BARU KU TAHU APA SEBENARNYA BAJANG

7/29/2022 04:33:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

BARU KU TAHU APA SEBENARNYA BAJANG. Kalau korang selalu ikuti facebook page Lando Zawawi Brotherhood yang terkenal dengan perjuangan soal keselamatan jalan raya dan selalu berperang dengan pbt & jkr mesti korang selalu dengar dia sebut atau gelarkan seseorang dengan gelaran BAJANG. Aku antara individu yang selama ni tak tahu pun apa kejadahnya Bajang tu. Kalau BADANG aku tau la. alif Syukri kan? Kekekeke.. Gurau je. Tapi Bajang ni aku dok bayangkan mungkin sesuatu yang merujuk kepada satu susuk yang buruk atau jahat la.

Jadi hari ni tergerak nak search pasal Bajang, maka hari ini juga la baru aku tahu Bajang adalah spesis Jin Saka belaan. Kalau dah nama Saka ni dia dalam kategori makhluk halus/makhluk ghaib la. Bukan manusia. Biasanya Bajang ni di bela sebagai Saka untuk tujuan jahat untuk memudaratkan orang lain. 

Bukan bajang

Bajang ni di gambarkan sejenis makhluk yang berkuku panjang dan suka mengganggu perempuan sedang mengandung atau kanak-kanak.  lidah, kuku dan tanggan seperti penyambung kayu (menyerupai ekor burung layang-layang)

Menurut Wikepedia 

Bajang merupakan makhluk setan yang dipuja daripada mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan setan jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing pole cat. Bajang seringkali menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya.

Bajang akan dikawal oleh pemiliknya dan akan disimpan di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal. Bajang hanya dikeluarkan apabila pemiliknya hendak mengenakan musuhnya.

Bajang yang dipelihara itu akan diberi makan telur dan juga susu. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Bajang yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.

Bajang boleh dihindari dengan menggunakan tangkal atau azimat. Tidak ada cara membunuh bajang tetapi biasanya sekiranya tuannya diketahui, dia akan dibunuh atau diusir dari kampung tersebut.

Bajang biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

Kalau hangpa pernah tengok filem atau drama berkaitan Saka memang biasanya orang yang bela saka jika saka itu tidak di putuskan hubungan dengsn tuannya atau tidak di wariskan pada pewarisnya memang begitulah keadaan orang yang membela saka. Dah mati tapi orang nampak masih hidup sebab saka belaan dia menguasi jasad dia.

Kalau korang ada Saka keturunan eloklah di buang atau di putuskan. Jangan dok waris waris dah. Benda syirik & khurafat ni tak perlu jadi pusaka warisan zaman berzaman. Cukup cukup la orang dulu dulu yang kebanyakan masih jahil soal agama. Jangan di teruskan amalan syirik & khurafat tu yer..

Maka terungkailah apa itu Bajang. Kalau Lando Brotherhood gelarkan hangpa bajang jangan rasa dia puji sangatlah yer.. tu bermakna perangai hangpa macam hanat la tu..

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CARA PEMAKAIAN INAI YANG DI BOLEHKAN DALAM ISLAM

7/13/2022 09:41:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

CARA PEMAKAIAN INAI YANG DI BOLEHKAN DALAM ISLAM. Bagi pengamal media sosial ni bohong la kalau tak tahu tentang isu Inai yang sedang hangat di perkatakan sekarang ni. Kecoh sana sini orang bercakap pasal Inai keluaran seorang artis yang memang sepanjang tahun ada je kontroversi berkaitan dia atau family dia. Rasanya artis ni dah boleh kita anugerahkan Artis kontrovesi sepanjang tahun gamaknya. Apa saja isu tentang dia memang mendapat liputan meluas pihak media. Netizen faham je la.. semua isu pun depa ulas selagi media dok tulis selagi tu netizen dok komen.

nak cari Inai daun readymade boleh tengok kat sini : https://shope.ee/VTQfRsJBg

Berbalik pada isu inai.. nampaknya pemakaian inai di kalangan kaum wanita sekarang dah macam jadi trend tapi cara pemakaian dah tak macam orang dulu dulu la. Dulu biasa orang pakai sampai ruas jari tapi sekarang orang cuma pakai pada kuku macam pakai cutex juga. 

Produk inai sekarang pun tumbuh macam cendawan tapi pokok inai sekarang susah dah nak jumpa walau kat kampung. Mungkin masing masing pakai inai yang dah di produkan dalam bentuk siap di gunakan. Berbanding dulu kita kena ambil daun Inai, tumbuk atau giling sampai lumat kemudian baru lah tempek kat jari. Dah tu kena tunggu sampai kering baru boleh cuci dan dapat warna yang di inginikan.

Tak di nafikan inai ni salah satu perhiasan yang menaikan seri pada golongan wanita ni sebab tu ia di jadikan salah satu perkara yang di buat bila seseorang itu melangsungkan perkahwinan. Salah satu kaedah menaikan seri pengantin selain dari dandanan.

Sebenarnya inai ni apa? Apa tujuan sebenar orang pakai? Dari sudut agama apa fungsi inai tu sendiri dan cara pemakaian yang di bolehkan oleh agama.

Dari hasil pembacaan saya di laman web rasmi mufti perak ini penjelasan tentang pemakaian inai..

Inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis berasal dari perkataan Arab iaitu ‘Henna’’ yang bermaksud ubat. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Baru inai ialah sejenis tumbuhan (pokok kecil yang daunnya digunakan sebagai bahan pemerah kuku dan jari). Di dalam kaedah Fiqh ada dinyatakan:

Asal bagi sesuatu itu adalah harus selagi mana tiada dalil yang mengharamkan”. Oleh yang demikian, hukum asal pemakaian inai ini adalah harus. Akan tetapi, isu ukiran inai ditangan sering kali dibahaskan sama ada ia diharuskan atau diharamkan oleh Islam. Berikut adalah garis panduan berhias menurut Islam termasuklah ukiran inai di tangan:

Inai ukir
Inai ukir dibenarkan dengan syarat corak-coraknya adalah dari unsur daun dan tumbuh-tumbuhan. Tidak dibenarkan menggunakan corak haiwan, watak dewa dewi dan apa-apa jua lambang yang bertentangan dengan ajaran Islam.

penggunaan daun inai diharuskan sekiranya atas tujuan berhias untuk suami. Penggunaan pewarna rambut untuk tujuan mewarna mestilah menepati tiga syarat iaitu:

1. Boleh menyerap air supaya wuduk dan mandi wajib sah.

2. Tidak mengandungi bahan yang memudharatkan kulit.

3. Bahan tersebut tidak bercampur dengan najis.

Hukum memakai inai bagi lelaki dan wanita:
Dr. Yusuf al-Qardhawi berkata, Imam as-Syafi'e rahimahullah melarang perbuatan lelaki berinai kecuali bagi tujuan perubatan sahaja. Contohnya seperti berinai untuk merawat penyakit kuku buruk dan uban. Hal ini demikian kerana, perbuatan berinai ini merupakan amalan dan perhiasan yang sinonim bagi kaum wanita sahaja. Islam turut melarang seseorang lelaki menyerupai wanita sama ada melalui pakaian mahupun perhiasan.

Seterusnya hukum memakai inai bagi wanita pula adalah diharuskan di dalam Islam.
Bagi para wanita pula, para ulama bersepakat tiada masalah baginya untuk mewarnakan jarinya dengan inai. 

Keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja,manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula,corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Apapun tak salah untuk kaum wanita memakai inai untuk perhiasan diri cuma mungkin akan jadi salah bila niat dan cara itu salah. Masing masing dah dewasa untuk menilai apa yang baik dan buruk kan.

Pasal inai artis yang tengah jadi kontroversi tu..dari sudut warna tu bagi saya itu pilihan masing masing ada yang suka ada yang tidak. Tiada pertikaian cuma yang saya baca cara pemakaian dia tu kena betul betul ikut step kalau salah sikit terus tak menjadi elok hasilnya rasanya bila benda yang di produkan elok la di permudahkan penggunaannya. Sebab inai ni pada asalnya tak renyah pun nak pakai. Tempek tempek tunggu kering dah siap. 

Tapi kalau dah di jadikan produk, dah di packing dalam kotak yang cantik, di botolkan untuk mudahkan pengguna pakai.. kenapa perlu di rumitkan benda yang sepatutnya jadi lebih mudah. Mungkin founder perlu kaji dan formulate balik produk untuk lebih jadi mesra pengguna agar harga yang di jual setanding kualiti dan fungsinya. Tu je pandangan saya. 

Maaf kalau pandangan ini ada yang tak setuju.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PERKARA/BARANG PELIK YANG ANDA TAK TERFIKIR ADA DI SHOPEE

7/12/2022 12:04:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

PERKARA/BARANG PELIK YANG ANDA TAK TERFIKIR ADA DI SHOPEE. Shopee ramai tahu sebuah platform membeli belah secara online (maya) yang popular bukan sahaja di Malaysia malah beberapa buah negara lain seperti china dan Indonesia. Hampir kesemua barang keperluan dan kehendak manusia boleh di dapati di shopee. Pendek kata mak bapak je tak ada jual kat shopee, yang lain semua ada.

Saya antara manusia yang suka sangat melayari aplikasi shopee dan saya juga antara shopeeper yang aktif juga. Kadang kadang tak ada nak beli apapun masih scroll  iklan iklan di shop shopee. Macam satu terapi juga.alah..macam hangpa dok windows shopping kat Mall juga. Sebab tu la cart saya di shopee selalu saja penuh sampai tak boleh nal add cart lagi. 

Tadi scroll iklan iklan di shopee ternampak satu iklan dari sebuah pusat tahfiz yang mencari dana atau senang faham dia minta derma untuk pusat tahfiz tu menggunakan platform shopee. 


Memang betul betul pemikiran di luar kotak. Kita sendiri mungkin tak terfikir perkara perkara macam ni boleh di buat di shopee tapi itulah manusia kan. Kretiviti dia tidak terhad. Cuma yang risau takut mana mana scammer terinspirasi dan buat perkara yang sama. 

Tak salah kalau korang nak menyumbang ke pusat pusat Tahfiz tapi seeloknya siasat dulu kesahihan kutipan derma ni. Buat research dulu. Wujud ke pusat Tahfiz tu. Betul ke pusat Tahfiz tu memerlukan dana. Dan dana tersebut untuk apa dan di gunakan pada tujuan di minta atau tak. Sebab banyak berlaku pengasas pusat Tahfiz menggunakan dana awam yang di kutip konon pembangunan pusat tahfiz tu untuk kepentingan peribadi. Pusat Tahfiz tetap dhaif tidak di naik taraf walau berjuta di kumpulkan pun. Anak anak tahfiz terus di kerah meminta derma.

Jangan jadi alim tak ada tebing sangat. Tak salah pun kita nak siasat. 

Selain buat iklan di shop shopee untuk kutip derma..antara barang yang rare juga adalah pengupas kulit kuaci ni. Lahai comel sungguh.


Barang barang lain yang pelik tapu benar di shopee ni sebenarnya banyak cuma mungkin kita tak terfikir untuk cari sebab kita tak terfikir ada. Yang terjumpa kadang kadang hanya kebetulan.

Selain barang barang pelik.. barang keperluan harian seperti produk penjagaan gigi Colgate (link : https://shope.ee/7KJjMu2iK8), Nescafe (link : https://shope.ee/6f42Zmtcna), dan banyak lagi di jual di shopee. Pendek kata kalau malas nak keluar buka shopee semua ada termasuk la makanan. Boleh order di shopee food.

Apapun membeli melalui platform online macam ni memang best cuma perlu tahu cara untuk elak dari kena scam je. Tip dia setiap pembelian yang korang buat, bila dah terima parcel. Jangan terus clik received order tapi periksa dulu barang yang diterima samada dalam keadaan baik dan seperti yang di order. Sebaiknya buat unboxing video untuk simpan bukti Sekiranya ada kerosakan atau kesilapan barang yang di terima.. clik return & refund untuk menuntut pemulangan bayaran.

Dan sekiranya anda nak tambah pendapatan dengan shopee Affliate boleh memohon di sini

link untuk mendaftar Shopee Affliate : https://shope.ee/1VLSKdHhQW dan guna referral code 3GTZM79

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SHILA AMZAH DI TUDUH GATAL NAK BERLAKI

7/07/2022 08:15:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

SHILA AMZAH DI TUDUH GATAL NAK BERLAKI. Dalam banyak banyak isu yang sedang hangaf kat media sosial sekarang aku pilih nak tulis pasal Shila Amzah juga yer. Tak nak ke ulas isu sol, sarah, ira tu? Atau isu minah kopek jual air buah? Malas la nak tulis isu depa kat blog. Komen kat page page hiburan & berita kat facebook sudah la kan.. Tapi kenapa Shila Amzah? 

Bukan apa aku kesian bila Shila Amzah menyatakan dia dah bersedia untuk berpasangan semula selepas bercerai. Katanya dia tak boleh hidup sorang sorang. Nak kena ada teman. Jadi dia memang dah bersedia untuk berkahwin lagi. Ramai netizen kecam dia. Cakap dia gatal apa bagai. Sampai aku jadi pelik. Kenapa perlu kecam dia bila dia nyatakan keinginan dia untuk berkahwin lagi? Apa salahnya?

Fitrah manusia kot hidup nak berpasangan. Bagus la dia tak di hantui lagi dengan kekecewaan lalu, dah move on dan bersedia untuk berkahwin sekiranya ada jodoh. Apa yang hangpa harap dia buat sebenarnya? Nak suruh dia meratap sedih dengan kegagalan rumahtangga dia yang lalu ke? Apa yang gatalnya sedangkan kita pun hidup berpasangan dan yang belum berpasangan pun mengharapkan ada pasangan hidup untuk mereka? 

Tak tahu la masyarakat ni.. seolah olah mereka dah tetapkan tempoh untuk seseorang untuk berkahwin semula selepas berpisah. Tak boleh cepat sangat mula la nak cop orang tu gatal bagai. Orang tu dah lama lepas eddah so ikut hukum dia dah boleh mencari pasangan hidup baru kalau dia nak. Islam pun tak merumitkan apa yang mudah kenapa kita nak mencipta adat yang menyusahkan orang lain.

Wei!!! Hidup berpasangan ni pun boleh jadi satu keperluan. Ada orang dia kena ada teman dan ada orang mungkin rasa dia lebih selesa hidup sendiri. Keperluan kita tak sama tak semestinya kau betul dia salah. Kau rasa tempoh berkabung kau mungkin lama tapi tidak dia. Tak kata kau salah tapi dia pun tak salah. Itu hak dia. Siapa kau nak atur hidup dia? Tak rasa malu ke nak manage hidup orang sedangkan beras kat rumah dia bukan kau yang beli.

Bagi aku bagus la.. Shila cepat move on. Tak takut untuk berumah tangga lagi. Lagipun dia masih muda. Takkan nak tunggu dah masuk warga emas baru nak fikir pasal kahwin. Mungkin dia ada perancangan nak menambah zuriat. Jadi dalam usia masih muda la dia perlu buat perancangan kearah tu. Takkan nak tunggu monopos dulu kot. Tak salah pun. Kenapa mesti di tegah sedangkan dia nak buat perkara baik kot. Apa yang gatalnya kalau dia nak kahwin. Dia bukan bawah umur lagi. Dah dewasa pun.

Dah pertengahan tahun 2022 masih ada mentaliti macam tu. Malu la sikit. Kalau kau rasa boleh single sampai tua jangan samakan kau dengan dia. Bebawak la jadi matang & bijak yer.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com