TIKTOKERS BUKAN ISLAM BAYAR ZAKAT??

8/09/2023 10:09:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

TIKTOKERS BUKAN ISLAM BAYAR ZAKAT?? Assalammualaikum.. Lama rasanya tidak menulis sepatah dua kata di blog lekatlekit ni kan? Blog yang penuh kisah suka duka. Ada manis ada luka dan ada bermacam ceriteranya. Dari bujang sampai berkahwin sampai la dah ada dua cahaya mata. Dari muda sampai dah tak berapa muda. Ya Allah lamanya kan.. 

Jadi untuk tidak mensia sia sewa domain setiap tahun marilah kita coretan sepatah dua kata. Kebetulan memang terasa nak bercakap satu isu yang pagi pagi dah terbaca kisah seorang tiktokers & usahawan muda yang katanya walaupun bukan Islam dia juga melaksanakan tanggungjawab membayar zakat. 

BUKAN ISLAM BAYAR ZAKAT? Bukankah syarat mewajibkan seseorang itu membayar zakat salah satunya harus Islam. Celah mana dia boleh declare apa dia bayar itu adalah zakat. Memang boleh bukan islam untuk menyumbang kepada pusat zakat tapi bukan di kira sebagai membayar Zakat. Ia cuma sumbangan yang setahu aku akan di asingkan dari duit zakat yang di bayar oleh umat Islam. Sumbangan tu di agihkan atau di salurkan kemana tu aku tak pasti sangat. Tu hangpa pi tanya pusat zakat. Lagipun pemberian berbentuk sumbangan dari bukan Islam tak salah untuk di gunakan untuk bantu orang Islam cuma ia bukan dalam kategori zakat. 


Aku rasa macam tak best bila golongan aktivis, usahawan atau influencer yang bukan Islam gunakan Istilah zakat melalui sumbangan di buat melalui pusat zakat macam mencari publisiti untuk meraih perhatian & mendapat pengaruh di kalangan orang Islam. Benda ni boleh jadi salah faham. Jadi tolong jangan gunakan istilah membayar zakat. Cakap je sumbangan. BerBeza tau sumbangan dan bayar zakat. Zakat adalah kewajiban umat Islam yang berkemampuan. Ia hanya untuk orang Islam bukan Islam tidak sah kalaupun dia berniat membayar zakat sebab salah satu syarat untuk membayar zakat adalah mesti beragama Islam. 


Zaman sekarang ramai nak buat marketing 0 cost.. Cari publisiti tanpa menghiraukan sensitiviti agama lain. Asal boleh buat masyarakat rasa 'impress' dengan dia.. Dia main langgar je. Perkara perkara macam ni boleh mengundang salah faham berkaitan agama jadi rasa pihak sepatutnya perlu juga pantau & cegah sebelum parah. Nanti ramai pulak ingat orang bukan islam pun boleh bayar zakat. Lepas tu jadikan konten untuk tarik pengaruh di kalangan orang melayu Islam. 


Melihat dari trend menunggang agama sekarang memang merisaukan. semua tahu di Malaysia menunggang agama Islam paling mudah untuk meraih keuntungan maka ramai mula ambil kesempatan tak kira yang Islam atau bukan islam. Sebab penduduk majoriti di Malaysia ni adalah bangsa melayu beragama Islam jadi kena cari pengaruh di kalangan orang Islam baru senang nak buat untung. Trend yang sangat tak sihat bagi aku. 


Di tambah lagi mentaliti orang melayu sekarang kalau nampak je bukan islam yang meniru gaya hidup orang melayu sikit mudah sangat la kagum. Padahal orang tu sekadar mengambil kesempatan atas kelemahan orang melayu ni. Aku bukan nak racist ke apa.. Tak. Budaya menunggang agama ni bukan kata orang bukan Islam je buat yang Islam sendiri pun ramai cuma perkara macam ni berlaku adalah di sebab kita sendiri mudah di manipulasi jadi akan muncul golongan golongan yang mengambil kesempatan macam ni. 

Moral of the story.. Nak salahkan penunggang agama 100% pun tak boleh kalau kita sendiri yang mudah di tunggang sebab tu orang ambil kesempatan jadi apa yang boleh kita buat supaya tak jadi haiwan tunggangan adalah menjadi bijak. Sekian makaseh (versi Alleycats). 

Disclaimer ; Entri ini adalah umum tidak merujuk kepada mana mana pihak. 

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MINI THERMAL PRINTER COMEL

3/27/2023 05:08:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

MINI THERMAL PRINTER COMEL. Dulu orang guna computer, desktop.. Untuk melakukan tugasan secara atas talian sebelum wujudnya gadget bernama smartphone. Tapi zaman sekarang semuanya mobile dari labtop, tablet dah sekarang hampir semua benda boleh di lakukan di atas tapak tangan dengan smartphone. Mudah di bawa.. 

Tapi kalau nak cetak/print apa apa terpaksa juga cari printer kan? Kalau nak print kertas kerja yang size A4 keatas tu ok la cari injet printer ni kan. Tapi setakat nak print label, resit atau note note pendek ni nak cari printer alahai macam buang masa je. Sebab tu la terciptanya Mini Thermal printer. 



Nama pun mini maka saiz pun pocket size la. Mudah bawa dah senang nak guna. 

Sebagai info hangpa Thermal printer tak menggunakan ink (dakwat) jadi tak perlu refill ink atau toner atau apa ap la yang berkaitan pewarna ni. Thermal printer ni sejenis inkless dimana menggunakan elemen pemanasan kecil untuk mengaktifkan atau memindahkan pigmen. Tapi tak boleh print atas kertas sebarangan. Dia ada kertas khas thermal ni. Biasa kertas licin dalam bentuk roll. Senang faham kalau pergi supermarket ke kertas yang depa dok print resit. Kertas kertas macam tu la. tapi jangan kertas dia tak mahal pun. 

Kertas untuk thermal printer ni pun ada macam macam jenis ikut kualiti. Selain kertas sticker yang biasa orang buat label tu. Kat shopee pun bersepah jual kertas untuk thermal printer termasuk label sticker yang printed dengan design lawa & comel. Tak semestinya kertas putih je. 



Baru baru ni aku ada belikan anak aku mini thermal printer ni. Sebab dia ada minta. Sebelum beli macam biasa akh buat research dulu. Lepas aku rasa ok la untuk aktiviti anak aku kat rumah dia nak print & berkreativiti aku carikan la yang harga bajet sesuai la untuk dia. Maka dapatlah satu Mini thermal printer yang comel macam dia suka. 



Best juga la walau print cuma black & white masih boleh print gambar, print nota, print label,  QR code atau apa apa yang hangpa rasa nak print. Thermal printer guna sambungan bluetooth jadi tak payah risau kalau tak ada akses internet. Tapi kena install satu aplikasi di playstore untuk aktiviti mencetak. 

Untuk seller online yang baru bermula nak print awb pun boleh jer. Yelah nak beli yang advance harga mungkin mahal boleh je beli yang bajet bajet macam ni dulu sebagai permulaan. Dah income banyak nanti upgrade je la yang advance. Lagi satu mini thermal printer ni jenis mobile senang nak bawa dan tak risau nak kena refill ink bagai. Sesuai sangat untuk anak anak main print print ni. 

Nak guna pun mudah.. Semua ada di aplikasi tu. Nak print gambar, label, nak edit semua ada template di aplikasi tu. Pilih je hangpa nak buat apa. Kemudian boleh terus print dari phone. 

Jadi aku rasa hidup di era semua nak cepat, nak mudah ni berguna juga la gadget gadget macam ni. Tak salah ada satu di rumah. Bila nak guna, tak payah nak tempah terutama nak buat label kat balang, fail atau alat tulis dan buku. 


Boleh rujuk video ni 

Satu lagi kalau hangpa guna thermal printer ni nak print sesuatu & nak cetakan tu tahan lama selain kertas sticker hangpa kertas yang high kualiti yang boleh tagan cetakan sehingga 10 tahun. Kertas dia tebal sikit dari kertas thermal biasa, permukaan licin & glossy sikit. Kalau kertas biasa tulis atau gambar akan hilang macam kertas resioot biasa tu. 

Kalau hangpa berminat dengan mini thermal printer ni boleh dapatkan kat sini. Semua keperluan untuk thermal printer ni ada kat seller dari printer sehingga kertas yang di perlukan. Boleh dapatman di sini 👉 MINI THERMAL PRINTER




1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BUKAN SEMUA AIB PERLU DI TUTUP

3/27/2023 08:19:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

BUKAN SEMUA AIB PERLU DI TUTUP Hai.. Assalammualaikum. Sedar tak sedar dah masuk hari ke lima berpuasa. Sekejab je dah 5 ramadan. Tahniah pada yang masih maintain berpuasa dan bertenaga sepanjang 5 hari berpuasa dan pada yang puasa stuck sekejab sebab traffic light merah.. Jangan sesedih yer. Biasa la orang perempuan tak awal.. Di pertengahan.. Tak tengah dia hujung bulan. Bagi spesis barkoba pula.. Hope minggu kedua puasa dah dapat petunjuk ke jalan yang benar lah yer. Jangan sebelum. Mati dah kena angkut van jenazah. 

Sepanjang lima hari berpuasa ni.. Isu isu viral masalah rumahtangga golongan selebriti dan public figure masih berkesinambungan. Page page hiburan, portal portal berita dan pengamal sosial media masih menulis dan bercakap isu tu. Tak nampak isu isu tu semakin reda tapi sentiasa ada cerita cerita baru yang terus menghangatkan. 

Sepanjang bulan puasa aku baca jer semua isu isu viral yang melintas depa  mata bila dok scroll social media ni cuma mungkin kurang mengulas walau kadang kadang nak je komen sepatah dua kata tapi akhirnya aku pilih tinggalkan link shopee je. Hahahaha.. 

Tipulah konon tak ambil tahu tapi tup tup tahu je apa isu yang berlaku untuk sindir orang lain yang mungkin masih memberi respond pada sesuatu isu tu. Gila aku tak baca. Aku kan netizen buat apa nak hipokrit konon kaulah terpaling baik, terpaling positive vibes, terpaling berakhlak, terpaling di redhai Allah.. Hujung dok buat paid review produk overclaim tanpa rasa bersalah. Kalau dah guna social media ni.. Tipu la tak ambil tahu langsung kan? 

Berbalik pada isu soal aib.. Betul aib ni pada asalnya sesuatu yang tak ada kepentingan untuk di ceritakan pada orang lain. Aib adalah satu perkara yang memalukan. Tapi kadang kadang ada situasi memaksa seseorang membuka aib orang lain untuk mendapat keadilan. Terutama isu isu berkaitan rumahtangga. Pasangan curang, abaikan isteri dan anak anak. Selama ni mungkin pihak yang di abaikan atau di aniaya tutup aib pasangan. Cuba cari penyelesaian secara tertutup tapi tidak berjaya. Bila aib di tutup sebelah pihak lagi ambil kesempatan, berpura pura baik sebab yelah buruk dia pasangan dia tutup. Tapi bila sampai satu tahap dimana seseorang tu rasa dia perlu dapat keadilan tapi kalau dia masih memilih senyap dia terus di aniaya. Waktu dia pilih untuk bersuara dan untuk dapat keadilan dia perlu sokongan bila perlu sokongan dia perlu bercerita apa yang berlaku. Disitulah bermula di mana aib pasangan perlu di bongkarkan. 

Banyak pasangan menderita bila gagal mendapat keadilan melalui saluran saluran tertentu. Realitinya saluran yang ada kebanyakan bukan semua membantu. Banyak faktor menyebabkan saluran yang ada tidak membantu tapi membuntu. Jadi tak pelik jika ramai memilih mendapat bantuan dan sokongan dari social media. Banyak kes yang selepas viral je baru muncul bantuan dan penyelesaian bukan isu isu rumahtangga je. Saluran yang ada kadang kadang macam tukul dengan paku. Nak kena hentam kuat kuat baru bergerak. Ini realiti ok!

Dan sebab tu kadang kadang ada yang terpaksa membuka aib untuk mencari solusi dan keadilan untuk diri dia. Cuma yang jadi tak berapa betul.. Bila dia dah mula seronok bercerita dia lupa limit. Bila dah ramai bagi sokongan dia lupa batasan. Itu yang jadi berpanjangan kes buka membuka aib. Dari sekecil kecil aib sampai sebesar besarnya. 

Dan ada orang buka aib dia untuk jadikan pengajaran pada orang lain. Mungkin untuk bagi kesedaran pada orang lain. Walau perkara tu adalah aib tapi masyarakat sekarang dah lebih terbuka. Mereka boleh terima dan tidak menghakimi walau masih ada golongan ortodoks yang masih amalkan pemikiran kuno yang tak boleh terima benda benda macam ni. 

Kesimpulan.. Betul ada ketika ada keperluan membuka aib tapi bila berlebihan itu yang memudaratkan. Dari kisah kisah orang lain walau ia adalah ain kadang kadang kita belajar banyak perkara. Jika berlaku pada kita apa perlu kita buat, di mana boleh dapat bantuan, apa hak kita dalam situasi macam tu. Bergantung pada diri kita nak ambil dari sudut mana. Positif atau negatif. 

Moral of the story.. Apa yang baik ambil sebagai pengajaran yang buruk jadikan sempadan. Semua orang ada aib mereka sendiri. Pandai pandai la simpan sebab dalam dunia ni orang yang kita percaya tu la biasanya akan buka aib kita. 

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KULIT BERMINYAK DAN JERAWAT CUBA DULU SERUM NI

3/26/2023 11:25:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

KULIT BERMINYAK DAN JERAWAT CUBA DULU SERUM NIAssalammualaikum. Sudah lama rasanya tak menconteng blog lekatlekit.com ni. Almaklumlah semakin bertambah komitmen hidup semakin kurang masa untuk beramah mesra dengan pembaca blog. Insya Allah.. selagi di izin Tuhan untuk blog ni hidup, masih boleh di capai melalui carian google.

Rasanya dah lama juga saya tak berkongsi produk produk penjagaan kulit wajah yang menarik untuk anda cuba, kan? Jadi hari ini rasa nak kongsi dengan anda produk yang saya baru cuba beberapa bulan sebelum. Alhamdulillah, rezeki di beri peluang oleh pengasas produk Zaffy.co untuk mencuba serum dari rangkaian produk Zaffy.co.

Memang pada mulanya risau juga nak cuba sebab saya memiliki kulit wajah yang agak sensitif dengan sesetengah bahan  yang ada dalam produk penjagaan kulit ni. Tapi memandang dah lebih 2 tahun saya berhenti dari mencuba sebarang produk dan hanya mengamalkan basic skincare iatu pencuci, penyengar, pelembab dan krim pelindung matahari jadi rasa yakin nak mencuba produk serum Zaffy.co. Sebelum menerima produk untuk di cuba dan memberi ulasan terlebih dahulu pengasas produk Zaffy.co ni melampirkan semua dokumen yang mengesahkan produk mereka selamat dan bebas bahan terlarang.

Almaklum lah lambakan produk tempatan yang di kesan mengandungi racun berjadual & beracun persepsi pengguna terhadap produk tempatan terutama yang tidak memasuki pasaran 'drugstore' atau 'farmasi, agak negatif. Jadi pihak Zaffy.co melampirkan semua dokumen bahawa serum mereka melepasi ujian makmal dan tiada mengandungi bahan terlarang. 

 So saya nak share pengalaman menggunakan Zaffy.co serum ni sejak awal bulan december 2022 yang lepas.

Kali pertama sentuh serum ni.. Testur dia macam gel yang pekat. Macam gam pun ye juga. Tapi bila kita sapu ke atas kulit sangat cepat meresap dan tidak rasa berkerim atau berminyak di kulit. Memang ringan dan selesa. Jadi selesa untuk di bawa tidur. 

Masa hari pertama (Saya pakai malam sebelum tidur) dengan menggunakan cara biasa.cuci muka, toner moisturizer dan last layer dengan zaffy.co serum ni. Esok hari tu bila bangun pagi lepas cuci bilas dengan air, kulit saya rasa sedikit tegang & kering tapi bukan seluruh wajah la. Di bahagia tepi mulut, hidung dan bawah mata. Tapi tak ada apa apa masalah serius. Jadi saya cuba mencari solusi lain untuk memastikan kulit saya tidak menjadi kering. 

Cara pemakaian serum zaffy ni, di sarankan hanya dua hari sekali tapi saya tak nak ambil risiko jadi saya cuba dulu seminggu sekali. Selepas seminggu kali kedua saya nak pakai Zaffy.co serum ni, saya guna teknik sandwich macam yang founder produk ni cadangkan sekiranya mengalami masalah kulit kering. Cara teknik sandwich adalah sebelum pakai zaffy.co serum lapiskan dulu dengan pelembab kemudian baru pakai serum kemudian lapiskan sekali lagi dengan pelembab.

kali kedua guna teknik sandwich Alhamdulillah. Kulit tak kering. Mula mula pakai seminggu sekali. Sekarang dah berani apply seminggu 2 kali atau 2-3 hari sekali. Dengan teknik sandwich juga sebab dah tak ada masalah kulit kering. 

Pada awal rasa risau nak cuba tapi sekarang memang saya jatuh cinta dengan serum salacilid asid ni. Boleh nampak perubah kulit tu selepas sebulan saya guna. Parut parut hitam pudar, jerawat pun kurang aktif, kalau ada jerawat cepat kecut, masalah kulit berminyak dah hampir tiada, kulit nampak makin cerah (bukan putih), kulit pun nampak lebih segar.

Bagi saya produk ni sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit berminyak dan berjerawat cuma nak gunakan produk yang ada bahan aktif macam ni perlulah kukuhkan basic skincare. Kalau jenis memang tak amalkan basic skincare dalam rutin harian risau saya nak recommend produk ni. Jadi kalau nak cuba pastikan basic skincare anda di amalkan sekurang kurangnya 6 bulan. Maksudnya kena hari hari gunakan facial wash, pelembab, toner dan sunscreen. 

Untuk guna serum ni yang paling tak boleh abaikan pelembab dan sunscreen. Wanib Kena pakai pelembab dan sunscreen. Pendek kata basic skincare tu kena di pakai bersama lah. Tak boleh abaikan salah satu. Risau muka anda akan breakout atau sunburn pulak.

Apa yang saya baca dari pengalaman kawan kawan yang pernah guna produk mengandungi salacilid asid ni.. yer kesan dia agak cepat. Saya setuju. Cuma macam saya cakap.. dia tak boleh terus pakai kalau tak jadikan basic skincare sebagai rutin sekurang kurangnya selama 6 bulan. Perbuatan macam ni mungkin merisikokan kulit wajah anda. 

Serum zaffy ni mempunyai bahan bahan aktif yang boleh rawat kulit dan mempunyai bahan bahan pemutih untuk membantu mencerahkan kulit dan memudarkan parut jerawat dan juga jeragat. 

Pada anda yang nak cuba produk Serum Zaffy.co ni boleh cuba tapi kesan penggunaan tu mungkin berbeza. Kalau berlaku iritasi atau tindakbalas yang tidak baik sila hentikan. Mungkin tidak sesuai dengan keperluan kulit anda. Semua produk di pasaran pun macam tu juga. Bergantung pada keperluan dan kesesuaian kulit wajah seseorang. 

Zaffy.co serum ni di cadangkan untuk mereka yang mempunyai masalah kulit seperti berminyak, berjerawat, kusam dan masalah pori. Boleh cuba sekiranya anda mempunyai masalah kulit seperti yang di cadangkan tetapi sekali lagi di ingatkan tindakbalas pada setiap orang mungkin tidak sama. Samada positif atau sebaliknya. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan produk Serum Zaffy.co ni anda boleh layari laman facebook Zaffy. co di sini Zaffy. co

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com