8 MAKANAN TERBAIK DI DAMANSARA PATUT ANDA CUBA DI TAHUN 2020

4/29/2020 02:33:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

8 MAKANAN TERBAIK DI DAMANSARA PATUT ANDA CUBA DI TAHUN 2020. Malaysia antara negara yang boleh di kategorikan sebagai syurga makanan juga. Tak kira apapun berlaku rakyat malaysia & makanan tak dapat di pisahkan. Boleh nampak perkara tu bila Malaysia antara negara yang terkena pandemik Covid-19, Bila arahan kawalan pergerakan di laksanakan. Ramai yang ambil ksempatan untuk memasak pelbagai juadah di rumah. Jadi tak pelik la kat Malaysia ni kalau nak cari makanan sedap sedap tak susah. Kalau rasa tak nak masak oleh saja membeli makanan yang siap di masak yang banyak di jual.

Tapi bukan semua orang tahu kat mana nak cari makanan yang best & sedap di setiap negeri tu. Kadang kadang kita pergi ke satu tempat nak cuba makanan yang best kalau tak ada rekemen & rujukan susah juga kita nak cari makanan yang best di tempat tersebut. Hidup ni orang kata jangan kedekut nak berkongsi. Memandangkan saya tinggal dalam kawasan jajahan Petaling jaya so saya nak share dengan korang 8 MAKANAN TERBAIK DI DAMANSARA PATUT ANDA CUBA DI TAHUN 2020 ni.

NASI AYAM BAKAR DI WARUNG MERECIK KOTA DAMANSARA

Kalau nak rasa nasi ayam bakar ni sangat rekemen  restoran merecik Kota damansara ni. Saya pernah makan kat situ beberapa kali memang terbaik menu menu. Saya pernah cuba nasi ayam bakar, nasi daging bakar & nasi kambing bakar. Memang sedap sangat dari nasi, daging & air asam kerisik dia yang memang power. memang puas hati makan kat situ. Hidangan dia pun mengenyangkan & harga pun berpatutan.

 

Alamat: Jalan Sepah Puteri 5/21, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Telefon: 012-534 1659


ASAM LAKSA DI GROUPBASE SRI DAMANSARA

Restoran Groupbase menyajikan masakan panas untuk menu menu Thai. Tapi peminat asam laksa kalau belum pernah try asam laksa chinese style ni boleh cuba di restoran groupbase. memang tak mengecewakan. Di hidangkan bersama petis. Masin, masam & nak pedas boleh letak cili potong memang sedap ok! Hidangan dia pun bagi saya banyak.. Kadang kadang jenis yang makan tak berapa banyak boleh makan untuk 2 orang 1 mangkuk. Kuah dia memang pekat dengan isi ikan. 


Alamat : No.7-1 (1st Floor) Jalan Tanjung SD 13/2 Bandar Sri Damansara, Selangor
52200 Kuala Lumpur, Malaysia

No tel : 03-6272 1184


NASI LEMAK UJANG KOTA DAMANSARA

Ni makanan kegemaran rakyat malaysia tak kira apa bangsa sekalipun. Kalau anda nak makan nasi lemak sangat rekemen untuk try nasi lemak Ujang ni. Saya pernah makan beberapa kali dulu memang sedap. Nasi lemak dia cukup lemak & sambal dia cukup rasa yang di perlukan. Ada pilihan lauk jugak. 


Uptown Kota damansara

No tel : 017-333 7791


DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API DI SALAI MASTER

Bagi penggemar masakan negeri 9, nak makanan salai masak lemak, tak kira la daging, ayam, ikan atau itik.. Boleh try di Salai Master. Semua masakan salai masak lemak dia memang tak mengecewakan. 


Alamat : Lot 1078 Jalan Masjid, Kampung Sungai Kayu Ara, 47400 Petaling Jaya


NASI BERIANI GAM JM BERIANI HOUSE

Penggemar Nasi beriani memang sangat rekemen korang cuba Nasi Beriani di JM beriani House ni. Saya pernah makan dengan suami terpaksa minta extra nasi sebab sedap sangat. memang tak tipu ok! Dari nasi sehingga lauk tak kira ayam atau daging memang sedap. Acar dia pun not bad.



Alamat : Ground Floor, Tesco Extra, Jalan PJU 7/4, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor 47800


MEE REBUS RESTORAN PAK TAM

Bagi penggemar menu utara terutam mee rebus boleh la mencuba mee rebus yang sedap di restoran pak tam yer. memang mee rebus antara signature dish di restoran pak tam. Bukan senang nak jumpa mee rebus sedap area damansara ni. 



CHICKEN CHOP D'APPLE CAFE KOTA DAMANSARA

walaupun belum pernah cuba tapi baca review memang sedap. tengok gambar pun menyelerakan je set chicken chop dia. Portion katanya mengeyangkan. So saya senaraikan kat sini sebagai antara makanan saya nak cuba kat restoran D'APPLE nanti.


Alamat : No. 36-G, Jalan PJU 5/20D, The Strand Damansara, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Malaysia

No tel : 014-514 1647


NASI DAGANG DI NASI PAK MAN KOTA DAMANSARA

nasi dagang antara menu memang menjadi fovorite saya. bagi yang mengemari masakan pantai timur macam nasi dagang boleh try la berkunjung di restoran nasi pak man ni.

Alamat: 49-G, Jalan Sepah Puteri 5/1B, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor


Tu dia 8 makanan area yang berdekatan dengan saya atau omputih cakap restaurants near me yang kalau korang nak cuba boleh cuba. Tapi sekarang kita semua kena perintah kawalan pergerakan #pkp sebab pandemik covid-19 @ corona virus yang menyerang hampir ke semua negara di dunia termasuk la negara kita Malaysia. Arahan kawalan pergerakan ni untuk tujuan memutuskan rangkaian wabak bahaya ni so kita kena la patuhi tapi tak bermakna pkp kita tak boleh makan sedap sedap apa yang kita nak.

Boleh je order melalui Foodpanda. Anda duduk di rumah mereka hantar. Bersama sama kita jaga kita seperti saranan kerajaan & kementerian kesihatan malaysia (KKM). Tak payah keluar dengan Foodpanda semua anda boleh makan. Semudah hujung jari. clik clik.. lepas tu tunggu nanti sampai la pesanan anda depan pintu rumah. Kan senang.


0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

AWAS! INI ANTARA PRODUK KOSMETIK BERACUN YANG DI KESAN KKM DI MUSIM COVID-19

4/25/2020 03:09:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

AWAS! INI ANTARA PRODUK KOSMETIK BERACUN YANG DI KESAN KKM DI MUSIM COVID-19. walaupun KKM (Kementerian kesihatan Malaysia) sekarang memang sibuk memerangi wabak Covid-19 @ corona virus tapi jangan selesa sangat wahai penjual & pengasas produk kosmetik beracun. Selagi KKM mendapat aduan.. Tak ada istilah hangpa selamat dari di buru KKM. Buktinya walau negara sedang menghadapi pendemik covid-19 masih ada produk yang di kesan mengandungi racun berjadual.

Hari ni KKM telah mengeluarkan laporan bahawa 3 lagi produk kosmetik tempatan di dapati mengandungi racun berjadual yang biasa ada dalam banyak produk kosmetik tempatan yang pernah kantoi di lab KKM. Selain merkuri, Hydroquinone jugak antara yang popular di kesan pada produk kosmetik tempatan ni. Selain Betamethasone 17-Valerate yang nampak mula di kesan dalam produk kosmetik ni. malas nak tulis apa bahaya bahan bahan tersebut.. sebab dah pernah tulis sebelum ni kat blog. Lagipun hangpa google je bersepah keluar info berkaitan bahan tersebut. So, jangan tunggu kena suap sampai ke otak. lambat jadi bijak nanti. kang kena tipu dengan penjual supplement minda pulak bila terdesak nak jadi bijak.

so, hari ini 3 lagi produk di kesan mengandungu bahan terlarang seperti yang saya sebut di atas. Antara 2 produk tu dari jenama yang sama & satu lagi dari jenama yang lain.

3 PRODUK KOSMETIK DIKESAN MENGANDUNGI RACUN.

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:


Sifu Kunyit Day Cream Sifu Kunyit Day Cream
☠️ Hydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate

Sifu Kunyit Night Cream Sifu Kunyit Night Cream
☠️ Merkuri dan Betamethasone 17-Valerate

JJ Skincare Glowhite Night Cream
☠️ Hydroquinone



PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL

Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan. Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan yang tidak diingini seperti berikut:

Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Betamethasone valerate boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.

Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI

Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM

Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia

25 APRIL 2020

Sumber :  https://kpkesihatan.com/2020/04/25/kenyataan-akhbar-kpk-25-april-2020-produk-produk-kosmetik-yang-dikesan-mengandungi-racun-berjadual/?fbclid=IwAR1OUwI2clUCCv7J5ngWTOhmRiBA0OIuvY7EQP91UmjmbHJIGJ9-Cbr7hIQ

Benda mudah je sebenarnya nak tahu produk tu beracun ke tidak. Biasanya produk beracun ni memang warna & testur dia sama je. Tapi tu la masih ada lagi rokyat malaysia yang jenis terlalu bersangka baik kan.. Katanya kalau beracun kenapa kkm tak serbu bla.. bla.. etc bagai. Takpa yang rasa  selagi yang tak kena ambush dengan KKM tu ok.. gunalah. tak daya nak halang. Kalau bukan hangpa yang tak berapa bijak nak beli produk kilo & beracun ni siapa lagi nak kayakan ponder tu, ye dak? Jadi kebodohan hangpa sangat di perlukan oleh founder produk kilo & beracun.

Moral of the story.. Goreng kunyit pun sodapp.. saya maksudkan ayam goreng kunyit. kekekeke

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com