whatsapp: 013-4731696 (Agent SweetRoyale Stevia) 
COD area Shah Alam/Kuala Lumpur or Pos ke Seluruh Malaysia 
Harga Pos: RM 15.9+ postage
Harga COD: RM17

Atau boleh Walk in kat mana mana Cawangan Farmasi RoyalePharma seluruh Malaysia!


Juga boleh dapatkan produk ni di Online Website RoyalePharma

Jangan tak tau kat Lazada, 11Street & Shopee pun hangpa boleh beli ok!

Jadi jom ubah cara hidup lebih sihat dengan menukar gula kepada stevia. Tetap manis tapi kurang risiko kencing manis.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SPESIS TAKDE LIFE ASYIK BERKEPIT DENGAN FAMILY

10/18/2017 11:53:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

SPESIS TAKDE LIFE ASYIK BERKEPIT DENGAN FAMILY. Tu dia.. Bawangnya kau punya tajuk entri kan? Mesti ramai dah ketap bibir ni tahan geram. Dasar blogger mulut jahat katanya. Hello.. saya tak tulis blog pakai mulut saya taip guna jari jemari je ok! So jangan blame my mulut ok! I saman u nanti.. hehehehe

Amboi hangpa kan.. Suka sangat judge orang by the tajuk entri ok! Ni mesti spesis baru berkenalan dengan blog lekatlekit kan? Kalau dah lama follow blog lekatlekit depa tak main la nak judge2 by the tajuk je ok! Depa akan clik & baca dulu entri yang lekatlekit karang berkajang kajang ni.

Mungkin bagi orang lain even dah kawen & beranak pinak depa tetap nak  ada social life dengan kawan kawan. Apa orang sekarang cakap 'Me Time'. Nak release tension. Asyik mengadap muka anak & suami/isteri je pun boleh stress.. Bagi depa orang yang asyik berkepit dengan family ni macam tak ada life je. Yelah.. tak bersosial asyik bila jumpa je dengan family dia. Nak lepak2 dengan kawan kawan memang tak la. Ya Allah bosannya hidup dia.. Kata mereka la.

Tu bagi orang lain la tapi bagi saya. Buat masa ni saya lebih selesa dengan keluarga saya. Tak masih tak reti nak berjalan tanpa keluarga saya. Bagi saya untuk kehidupan social saya mungkin tidak sesuai saya nak pratikkan buat masa ni. Saya dah banyak bersosial dengan kawan kawan masa bujang saya. dari umur saya belasan tahun.. Saya dah bersosial jadi bila saya dah berkahwin biarlah saya dengan keluarga saya. Lagipun benda tu salah satu cara mengelak fitnah. Almaklum status isteri & ibu dah kan sekarang. Kena sedar diri hehehehe

Saya tak perlukan Me Time buat masa sekarang. Lebih2 lagi dengan condition anak saya yang memang masih perlukan perhatian rapi. Saya pun saya tak berapa percaya untuk orang lain jaga dia.

Sejak kawen memang kemana mana atau nak pergi holiday ke hapa memang dengan family. Sebab Kadang - kadang percutian dengan family ni lebih mudah & enjoy. Nak bercuti dengan kawan kawan ni dia kena ada plan. Plan tu pulak kadang2.. planing bagai nak rak last minute ada yang cancel la.. ada yang emergency la.. macam macam la masalah.  Jadi kalau nak bercuti dengan family kadang2 tak payah planning pun rasa ada kelapangan & bajet.. bungkus kain baju gerak je. Settle.


Nak buat Roadtrip pastikan kenderaan anda cukup minyak pelincir. pelincir Shell Advance ni? Kat mana nak beli? Haa, kalau risau korang tersalah beli yang tiruan, beli kat Lazada Store je! Memang yakin original dan korang boleh dapat harga diskaun serendah RM 17.90!

Jadi bagi saya.. Saya lebih selesa dengan family saya. Itulah life saya.. Yang rasa orang macam saya macam takde life bukan satu masalah pun pada saya. Life ke tak life.. selagi kita rasa happy dengan cara hidup & pilihan kita kenapa kita nak kisah sangat pandangan orang yang tak menguntungkan apa apa tu. Lantak dia la nak judge macam mana pun. Dia nak bersosial macam orang bujang tu dia punya pasal la kan.. Tu cara hidup dia. hehehehe

Moral of the story.. Tak faham orang yang suka nak sedih bila dah kawen social life dia tak macam dulu. Kawan2 dah semakin menjauh bagai. Sungguh tak faham apa yang menyedihkan sangat kalau setakat tak boleh lepak dengan kawan kawan.. Selagi kau tak reti bersyukur selagi tu kau rasa hidup kau sentiasa tak cukup.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MOCHA HAZEL BUKAN SUPPLEMENT KECANTIKKAN TAPI MINUMAN YANG BERKHASIAT.

10/17/2017 11:00:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

MOCHA HAZEL BUKAN SUPPLEMENT KECANTIKKAN TAPI MINUMAN YANG BERKHASIAT. Kat sini sapa suka kacang Hazel.. Ok ok.. tak payah jawab la. Lambat pulak. hehehe. Kacang Hazel antara kacang yang boleh tahan jugak la kan harganya. Tapi nak kunyah - kunya kacang ni lenguh jugak rahang kan? Tapi memikirkan khasiatnya tu.. Rasa macam elok juga di ambil.


Kacang Hazel ni sebenarnya sangat bagus di ambil untuk mereka yang berniat menurukan berat badan kerana rendah lemak. Selain menjadi sumber protien, Ia juga mengandungi banyak serat yang baik untuk membantu pencernaan. Sangat penting ok benda ni bagi mereka yang nak berdiet. Sistem pencernaan kena bagus baru berat badan senang turun. Yang mana masalah membuang tu.. Boleh la try kacang Hazel ni ok!

Sekarang ni kacang Hazel di pelbagaikan dalam bentuk produk makanan & minuman contoh macam Minuman Mocha Hazel ni. Bila di formulasikan dalam bentuk serbuk minuman ni jadi mudah nak ambil selain rasanya yang sedap. Tak payah  la kau nak blend2 buat jus ke hapa dah.. Kalau beli Mocha Hazel ni.. Kau bukan sachet tuang dalam cawan campur air kacau minum terus. Tak ke mudah kerja kau senah.. Den tau kau pun busy mengalahkan Siti Nurhaliza kan.. Takde masa ko nak buat semua tu.


Mocha Hazel ni bukan saja sedap di jadikan minuman harian malah dapat membantu dari segi kecantikkan juga sebab khasiat dalam bahan bahan yang di gunakan untuk menghasilkan minuman Mocha Hazel ni memang banyak kebaikkan untuk kulit. Mesti kau suka kan.. dengar pakej mencantikkan sekali ni.. Kebetulan jer bahan di gunakan tu memang ada khasiat untuk kecantikkan kulit tapi sebenarnya dia bukan supplement kecantikkan ok! Dia adalah produk makanan/minuman jer.. Tapi bila di formulasikan dengan bahan bahan yang memang ada khasiat untuk kulit sebab tu dia jadi istimewa berbanding produk minuman yang lain...

 Antara bahan yang terkandung dalam Mocha hazel ni adalah.. 

➧ Kurma
➧ Hazelnut
➧ Olive leaf - Untukkulit
➧ Vit C - Untuk kulit
➧ Rice bran - Untuk kulit
➧ Applephenon untuk kulit
➧ Soya isoflavone - Menambahkan susu badan

Serbuk minuman Mocha Hazel ni dia dalam bentuk sachet tau.. So senang la nak bawa kemana mana terutama bekerja. Boleh minum bila bila masa.

Rasa minuman ni agak pekat tapi tak pahit & tak jugak rasa terlalu plain. Dia ngam ngam rasa dia. Senang faham dia memang sedap la. Kalau dah sedap tu bermakna semua cukup hehehehe. Susah sangat nak explain kan.

Boleh di ambil seisi keluarga yang berumur 1 tahun keatas. Bawah setahun tu tak payah bagi la.. Yang tu belum putus susu katanya.


Cara pengambilan dia.. 1 sachet pagi & 1 sachet malam. Kalau sedap sangat nak ambil lebih pun tak ada masalah.. Suka hati kau la jah.. Duit kau. Kau nak minum 3 kali sehari pun sapa kesah. Takdenya istilah overdose ke hapa.. dia bukan supplement atau ubat.. Sekadar produk minuman sahaja. Sama je macam kau minum air lain.. cuma tak payah la over sangat kau minum setiap sejam 1 sachet. Kadang2 benda yang berkhasiat pun kalau di ambil berlebihan boleh memudaratkan. Berpada pada la kau nak minum tu. Jangan rakus sangat ok! hehehehehe

Cerita dah panjang.. Mesti semua dok tanya kat mana boleh beli Mocha Hazel ni. Tak guna juga cerita bagai nak rak tapi tak tau nak beli kat mana? Zaman sekarang tak payah nak menapak kemana mana nak beli apa2.. Hangpa tekan2 order je satgi sampai depan pintu.

Kalau berminat nak dapatkan Mocha Hazel ni boleh hubungi :


 Whatsapp : 011-10824656 
 Facebook : Cikgu Feeda 
 Facebook : Feeda Yusof 

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

AWAS PENGELUAR/PENGEDAR PRODUK KOSMETIK! ADALAH SALAH MENGIKLAN PRODUK ANDA MEMPUNYAI KELULUSAN KKM WALAU ADA NOT KKM

10/17/2017 09:34:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

AWAS PENGELUAR/PENGEDAR PRODUK KOSMETIK! ADALAH SALAH MENGIKLAN PRODUK ANDA MEMPUNYAI KELULUSAN KKM WALAU ADA NOT KKM. Tu dia. Panjang tajuk entri. Biar jelas & nyata sikit katanya. Sebab dulu kami pun tak tau sebenarnya benda ni salah. almaklum la.. Sebelum ni agak jahiliah. Sejak dua menjak ni saya cuba keluar dari zon jahiliah & rajin la mencari info berkaitan produk ni. Yelah.. sebagai pengguna kita memang kena ambil tahu jugak supaya tak tertipu dengan pengeluar produk yang nak kaya raya tanpa memikirkan kesan kesihatan pada pengguna.


Perkara ni memang biasa kita nampak berlaku dalam iklan2 produk kosmetik/skincare. Pengedar & pengeluar produk kosmetik memang suka jual nama KKM untuk menyakinkan pengguna bahawa produk mereka di jamin selamat padahal Kosmetik cuma ada dapat NOT KKM di mana produk tidak di analisa pun oleh KKM sebelum di beri NOTIFIKASI. Cuma pengeluar produk perlu declare je bahan bahan melalui dokumentasi. Lepas tu depa membohong la pengguna konon produk depa ada kelulusan KKM. Kelulusan hek dia! Kecuali ada bukti R&D.. Maybe boleh di percayai selamat. Tu pun bukan kelulusan dari KKM ok!

Kenapa NOTIFIKASI (NOT KKM) tidak boleh di gunakan sebagai kelulusan. Sebabnya dia bukan bukti kelulusan apa - apa. Cuma NOT KKM sebagai bukti sesuatu produk kosmetik/skincare tu berdaftar dengan KKM & di bawah pemantauan KKM sahaja. Bukan bukti selamat ke tak selamat. Kalau NOT KKM tu bukti dah di analisa & selamat takde la bersepah produk yang kena tarik balik NOT bila KKM mendapat aduan dari pengguna & membuat analisa terhadap produk tersebut. Jadi jangan tertipu dengan pengeluar produk yang suka manipulasi fakta macam tu. Benda sekecil tu pun menipu.. Tak hairan la depa boleh menipu ingredient produk depa masa menghantar dokumentasi untuk apply NOT. Tu yang tetiba NOT kena tarik balik bila KKM dapat detect sesuatu produk mempunyai logam berat seperti merkuri. Jangan jadi Sadiq Sigaraga sangat ok! Habis 2 abdul kena tipu dengan putar belit dia. hehehehe

Ni untuk perhatian semua pengeluar & pengedar produk kosmetik/skincare.. Hangpa rasanya sedia maklum adalah menjadi satu kesalahan mengiklankan produk kosmetik/skincare anda mempunyai kelulusan KKM. Kalau tak tahu mai sini nak bagitau..

Contoh Iklan #1:
”Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)”

Kenyataan sedemikian tidak dibenarkan untuk diiklankan atau dinyatakan pada label produk kosmetik. Semenjak 1 Januari 2008, produk kosmetik dikawal melalui prosedur notifikasi iaitu pihak syarikat dikehendaki untuk mengemukakan suatu bentuk pengisytiharan kepada pihak KKM bahawa produk yang dipasarkan sentiasa mematuhi keperluan regulatori yang ditetapkan khususnya daripada segi keselamatan, kualiti dan kesahihan tuntutan produk yang boleh disokong oleh bukti yang mencukupi.

Huraian mengenai prosedur notifikasi tersebut membawa maksud bahawa pihak KKM tidak mengeluarkan bentuk pengendorsan atau kelulusan bagi mana-mana produk kosmetik. Walau bagaimanapun, produk kosmetik di pasaran dipantau secara berterusan dan tindakan regulatori akan dikenakan ke atas syarikat yang didapati melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak berwajib.

Selain mengiklan kenyataan dapat kelulusan KKM tu.. antara yang tak boleh di iklankan pada produk kosmetik adalah

Contoh Iklan #2:
Unsur grafik atau gambar yang mendedahkan payu dara pada label atau iklan produk kosmetik

Penggunaan imej yang menjolok mata contohnya gambar yang mendedahkan payu dara atau mempunyai grafik yang mempunyai isi tersirat yang bertentangan dengan standard moral serta akhlak masyarat Malaysia adalah dilarang sama sekali bagi produk kosmetik.

Selebihnya hangpa boleh baca sendiri di http://www.myhealth.gov.my

Apapun sebagai blogger yang ada membuat servis review untuk produk benda ni sangat penting untuk kita semua tahu supaya kenyataan dalam review kita tidak melanggar peraturan & undang undang. Takpe la yang lepas kita tak tahu tu.. Kita maafkan la diri sendiri yer. hehehehe

Moral of the story.. Semoga perkongsian yang santai ni memberi manafaat kepada semua. Kita semua adalah pengguna jadi sama sama lah kita mendedahkan kecurangan pengeluar & pengedar produk yang tidak beretika untuk kesejahteraan kita semua. Jangan terus biarkan diri anda di tipu sampai liang lahat.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RASA MUKA BERTUKAR PLASTIK LEPAS PAKAI JADORA ULTRA SMOOTH DD CUSHION

10/16/2017 10:20:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

RASA MUKA BERTUKAR PLASTIK LEPAS PAKAI JADORA ULTRA SMOOTH DD CUSHION. Sejak dapat dalam lazada suprise box BB cushion haritu memang rasa fall in love juga la. Sebab memudahkan kerja menconteng arang ke muka katanya. Yelah selalu jenis cushion ni dia 2 in 1.. Dah siap ada foundation & concealer bagai. Dap dap kat muka.. kemaskan sikit dengan loose powder dah siap. Jimat la masa nak merenung muka ke cermin tu kan..


Tapi di sebabkan BB cushion tu dah nak habis.. Maka dengan girangnya cheq try pulak JADORA ultra smooth DD Cushion. Sebelum pakai BB cushion yang 2 in 1 jer.. tapi yang JADORA DD Cushion ni special sikit ok sebab dia all in one. Apa yang ada dalam all in one ni?? Mesti hangpa nak tau jugak kan.. All in one tu include susuk sekali ke camna? Tu dia.. Hangpa ingat bedak jampi Bomoh Jenab ke susuk bagai.. Ni produk kosmetik yang takde unsur mistik tapi ada unsur mencantikkan tanpa perlu masa yang lama sebab dalam Jadora DD Cushion all in one ni ada semua perkara yang di perlukan oleh seorang perempuan bila nak bersolek iatu....

➤ Foundation
➤ Concealer
➤ Powder

Tu dia.. complete katanya. Kau tempek DD cushion ni dia melengkapi semua. Tak payah susun banyak banyak makeup. ada 3 fungsi dalam 1 produk. Kau tak suka ke enon kalau camtu? Kau suka ke mengangkut segala mak nenek makeup kau bila nak keluar. Lepas tu enpon bunyi cari enpon pun boleh sesat dalam handbag sendiri sebab penuh makeup kau. Mana taknya.. foundationnya lain.. concealer dia lain, bedaknya lain.. Almaklum bila nak solat kena cuci kan? Lepas solat nak tempek balik semua benda alah tu. Tak ke belantara jadinya handbag kau. hehehehe


Jadora ni bukan saja boleh jimat space dalam bag,  jimat masa touch up malah berfungsi membantu masalah kulit jugak ok. So secara tak sengaja dia jadi macam skincare jugak. Apa lagi kau nak wahai perempuan. Pakej lengkap dah ni. Rugi Wei sapa tak cuba.. Jangan cakap hakak tak payung pulak nanti.

Alang alang benda dah landing elok atas meja solek depan cermin. Mesti la ahkak nak try. Yelah.. sembang gedebak gedebuk tak guna.. Kalau betul bagus sangat tunjukkan buktinya.

Mula2 tak expect sangat hasil dia kebabom. Sebab sebelum ni pakai jenis BB/DD cushion ni.. Just biasa biasa jer. Untuk sekatakan tona kulit kat muka.. untuk cover parut marut bagai. Dok fikir sama je la macam yang dok pakai sebelum ni..

Cuma bila try Jadora DD Cushion ni.. Rasa nak menangis tepi meja solek. Awat lawa sangat ni wei.. Dari muka berpuaka terus rasa macam barbie doll. hahahaha. Serius.. Kalau yang jenis suka makeup look ala2 barbie ni sangat rekemen guna Jadora DD cushion. Bila pakai dia nampak instant glow kat muka. Nampak shining2.. macam plastik. Memang tak payah nak pakai powder lagi tak kira loose powder atau compact powder. Memang dah cukup dap dap Jadora DD Cushion ni. Melainkan hangpa tak suka nampak glow... boleh la dap dap dengan loose powder tu tutup effect glow dia. Pun cantik juga sebab nampak smooth jer muka hangpa nanti.

Muka sebelum ni memang muka sedih di pinggir kubur.. Yang selepas memang muka minta hidup seribu tahun lagi katanya. hehehehe. Memang effect dia pakai DD Cushion ni dia instant glow, instant white & Instant beauty hahahaha. Lepas cuci muka kembali macam biasa hahaha. Tak payah dok usya dinding la.. dinding rumah kami tak flawless macam Jadora DD Cushion ni

Cantik je tak boleh jugak. Kena tahu produk ni selamat ke tidak.. Ada kelulusan dari pihak pihak sepatutnya ke tidak. Jadora DD Cushion ni ada ke tidak? Satgi dok tempek tempek keluar segala malapetaka kat muka, nak tuntut gantirugi bukan senang. Almaklum zaman sekarang nak tuntut keadilan pun kalau nak guna saluran undang undang perlukan duit.. Nak guna media sosial berisiko kena saman bagai kan. So better check dulu betul betul.. Produk ni selamat ke tidak

Jawapannya .. Insya Allah, Selamat Sally hendersons.. Tu dia nama sapa la Sally Hendersons tu kan? Main petik je ni.. Kalau ada yang nama tersebut mohon anggaplah kebetulan sahaja yer... hehehehe

Produk ni setaraf produk antarabangsa, Ok! Dirumus khas oleh chemist bertauliah yang bertaraf antarabangsa yang berfungsi membantu melindungi, menjaga, merawat dan menyerlah kecantikan wanita khususnya wanita Asia yang beriklim panas sepanjang tahun.

 Kelebihan Jadora DD Cushion ni adalah 

➠ Kaya dengan bahan mineral semulajadi
➠ Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT KKM)
➠ Dikilangkan oleh kilang bertaraf GMP
➠ Menandingi jenama bertaraf antarabangsa
➠ Tahan sehingga lebih 8 jam tanpa kesan bercapuk

Ni Bukti Jadora DD Cushion Ni memang berdaftar dengan KKM ok! Search by lekatlekit sendiri

 99.9% Organics 

JADORA ULTRA SMOOTH DD CUSHION diuji secara saintifik dan diuji secara klinikal dari formulasi bahan mineral semulajadi yang terpilih dari seluruh dunia, bertujuan untuk menjaga, mencerahkan kulit dan melindungi kulit wajah secara semulajadi.


JADORA DD Cushion dijamin bebas kandungan kimia berbahaya seperti hydroquinone yang merosakkan kulit.


JADORA DD Cushion diperbuat daripada bahan bahan semula jadi terutamanya ARGAN OIL, VITAMIN C & E dalam DD Cushion. Ia berfungsi untuk


⤠ Melindungi kulit daripada sinaran UV
⤠ membantu masalah kulit terutamanya jerawat dan parut
⤠ Membaiki sel kulit yang rosak dan kusam
⤠ Menegangkan kulit muka
⤠ Memudarkan jeragat
⤠ Membantu wanita menjadi lebih ANGGUN DAN ELEGAN!

 Yang penting bagi umat islam adalah.. Dijamin Halal 

JADORA amat menitikberatkan kesucian produk untuk kegunaan pengguna wanita. Oleh yang demikian, formulasi JADORA DD CUSHION dipastikan hanya menggunakan bahan-bahan dari tumbuh-tumbuhan yang suci, selamat dan terbaik. JADORA dikilangkan oleh kilang bertaraf GMP yang diiktiraf oleh JAKIM.

 Antara kelebihan lain Jadora DD Cushion ni adalah 

➟ Suci dan Halal
➟ Bebas daripada bahan terlarang
➟ Mudah dipakai, segar dan selesa
➟ Baik untuk kecantikan kulit dan awet muda wajah

Nak pakai bila2 masa pun boleh. kau punya pasal la. Manatau kau adaptasi kehidupan kau macam pelakon dalam drama yang nak tidur pun kemain bulu mata pelesu bagai kan? Kau rasa nak nampak sleeping beauty masa tido kau nak tempek Jadora DD Cushion ni, kau tempek la tak jadi satu dosa pun. Cuma orang kata masa tidur elok la kosongkan muka dari sebarang kosmetik. Kulit pun kena rehat jugak ok! Kesimpulannya... Jadora DD Cushion ni kau nak pakai siang ke malam boleh ajer dik non. Sesuai bila bila masa & apa cuaca sekalipun hehehehe.


Size dia lebih kurang macam compact power so senang nak bawa kemana mana. Nak apply dia pun senang.. just dap dap sahaja. So jimat masa depan cermin. Tak ada laki kau dah start enjin kerete kau baru nak lukis kening lepas tu mula la muncung 7 inci bila dah kat luar tetiba tengok kening senget sebelah sebab tak sempat nak lukis betul betul. Yelah.. Masa habis nak pakai foundation la.. nak conceal tutup jerawat bagai la.. Banyak step. Jadi dengan Jadora DD Cushion.. Just Dap Dap dengan hanya 1 step.. settle.

Kalau saya.. saya apply pelembab dulu sebelum pakai Jadora  DD Cushion ni. Bergantung pada keperluan kulit hangpa la kan.. Kalau kulit hangpa dah cukup kelembaban atau terlebih lembab tak payah la nak pakai moisturizer lagi. Kalau jenis kulit Gurun Sahara yang gersang senantiasa tu.. Sapu la sikit pelembab.


Boleh tengok Video kat sini macam mana nak apply Jadora DD Cushion

Jadora DD Cushion ni boleh bertahan sehingga 12 jam. Ok la tu kan.. Takkan kau nak pakai makeup 48jam tanpa cuci langsung kan? Kau fikir kau patung model yang display kat supermarket ke 24 Jam perlu makeup. hehehehee

Boleh tahan sehingga 3 - 4 bulan bergantung cara penggunaan & berapa kerap hangpa guna la kan. Ada orang boleh tahan sampai 5 bulan. Span dia pun boleh di terbalik banyak kali kalau dah kering. Jimat tak? Mesti la jimat.. Kalau rasa tak jimat pi pakai tepung gomak je. hehehehe


Apapun dari pengalaman sendiri guna.. Memang sangat puas hati dengan coverage & testur dia. Cantik sangat rasa diri ini. Bila tengok balik nampak muka macam plastik pulak. Dia punya  glow tu.. camna ekk nak bagitau. Nampak cantik la dari kulit asal. Memang sesuai untuk instant coverage.

Kalau berminat nak dapatkan Jadora DD Cushion ni korang boleh dapatkan melalui 


 Whatsapp 
 Semenanjung : 0199574060 / 0179631868 

 Sabah& Sarawak : 0199118572 

 Facebook : Cik Puan Jadora 
 Page : Jadora Malaysia HQ 

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

INILAH AKTIVIS MASYARAKAT YANG LANTANG & TAK MENDAPAT PUBLISITI MEDIA TAPI TERUS BERJUANG UNTUK ORANG AWAM.

10/14/2017 01:43:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

INILAH AKTIVIS MASYARAKAT YANG LANTANG & TAK MENDAPAT PUBLISITI MEDIA TAPI TERUS BERJUANG UNTUK ORANG AWAM. Aktivis! Satgi ada yang tanya aktivis tu menatang apa? Ok meh kita explain sikit kat sesapa yang tak tahu.. Apa maksud aktivis.


Aktivis adalah orang yang giat bekerja untuk kepentingan suatu organi­sasi politik atau organisasi massa lain. Dia mengabdikan tenaga dan fikiran­nya, bahkan seringkali mengorbankan harta bendanya untuk me­wujudkan cita-cita organisasi. Selalunya aktivis ni memang akan buat kerja khidmat masyarakat la mengikut kepakaran masing masing. Aktivis tidak tertakluk kepada satu bidang jer.. Macam saya cakap tadi.. perjuangan mereka mengikut kepakaran masing masing.

Satgi ada yang faham.. aktivis ni di kalangan orang orang politik ja. Tidak juga ok! Sekarang ramai yang menjadi aktivis dengan kerelaan hati mereka sendiri dengan misi & perjuangan yang berbeza. Kat media sosial dah ramai aktivis dengan perjuangan mereka sendiri walau mereka bukan dari mana mana NGO berdaftar & berpengaruh tapi atas rasa tanggungjawab & rasa nak membantu orang awam mereka mencipta pengaruh sendiri. Bukan sebab depa gila glemer atau nak dapat benefit bagi kepentingan peribadi. kebanyakkan untuk membantu orang awam.

Ada aktivis yang menjadi popular dengan kerja kerja kebajikan mereka. Dah jadi macam selebriti bila selalu muncul di kaca tv tak kira dalam slot berita atau slot2 rancangan bual bicara. Ada yang tak dapat liputan media tapi terus membuat kerja kerja kebajikan. Selalunya yang tak berapa dapat liputan media ni yang lantang lantang la. Yang jenis lantang memang telus & jarang ada hiden agenda. Yang sweet talker berselindung di sebalik kerja kerja konon membantu orang awam kadang ada hiden agenda. Tapi bukan semua la. rezeki masing masing la kan.. Ada yang betul berjuang untuk orang awam tapi rezeki dia dapat liputan media & popular walau dia sendiri pun sebenarnya tak pernah berharap semua tu..

Antara aktiviti kat media sosial yang saya kenal & selalu ikuti adalah..

1. Sharul Nizam Abd Rahim

Dia aktivis memperjuangkan haiwan. Juga di kenali sebagai abang kucing. Tak kira la apa haiwan pun kalau dia rasa ada penganiayaan & pengabaian dia akan bertindak. Selain tu dia juga aktivis menentang korupsi. Orang macam ni keluar masuk lokap & naik turun mahkamah bukan pelik sangat. Macam biasa dia sangat lantang orang tapi kalau kenal secara peribadi sangat baik. Dia membantu orang tanpa syarat & bukan kerana nama. Jadi kalau hangpa ada apa2 masalah berkaitan undang undang terhadap haiwan, ada melihat berlaku penganiayaan kepada apa2 haiwan & tak tahu macam mana nak ambil tindakkan boleh merujuk dengan beliau.

2. Lando Zawawi

Dia ni kalau hangpa kenal.. dulu seorang pelakon. Banyak juga drama2 & filem melayu ada muka dia. Sekarang dia menjadi aktivis jabatan kerjaraya. hehehehee. Mana2 jalan berlubang yang pihak berkuasa tak take action dengan segera team dia akan take over tugas tu & ada menggesa pihak sepatutnya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Walau bahasa dia bukan takat pedih ulu hati boleh kena serangan jantung juga tapi apa yang di buat tu antara perkara yang membantu masyarakat bagi mengurangkan kadar kemalangan yang berlaku akibat dari jalan yang rosak.

Mungkin ada ramai lagi cuma saya belum buat research. Insya Allah nanti saya akan cuba senaraikan aktivis yang menentang sains perubatan palsu pulak yer. Sebab ramai juga saya sedang follow sekarang ni. Mereka mereka ni membantu orang awam dengan memberi pendedahan tentang penipuan sains perubatan terutama di kalangan pengeluar produk yang membahayakan pengguna. 

Walaupun media tak highlight perjuangan mereka tapi mereka terus berjuang dengan cara mereka sendiri. Kat situ boleh nampak depa ni buat bukan kerana nama atau populariti. Mereka cuma nak membantu orang awam supaya tidak terus di tindas & di tipu. 

Moral of the story.. Kita semua boleh menjadi aktivis kalau ada sikap mengambil berat antara satu sama lain. Pokok pangkal nak atau tidak je. Peace Yo!

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TERKINI! (13 OKTOBER 2017) LAGI PRODUK KOSMETIK YANG DI KESAN OLEH KKM MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

10/13/2017 01:02:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

TERKINI! (13 OKTOBER 2017) LAGI PRODUK KOSMETIK YANG DI KESAN OLEH KKM MENGANDUNGI RACUN BERJADUALRasanya benda ni sampai kiamat pun takkan habis isunya.. Sebab selagi ada permintaan selagi itu akan ada pengeluaran. Di tambah pulak orang sekarang berlumba lumba nak jadi pengasas produk jenama sendiri. Mereka ambil jalan mudah dengan mengambil bahan mentah dari kilang OEM.. hanya semudah tempek label produk, apply Notifikasi KKM yang hanya perlu declare bahan yang di gunakan tanpa perlu menjalankan R&D terhadap produk tersebut.


Saya tak salahkan KKM la.. sebab itu tanggungjawab mereka yang ingin memasarkan produk mereka kepada orang awam. KKM akan ambil tindakkan bila terdapat banyak aduan. Mana2 produk yang berdaftar dengan KKM adalah di bawah pemantauan KKM. Sekiranya terdapat aduan KKM akan melakukan siasatan & menghantar sampel ke Lab untuk di analisa. Jika di kesan mengandungi bahan terlarang Notifikasi yang pernah di beri akan di tarik balik serta merta & KKM akan mengarahkan di hentikan jualannya.

Pagi ni terbaca satu perkongsian dari Facebook Fahmi Hassan Salah seorang kakitangan Pharmacist KKM tentang produk tempatan yang jenamanya agak di kenali kantoi sebab mengandungi bahan terlarang. Produk skincare.. Biarlah Jenama2 produk tu tak appear kat blog lekatlekit yang memang tengah kontroversi ni kan tapi atas rasa tanggungjawab sebagai pengguna & blogger.. Saya berkongsi jugak la disini untuk rujukan orang lain.

Benda ni melibatkan kesihatan pengguna. Jangan ingat tenyeh2 kat atas kulit muka takkan bagi effect kepada kesihatan organ dalaman manusia ok! Sebagai seorang yang pernah juga terguna skincare yang mempunyai bahan terlarang ni sebab masa tu jahil tahap nirrojim katanya. Aku dulu cukup percaya.. Local produk ni memang cukup selamat dah kalau boleh di jual secara terang terangan di pasaran berbanding produk antarabangsa ni. Dulu memang jarang pakai produk luar sebab saya lebih percaya formulasi produk mereka memang menggunakan bahan semulajadi yang di petuakan turun temurun. Masa tu memang tak pernah tahu tentang kewujudan OEM produk ni. Saya ingat setiap pengasas tu akan buat formula produk dia sendiri. Please jangan gelakkan saya ok! Saya tau sangat bodoh cara saya fikir masa tu. Banyak jenama jugak la yang saya pernah guna dulu.. Muka tak payah cakap la masa tu. Muka memang minta kaki je rupanya.. Hodoh, berjerawat, kusam bagai...


Tapi atas kesedaran sendiri.. Bertukar ke produk drugstore baru nampak rupa manusia sikit. At least tukar2 produk pun muka takde la macam dulu penuh jerawat walau masih berjerawat. Takpe semua orang pernah jadi bodoh tapi jangan selamanya di perbodohkan. Berhenti percaya dengan Fitnah konon KKM buat test kat sampel produk tiruan bagi mengelirukan pengguna bila ada produk kantoi. Padahal KKM takkan ambil sampel tepi jalan. Selalunya mereka akan ambil sampel direct dari pengeluar produk. Benda ni saya pernah merujuk sendiri dengan bahagian penguatkuasa KKM.

Sebagai pengguna, kita boleh buat pilihan samada untuk menggunakan atau tidak. Tepuk dada tanya jantung, hati, limpa, buah pinggang, usus semua.. Adakah benda tu ada jual kat farmasi sebagai ganti kalau rosak??

Untuk rujukan ;

Kenyataan Akhbar KPK 13 Oktober 2017 – Produk-Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada kosmetik@npra.gov.my atau menghubungi talian 03-78835400. Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my/

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
13 Oktober 2017


Atau boleh merujuk kepada posting encik Fahmi Hassan

Moral of the story... Semua orang nak cantik termasuk saya.. Tapi saya kalau boleh nak cantik & sihat bukan cantik tapi sakit. Sama sama la kita berpesan & menyampaikan apa yang boleh di jadikan panduan & peringatan. Apapun saya juga akui tak semua local product itu bermasalah.. cuma sekarang ni banyak sangat local produk yang di kesan ada masalah. Nasihat saya gunalah produk yang tiada kontroversi yang bernotifikasi KKM.

P/S : Dari dulu saya sangat berharap persatuan pengguna ambil serius isu produk kosmetik beracun ni tapi sayangnya belum ada mana2 NGO yang sudi untuk memperbesarkan isu ni supaya dapat di benteras.

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com