AWAS! JANGAN MAKAN 6 JENAMA SARDIN NI

6/28/2018 07:08:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

AWAS! JANGAN MAKAN 6 JENAMA SARDIN NI. Tu dia.. Penggemar sardin seluruh alam sila alert ok. Ni bukan fitnah atau gosip liar untuk menjatuhkan mana2 jenama produk sardin yang di pasarkan kat Malaysia tapi ini adalah khidmat masyarakat supaya hangpa tak termakan benda2 kotor yang mungkin memudaratkan kesihatan hangpa nanti.


Yer sardin ni sangat penting dalam kehidupan kita terutama orang bujang yang skill memasak tahap tadika lagi. Sardin la lauk paling senang di sediakan ketika lapar & bajet tak berapa meriah. Walaupun cap2 terkenal ni agak mahal.. tapi di pasaran masih ada brand2 yang murah. Tapi tu la.. Bila murah kualiti pulak tak jaga.

Sebelum ni ada 3 brand sardin dari china tak silap di tarik balik di pasaran kerana mengandungi cacing.. Sekarang lagi 6 brand sardin menerima nasib yang sama atas alasan yang sama. Cacing wei bukan bihun.

Antara 6 Brand tersebut adalah

Cinta
Sea Fresh
HS Brand
King Cup
Bintang
TC Boy.

Allahu wei.. ada jenama yang aku pernah makan. Ni nak muntah ke.. nak berak ke atau nak kena maki? King Cup pun kena wei. antara jenama otai & paling di percayai sebelum ni. Harga pun tak murah. Tin besar pun tak silap RM7.00++.  TC Boy tak silap dulu blogger ramai yang dapat paid review kan? Pakat2 delete review hangpa tu yer. sebab Kementerian Kesihatan sudah mengambil tindakan penguatkuasaan dan syarikat yang terbabit sudah diarah menarik balik produk berkenaan dari pasaran serta dikenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap pengimportan produk ikan dalam tin di semua pintu masuk negara.

Lepas ni beli Ayam Brand je la. Mahal tahap nirrojim pun takpe janji takde extra haiwan sebagai lauk. walaupun KKM mengesahkan risiko kesihatan yang akan dihadapi oleh individu amat rendah kerana cacing terbabit sudah mati kerana melalui proses memasak atau pengetinan tapi loya tekak wei.. Cacing bukan serangga/haiwan yang menjadi makanan manusia kot.. erkk tak tau la ada spesis manusia pemakan cacing yang pasti majoriti manusia tak makan cacing. Cacing je akan makan manusia lepas mati. kekekeke

Apapun kalau ada sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah, kawasan, bahagian yang terdekat boleh menghubungi kementerian laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.

Sumber berita : Berita Harian

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat enam lagi jenama produk ikan sardin dalam tin yang mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata enam produk ikan sardin berkenaan adalah jenama Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan sudah mengambil tindakan penguatkuasaan dan syarikat yang terbabit sudah diarah menarik balik produk berkenaan dari pasaran serta dikenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap pengimportan produk ikan dalam tin di semua pintu masuk negara.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

INFO MENARIK TENTANG BEG TANGAN BERJENAMA BIJAN

6/27/2018 09:25:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

INFO MENARIK TENTANG BEG TANGAN BERJENAMA BIJAN. Trending terus Bijan hari ni. Apa ingat bijan yang tabur atas roti atau minyak bijan ke? Ni BIJAn bukan sebarang BIJAN.. rakyat marhaen macam kita mati hidup semula pun belum tentu merasa BIJAN ni ok..


BIJAN yang hangat di perkatakan sekarang adalah BIJAN yang menjadi jenama beg tangan yang di miliki oleh Isteri bekas perdana menteri Malaysia. Ia termasuk dalam barang rampasan. Bagi kita orang biasa ni.. Memang tak pelik la tak pernah dengar jenama BIJAN ni kan. Mana mampu beb..

Tapi di sebabkan ia antara jenama Beg tangan mewah yang di rampas.. Tak pepasal kita semua tahu kewujudan Beg tangan mewah berjenama Bijan ni. Kau gelak pun.. Rega dia kau mampu tulis je bukan mampu bayar ok!

Mesti ramai nak tahu apa yang buat Beg Tangan Jenama BIJAN ni mahal tahap nirrojim. Ni fakta menarik yang maybe hangpa nak tau tentang Beg Tangan Jenama BIJAN ni

• Setiap rekaan dikatakan akan hanya ada beberapa unit. pendek kata eklusif la
• Setiap unit pula boleh direka dengan lebih spesifik berdasarkan kehendak pelanggan.
• Diperbuat daripada kulit buaya yang berkualiti tinggi.
• Boleh ditambah dengan hiasan seperti batu permata dan perincian lain yang mahal dan eksklusif.
• Diperbuat dengan tangan (handmade) oleh mereka yang berkemahiran tinggi.
• Klien yang berminat mahu dapatkan beg tangan bijan mesti buat temujanji di butik Bijan.
• Harga setiap unit boleh mencecah ratusan ribu sehingga ke jutaan ringgit.

Info Tambahan Jenama Bijan:

• Sebelum mereka beg tangan, jenama Bijan lebih dikenali sebagai pembuat pakaian lelaki (menswear), minyak wangi dan aksesori.
• Hanya beberapa tahun kebelakangan ini Bijan mengeluarkan beg tangan wanita.
• Bijan terkenal dengan prinsip memfokuskan produk mereka kepada 1% populasi dunia (yang pastinya terdiri daripada golongan elit, kerabat diraja dan pemimpin tertinggi dunia).
• Cara yang betul untuk sebut jenama Bijan ialah “Bi-Jhen”.

Sumber Asal : Mary Ani

Cuma den tengok design je lebih kurang Hermes Birkin jugak kan? Maybe taste empunya beg ni macam tu kot.. Apapun, den memang tak mampu. Mampu tengok dari kejauhan.. jangankan nak miliki nak cium bau pun tak mimpi. hahahahaha

P/s : kalau den kaya.. Gamaknya apa den nak buat koleksi. Handbag macam tak berapa taste je nak kumpul..

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RAKAM ISTERI MENERAN DALAM BILIK BERSALIN RAMAI TIDAK SETUJU

6/27/2018 11:32:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

RAKAM ISTERI MENERAN DALAM BILIK BERSALIN RAMAI TIDAK SETUJU. Topik hot sejak semalam pasal isu video yang di kongsikan oleh seorang individu yang terkenal kat Malaysia ni.. Kita tak payah petik nama dia la kan. Cukup kita cerita isu yang sedang hangat di perkatakan sekarang ni. Mood membawang dah activated ke semua?? kalau dah moh kita ke dapur.. sambil membawang kita membiskut, mengopi jugak. Takde la berkeroncong untuk ana sangat kan perut.. kekekeke


Semalam kecoh bila ramai mempertikai tak kurang ada mengecam tindakkan seorang individu merakam & berkongsi di social media saat isteri dia sedang 'meneran' untuk melahirkan anak. Walau dalam video tersebut dari segi pakaian.. Alhamdulillah tak nampak aurat dia terdedah. Cuma muka dengan kerutan menahan sakit & meneran je di rakam sambil si suami dengan senyuman sambil memberi sokongan moral untuk si isteri. Alolo.. sweet kan?

Sesetengah orang berpendapat.. Video tu tak ada apa yang mengaibkan malah boleh di jadikan contoh pada suami suami di luar sana supaya tahu pengorbanan seorang isteri untuk melahirkan zuriat mereka. Mana2 lelaki yang tak reti nak sayang & hargai bini tu.. Yang tak pernah temankan bini dalam LR moga tahu betapa susahnya nak lahirkan penyambung keturunan hangpa. Ingat semudah kentut ke beranak ni? Kalau semudah kentut maybe bersepah orang beranak kat mana2 pun. kekekekeke

Tapi majoriti yang den dok baca menentang atau mengecam tindakkan merakam & menyebarkan video tersebut di social media. Ada yang berpendapat.. benda tu sangat privacy untuk menjadi bahan tontonan umum.. Saat getir isteri antara hidup & mati berjuang di dalam bilik bersalin, bukan sesuatu yang baik untuk di rakam & di jadikan bahan hiburan orang lain. Benda tu boleh di manipulasi pihak tidak bertanggungjawab.. Maybe menjadi salah satu objek kepada perkara tak baik nanti. Almaklum la.. Nafsu manusia akhir zaman ni makin pelik pelik.. Ada orang terangsang tengok perempuan mengandung tak mustahil ada yang teransang tengok perempuan menahan sakit kontraksi sapa tahu. Sedangkan dengan baby kecik yang baru lahir pun ada yang bernafsu tengok..

Pada pendapat saya yang pernah melahirkan anak.. Saat macam tu memang terlalu peribadi kalau nak di kongsi secara terbuka untuk orang lain. Tak kisah la Aurat tertutup litup sekalipun.. Bagi saya dalam keadaan macam tu agak mengaibkan walau yer.. Seorang wanita yang berjuang melahirkan anak ada satu perbuatan yang mulia tapi orang kata perbuatan yang baik pun bukan semua kita boleh tayang kat orang. Kau tunaikan tanggungjawab berjimak dengan pasangan pun perkara yang mendatangkan pahala tapi takkan kau nak tunjuk kat orang kan.. Tu contoh. Pendek kata tak semua perkara baik tu boleh share dengan orang. Ada yang perlu kita simpan untuk kita kita saja.

Ada pendapat lain yang sokong perbuatan tersebut.. Katanya kecam hanya sebab Individu tersebut adalah individu yang memang terkenal kerana sering di kecam so tak kira apa perkara dia buat samada yang baik atau buruk.. Orang dah set dalam otak.. semuanya buruk. Padahal dia cuma nak menghargai isteri dia.. Yelah kita berbaik sangka. Mungkin niat dia tu untuk memberi penghargaan kepada isteri dia dengan berkongsi video tersebut dengan orang lain. lain orang lain cara kekdahnya...

Terpulang la kan kalau rasa cara tu sebagai tanda penghargaan.. Korang boleh la buat bila dalam LR nanti yer.. Tapi untuk den.. Insya Alla, jangan la. Hakak malu orang tengok muka berkerut macam tu.. Tak berkerut pun dah berapa lawa sangat kan.. sedangkan gambar selfie pun kita nak upload kat social media kita pilih yang paling cantik.. ye dak??

Tapi saya tak kata pendapat & cara saya adalah betul.. Ni cuma pandangan peribadi saya jer. Masing masing ada pendapat sendiri.. Selagi tak melanggar etika & peraturan hospital, so dari segi undang undang manusia maybe takde salah. Tapi merakam dalam bilik bersalin kalau di hospital kerajaan memang tidak di benarkan.. Kalau korang pi private hospital, maybe tak jadi kesalahan kan. Jangan ada tetiba nak buat live video kat FB masa bersalin kat gov hospital. tak pepasal kena tindakkan nanti.

Moral of the story.. Malu tu perisai orang beriman. Jadi jagalah ke 'malu' an masing masing hehehehe. Apa yang baik kita ambil sebagai teladan yang buruk kita jadikan sempadan. Manusia sifatnya tak sempurna.. Yang salah kita sama2 tegur & ambil sebagai pengajaran. tak mustahil hari ni kita kata kat dia.. esok lusa kita terbuat perkara yang sama sapa tahu. Ye dak????

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RESEPI RENDANG MINANG VERSI LEKATLEKIT

6/26/2018 11:49:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

RESEPI RENDANG MINANG VERSI LEKATLEKIT. Hari ni dah raya keberapa anak anak? Ya betul.. Betul la tu jawapan korang walau den tak dengar pun. tak kisah la raya keberapa pun tapi kita still dalam bulan raya lagi kan. Raya kan sebulan walau semalam semua dah start kembali kepada rutin harian macam biasa. Tapi mood raya tu still on selagi biskut2 raya tak tinggal serdak bak kata orang kedah.


Kalau orang melayu ni.. Raya & rendang memang tak dapat di pisahkan. Tak kisah la apa versi rendang pun majoriti setiap rumah tu kebanyakkan memang ada menu rendang. Raya haritu masa singgah rumah sedara sebelah suami.. depa jamu kami lemang & rendang minang. Bersungguh laki cheq makan.. Sedap sangat la tu. So, si bini pun rasa excited la nak merisik risik resepi dengan tukang masaknya.. Tapi resepi pun di beri secara lisan.. So, den pun masa ikut apa yang den ingat jer..

Makan.. Gigih la balik rumah sendiri merendang minang. Sedap tak sedap tu cerita lain episod. Yang penting cuba dulu. Masakan ni.. Tak semestinya kali pertama buat terus sedap tapi kena buat banyak kali baru improve skill tu. Tapi Alhamdulillah la.. First time masak rasa not bad walau tak 100% sama macam yang orang jamu tu.

Ada yang tanya resepi dengan den.. Ok ok.. jangan risau den memang sejenis yang tiada rahsia antara kita bab2 resepi ni. Apalah sangat nak share resepi. Yang tak boleh share suami jer.. kekekekekekeke

Antara bahan bahan yang di gunakan untuk merendang minang versi lekat lekit..

1. Of course la Ayam kalau nak buat rendang ayam. Ikut la berapa banyak hangpa nak masak
2. Bawang besar
3. Bawang merah
4. Lengkuas
5. Halia
6. Serai
7. cili padi
8. Santan (better guna santan fresh yang parut balik rumah kau perah sendiri)
9. Kerisik
10. Daun limau purut
11. Daun kunyit
12. Kunyit hidup
13. garam

Cara nak masak



1. Masak ayam dalam periuk sehingga keluar semua minyak2. Biar sampai kering minyak tu.

2. Kisar bawang besar, bawang merah, lengkuas, halia, cili padi & kunyit hidup. Kalau suka.. boleh kisar sekali dengan serai. Kalau tak suka takpe biarkan dulu.

3. Masukkan bahan kisar bersama santan dalam kuali.. Kau rebus sampai pecah minyak.

4. Bila dah pecah minyak baru campak ayam, daun limau purut, serai yang dah ketuk & kerisik.

5. Agak semua dah sebati.. Masukkan garam & daun kunyit yang dah di potong halus gaul & tutup la api tu.

* Petua orang bagi resepi ni nak sedap lebihkan bawang. Almaklum la membawang ni memang sedap katanya. kekekeke

Dah siap rendang minang versi lekatlekit katanya. Resepi tu den pakai ingat2 dalam otak je tapi bahan basic buat rendang ni lebih kurang sama jer. Cuma rendang merah yang biasa kita buat guna cili kering kan.. Rendang minang ni guna cili padi. Tu je.. Tapi tak tau la pure minang atau dah versi melayu punya rendang minang. Asalkan ada rupa minang ok la tu kan.. kekekeke

Siap dah bungkus dalam 'Tipuware' nak hantar kat mertua

Bagi anak anak dara yang nak merendang tu masih sempat lagi ni. Cuba la.. Manatau, dengan rendang resepi dari blog lekatlekit ni asbab hangpa dapat jodoh kan. kekekeke

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ANAK KECIL BUKAN IMUNITI KITA MENCABUL HAK ORANG LAIN

6/25/2018 11:19:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

ANAK KECIL BUKAN IMUNITI KITA MENCABUL HAK ORANG LAIN. Dua tiga hari lepas ada terbaca threat yang di screenshot & di viralkan kisah seorang pemuda ni.. Tak sempat habiskan nugget & karipap dia dalam panggung wayang. Dah la kemain banyak di memborong.. macam nak picnic je dia punya stok makanan ringan tu. Ni betul2 makan sambil menonton kekdahnya.


Takpe la.. dia memang suka makan kan. Tu hak dia.. Lantak dia la kan nak beli berapa dozen karipap & nuget pun yang tak best apa pengalaman dia dalam pawagam sehingga tak sempat nak habiskan karipap & nuget apatah lagi movie yang dia beli tiket nak tonton tu. Hanya gara gara seorang budak..

Kesahnya.. Seorang mak ni bawa anak dia pergi tengok wayang. Anak ni maybe tak boleh nak behave tempat tempat macam tu. dia bangun pergi menyanyi depan skrin besar.. Tapi mak dia masih boleh rilex buat peace buat dono jer.. Bila orang tegur di sindirnya orang tu tak pernah ada anak. Baca komen2 pada posting viral tu pun boleh tahan.. Ada yang mempertahankan tindakkan si ibu. Katanya ingat senang ke nak control budak2 umur macam tu. So, di harap orang sekeliling paham.

Bagi seorang ibu yang ada anak autisme & ada masalah behavior ni.. Yer saya faham sangat. Malah perangai anak autisme ni lebih mencabar dari anak anak normal & tipikal. Ada situasi kami harap sangat masyarakat faham dengan masalah kami. Bukan kami tak cuba didik cuma anak anak austime ni dia perlu masa yang lebih panjang untuk matang. Kematangan dia selalunya lebih lambat dari usia so kadang2 kita tengok budak tu sepatutnya tak berkelakuan macam tu dalam umur dia tapi masih berkelakuan seperti kanak kanak.. Jangan pelik la. Memang antara perangai anak anak autisme.

Tapi bukan semua situasi kita boleh jadikan benda tu imuniti dari kita di persalahkan. Macam kat pawagam kau dah tau anak kau memang jenis tak boleh duduk diam & statik pada satu tempat dalam tempoh yang lama.. tak payah la bawa pergi tengok wayang. Benda tu bukan wajib macam solat 5 waktu pun.. Kau gigih jugak nak bawa sampai menyusahkan orang lain yang beli tiket tu dah kenapa. Lepas tu kau suruh orang lain faham & terima sebagai dia masih budak yang tak tahu apa apa.. Watdehek!! Wei.. kalau macam tu aku pun boleh bawak anak aku tengok wayang & anak aku lagi la boleh jadi imuniti besar sebab dia special kids.

Tapi aku tak gila.. Tak tengok wayang pun aku tak kemurungan. aku boleh tengok dvd kat rumah. Kalau takde dvd tak tengok pun rasanya tak sampai hidup aku di rundung kekecewaan yang melampau.

Ada situasi memang kita boleh jadikan anak kecil kita sebagai imuniti & orang lain kena faham. Selalunya situasi di mana kita tak ada pilihan lain.. Benda tu terpaksa kita buat juga walaupun anak kita ada masalah behavior. Contoh macam nak flight ke satu lokasi jauh.. Takkan la kita nak terbang sendiri kan.. Even anak kita mengamuk ke.. bising ke.. Kita maybe cuba cari solution untuk control semua tu tapi kalau dah tak boleh control takpe la kita minta maaf & minta orang boleh faham situasi kita. Ni setakat nak seronok2 tengok wayang bawa anak.. Orang lain terganggu. Yang tu mohon terjun lombong yer..

Saya terus terang.. Nak bertandang kat rumah orang pun saya malas sebab anak saya.. ada kala dia boleh behave tapi kalau ada budak lain dok melompat sana sini, memang jabgi jadi lost control. Kita mak ni nak menyinga macam kat rumah sendiri di rumah orang memang tak boleh.. Orang pulak nafas pun dah bunyi laju walau bibir dok senyum kambing lagi.. jadi pepaham je la yer. Even sekarang ni sejak ada biras tinggal dengan in law pun saya jadi tak selesa nak balik.. kadang2 tengok muka kelat depa sebab anak kita buas.. den dah rasa tak selesa.

Sebab tu saya selesa balik kampung sendiri atau kalau nak keluar.. keluar je kemana mana bukan bertandang rumah orang. Biar la orang cakap tak berdunia ke apa. Bukan semua orang faham situasi kita & kita pun kalau boleh tak nak menyusahkan orang lain dengan perangai anak kita kan.. So, bagi saya apa yang tak boleh saya korbankan sampai la anak saya betul2 behave.

Moral of the story.. Jangan pentingkan diri sendiri dan jangan jadikan anak kita yang masih kecil sebagai alasan untuk kita tidak boleh di persalahkan atas perbuatannya. Ada situasi.. kita memang salah sebab biar je anak buat apapun tanpa berusaha menegah atau menghalang. Sebab lumrah budak ni dia apapun nak cuba.. nak bermain. Kita la kena ajar dia apa yang boleh & tidak

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CARA PALING MUDAH BUAT BUNJUT SUP SENDIRI DI RUMAH

6/23/2018 03:53:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

CARA PALING MUDAH BUAT BUNJUT SUP SENDIRI DI RUMAH. Trending haritu bunjut Adabi sebab satu babak dalam Drama Nur.. Kalau sapa yang follow drama Nur bulan puasa haritu tahu la. Babak di mana Nur Khiriah yang salah sangka si Nur dah sihirkan family dengan dengan Bunjut adabi tu.. Scene tu secara tak sengaja menjadi scene paling kelakar tapi den memula tengok tu tak rasa scene tu memang di adakan untuk komedi.. Tak sangka ramai terhibur dengan scene tu kekekeke

Ni bukan adabi punya bunjut ni mak minah bunjut ok!

Zaman sekarang ni semua Instant.. Bunjut semua boleh beli yang dah siap di luar. Tapi og course la yang segera ni takkan sama yang macam kita buat kat rumah @ homemade. Arwah Ayah saya.. memang setiap kali masak sup ayam untuk kuah bihun sup utara setiap tahun dulu akan buat sendiri bunjut. Tapi sayang tak sempat nak belajar resepi rahsia bunjut arwah ayah tapi raya haritu sempat mencedok resepi bunjut mak minah (Mak den la tu). Walau tak berapa sama macam arwah Ayah tapi still sedap untuk tekak den.

Ramai yang minta saya sharekan resepi bunjut tu.. Sebab saya ni jenis memang pengasih & pemurah katanya.. Memang tiada apa saya nak rahsiakan. Bagi saya resepi even sama tapi air tangan setiap orang tetap berbeza. Jadi apa masalahnya nak share kan.. Tak miskin atau tak hilang pun ilmu di kongsikan..

Ok ok.. Untuk bunjut bahan bahan yang saya gunakan adalah

1. Kayu manis
2. Bunga lawang
3. Bunga cengkih
4. Buah pelaga
5. Kas kas
6. Buah keras (buah keras ni kalau nak blend sebagai bahan tumis nak masak sup nanti pun boleh)
7. Lada hitam (Kalau takde boleh skip)
8. Jintan manis
9. Jintan Putih
10. Biji ketumbar

Tip dari mak minah.. lebihkan jintan manis & jintan putih untuk menghasilkan bunjut yang sedap

Semua bahan di atas tumbuk jangan halus sangat.. Agak2 boleh bungkus jadi bunjut dah ok. Lepas dah belasah bahan bahan tu dengan lesung batu.. Korang kafankan (bungkus) macam bunjut tu guna kain putih. Ikat ketat2 macam pocong.. supaya bila masak nanti bahan dalam bunjut tu tak berterabur dalam kuah sup.

Untuk sup pulak.. Bahan bahan yang saya guna

1. Ayam (Kalau nak guna seekor potong dua je jangan potong kecik)
2. Bawang besar
3. Bawang merah
4. Bawang putih
5. Halia
6. Jintan manis & Jintan putih
7. Lada hitam
8. Minyak masak
9. Garam sebagai perasa


Cara nak masak sup

1. Kisar bawang besar, halia, jintan manis, jintan putih, bawang putih & lada hitam
2. Panaskan minyak tumis bawang merah yang dah di hiris.
3. Masukkan bahan kisar & masak sehingga naik bau sikit
4. Ketuk halia & masukkan
5. Masukkan ayam & Tambah air mengikut berapa banyak kuah sup hangpa nak buat.
6. Masukkan bunjut homemade tadi
7. Masukkan garam
8. Rebus sehingga ayam lembut.
9. Keluarkan ayam & biar sup mereneh sebab lagi lama sup di reneh akan lagi sedap serba herba herba dalam bunjut tu keluar sebati dengan sup.

Saya tak guna kiub pati ayam atau serbuk perasa lain selain garam. Saya lebih sedap di tekak saya tanpa perasa tambahan dengan rebusan dari semua bahan bahan herba & jus ayam tu sendiri. Tapi kalau yang suka nak tambah kiub ayam ke hapa.. suka hati kau la Rafeah Ooi.. Kau yang nak makan kan? Biarlah sedap kat tekak kau ok!

Harus di ingatkan.. keseimbangan bahan bahan yang di gunakan dalam bunjut tu pun mainkan peranan untuk rasa sup hangpa. pepandai la agak yer.. petua mak minah lebihkan jintan manis & jintan putih. Sukatan tu tak tau nak habaq la banyak mana.. Ikut berapa besar bunjut & berapa liter kuah sup tu hangpa nak buat. Den ni bab sukat menyukat di aidilfitri memang lemah.. Almaklum la pakar jenis campak campak je pun dah sedap katanya. Done membongak!

Semoga perkongsian ni membantu hangpa main masak masak kat dapur tu. Apalah ilmu yang sedikit jika nak di bandingkan dengan manafaat yang maybe lebih besar orang lain akan dapat. Manatau dari resepi bunjut ni ada yang boleh jadi peniaga bihun sup berjaya nanti ye dak.. Kalau berjaya tu jangan lupakan den yer.. kekekeke

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

WOW! BANYAK TEMPAT MENARIK NEW CHITOSE AIRPORT, HOKKAIDO RUPANYA

6/10/2018 02:26:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

WOW! BANYAK TEMPAT MENARIK NEW CHITOSE AIRPORT, HOKKAIDO RUPANYA. Hokkaido adalah pulau kedua terbesar di Jepun. Ia terkenal dengan kawasan gunung berapi, kolam air panas semula jadi (onsen), dan kawasan ski. Kalau dah kedua terbesar tu agak besar la berbanding pulau pulau lain kan? Kalau dah besar & menjadi destinasi pelancongan ia dah memberi gambaran banyak tempat menarik & aktiviti yang boleh di lakukan kat sana.


Bagi yang merancang nak pergi bercuti di jepun tapi masih tak tau destinasi nak di tuju.. Boleh la jadikan Hokkaido salah satu destinasinya. Nak tau kenapa Hokkaido mesti di lawati kalau korang pergi jepun?? Bukan ada Juon.. salah tu! takde Juon jangan takut.. Antara tempat menarik yang ada di Hokkaido adalah..

Salah satu tarikkan pertama di Hokkaido adalah lapangan terbang atau di kenali sebagai New Chitose Airport. Yang best lapangan terbang Hokkaido ni adalah ia sangat unik ok. Memang susah nak jumpa kat tempat lain. Dia ada pawagam, Onsen (kolam air panas Jepun), taman tema Hello Kitty, Doremon & serta kilang coklat terkemuka buatan Hokkaido, Royce & banyak lagi. Kat sini juga merupakan tempat yang sesuai untuk membeli cenderamata
& sesuai untuk membeli-belah terakhir sebelum pulang ke tanahair. Kedai kat situ mula dibuka pada jam 8.30 pagi. Kalau ke Hokkaido make sure jangan lupa spent time kat Airport ni ok!

Antara Yang menarik di New Chitose Airport

Tu baru Airport.. Sebenarnya Hokkaido ni terkenal dengan permandangan semulajadi yang sangat cantik. Kalau musim bunga tu korang boleh menikmati keindahan taman taman bunga & merasai buah buahan segar seperti Yubari Melon di sekitar Tokachi atau Yubari. Korang boleh buat Aktiviti memetik buah-buahan seperti stroberi dan ceri kalau melawat Hokkaiddo mulai bulan Jun.

Yubari melon

Selain tu kalau nak makan boleh juga ke Hokadate yang terletak di selatan Hokkaido. Hakodate adalah bandar ketiga terbesar di Hokkaido. Di bangunkan sejak dari tahun 1454. Di Hakodate anda boleh melihat permandangan yang cantiik dari gunung Hokadate & menikmati makanan laut yang sedap & menjadi tarikkan utama di situ. Antara yang boleh di dapati ketam, udang, sotong dan juga pelbagai jenis ikan laut dalam.

Hokkaido Old Government Building

Di Hokkaido juga terdapat sebuah Zoo. Asahiyama Zoo yang terletak di daerah Asahikawa, timur Hokkaido ini telah dibuka pada tahun 1967. Zoo ini sememangnya menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara kerana haiwan dan habitat yang dipamerkan.

kalau nak nikmati permandangan yang cantik & percuma dari atas bukit boleh ke Otaru. Pemandangan memang lawa. Selain tu boleh juga ke Otaru Aquarium.

Otaru Canal Summer

Kalau nak tengok swan hidup macam dalam cerita fairy tale tu korang boleh la melawat Tokachi River Hot Spa Swan (Aquapark).

Bandar raya kelima terbesar di Jepun yang juga pusat perniagaan, komersial dan pemerintahan Hokkaido, adalah Sapporo turut menawarkan pelbagai tarikan pelancongan yang cukup mempesona buat anda yang inginkan kelainan di negara matahari terbit ini. Musim luruh di Sapporo memang cantik. Boleh naik kereta kabel atau mendaki Gunung Moiwa untuk menikmati permandangan musim luruh yang menakjubkan. Korang boleh jugak Mengunjungi Menara Jam Sapporo, berpeluang menghayati sejarahnya yang mempunyai nilai tersendiri dan menjadi simbol kepada bandar raya mempesona ini.

Satu lagi tempat best adalah Bear Park, Noboribetsu dimana korang boleh tengok telatah beruang hidup yang comel. Dia ala ala macam bukit bendera kena naik ropeway nak keatas tapi lebih tinggi dari bukit bendera. Sepanjang perjalanan boleh cuci mata tengok permandangan yang cantik.

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Hokkaido kalau nak di senaraikan.. Cuma kena tahu berapa lama percutian anda di sana untuk merancang perjalanan. Kalau yang pertama kali nak pergi jepun.. Risau takut sesat ke kena tipu ke boleh la ambil pakej yang di kendalikan oleh orang Malaysia berbangsa melayu. Nak nak lagi yang cari trip percutian bajet sangat sesuai la ambil pakej dengan Japan Budget Trip.. Untuk pakej Julai JBT (Japan Budget Trip) Menawarkan pakej seperti di bawah

Blue Pond – Bie

Maklumat Trip :
Tarikh : 25-30 Julai 2018
Jangkamasa trip : 6 hari 5 malam (6D5N)

➠Hotel atau Guesthouse
➠Deposit RM200 seorang
➠Pengangkutan : MPV/Van
➠Harga : RM3,890 seorang (Early Bird RM3,690)

Early Bird Promo
☯Diskaun sebanyak RM200 seorang.
☯Minima pendaftaran utk tawaran diskaun ini adalah 2 orang.
☯Tawaran hanya untuk 4 peserta yang mendaftar paling awal.
☯Selepas 4 peserta awal, pendaftaran secara otomatik akan menjadi harga pakej biasa.
☯Pendaftaran dikira selesai selepas pembayaran deposit dan pendaftaran secara online di buat di Daftar JBT.

Harga Termasuk :
Penginapan
Pengangkutan (MPV/Van)
Insuran perjalanan
Caj entri seperti itinerari
Jurupandu

Harga TIDAK Termasuk :
✘ Tiket penerbangan pergi-balik ke Jepun
✘ Makan dan minum

Cadangan Itinerari :

⚑ 24 Julai 2018 : Bertolak dengan penerbangan Air Asia pada sebelah malam.

⚑ 25 Julai 2018 : Tiba di New Chitose Airport. Melawat Noboribetsu Hell Valley

⚑ 26 Julai 2018 : Melawat Otaru (Shukutsu Observation Deck, Sakaimichi & Otaru Canal) dan Sapporo (Odori Park & Tanukikoji)

⚑ 27 Julai 2018 : Melawat Bie (Shikisai no Oka & Blue Pond) dan Furano (Tomita Farm)

⚑ 28 Julai 2018 : Melawat Obihiro(Tokachi Farmers’ Market, Shichiku Garden & Kofuku Station)

⚑ 29 Julai 2018 : Melawat ladang buah-buahan sekitar Tokachi atau Yubari. Membeli-belah di Rera Premium Outlet

⚑ 30 Julai 2018 : Bertolak ke New Chitose Airport untuk penerbangan sebelah pagi

Nota :
Trip bermula dan berakhir di New Chitose Airport.

Sila ke ☛ Daftar Trip JBT ☚ untuk urusan penempahan trip.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada peserta yang mendaftar dan peserta boleh memilih untuk meneruskan trip atau wang akan dikembalikan. (min-4-to-go)

Tambahan RM500 untuk bilik seorang (single room)

Sebarang pembatalan dari pihak peserta selepas membuat pembayaran adalah tertakluk kepada Terma & Syarat semasa mengisi ☛ borang online.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila ☛ Hubungi JBT.

Trip lain :
Untuk Private Trip pada musim panas (Julai & Ogos) di Hokkaido, boleh hubungi melalui

 ☒ emel : japanbudgettrip@gmail.com  
 ☏ whatsapp : 013-7287178

Untuk Open Trip pada musim luruh (Oktober) , sila klik ☛ SINI ☚ untuk maklumat lanjut.

Terdapat juga trip yang menggabungkan Hokkaido dan Tohoku pada musim luruh nanti. Maklumat lanjut di ☛ SINI ☚

Sebarang Pertanyaan boleh hubungi :
 Whatsapp : http://japanbudgettrip.com.my/0137287178 
 emel :  japanbudgettrip@gmail.com 

Layari facebook :
  Japan Budget Trip 
untuk pakej dan maklumat-maklumat terkini yang lain.

Atau boleh ikuti JBT di social media
 Twitter : Japan Budget Trip 
 Instagram : japanbudgettrip 
Blog : Japan Budget Trip

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

VIRAL! PERBEZAAN ANTARA SUP BUNJUT DENGAN BUNJUT SIHIR

6/08/2018 09:43:00 AM suria lekatlekit 4 Comments

VIRAL! PERBEZAAN ANTARA SUP BUNJUT DENGAN BUNJUT SIHIR. Jadi trending semalam sup bunjut. Tak pepasal sup bunjut popular sampai pagi ni gara gara babak dalam drama Nur. Bagi yang follow drama Nur macam den ni confirm tengok babak si ecah (Aisyah) lakonan Nur Khiriah dalam drama Nur di mana sebab terlalu membenci adik Ipar dia Nur sampai percaya Nur dah sihir ahli keluarga dia.


Nak jadikan cerita si Mirul adik bongsu dia salah sangka sekaligus buat dia percaya spekulasi kakak dia Ecah, bahawa kakak Ipar dia Nur dah sihir keluarga dia nampak ada sup bunjut dalam sup yang Nur masak. Apa lagi terus tu report kakak dia.. Apa lagi ecah memang tak tunggu la. Konon time ni la dia nak membongkar kejahatan Nur.. Pi terjah rumah family dia masa dorang tengah makan. Depan semua orang dengan confident tahap tujuh petala langit.. dia menggagau dalam sup & keluarkan bunjut tunjuk kat semua orang bukti Nur dah sihirkan mereka. Apa lagi kena gelak je la..

Video Babak dalam Drama Nur yang menjadi Trending semalam

Alahai ecah tudung je sampai ke pusat, tapi malas masuk dapur. Perempuan ni even orang menyediakan makanan bukan tanggungjawab hakiki kita tapi tahu tak air tangan seorang wanita & isteri tu ada magic yang boleh mengeratkan hubungan. Sebab tu kita selalu sangat dengar orang cakap rindu masakan mak dia bila berjauhan.. Sebab mak dia bila dia masak bersamanya ada kasih sayang. Nak semua yang makan apa dia masak kenyang, sedap & happy. Satgi ayah ayah touching pulak.. awat kalau laki masak tak ada kasih sayang ka? Dak Aiih.. bukan lagu tu.. Tapi kita cakap pasal kebiasan yang dah menjadi adat dalam kehidupan seharian kita.

Bukan tak ada spesis macam Ecah & mirul ni.. Realiti kehidupan kita memang ada yang tak tau tentang kewujudan sup bunjut. Mungkin buat dia terkejut & anggap bungkusan sihir kalau nampak sup bunjut dalam masakan.

Takpa.. takpa.. kakak lekatlekit boleh tunjukkan yang mana satu sup bunjut & yang mana satu bunjut yang biasa di gunakan untuk menyihir..

Kalau macam ni (rujuk gambar) ni namanya sup bunjut. Normally memang guna kain putih sebab nak pastikan kain yang bungkus bunjut tu bersih. Yelah kau nak campak dalam masakan kau.. guna kain warna lain kang tak perasan pulak kalau ada kotor ke apa. So, memang kat mana2 pun sup bunjut di bungkus dengan kain putih. Tak bermakna kain tu kain kafan ok! Kain bunjut ni dia jarang sikit kita boleh nampak rempah ratus yang di campur dalam tu.


Tapi kalau bunjut yang orang buat untuk sihir.. Kebiasaanya kain dia warna kuning. Warna kuning ni ia berkaitan dengan orang yang ada berdampingan dengan jin la. Tak tau la kenapa jin suka warna kuning. Kebanyakkan yang belajar ilmu bomoh siam akan guna kuning dalam ritual mereka. Bunjut dia lebih kurang macam gambar di bawah la.


Jadi pada adik adik.. kakak kakak.. makcik makcik.. abang abang.. pakcik pakcik.. dah tau kan beza antara sup bunjut dengan bunjut sihir. Harap takde sapa lagi jadi macam ecah.. dah la malas masuk dapur lepas tu over confident pulak menuduh orang. Kan dah kena gelak... kekekekeke

Moral of the story.. Bak kata Ayah Adam, Mirul & Ecah, bila hati dah mula hitam semua dia jadi prasangka buruk. Apa yang orang buat semua dia syak tak baik. Muhasabah diri.. Bukan ingatkan hangpa ja.. tapi ingatkan diri saya jugak. Kita manusia kan.. Tak lari dari bersangka buruk dengan orang lain.

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PRODUK YANG MENJADI PENAJA DRAMA SEDANG TRENDING DI SAHKAN BAHAYA OLEH KKM

6/07/2018 03:09:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

PRODUK YANG MENJADI PENAJA DRAMA SEDANG TRENDING DI SAHKAN BAHAYA OLEH KKM. Zaman sekarang nak menulis pun kena kias kias sebab zaman sekarang kat Malaysia dah ramai jutawan produk. Bila dah kaya raya tak boleh la kau suka2 nak petik dorang satgi jenuh nak kutip derma. Tapi atas dasar tanggungjawab membantu pihak KKM bagi membenteras produk produk bahaya.. Kita sebarkan juga la. Mungkin saya tidak menggunakan produk produk ni tapi saya tahu masih ada pengguna yang mungkin kurang pendedahan masih menggunakannya.


Hari ini KKM telah mengeluarkan satu laporan 5 produk dari 3 jenama tempatan di kesan mengandungi bahan terlarang seperti Merkuri, Hydroquinone & Tretinoin. Ingredient biasa yang di gunakan dalam kebanyakkan produk tempatan yang selalu di kantoikan oleh KKM bila di buat ujian makmal. Sebab racun racun berjadual tersebut mampu memberi kesan kecantikkan yang cepat. Biasa la.. masing nak putih, gebu, flawless, glowing cantik menawan KAN?

Antara produk yang di tarik balik Notifikasi (NOT KKM) salah satu adalah dari jenama produk yang menjadi penaja utama satu drama yang tengah trending sekarang. Korang boleh rujuk sendiri kat press release KKM disini ☛Kenyataan Akhbar KPK 7 Jun 2018 – Produk-produk Kosmetik yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Walaupun berbuih sana sini orang bagitau.. Tapi ramai lagi yang masih bebal tak mau ambil tau. Tahukah hangpa Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata. Penggunaan hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan. Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan dan boleh memudaratkan kesihatan. Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

Pada korang yang sedang menggunakan produk yang tersenarai.. Jangan ragu ragu untuk memulakan operasi kuis kuis ke dalam tong sampah. Sedang elok sekarang guardian & watson tengah sale bagai nak giler. Semua produk skincare murah murah & selamat. Tak payah sayang sangat la kulit cantik bertepek merkuri semua tu.. Sayangi diri & organ dalaman anda. Organ kita bukan macam pokok buah buahan yang mana kalau rosak boleh tanam benih dia tumbuh semula ok.

Harap dengan kerajaan baru & menteri kesihatan yang baru ni.. Dapatlah di gubal undang undang lebih tegas & di naikkan denda sehingga RM1juta++ bagi pengeluar produk merbahaya nak nak lagi yang hampir setiap tahun tersenarai di website npra sebagai produk yang mengandungi bahan bahaya. Kalau setakat hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.. memang rasanya tak bagi pengajaran pun. Depa dah kaya.. celah gigi je amount tu boleh bayar tapi pengguna yang dah la miskin, muka pulak jahanam pakai produk depa hanya mampu menangis tepi bucu katil je. Kadang kadang nak cover kos buat rawatan muka yang dah rosak pun tak mampu.

Harap isu lambakkan produk bahaya di pasaran yang semakin menjadi jadi & berleluasa ni dapat perhatian pihak bertanggungjawab. Hope isu ni di pandang serius.. Kesian tau tengok ramai yang mengalami kesan buruk selepas menggunakan produk2 beracun ni. Mereka di kaburi dengan Notifikasi KKM bagi pada produk produk tersebut lalu percaya produk ber notifikasi terjamin selamat sedangkan notifikasi ramai yang masih tak tahu bukan kelulusan atau jaminan selamat pun. Cuma semua produk kosmetik di malaysia kalau nak di pasarkan memang kena berdaftar dengan KKM sebagai Notifikasi. Nak tahu produk tu bebas bahan merbahaya atau tak cuma boleh di sahkan melalui ujian makmal sahaja. Dan sebab tu la orang nasihat beli produk yang ada RnD. Nak selamat beli je kat drugstore. Produk nak letak kat drugstore memang perlu ada pengesahan selamat & bebas bahan merbahaya. Kalau yang terlepas yang pernah jadi isu pun sikit sangat. Tu pun akan serta merta di tarik di pasaran berbanding produk tempatan yang di jual atas talian, di toko toko jamu.. banyak sangat kantoi ada bahan terlarang ni. sebagai pengguna jadilah bijak. Info di hujung jari manafaatkan.

Moral of the story.. Semoga hujung hujung ramadhan ni Allah jentik hati hati pengeluar produk bahaya ni untuk rasa bersalah dengan apa yang mereka buat seterusnya menghentikan terus jualan produk produk bahaya. Nikmat dunia ni sementara tapi ingat kita menuju ke alam abadi di sana.. Apa yang kita buat kat dunia, sumber rezeki yang kita dapat menjadi penentu destinasi akhir kita.

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

GHAHIM TAKUT NAK AZAN PAPAR REALITI SEBENAR GOLONGAN PELAT 'R'

6/04/2018 10:07:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

GHAHIM TAKUT NAK AZAN PAPAR REALITI SEBENAR GOLONGAN PELAT 'R'. Semalam sapa ada tengok telefilem Ghahim Takut Nak Azan? Kemain budak shahila fokus tengok drama tu.. Budak shahila ni bukan layan sangat drama TV.. banyak suka tengok kartun atau education video je tapi semalam nampak dia macam layan drama tu. Tapi tak sempat habis dia dah lena. Sebab lambat sangat habis. Budak shahila memang jarang tidur lewat dah sejak dah besar & sekolah. Kadang2 pukul 9 dah lena..


Kisah drama Ghahim takut nak azan tu adalah kisah seorang kanak kanak yang mempunyai masalah menyebut 'R" atau orang kita panggil pelat 'R". Sampaikan tiap kali giliran dia melaungkan azan di kelas KAFA dia akan lari. Sebab pelat 'R" yang dia hadapi dia selalu menjadi mangsa buli & ejekkan dari kawan kawan sebaya termasuk kakak dia sendiri. Macam macam dia cuba buat untuk hilangkan pelat 'R" tu tersebut.. Apa saja orang cakap even menipu sekalipun dia akan buat. Tapi akhirnya dia berjaya juga sebut R dengan betul selepas kena kejar anjing belaan bernama Rowan ke hapa. Lupa pulak den nama watak anjing tu.

Ghahim atau sebenarnya nama watak budak tu Rahim tapi sebab dia tak boleh sebut R dia sebut nama dia sebagai Ghahim.. Apa yang di paparkan dalam drama tu sebenarnya realiti sebenar kehidupan seorang yang mempunyai masalah pelat 'R". Suami saya pun salah seoarang yang hadapi masalah pelat R. Semalam dia kata... dia sendiri pun memang selalu mengelak untuk melaungkan azan masa di sekolah. Memang dia selalu kena ejek.. dia kata hari hari kawan kawan akan bahan sebab pelat R dia. Bila mengaji Al Quran sebutan dia ada yang tak berapa betul bila melibatkan bunyi "r". Sampai satu tahap dia dah tak ada rasa apapun orang jadikan bahan gurauan & ejekkan sebab pelat R dia. Maybe dia selalu dengar orang ejek.. hati jadi kebal la kot.

Para pengkaji dan pakar terapi pertuturan turut mengakui bunyi /r/ adalah bunyi yang paling sukar untuk diperbetulkan berbanding bunyi-bunyi lain. Malah, seorang ketua penyelidik dan penasihat saintifik kepada Speech Buddies, Dennis Ruscello, daripada Universiti Barat Virginia, mendapati seramai 91% pakar terapi pertuturan mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya satu kes kanak-kanak yang tidak berjaya dipulihkan walau dengan kaedah terapi.

Saya kenal suami masa kerja dulu.. Memang kat office pun ramai Officemate suka ejek2 & sakat dia pasal pelat R tapi saya dari hari pertama kenal dia saya tak pernah jadikan pelat R dia bahan gurauan even kami memang spesis  gila gila & suka bergurau, suka membahan sampai la dah kahwin & ada anak pun.. Saya tak pernah jadikan benda tu satu gurauan. Bukan sebab dia suami saya.. dari sebelum dia jadi suami & dari sebelum kami ada hubungan rapat pun memang saya tak pernah usik atau ejek dia dengan benda tu. Rasa tak rasa nak bergurau pun dengan perkara tu.

Kita rasa benda tu macam remeh.. Alah, takkan tu pun nak touching tapi bila setiap kali benda tu jadi bahan gurauan kadang2 boleh jadi macam menghina kekurangan orang lain. Bergurau memang tak salah tapi berpada pada lebih lebih lagi bergurau pada kekurangan orang lain.

Kekurangan yang memang tak boleh nak ubah & terjadi secara semulajadi tu elakkan la jadi bahan bergurau walau kita nampak orang yang kita bahan tu macam tak kisah & boleh terima sebab kita tak tahu kadang2 benda tu buat orang lain jadi down secara diam diam.

Macam saya.. saya ni seorang yang pendek. Maksudnya tinggi tak sepadan dengan umur la. Masa sekolah memang orang panggil pendek tu memang rasa down juga tapi kadang2 buat cool.. wat lex wat peace katanya tapi jauh di sudut hati.. Rasa macam terhina sangat. Sementara nak adapt benda tu dalam hidup memang kita melalui fasa sedih, terasa, terhina, down, rasa rendah diri.. tapi macam biasa la.. bila umur makin bertambah benda tu dah jadi biasa so takde la rasa down sangat. kawan kawan saya memang suka usik saya dengan benda tu pun.. Tapi kita tahu yang mana menghina yang mana sebenarnya saja menyakat. Dengan kawan kawan yang dah biasa.. saya ok jer.

Moral of the story.. Pelat R ni bukan saja di buat buat.. tapi pelat R boleh di hilangkan melalui terapi. Antara latihan yang anda boleh buat adalah seperti berikut..

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk menghasilkan bunyi /r/:

Angkat lidah depan ke atas dan gerak menghala ke belakang.
Kemudian tarik lidah ke bawah sedikit tanpa menyentuh lelangit.
Keluarkan suara untuk menggetarkan lidah dan menghasilkan bunyi /r/.

Beberapa aktiviti lain yang turut membantu penghasilan bunyi /r/ adalah:

Sumber : Myhealth.gov.my

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com