YANG SELALU GAGAL GORENG TELUR MATA BOLEH CUBA CARA NI

12/27/2020 01:46:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

YANG SELALU GAGAL GORENG TELUR MATA BOLEH CUBA CARA NI. Telur mata ni kalau ada yang masih tak tahu telur yang di goreng sementara bahagia kuning dia kekal dalam bentuk asal. Telur kuning tu biasanya akan di masak dengan separuh masak. Bila di pecahkan masa nak makan nanti.. dia akan jadi macam cecair pekat macam krim tu. Memang sedap bagi yang suka.


Telur mata ni bagi sesetengah tempat panggil telur mata kerbau, telur mata lembu.. Tapi tetap la nama dia telur mata. Mata apa yang di gambarkan tu bergantung pada tempat. Macam kampung den nun di kedah sana panggil telur mata kerbau. Tempat hangpa tak tau la sebut macam mana.

Telur mata ni bunyi macam simple je kan nak masak tapi ramai yang gagal. Nak buat telur mata alih alih jadi telur dadar je sebab telur kuning pecah berderai bercampur dengan bahagian yang putih. Ramai tau yang gagal. Ada yang kadang jadi kadang tak jadi. Memang frust bila nak buat telur mata bahagian kuning tu pecah.

So bagi selalu yang kecewa tiap kali nak goreng telur mata.. jangan sedih. Kali ni Insya Allah tak gagal lagi. Hangpa boleh try goreng telur dadar dengan cara macam dalam video di bawah


Tapi tu la kan.. jangan masa pecahkan telur.. terpecah juga bahagian kuning tu. Kalau pecah juga makan je telur dadar. Hangpa memang tak layak goreng telur mata kalau semua pun gagal. Kekekeke

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

VIDEO! BUDAK TADIKA PASTI TOLAK TERIMA HADIAH BEG FROZEN

12/24/2020 11:48:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

VIDEO! BUDAK TADIKA PASTI TOLAK TERIMA HADIAH BEG FROZEN. Dah hujung tahun sesetengah sekolah buat majlis penyampai hadiah kecemerlangan murid..ada sekolah di kawasan berisiko tinggi mungkin tak ada la kan. Kita sekarang masih dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan covid-19. Nak nak katanya sekarang ada mutasi baru yang virus jadi lebih cepat merebak. Lagi la tidak di galakan sebarang majlis di adakan. Statistik kes harian pun masih 4 angka.

Tertengok kat tiktok satu majlis kecemerlangan murid yang di adakan oleh sebuah tadika Islam (PASTI). Tapi yang ni tahun 2019 punya majlis yer. Bukan 2020. Rasanya untuk 2020 tak ada kot di buat majlis hari kecemerlangan murid. Bertabah lah yer anak anak.

Yang mencuit hati seorang murid lelaki menolak dari menerima hadiah berupa beg bercorak kartun frozen. Boleh tengok pada video di bawah.


Hangpa pun.. tercabar tau ego lelaki bagi beg pompuan macam tu. budak budak sekarang dah pandai. Kalau ye pun jangan la bagi corak lukisan muka elsa tu kat budak lelaki. Hilang macho dia. Kekekeke..

Moral of the story.. nak bagi hadiah pun pastikan sesuai mengikut jantina yer. Atau bagi yang jenis unisex. Jangan ingat budak tadika sekarang tak ada taste ok. 

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

VIDEO! KUAH BAKSO DI RENDAM SELUAR DALAM SEBAGAI PELARIS

12/20/2020 02:50:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

VIDEO! KUAH BAKSO DI RENDAM SELUAR DALAM SEBAGAI PELARIS. Masa kecil kecil dulu ada juga dengar cerita pasal pelaris guna seluar dalam ni. Tapi sebelum tu biarlah eden terangkan dulu apa itu pelaris. Mungkin ada yang tak faham, terpinga.. tertanya.. di dalam dilema pulak kan.

Pelaris tu adalah satu perbuatan sihir yang di gunakan untuk melariskan perniagaan. Of course la syirik & khurafat. Benda benda sihir ni memang akan guna bantuan jin. Tak ada istilah magic tanpa unsur khurafat kat situ.

Berbalik pada cerita pelaris guna seluar dalam ni.. kebanyakan orang berniaga makanan la. Dulu pernah dengar ada orang jual laksa dia balut penutup buyung dengan seluar dalam untuk jadikan pelaris. Memang laris la jualan dia tu. 

Ni tertengok kat tiktok satu video perempuan jual bakso guna pelaris seluar dalam. Dia lagi win.. dia rendam seluar dalam dia dalam periuk kuah bakso tu. Kau bayangkan laki yang record tu tahu selepas dia dah kenyang makan bakso?? Hangpa bayangkan la.. kalau tak sabar mau mandi jugak perempuan tu dengan kuah bakso. Boleh tonton di video kat bawah


Kita bila letak pergantungan dengan jin & syaitan macam tu la. Sedangkan yang memberi rezeki tu Allah. Apapun agama semua ajar benda yang sama kot. Dok buat perkara syirik & khurafat kalau menjadi pun tetap dengan izin Allah.. Sama juga kau berdoa kalau Allah kata tu rezeki kau tetap la rezeki kau.

Walaupun dah nak habis tahun 2020 tapi benda benda macam ni tak pernah habis. Masih ada yang mengamalkan di era moden. Semua dengan satu sebab.. untuk nikmati hidup senang dengan cara pantas.

Moga kita terhindar dari terpedaya dengan hasutan iblis yang ingin menyesatkan manusia. 

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PERLUKAH BEKAS PASANGAN HADIR @ DI JEMPUT KE MAJLIS KAHWIN?

12/20/2020 10:51:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

PERLUKAH BEKAS PASANGAN HADIR @ DI JEMPUT KE MAJLIS KAHWIN?. Sesejak jadi budak tiktok ni (walau account den private cuma suka tengok content content video orang lain je) macam macam isu trending den follow. Even kita tak follow pun video video orang lain dari seluruh negara akan keluar kat FYP. Pilih la yang mana hangpa rasa nak tengok. Banyak juga kena block sebab den tak suka dengan content video depa. Tak block satgi dok naik la kat FYP.. nak tak nak benda kita tak suka kita block je la.

Antara yang macam jadi trend kat negara seberang (Indonesia) content video mantan hadir ke majlis perkahwinan bekaa pasangan mereka. Dah datang tu.. datang la. Kau makan kau blah la.ni tak naik pelamin dok peluk mantan yang dah sah jadi pasangan halal orang lain. Dah tu depan hidung pasangan dia. Banyak tau video macam tu den dok tengok. Jadi berbulu ketiak jugak la even yang di peluk cium tu bukan laki aku.

Perlu ke nak jemput mantan hadir ke majlis perkahwinan kalau dah tau kau atau mantan memang tak boleh move on lagi dengan percintaan lama? Bagi saya tak perlu kot nak jemput semata mata nak melukai hati salah seorang. Yang di jemput tu kalau dah tau masih belum move on yang kau gatal juboq sangat nak pergi majlis kahwin depa buat apa. Sekadar nak naik pelamin peluk laki/bini orang macam muka tak tau malu ja ka?

Gambar sekadar hiasan

Nak jemput atau hadir ke majlis perkahwinan mantan ni di bolehkan kalau kedua dua belah pihak dah boleh move on & masing masing memang dah tak ada rasa tak sepatutnya ada. Datang sebagai tetamu bagi meraikan hari bahagia bekas pasangan bukan datang dok buat laki bini orang macam kekasih kau atas pelamin. Apa ingat ni sinetron indon???

Tolong la jangan jadikan benda ni trend atau budaya. Nampak kurang ajar & tak senonoh. Silap haribulan ada makan penyepak pengantin atas pelamin.kau jangan main main.. tercabar juga orang lain dok peluk laki/bini kita depan mata.nak nak yang peluk tu bekas kekasih yang masih ada hati kat pasangan kita. 

Kahwin paksa ke kahwin rela ke bukan alasan untuk buat perkara macam tu lebih lebih lagi depan pasangan mereka yang sudah di halalkan mengikut hukum agama. 

Walau banyak berlaku di negara seberang hope jangan la orang malaysia tiru. Orang malaysia ni lain sikit perangai. Tak tentu hala prank pun boleh kena terajang apatah lagi kau dok buat slot akasia atas pelamin macam tu. Takut terkeluar buasir kau kena pijak. so, orang malaysia kita jaga adab yer. 

Moral of the story.. jodoh pertemuan.. Ajal & maut.. kita manusia cuma boleh merancang & berusaha selebihnya Allah yang tentukan. Apa yang bukan tertulis jadi milik kita belajar la terima hakikat.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RESEPI NASI MINYAK LEKATLEKIT

12/18/2020 08:53:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

RESEPI NASI MINYAK LEKATLEKIT. Lama tak berkongsi resepi mudah, murah & sedap kat blog lekatlekit ni kan? Asyik dok tayang gambar masakan kat facebook je. Bukan tak nak share resepi cuma sebelum ni tak sempat nak buka blog. Apa lagi nak update. Asal buka pc je.. yang sini menjerit.. sinun memanjat. Baru tekan satu key dah kena settle hal anak anak.

Sebab susah sangat nak lepak depan pc.. terpaksa install application blog kat phone je. Baru la boleh update blog sambil jaga anak.sambil berlari kejar anak pun boleh draft entri tau.. kekekeke

Jadi hari nak share resepi nasi minyak yang di olah sendiri oleh diriku. So jangan dok tanya apsal tak letak tu.. tak letak ni. Ini resepi den sendiri. Asalkan sedap di tekak kami laki bini dah ok.saja share manatau sedap juga di tekak hangpa.

Untuk masak nasi minyak ni bahan di perlukan

3 pot beras (yang ni ikut jumlah yang nak makan)

Susu cair (guna lebih kurang sesenduk je)

Bawang besar (guna separuh)

Serai (sebatang)

Halia (seinci)

Daun kari

Kismis atau cranberries 

Garam

Minyak masak (Saya guna olive oil)

Cara memasak

1. Cuci beras & toskan

2. Kisar bawang besar, halia & serai sehingga halus

3. Panaskan minyak dalam periuk nasi kemudian tumis daun kari sampai layu.

4. Masukan bahan kisar kemudian masak sekejab sampai naik bau. Selepas tu masukan susu cair.

5. Masukan beras & gaul dengan bahan bahan tadi.

6. Tambah air secukupnya untuk masak nasi. Masukan garam & kacau.

7. Transfer periuk ke rice cooker. Kalau guna rice cooker. Kalau guna dapur terus masak atas dapur je.

8. Biarkan nasi masak sehingga kering air. Tabur kismis atau cranberries. Tutup periuk & biar sampai nasi masak. 

9. Dah masak nasik.. kacau perlahan lahan.

10. Dah masak boleh la hidang & makan bersama Ayam percik menggunakan pes Ayam percik air tangan kak G. Sedap tau. Hangpa kalau nak try pes ni boleh whatsapp : www.wasap.my/60172429610/ayampercik

Selamat mencuba resepi mudah ni. Kalau sedap jangan lupa share yer.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

AKHIRNYA BILLBOARD YANG MENJADI VIRAL DI TURUNKAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

12/17/2020 12:45:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

AKHIRNYA BILLBOARD YANG MENJADI VIRAL DI TURUNKAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG. Dalam minggu ni antara isu hangat yang menjadi viral adalah isu produk produk kesihatan dengan papan tanda iklan yang berunsur double meaning. Macam mana nak cakap.. yang ada unsur seksualiti lah senang.

Ada beberapa aktivis di media sosial bangkit menuntut tindakan terhadap billboard yang membuat iklan macam tu. 

Ramai menyokong supaya iklan iklan sebegitu tak di benarkan untuk di paparkan secara umum pada billboard besar di tepi jalan. Selain memberi moral yang tidak baik ia boleh memberi pengaruh kepada remaja & kanak kanak. 

Tidak mahu perkara begini menjadi normal dalam masyarakat mereka bangkit bersuara melawan sebarang normalisasi kelucahan dan meminta pihak sepatutnya untuk campur tangan & mengambil tindakan sewajarnya.

Erkk..kenapa tetiba den tulis macam laporan berita ni. Kekekeke. Sekali sekala apa salahnya.

So hari ni ternampak satu perkongsian di laman facebook page Akhi Fairuz Al-Jengkawi salah satu billboard besar di tepi jalan telah di turunkan oleh pihak majlis perbandaran selayang.

Alhamdulillah.. at least ada juga tindakan dari tak ada. Biarpun produk & iklan iklan macam ni masih berleluasa di media sosial & di anggap tidak salah bagi mereka tapi dengan tindakan macam ni hope pihak yang terlibat dapat memperbetulkan apa yang di lihat tidak baik untuk masyarakat.

Memang tak sedap juga bila kita lalu tepi highway penuh billboard besar besar dengan iklan double meaning kemudian anak anak baca & tanya apa maksudnya. Serba salah kita nak jawab. 

Moral of the story.. Apa usaha yang baik kita support even kita pun tak baik mana. Kalaupun bukan untuk kita tapi untuk generasi anak anak kita. 

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CARA PADAM (DELETE) AKAUN INSTAGRAM ANDA

12/15/2020 07:46:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

CARA PADAM (DELETE) AKAUN INSTAGRAM ANDA. Dua tiga hari ni dok terbaca posting kengkawan kat facebook tentang masalah mereka nak delete (padam) akaun instagram. Dok cari kat setting tak jumpa mana la fungsi nak delete account instagram. 

Atas keprihatinan den.. maka den buat la entri tutorial bergambar ni. Bukan apa kalau tutorial tanpa gambar kadang kadang ada yang tak faham bila kita terangkan dalam bentuk penulisan tanpa rujukan gambar.

Memang instagram ni agak leceh bab nak delete account tapi tetap ada caranya. Mana ada masalah yang tiada penyelesaian begitu juga setiap aplikasi yang di cipta pasti ada cara untuk memadamkan akaun.

Caranya..  follow gambar di bawah

1. Buka aplikasi instagram anda kemudian follow bahagian yang di bulat warna merah & di tanda anak panah biru tu yer

lepas hangpa clik atau tab kat 'Padam Akaun Anda' tu hangpa akan di beri guidelines untuk padam account instagram hangpa step by step. 

Semoga perkongsian ni memberi manafaat kepada semua yang memerlukan.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KISAH DI SEBALIK PENGANTIN HISTERIA TENGOK MANTAN

12/15/2020 02:03:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

KISAH DI SEBALIK PENGANTIN HISTERIA TENGOK MANTAN. Tu dia.. lama tak jadi kan nam. Tetiba hari ni nak jadi kak nam pulak. Syekali syekala (sekali sekala) boleh kot.. hehehe..
Sehari dua ni kecoh pasal pengantin histeria bila nampak mantan naik pelamin untuk ucap tahniah atas perkahwinan bekas isteri. menurut sumber tak rasminya katanya keluarga paksa si perempuan kahwin dengan lelaki yang lebih berharta. Kononnya perkahwinan paksa la katanya. Tu menurut cerita yang di sebarkan. Tapi ada yang kata bekas kekasih.

So berlangsunglah majlis perkahwinan mereka. Pengantin lelaki ada menjemput bekas suami @ bekas kekasih pengantin perempuan..so datanglah si mantan. Niat si mantan tu nak ucap tahniah pada pengantin lelaki & pasangan tak sangka tengok je muka mantan pengantin perempuan terjerit jerit histeria sampai pengsan.

Dok ikuti jugak kes ni kat tiktok. Hangpa toksah la tanya Id tiktok kami.account kami private. Berbalik pada cerita tadi..susulan dari kejadian memalukan tu pengantin lelaki memang rasa maruah dia tercabar so decide nak berpisah & nak tuntut balik gantirugi 50juta rupiah. yer rupiah bukan ringgit malaysia sebab bukan berlaku di Malaysia tapi di negara seberang yer. Ada jugak den tengok video tu.

Tapi di sebabkan pihak perempuan tak mampu untuk membayar balik 50 juta rupiah kepada pihak lelaki maka mereka buat keputusan untuk terus bersama sebagai suami isteri. Ada pagi tadi tengok video mereka dah bersalam cium tangan bagai. Alhamdulillah moga happy ending lah yer.

Hope dah tak ada drama merentan nak balik pada mantan bagai la lepas ni. Anggap je la jodoh dah tak ada.. move on dengan perkahwinan baru. Takkan nak kawen cerai kawen cerai je kan. 

Ada tertengok video pengakuan pengantin perempuan katanya suami baru ni boleh bagi dia apa saja berbanding mantan yang mungkin kurang berkemampuan dari segi material. Tapi tu la.. ramai kata mantan dia ganteng..kekekeke.

Begitulah kisah kehidupan.. ada orang rasa bahagia itu dengan cinta semata mata..ada orang rasa cinta je takkan kemana at least kena cukup keperluan makan pakai & tempat tinggal. Ada orang lebih suka jodoh dengan pilihan sendiri.. ada orang redha dengan jodoh pilihan keluarga. 

Isu isu macam ni kita tak boleh pukul rata dengan satu pendapat. Pendapat mungkin boleh jadi berbeza bergantung pada situasi. Boleh jadi pilihan kita tu baik & boleh jadi tidak. Macam jodoh.. tak semua jodoh pilihan sendiri itu baik & tak semua jodoh pilihan keluarga itu tidak baik. 

Apa yang boleh kita ambil pengajaran.. kalau nak kawen tu tak payah la nak jemput ex sangat. Tak dia terluka kita yang merentan pulak. Jaga perasaan masing masing. Kecuali la sama sama dah tak ada feel tengok muka memasing. Dah boleh jadi kawan sepak terajang. Ok la nak jemput dia sebagai tetamu atas dasar kawan kan.

Moral of the story.. hidup ini memang macam sinetron sebab sinetron itu sendiri kadang kadang di adaptasi dari kisah yang berlaku dalam kehidupan manusia kecuali kisah pari pari & nabila. Hikhikhik..

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PENGALAMAN PINTU RUMAH DI KETUK TENGAH MALAM

12/14/2020 10:23:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

PENGALAMAN PINTU RUMAH DI KETUK TENGAH  MALAM. tengah kecoh kat beberapa buah negeri di ganggu dengan misteri pintu rumah di ketuk waktu tengah malam. Ada terbaca di facebook, rakan dalam friendlist den pun ada terkena. Bagi yang belum terkena mungkin boleh dok troll atau buat lawak lagi tapi bagi yang dah melalui pengalaman tu dah tak lawak dah. Ketuk macam nak roboh pintu alih alih tak ada orang. Mau tak merinding rinding Ooi bulu roma ku katanya.

Sampai sekarang misteri ketuk pintu tu tak terungkai. Tapi banyak juga spekulasi yang mengaitkan dengan wujud unsur aktiviti khurafat sehingga menyebabkan gangguan mistik ni. Cuma tak tahu sejauh mana kebenarannya.

Tapi sebelum viral kes ketuk ketuk pintu ni den pun pernah ada pengalaman yang sama. Erkk.. bukan ada ada kan cerita tapi memang pernah berlaku.

Cerita ni berlaku nak kata lama sangat tak la. Dalam tahun ni juga tapi sebelum kecoh pasal gangguan ketuk ketuk ni. Berlaku waktu tengah malam. Time tu kami sekeluarga memang dah tidur. Tengah sedap tidur terkejut kami laki bini dengar bunyi kuat orang ketuk pintu. Secara automatik dua dua bangun pandang pintu. Masa kami pandang pintu tu bunyi tu dah senyap.

Aku suruh suami pergi tengok.. memang tak ada sesiapapun depan pintu. Tapi maybe suami aku tak nak bagi fikir bukan bukan..dia kata maybe budak budak nakal tu saja menyakat even tak ada dengar pun bunyi tapak kaki orang berlari ke berjalan ke lepas pintu kena ketuk.

Dah suami aku cakap macam tu..den pun bersangka baik je la. Sebab malas nak fikir. Lagipun setakat gangguan bunyi ni dah biasa hadap. Dah lama tak pernah ada gangguan bunyi kat rumah den. Setakat bunyi je la tak harap la dia tetiba muncul tersenyum mesra bagai. Hope tak ada la. Berani berani den pun seriau juga kan.

Sampai hari ni tak tahu siapa atau apa yang ketuk pintu. Bukan mimpi. Memang real. Ketuk bukan pelan pelan anak.. ketuk kuat pulak. Takkan la jiran mulut puaka sebelah yang buat. Jiran den tu mulut je puaka tapi rasa tak sampai tahap macam tu kepuakaan dia. So tak rasa dia nak bergurau macam tu. 

Bagi mereka yang mengalami gangguan bunyi pintu di ketuk tu kalau setakat ketuk kemudian tak ada apa apa & tak datang lagi tu tak payah terlalu fikir. Banyakan membaca Al Quran, Insya Allah rumah kita di lindungi dari gangguan jin & syaitan. Kalau malas juga hadap je la gangguan tu sebagai sebahagian dari kehidupan kerana ia wujud hehehe

Moral of the story.. bersama sama kita berdoa semoga gangguan ketuk ketuk pintu berakhir & beliau tak merentas ke serata negeri. Pesan kat dia.. kita belum menang. Kekekeke #covid19Awareness

Nak tempah gambar potret boleh ke facebook page Aisyarts

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KENAPA TAK BOLEH TEBUS FREE SHIPPING DI SHOPEE WALAU DAH CLAIM VOUCHER?

12/06/2020 11:48:00 AM suria lekatlekit 5 Comments

KENAPA TAK BOLEH TEBUS FREE SHIPPING DI SHOPEE WALAU DAH CLAIM VOUCHER? 
Pening juga aku nak cari tajuk untuk entri ni. Sebab penulisan kat blog den seperti semua sedia maklum memang tak formal so kena cari ayat yang boleh buat semua orang faham. Yelah.. tak semua orang mudah faham dengan bahasa formal kadang kadang kena guna penulisan santai untuk bagi penjelasan supaya golongan macam ni lebih faham. Tapi tu la.. masalahnya kadang susah juga nak tulis dalam cara santai even selalunya senang. kekekeke

Selalu den terbaca pertanyaan atau persoalan customer/buyer shopee di group group FB.. Tanya kenapa tak boleh redeem free shipping even dah claim voucher. Bukan salah shopee pun sebenarnya. Tapi benda ni berlaku adalah dari salah faham dari pihak pembeli yang mungkin baru berjinak jinak dengan pembelian online sejak negara menyambut hari PKP/PKPP/PKPB/PKPD. Ikut saranan Majlis keselamatan negara (MKN) untuk duduk rumah jika tiada keperluan penting untuk keluar & membeli secara atas talian bagi mengurangkan kesesakan di luar.

Nak kata pandai selok belok membeli belah di shopee ni tak la.. Tapi saya antara orang yang banyak support pembelian di shopee. Salah satu sebab boleh dapat dengan harga yang murah. Kebanyakan pakaian la. Yelah.. Beli direct dari seller china dapat murah. Selebihnya barang barang rumah. Satu lagi jika berlaku penipuan ke apa senang nak dapat balik refund berbanding beli direct seller online. Bukan tak nak support online seller tempatan.. ada juga la membeli dari local online seller yang boleh di percayai atau dah lama kenal dia social media. Kalau tak berapa kenal & meragukan memang saya takkan beli la. Sebab kalau kena tipu.. even kita report polis pun selalunya takkan dapat balik gantirugi atau refund. Tu sebab saya lebih suka membeli melalui platform macam shopee.

Di sebabkan saya antara yang banyak membeli di shopee so faham sikit la pasal voucher voucher yang di tawarkan di shopee terutama yang kerap saya guna voucher free shipping. At least jimat la RM4 - RM5 kos shipping tu kalau kita guna voucher free shipping ni. Bayangkan pembelian yang banyak.. jimat banyak jugak kos shipping tu. Tapi bukan semua seller, barang atau jumlah pembelian kita boleh redeem voucher free shipping ni tau. Kena tengok terma & syarat dia juga ok.Ramai tak faham.. voucher free shipping tu bukan untuk semua seller kat shopee boleh kita redeem free shipping. Kena tengok juga. Ada seller tak ada free shipping. Yang ada selalunya dia mention free shipping. Tengok pada iklan produk depa kalau ada mention free shipping untuk pembelian berapa RM ++ tu bermakna ada la. Contoh pada gambar. Ada tag Free Shipping Min Spend RM15. Tu contoh & yang selalu ada kat shopee la.



Satu lagi voucher yang hangpa claim. Ada yang limited redeem.. dah nama limited bermakna ada limit. Kalau dah tak boleh redeem bermakna dah overlimit.

Seterusnya voucher tu kadang kadang untuk pembayaran melalui shopeepay. bermakna boleh redeem melalui pembayaran melalui account shopeepay sahaja. Pembayaran melalui cara lain tak boleh redeem. So hangpa bayar melalui online banking ke, atau pi bayar kat 7 eleven memang tak dapat la free shipping tu.

Ada voucher free shipping untuk all seller, tak ada limit & tak ada mention untuk pembayaran melalui cara macam mana bermakna boleh la guna untuk apa apa barang yang hangpa beli. Tapi tetap ada amount pembelian untuk membolehkan hangpa redeem free shipping. Contoh kena buat pembelian RM40 keatas ke baru boleh dapat free shipping. Bawah pada amount tu tak boleh claim. Kena baca terma & syarat la. 

Tu antara yang saya faham pasal voucher free shipping kat shopee. Kalau ada yang saya tertinggal atau saya tersalah boleh betulkan di ruang komen yer. Tapi yang saya tulis tu antara basic yang kita kena faham sebelum redeem voucher free shipping kat shopee. Jadi tak la kita jadi terpinga pinga sangat bila nak buat pembelian tak boleh guna voucher free shipping tu. Mesti ada sebab.. takkan la shopee nak trick pembeli. Bagi voucher tapi tak boleh guna.. khenzzzzz???


Semoga dengan perkongsian kecil ni memberi manafaat kepada mereka yang membaca blog lekatlekit. Moral of the story.. nak buat apapun baca terma & syarat dulu yer. Baru lah kita tak terpinga pinga & tertanya tanya.

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

1 DISEMBER 2020 DATO SITI NURHALIZA UMUM HAMIL LAGI

12/01/2020 03:12:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

 1 DISEMBER 2020 DATO SITI NURHALIZA UMUM HAMIL LAGI. ada juga terbaca spekulasi sebelum ni katanya nampak dalam gambar yang di kongsikan penyanyi nombor 1 Malaysia dato situ nurhaliza nampak baby bump. Tapi tiada kenyataan atau pengakuan dari Dato siti sebelum ni samada dia hamil atau apa kan?

Den ni baca je la. Nak kata excited sangat nak tahu samada Dato Siti mengandung atau tak.. Tak la sangat. Tapi hari ni terbaca kat Fanpage FB Dato siti yang membuat kenyataan bahawa memang dia sedang hamil 4 Bulan.. eh eh tetiba aku pulak jadi excited nak tulis kan blog. Dasar blogger bawang kan?

Apapun Tahniah Dato Siti Nurhaliza atas kehamilan anak kedua. Semoga di beri kesihatan yang baik.. sepanjang kehamilan sehinggalah di lahirkan. Semoga semuanya selamat yer Dato siti.



Si cilik Aafiyah tak lama lagi dah naik pangkat. Dapat title kakak la kan..

Dato Siti even dah cecah usia 40an.. Masih ada rezeki untuk mengandung hangpa yang masih muda tu jangan berputus asa yer. Dato siti pun dulu jenuh juga berusaha nak dapatkan si Aafiyah tu. Sesungguhnya Allah lebih tahu bila waktu yang sesuai untuk memberi kita sesuatu termasuklah zuriat ni. Perancangan Allah tu lebih baik dari perancangan kita manusia. Hope bebawang yang suka dok perli & tanya orang dah lama kawen tapi tak ada anak, Insaflah yer. Tinggal sebulan lagi je nak berakhir 2020.. hope perangai cempeqa jonah tu tinggal tinggalkan lah yer.

So buat peminat Dato Siti khabar kehamilan ni mungkin hangpa happy kan.. Yelah, Aafiyah dah nampak rupa macam mana.. Yang kedua ni meh kita main teka teki pulak. Lelaki ke perempuan?? Jeng jeng jeng...

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SIAPA YANG PERLU BAYAR ATAU TIDAK BILA BUAT UJIAN COVID-19 DI HOSPITAL/KLINIK KERAJAAN.

11/24/2020 09:39:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

SIAPA YANG PERLU BAYAR ATAU TIDAK BILA BUAT UJIAN COVID-19 DI HOSPITAL/KLINIK KERAJAAN.. Pepagi terbaca posting di facebook Page kementerian kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan bayaran yang di kenakan untuk ujian pengesahan covid-19 di fasiliti kerajaan. Baca komen.. Allahu banyak maknosia yang tak faham. Mula la depa dengan teori harga yahoodi, konspirasi nak kaut untung bla.. bla... etc..

Ada sejenis manusia yang malas baca terus jatuh hukum. Ada manusia dia baca tapi dia tak faham dia buat kesimpulan sendiri. Ada yang baca tapi dia susah nak faham bahasa formal ni.. Pun dia faham dengan cara dia sendiri dan menyebabkan berlakulah salah faham.

Fungsi blog lekatlekit ni adalah menulis semula fakta yang orang maybe tak faham bila di sampaikan dalam bahasa formal/rasmi ni. Memang ada yang mudah faham bila kita menulis santai, bahasa pasar.. So kena ada juga individu yang jadi translator macam den. Kuikuikui..

Bukan semua individu yang nak buat test covid-19 ni di kenakan bayaran. Ada individu atau golongan yang tak perlu bayar pun. 

👉Contoh orang yang dia syaki positif.. Si mat tu nampak ada simptom covid macam demam tinggi, selsema, hilamg deria rasa & bau, sesak nafas.. dia pi klinik nampak ada simptom so petugas kesihatan buat test covid kat dia. Dia tak kena la bayar.

👉Yang kedua.. Bila Si Mat ni di sahkan positif covid.. Orang yang ada kontak rapat dengan si mat contog family yang tinggal serumah, kawan kawan sekerja, atau sesiapa sahaja yang si mat pernah jumpa dalam masa terdekat ni. Depa pun kena buat saringan covid-19 so depa tak di kenakan bayaran.

👉Yang ketiga, mereka yang dalam pemerhatian atau pemantauan penyakit berjangkit seperti influenza like illness (ILI) dan jangkitan pernafasan akut teruk/Severe Acute Respiratory Illness (SARI) golongan ni pun wajib kena buat test covid & tidak di kenakan bayaran.

👉Orang yang baru balik dari luar negara memang wajib kena buat & di kecualikan bayaran. So tak kena bayar.

👉Selain tu kakitangan kerajaan yang menjalankan tugas rasmi tak kira dalam & luar negara. Depa memang dapat free test covid yer. 

Jadi sapa yang kena bayar kalau nak buat test covid-19 di faksiliti kerajaan ni? Bukan ke free.. gomen tanggung? Tak semua 100% govement tanggung yer.. Yang kena bayar adalah mereka yang rasa nak buat test covid-19 sebab rasa dia dok berjalan merata sangat even dia sendiri tak pasti dia ada kontak rapat dengan orang yang positif atau tak. Kira dia sendiri yang rasa tak sedap hati.. So dia pi la klinik atau hospital kerajaan serah diri minta di buat pengesahan covid-19. Yang ni memang kena bayar la. Tengok jadual bayaran di bawah untuk semakan

Semoga hangpa semua jelas siapa yang perlu bayar & tak perlu bayar bila buat test covid tu. Kalau yang hangpa tengok yang di arahkan pi buat test covid beramai ramai tu bukan kena bayar. Yang kena arah buat ujian covid of course la tiada bayaran dia kenakan. Kalau kau paksa bayar.. Kau rasa semua mampu bayar ke atau nak bayar ke? Bukan semua orang suka kena jolok tekak.. jolok lubang hidung. 

Moral of the story.. tak tahu, tak faham & tak reti sila bertanya. Jangan main buat spekulasi sendiri. Mungkin boleh menyebabkan salah faham orang lain yang membaca seolah olah KKM ni agen yahoodi sangat nak pow duit orang awam.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MISTERI GAMBAR HILANG SELEPAS SELFIE DALAM TANDAS, ANTARA KISAH SERAM WARGANET

11/20/2020 09:58:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

MISTERI GAMBAR HILANG SELEPAS SELFIE DALAM TANDAS, ANTARA KISAH SERAM WARGANET. Rindu ke tu nak di momokan dengan kisah seram kat blog lekatlekit? Mesti rindu kan... Haters pun rindu juga tu nak kritik penulisan cerita seram kat blog lekat lekit ni tapi tu la tak ada pula koleksi baru depa nak di kecam kan? Bila la gamaknya blogger lekat lekit nak bagi bahan baru untuk di kecam ni.

Yer.. jangan sesedih. Ada dah ni bahan seram untuk korang baca tak kira baca untuk hiburan atau nak kecam. Almaklum la den sangat prihatin tak kira followers ataupun haters. Semua den sayang. Den bahagi kasih seadilnya gitu.

Semalam saja buat survey.. erk.. buat post minta friends kat FB share apa kisah seram yang pernah berlaku dalam hidup mereka berkaitan gangguan mistik & makhluk halus ni. Macam biasa macam macam cerita dok ada. Yang loyar pun ramai jugak. Takpa.. Biasa la kengkawan kan. Macam tu la perangai. Susah nak serius. Cuba jadi pontianak sikit jarang buat lawak even dia gelak pun tetap serius & seram. kuikuikui.

Antara pengalaman seram friends kat FB den tu.. Katanya ada satu peristiwa yang pelik berlaku bermula dari dia selfie di toilet. Selepas tu Gambar selfie dia selalu hilang atau jadi blur, Even ambil gambar ramai ramai pun tetap gambar dia je hilang atau jadi blur. Gambar orang lain semua ok. Mungkin sekali dua dia tak anggap benda tu pelik tapi bila setiap kali berlaku dia mula rasa something wrong some where la kan. Takkan la dia paling lawa sampai camera pun tak berani nak rakam gambar kan? Macam tak logik juga nak guna alasan macam tu. Kalaupun camera ni pandai pilih kasih, gambar dia je selalu tak jadi tapi gambar orang lain ok je1

Maka dia try la ambil gambar tangan dia je.. Apa yang mengejutkan dalam gambar tu tak ada gambar tangan dia. Hanya gambar latar belakang sahaja. Start dari situ dia mula rasa seram terus simpan hp & tak ambil gambar dah. Kau gila.. tetiba gambar subjek hilang begitu sahaja. Ni bukan roti gardenia.. sungguh enak di makan begitu saja, OK! memang tak enak la kalau berlaku kat sesapa pun. Even berlaku kat den pun memang tak enak dah.. senak terus.

Nak kata camera hp dia rosak atau setting dah lari ke laut china selatan tak logik juga la alasan tu. Gambar lain elok je asal gambar dia even tangan pun sampai tak melekat langsung. Amboi dengki sungguh kan hantu camera ni dengan dia. Sampai block habis gambar sipolan ni tanpa bagi peluang langsung.

Maybe sampai dia tak tahu apa alasan atau sebab kenapa jadi macam tu. Sebab cerita dia sampai situ je kan.. Apapun alasan kita sedia maklum bersih macam mana pun tandas tu tempat di klasifikasi tempat kotor juga. Yelah tempat melabur sisa kumuhan kan? Pepaham je la.. memang tempat jin & syaitan la tempat tempat kotor ni. Manatau masa mula mula dia selfie tu..ada makhluk tak nampak tengah membuang.. tetiba tersnap pic dia dalam keadaan mengaibkan membuatkan dia merasa malu & marah terus dia dajalkan gambar sipolan sampai tak melekat langsung bila snap picture. kekekkekee. Gurau je jangan serius ok!

Antara pengalaman seram yang di share kawan kawan den kat facebook hangpa boleh baca di ss kat bawah yer.. Macam macam ado! 








Moral of the story.. Kita tak boleh nafikan kewujudan makhluk halus/makhluk ghaib ni. Sememangnya ia wujud & boleh menganggu manusia. Gangguan dari makhluk halus bukan mitos yer. memang ada jadi sebagai manusia beragama.. rasanya ada ajaran setiap agama untuk elak dari jadi mangsa gangguan makhluk halus ni. Ada tempat tempat kita di larang untuk buat sesuatu yang mungkin mengundang perkara tak baik so elakan lah yer.





2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CARA UNTUK REPORT VIDEO TAK SENONOH DI APLIKASI TIKTOK

10/31/2020 02:08:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

 CARA UNTUK REPORT VIDEO TAK SENONOH DI APLIKASI TIKTOK. Tiktok antara aplikasi yang tengah trending sekarang. Tapi beberapa negara dah mula menyekat aplikasi. Yelah.. banyak keburukan dari kebaikan kat Tiktok ni. Silap pilih apa yang anda tonton mungkin boleh mempengaruhi anda melakukan benda tak bermoral. Pun begitu banyak juga benda bermanafaat di kongsikan di Tiktok.. sebab tu den pun ada account tiktok tapi account den setakat ni private. Tidak menerima sebarang permintaan untuk di follow. Saja nak guna aplikasi tu untuk edit video je sebab effect dia best best & mudah nak guna.

Bila kita dah ada benda tu secara tak langsung kita akan tertengok juga video video yang kurang bermoral atau senang cakap tak senonoh. Sebab akan keluar pada FYP even kita tak follow pun. Mana mana video tengah trending tak kira yang kurang bermoral akan keluar juga kat feeds kita. Memang sakit mata juga la kan.. Kau maki pun jenis manusia macam tu dia cuma nak viral. Memang apa dia buat nak mengundang kecaman supaya ramai orang akan viralkan dia so misi tercapai la.

Maki hamun, kecam mengecam sekarang pun bahaya.. Even orang tu memang mengundang tapi kalau dia ambil tindakan undang undang terhadap kita, kena juga kita. Cara paling selamat kita nak mencegah aktiviti tak bermoral yang di buat kat aplikasi TikTok tu adalah report supaya video tu di ban atau di sekat oleh TikTok.

Kalau tak tahu macam mana nak report video di TikTok boleh tengok tutorial bergambar di bawah yer

tab pada tanda yang di bulatkan dengan warna merah tu

tab pada fungsi report (seperti dalam gambar)

Pilih sebab/alasan anda report video tersebut. 

Tab pada submit

Tab pada done


Lagi bagus ajak ramai ramai untuk report so cepat sikit video video macam tu di sekat. Aplikasi TikTok ni bagus jika di gunakan dengan bijak tapi tu la kita tak boleh nafikan kewujudan makhluk Tuhan yang kurang bijak & tak bermoral ni so itulah cara paling selamat sebagai tanda kita tidak menyokong video video yang ada unsur tidak bermoral di media sosial.

Semoga perkongsian kecil ni memberi manafaat kepada semua yang membaca blog lekatlekit.

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BILA VIDEO YOUTUBE DI FILEMKAN..

10/28/2020 03:01:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

BILA VIDEO YOUTUBE DI FILEMKAN.. Kecoh pasal seorang youtuber yang berjaya meraih kutipan yang memberangsangkan untuk filem pertama dia. Actually saya tak tengok filem tu sebab saya tak melanggan astro. Kalau saya langgan astro pun saya tak pasti saya akan beli filem tu untuk menonton. Kat youtube pun saya tak follow drama drama spontan dari video yang di hasilkan bersama 2 pelakon dari golongan istimewa. Tak juga saya memandang rendah pada kemampuan golongan istimewa berlakon sedangkan saya pun ada anak istimewa juga.

Dulu saya banyak buat review filem filem seram yang saya beli sendiri DVD (original) & Tonton. Kalau yang selalu baca review filem di blog saya mesti perasan saya banyak kritik filem metrowealth. Totally memang jenis filem asal siap. Pelaris dia biasa la pelakon cantik & hensem even macam tiang letrik baca dialog pun tak apa. Sebab David Teo ni orang bisnes. So apa di hasilkan semua mesti untuk keuntungan. Berbeza dengan orang seni. Depa hasilkan seni. Contoh macam Arwah Yasmin Ahmad. Kualiti filem dia tak kira la filem pendek sekalipun memang tak pernah mengecewakan. Seni dia cukup halus mampu menusuk ke kalbu ok.

Bagi saya filem adalah filem di mana perlu ada nilai seni nya. Orang menonton bukan sebab support golongan tertentu untuk kelangsungan hidup atau apa.. Nak buat filem siapapun boleh buat kalau ada duit tapi nak menghasilkan satu karya seni tu bukan semua orang ada bakat & kepakaran. Sebab tu ada orang sanggup menghabiskan masa & wang untuk mendalami ilmu seni ni sebab mereka nak hasilkan karya yang mahal. Mahal bukan kata jumlah kutipan hasil tayangan tu banyak.. Tapi sarat dengan nilai seni yang bila mana orang tonton akan terasa bagai ada dalam setiap watak tu. Dan orang boleh menonton lebih dari sekali. Setiap kali tengok orang boleh lagi menjiwai.. Tu baru di namakan filem berkualiti.

Antara filem yang saya rasa mempunyai nilai seni yang tinggi selain filem karya arwah Yasmin Ahmad.. Filem Layar lara, Spinning Gasing, Puteri Impian I & II, Sayangku salmah. Tu antara filem yang saya ingat.. Ada lagi la beberapa filem melayu yang saya rasa berkualiti & layak di panggil Filem. Selebihnya saya suka tengok filem seram je. Filem seram pun saya ada expectation saya sendiri juga. Takat filem seram dari metrowealth memang tak banyak la yang menepati expectation saya. Kebanyakan kalau campak kelaut pun ikan mati meroyan tengok filem tu. kekekekekeke

Pasal Filem youtuber tu macam saya kata saya tak tengok tapi baca review. Ramai kata standard macam video dia buat kat youtube je. Video dia kat youtube pun saya tak follow. Pengarah & penerbit filem tu pun kata sasaran cuma untuk orang orang atau peminat dia yang memang dah dok follow video video pendek dia kat youtube. So hangpa kalau rasa hangpa punya citarasa tinggi tu tak payah la tengok satgi hangpa meroyan pulak. Yang biasa tengok video video dia kat youtube & terhibur mungkin bagi mereka filem tu memang di tunggu tunggu.. So tonton lah.

Cuma tu la bila buat filem asal siap.. buat filem cuma mempertaruhkan populariti dari pelakon.. Atau memang dah ada publisiti kat social media semata mata untuk meraihkan keuntungan ia membunuh industri juga la. Tengok la Indonesia pun boleh masuk pasaran Malaysia tapi karya karya Malaysia takat mana je boleh jual. Indonesia pun tak lepas sangat. Setakat box office dalam Malaysia je la tapi di luar tak sapapun kenal. Nak kembalikan kegemilangan filem filem melayu macam zaman Allahyarham P.Ramlee tu nampak masih jauh. 

Bagi saya.. tetap dengan citarasa saya. Nak tengok filem yang betul betul filem.. Filem dokumentari pun saya tak berapa minat. Saya memang suka tengok filem cereka tapi bukan filem yang maybe macam filem youtuber tu buat la. Setakat layan santai santai kat youtube tu boleh la.. kalau video macam kat youtube di angkat menjadi sebuah filem & konsep pun sama.. Setakat ni bukan citarasa. Tapi tak salah dia nak mencuba.. baca pun kutipan meletap letop bermakan ramai yang tonton la tu. Setakat sorang dua orang macam saya ni tak la menjatuhkan sangat filem tu kan... kekekeke

Apapun ni pendapat peribadi saya sahaja tidak di wakili mana mana pihak. Tak salah kan nak bagi pendapat. Kalau salah juga, saya mohon maaf kerana citarasa saya tak mampu memuaskan hati anda. Peace Yo!

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DISEBALIK GAMBAR KELIBAT PONTIANAK..

10/24/2020 10:15:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

 DISEBALIK GAMBAR KELIBAT PONTIANAK.. Tu dia.. dia mai dah malam malam dok tulis cerita pasal pontianak pulak. Almaklum la dah lama blog lekatlekit tak di hidangkan dengan kisah kisah seram kan? Tup tup ada pulak.

Saja warm up balik blog ni bagi ada unsur unsur seram balik sebelum kita start enjin turbo dengan kisah kisah seram yang bakal menggugat emosi anda nanti kekekee.

So nak cerita sikit la... Semalam kalau hangpa yang follow cheq kat Pesbuk (Facebook) mesti nampak cheq upload satu gambar berlatar belakangkan kondo & ada kelibat pontianak yang berdiri kat jalan. Memasing confuse dah.. Bergurau ke betul. Ada yang mula rasa seram tengok gambar tu. Dah tu ada watermark den pulak. Den ka yang snap gambaq cik ponti tu? Betul ka enpon murah hang buleh merakam kelibat pontianak? Biaq betoi..

Betoi la gambaq tu gambaq den ambil dari tingkap rumah den menghala lensa ke kondo kat depan rumah den. Tak bohong lah.. cuma cik ponti tu ja bohong sunat sikit. kekekeke...

Ni la gambarnya

Sebenarnya gambar tu hasil editing menggunakan aplikasi snapseed. Tak dak la terakam secara tak sengaja gambaq cik ponti. Dan begitulah kalau hangpa nak tahu gambar gambar yang bertebaran di internet yang konon terakam gambar gambar kelibat menyeramkan bukan semua pun betul. Sekarang ni hang tak payah pi belajaq tinggi tinggi nak buat editing yang macam nampak real.. banyak aplikasi boleh hangpa guna untuk buat editing macam tu. Bukan susah pun aih...



Bukan susah pun. Kalau surirumah macam cheq pun boleh buat & ada yang percaya gambaq tu real sampai merinding rinding Oi.. bulu romaku, hangpa hat memang pakar multimedia mesti terer punya.

Macam saya edit guna snapseed. Macam macam boleh buat. Gambaq yang sendu pun boleh nampak padu baqhang. Tak caya try la guna. Boleh install kat playstore.

Moral of the story.. Apa yang kita nampak benar zaman sekarang belum tentu betul. Pepandai la guna akal untuk menilai. Peace Yo!

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

FACEBOOK GROUP YANG BOLEH ANDA SERTAI SEPANJANG PKPB

10/17/2020 04:18:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

FACEBOOK GROUP YANG BOLEH ANDA SERTAI SEPANJANG PKPB. Sedar tak sedar dah Hari ke empat PKPB bagi kawasan seluruh negeri selangor ni kan? Alah.. sekejab je tu.. Hope selepas 2 minggu statistik kes menurun sehingga tinggal 1 angka la. Tak tahan OOi.. bila anak anak dah mula tunjuk stress kena berkurung. Yelah.. sebelum PKPB ni pun kami dah menghadkan pergerakan bila melihat statistik kes kembali naik selepas PRN di sabah. Ambil langkah keselamatan awal. Tapi sepanjang pkp pun memang kurang keluar & aktiviti luar. Sebab kita tahu covid-19 tu masih ada. Tapi tu.. anak anak ni perlu beridah di luar rumah juga untuk membantu perkembangan mental & fizikal cuma tu la.. terpaksa cari aktiviti lain la bagi elakan dari keluar.

Selain dok scroll FB baca gosip gosip & viral pasal isu isu semasa ni sebenarnya ada juga aktiviti berilmiah juga boleh buat & belajar dari Facebook. Kalau kita cari yang baik.. Dapat yang baik la kan? Baik ke buruk medium social media tu bergantung apa yang kita buat melalui medium tu. Ia cuma platform.. Yang mencipta pelbagai aktiviti di situ adalah kita sendiri sebenarnya.

Setakat group masak masak, masak tak jadi, laki masak apa hari ni bla.. bla.. bagai dah bosan. Awal awal je best lama lama memasing try hard buat masakan pelik pelik nak attention supaya viral sampai rasa annoying pulak dok bergurau dengan makanan ni. Dah la PKP.. ramai yang terjejas pendapatan.. depa hat tak berapa terkesan tu syok pulak dok main main masak tak jadi.

So kalau bosan bosan duduk rumah tak tau nak buat apa boleh juga join beberapa group di facebook yang bermanafaat juga la. Antara Facebook group yang anda boleh sertai adalah ;

Jom Snapseed Malaysia

Kalau nak belajar edit gambar yang gempak gempak guna aplikasi snapseed yang boleh di install secara percuma di playstore boleh la sertai group snapseed malaysia ni. Wei!! Serius gempak gila editing editing gambar kat situ. Depa share tutorial juga la macam mana nak hasilkan editing. Bagus juga la.. Mana tau hangpa dah expert benda tu boleh jadi side income buat job photography nanti. 

Tukang Apa Hari Ini (TAhI)

Ni bukan group jamban ok walau shortform dia Tahi. Ni group bertukang. Yang mana minat dengan kerja kerja pertukangan boleh la join group ni. Macam macam di kongsikan hasil pertukangan di rumah. Mungkin boleh memberi ilham pada hangpa yang nak bertukang nanti. Kadang kadang ada juga la terselit Humor dari pertanyaan followers group tu. Yelah la.. serius memanjang pun rasa macam dengar lagu negara ku je kan?

Malaysiaku dulu dulu Official

Ni group sekadar berkongsi gambar gambar zaman dulu. Tapi ok juga la sebab flashback balik zaman sebelum kewujudan digicam, smartphone bagai. Semua pakai camera filem lagi. Gambar gambar pun tak black & white mesti sephia tone. Nampak nostalgia tu. Gambar gambar yang di kongsi oleh followers & admin. Kita boleh tengok perbezaan  sesuatu tempat dulu & sekarang. Ok la.. enjoy juga la layan group ni. 

Cukup la 3 group dulu saya kongsikan. Banyak banyak satgi hangpa tak ter follow pulak kan. Jadi mana yang rasa bosan tak tau nak buat apa sesambil layan facebook tu boleh la sertai group group ni.

Apapun semoga perkongsian remeh ni memberi manafaat kepada yang membaca blog lekatlekit.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

NEELOFA BERNIQAB MUNGKIN JADI IKUTAN, JOM KETAHUI APA HUKUM BERNIQAB

10/16/2020 02:27:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

 NEELOFA BERNIQAB MUNGKIN JADI IKUTAN, JOM KETAHUI APA HUKUM BERNIQAB. Alhamdulillah kecoh sejak semalam orang bercerita pasal penghijrahan seorang selebriti terkenal Neelofa yang katanya sudah memakai niqab. Neelofa mohon semua doakan yang terbaik untuk penghijrahannya tu. Yelah.. benda baik buat kita nak mengata kan? 

Tahniah buat neelofa kerana memilih untuk berhijrah walaupun namanya masih di kemuncak sekarang ni. Apa lagi dia nak cari.. Dia boleh di katakan ada segala galanya dah. Mungkin dia rasa mengejar duniawi ni takkan pernah puas, so dia memilih sesuatu yang lebih kekal abadi. Hope kita semua pun menuju kearah yang lebih baik.. Amin.

Bila kisah penghijrahan neelofa ni viral ada juga terbaca posting yang mempertikaikan pemakaian niqab. Katanya itu cuma budaya orang Arab bagi mengelak dari ribut pasir. Betul ke idok? Jom la kita sama sama belajar.

Pemakaian niqab tak wajib. Pemakaian purdah/niqab itu menjadi harus jika si pemakai adalah isteri orang.
Jika isteri terbabit seorang yang cantik dan bagi mengelakkan fitnah dan cemburu si suami, maka menjadi harus kepada isteri mengenakan purdah/niqab kerana isteri adalah hak mutlak seorang suami.

Begitu juga sebaliknya, jika seorang wanita itu memiliki wajah yang kurang cantik dan mahu mengelak dihina masyarakat maka menjadi harus baginya memakai purdah/niqab. Pemakai akan beroleh pahala kerana tidak hanya pandai melindungi diri dan menjaga hak suami malah menyelamatkan masyarakat. Jadi tidak timbul siapa lebih Arab daripada orang Arab. 

Sumber : Soal pakaian dan hukum fiqh: Tidak salah 'meniru' cara orang Arab

pemakaian niqob atau purdah adalah salah satu cara yang terbaik dalam bab penjagaan aurat wanita. Justeru hukum pemakaian niqob atau purdah ini adalah sunat dan afdhal bagi kaum wanita.

Namun begitu para ulama berpendapat wajib menutup wajah dan tapak tangan jika bimbang membawa kepada fitnah dan syahwah. Bagi mereka dalam kebanyakan waktu, kaum lelaki adalah haram untuk melihat apa yang terdedah daripada wajah dan tapak tangan wanita melainkan kerana beberapa hajat:

  1. Melihat perempuan yang ingin dinikahi semasa proses khitbah (merisik, meminang dan bertunang).
  2. Bagi tujuan kesaksian
  3. Bagi tujuan muamalat untuk memastikan suatu perkara (seperti belajar dan jual beli
  4. Bagi tujuan pengubatan dan rawatan, dengan kehadiran mahram
Sumber : Portal Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Apapun yang baik nak buat tak salah tapi bila dah pakai pakaian yang mencerminkan sesuatu tu jagalah ia agar ia tidak menjadi fitnah kepada agama.

Semoga perkongsian ni memberi manafaat kepada semua yang membaca blog lekatlekit ni.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MENTERI HAL EHWAL AGAMA TELAH PULIH SEPENUHNYA DARI JANGKITAN VIRUS COVID

10/15/2020 02:16:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

 MENTERI HAL EHWAL AGAMA TELAH PULIH SEPENUHNYA DARI JANGKITAN VIRUS COVID. Baru baru semua sedia maklum ramai ahli ahli politik & menteri yang pergi ke kawasan berisiko (Sabah) & kemudian pulang ke negeri masing masing. Ada yang di sahkan positif termasuk Menteri Hal Ehwal Agama merangkap Mufti Wilayah persekutuan Datuk Dr Zulkifli Bin Mohamad Al Bakri. Beliau telah di sahkan positif kemudian & kuarantin & sekarang khabarnya sudah sembuh sepenuhnya dari virus covid.



Alhamdulillah.. Semua orang berharap yang mana positif sembuh tak ada orang harap berita kematian akibat jangkitan. Tapi ada juga sekoq dua yang tanya dah mati ke belum? Suka nau dia kalau orang mati kena covid kan? Sebabnya tak kena kat ahli keluarga, sahabat handal, rakan taulan & teman seperjuangan dia. Kena pulak kat orang dia tak suka.. Memang la dia harap orang tu mati. Kalau dah benci.. Gitulah kan?

Dalam keadaan sekarang yang paling pelik masih ada yang tak percaya dengan kewujudan virus covid ni. Katanya semua ni agenda nak jual ubat.. jual vaksi, agenda BigPharma bla.. bla.. dot com dot mai.. Punyalah serius jangkitan yang berlaku sampai banyak negara yang terjejas lagi di sifatkan sebagai dongeng. Dah menyaksikan bukan sedikit yang di jangkiti & bukan angka yang sedikit meninggal dunia akibat jangkitan tapi masih ada yang rasa benda ni satu agenda untuk menguntungkan sesuatu pihak. Memang logik akal den yang tidak la bijak bistari susah nak terima sangat pendapat macam ni. Terlalu di luar kotak sampai terkeluar dari otak dah ni.

Ada yang mempertikai tentang golongan atasan yang melanggar SOP.. tidak kuarantin bila pulang dari tempat berisiko tinggi. Ye apa sedang berlaku kita dah nampak betapa pentingnya untuk follow SOP tak kira kau rakyat marhaen atau menteri. Covid tak kenal kau siapa ok! Kita tak boleh membetulkan benda yang salah.. Apa yang berlaku pada gelombang ketiga adalah kerana tidak patuh pada SOP sehingga terpaksa di laksanakan PKPB. Tu pun ada yang tak faham kenapa di laksanakan PKPB. Bukan nak suruh hangpa bercuti balik kampung bagai. Orang suruh duduk kat rumah. Jangan keluar dari kawasan yang terlibat dengan kes jangkitan yang tinggi bagi memastikan tidak menularkan jangkitan kepada orang di luar kawasan. Sebab covid ni ada yang tak ada simptom. Satgi tak paham pulak.. Orang positif covid ni kadang kadang nampak sihat. Tak demam tak selsema & tak ada sakit apapun.. dia sendiri tak tau dia dah di jangkiti tapi bila dia menjangkiti orang yang imun rendah seperti bayi, kanak kanak, pesakit kronik & warga emas.. Golongan ni berisiko tinggi untuk mendapat kesan yang serius akibat jangkitan.

Bila statistik kes naik.. PKP terpaksa di laksanakan banyak kesan pada semua hidupan. Even ikan di air.. asam di darat pun merasa kesannya ok! Selain ekonomi terjejas.. Kesihatan mental & fizikal pun akan terjejas juga ok sebab dah la terkurung lepas tu pendapatan terjejas atau ada orang hilang terus sumber pendapatan.. emosi terganggu.. anak anak mula stress jadi berlaku la macam macam keburukan.

Jadi bersamalah kita follow apa yang di sarankan MKN untuk memutuskan rantaian jangkitan & sama sama kita berdoa semoga virus covid hilang dari mukabumi.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BEZA PKPB DI SABAH DENGAN SELANGOR, PUTRAJAYA & KL

10/14/2020 11:20:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

 BEZA PKPB DI SABAH DENGAN SELANGOR, PUTRAJAYA & KL. selamat menyambut Hari PKPB buat seluruh warga selangor & sabah. Tu dia dah macam ucapan untuk cuti perayaan pulak kan? Padahal PKPB bukan cuti untuk holiday tapi untuk memutuskan rantaian jangkitan covid-19 tapi tu la katanya sejak semalam jalan raya sesak sebab ramai mula lari dari kawasan yang bakal di pkpb.

Apa punya turrr... la hangpa ni kan? Tak ikut saranan kerajaan & agama Islam pun ajar kita. Kalau berlakunya sesuatu wabak jangan masuk kekawasan tersebut atau yang dah ada dalam kawasan tersebut jangan keluar. Semua untuk tidak menyebabkan penularan wabak ke serata tempat. Yang hangpa pakat lari keluar selangor pasaipa?!! PKPB bukan kena penjara pun.. cuma di sarankan duduk di rumah jika tiada  hal penting untuk keluar. Cuma tak boleh keluar daerah & negeri sahaja. Allahu depa punya kelam kelibut macam kawasan PKPB tu bakal kiamat pulak.

Tapi kita bersangka baik maybe ada yang tak faham apa itu PKPB. Orang sebut PKPB dia pun sebut PKPB. Orang tanya apa tu PKPB.. dia nganga 360▫️ Sebagai pengenalan kita kena tahu dulu apa itu PKPB.

PKPB adalah singkatan dari Perintah kawalan Pergerakan Bersyarat. Kalau dah nama perintah kawalan pergerakan tu bermakna pergerakan kita akan di had kan. Bukan suruh lari balik kampung atau keluar dari kawasan PKPB yer.

PKPB ni bukan la kata semua kena kurung diri dalam rumah. Masih ada yang boleh keluar atas urusan tertentu seperti bekerja, keluar membeli barang keperluan etc.. Cuma yang di kawal adalah aktiviti berkaitan majlis sosial atau aktiviti sosial sahaja.

Tapi ada perbezaan PKPB (prosedur operasi standard (SOP) PKPB di Sabah, dan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya.)

Berikut perbezaan yang digariskan pihak berkuasa:

PKPB Sabah

Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun, bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan
Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah DITUTUP.

Masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam lain adalah DITUTUP.

Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah TIDAK DIBENARKAN.

Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga TIDAK DIBENARKAN.

Kegiatan sektor ekonomi, industri dan perniagaan dibenarkan beroperasi seperti biasa namun perlu mematuhi SOP ketat yang telah dan akan dikeluarkan oleh MKN;

Pasar Borang, Pasar harian (6 pagi – 2 petang);

Kedai barang keperluan dan kedai runcit (6 pagi – 6 petang)

Restoran, kedai-kedai makan, warung-warung, kedai runcit dan serbaneka dibenarkan (6 pagi – 6 petang). Bagaimanapun, terhad untuk pembelian secara pandu lalu, penghantaran serta take away;

Operasi stesen minyak dibenarkan beroperasi (6 pagi – 6 petang);

Perkhidmatan teksi/ e-hailing dan penghantaran makanan juga dibenarkan (6 pagi – 8 malam);

Bas ekspres dan bas henti-henti tidak dibenarkan beroperasi.

Farmasi dan kedai ubat-ubatan dibenarkan beroperasi seperti biasa (6 pagi hingga 6 petang).

Operasi klinik dan hospital kerajaan dibenarkan beroperasi 24 jam;

Sektor perikanan, perladangan, pertanian adalah dibenarkan; dan
Bagi sektor perniagaan dan perkilangan termasuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang ingin beroperasi boleh memohon daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah.

B Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya

Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun, bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan;

Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan;

Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup;

Masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain adalah ditutup;

Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan;
Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan;

Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Jadi tak tertulis bila PKPB di laksanakan bagi yang tak nak duduk rumah boleh lari keluar dari kawasan PKPB sebelum tarikh bermulanya PKPB yer. Pada yang lari keluar dari kawasan PKPB di doakan anda tidak membawa bersama virus covid keluar. Ambil pengajaran dengan apa yang berlaku sebelum ni. Bila ada yang lebih mementingkan politik.. sanggup redah kawasan wabak lepas tu balik ke tempat habitat masing masing tak kuarantin sehingga menyebabkan statistik kes naik & kita semua perlu melalui sekali lagi gelombang ketiga ni.

Moral of the story.. kita jaga lah diri sendiri. Harap ahli politik jaga kita depa pun bagi kita susah balik. hurmmm

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ALIVE! TERPERANGKAP DALAM APARTMENT BILA HAMPIR SEMUA PENDUDUK SUDAH DI JANGKITI VIRUS

9/29/2020 12:06:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

 ALIVE! TERPERANGKAP DALAM APARTMENT BILA HAMPIR SEMUA PENDUDUK SUDAH DI JANGKITI VIRUS. Sat na.. nak sapu sawang sawang kat blog ni. Rasa lama pulak tak ber update. Allahu nak cari masa buka blog sekarang macam nak cari masa membawang bersama jiran tetangga. Susah sangat malah.. susah sangat saya nak membawang dengan jiran jiran ni. Boleh kata memang tak ada langsung la aktiviti membawang dengan jiran jiran ni. 24jam memerap dalam rumah dengan anak anak. Gitu la sekarang nak buka blog & update. Di kesempatan yang ada ni kita update la apa apa niat yang tertunggak.

actually dah lama nak review filem ni. Tapi tak ada masa untuk berkarya kan.. Di kesempitan masa yang terhad ni meh la kita share filem yang kita dah tonton.



Alive ni mengisahkan seorang V-blogger yang memang jenis anti social. Suka memerap dalam rumah menghasilkan Vblog & main game. Bila kawasan penempatan dia di serang wabak zombie & hampir kesemua penduduk di situ dah di jangkiti.. Dia terperangkap dalam apartment dia. mula mula memang la tak jadi masalah sebab dia jenis yang suka memerap tapi bila semakin tiada bekalan makanan, talian internet terputus, bekalan air terputus dia mula merasa stress. Nak keluar tak boleh. Penuh zombie sampai satu ketika dia tekad nak bunuh diri sebab terlampau tertekan tak ada makanan, air & internet.

Semasa dia nak mengantungkan diri tu.. tetiba satu cahaya laser menerjah masuk ke dalam apartment dia. Cahaya laser tu datang dari bangunan apartment yang bertentang dengan apartment. Cuba menyampaikan mesej supaya dia jangan bunuh diri melalui tulisan dari perkataan perkataan yang di ambil dari tulisan tulisan yang ada pada dinding rumahnya. Dari situ dia tahu masih ada orang yang selamat & tidak di jangkit. Seorang gadis telah menyelamatkan dia dari bunuh diri. dari situ mereka mula berhubung & cuba merancang untuk keluar dari situ & mencari bantuan.

Dalam usaha nak keluar dari kawasan tu mereka bertemu dengan seorang lelaki yang pelik. Lelaki tu yang selamatkan mereka dari jadi mangsa serangan zombie. Pada awalnya lelaki tu nampak baik. Bagi mereka perlindungan & makanan tapi sebenarnya lelaki itu ada niat sebaliknya. Akhirnya terbongkar bila lelaki tu cuba menjadikan mereka makanan kepada isteri dia yang dah di jangkiti virus zombie. Setelah bergelut & berjaya lepaskan diri.. Mereka cuba berlari ke sebuah bumbung bangunan untuk mendapatkan bantuan dari helikopter penyelamat yang berlegar legar bagi misi mencari mangsa terselamat. Dan akhirnya mereka selamat.

Actually filem ni tak seram atau ganas sangat. Effect effect zombie tu biasa je. Cuma yang best jalan cerita dia yang buat saya rasa nak tunggu ending dia. Macam mana dorang nak keluar dari tempat tu. memang kita tak boleh fikir kawasan yang penuh zombie. Kiri kanan depan belakang. Buka pintu memang dah ada zombie menanti nak menyerang. Nak tahu samada berjaya ke tak mereka keluar? Siapa yang datang selamatkan mereka. Scene scene macam tu buat melekat juga la bontot tonton sampai habis.

Filem ni memang tak meleret leret. Merapu merapan dengan babak babak tak perlu atau babak babak yang menyemak. Jadi tak sakit hati sangat nak tonton.

Sesuai kalau nak tonton seisi keluarga. tak ada babak babak sensitif pun. Babak ganas pun tak ganas sangat. So tak ada masalah nak tonton dengan anak anak kecil. Saya pun tengok dengan anak anak je.

Bagi peminat filem bertemakan zombie macam saya.. Boleh la tonton filem Alive ni. Not Bad juga. 

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

INI SEBAB KENAPA WAJIB BACA REVIEW SEBELUM MEMBELI BELAH SECARA ONLINE

9/05/2020 02:10:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

INI SEBAB KENAPA WAJIB BACA REVIEW SEBELUM MEMBELI BELAH SECARA ONLINE. Tu dia mentang mentang la blog dia ada buat servis penulisan review kan.. tetiba suruh orang baca review sebelum membeli. kata Nur Netizenia Farisya Marissa Athalia begum kepada blogger.

Amboi.. Sabaq sat na sebelum nak serbu tak pakai helmet. tak semestinya review di blog. Review di blog ni ada dua jenis review..  Satu review yang di sponsor/ review berbayar atau review dari pengalaman menggunakan. Tapi kebanyakan blogger tak mention kalau buat sponsor review atas kehendak client yang nak nampak review tu macam natural. Dak aih.. tak salah pun. Review di blog lebih kepada memperkenalkan sesuatu pada pengguna. Pilihan tetap di tangan pengguna untuk beli atau guna sesuatu barang/perkhidmatan tersebut.

Yang den nak cerita ceriti ni pasal membeli belah secara online di website seperti Lazada, shopee, ezbuy etc.. Saya antara yang menggunakan kemudahan tersebut untuk membeli belah. Di Tambah sekarang kita masih berperang untuk memutuskan rantaian jangkitan covid-19 & aktiviti luar tu terpaksa di kurangkan. Tapi bukan la tak keluar langsung kan? PKPP ni dah boleh keluar even masih kena follow SOP cuma dengan buat pembelian secara online kita kurangkan kesesakkan tempat tempat shopping. So, antara sebab kenapa saya sekarang pun memilih buat pembelian secara online selain.. payah lahai dengan anak kecik ni nak pilih barang kalau kat luar. Tu pun salah satu faktor juga hehehehe


Selalu kita nampak viral orang tersalah beli barang yang sebenarnya mainan cuma sebab dorang tak alert dengan description yang di tulis seller hanya tengok gambar & harga murah terus buat pembelian. Bila sampai.. tak seperti yang di jangka. Mula la nak viral padahal salah sendiri. Sebab tu penting ok baca description, semak semua ukuran yang di beri bagi memastikan kita tak salah faham dengan gambar. Memang la gambar tu nampak besar, nampak cantik semua. Dah nama pun gambar kan.. Tapi size sebenar kena la refer dari ukuran yang di beri.

Kadang kadang ada juga yang keterangan produk tu di beri tak sama macam apa yang di jual. Contoh size la.. kadang kadang ada size tu tak ikut standard size. Kita refer base on standard size kan.. bila sampai ada yang terlebih besar atau terlebih kecil. Tapi nak salahkan seller pun memang size dia macam tu. Ada yang seller alert sikit dia akan mention siap siap.. yang ni jenis cutting kecil ke besar ke. Tapi kadang kadang benda tu pun tak membantu bagi saya. Sebab tu saya lebih suka refer pada review. kalau membeli di shopee atau lazada saya skip seller yang tak ada review. Sebab review bagi saya sangat penting bagi memastikan saya dapat barang seperti yang saya harapkan selain tak kena tipu dengan scammer.

Contoh kasut.. Saya memang ada masalah dengan kasut sebab kaki saya size 3 1/2. Untuk adult size memang susah nak cari. Normally size tu size kaki kanak kanak tapi di sebabkan dari pengalaman saya membeli belah barangan china ni.. Size dari china lebih kecil. tak sama macam standard size. Pun macam tu saya tak la ambil pendapat tu bulat bulat. Saya tetap refer dari review. Normally buyer sebelum ni akan mention size tu lebih kecil atau lebih besar dari size biasa. Ada juga akan bagi ukuran macam.. berat & tinggi dia berapa & barang yang dia beli size apa. So dari situ kita boleh buat keputusan untuk dapatkan size yang tepat. kalau jenis cutting kecil.. so adult size (untuk kasut) yang paling kecil (size 4) normally saya boleh pakai. Kalau standard size, memang size 4 pun masih besar untuk kaki saya. Sebab tu saya suka refer review. Buyer sebelum ni akan ada mention samada size tu lebih besar atau lebih kecil. Tu antara kebaikan review.


Contoh kasut yang saya beli di lazada ni. Kalau ikut size chart dia.. size 35 ukuran cm dia 22.5. tapi kaki saya cuma 21.5cm. Base on review dari buyer yang bagitau kasut ni lebih kecil 1cm dari size biasa so saya boleh la pakai. Alhamdulillah dengan berpandukan review kasut ni sampai memang ngam dengan size kaki saya 21.5cm ni. tak kecil & tak besar. Tu antara kelebihan review bagi saya. (Ni birthday gift dari someone. Dia sponsor hikhikhik)

Selain tu review juga main peranan untuk kita tahu samada servis dia bagus atau tak. Seller tu jenis hantar cepat atau tak. Cepat respond chat atau tak. Senang di bawa berbincang atau tak. Semua tu penting sebelum kita memilih nak beli sesuatu dari seller yang ada. Kita tak tahu semasa proses pembelian akan berlaku masalah atau tak.. Jadi benda tu antara faktor penting kena di ambil kira.

Review juga main peranan. kalau banyak orang bagi review yang baik, Insya Allah barang yang kita beli tu akan dapat dalam keadaan yang baik & seperti yang di harapkan.

Sebab tu selain membaca penerangan tentang sesuatu produk/barang yang di jual secara online seperti di lazada, shopee & sebagainya.. review ni bagi saya sangat penting untuk kita buat rujukan. Hanya review dari pembeli sebelum ni je kadang kadang kita boleh mendapat gambaran tepat tentang material, ukuran & customer service dari seller tersebut.

Setakat ni saya buat semua tu jarang la dapat barang yang saya beli dalam keadaan kecewa berbanding sebelum ni mungkin saya tak mengamalkan budaya membaca review. So ada yang sampai tak seperti kita harapkan. Pada korang yang nak membeli belah secara online boleh la follow tips ni.

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com