MAYAT VOKALIS KUMPULAN ROCK MELAYU 80AN DITEMUI DALAM KEADAAN MENYEDIHKAN

1/31/2017 09:04:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

MAYAT VOKALIS KUMPULAN ROCK MELAYU 80AN DITEMUI DALAM KEADAAN MENYEDIHKAN. Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga & sahabat handai Vokalis kumpulan rock 80an.. Ujang Samudera yang di khabarkan telah meninggal dunia. Kumpulan samudera pernah popular dengan lagu Salam Sejahtera di zaman kegemilangan mereka.


Selepas Vokalisnya Ujang tidak aktif lagi menyanyi beliau bekerja di sebuah kilang sawit di Felda Palong Timur, Segamat sehingga beliau di temui meninggal dunia di kediamannya selepas 6 hari tidak datang bekerja.


Sebab risau salah seorang rakan sekerja Arwah Ujang atau nama sebenarnya Sarfen Husin berkunjung kerumahnya di FELDA Palong Timur, Segamat dan menemui mayatnya dalam keadaan yang agak menyedihkan sebab menurut jiran arwah berkemungkinan meninggal dunia sejak tiga hari lalu. Tapi tak payah kita buat spekulasi macam mana keadaan mayat Arwah...  Cuma kita doakan moga roh beliau di ampuni segala dosa dosanya & di tempatkan di kalangan orang orang beriman.


Mungkin arwah meninggal dunia sendirian di rumah.. Wallahualam. Kematian di klasifikasikan sebagai mati mengejut bermakna tiada unsur2 jenayah ke hapa. Mungkin dah sampai masanya.. Takkan terlewat atau cepat walau sesaat.

Apapun.. semoga di permudahkan segala urusan terakhir arwah di dunia ni.. Moga di beri kebahagian di alam abadi sana. Al Fatihah untuk Allahyarham Sarfen Husin.

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DI LAMAR GADIS BUNIAN SEMASA HILANG 6 HARI DI BUKIT BROGA

1/31/2017 02:41:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

DI LAMAR GADIS BUNIAN SEMASA HILANG 6 HARI DI BUKIT BROGA. Kecoh satu Malaysia dengan berita pasal Mohd Azarul Mukhriz yang hilang & sesat di bukit broga selama 6 hari & di temui semula di tempat yang sama dia di kesan hilang pada hari 7. Benda2 macam ni memang menjadi persoalan apa yang berlaku selama 6 hari dia bersendirian dalam hutan tanpa bekalan makanan & peralatan yang cukup? Di jumpai dalam keadaan yang tiada sebarang kecederaan atau pengsan ke hapa.. Malah masih bernyawa & mampu berjalan tu kira memang menakjubkan jugak. Dia mampu survive selama 6 hari.. Apa yang berlaku sebenarnya?

Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman ketika di selamatkan selepas 6 hari hilang di bukit broga

Ni kira sumber2 tak sahih sangat la aku baca.. Just kita baca sebagai hiburan macam tengok filem seram David Teo je la yer..Nak kata rekaan semata mata pun kang jadi tuduhan tak berasas. Tapi tu la... sejauh mana kebenarannya, Aku sendiri tak tahu. Supaya tak jadi pertikaian maka aku mention siap siap kat sini. Almaklum la aku ni memang minat dengan cerita2 berkaitan alam ghaib ni.. Even macam tu aku tak obses sangat. Apa yang aku rasa mengarut aku just baca sebagai hiburan semata mata.

Menurut cerita yang aku baca la kan.. Cerita ni konon di ceritkan balik Azarul kepada seorang hamba Allah yang duduk di wad dengan dia.. Masa dia mula nak mendaki bukit broga tu dia nampak ada kelibat seorang budak kecik yang dok bagi petunjuk jalan sampai la dia tersesat. Katanya sepanjang dia hilang dia di jaga oleh penduduk yang majoriti warna pakaian mereka semua putih. Seperti yang di gambarkan dalam cerita2 pasal bunian ni.. Kita boleh agak mungkin dia maksudkan orang bunian walaupun bunian bukan spesis orang (manusia). Orang bunian ni bukan manusia dari alam ghaib ok! Dia spesis Jin jugak.. Aku pernah baca katanya bunian adalah dari spesis Jin Islam. Jangan tak tau jin pun ada macam2 bangsa & agama jugak ok!

Dalam banyak2 penduduk kat situ katanya ada 2 orang je perempuan yang sangat cantik. Memang cantik yang di gambarkan tu tak ada tandingan dengan mana2 perempuan dia pernah tengok dalam golongan manusia ni la. Jangan nak compare dengan aku.. Aku lain.. aku memang cantik macam bunian so mungkin kecantikkan tu setanding aku la kot.. hahahaha. Ok sila muntah tepi skrin! Tapi yang pernah aku dengar sebenarnya jin yang kita nampak ensem & cantik tu bukan rupa sebenar mereka. Kalau depa tunjuk rupa sebenar rasa trauma sepanjang hayat sapa2 yang tertengok tu.

Salah seorang dari dua gadis bunian tu, offer dia kawen. Selalu gitu kan.. Gadis bunian ni memang jenis perigi cari timba gamaknya. Dia memang akan pinang mana2 manusia dia suka tapi ada term & condition dia. Takde dia suka kau.. terus kau boleh kawen tanpa syarat. Antara syarat yang katanya Mohd Azarul ni tak boleh nak accept.. dia tak boleh lagi balik jumpa mak ayah dia. Kalau dia langgar pantang dia akan jadi gila.. Syarat tu pun dah gila sangat bagi seorang anak kan. Maka di tak dapat penuhi syarat.

Sampai hari ke 7 katanya gadis bunian tu ajak dia kawen dia tetap menolak.. tu sebab hari ke 7 dia di lepaskan dari alam ghaib & di temui pasukan penyelamat yang menyertai misi pencarian.

Pengajaran yang dia dapat dalam pengembaraan dia ke alam bunian tu katanya.. penduduk situ tidak bekerja cuma rutin mereka beribadah. Tapi kita yang hidup kat alam manusia ni jangan pulak sampai malas bekerja guna alasan nak beribah jer.. Habis tanggungjawab lain yang Allah amanahkan tu sapa nak pikul. Cuma seimbangkan la..

Dari apa yang aku baca memang boleh terjadi manusia masuk ke alam ghaib & memang ada berlaku manusia berkahwin dengan Jin. Aku dah lupa aku dengar pendakwah mana cakap pasall tu.. Tapi dari orang terkenal jugak la. Cuma tidak di galakkan dalam Islam. Yup.. Jin juga ada kehidupan mereka macam manusia.. ada kampung.. ada penempatan jadi tak mustahil dalam hutan belantara tu di sebalik pokok2 & semak samun yang kita nampak ada penempatan golongan Jin. Macam aku pernah cakap kat entri sebelum ni.. Antara dua sebab je kalau Jin tu tawan manusia kat alam ghaib.. samada kita buat perkara dia tak suka atau dia suka kat kita je. hehehehe

Moral of the story.. Banyak perkara yang tidak boleh di buktikan dengan sains & teknologi. Ilmu alam ni sangat luas.. Sebagai umat Islam kita wajib percaya kepada alam ghaib tapi bukan taksub sehingga mensyirikkan Allah & melakukan perkara2 khurafat.

Boleh rujuk entri kes kehilangan Mohd Azarul kat sini >> MISTERI! HILANG 6 HARI DI PUNCAK BUKIT BROGA AKHIRNYA DI TEMUI DI TEMPAT YANG SAMA <<

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

INI BERLAKU PADA KENING BILA GUNA MAYBELLINE FASHION BROW CREAM PENCIL

1/31/2017 12:03:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

INI BERLAKU PADA KENING BILA GUNA MAYBELLINE FASHION BROW CREAM PENCIL. Perempuan & kecantikkan memang tak dapat di pisahkan walau ada jugak perempuan yang tak kisah pasal makeup, skincare bagai.. Tapi tipu la kalau dia taknak cantik. Cuma beza samada rajin nak membelai muka atau tak je kan.. Macam aku bab ni memang kategori tipikal perempuan la.. Aku suka nampak cantik & aku juga nak jadi cantik.
Maybelline Fashion Brow Cream Pencil, black color

Aku kategori yang memang suka makeup.. Jadi tak pelik kalau aku review produk kosmetik. Ahad lepas sempat singgah guardian. Macam biasa la.. Kalau menyinggah tu memang jarang keluar tanpa hasil tangkapan even masuk tu sebenarnya nak cari syampoo je kan. Terrrrrrr.. ambil la Maybelline fashion Brow cream pencil, black color. Sebab eyebrow pencil aku yang hitam tu nampak macam tak berapa best je nak guna. So, cari yang creamy sikit supaya senang nak melukis & mewarna kening.

Harus la esok hari tu terus cuba ok!! Sambil mengasah bakat membentuk & melukis kening. Aku pun bab conteng2 kening ni masih level amatur. Nak2 jenis kening serabut macam semak samun ni memang perlukan kesabaran & ketelitian untuk di bentuk tanpa perlu mencukur kening. Tapi sebab aku ni memang gigih belajar setiap hari.. Rasa macam lembut sikit jari jemari aku nak membentuk kening guna eyebrow pencil sekarang ni. Tu nampak dah skill MUA katanya hahahaha... (sila muntah).

Dengan Maybelline Fashion Brow Cream Pencil ni.. Sebab jenis cream so lembut sangat. Warna dia pun kita calit2 dengan tekanan sederhana pun dah boleh melekat. Warna dia pun natural.. Ok suka. Yelah.. Hitam warna semulajadi bulu kening kan.. Kau selama ni dok conteng kening dengan dark brown feelling anak mat saleh kena sapu arang tu.. Memang la tak nampak natural warna kening cuma takde nampak janggal sebab benda tu ramai yang buat. Still masih cantik katanya. hahahaha

Dah test ok! Tak berketul2 eyebrow pencil dia bila kita apply kat kening. Kalau orang expert bab2 makeup ni mungkin hasil dia lebih cantik la kot.. hehehehe

Kita boleh sapu lite2 (nipis) kalau tak nak kening tu terang benderang sampai boleh nampak kening je dari jarak jauh.. Atau nak nampak garang macam ahli sihir boleh je tebalkan & pekatkan warna dia. Bergantung macam mana yang anda rasa nampak cantik la. Macam aku memang suka yang tak terang sangat & tak terlalu nipis warna ni. At least nampak kening tu dah cukup.. Jangan tak nampak langsung nanti kena tangkap masuk dalam sangkar pulak. Yelah orang ingat burung hantu ke hapa takde kening kan. hehehehee

Selain memberi hasil yang memuaskan.. Ni paling penting. Walaupun maybelline katanya harga tak la menjuling biji mata sangat nak membayar. Kat guardian aku beli cuma RM8.40 je Uolls... Rasanya yang fake lagi mahal selalunya fake cosmetic ni eyebrow ke eyeliner RM10 kan. Buat apa beli fake.. Beli ke original jenama maybelline ni tak sampai RM10. Tidak berisiko pada kulit anda.

Sapa kata cosmetic ni mahal sangat sampai kena skip sebab nak jimat perbelanjaan. Yelah.. sekarang ni zaman ekonomi macam musim hujan.. Turun je tak naik naik katanya.  Sebenarnya kita masih boleh mencantikkan diri dengan membeli kosmetik yang harga mampu milik.. kita ada pilihan samada nak beli yang harga lebih murah & kualiti dia baik. Kalau level2 amatur tu kau pakai yang murah2 dulu sudah... hehehehe

Jadi pelukis pelukis kening sekalian.. Kalau berminat nak cuba maybelline Fashion Brow Cream Pencil ni memang aku rekemen jugak la. Harga murah tapi hasil & kualiti dia memuaskan. Selamat mencuba hehehehe

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RESEPI AYAM MASAK LEMAK TANPA CILI PADI

1/30/2017 03:20:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

RESEPI AYAM MASAK LEMAK TANPA CILI PADI. Normally orang buat masak lemak jenis berlauk ni memang letak cili padi atau cili apa atau apa2 cili la.. Cuma beza pedas dengan kurang pedas je kan.. Tapi memandangkan mak mertua kami tengah tak sihat.. Dia pun tak mau makan pedas pedas dalam tempoh dia masih uzur macam tu. Nak masak singgang je manjang.. Alahai kesian pulak kan. Lagipun tekanan darah dia dah turun kadang2 low.. So meh la kita bagi dia makan yang boleh naikkan darah dia supaya sentiasa di paras normal.


Maka sebab kat rumah den ada ayam.. Ayam yang den nak masak rendang sebenarnya. Almaklum la raya kan even raya cina sekalipun. Bila tinggal kat malaysia ni.. Semua raya kita berpeluang cuti maka di kira kita pun macam raya jugak la kan. Ada la tinggalkan sikit untuk masak kat mak mertua. Sebab bahan2 masak lemak ni ada persamaan dengan masak rendang.. so dari membazir bahan2 yang berlebihan maka berlaku la kisah masak lemak ayam tanpa cili padi di dapur sekangkang kera cik minah tak berapa gebu ni..

Bahan bahan nak buat Ayam masak lemak ni adalah

1.Ayam
2. Serai
3. Lengkuas
4. Halia
5. Kunyit hidup
6. Daun kunyit
7. Daun limau purut
8. Bawang besar
9. Bawang putih
10. Santan

Cara memasak..

1. Kisar Serai, lengkuas,bawang besar, bawang putih, kunyit hidup & halia
2. Ambil kuali tuangkan bahan kisar & masukkan ayam yang dah di cuci & di potong kemudian buka api.
3. Campak je daun kunyit yang dah di simpul & daun limau purut
4. Biar masak sampai mendidih kemudian masukkan santan.
5. Biar sampai masak & tutup api.

Dengan beberapa step mudah dah siap ayam masak lemak tanpa cili padi. Bukan je sesuai untuk orang2 yang tak boleh makan pedas malah untuk kanak kanak juga. Walau tanpa rasa cili padi tu tetap sedap ok! Lemak berkrim di sukai ibu mertua katanya hehehehe

walaupun tanpa cili tapi kesedapan dia tetap menyerlah ok. Ni letak siap2 dalam bekas pakai buang. Senang tak payah collect balik dah hahaha. Sebagai menantu yang baik kena la sekali sekala masak untuk mak mertua bukan je tunjuk baik masa sebelum jadi menantu je

Kalau yang nak convert masakan ni bagi pedas just kisar je dengan cili padi atau cili api mengikut kepedasan yang korang nak. Step memasak dia tetap sama. Cuma ada orang suka menumis bahan kisar guna minyak tapi aku guna kaedah merebus je semua. Sebab ayam & santan tu dah ada minyak. So tak payah berminyak minyak sangat nanti naik minyak pulak orang yang makan. hahahaha

Moral of the story.. Resepi ni utara style ok bukan nogori 9 style. Kena mention siap2 satgi ada yang dok pertikai orang negeri 9 masak lemak tak macam ni.. tak macam tu bagai. hehehehe

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KISAH SEORANG SUAMI SANGGUP KE IPOH & KEMBALI KE PARIT UNTUK AMBIL GAMBAR ARWAH ISTERI DI BAWA KE MAJLIS PERKAHWINAN ANAKNYA

1/29/2017 10:02:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

KISAH SEORANG SUAMI SANGGUP KE IPOH & KEMBALI KE PARIT UNTUK AMBIL GAMBAR ARWAH ISTERI DI BAWA KE MAJLIS PERKAHWINAN ANAKNYA. Pagi2 hati bagai di sentap membaca sebuah kisah cinta dari seorang lelaki teragung katanya.. Kau tetap tu nak guna ayat2 drama. Biasa la.. lebih dramatik lebih terkesan di hati katanya.. Tapi betul la kisah seorang pakcik ni memang buat aku rasa..'Alahai.. sedih campur terharunya. Yelah.. kebanyakkan lelaki lepas isteri meninggal je tak sempat kering tanah kubur dah sibuk nak cari penganti kan.. Tapi bukan semua lelaki yang cari penganti selepas isteri meninggal dunia tu cepat sangat lupakan isteri dia.. Mungkin kerana dia fikir perlu seseorang menggantikan ibu kepada anak anak & mengisi kekosongan dalam kehidupan..Tak salah pun dari yang bini tak sempat mati dah bawa lari perempuan lain kawen senyap2 kat negara jiran kan.


Walaupun ramai lelaki yang tak sempat tunggu bini mati dah nak cari penganti.. di celah celah tu masih ada lelaki teragung yang setia sepanjang hayat dengan isteri yang selama ini berkongsi hidup, susah & senang bersamanya. Di cerita oleh seorang photographer di media sosial tentang pakcik ni.. Dia sanggup balik kerumah dia di Ipoh semata mata nak ambil satu sampul berisi sekeping gambar isterinya untuk di abdikan semasa photoshoot majlis perkahwinan anaknya.. Katanya takut tak cukup korum (tak lengkap potret keluarga)


Menurut photographer yang menceritakan kisah pakcik tu katanya setiap hari sepanjang 4 tahun dia akan ke pusara isterinya membawa bunga.. Sweetnya. Semoga pakcik ni bertemu isterinya di syurga nanti. Ya Allah semoga pasangan kita nanti pun akan terus meletakkan kita di hatinya walau mungkin jasad kita yang di liang lahat dulu kan...


Walaupun cerita2 macam ni selalu wujud dalam drama cinta atau novel cinta.. kisah pakcik ni membuktikan masih wujud lelaki teragung bukan hanya dalam drama cinta. Alahai.. mungkin kat luar sana pun masih ramai lelaki lelaki macam tu cuma kisah mereka tak berpeluang jadi viral.. Mungkin jugak akan datang salah seorang dari lelaki lelaki teragung ni adalah pasangan hidup kita, kan? siapa tahu... hehehee

Moral of the story.. Kadang2 lelaki ni tak tunjuk kasih sayang dengan kata kata tapi perbuatan buat orang perempuan jadi wasangka bukan bukan macam kisah suami isteri ni >> Anda Akan Anggap Lelaki ini Suami Paling Teruk.. Tapi Yang Berlaku sebaliknya. So tengok sendiri << Sebab kaum lelaki ni kadang2 susah nak di jangka kan.. Jadi untuk keharmonian rumah tangga perlu saling percaya antara satu sama lain.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RESEPI NASI LEMAK BAJET

1/28/2017 05:08:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

RESEPI NASI LEMAK BAJET. Zaman ekonomi makin down ni semuanya kena bajet. Bukan je bajet makan kat luar jer kena cut cost.. bajet nak memasak pun kena cut cost. Ayam ikan semua makin mahal.. apatah lagi kelapa & santan. Jadi pada golongan yang pendapatan tak seberapa tu belajar2 kurangkan kos makan kat luar & kos nak memasak juga.


Sebab hari aku masak nasi lemak bajet.. Bajet tu bukan apa. Barang basah semakin mahal tu salah satu alasan jugak tapi alasan paling relevan sebenarnya malas nak pergi kedai. Nak bajet tenaga supaya tak banyak keluar... Nanti banyak keluar tenaga kena banyak makan balik untuk tambahkan tenaga katanya. Hahahaha... Manusia memang suka bagi alasan. Terus terang je kau malas kan senang.

2 hari lepas rasanya ada masak guna sikit santan kotak.. Maka ada lebih lagi aku simpan dalam peti ais. Bangun pagi cium & rasa santan tu masih elok. Kalau simpan lagi lama confirm rosak. Aku ni jenis tak suka pembaziran tu yang kadang2 ada je aku recycle jadi macam macam menu kalau ada masakkan aku yang tak habis makan katanya. Sedar diri kita bukan orang kaya raya.. Jadi hidup la seperti seadanya. Jangan kau tak mampu gigih nak makan macam orang ada ada.. Lepas tu meraung kat wall FB cerita kat orang terpaksa kira syiling untuk mengalas perut. hehehehe

Rasanya dah panjang sangat aku membebel tak tentu hala.. Maka marilah kita ke dapur sekangkang kera cik minah tak berapa gebu ni...

Bahan bahan nak masak nasi lemak bajet ni aku guna apa jer yang ada dalam rumah waktu tu..

Bahan bahannya nak masak nasi lemak..

1. Beras dalam 2 pot kecil (aku guna beras Ribbon wangi. Sejenis beras wangi yang sedap di makan tapi tak sesuai buat nasi goreng sebab agak lembut)
2. santan (aku guna santan kotak dalam sepatuh kotak kecik tu. Erkk rasa lebih sikit pada separuh kot)
3. Bawang besar
4. Bawang putih
5. halia
6. garam

Cara memasak nasi lemak

1. Cuci beras & toskan
2. Masukkan beras dalam periuk nasi. Masukkan santan, bawang besar yang di hiris,bawang putih yang di ketuk, halia yang di hiris memanjang & garam secukup rasa. Masukkan air mengikut sukatan yang di perlukan. Kalau santan tu dah cukup air tak perlu tambah air. Macam beras aku guna kena kurang sikit air supaya nasi tak lembik sebab dia beras wangi agak lembut.
2. Kalau korang guna rice cooker masak macam biasa la kan.
3. Biarlah dia sampai masak.. kemudian kacau2 sikit dengan chopstick untuk sebatikan rasa.

Bahan bahan memasak sambal tumis ikan bilis

1. Ikan bilis (di goreng)
2. Bawang Besar
3. Bawang putih
4. Sedikit belacan
5. Cili kering yang dah di rebus atau di rendam sekejab dalam air panas
6. Air asam jawa
5. Garam
6. Minyak masak untuk menumis

Cara memasak sambal tumis

1. Kisar Bawang besar, bawang putih, cili kering & belacan.
2. Panaskan minyak dalam kuali & tumis bahan kisar tadi.
3. Tunggu sehingga cili yang di masak tadi pecah minyak masukkan sedikit air asam jawa
4. Dah masak cili tadi.. masukkan ikan bilis yang dah di goreng. Tapi simpan sikit ikan bilis goreng untuk di makan nanti.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Kalau yakin dah masak tutup la api jangan membazir gas.

Last sekali rebus telur. Kalau ada ulam ulaman seperti timun.. potong la. Kalau takde pun takpe masih kenyang makan nasi lemak tanpa ulam timun. Ada orang suka makan dengan kacang tanah goreng. Kalau ada boleh hidangkan sekali nanti. Tapi aku memang tak suka makan kacang tanah dengan nasi lemak.

Dah masak semua jangan tengok jer.. Pepandai la senduk & makan sendiri. Jangan tunggu orang suap takut mati mereput kat situ pulak. hahahahaha

Satu hidangan nasi lemak sangat bajet. Nampak sedap tak? hahaha

Apapun nasi lemak ni aku masak tanpa perlu mengeluarkan bajet harian. Guna bahan2 mentah yang ada dalam rumah so kalau ada bahan perasa tambahan yang aku skip tu pepaham je la yer. Tetap rasa nasi lemak & sambal yang sedap ok! Sebab tu aku namakan nasi lemak bajet hahahaha

Moral of the story.. zaman ekonomi meleset ni memang kena pandai rancang perbelanjaan. Mungkin sebelum ni kalau kita pergi beli bahan basah untuk stok memasak main ambil & bayar.. Ada yang tak sempat nak masak dah rosak, mulai sekarang kita kena mula belajar membeli secara bijak. tapi mungkin sebelum ni kita dah biasa hidup selesa tanpa perlu struggle sangat nak rancang perbelanjaan mungkin susah sikit nak buat.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MISTERI! HILANG 6 HARI DI PUNCAK BUKIT BROGA AKHIRNYA DI TEMUI DI TEMPAT YANG SAMA

1/28/2017 02:24:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

MISTERI! HILANG 6 HARI DI PUNCAK BUKIT BROGA AKHIRNYA DI TEMUI DI TEMPAT YANG SAMA. Rasanya ramai yang mengikuti kes kehilangan seorang remaja 20 tahun Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman , yang berasal dari Pantai Merdeka Sungai Petani Kedah semasa mendaki bukit broga bersama 5 lagi rakannya yang lain. Kes kehilangannya menjadi viral bila salah seorang individu yang menyertai pasukan penyelamat untuk misi mencari remaja tu memuat turun 1 video dimana emak kepada remaja tersebut turut menyertai misi pencarian. Paling menyentuh hati bila ada rakaman yang menunjukkan mak dia memanggil manggil sayu nama anak dia dalam hutan.


Video ibu kepada Mohd Azarul Mukhriz yang memanggil manggil nama anaknya

Dia hilang sejak Ahad lalu tapi Alhamdulillah di temui dalam keadaan selamat. Sempat terbaca kat berita online tadi katanya pasukan penyelamat berpusing2 tempat yang sama di mana tempat dia hilang tu.. Akhirnya jumpa kat situ. Bayangkan macam mana dia boleh di temui di tempat yang sama dia di kesan hilang? Secara logik akal memang susah la nak jawab. Apa ke mistiknya kan kejadian macam ni. Tapi bukan sesuatu yang pelik.. Sebagai umat Islam kita wajib percaya kepada alam ghaib. Mungkin tu perbuatan Makhluk Alam Ghaib yang menutup pandangan orang2 yang mencari budak tu..


Menurut cerita Mohd Azarul Mukhriz, masa dia tersesat puas jugak dia pusing2 alih2 sampai kat tempat yang sama jugak. Normally orang yang sesat dalam hutan kebanyakkan akan berlaku perkara macam tu. Selalunya melibatkan gangguan dari makhluk halus la. Dia tutup jalan.


Tak tau la apa silap.. Mana salah.. Salah siapa sampai dekat 6 hari hilang baru jumpa di tempat yang sama di hilang.. Tak perlu kita nak fikir sangat. Janji budak tu pun dah selamat di temui dalam keadaan masih bernyawa tu pun dah syukur sangat. Mungkin doa mak dia & orang2 sekeliling.. Allah makbulkan. Berkat usaha semua pihak yang terlibat Misi pencarian yang sepatutnya tamat selepas 3 hari tu tetap di teruskan. Bayangkan.. selepas 3 hari dah tiasa misi pencarian sedangkan dia masih bernyawa di atas bukit sana.. Tak tau la kan apa yang akan berlaku dalam keadaan lemat & penat. Mampu ke dia survive untuk cari jalan keluar.

Video semasa remaja tersebut di temui

Moral of the story.. sebab tu orang tua2 dulu nak masuk hutan banyak sangat petua. Kalau ada petanda2 yang pelik mereka takkan masuk hutan pada hari tu. Aku dah lupa apa petanda tu. Makcik aku pernah cerita pasal tu. Tokwan aku dulu kalau nak masuk hutan pun berlaku sesuatu yang seolah2 bagi signal jangan masuk hutan dia takkan masuk hutan. Tu sebelum masuk hutan.. dalam hutan tu banyak petua yang orang dulu amalkan supaya tak tersesat. Pantang larang orang dulu2 bukan semua mitos atau dogeng.. Bukan semua kuno tidak boleh di pratikkan zaman moden.. Jangan berlagak sangat wahai anak muda. Jadi patuhilah pantang larang bila nak masuk hutan selagi ia tidak ada unsur mensyirikkan Allah.

Untuk entri berkaitan >> DI LAMAR GADIS BUNIAN SEMASA HILANG 6 HARI DI BUKIT BROGA

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

JANGAN LALU BAWAH RANTING BENGKOK DALAM HUTAN MUNGKIN LALUAN BUNIAN KE ALAM GHAIB

1/27/2017 08:23:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

JANGAN LALU BAWAH RANTING BENGKOK DALAM HUTAN MUNGKIN LALUAN BUNIAN KE ALAM GHAIB. Hari ni terbaca satu kisah seorang ibu yang sanggup sertai misi pencarian anak dia yang dah hilang dalam hutan semasa mendaki di bukit broga. Kat situ terbaca satu sharing petua kalau tersesat dalam hutan. Sebab siang tadi malas nak tulis pasal tu.. So biarkan.. Malam ni terbaca pulak kat says pasal petua kalau masuk hutan ni. Rasanya agak menarik jugak nak share kat blog lekatlekit.


Kita sedia maklum hutan belantara, bukit bukau & gunung ganang menjadi penempatan makhluk2 ghaib..  Kita tak nampak depa, tapi depa nampak kita. Mungkin apa yang kita nampak, kita pegang, kita pijak & kita lihat cuma pokok, daun,rumput, semak samun.. Di sebalik terlindung dari pandangan mata kasar kita mungkin perkampungan makhluk jin. Jin pun macam manusia jugak.. Kalau dia bertindak kadang2 ada la sebabnya. Samada hangpa dah buat sesuatu yang depa tak suka.. Atau depa suka kat hangpa. Hehehehe

Untuk elak sesat.. Kalau nampak ada di antara kawan2 yang join masuk hutan dengan korang jalan laju panggil 3 kali kalau dia tak menoleh atau menyahut.. Terus menonong je jalan.. jangan ikut. Sebab Kemungkinan dia bukan kawan anda.. Mungkin jelmaan yang nak menyesatkan anda kalau anda ikut dia.

Selain tu jangan ikut laluan kalau nampak macam ada ranting pokok yang bengkok macam  membentuk pintu gerbang.. Jangan ikut laluan bawah ranting bengkok tu. Menurut sumber yang aku baca katanya menurut petua orang tua.. Ia mungkin menjadi laluan bunian (jin) ke alam mereka (alam ghaib). better ikut jalan ni takut kang termasuk alam ghaib tak keluar keluar dah. hehehehe


Tu petua Antara petua yang aku baca kalau masuk hutan untuk mengelakkan dari tersesat.. Tapi kalau tersesat petua yang aku baca.. Salah satunya Azan & baca ayat kursi.. Sebab jin & syaitan memang akan lemah dengan perkara tu. Insya Allah dengan izin Allah akan jumpa jalan keluar. Jika sesat tu ada kaitan dengan perkara mistik la. Tapi selalunya kalau sesat dalam hutan belantara.. pusing2 asyik jumpa tempat yang sama.. memang berkemungkinan ada kaitan dengan jin la tu. Selebihnya kalau korang nak baca boleh baca kat sini >> Petua Masuk Hutan <<

Moral of the story.. Seperti kita tahu hutan salah satu tempat perkampungan jin.. Bila kita masuk tempat orang even kita tak nampak hormati la. Jangan buat benda bukan2.. Jangan berlagak.. Jangan buat kotor. Kita pun marah kalau orang masuk kampung kita kemudian buat benda2 yang kita tak suka, ye dak.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DALAM FILEM BULI SEMUA ORANG MELIHAT SUDUT JAHAT ROY

1/27/2017 02:45:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

DALAM FILEM BULI SEMUA ORANG MELIHAT SUDUT JAHAT ROY. Sedang di tayangkan kat tv3 untuk slot wayang minggu ni filem Buli. Bukan filem baru tapi dah lama.. Filem pertama Arahan Pelakon & Pengarah Afdlin Shauki pada tahun 2004. antara filem yang terbaik & banyak moral of the story bagi aku. Antara filem yang aku boleh tonton banyak kali jugak. Sapa kata aku tak support filem tempatan.. Yang best tetap aku support ok. Filem Buli juga mendapat sambutan yang baik semasa tayangannya pada 2004.


Filem ni mengisah seorang lelaki gemuk bernama Nordin (watak Utama) yang sejak kecik sering di buli oleh seorang kawan dia Roy.. Ingat dah habis sekolah dah berkerja bagai dia takkan berjumpa lagi dengan kaki buli bernama Roy tapi di takdirkan Roy masuk bekerja kat syarikat yang dah 3 tahun Nordin bekerja. Bermulah episod kembali di buli oleh Roy yang jahat tu.. sehingga dia di buang kerja kerana di aniaya roy.. Akibat dari kejadian tu Nordin terlalu kecewa sehingga cuba mencederakan dirinya.. Tapi sempat di selamatkan kawan serumah dia. Kawan serumah Nordin bagitau apa yang berlaku pada Dr Ika, so Dr Ika bertindak untuk merawat Nordin bila tekanan yang di hadapi Nordin semakin serius sehingga cuba membunuh diri. Selepas tu Nordin di rujuk wad psychiatric untuk rawatan. Selepas pulih.. dia keluar menuntut kembali hak dia yang di rampas Roy & membongkar segala kejahatan Roy.

Dalam filem ni memang watak Jahat tu Roy.. Ada satu babak di mana Roy bawa Nordin ke surprise birthday party dia.. Bila Nordin tanya kalau macam mana dia boleh tahu kalau surprise party.. Dia cuma jawab.. sebab dia yang suruh kawan kawan dia buat surprise party untuk dia. Kat situ nampak Roy sebenarnya tiada kawan. Yang baik dengan dia atas alasan kawan tu semuanya sebab dia ada kepentingan. Roy kan berduit.. Gaji RM10K sebulan katanya.. Kesian juga aku masa babak tu.. Nampak Roy sebenarnya tak ada orang sayang & pedulikan dia. Maybe sebab dia jahat jugak hahahaha

Filem buli ni ada sambungan Buli balik.. Dalam Buli balik tu membongkar kenapa Roy menjadi kaki buli. Sebenarnya dia mangsa dera bapak dia sendiri membuat dia menjadi seorang yang suka buli. Tu la bila selalu di kasari seorang anak akan jadi kasar & tak mustahil dia akan jadi kaki buli jugak. Jadi peringatan kepada kita sebagai mak bapak ni.. Jangan mendidik anak dengan kekerasan.. Mungkin memberi kesan buruk dari sudut emosi & tingkah laku untuk jangkamasa panjang.

Roy yang sebenarnya patut di terapi oleh doktor Ika, bukan Nordin. Roy sebenarnya mempunyai masalah tekanan emosi sehingga menyusahkan & memberi tekanan pada kehidupan orang lain. Kalau dia tak mempunyai sejarah hitam dalam hidup, di jaga & didik dengan penuh kasih sayang mungkin dia pun jadi baik macam Nordin. Kesian jugak la kan bagi orang2 yang ada sejarah hidup macam tu.

Filem ni memang best.. Sebab filem ni dah lama jarang2 lagi di tayangkan kat TV. Lagipun filem2 best macam ni selalu di tayangkan kat TV untuk hari hari tertentu contoh macam sekarang cuti Chinese New Year kan.. Tapi tu la kadang2 ada orang cuti ke tak selalu busy. Selalu je terlepas filem,drama atau rancangan tv kegemaran dia..

Moral of the story.. Filem yang bermoral akan buat kita berfikir & mengambil pengajaran dari ceritanya. hehehee

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

3 ORANG YANG PALING MEMBERI MOTIVASI DI FACEBOOK

1/27/2017 11:44:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

3 ORANG YANG PALING MEMBERI MOTIVASI DI FACEBOOK. Untuk menjadi seseorang yang bermotivasi kepada orang lain kita tak perlu nak cari publisiti untuk dapatkan populariti. Orang yang popular sekarang ni kadang2 nothing pun.. Kadang2 dia popular sebab kebodohan dia sendiri atau bijak mengambil kesempatan & peluang padahal apa yang ada dalam diri dia tu biasa - biasa jer kan.. Yang betul2 patut di angkat menjadi bermotivasi tu kadang2 tenggelam sebab mereka sangat low profile & terus positif menjalani hidup.


Kat Facebook ada beberapa orang kawan yang aku suka sangat tengok aktiviti & membaca cerita2 mereka.. Sangat memberi motivasi & inspirasi pada aku. Bagi aku mereka antara orang2 yang positif aku kagumi walaupun mereka bukan la dok up kata2 peransang atau motivasi tapi dengan membaca cerita tentang hidup & aktiviti mereka walau tidak terlalu peribadi.. Yelah.. walaupun aku di label negative person manjang.. Tapi aku pun manusia.. Tak semua orang aku pandang negative je kan. 

Orang yang positif tak memandang orang lain negatif.. Kalau kita asyik dok mencebik dengan orang tu ni.. Tak suka orang tu ni.. Kita pun ada sikap negatif jugak jadi tak payah bajet positif & semulia mulia manusia sangat la kat media sosial.


Kat Facebook aku orang2 yang konon acah2 depa la paling positif bukan nak sangat berkawan dengan aku.. Kalau pun depa friend.. depa unfollow kan ataupun depa unfriend & blocked je aku.. Tapi sebenarnya masih lagi kawan2 yang tak acah2 orang positif namun masih melihat aku ada positif & negatifnya & masih sudi berkawan dan beramah mesra di facebook.. cuma nak letak kat sini semua sekali memang tak cukup space la hahahahaha.. Jadi aku pilih 3 orang yang aku rasa situasi yang mereka hadapi tu boleh memberi motivasi pada kita yang mungkin tidak di hadapkan dengan ujian hidup macam mereka tapi mereka still positif dengan apa yang di takdirkan pada mereka & berusaha untuk menyebarkan sesuatu yang baik sebagai peransang kepada orang lain yang mungkin senasib dengan mereka... Kalau kita baru di uji dengan tak dapat nak makan sedap pun dah penuh wall mengadu maka malulah dengan mereka2 yang di uji lebih hebat dari tak dapat makanan sedap...


Dayang Deno


Nor Atikah Norbaki

Shahada Fauzi.

Kalau korang nak berkenalan dengan mereka boleh la terus ke FB mereka. Insya Allah mereka antara kawan2 yang post2 mereka jarang nak buat orang lain sakit hati. Hahahaha...

Selalu aku dok baca caption pengamal media sosial yang acah2 positif.. konon nak jadi seorang yang positif kena berkawan & bergaul dengan orang2 positif. Tapi bagi aku yang sama banyak positif & negatif ni, mustahil la kita mampu jadi sentiasa positif setiap masa. Kadang2 kita akan jadi negatif pada sesuatu perkara atau seseorang yang kita tidak suka. Orang yang kita nampak sentiasa positif tu pun ada hari dia negatif jugak...



Tapi kebanyakkan aku dok nampak orang yang konon tak suka di kelilingi orang2 yang beraura negatif katanya.. dia sendiri pun penuh aura negatif. Contoh dia konon tak suka orang yang suka menyindir so dia keluarkan status menyindir golongan tersebut.. Tanpa sedar dia sendiri buat perkara yang konon dia anggap negafif & dia tak suka. Jadi kesimpulannya.. Perbuatan dia tu negatif ke positif? Jawab sendiri lah yer... hahahahaha. Kalau dalam diri sendiri pun asyik pandang negatif kat orang lain tak payah salahkan orang2 sekeliling kau sangat la kan yang menyebabkan kau jadi tak berapa positif.. hahahaha

Moral of the story.. Manusia normal la ada positif & negatif. Selagi kita ada hati & hati kita masih mampu merasa selagi tu kita ada emosi yang up & down. Tapi ada cara kita nak ubah emosi yang sendu. Apapun cara kita ekpresi & kawal emosi tu membezakan kita dengan orang lain.Ada orang jenis apa dia rasa semua dia nak orang tahu kat media sosial.. Tu ada yang marah kat laki, marah kat anak, marah kat mak bapak semua dia tulis... So belajar mengawal apa yang kita nak tulis terutama ketika dalam keadaan beremosi.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SUMPAH IBU KISAH TANGGANG MODEN VERSI PEREMPUAN

1/25/2017 09:25:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

SUMPAH IBU KISAH TANGGANG MODEN VERSI PEREMPUAN. Kita sedia maklum kisah lagenda tanggang ni berkisahkan seorang anak lelaki tunggal yang derhaka kepada ibu dia.. Sebab kecewa seorang ibu bila anak kandungnya menghina & tak mengaku dia sebagai ibu lalu di sumpah menjadi batu.. Bukan dia jer kena sumpah seluruh isi kapal kena sumpah jugak. Tak pepasal yang tak bersalah kena tempiasnya kerana tanggang derhaka.


Tu kisah Tanggang lelaki.. Tapi dalam drama slot azalea di tv9 sekarang, Sumpah Ibu ni kisah pasal tanggang version perempuan. So boleh la kita gelarkan dia sebagai tanggarina kan.. Baru nampak ciri2 perempuan tu kan.. Aku tengok la jugak tapi macam biasa kadang2 skip kadang2 tengok separuh jalan.Susah nak nak follow apa2 drama Tv. Kadang2 busy.. kadang2 lupa... Kalau korang ada masalah macam aku yang selalu terskip rancangan kat TV elok la korang tahu pasal ni >> Jika Korang Ada Benda Ni Confirm Korang Tak Terlepas lagi apa2 rancangan atau drama kat TV <<.

Sebab aku ada jugak tengok maka faham jugak la kisahnya.. Ia Mengisahkan seorang budak perempuan bernama Intan. Bijak budaknya. Rajin belajar tapi keluarga dia miskin. Nak2 lagi lepas ayah dia jatuh sakit & lumpuh, semakin susah la kehidupan mereka sekeluarga. Intan ni ada seorang abang OKU.. macam terencat akal je wataknya. Selain abang yang OKU dia juga ada seorang adik lelaki yang memang tak ngam dia dengan dia. Depa ni asyik bergaduh jer.. Di samping tu dia dah ada seorang boyfriend bernama haris yang sangat baik & selalu tolong keluarga Intan.

Sebab Ayah dia dah lumpuh.. Intan rasa macam terbeban juga dengan masalah kemiskinan mereka buat dia selalu bersikap kasar & suka marah2 mak dia. Tapi sebab Intan ni budak pandai.. Mak dia tetap berusaha untuk bagi dia sambung belajar kat universiti walau terpaksa menjual semua barang kemas dia. Standard la tu.. Mak aku dulu pun biasa buat benda2 tu tiap kali nak buka sekolah atau kakak atau adik aku nak sambung belajar. Masa aku nak masuk kolej pun mak aku keluarkan duit simpanan dia jugak. Bukan sebab Ayah aku tak boleh kerja.. tapi biasa la.. bila tak cukup mak la topup. Biasa la zaman tak berapa senang lenang.. Nak kata susah sangat pun aku malu dengan Allah.. Sebab walau tak kaya raya masih cukup makan pakai & mampu belajar lagi.

Berbalik kepada kisah budak Intan tu tadi... Lepas dah berjaya ke menara gading & habis belajar berjaya dapat pekerjaan yang bagus dia lupa dah sumpah janji dia dengan mak dia dulu, nak tolong family dia yang susah. Dia mula lupa diri lepas dapat boyfriend kaya sampai lupa boyfriend dia yang banyak membantu dia sebelum berjaya dulu.. Nak di jadikan cerita ada project pembinaan nak di jalankan oleh syarikat boyfriend dia tu.. Project tu melibatkan kampung dia termasuk rumah family dia. Intan macam tak ada rasa bersalah jer.. Malah dia tak peduli langsung kalau kampung dia di rampas untuk di bangunkan. Maka musnahlah kampung tempat dia membesar kerana projek tu.

Budak Intan ni memang betul2 lupa daratan lepas dah berjaya sampai tak mengaku asal usul dia. Dia tak pernah lagi balik kampung melawat ayah dia yang sakit sampai la ayah dia meninggal dunia. Malah dia sanggup buat2 tak kenal adik dia sendiri & biar adik dia di pukul semasa datang berjumpa & pujuk dia balik. Mak dia pulak akibat terlalu sedih & kecewa dengan perangai Intan yang dah lupa diri & lupa janji2 dia nak membantu keluarga bila dah berjaya jadi kemurungan.

Tak tau la apa berlaku dengan hidup Intan lepas lupa diri tu.. Kalau korang nak tahu tanggarina ni kena sumpah jadi batu ke.. jadi peti ais dua pintu atau jadi gila ke hapa.. follow la drama Sumpah Ibu setiap selasa hingga ahad, jam 8.30 malam di slot azalea TV9. Sekarang ni baru episod dia masuk universiti. Tak tau episod berapa sekarang. Setakat ni tak nampak la lupa diri lagi.. Tak lama lagi la tu dia nak tukar jadi tanggarina. Episod malam ni boyfriend dia haris datang jumpa dia kat kampus siap bawa petai mentah konon untuk dia masak & makan.. Agak2 la kan.. Malu Intan bila kawan2 dia gelakkan dia. Bukan kata hina sangat petai tu.. Tapi tak beragak buah tangan macam tu untuk melawat seorang makwe yang masih belajar. Lain la kau bawa sambal petai untuk dia makan. hahahaha

Moral of the story.. Bukan la kata dalam drama.. Tapi betul la kadang2 yang suka lupa diri ni adalah golongan yang berasal dari keluarga miskin. Bila senang sikit dia jadi kejutan budaya, jadi berlagak, jadi sombong. Kadang2 baru senang sikit belum kaya pun.. dia punya gebang mengalah jutawan.  Sebab tu kalau nak tahu orang tu betul2 kaya atau tak.. Kalau yang kita tak tanya pun beriya nak cerita kekayaan dia.. Berkemungkinan besar kadang2 orang tu cuma cakap je besar sebab orang yang kaya atau dah biasa hidup kaya raya ni dah tak rasa nak gebang pasal kekayaan dia tak tentu pasal.

P/S : Jangan tanya takkan lekatlekit layan drama melayu.. Ingat tengok cerita seram je. Kalau tv hari2 tayang drama seram, filem seram..Mungkin aku tak layan drama macam ni tapi di sebabkan TV pun selalu tayang cerita seram maka aku layan je apa yang ada kat TV. Tapi aku bukan jenis obses pun tengok drama.. skip manjang hahahaha

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RESEPI SUP KAKI AYAM PALING MELEKAT LEKIT

1/25/2017 03:51:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

RESEPI SUP KAKI AYAM PALING MELEKAT LEKIT. Maaf yer kalau ada yang mula mengerut dahi baca tajuk entri tu.. Lepas tu cuba membayangkan macam mana rupa sup kaki yang yang melekat lekit.. Pekat macam tepung kanji ke.. Ke pekat macam mushroom soup? Kesian kat hangpa kan.. Sampai jadi satu masalah punya fikir macam mana sup kaki ayam yang melekat lekit..


Ni tak payah fikir banyak sangat la.. Aku memang drama queen.. so tajuk entri aku memang penuh drama. Melekat lekit tu macam tagline aku jer.. Yang betulnya nak share resepi sup kaki ayam style aku ja kan.. Mungkin tak sama dengan cara korang masak.. Mungkin cara aku masak lebih sedap ke kan.. hikhikhik..

Di sebabkan sejak semalam hidung dah bagi signal akan kedatangan selsema so hari ni harus la masak.. masakan berkhasiat supaya demam selsema ni tak berpanjangan. Maka hari ni ke dapur sekangkang kera cik minat gebu katanya memasak sup kaki ayam. Pun macam tu sebab laki aku tak makan kaki ayam ni..  Aku campur jugak la dengan isi ayam

Nak masak jenis sup2 ni bukan susah bebenor... Sonang jo Milah Ooi..  Rebus2 jo kekdahnyo. Tapi kalau yang tak reti tetap la susah bagi mereka maka meh la kita tengok apa bahan - bahan & cara nak memasaknya..

Bahan Bahan

Kaki/Ayam
Ubi kentang/ lobak merah (yang ni tak wajib)
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Bunga lawang
Kulit Kayu Manis
Jintan Manis
Buah pelaga
Daun sup
Rempah sup (yang ni pun tak wajib)
Minyak masak
Garam (sebagai Perasa)

Bahan kisar

Bawang besar
bawang putih
Halia
bunga lawang
Jintan manis

Bahan tumis

Bawang yang dah di hiris
Sedikit halia di ketuk
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawang

Cara memasak

1. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan tumis tadi. Goreng sekejab sehingga layu
2. Masukkan serbuk rempah sup & kacau. Biar sekejab sampai naik bau
3. Masukkan bahan kisar. Biar dia masak sekejab.
4. Masukkan kaki ayam/isi ayam.. masak sekejab biar dia sebati dengan bahan2 rempah tadi.
5. Tambah air biar sup tadi mereneh.
6. Masukkan kentang/lobak merah
7. Masak sehingga ayam empuk & kentang/lobak merah lembut.
8. Ambil batang daun sup potong & masukkan ke dalam sup. Biar dia mereneh sekejab lagi
9. Masukkan garam secukup rasa
10. Dah masak tutup api hidangkan bersama hirisan daun sup.

Boleh jugak kalau nak guna daging atau nak masak bihun sup boleh juga guna cara yang sama cuma nak lebih sedap bihun sup tu cuma tambah sup bunjut jer.

 
Nak dengar saya berceloteh pasal sup ceker ayam meh la dengar kat vblog cheq ni. Jangan lupa subcribe channel Surialekatlekitgurl tau

Senang kan nak masak sup kaki ayam versi lekat lekit ni? Jadi musim2 hujan sejuk beku ni kalau tak tau nak makan menu apa untuk panaskan badan boleh la cuba masak sup kaki ayam ni. Hirup panas panas.. Confirm mata hitam keatas.. tangan di bahu katanya. hahahaha

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PENIAGA KOPIAH MENDAKWA DI FITNAH DATO ALIFF SYUKRI DALAM RANCANGAN #OhAbangKosmetik SEHINGGA PERNIAGAANNYA MEROSOT

1/24/2017 08:02:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

PENIAGA KOPIAH MENDAKWA DI FITNAH DATO ALIFF SYUKRI DALAM RANCANGAN #OhAbangKosmetik SEHINGGA PERNIAGAANNYA MEROSOT. Gosip lagi malam ni.. hahaha.. Bila mood dok membaca blog hiburan macam ni la.. Ada saja gosip2 nakal nak share katanya. hahaha... Tapi kadang2 apa yang di tulis dalam gosip pun boleh menjadi pengajaran kepada orang lain..

Abang Kopiah Yang Teraniaya. Lepas ni boleh buat drama rintihan Abang kopiah pulak

Kontroversi pasal Dato Aliff Syukri terlajak laris ni rasanya bukan kali pertama kot.. Sampai kadang2 aku terfikir maybe saja dia buat perkara boleh menjadi kontroversi supaya benda tu nanti akan bagi publisiti & promosi secara tak langsung kepada produk dia.. Yelah.. kena ada strategi marketing katanya. Kontroversi je paling mudah nak buat seseorang atau sesuatu di kenali dengan cepat. Nak2 sekarang ni zaman viral.

Kontroversi terbaru melibatkan seorang peniaga kopiah di pasar tani bazarena stadium shah alam. Abang kopiah meluahkan perasaan terkilan dengan tindakkan Dato Aliff Syukri yang mengaibkan dia dalam rancangan #OhAbangKosmetik... Aku sendiri tak tahu wujudnya rancangan ni sebab rasanya tak nampak trending langsung kat media sosial. Mungkin dengan kontroversi ni akan menaikkan rating rancangan tu. Lagipun aku tak langgan esteruk kan.. So, memang tak dapat la nak tengok.

Katanya Dato Aliff ada membuat rakaman secara sembunyi kat situ. Dia menyamar sebagai peminta sedekah & meminta kopiah dari peniaga tersebut. Dari kenyataan Dato Aliff dalam rancangan tu katanya peniaga tersebut bersikap biadap dengan dia padahal yang berlaku sebaliknya.. Dato aliff seolah olah kata peniaga tu berpura pura baik dengan menjual produk berunsur islamik. Tapi menurut cerita abang kopiah.. ketika dato Aliff menyamar sebagai pengemis.. Dato Aliff cuba melarikan 3 kopiah.. sebagai peniaga dah tentu dia mempertahankan hak dia dengan menghalang dari barang jualan dia di curi. Tapi dia sedekah juga 1 kopiah pada Dato Aliff yang menyamar jadi pengemis waktu tu. Apapun alasan perbuatan mencuri tu tetap salah ok.. Nak2 lagi tak ada kepentingan atau keperluan kau nak curi benda tu. Tak kira la kau peminta sedekah ke siapa.. kan? Melainkan otak kau dah tak betul & di sahkan gila jer boleh di maafkan. Orang gila jer buat perkara di luar kewarasan.

Video Rakaman dalam rancangan #OhAbangKosmetik

Paling kesian katanya selepas rakaman tu di siarkan dalam rancangan tu.. Perniagaan dia turut merosot. Kalau ye pun dia bersalah.. perlu ke mengaibkan sampai merosakkan perniagaan orang. Dia peniaga kecil je kot kau nak khianat sangat kan.. Agak2 la nak prank orang pun kan.. Nak lebih sadis lagi katanya Dato Aliff Tak bagitau pun abang kopiah bahawa ada rakaman yang di buat di gerai jualannya & rakaman tu di tayangkan dalam rancangan tersebut sehinggalah kawan kawan dia memaklumkan perkara tu kepada dia.


Dalam rakaman tu memang la tak tunjuk keseluruhan kejadian.. Dorang ambil part2 yang tertentu jer kan.. Jadi kalau betul Kenyataan Dato Aliff dalam rancangan tu.. better tunjuk keseluruhan rakaman tanpa editing sebagai bukti kalau tak bersalah. Tapi kalau rakaman tu dah di manipulasi untuk memburukkan peniaga tu.. Sila la berdepan dengan kesalahan sendiri yer...


Apapun kita kena dengar dari kedua belah pihak dulu sebelum nak kecam ke hapa. Pun macam tu aku rasa betul atau salah abang kopiah tu, sebagai orang yang berpengaruh tindakkan Dato Aliff syukri memang keterlaluan. Over sangat pun boleh mendatangkan kebencian jugak Dato Ooi...

Memang la ramai mengkagumi Dato Aliff Syukri yang membuktikan kekurangan yang dia ada tak menjadi alasan untuk dia gagal.. Dia berusaha dengan kemampuan dia sendiri untuk berada di level sekarang. Tapi jangan la bila dah berjaya, Dah banyak duit.. Boleh Buat rancangan realiti TV sendiri & gunakan orang lain sebagai publisiti nak meraih rating tu TV show tu. Kalau yang baik ok la.. Tapi sampai menjahanamkan perniagaan orang lain pun tak elok jugak kan?

Lepas ni mungkin rating rancangan tu akan naik so boleh la Dato aliff & Astro tersenyum gembira kan... hehehehe

Moral of the story.. Apapun kita nak buat nak2 lagi orang berpengaruh ni fikirlah kesannya kepada orang lain jugak. Jangan sampai satu masa orang boikot baru kau nak rasa macam mana perasaan orang lain bila perniagaan dia merosot akibat dari perbuatan kita.

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

INILAH WAJAH TERKINI KANAK KANAK YANG MUNCUL DALAM IKLAN PETRONAS SEMPENA HARI KEMERDEKAAN PADA 2007

1/24/2017 03:13:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

INILAH WAJAH TERKINI KANAK KANAK YANG MUNCUL DALAM IKLAN PETRONAS SEMPENA HARI KEMERDEKAAN PADA 2007. Masih ingat lagi tak kisah cinta dua orang budak sekolah rendah yang di rakamkan video mereka di interview kemudian di jadikan iklan sempena hari kemerdekaan pada tahun 2007?Alah iklan yang memaparkan budak lelaki cina & budak perempuan melayu. Yang masih2 suka sama suka tapi tak pernah meluahkan perasaan. Takpe kalau dah lupa nanti boleh tengok kat video di bawah ni..


Dah ingat kan... Tan hong Min & Umi Qazrina. Tu video masa kecik. Yang terkini gambar mereka memang perubahan besar nampak pada Umi Qazrina la.. berbanding Tan Hong Ming yang nampak still skema.. Almaklum la budak baik kan. Nak cari calon suami yang baik ciri2 macam Tan Hong Ming tu hehehehe...

Amboi dia punya caption.. suruh budak2 90an mereput.. Gamaknya yang 80an ni kena meng'hancur'kan diri la yer hahahaha

Masing2 dah remaja.. Dah banyak berubah dari segi rupa, bentuk badan, gaya semua. Tapi nampak Tan Hong Ming gigi dah cantik tersusun je berbanding masa dia budak2 dalam video iklan hari kemerdekaan tu kan.. Umi Qazrina pulak.. Biasa la remaja. Memang nampak stylo milo jugak la.

Umi Qazrina& Tan Hong Min Yang Terkini. 


Cute & sweet macam hello kitty kan mereka. Almaklum orang melayu ni memang suka sweet2 & cute2 jer.. Tengok gambar ni pun mungkin ada yang dah terbang ke awan biru. Kalau korang suka yang sweet & cute macam hello kitty ni peluang korang boleh dapat Hello Kitty Gold Bar kat sini >> Wow! Hello Kitty Gold Bar. Nak Tengok kat sini <<

Apapun Tan Hong Ming pun semakin hensem & Umi Qazrina pun cantik orangnya. Sapa tahu mungkin ada jodoh ke hapa antara mereka.. Masing2 pun sebenarnya dah lama tak jumpa. Rasanya depa satu sekolah masa sekolah rendah jer... Tapi di sebabkan antara mereka ada kenangan & kenangan tu pulak menjadi iklan komersial kat TV.. so cerita pasal depa tu tak mustahil akan di flasback kembali & cerita mereka masih di buru sebab cerita mereka ada value. Takde value sapa nak tulis ye dak... Nak nak lagi iklan tu antara iklan yang agak attractive so orang akan ingat sampai sekarang.

Mesti masing masing akan malu bila tengok balik iklan tu kan... hehehehe.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

NAK MENGULAS TENTANG RANCANGAN TV PERLU TONTON BUKAN MENIRU

1/24/2017 10:45:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

NAK MENGULAS TENTANG RANCANGAN TV PERLU TONTON BUKAN MENIRU. Ahadiat Akashah pernah berkata.. "tulis apa yang kita tahu".. dengan tagline tu dia berjaya menghasilkan banyak novel yang dulu memang laris di pasaran. Ada novel dia yang di adaptasi dalam Filem contoh macam Filem Lagenda Budak Setan karya Ahadiat Akashah. Aku dulu pun suka juga baca novel2 ahadiat akashah ni walau novel pinjam jer.. Tak kakak aku punya kengkawan punya la kan.. Seingat aku walau aku suka mengarang cerpen dulu, aku tak pernah beli novel.. Semua pinjam atau aku suka baca buku teks sastera. Kelapa nan sebatang antara buku sastera yang aku suka baca. Belum start kelas habis dah satu buku teks aku baca. Tu masa SPM kertas sastera senyum je jawab. hahahaha


Aku suka mengarang cerpen berdasar imaginasi tapi lokasi dalam cerpen aku tu selalunya mengambarkan tempat2 yang pernah aku pergi atau kunjungi. Cuma jalan cerita je kebanyakkan menggunakan imaginasi di samping ada realiti2 kehidupan yang dia gunakan untuk menghasilkan satu cerita. Tu cerita dulu la.. Zaman mesin taip katanya.. Sejak zaman keyborad warrior ni.. Berkarat dah aku nak mengarang guna bahasa2 yang puitis ni. Sejak jadi blogger lagi la hilang terus sastera di jiwa ku katanya... hahahahaha

Tapi apa yang aku belajar dari penulis penulis hasil pembacaan aku tentang mereka.. Memang aku guna sebagai panduan menulis jugak. Contoh kalau kau nak mengulas tentang sesuatu rancangan TV atau drama/filem.. Wajib kena tonton dulu. Jangan sebab kau tau rating untuk sesuatu rancangan tu tinggi contoh AJL31, tapi di sebabkan kau tak tengok.. Kau main cedok je ulasan orang kemudian kau ubah sikit2 komen konon claim kau mengulas dari sudut pandangan peribadi kau. Lepas tu tak nak bagi nampak sangat macam artikel orang kau cedok tu kau buat la tajuk yang takde kena mengena dengan apa kau highlight dalam entri tu. Nak bagi nampak ada kaitan kau tulis la sebaris komen bagi nampak ada kaitan dengan tajuk. Orang baca pun nampak krik.. krik.. sangat ok! Nampak komen jelas nyata kau sebenarnya tak menonton cuma kau gigih nak pancing traffic dari apa yang tengah jadi trending masa tu.

Tak perlu tulis benda yang kita tak tonton sebab kita tak tahu.. Benda tu akan nampak 'kepura puraan' dalam penulisan kita. Boleh je kita nak mengulas tentang sesuatu yang kita tak tonton tapi ulas benda2 yang kita tahu. Kalau nak mengulas sangat benda yang tengah Trending macam AJL31 tu.. dah kau tak tengok kau ulas je la pasal feedback orang lain kat media sosial pasal rancangan tu. Tapi kau kena rajin cari bahan la.. Tak semudah kau clik blog orang kemudian cedok & suap.. Kau kena search dari hashtag yang tengah trending tu.. Kau kena screenshoot apa2 je komen orang lain pasal isu & kau kena google jugak cari info tambahan lepas tu kau kena tulis & letakkan semua dalam entri kau. So, kau boleh ambil kesempatan dengan cara bijak walau kau tak menonton rancangan yang menjadi trending tu. Orang pun tak boleh pertikai sebab apa yang kau publish tu memang tak memerlukan kau menonton kat tv. Memang takde yang mudah nak jadi blogger ni.. Even sumber dari media sosial tetap kau kena berkerja juga. Jangan malas sangat ok!

Tu dia siap bagi tips lagi kalau nak menulis perkara2 yang trending kat media sosial. Kalau dok bagi alasan 'takde idea' lagi tak tahu la. Aku ni boleh kata weekday duduk dalam rumah jer.. keluar sekadar jemput anak aku balik dari sekolah & kadang2 pergi kedai je. Harap sumber menulis dari perkara2 yang berlaku sekeliling aku luar media sosial ni.. Rasanya hari2 aku tulis rutin harian yang sama je la kot. Jadi terpaksa kreatif mencari bahan menulis.. Dalam penulisan kena ada ego supaya kita ada identiti penulisan sendiri.

Boleh je kita mengolah artikel orang lain.. cuma please jangan menipu sangat dalam penulisan kita tu. Nak mengolah bukan sekadar kau edit ayat.. Tapi tetap kau kena ada sebab kenapa kau nak bercakap perkara yang orang lain dah tulis. Kau kena ada pendapat & sebab kau sendiri baru orang tak anggap kau blogger cedok & suap. Nak2 lagi entri kengkawan kau sendiri kan.. Almaklum la.. kalau orang kita tak kenal tu mungkin rasa tu lain. Tapi kalau kawan2 sendiri cedok tu perasaan serba salah tu memang ada. Sekali ok la.. banyak kali tak berapa sihat dah tu. hehehehe

Setiap orang ada keterbatasan mereka sendiri.. Ada orang keterbasan masa,ada orang batasan pergerakan, ada orang batasan kesihatan.. Tapi batasan yang kita ada tolong jangan jadikan alasan untuk kita jadi malas. Selagi mampu.. Please berusaha. Takde orang berjaya tanpa usaha atau berjaya dengan jalan pintas. Semua kena berpenat lelah dulu.

Moral of the story.. Tak salah menulis perkara yang sama tapi tolong la rasa bersalah bila mencedok penulisan orang lain sebab kita malas nak kerja kuat demi kelansungan blog kita sendiri.

p/s : entry ni general.. sebagai panduan & peringatan untuk diri sendiri & semua. Mana tau tetiba aku sendiri terlupa satu hari nanti benda2 ni boleh baca balik hahahaha

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

LOVE YOU MISS POMEN KISAH JANDA & KEKASIH ORANG

1/23/2017 11:00:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

LOVE YOU MISS POMEN KISAH JANDA & KEKASIH ORANG. Sebelum ni ada entri aku review pasal Tajuk drama Love you Miss Pomen yang ber identitikan drama korea. Yelah.. drama2 korea je selalu letak tajuk2 macam ni kan.. Malam ni (isnin) bersiaran la drama tersebut di TV9 sejak pukul 8.30 tadi kot...


Aku tengok jugak la sebab starting tu macam best jer.. Rupanya kisah antara seorang janda cantik (Mira Filzah yang pegang watak sebagai Saerah Tukang Pomen yang lawa) & Remy Seorang Kontraktor (Lakonan Aliff Aziz). Alkisahnya.. si Remy ni di paksa oleh makwe dia untuk ikut balik kampung walau dia sebenarnya ikut pun sebab terpaksa. Nak di jadikan cerita lepas hantar makwe dia balik kampung.. Dia nak balik semula ke kuala lumpur.. Kereta Volkswagen dia rosak. So terpaksa bermalam kat kampung tu. Bila dia tak dapat nak repair kerosakkan tu sendiri maka di hantar ke sebuah bengkel..

Disitulah bermulanya perkenalan dia dengan Miss Pomen Cantik Saerah (Mira Filzah). Sebab kereta Remy tu lambat nak siap.. asyik follow up kat bengkel tu so dia jadi rapat la dengan salah seorang pomen lelaki sepupu kepada saerah iatu samad. Kat situ dia mula tahu cerita tentang saerah yang menjadi balu selepas suami dia meninggal. Rupanya suami si saerah dulu buka bengkel... Sebab perkahwinan mereka tidak di kurniakan anak maka bila boring saerah suka datang ke bengkel suami dia & belajar pasal kereta seterusnya dia pandai pomen. hehehehe

Disitulah bermula bait bait cinta.. Memandangkan Remy pun dah bosan dengan perangai awek dia yang kuat mendesak  lagi mudah la hati dia berubah kepada pomen cantik si Saerah. Bila Remy & saerah semakin rapat.. Timbul perasaan cemburu bekas kekasih saerah iatu anak ketua kampung kat situ. Maka si mamat tu  cepat2 la suruh mak bapak dia masuk meminang tapi di tolak saerah sebab saerah memang tak suka dia sebab dia pernah buat khianat pada suami saerah dulu.

sebab saerah tolak pinangan dia.. Maka mamat tu pecah rahsia kat makwe Remy tentang hubungan saerah & remy. Apa lagi Nana (makwe Remy) mengamuk la.. halau Remy dari rumah dia. Saerah yang mula nampak bahagia dengan Remy.. Gembira bila Remy lamar dia jadi teman istimewa tanpa tahu sebelum ni Remy ada makwe baru je clash lepas Anak ketua kampung tu pergi bongkar rahsia dia kat Nana. Sebab dia masih tak puas hati, mamat anak ketua kampung tu pergi bongkar rahsia tu pada saerah pulak. Siap bawa nana lagi jumpa saerah. Waktu tu Remy pun ada sekali. Kecewa la Saerah.. lepas dia dah buka hati dia buat lelaki lain.. tetiba macam tu pulak yang berlaku. Selepas kejadian tu Saerah taknak jumpa dengan Remy lagi.

Tapi Remy tak putus asa.. dia tetap berusaha pujuk saerah. Ending cerita ni saerah mengalah & suruh Remy kembali pada Nana.. Tapi moral cinta dalam drama ni agak Bagus.. Jangan cari yang lebih baik.. hargailah apa yang ada depan mata kerana ia lebih bernilai. Ingat tu lelaki.. Kalau sayang perbaiki jika ada kekurangan bukan tukar yang baru ok!

Drama ni kategori boleh layan walau jalan cerita agak tipikal.. cuma aku tetap rasa Mira Filzah masih belum mampu bawa watak2 berat macam tu.. Watak dia sebagai pomen perempuan tak berapa menjadi. Memang sepanjang cerita aku tak nampak pun Mira Filzah comot macam pomen2 lain. Muka maintain lawa jer walau kerja pomen hahahaha. Yang lain2 semua ok hehehehe.

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

LAGI PENDEDAHAN KULIT MUKA ROSAK SELEPAS GUNA LOCAL PRODUCT NI

1/23/2017 08:00:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

LAGI PENDEDAHAN KULIT MUKA ROSAK SELEPAS GUNA LOCAL PRODUCT NI. Sebelum ni dah kecoh pasal local produk ni katanya masa consistent memang la gebus gebas kulit muka kau! Kalau kau tinggal paling lama seminggu kau akan nampak malapetaka yang akan berlaku pada muka kau yang menggebu gebas lepas guna produk tu. Ni terjumpa lagi satu perkongsian dari pengguna local product yang tengah kontroversi ni.


Kisahnya.. dia tertinggal 3 hari je tak pakai cream dari produk tu.. tetiba muka yang gebu gebas naik jerawat2 halus.. Lepas ni apa lagi alasan seller2 & pengasas produk tu nak bagi. Sebelum ni dok blame konon yang kulit muka rosak guna fake produk.. Tapi sampai sekarang depa tak lampirkan bukti2 yang mengatakan produk mereka sangat selamat bebas merkuri & chemical.. cuma konon tengah bincang dengan lawyer untuk saman menyaman jer.. Kau nak saman sapa? Pengguna yang kulit depa rosak tu ke? hahahaha


Aku memang agak pelik kenapa bila berlaku masalah macam ni mesti timbul isu 'produk tiruan'. Local product ni memang senang di ciplak ke camna.. sebab tak pernah lagi aku dengar produk2 yang dok jual kat farmasi macam bio essence. eucerin..  atau produk yang mahal sikit macam SKII, bagai ada isu 'Fake Product'. Asal local produk bila pengguna mengadu kulit rosak je mesti tuduh pengguna guna fake product. Ke hangpa jual produk timbang kilo? Tu sekadar pertanyaan bukan tuduhan ok.

Naik seram pulak aku bila banyak pendedahan berani mati yang di dedahkan oleh pengguna selepas menggunakan local produk ni. Please la.. Kalau pun nak jadi jutawan produk kosmetik ke hapa.. Jangan memperjudikan kesihatan & keselamatan pengguna. Jual la produk yang betul2 dah di uji & di sahkan selamat. Bukan kau sahkan sendiri produk kau tu selamat ok!.. Bukan nak kondem bisnes orang tempatan tapi bila berlaku benda2 macam ni.. kesian jugak la pada mangsa2 keadaan. Sebab aku dulu pun pernah menjadi mangsa local product jugak. Nanti orang hilang kepercayaan pada local product sebab isu2 macam ni walaupun bukan semua local product tu tidak selamat.

Kepada mangsa product skincare tu aku rasa korang patut buat laporan kepada pihak2 yang boleh mengambil tindakkan terhadap pengasas produk yang menjual produk2 yang tidak selamat ni. Setakat viral tanpa tindakkan susulan pun tak boleh sebab ada orang kulit dia kebal.. bila pakai tak nampak kesan buruk untuk jangkamasa pendek so dia tetap akan terpedaya. Takut jangkamasa panjang hilang hidung ke.. mata ke buta ke.. muka berlubang ke hapa kesian jugak kan. Kalau betul produk tu tak selamat sepatutnya pihak berkuasa kena haramkan penjualannya.

Moral of the story.. apapun pilihan di tangan kita.. Tak mampu nak beli produk selamat sebab mahal guna je cara lama.. Guna bahan2 semulajadi.. Kalau jerawat kau tenyeh je kunyit hidup, nak kulit licin puth gebu guna putih telur buat mask katanya. hehehehe

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

HANEZ SURAYA INGIN AKTIF BERLAKON SELEPAS FAILKAN PENCERAIAN

1/23/2017 05:08:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

HANEZ SURAYA INGIN AKTIF BERLAKON SELEPAS FAILKAN PENCERAIAN. Hari ni selain jadi beauty blogger.. Tetiba jadi wartawan gosip di ruangan minah kepoci pulak. Almaklum la.. I berbakat untuk menulis banyak niche kat blog.. At least I menulis ok bukan cedok cedok & ubah tajuk je ok.. Hope entri ni peminat setia I tak 'sadur' masuk blog dia la hahahaha... Almaklum la blog I kan sekarang dah jadi sumber inspirasi kepada ramai orang. Blogger retis la katakan.. Tapi blogger retis sekarang tengah menulis cerita gosip retis.. camna tu? hahahaha


Sebelum ni I ada tulis beberapa entri pasal hanez suraya dari sebelum kawen sampai dah kawen, so rasanya tak salah I tulis cerita dia lagi. Konon macam i ni peminat setia Hanez suraya la.. Asal ada cerita sensasi pasal dia je I hadpet dengan rakusnya. hahahaha

Hanez Suraya.. Pelakon yang dah senyap dalam bidang lakonan selepas berkahwin. Katanya laki dia tak bagi dia berlakon dah.. Tup tup Hanez Suraya menyatakan keinginan dia untuk kembali aktif berlakon di tengah2 kemelut yang berlaku dalam rumahtangganya. Menurut sumber yang i baca katanya dah failkan penceraian dengan Si Romie yang pernah menjadi rebutan tu.. hehehehe... Alah.. Si Romie orang kaya yang sebelum ni dah pernah kahwin dengan seorang wanita & mempunyai 2 orang anak sebelum bercerai & berkahwin dengan Hanez Suraya.


Walaupun menurut sumber yang I baca.. (malas nak mention sumber tu nanti orang sadur entri kemudian dia claim refer dari sumber i baca. Kalau blogger sadur tu nak up jugak cerita ni biar dia cari sumber sendiri. Kalau refer blog I memang I akan dapat detect. Awas! I sentiasa pantau U ok. hahahaha) katanya mereka suami isteri dah cuba untuk cari penyelesaian yang terbaik sampai pergi bercuti kat jepun baru baru ni namun nampak macam tak berjaya. Apa kata i suggest you all pi bercuti kat china pulak. Sebab Sekarang MAS tengah menggila buat offer flight murah ke china.. tak caya tengok kat sini >> MAS Tengah Gila Buat Promosi Tiket Penerbangan Ke China Dengan Harga Semurah ni. Biar betul>> << manalah tau lepas balik bercuti dari china tetiba cinta berputik kembali ke kan.. hehehehe

Mungkin Hanez suraya menyatakan keinginan berlakon tu adalah plan masa depan. Yelah.. lepas bercerai dia kena ada perancangan masa depan sendiri dah. Nak2 lagi ada anak kan.. Zaman sekarang bukan boleh harap sangat. Perempuan kena ada backup sendiri jugak. Bukan la nak tuduh semua lelaki tak bertanggungjawab.. Manalah nasib kita tak baik at least tak la sengsara sangat nak survive selepas kembali solo katanya.

Kontroversi lama2 tu biarlah berlalu kan.. Tak payah ungkit untuk kaitkan dengan apa yang berlaku sekarang.. Mungkin jodoh tak panjang & kita pun tak tahu apa masalah keluarga depa.. ye dak.. Apapun selagi belum bercerai berai kita doakan la yang terbaik. Mana tau di celah2 retak tetiba bercantum semula, siapa tahu. Allah maha berkuasa...

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PERTAMA KALI GUNA MATTE FOUNDATION JENAMA MAYBELLINE

1/23/2017 10:44:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

PERTAMA KALI GUNA MATTE FOUNDATION JENAMA MAYBELLINE. Dalam minggu lepas aku tersinggah ke guardian.. Memandangkan foundation yang aku order melalui website lazada tak sampai kerumah aku dengan alasan GDex tak dapat mengesan rumah aku.. Mungkin masa GDex nak mai hantar barang tu tetiba rumah aku ghaib ker camna tak tau la kan.. Rasanya bukan kali pertama apa2 penghantaran melalui GDex di buat kerumah aku tapi ni la kali pertama GDex tak dapat kesan rumah aku. So pihak lazada buat refund je..


Benda yang aku beli pun bukan tak ada jual kat luar.. Kat guardian, watson, supermarket melambak jual cuma harga kat lazada tetiba lebih murah tu yang gatai nak buat pembelian online. Alih2.. Guardian jugak yang kau pergi hadap. Hahahaha...

Yang aku beli Adalah Maybelline Dream Velvet Soft Matte hydrating Foundation (50 Creamy Natural). Sebelum ni foundation kebanyakkan aku pakai yang jenis mineral. Cair tu.. Kali ni entah kenapa sampai seru nak guna jenis matte & cream pulak kan. Dah lama rasanya tak pernah pakai foundation jenis cream ni. Maybe sebab aku yakin kulit aku dah tak berapa sensitif & berjerawat.. Boleh la guna. Rasa macam dah bosan pulak guna jenis mineral.. Kadang2 jadi berkilat muka pakai yang jenis cair tu.

Maybelline Dream Velvet Soft Matte hydrating Foundation. 50 Creamy Natural

Ada la dalam 3 - 4 kali aku guna selepas beli. So far aku selesa sebab dia jenis soft matte. Nak apply pun senang. Bila apply senang nak sekatakan seluruh muka. Takde la kepekatan dia tu buat kita terpaksa ambil masa untuk sekatakan sapuan seluruh muka. Ada jenis cream foundation yang macam tu.. Rasa nak siap sapu foundation 1 muka tu payah juga sebab pekat & melekat an.. Tapi untuk Dream Velvet Soft Matte Foundation ni, tak susah. guna oval brush lagi cantik hasilnya ok! Tak bercapuk & yang 50 creamy Natural ni serius tak nampak kontra sangat dengan kulit aku yang kulit melayu je kan.. So yang sawo matang atau cerah2 orang melayu ni memang recommend guna 50 Creamy Natural.

Untuk hasil yang memuaskan hati sendiri selepas sapu Maybeline Dream Velvet Soft Matte Hydrating Foundation aku alas dengan bedak compact juga. Atau boleh juga alas dengan loose powder. Memang cantik bila selfie katanya hahaha. Sapa minta PM tuala aku sumpah muka dia jadi mak lampir hahaha. Nak bagitau jugak.. almaklum i kan retis so memang ada haters. Macam dulu pernah kena tuduh warnakan rambut.. Sebelum di tuduh cukur kening nak habaq kening tak cukur tu teknik makeup jer

Bab cover cela tu.. Kalau parut lite2 tu Insya Allah di cover dengan elok jer. Tidak berminyak & tidak pecah minyak. Tahan lama jugak la aku pakai..  Aku tenyeh belakang tangan bila basuh tangan pun foundation tu tak luntur tapi kalau nak cuci gosok2 dia keluar la. Bermakna kalis air jugak. Setakat muka kena hujan jangan risau foundation ni tak meleleh macam cheese kena bakar ok!.  Cantik juga warna dia bila di sapu kat muka. Kalau yang jenis malas nak berbedak pun boleh nak pakai foundation ni je sebab dia dah ada warna yang cantik.

Ni contoh nak bagi nampak sikit warna foundation ni. Aku sapu belakang tangan. Ni kira tebal sapuan dia.. Soft Matte Foundation memang dia anti shinning

Kesan pada kulit.. Setakat ni tak ada apa2 kesan buruk. Jerawat ke, ruam ke, gatal2 muka ke malah Dream Velvel Soft Matte Hydrating Foundation ni walaupun jenis cream tapi tak rasa tebal di muka. Rasa ringan je. Apply nipis pun dah cantik kalau kulit korang yang jenis tak ada apa2 masalah macam parut. Setakat nak tutup pori tu takde masalah foundation ni boleh cover.

Harga dia.. Masa order dari website lazada under seller L'Oreal Malaysia.. cuma RM29.93 tapi sebab GDex tak jumpa rumah terpaksa la beli kat guardian. Beli kat guardian masa ada sale harga dia RM31++... Kalau sebelum ni aku tengok harga dia RM39.90. Kandungan dia 30ml.

Jadi kalau rasa tengah cari foundation yang harga mampu milik & senang nak dapat stok.. Boleh la try Maybelline Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation ni. Dia ada macam2 warna.. Boleh pilih ikut kesesuaian warna kulit korang la. Macam kulit aku nampak memang matching dengan 50 Creamy Natural.

Sekiranya anda berminat untuk memperkenalkan/review produk kosmetik, skincare, atau apa saja melaui blog lekatlekit.com boleh email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com