PENYOKONG POLITIK ATAS PAGAR

9/28/2012 10:40:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Kalau cakap pasal politik memang la den tak pandai.. Sebab den ni bukan orang politik atau manusia yang fanatik pada politik. Tapi den ni suka ambil tahu sikit - sikit la tentang semua benda & isu. Walau bukan jenis suka khatam.

Terus terang sang lekit tak pernah mengundi & daftar pengundi pun arwah ayah yang daftarkan. Dari di kampung sampai la keluar kampung memang sejak dulu sang lekit tak pernah terlibat dengan mana2 aktiviti yang berkaitan dengan mana2 parti. Cuma memandang saja..

Politik sekarang bagi sang lekit memecah belahkan manusia.. Masing2 rasa diri betul. Sorang pun tak nak mengaku benda tu salah walau terang2 salah. Masing2 anggap perjuangan mereka tu baik untuk rakyat. Bila mula bersaing.. mula timbul macam2 fitnah untuk menjatuhkan sesama sendiri. Bila dah masuk bab politik semua jadi kucar kacir.. Agama di politikkan.. bangsa di politikkan.. semuanya jadi politik.. sampai ada pengikut yang fanatik ni nak sembahyang kat masjid pun tanya dulu.. masjid siapa?? UMNO ke PAS?? Masjid kan rumah Allah.. patut ke masjid pun ada label parti??

Pengikut bahawahan ni la paling teruk fanatiknya.. Dorang la yang mencipta macam2 gelaran, istilah, mengedit gambar2 pemimpin jadi tak senonoh dengan tujuan untuk menjatuhkan & menyakiti mereka2 yang berbeza fahaman politik. Kat FB sekarang ni dah jadi macam kempen pilihanraya sepanjang zaman... Semua nak cakap pasal politik. Semua nak cerita pasal keburukkan parti politik lain. Bila muncul rakyat yang di gelar mereka 'ATAS PAGAR' ni.. (golongan yang takde menyokong mana2 parti politik & melihat je pergolakkan politik) bagi pandangan satu2 isu yang berlaku dalam dunia politik mula la mengelabah. Bila kata parti A ni salah tang sini.. dia siap tampal label..'kau penyokong B memang la ko cakap A salah'. Bila golongan atas pagar cakap apa yang B buat tu salah, menyusahkan orang lain, si B lak cakap.. kau sokong A memang la ko rasa apa B buat salah padahal golongan ATAS PAGAR cuma menyatakan pendapat dia jer. tak kira pihak mana pun betul @ salah dia melihat & membuat penilaian bukan dengan hati yang dah tersemat sayangkan mana2 parti tapi dengan pandangan mata yang melihat betul & salah.

Salah ker golongan atas pagar memberi pendapat berkaitan isu politik walau dia tak sokong mana2 parti pun. Ada undang2 ke cakap nak komen pasal politik make sure kau kena terlibat dalam politik secara serius kalau tak ko di kira orang yang tak layak bercakap pasal politik. Selalunya golongan ATAS PAGAR ni cakap bukan berlandaskan politik cuma bertiangkan pandangan peribadi dari situasi yang dia tengok.

Kalau dia cakap dia kagum dengan Nik Aziz pemimpin yang sangat2 sederhana & low profile. Mudah di dekati.. Tak semestinya dia penyokong PAS tegar. Kalau dia cakap dia memang bantah perhimpunan BERSIH yang menyusahkan banyak pihak bukan bermakna dia sokong BN @ UMNO.Pendapat golongan yang di gelar ATAS PAGAR ni bukan atas dasar sokong siapa & bangkang siapa. Terus terang saya lebih suka mendengar golongan atas pagar ni memberi komen tentang pergolakkan politik zaman sekarang dari yang yang tabsub berparti. Pandangan mereka selalunya berat sebelah.. kalau geng depa buat salah, pejam mata.. puak orang buat silap pakat mengata. Realiti yang terjadi sekarang.

Apapun setiap orang berhak menyatakan pendapat & pandangan & apa yang salah takkan jadi betul dengan apa juga alasan & perjuangan pun. Kadang2 misi perjuangan tu dah betul tapi yang sesetengah pejuang tu yang suka buat benda salah. Jadi renung renungkanlah..

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KESAN KONTROVERSI BABAK CERAI FILEM 3 HARI

9/25/2012 03:24:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Semua orang tahu kecoh pasal isu kes adengan cerai berai yang kononnya ada dalam filem 3 hari lakonan Vanida Imran & Rashidi. Kononnya Dalam filem tu Rashidi melafazkan talak pada Vanida bagi menjayakan adengan yang dikatakan ada dalam filem tersebut. Betul tak betul sang lekit tak tahu sebab tak tengok.. Bagi orang yang tengok tahu la samada betul @ tak ada babak2 macam tu dalam filem tu. Tapi kalau mengikut hukum la kan.. sekiranya benda tu terjadi walau atas niat sekadar berlakon sekalipun memang sah lafaz talak tu.. Tapi bukan sang lekit cakap memang dorang ada melakonkan perbuatan tersebut yer..  Sang Lekit cakap kalau ada.. baca betul2 kang tak pasal2 datang komen nak saman sang lekit pulak. kekekekekeke

Bukan pasal cerai berai.. talak bagai ni yang sang lekit nak komen & mengupas ngupis.. Tapi kesan dari kontroversi tu. Secara tak sengaja.. kontroversi tersebut macam jadi satu promosi kepada filem tu & sekaligus memberi publisiti kepada filem jugak pelakon mahupun pengarah filem tersebut. Sapa untung??? Sila jawab sendiri.. Bak kata orang setiap kejadian ada hikmahnya.. mungkin tu salah satu hikmahnya untuk kontroversi yang melanda pelakon & filem tersebut.

Tapi ada jugak yang tak best bila kontroversi ni tiba2 melanda kepada pelakon tersebut. Bagi orang yang suka dengar & tak nak kaji dulu betul salah.. (kadang2 den pun camtu jugak.. manusio la katokan.. kekekeke) akan anggap pelakon suami isteri ni memang jahil sangat bab agama. Benda simple macam tu dalam perkahwinan pun tak tau. Benda tak tau betul ke tak betul lagi tapi spekulasi & anggapan orang pada pasangan pelakon tu dah jadi negatif. Maka secara tak sengaja imej mereka pun sedikit tercalar. Terpaksa jugak dorang terima.. Dan kalau betul tak terjadinya benda tu tersebut & ada bukti tak berlaku jadi tak perlu risau yer akak & abang itu.. Kebenaran takkan boleh di ubah. Kontroversi ni akan senyap jugak.. Jadi bersabar.

Pasangan pelakon yang di kontroversikan.. Carian google

Jadi dalam kes ni.. dua2 dorang dapat. Negatif juga positif. Cuma yang negatif tu agak pahit nak hadap la kan.. berbanding yang positif. Itu lumrah.. nak sweet je manjang mana enjoy hidup.. ye tak?? Mungkin apa yang terjadi boleh di jadikan iktibar untuk masa depan. Jadi pada semua yang terlibat dalam kontroversi filem 3 hari tu ambil tindakkan bijak la dalam menjawab semua isu berkaitan. Jangan takut kalau korang semua di pihak yang benar.. filem tu dah siap pun di tayangkan. Kalau betul takde babak tu.. Tak payah risau. Hubungan akak & abang tu masih halal disisi agama. Betul tak betul kalau korang nak tau sila pergi tengok filem 3 Hari tu.. Bila dah masuk panggung jangan tidur lak kang terlepas babak2 penting yang korang nak tau.. kekekekekeke

P/S : Pesanan buat semua suami2.. ingatlah Lafaz talak bukan perkara yang boleh di buat gurau.. sekalipun takde niat, talak akan jatuh sekiranya korang terlafaz secara sengaja @ tak.

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

APA RASA BUANG ANAK MAKHLUK LAIN?

9/23/2012 09:37:00 PM suria lekatlekit 9 Comments

Sungguh aku tak paham.. sungguh aku memang tak boleh cuba paham apatah lagi cuba merasai apa yang mereka tu fikir  & rasa. Sungguh aku tak mampu nak letakkan diri kat tempat orang - orang macam tu sebab aku tak memiliki sekeping hati yang kejam.. Sebab tu aku tak boleh langsung nak menjiwai perasaan spesis manusia macam tu..

Spesis manusia macam mana sang lekit?? Ni ha.. spesis manusia yang takde perikemanusiaan. Mentang2 dia manusia.. Dia rasa bumi ni dia la yang punya. Manusia yang suka buang kucing.. OK.. kucing yang dah boleh berdikari mungkin walau susah nak survive hidup di jalanan at least dia boleh jugak mengelak dari sebarang ancaman.. Ni anak kucing.. mata pun tak berapa celik lagi.. jangankan nak lari dari ancaman.. nak makan pun tak reti. Yang dia tau minum susu mak dia jer.. Pun ada manusia yang berhati syaiton sanggup buang. Sama la macam kau nak bunuh budak kucing tu kan??

Akai letak mana pun tak tau. Bagi sang lekit la kan.. spesis macam ni tak mustahil kalau dia terberanak anak luar nikah @ couple dia terberanak sebelum nikah sanggup buang anak jugak. Tahap simpati & kasih sayang yang ada dalam diri dia terlalu la tipis & nipis. Perikemanusiaan dia pun rasanya.. tak berapa nak manusia sangat dah. Nak kata kebinatangan pun.. binatang takde lak buang anak dia apatah lagi anak makhluk lain. Jadi layaklah kita gelarkan dia perikesyaitanan..

Kalau spesis minah ni anak dia sendiri pun dia gamak campak dari tingkat 3 apatah lagi kalau anak kucing.. kan??

Bila sang lekit dok tengok status berunsur advertiser untuk cari adopter kepada anak2 kucing yang masih bergantung pada susu ibu kat fanpage2 haiwan2 kat FB tu.. tersentuh sangat hati ni. Kalau yang dah makan senang.. boleh bagi makan je.. yang menyusu ni aduhai sementara nak carikan dorang ibu angkat, bayangkan la anak2 kucing ni menahan lapar. Apa agaknya rasa di hati manusia yang berhati syaitan ni bila tergamak membuang anak2 kucing yang masih menyusu?? Apa rasanya yer.. tak paham sungguh aku!

9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

HARAM TONTON CERITA SERAM?

9/18/2012 04:10:00 PM suria lekatlekit 16 Comments

Sapa yang baca entri ni peminat cerita seram?? Tak kira cerita tu cerita tempatan ataupun luar. Sang lekit percaya masih ramai peminat filem seram sebab tu sampai sekarang produser filem  & drama masih lagi mengeluarkan produk2 berunsur seram & stesen TV pun tak jemu2 & tak serik2 nak tayang cerita2 seram ni. Mustahil ada pengeluaran tapi takde permintaan, kan??

Saya mengaku saya seorang pengemar cerita seram & selalu di ejek oleh asben saya sebab suka tengok cerita yang berunsur misteri, mistik.. hantu.. pontianak.. langsuir.. saka bagai ni. Tak tau la nak cakap sebab apa minat tapi yang pasti bila tengok tak jemu sangat.. Sebab cerita2 macam ni kurang dialog2 cinta.. ayat2 syahdu mahdu rahcun bagai tu.. cerita2 macam ni boleh di katakan tak mengantuk sangat. Kalau dulu zaman kanak2 ribena yang baru nak membesar bagai juara tu cerita2 seram ni tak di nafikan mampu menghantui diriku lebih2 lagi takhkala malam tiba.. Nak ke bilik air takut.. nak ke jamban takut.. nak kedapur takut.. apatah lagi nak tidur sorang2.. TAKUT! dah dah melangkah ke alam kebangkaan ni.. takde la nak menghantui sangat cuma kadang2 naik hantu je kalau tengok cerita berepisod sebab tengah suspen tetiba sambung minggu depan.. Mana tak naik hantu, kan?? kekekekekeke

Disebabkan pemilik blog melekit ni sangat suka cerita2 yang berunsurkan seram & hantu mantu ni maka sang lekit sesaja la mengaji dengan setaz & setazah google ni tentang hukum menonton cerita seram. Alangkah terkejutnya daku sambil mengigit sepuluh jari dengan wajah yang tergamam & ketakutan.. kengeriannya lebih ngeri dari tengok filem Ju On.. (Ketahuilah itu cuma sandiwara sahaja.. effectnya tak sampai la macam tu). Tak tahu mengaku tak tahu takpe.. janji dapat tahu juga dari tak tahu mengaku tahu last2 apa pun tak tahu, kan??

Bagi yang tak tahu hukum menonton cerita seram ni meh la sang lekit share secuit info mengenainya agar kita sama2 tahu & ambil tahu yer...

Satu persoalan dikemukakan kepada laman web JAKIM mengenai hukum menonton cerita / filem seram serta dalilnya ? Jawabnya, Hukum menonton filem seram adalah haram kerana boleh membawa kepada kepercayaan tahyul, khurafat, syirik, pemujaan syaitan dan lain-lain perkara yang bercanggah dengan hukum syarak. Dalilnya firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat 36 yang bermaksud "Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu apa jua...". (Di rujuk dari blog Cerita Seram Cemari Aidil Fitri ?

 Kalau salah rujukan ni minta sesapa yang ada info berkenaan sila kongsi dengan sang lekit yer.. Yelah, ingat tengok je tak percaya @ mempengaruhi ni takpe. Sang lekit tengok cerita seram ni takde la sampai percaya orang mati akan jadi hantu, pontianak,toyol,langsuir bagai.. sebab sang lekit masih percaya bahawa setiap manusia yang meninggal dunia itu akan terpisahlah dia dari dunia. Dia tak mungkin la jadi hantu ke hapa nak balas dendam macam yang ada dalam cerita2/filem2 seram ni, kan?? Apapun.. sama2 la kita memperbaiki apa yang rosak, membetulkan apa yang silap & menghindarkan apa yang memudaratkan.

P/s : Kalau dah haram kenapa ia masih di luluskan untuk tayangan? hurmmmm...

16 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

UNTUNG KE JADI SURIRUMAH?

9/13/2012 01:06:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

Selalu dengar orang cakap.. untung la hang tak kerja, boleh jaga anak sendiri tak penat sangat. Macam aku ni balik keja nak buat keja rumah lagi.. Nak masak lagi.. nak jaga anak lagi. Pagi kena bangun awai nak pi keja, dah la malam2 kena bangun susu anak. Penat Oo.."

Soal untung rugi rasanya lebih untung bagi mereka2 yang berkerja sebab ada duit gaji sendiri berbanding golongan surirumah yang hanya bergantung pada poket suami. Nak apa2 kena tunggu asben bagi duit tu pun kalau permintaan dapat approval kan?? Kalau tak dapat.. maka melopong la sorang - sorang. Kena cari skill macam - macam nak pujuk. betul tak?? Tu soal untung & rugi.. Soal penat tak penat lak.. Meh sini sang lekit nak mengupas ngupis & mengopek isu penat ke tak penat jadi surirumahtangga ni.

Carian Google
Penat... Malah bagi sang lekit lebih penat dari para ibu yang bekerjaya & berkerja ni. Korang bayangkan.. Korang kata pagi kena bangun awal nak pergi keja.. surirumah pun kena bangun awal jugak nak uruskan kerja rumah & anak - anak. Kalau yang ada baby tu.. kena uruskan baby dulu sampai dia tidur balik sekejab, lepas tu nak uruskan rumah.. kalau sempat pakej dengan masak sekali kalau tak sempat kena la tunggu sekejab layan baby tak pun buat keja sambil jaga baby. Nak2 baby yang semakin lasak macam lala (anak ku tu..), rasa dalam rumah macam kat tengah padang sambil membuat larian 4x100 meter. Sekejab memanjat.. kejab main benda tak sepatutnya.. merayap sana sini.. PENAT TAU! Kalau korang kerja.. pagi hantar anak pergi rumah pengasuh, korang pergi kerja.. Cukup time pergi makan, cukup time minum petang.. tahukah korang bahawa menjadi seorang surirumah yang ada anak kecik (baby) makannya dah tak tentu timing. Kalau sempat jer.. Bukan takat makan jer.. mandi.. pun sama. Membasuh sebab washing machine yang buat kerja jadi boleh la buat sambil jaga anak.. Tapi nak mengampai pulak kena cari time, betul tak?? Mungkin ada hari bonus sikit boleh update blog sebab kerja2 basic dalam rumah dah settle, anak pun dok sedap buai mimpi..

Cerita bab lepas office hour pula.. Korang balik kerja & kena bekerja kat rumah jugak. PENAT.. samalah dengan surirumah walau duduk rumah tapi kerja kat rumah tak pernah jugak habis sampai malam. Sama juga kena bangun tengah2 malam susukan anak.. sama juga kena bangun pagi buat kerja cuma bagi golongan ibu2 yang kerja ni at least ada break time yang ikut time setiap hari.. Macam sang lekit surirumah yang tinggal sendiri tanpa ada mak bapak @ mak bapak mertua ni susah sikit. kena uruskan semua sendiri. Jadi takde istilah UNTUNG JADI SURIRUMAH & TAK PENAT SANGAT.. sebab jadi surirumah tu kadang2 lebih memenatkan dari jadi ibu yang bekerja. Yang Untung cuma dapat jaga anak sendiri dengan sepenuhnya.. berbanding yang kerja separuh hari anak tu di asuh oleh pengasuh, kan??

P/S : seingat sang lekit sejak ada anak ni susah sangat nak dapat tidur siang hari.. Nak - nak lagi lala dah setahun sekarang lagi la tak berani nak tidur walau dia tidur sebab kalau dia bangun dia terus beraktiviti tanpa sempadan. takut tertido mati jer...

** Entri ni bukan entri merungut.. tak bersyukur.. atau.. mempertikaikan sapa lebih banyak kerja tapi entri ni cuma cerita kat sapa2 yang baca pengalaman sang lekit setakat ni selama menjadi surirumahtangga yang baru ada sorang anak & pendapat sang lekit tentang wanita bekerja dari pengalaman lepas sang lekit bekerja. Kena tulis macam ni sebab ada yang tak berapa paham. Entri ni pun tak bermaksud untuk menakut nakutkan gadis di luar sana yang masih bujang untuk kawen & ada anak.  Kalau memo ni pun buat ada makhluk yang tak paham lagi still fikir yang negatif pasal entri ni.. tak kuasa dah den nak explain. Lantok kome ler.. (Ala2 cikgu shida cakap gitu.. kekekekeke)**

12 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

GIGI PALSU MAKCIK

9/11/2012 03:05:00 PM suria lekatlekit 3 Comments


Sat.. sat.. Noh! Gelak dulu.. Uwakakakakakaka..

 Warm up dulu Uolls

Maaf.. Bukan kerana gila tau! Tetiba jer teringakt kisah gigi palsu dek kerana 1 comment kat FB wall aku. Kisahnya sal gigi palsu makcik. Masa aku kecik2 memang aku tinggal dengan makcik aku sampai umur aku 15 tahun. Lepas abang sepupu aku kawen (Anak tunggal makcik aku) so, aku kembali la kepangkal jalan tinggal dengan mak bapak aku balik. Yelah.. Segan la kan?? Abang aku dah berbini & aku pikir dah ada orang temankan makcik aku, kan??

Mummy Daddy.. I'm back

Op's dah terlari lari anak dari topik kita yer.. Berbalik kisah gigi palsu. Aku selalu tengok makcik aku gosok gigi masa kecik2 dulu. Bila dia nak gosok gigi jer dia buka gigi & pegang baru gosok. Al-maklum la gigi palsu. Atas bawah lak tu. Dah tu gigi palsu penuh bukan yang 1 or 2 batang punya. Mungkin time tu aku masih di tahap pembelajaran & tumbesaran.. so, kebengongan memang terserlah la. Dah la bengong tak reti lak nak tanya pastu buat spekulasi sendiri. Aku ingat semua gigi bleh buka camtu. Apa lagi time nak gosok gigi aku pun tarik2 la gigi aku. Apsal tak bleh kuar kan gigi macam makcik buat tu??? Hari - hari aku try sampai la aku tau makcik aku pakai gigi palsu sebab tu gigi dia boleh buka & pasang balik.

dok nak tiru cara gosok gigi camni la hari2 aku godek2 gigi aku

Memang kelakar aku ingat. Tahap kebodohan aku masa tu agak boleh di banggakan jugak la. Nak2 pulak aku seorang kanak yang penuh dengan imaginasi dogeng.. So, kadang2 pemikiran aku agak tidak logik & jenis suka bagi jawapan sendiri tanpa bertanya. Apapun itu adalah secubit kisah dari zaman kanak - kanak ku yang dapat aku kongsikan. Uolls ada kisah2 banggang cam aku jom la kongsi2 kan.

 Ni la comment dari FB wall yang buat aku terkenang balik kisah banggang aku masa kecik

P/s : Entri ni sebenarnya di tulis & di post pada 6 Aug 2010 di mana masa tu blog ni takde sapa nak baca lagi & sang penulis blog pun kurang cerdik lagi pasal blog. Di repost semula bertujuan mengungkit kembali kenangan lama untuk share dengan semua. sekian, makaseh!

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ENGINEER KUTUK CIKGU MINTA MAAF

9/06/2012 01:00:00 AM suria lekatlekit 17 Comments

Rasanya ramai dah tahu kes sorang minah engineer yang mengutuk cikgu (walau dalam entri tu ada betul cuma banyak yang salah jer..) mendapat serangan dari masyarakat yang celik IT menghentam, mengeji, memaki,menegur tak kurang ada yang mengaku pernah jadi cikgu minah engineer ni menyatakan perasaan kecewa & terkilan dengan penulisan dia kat entri bertarikh Isnin, November 28, 2011, yang bertajuk  Untung laa sape jadi cikgu, tu.

 Sebahagian kritikan,kutukan,cacian & hinaan yang minah tu kena kat chatbox dari penulisan lancang kuning dia tu.

Walaupun entri tu entri tahun lepas punya.. namun sebab mungkin sorang mula ungkit & sebarkan balik entri tiba2 menjadi hot & spicy.. mengundang rasa tak puas hati, sakit hati, terkilan, kecewa kepada ramai pihak termasuk yang bergelar cikgu, bakal cikgu mahupun orang yang takde kena mengena dengan profesion guru ni. Sebabnya.. semua orang tau lancang minah engineer ni tak pandang kiri kanan dah.. Nak bagi pendapat tak salah tapi kena betul juga penyampaian & fakta. Jangan main hentam tanpa usul periksa.. main pukul rata mengata semua padahal yang buat perangai cuma segelintir saja. Mungkin niat dia.. bukan nak cakap semua.. tapi tu la, kerana mulut badan binasa. satu perkataan pun boleh jadi banyak makna inikan pula 1 ayat.. bayangkan berapa banyak tafsiran boleh jadi. Jadi penyampaian tu kena betul & jangan rasa diri tu dah cukup kebal nak jadi orang yang kononnya 'Outspoken'. Outspoken pun biar kena cara.. tak kena gaya jawabnya menganiaya diri sendiri la.

 Ni la ayat2 yang membengangkan ramai pihak. Boleh rujuk entri ni --> KUTUK CIKGU

Mungkin tak tahan dengan macam2 tohmahan, caci maki orang.. Minah ni tampil menulis dalam blog permohonan maaf. Kita toksah la nak pertikaikan sejauh mana dia ikhlas & insaf minta maaf ni.. Tu biar antara dia dengan Allah pula. Apa yang penting.. apa yang berlaku mungkin boleh menjadi pengajaran pada dia mahupun kita semua.. Dia dah minta maaf, jadi maafkan la dia. Cukup la dia dah terima kesan dari penulisan dia yang lancang tu. Bagi la ruang dia betulkan kesilapan dia... Sekurang kurangnya dengan permohonan maaf tu (kalau betul la tu yang dia sendiri tulis & post) dia dah mengaku salah & silap dia. So, pada cikgu2 yang makan hati dengan tulisan cik engineer yang baru nak merasa duit gaji engineer tu.. Tolong maafkan dia yer. Anggap la dia macam budak2 yang masih telan hingus sendiri yang tak berapa bijak tulis karangan tapi sebab nasib baik dapat keja engineer. Peace No war...

Permohonan maaf dari minah Engineer @ Liyana Adnan

P/S : Moral of the story lepas grad jangan kerek sangat.. sebab takde manusia yang berguru dengan jin atas gunung boleh dapat diploma/degree/master/PHD bagai.. semua bermula dengan SEKOLAH & CIKGU, ok.

17 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DAPAT SETENGAH JUTA PAGEVIEWS BLOG

9/05/2012 03:59:00 PM suria lekatlekit 16 Comments

Dengan hidung kembang kempis.. bibir senyum sampai telinga.. bontot mekar bak bunga raya.. menghembus nafas bangga tanpa sempadan..
Dah.. dah.. tak payah nak over sangat action tu padahal kau tak buat pun macam tu sebenarnya. Berbalik pada isu yang berkaitan dengan taju entri yang bukan main sensasi lagi tu, sang lekit bukanlah rasa hot sangat pun..Jauh sekali rasa diri ni dah ngetop sangat. cuma sekadar nak merakam memori tu dalam blog melekit ni..

Betul ke lekit blog kau dapat setengah juta pageviws?? Blog cikai macam ni boleh dapat setengah juta pageviews ker?? eh.. eh.. jangan pandang sebelah mata ok! Blog mana - mana pun mampu cecah bukan setakat setengah juta.. beratus ratus juta pageviews pun boleh bergantung pada usaha & kerajinan la. 1 hari tulis blog mustahil la dapat kumpul berjuta2 pageviews.. ye tak??

Macam blog melekit ni.. bukan la sebulan dua mampu jana pageviews setengah juta tu.. Al maklum la blog melekit ni bukan di antara blog2 yang popular.. blogger dia pun bukan blogger terkenal.. muka pun comot compang camping kalaupun nak letak jadi pelaris blog.. penulisan pun tahap amatur & perlu banyak di sekolahkan lagi.. Mimpi siang hari la kalau nak dapat sebulan setengah juta pageviews tu.

Abis tu setengah juta yang kau dok canang tu yang berapa bulan punya pageviews sang lekit?? Ok.. ok.. Kalau berbulan bulan mampu jana setengah juta pageviews.. boleh la sang lekit peluk tubuh dengan mengembangkan hidung untuk mempamirkan muka bangga sebab dah mampu berdiri sebaris dengan blogger & blog yang popular dah tapi setengah juta pageviews tu sebenarnya hasil tabungan selama 3 Tahun, 5 bulan, 3 minggu & 6 hari berblog. Tu pun baru dapat setengah juta pageviews. walaupun nak jana pageviews tu makan masa bertahun tahun.. tapi tanpa sokongan semua visiter blog melekit ni tak kira la fans (ada ker?? kekeke) haters,followers,friends,silent reader,terclik tak sengaja atau siapa2 sahaja yang pernah clik walau hanya sekali kat blog melekit tetap menjadi penyumpang pada 500k ++ pageviews kat blog melekit ni.

Bukti umur blog saya.. kekekeke

Takde lain perkataan & ucapan yang lebih bermakna selain terima kasih atas sokongan semua. Terima kasih juga pada cikgu shida yang haritu sudi mempromosikan blog melekit ni.. dia sumbang jugak la 1k pageviews. Kena terima kasih jugak walau publisiti yang cikgu shida bagi tu dengan tujuan nak menjatuhkan tapi yang sang lekit terima sebaliknya pula... kekekekekeke. Apapun terima kasih pada semua yang terlibat bagi menjayakan kutipan setengah juta pageviews di blog melekit. kekekekekeke

Hasil berblog selama 3 tahun.. Ok la tu ada jugak orang nak views dari takde langsung, kan??

P/S : Kalau pageviews ni boleh di tukar pada RM (Ringgit Malaysia).. kayo mokcik.. kayo!!

16 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

APA YANG KANAK - KANAK PERLU DALAM SUSU?

9/05/2012 03:56:00 PM suria lekatlekit 5 Comments


Bagi saya yang masih memberi susu ibu kepada anak saya tidak perlu menggunakan susu formula tapi bagi mereka yang tidak mempunyai keupayaan atau kekurangan susu badan mencari cari susu yang sesuai buat anak anda boleh la mencuba susu annum Essential. Ramai ibu bapa yang membuktikan kebaikan susu Annum dapat membantu perkembangan minda anak mereka seusia 1 hingga 5 tahun.

Dalam membesarkan anak para ibu sudah semestinya mahu memberikan yang terbaik untuk memastikan anak – anak berkembang dengan baik. Susu anmum essential adalah susu yang terbaik untuk perkembangankanak – kanak kerana mengandungi nutrisi yang bagus.Kanak – kanak tidak hanya memerlukan DHA malah memerlukan Gangliosida yang berfungsi untuk perkembangan otak manusia sehingga mencapai umur lima tahun. DHA penting untuk sel sel otak berhubung tapi dengan DHA sahaja tidak mencukupi untuk kanak kanak belajar. Mereka juga memerlukan ganglioksida bagi membantu perhubungan sel otak untuk mempercepatkan proses pembelajaran mereka.

Susu Annum Essential juga tidak mempunyai gula tambahan. Tahukah anda gula tambahan tidak baik untuk kesihatan kanak – kanak.Kanak-kanak tidak perlukan banyak gula tambahan untuk tenaga dan pembesaran.Jika kanak-kanak mengambil gula tambahan secara berlebihan, kalori tambahan itu akan menjadi lemak dan akan menyumbang kepada pertambahan berat badan dan obesiti. Ini boleh meningkatkan risiko diabetis, penyakit jantung dan lain-lain.


Formula terbaru anmum essential yang mengandungi gabungan
DHAdanGANGLIOSIDA dalam formula yang unik. Gabungan kedua-dua nutrien menghasilkan hasil yang lebih baik.
  
DHA sangat penting untuk mengoptimakan fungsi saraf otak dan mata (menyumbang kepada tingkat keupayaan belajar dan perkembangan mental) untuk kebolehan berfikir, melihat dan juga mendengar dengan jelas..
*DHA penting untuk perkembangan sel-sel otak
*DHA yang secukupnya diperlukan dalam diet kanak-kanak bagi memastikan perkembangan otak
*DHA memperbaiki tumpuan kanak-kanak, sikap dan fungsi kognitif serta kadar pembelajaran.
Tetapi DHA sahaja tidak mencukupi, kanak – kanak juga memerluka nutrien lain seperti gangliosides supaya pertumbuhan otak lebih optima . Ganglioksida Membekalkan nutrient untuk otak mereka. Nutrien penting untuk menyambungkan sel otak bagi meningkatkan perkembangan kanak kanak untuk belajar benda/perkara yang baru kerana semakin banyak sel sel otak berhubung semakin cepat
                    pembelajaran berlaku


Setiap ibu pasti mengharapkan anak yang di lahirkan membesar dengan sihat & bijak, kesihatan anak adalah salah satu faktor untuk membuatkan anak membesar dengan sihat & bijak. Jadi para ibu bertukarlah kepada susu anmum essential untuk kebaikan & perkembangan otak anak anda.

Ibu mana takkan tersenyum melihat anaknya menjadi Bijak sejak diusia kanak – kanak


Layari laman sesawang Annum untuk keterangan lanjut : www.anmum.com.my

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com