DEKAT NAK RAYA DUGAAN DATANG BERTIMPA TIMPA

6/24/2017 01:03:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

DEKAT NAK RAYA DUGAAN DATANG BERTIMPA TIMPA. Kalau tahun tahun yang lepas hari raya la aku paling excited sebab boleh balik kampung. Tak kisah kena menempuh perjalanan yang sepatutnya 4 - 5 jam tapi kalau musim perayaan boleh kematu bontot 10 jam dalam kereta. Tapi tetap enjoy nak - nak lagi kami spesis tak suka sangkut dalam jam di tengah highway. Boleh stress ok kalau jam kat highway. Kami lebih suka menggunakan jalan lama.. Tak kisah la ambil masa yang panjang dalam perjalanan tapi bila boleh tengok pekan, kampung orang lain.. Nampak kemeriahan nak sambut raya tu serius memang satu terapi jugak. Aku memang kalau balik kampung tak kira la musim perayaan atau tak.. aku suka ikut jalan lama. Selain boleh tengok kampung2 orang boleh singgah banyak tempat. hahahaha..


Tapi di sebabkan tahun ni.. Allah dah bagitau awal awal. Sehari sebelum puasa sampai surat saman, maka dari awal memang dah kumpul kekuatan mungkin tahun ni tak balik beraya. Hope orang yang dedahkan maklumat aku tu tahun ni raya dia lebih bermakna lah yer . Aku bayangkan dia beraya dengan penuh senyuman & kepuasan.. Apapun aku kena ucap terima kasih juga sebab dia pernah bagi aku rezeki untuk paid review yang dia ambil kat blog aku. Aku rasa aku tak ada apa2 dosa dengan dia sebab memang sepanjang aku bekerjasama dengan dia aku tak pernah pun menganiaya atau mengumpat atau ambil tahu apapun pasal dia sebab tu aku tak tahu rupanya dia ada connection dengan orang yang menyaman aku. Bayangkan aku tak pernah siasat pun siapa dia sebelum ni. Bagi aku antara aku dengan dia cuma atas urusan kerja. Apatah lagi nak menyindir atau mengumpat dia.. memang takde la sebelum ni.


Tapi tu semua asbab jer.. Sebenarnya apa yang berlaku semua dengan Izin Allah. Bukan kata Allah nak aniaya aku tapi mungkin ada sesuatu Allah dah rancang untuk buka semua mata mata yang tertutup melihat kebenaran. Kita tunggu jer apa akhirnya sebuah kisah sedih seorang blogger yang kena saman, sepanjang ramadhan 2017 ni katanya. Aku tak kata aku benar atau salah.. Tapi aku yakin kebenaran tu akan tertegak jugak. Kalah atau menang di mahkamah dunia bukan penentu siapa betul siapa salah. Moga yang benar di beri pembelaan sewajarnya. Sekali lagi aku cakap.. Aku tak kata siapa betul atau siapa salah. Cuma aku harap Allah beri kemenangan pada mereka yang benar. Amin....

Tahun ni aku rasa Ujian datang bertimpa - timpa jugak.. Selepas dapat surat saman.. dua tiga hari lepas dapat berita adik aku jatuh motor. Alhamdulillah sekarang dah ada berehat kat rumah. Lepas tu adik aku yang sorang lagi pulak jatuh dari bumbung sebab nak turunkan kucing. Sebelum tu katanya mak aku jatuh longkang depan rumah.. Masing2 tengah uzur la sekarang ada sorang jer kakak aku kat rumah untuk take over sediakan juadah raya mungkin mak aku bantu sikit2 kot sebab khabar dah boleh bangun sikit sikit. Yang jatuh motor dengan jatuh bumbung tu setakat ni masih di pembaringan la. Sepatutnya aku balik kampung & memasak untuk juadah raya. Tapi aku terpaksa spent duit yang ada untuk kes aku ni. Tu pun bukan cukup pun sebenarnya kalau nak ambil lawyer. Takkan nak menyusahkan adik beradik pulak kan. Kena la usaha sendiri... Apa yang berlaku sebab aku jadi aku la kena usaha cari penyelesaian.


Tetiba rindu arwah Ayah.. Kesian anak yatim beraya kat perantauan katanya. Erkk layak ke di gelar anak yatim lagi. hehehehe. Kalaulah arwah ayah masih ada.. Apapapun semoga Arwah Ayah damai di sana. Puteri2 Ayah Insya Allah.. akan terus kuat hadapi ujian demi ujian yang hadir. Yelah.. kami 6 adik beradik semuanya perempuan kan. Terpaksa masing2 men'sado'kan hati bila satu satunya lelaki dalam keluarga pulang kepangkuan pencipta.

Bohong la aku tak rasa sayu saat ni.. Dalam keadaan keluarga di timpa musibah macam tu aku tak dapat balik. Ya Allah semoga Dugaan ramadhan kali ni membawa seribu hikmah di masa akan datang. Moga aku dapat bayar balik moment2 yang sepatutnya jadi indah tapi yang berlaku sebaliknya.. Tahun depan. Moga kes saman ni dapat di selesaikan dengan cepat. Kalah atau menang.. dapat lawan atau tak.. terpaksa kalah sebelum bicara.. Aku redha Ya Allah. Sebab kemampuan aku sangat terbatas cuma selagi ada masa aku akan terus usaha. Bantulah aku Ya Allah.. beri aku kekuatan untuk hadap semua ni dengan cekal & tabah. Jangan sesekali detikkan rasa putus asa dalam hati ini. Sesungguhnya aku masih mahu berjuang dengan apa adanya, Insya Allah.

Apapun di kesempatan ini.. Aku nak mohon kemaafan kepada semua pembaca blog, kawan kawan.. andai sepanjang perkenalan kita ada kata2 yang menguris hati semua. Aku tetap doakan raya hangpa tahun ni menjadi raya terindah.. Selamat makan ketupat rendang lemang serunding bagai.. Lepas raya jangan menangis atas penimbang yer... kekekekeke

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

GAMBAR ANAK LELAKI SHAHEIZY SAM & SYATILLA MELVIN

6/23/2017 05:48:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

GAMBAR ANAK LELAKI SHAHEIZY SAM & SYATILLA MELVIN. Semua orang tahu Pelakon terkenal Shaheizy Sam & Syatilla Melvin baru jer menimang cahaya mata lebih kurang 3 bulan lepas la. Kira ni dah lepas pantang la kan... Sebelum ni memang tak nampak depa upload gambar anak depa.. Maybe nak tunggu lepas pantang kot. Almaklum la tunjuk gambar baby yang belum habis pantang ni macam2 risiko terutama berkaitan dengan penyakit Ain ni kan..


Tapi selepas 46 hari umur baby boy depa akhirnya pasangan selebriti terkenal ini memberi peluang para peminat untuk melihat rupa paras baby boy mereka yang di beri nama Syeriv Samheizy bin Shaheizy Sam. Tu dia.. bunyi keju ja nama dia. Tak kisah la bunyi keju ka.. bunyi belacan ka.. bunyi tempe ka.. asalkan membawa maksud yang baik ye dak. Aku sendiri pun tak tau apa makna nama anak depa.. Moga2 yang baik baik saja la kan.


Menurut post Syatilla Melvin baby boy depa ni di lahirkan melalui kaedah c-section. Pembedahan la tu. Dia tak keluar ikut pintu bak kata orang tua tua. Keluar ikut tingkap. Tak kisah la keluar celah mana pun.. Asalkan ibu & anak dalam keadaan sihat & selamat, ye dak? C-zer ke normal ke bukan penentu hebat atau tak seorang wanita itu.. Wanita yang melahirkan anak semua adalah wanita hebat. Satgi ada pulak yang tak ada rezeki anak terasa macam tak hebat.. Jangan macam tu. Yang tak ada rezeki anak tu sebenarnya lebih hebat kerana Allah menguji hambaNya yang hebat hebat saja, ok! Rezeki ni datang berbagai bentuk.. Tak ada rezeki anak.. mungkin rezeki lain, ye dak. Jadi sentiasa berbaik sangka dengan Allah.

Dok membebel lupa pulak nak tunjuk gambar baby boy Shaheizy Sam & syatilla Melvin ni.. Meh la tengok rupa Syeriv Samheizy.. Allhamdulillah comel jer... Yelah mak bapak dia pun comel katanya.


Semoga Syeriv Samheizy membesar menjadi anak yang soleh. Boleh membanggakan kedua ibu bapanya & menjadi khalifah di bumi Allah ni.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BLOGGER HAMPIR KENA TIPU KETIKA MENCARI BANTUAN GUAMAN

6/23/2017 01:33:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

BLOGGER HAMPIR KENA TIPU KETIKA MENCARI BANTUAN GUAMAN. Lagi 2 hari kita akan menyambut ketibaan hari raya.. Tak terasa sungguh ramadhan dah nak berlalu. Rasa sekejab je. Rasa baru macam semalam aku bangun sahur hari pertama puasa.. Tup tup dah penghujung puasa dah. Time ni ramai dah berdesup balik kampung masing masing la kan.. Tapi aku Almaklum la.. Musibah datang sehari sebelum puasa, Jadi raya kali ni di korbankan la.


Malas la nak berkias kias dah.. Rasa ramai blogger tahu kes aku kena saman dengan pihak **tetetttetetttt*** tu.. Ni sebut **tetttetettt** boleh ke tidak? Siapa dia jangan tanya siapa.. Yang tahu maka tahu la. Surat saman tu sampai sehari sebelum puasa.. Tarikh sebutan kes sepatutnya  20 Jun lepas tapi di sebabkan aku buat rayuan untuk tangguhkan kes.. Alhamdulillah mahkamah yang baik hati luluskan rayuan tu. Pengurusan Kes akan berlangsung pada 20 july nanti pulak. Yelah.. dekat2 nak raya nak meronggeng ke kota bahru kelantan sana.. Banyak kekangan terutama kewangan la. Dengan lawyer hapa pun aku takde lagi ni.  At least di tangguhkan tu ada la masa aku untuk terus usaha mencari bantuan guaman.  Usaha je la.. Kalau ada rezeki ada la. Takde mungkin Allah dah aturkan yang lebih baik untuk aku kan.

Dalam proses mencari bantuan guaman ni.. Aku pernah hampir hampir kena tipu dengan manusia yang aku syak dia punya deria perikemanusiaan dah rosak gamaknya. Dah tahu aku ni bukan orang kaya.. Nak ambil lawyer pun tak mampu, still masih nak ambil kesempatan menipu. Konon datang nak membantu, gunakan lawyer dia untuk wakilkan aku kat mahkamah nanti. Kononnya pada hari sebutan kes tu lawyer dia akan minta mahkamah batalkan saman & dengan confident cakap boleh settle semua pada 20 Jun tu. Mula2 aku hampir terpedaya jugak bila dia cakap Lillahitaala dia nak tolong aku sebab kesian aku tak mampu nak hire peguam. So dia nak tolong aku mudahkan urusan. Kos lawyer dia akan tanggung katanya tapi kos mahkamah nanti aku kena bayar sekiranya saman dapat di batalkan.

Ok la aku setuju la..  Sebab aku ingat bila dah settle semua baru aku bayar. Kalau banyak dia kata aku boleh bayar secara ansuran dengan dia. Bermakna ada surat menyurat yang membuktikan kes aku tu dah di gugurkan bagai. Tapi bila dia minta aku bank in kat dia sejumlah wang katanya untuk stanby sekiranya saman dapat di batalkan kena terus bayar kat mahkamah aku mula tak berapa percaya. Tapi aku tak nak buruk sangka. Yelah.. orang datang nak tolong katanya. Aku minta nak jumpa dengan lawyer dia yang kononnya nak tolong aku. Dia kata lawyer kat sebuah negeri di selatan tanah air memang tak ada area kl. Nanti dia terus ke KB jer untuk wakilkan aku. Aku tak perlu pergi. Minta contact number lawyer tu pun berbuih juga la baru nak bagi. Bila dapat aku cuba call lawyer tu tak jawab. Aku whatsapp tanya dia pasal kes aku jawapan tak berapa lawyer sangat buat aku makin curiga. Nak2 lagi yang kononnya lawyer tu cakap.. Urusan pembayaran semua nanti refer dengan sipolan yang konon nak tolong aku. Segala detail cara dia kendalikan kes pun suruh tanya sipolan tu. Nampak dah krik krik kat situ. Sepatutnya sebagai lawyer dia yang kena jelaskan. Dia yang ambil kes tu kan.

Di pendekkan cerita.. 3 hari sebelum tarikh court tu dia tanya samada boleh bank in ke tidak duit tu kat dia. Siap takutkan aku kalau aku tak bayar time tu aku boleh kena gari terus kena jail. tatut titew dengar ok! Aku cakap kalau dia boleh dahulukan & lepas settle aku akan bayar ok. Kalau tak memang tak boleh la. Bayar tanpa black & white ni.. Kalau kena tipu memang kira halal je la kan. Akhirnya dia blocked aku & pasal nak tolong tu terus hanyut bersama mimpi je la. Masa tu aku pasrah je.. Tapi aku tak putus doa minta Allah bantu aku. Memang walau di ambang wati sangat time tu.. Tetap masih harap ada keajaiban berlaku. Memang aku tak putus asa.

Mujur la dalam saat getir dengan tarikh court tinggal tak berapa hari.. Allah hadirkan seorang insan yang bagi aku sangat2 membantu. Dia suruh aku buat surat rayuan ke mahkamah untuk tangguhkan kes. Benda ni tak pernah mana2 peguam yang aku pergi untuk dapatkan khidmat nasihat suggest pada aku. Kebanyakkan private lawyer ni cakap kalau tak mampu tak payah hadir ke mahkamah & perintah ingkar akan di keluarkan & aku akan kalah tanpa perbicaraan. Sebab saman sivil je katanya.. Paling2 aku kena muflis. Yelah.. kau dah tak mampu sapa nak layan kes kau kan. Nasib baik la dalam saat2 akhir tu Allah hantar seorang individu yang bukan lawyer tapi seorang computer programmer yang dah biasa dengan kes2 mahkamah ni. Dia seorang aktivis yang memperjuangkan & menegak keadilan. Menentang korupsi bagai. Orangnya memang sangat lantang & berani. Ni tips untuk hangpa jugak. Bila hangpa ada masalah maybe kena saman macam aku.. Tak payah cari yang imej bawah lindungan kaabah sangat la kan. Serius.. jenis nampak gud gud ni dia takkan hingin nak tolong hangpa. Yang mempergunakan nama agama pun sama. Lebih kepada nak nama jer. Tapi carilah mereka2 yang lantang & berani memperjuangkan kebenaran. Golongan macam ni dia tak takut apa2. Asalkan dia yakin apa yang dia perjuangkan itu benar dia akan tolong. Sebab ada 2 individu yang jenis lantang ada sedang membantu aku sekarang. Memang depa tak bagi duit selopok kat aku tapi bantuan mereka memang sangat membantu. Yang konon positif tu kebanyakkan makan popcorn & tonton masalah kita macam movie jer. Yang paling penting hangpa kena tahu.. Kawan sama2 melantang dulu time camni semua akan jaga kepentingan sendiri. Gila kau.. sorang dah kena saman! Kau takkan ada lagi kawan2 yang akan perjuangkan kau secara terang terangan. Maka merangkak la kau cari pertolongan sendiri. Tapi jangan sesekali kau putus asa ok! Hidup kita ni bukan sendirian. Selagi kita ada Allah.. Kita tak perlu rasa down sangat. Ramai lagi manusia dalam Malaysia ni.. Carilah la. Insya Allah ada yang akan membantu. Yang penting kita sendiri kena kuat & kena usaha. Pertolongan takkan datang bergolek kalau kita tak cari.

Bayangkan aku pos surat rayuan tu pada hari ahad guna pos laju cawangan sungai buloh. Mujur Isnin tu sempat sampai & selasa tarikh sebutan kes. Alhamdulillah.. Rayuan di luluskan & aku ada sebulan lagi untuk cari jalan membantu. Dalam masa sebulan ni moga ada sesuatu yang dapat membantu aku la kan.. Sapa2 ada cadangan untuk membantu sangat sangat di alukan. Terus terang aku cakap.. Aku memang ada masalah kewangan. Jadi jangan la hangpa dok suggest benda yang di luar kemampuan aku nak nak lagi melibatkan duit yang banyak.

Apapun.. Allah masih ada untuk aku mohon pertolongan. Insya Allah aku yakin Allah sedang membantu aku. Konsep minta tolong ni kita kena sedar diri... Orang nak tolong dia akan tolong. Orang taknak tolong kita tak boleh paksa. Terus je usaha.. Insya Allah.. pasti ada jalan terbaik yang Allah akan lorongkan untuk kita.

Moral of the story dari kisah aku ni.. Walaupun kita dalam kesempitan tapi tetap kena bijak. Biar miskin jangan bodoh. Orang jahat ni dah namanya jahat memang la dia tak ada perikemanusiaan. Walau dia tahu kau susah.. Tetap dia nak ambil kesempatan atas kesempitan kau. Walau kita terdesak sekalipun jangan tunjuk kita bodoh. Macam aku memang lepas dia kata kalau tak bank in dia batalkan bantuan dia nak bagi kat aku.. Time tu aku dah redha. dari aku kena tipu.. kes tak settle adalah lebih baik aku kalah kat mahkamah dari kena tipu dengan dia. Tapi tu la.. Allah tu maha berkuasa.. Maha Adil.. dalam saat akhir dia tolong aku jugak. Bagi aku ia satu keajaiban.. Bila kita meletakkan pergantungan pada Allah, Insya Allah.. Dia tak kejam. Usaha & doa bersungguh sungguh. Allah lorongkan jalan terbaik untuk kita.

P/S : Hangpa boleh baca jugak macam mana permulaan aku boleh kena saman kat sini >> BLOGGER DI ANIAYA CLIENT YANG AMBIL REVIEW DI BLOG <<

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BLOGGER DI ANIAYA CLIENT YANG AMBIL REVIEW DI BLOG

6/21/2017 09:17:00 AM suria lekatlekit 15 Comments

BLOGGER DI ANIAYA CLIENT YANG AMBIL REVIEW DI BLOG. Sebagaimana yang aku tulis pada tajuk entri itulah yang berlaku pada diri aku. Disebabkan seseorang yang pernah ambil review di blog aku.. Aku terima musibah yang bagi aku agak hebat sepanjang aku berblog. Kira cipta sejarah baru aku sepanjang 8 tahun menulis blog lekatlekit ni.. Boleh jugak aku buat novel ni.. Manatau dari penulis blog jadi penulis novel lepas tu novel aku di adaptasi jadi drama atau filem.. Box Office.. dapat banyak royalti.. jadi kaya.. hahahahhaa. Tu dia. Dia punya berangan sampai langit ke tujuh. Tinggi sangat satgi tak tau nak nak turun lagu mana pulak.


Berbalik pada kisah tajuk entri tu.. Even dengan sipolan yang ambil review tu memang aku tak pernah ada masalah, tak pernah kacau hidup dia & tak pernah jentik walau hujung kuku pun pasal dia. Tapi aku tak faham kenapa dia mesti aniaya aku. Tapi mungkin apa dia buat atas dasar 'Tolong kawan' dia kot.. Tapi tetap niat tu tidak membetulkan perbuatan dia. Mungkin dia tak tau kot mendedahkan data peribadi orang lain tanpa persetujuan juga boleh menjadi satu kesalahan.

Kisahnya.. dia datang minta aku review produk dia dengan bayaran. Seperti biasa... bila review produk & ada free produk untuk aku cuba mestilah aku bagi nama & alamat aku untuk proses penghantaran. Tak terdetik di hati aku benda tu adalah permulaan kepada musibah yang aku terima sekarang. Dari penampilan, rupa & imej yang di tonjolkan kat media sosial sememangnya siapa takkan sangka dia tergamak untuk aniaya orang lain. Sangat baik.. Tak pernah nampak post2 yang berunsur negatif di account media sosial dia. Memang jauh beza la dengan aku kan.. Tapi orang kata manusia memang tak boleh di nilai dari apa yang kita nampak dengan mata kasar. Yer! Itulah pengajaran yang aku dapat. Dah terbukti pun yang nampak gud gud macam malaikat kadang2 jelmaan syaiton nirrojim jugak. Tapi terbalik pulak yang lantang macam nak pecah speaker.. Tu pulak yang baik. Menghulurkan bantuan bila aku dalam kesempitan even tak pernah kenal sebelum ni. Yang tu nanti aku story...

Jadi berhati hati la buat blogger yang menulis & mengulas isu2 semasa, gosip artis, cerita artis, kisah viral bagai tu. Kadang2 kita menulis benda yang ada fakta & bukti namun ulasan kita mungkin boleh buat kita di dakwa. Saman sivil ni boleh berlaku kepada sesiapa saja.. so tak perlu la bertepuk tangan sangat kalau orang lain kena. Saman sivil sapa2 pun boleh buat.. tuduhan berasas ke tidak tetap boleh di failkan. Itu yang aku belajar la dari lawyer2 yang pernah aku merujuk sebelum ni. Memang sesiapa sahaja berhak mengambil tindakkan undang undang kepada individu yang dia rasa bersalah pada dia cuma yang menentukan salah atau betul adalah bila proses perbicaraan di jalankan. Kita sedia maklum ia bergantung juga dengan kepakaran peguam yang ambil kes tu. Nak ambil peguam bukan pakai modal air liur jer.. Kalau takde duit bekepok kepok mimpi je la kan. Kalau takde peguam, Memang tawakal je la. Nak2 lagi yang kena saman orang yang tak berkemampuan. Dengar kos lawyer pun rasa macam kering air liur nak telan. Maka ber huhuhu je la.

Tapi awas pada orang yang dedahkan data peribadi orang lain tu macam nama, alamat, no ic,pasport bagai tu.. Adalah menjadi satu kesalahan undang undang jugak ok!

Sekiranya mana-mana pihak memperolehi data peribadi (kita), dan menyebar luaskannya tanpa persetujuan kita, ia menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 130... apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya - sumber DISINI -
P/S : Kalau anda rasa maklumat peribadi anda di dedahkan kepada orang lain tanpa persetujuan anda.. anda boleh membuat laporan polis.

Cuma satu je aku nak tanya pada orang yang aniaya & dedahkan data peribadi aku pada orang lain... Aku cuma aku nak tanya kat dia.. apa salah aku pada dia? Apa dosa aku pada dia? Apapun niat dia buat macam tu.. Tetap niat tidak menghalalkan cara. Pecah amanah dah satu kesalahan.. mendedahkan data peribadi orang lain dah jadi dua kesalahan. Serius.. Untuk maafkan sipolan tu.. memang tak terdetik langsung di hati aku. Biar la dia merangkak ke.. menjulur ke.. meniarap ke hapa cari aku kat padang masyar nanti. Nak2 lagi dia langsung tak pernah rasa bersalah atau datang minta maaf pada aku. Tapi tak tau la kan.. Manatau akan datang aku dapat petunjuk & hidayah.. Aku ikhlaskan semuanya.. boleh maafkan dia. Rezeki dia la tu.. Tapi buat masa ni, Mustahil la. Kecuali berlaku sesuatu.. Mungkin la aku boleh maafkan. hehehehe

Apapun buat semua blogger.. Apa yang berlaku kat aku ni jadikan la pengajaran. Tak salah kita nak menyebarkan apa2 fakta yang sahih untuk didedahkan pada orang lain, tapi menulis & mengulas secara selamat je. Better copy paste laporan akhbar je selamat hehehehe. Biarlah Allah jadikan aku sebagai peringatan pada orang lain. Allah pilih aku mungkin sebab bersesuaian dengan kemampuan aku memikulnya walau aku tak ada kemampuan dari sudut harta benda & duit berkepok kepok. Tapi mungkin kekuatan dalaman tu lebih besar dari size badan aku.. siapa tahu. Allah maha mengetahui segalanya.. Wallahualam.

Moral of the story.. Selepas 25 hari aku hadap Ujian ni apa yang dapat aku katakan. Aku redha & aku tahu semua ni berlaku adalah kerana Allah ingin menegur aku. Mungkin aku lalai.. aku lupa.. Allah sayangkan aku. Sebab tu dia jentik aku supaya tidak jauh tersesat. Dia uji dengan musibah sebab dia nak aku dekatkan diri dengan dia macam sekarang. Kalau dia uji aku dengan kenikmatan.. dengan kekayaan dunia.. mungkin aku akan jadi sombong, bongkak & rasa berkuasa dengan harta dunia yang aku miliki sedangkan yang memberi rezeki itu pun Allah. Kalau dia nak tarik balik dalam masa sesaat pun boleh kita kehilangan segalanya. Dia jadikan aku tidak mampu dari segi harta benda sebab dia nak aku meminta minta dengan Dia. Allah suka pada hamba yang meminta minta kepadaNya. Bayangkan kalau aku berkemampuan.. Mungkin aku rasa tak perlu meminta minta lagi dengan Dia. Bersangka baik dengan Ujian Allah.. Insya Allah yang datang nanti adalah lebih baik. Even bukan sekarang.. Insya Allah.. Dia tahu bila masa terbaik untuk memberi kita seribu ganjaran dari kesabaran kita tu.

P/S : jangan tanya aku siapa dia.. Biarlah aku & Allah jer tahu. Biarlah Allah je yang membalasnya.

15 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DENGAN ISGTIFAR UMPAMA ULTRAMAN DAPAT POWER KETIKA LAMPU MERAH DI DADA DAH BERKELIP KELIP

6/19/2017 03:58:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

DENGAN ISGTIFAR UMPAMA ULTRAMAN DAPAT POWER KETIKA LAMPU MERAH DI DADA DAH BERKELIP KELIP. Dah sampai ke penghujung ramadhan.. Rasa macam cepat sangat masa tu berlalu. Sepantas watson nyambek berlari kekdahnya. Punya laju la sampai tak sempat nak shopping raya lagi ni.. Tahun ni memang tak persiapan raya apa - apa. Bagi yang tahu kenapa.. Maka tahu tahu. Dari mak, bapak hinggalah ke anak sampai hari ni takde langsung apa2 yang berkaitan raya kami siapkan. Hari berlalu macam tu jer


Puasa pun tak terasa dah nikmat puasa. Rasa macam baru bangun sahur tup tup dah nak berbuka. Dalam keadaan sekarang segala rasa lapar dahaga tu memang tak berapa terasa sangat la. Tak tau la nak kategorikan benda ni nikmat atau ujian jugak. Mesti ada yang kata.. Ok la tu.. Puasa tak di uji dengan rasa lapar & dahaga tapi tu la.. Nikmat berpuasa tu macam tak ada. Macam hilang deria rasa jer.

Sejak dari hari pertama puasa.. Rasa tak berapa berehat lagi aku ni. Bukan saja fizikal malah mental pun. Dan hari ni aku rasa.. aku perlu ambil masa berehat dari terus push diri aku fikir perkara di luar kemampuan aku. Demi Allah.. aku dah usaha.. Sampai sekarang pun sebenarnya aku masih berusaha. Usaha aku ni kira masih tak ada titik noktah la. Panjang lagi aku rasa perjalanan usaha aku ni.. Jadi berusahalah selagi terdaya. Allah tak janjikan kemenangan andai kita berusaha sekalipun tapi yakinlah Allah tak kejam. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita..  Doa, usaha selebihnya tawakal..

Serius apa yang berlaku ni memang bagi kesan dalam hidup aku... Mula2 aku pun macam orang lain. Kemurungan, hypertension.. Sebab tak tahu nak buat apa dengan kemampuan kewangan yang terhad. Bak kata sipolan tetttttttt.. tu duit tak berkepok kepok katanya. dalam 2 - 3 hari macam tu. Tapi dalam fasa kemurungan tu.. aku still berusaha cuma aku banyak menangis & meminggirkan diri. Support suami tu sangat membantu. Di samping diri sendiri juga kena bantu untuk terus kuat. Yang buat aku terus react macam biasa.. Boleh bangkit & buat rutin harian macam biasa adalah.. bila aku fikir. Tak adil aku untuk menyusahkan suami.. anak.. sedangkan mereka tak salah. Kalau aku terus murung, benda tu effect semua orang di sekeliling aku. So, aku kena kuat & aku kena hadap. Kena usaha... berjaya atau gagal tu bukan persoalan. Yang penting usaha.

Dan selepas tu aku terus usaha & berusaha sampai sekarang sambil menikmati hidup macam biasa. Yang aku rasa sangat sangat membantu, selain solat, doa, & baca al Quran.. adalah Isgtifar. Betapa ajaibnya Isgtifar ni.. Aku boleh rasa tenang.. Isgtifar la sebanyak mungkin bila hangpa dalam kesulitan. Allah akan bantu bagi ketenangan, bagi jalan & bagi kekuatan. Aku sendiri pun sebelum ni tak pernah rasa keajaiban Isgtifar sebab maybe kurang berisgtifar kot sebelum ni. Tapi kali ni Subahanallah.. Betul - betul macam ultraman dapat power di saat lampu merah kat dada berkelip kelip. macam tu la yang mampu aku gambarkan apa yang berlaku kat aku lepas amalkan isgtifar sebanyak yang mungkin. Lebih dari 100kali la. Takde la kuat tu tetiba muscle tumbuh berketoi ketoi.. Tetiba tukar jadi kaler hijau macam hulk. Kuat tu kuat secara spiritual.. dari dalam. Jadi tak mudah menangis.. tak mudah putus asa & tak takut untuk hadap kemungkinan yang bakal berlaku. Ada saja Allah bagi jalan untuk aku teruskan misi mencari bantuan. Macam satu aura yang sangat sangat positif menyerap dalam diri aku. Sampai aku rasa dah tiba masanya aku buat preparation raya walaupun sebelum ni aku rasa tahun ni aku tak ada mood nak raya. Yakin dengan Allah.. letakkan pergantungan pada Allah.. Mohon & doa bersungguh sungguh.. Insya Allah, Allah tidak pernah kejam dengan hambaNya.

* Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
* Rasulullah s.a.w bersabda, "Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka,”(HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).
* Rasulullah s.a.w bersabda,”Apabila seorang mukmin melakukan suatu dosa, maka tercoretlah noda hitam di hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkannya dan beristighfar, maka bersihlah hatinya.”(HR.Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Tirmidzi).
* Rasulullah bersabda,”Sesungguhnya Allah akan mengangkat derajat seorang hamba di syurga. Hamba itu berkata,’Wahai Allah, dari mana saya dapat kemuliaan ini?’ Allah berkata,’Kerana istighfar anakmu untukmu’.”(HR.Ahmad dengan sanad hasan).
* Allah berfirman, "Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(QS.an-Nur: 31). Aisyah berkata,”Beruntunglah, orang-orang yang menemukan istighfar yang banyak pada setiap lembar catatan harian amal mereka.”(HR.Bukhari).

Esok adalah hari penentuan.. Insya Allah apapun berlaku aku bersedia. Mohon Allah terus bagi kekuatan. Mohon doa dari semua.. Mohon sokongan dari semua.. Apapun berlaku bukan penentu siapa betul siapa salah. Tapi.. Perjalanan dalam dunia ni memang kita akan menemui banyak ketidak adilan.. Kenapa Allah izinkan benda tu berlaku? Sebab tu la ujian buat kita yang bernama manusia. Musibah adalah ujian.. Kenikmatan juga Ujian. Menang pun Ujian.. kalah pun Ujian. Kita manusia takkan terlepas dari di uji. Bersyukur kalau kita di uji dengan musibah sebab cara tu selalunya lebih buat manusia mencari & mendekati Allah.. Berbanding dengan ujian nikmat & kekayaan. Manusia mula lupa diri, sombong & bongkak. Rasa duit boleh beli syurga tanpa amalan.

Apapun yang berlaku.. Mohon doa dari semua baju raya aku tahun ni bukan kaler oren. hehehehe.. Doakan semuanya di permudahkan. Doakan semuanya berakhir dengan baik. Doakan rezeki untuk aku.. Manatau dengan doa2 semua aku jadi orang kaya & boleh membantu orang lain yang dalam kesusahan macam situasi aku sekarang. Kekangan kewangan mungkin buat aku di hukum tanpa pembelaan. Takpe la.. aku anggap benda tu sebagai kifarah dosa dosa yang aku pernah buat. Manatau semua ni nanti membantu meringkan timbangan dosa aku di akhirat nanti. Dok pikiaq dunia jer.. macam la nak menongkat langit selamanya. Sampai masa ke bawah tanah jugak, kan?

Moral of the story.. Apa yang berlaku bagi aku satu teguran dari Allah tanda kasih sayangnya pada aku. Dia nak mengingatkan aku yang selama ni lalai.. selama ni lupa.. selama ni hanyut dalam nikmat yang aku dapat. Sesekali dia jentik.. Baru reti nak doa dalam sujud bersama linangan airmata. Nasib baik musim panas... sempat kering sejadah sebelum masuk waktu solat seterusnya. hehehe.. Aku perlukan doa.. Please! Doakan untuk aku.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

YANG RAMAI TIDAK TAHU WATAK AIRIL DALAM DRAMA ANDAINYA TAKDIR ADALAH KISAH BENAR PESAKIT MENTAL OTHELLO SYNDROME

6/15/2017 03:52:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

YANG RAMAI TIDAK TAHU WATAK AIRIL DALAM DRAMA ANDAINYA TAKDIR ADALAH KISAH BENAR PESAKIT MENTAL OTHELLO SYNDROME. Malam2 kalau scroll news feed kat FB tu boleh nampak macam macam luahan perasaan kaum wanita terutamanya pasal perangai Airil watak hero dalam drama tu. Aku follow jugak drama ni dari awal.. Cuma kadang2 terskip. Nak kata marah sangat dengan watak Airil tu tak la.. Sebab aku tahu orang macam watak Aril ni bukan sengaja dia buat macam tu even aku sendiri pun tak sure apa penyakit orang macam ni. Orang takde masalah mustahil perangai dia jadi abnormal macam tu. Sekejab baik sangat sekejab macam syaiton nirrojim. Tapi tak saman yang pretend baik, muka baik tapi hati iblis yer. Yang tu bukan sebab sindrom apa2.. Yang tu memang dah hatinya bangkai secara semulajadi hehehehe


Tapi watak Airil tu memang berkaitan dengan penyakit jiwa juga la.. Sebab manusia normal ni masih mampu kawal emosi & tindakkan dia ye dak. Aku pernah kenal orang macam ni.. Sebab tu aku tahu orang macam ni bukan jahat tapi perlu di rawat. Cuma pasangan dia kena betul2 kena cekal & kental la dalam usaha nak pulihkan orang orang macam ni. Sebenarnya mereka baik, penyayang cuma tak boleh emosi terganggu even perkara kecil sekalipun depa akan jadi hilang kewarasan. Lepas depa sedar depa akan rasa menyesal dengan apa depa buat. Sama macam watak Airil. Depa bukan sengaja tapi memang benda tu menganggu emosi depa sehingga tindakkan depa dalam keadaan tanpa sedar.

Terbaca satu artikel katanya watak Aril alam drama tu sebenarnya di adaptasi dari kisah benar seorang pengidap penyakit mental Othello syndrome kat malaysia. Kesahnya... Rupanya adaptasi dari kisah benar. Betul la macam aku sangka.. Watak Airil tu bukan nak mengambarkan seorang suami yang kejam tapi sedang bercerita tentang satu penyakit jiwa yang aku sendiri tak pasti apa namanya. Hebat tak aku? hahahaha

Pengidap penyakit ni memang ada masalah kelainan emosi yang selalu fikir pasangan dia tak setia, pasangan dia curang walau tak ada sebarang bukti yang mengsahihkan spekulasi dia tu. Atau hangpa senang paham cemburu buta la.. cuma bezanya cemburu buta pesakit mental othello syndrome ni dia jadi agresif & gagal mengawal tindakkan dia sehingga mengasari pasangan dia secara berlebihan dalam keadaan sedar atau tanpa sedar. Selalunya bila dah di kuasai emosi ni memang tak berapa sedar diri la kan...

Antara punca syndrome Athello ni adalah dari pengalaman perit seseorang.. contohnya maybe pernah kecewa dalam percintaan, di khianati & termakan hasutan orang2 sekeliling. Nak kenali ciri ciri pengidap Mental Othello syndrome ni adalah..


  • Menuduh pasangan curang tanpa bukti.
  • Melarang pasangan pergi ke mana-mana kecuali dengannya.
  • Selalu mengeksploitasi pasangan.
  • Mencari bukti curang walaupun tidak wujud pun sebenarnya.
  • Mengamuk dan mencederakan pasangan.
  • Selalu memantau kegiatan pasangan.
  • Komunikasi 24 jam tanpa henti.
  • Mengancam akan membunuh.

Pakat check la laki/bini,boipren/gepren hangpa na.. Manatau ada ciri ciri yang di sebut. Kalau yang belum kawen tu rasa tak mampu nak handle pasangan macam ni better move on awal awal. Tapi kalau yang dah berkahwin ada rasa ingin membantu pasangan anda yang mengidap sindrom mental Othello ni.. Pujuk2 la bawa pi berubat. Tak kira la cara rawatan Islam ataupun moden. Kedua duanya bagi aku di perlukan untuk membantu mereka pulih. Sebab melibatkan gangguan emosi & mental ni dengan rawatan moden tak cukup kena ada pengisian yang berbentuk keagamaan juga. Kita semua sedia maklum.. Dalam Al Quran ada macam macam penawar. Amalan zikir juga adalah salah satu cara menenangkan emosi.. Tak caya try. Isgtifar pun boleh buat kita rasa lebih tenang.

Penyakit ni katanya memang tak boleh di rawat atau sembuh tanpa bantuan orang - orang sekeliling. Perlu sokongan semua pihak jugak. Yelah.. gangguan mental & emosi ni bukan boleh solve sorang sorang. Jadi jika anda mengenali mereka yang ada ciri ciri Othello syndrome ni.. bantulah mereka untuk pulih.

Moral of the story.. Lepas ni jangan marah2 Airil lagi ok! sian dia.. dia sakit sebenarnya hehehehe.

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TEMPAT BERSAHUR PALING SESUAI UNTUK GOLONGAN MALAS MASAK

6/13/2017 10:15:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

TEMPAT BERSAHUR PALING SESUAI UNTUK GOLONGAN MALAS MASAK. Dah masuk 18 Ramadhan katanya.. Awal - awal puasa tu memang berkobar kobar, bangun masak sahur bagai. Tapi masuk pertengahan & hujung puasa.. Ramai dah mula mengelat. Sebab malas nak bangun masak sanggup skip sahur. Tak elok tau.. Bersahur ada keberkatannya.. Jangan skip sahur macam aku ni. Apapun berlaku still bangun & bersahur even hanya makan kurma & air kosong katanya. Tu kes awal awal puasa hari tu la. Mood down to the earth sangat sampai hilang deria rasa nak makan kekdanya.. Tapi sekarang, Alhamdulillah dah ok! Bila kita redha & letakkan pergantungan kita pada Allah, Insya Allah.. Allah bantu kita lebih kuat untuk hadapi Ujian hidup nak2 lagi Ujian tu datang di bulan ramadhan yang mulia. Banyak hikmahnya... Insya Allah.


Kalau aku la.. beranak pinak ni memang la nak keluar bersahur kat luar memang jadi satu perkara yang menyusahkan balik. Memang tidak la.. Apalah sangat nak makan dua mulut dalam rumah ni. Tapi kalau golongan bujang atau pasangan yang masih tak ada anak.. Maybe la malas masak sahur kat luar je senang. Lepas makan tak payah kemas dapur atau cuci pinggan.

Tapi masalahnya.. Kat mana tempat best boleh bersahur pepagi buta macam tu? Alah.. setakat mamak 24 jam jemu la. Nak cari port best sikit la kan bersahur. Baru buka selera nak makan katanya.

Jangan risau kat Malaysia ni banyak port makan. Orang malaysia memang 24 jam cari makan sebab tu banyak restoran & kedai buka 24 jam. Antara tempat best korang boleh jadikan port untuk bersahur adalah kat sini >> Selalu tak sempat nak prepare untuk sahur? No problem, 7 tempat ni kan ada. << Tu dia.. hang nak sahur western food ka, mamak food ka, malay food bagai semua ada. Tiada alasan lagi untuk tidak bersahur.

Moral of the story.. Jangan sahur pukul 7 pagi ok! Pastikan sahur anda sebelum waktu imsak hehehe. Amaran keras, hindari geng beg plastik hitam. Ambil sahur setiap hari sepanjang bulan puasa bagi memastikan anda tidak di serang gastrik. Peace Yo!

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SAPS MEMUDAHKAN GURU & IBU BAPA MEMASUKKAN & MENYEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR

6/12/2017 11:00:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

SAPS MEMUDAHKAN GURU & IBU BAPA MEMASUKKAN & MENYEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR. Zaman sekarang semua operasi di lakukan secara atas talian. Demi memudahkan & menjimatkan masa & tenaga. Dan kerana itu SAPS di cipta untuk memudahkan semua pihak termasuk golongan guru & ibu bapa.


Sedikit pengenalan tentang SAPS ni.. dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Disini, Sistem Guru Online ingin berkongsi sedikit info tentang sistem analisis peperiksaan sekolah. Boleh dicapai oleh semua pihak termasuk KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Data yang di simpan boleh di gunakan pakai oleh semua pihak sekiranya ingin membuat sebarang analisis.

Untuk para guru.. Sistem ni memudahkan guru untuk memasukkan keputusan peperiksaan pelajar secara online. Untuk golongan ibu bapa pula SAPS memudahkan anda menyemak keputusan peperiksaan anak anak. Senang kan? Nak nak lagi zaman sekarang ibu bapa memang sibuk dengan urusan kerjaya. Jadi sistem online macam ni memang sangat membantu semua pihak.

Untuk maklumat lanjut tentang SAPS ni anda boleh ruju di Sistem Guru Online

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PENIAGA ONLINE KENA ROGOL DENGAN PEMANDU GRABCAR

6/12/2017 03:19:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

PENIAGA ONLINE KENA ROGOL DENGAN PEMANDU GRABCAR. Sekarang ni ramai yang pilih GrabCar sebab katanya lebih murah berbanding teksi. Guna kemudahan GrabCar ni katanya lebih secure.. Kalau ada apa - apa yang berlaku at least detail tentang pemandu tu di simpan oleh company GrabCar tersebut berbanding teksi.. dia tidak terikat bawah mana2 syarikat. Lebih kepada individu..

Gambar sekadar hiasan

Tapi tu la.. berurusan dengan manusia ni mana ada jaminan 100% selamat ye dak? Manusia ni antara hidupan yang bernafsu. Tu dia.. hidupan katanya. marah manusia lain kat kami satgi. Habis pakat dok serbu blog kami. Mampuih kena kecam, jadi viral seterusnya popular & david teo offer berlakon filem seram watak toyol pulak. Yelah.. nak jadi pontianak tak cukup tinggi katanya.. Jadi toyol je mampu.

Tapi dok buang masa baca berita2 kat akhbar online ni terbaca satu kes di mana seorang peniaga online katanya membuat laporan polis di rogol oleh seorang pemandu GrabCar. Masih dalam siasatan so tak boleh nak kata betul ke tidak la. Katanya pemandu GrabCar tu dah enam bulan menjadi pemandu GrabCar ni & hasil siasatan tidak ada rekod jenayah lampau. Dia selalu ambil penumpang midnight jer... Kebetulan peniaga online ni balik dari sebuah pusat karaoke agak lewat malam. Nak2 pulak time tu dia tengah mabuk kan.. So, orang buat apapun memang tak melawan la. Menurut berita yang aku baca.. Pemandu GrabCar tu menggunakan kereta jenis Perodua MyVi. Habis la Myvi.. terpalit lagi dengan kes kes jenayah. Kenapa Myvi? hehehehehe


Sekarang pemandu GrabCar tu katanya telah di tahan pihak berkuasa untuk siasatan & mangsa rogol tersebut sedang di rujuk ke hospital untuk pemeriksaan lanjut & pihak polis masih menunggu laporan dari pihak hospital.

Apapun bukan semua pemandu GrabCar bernafsu perogol.. Pemandu GrabCar ni ada macam jenis perangai jugak. Almaklum la manusia. Tapi tu la even berlaku perkara perkara macam ni pun trend sekarang orang memang lebih suka naik GrabCar.. Bukan apa cuma sebab ni jer >> Ini sebab orang suka naik GrabCar <<


Zaman sekarang kau naik apapun kau kena berdepan dengan risiko.. Sebab manusia ni kita tak boleh nak menilai dengan pandangan mata kasar. Jangan ingat spesis rupa & imej macam bawah lindungan kaabah ni baik baik sangat! Orang sekarang sanggup buat apa saja untuk kepentingan & keuntungan peribadi termasuk menganiaya orang lain untuk menutup kesalahan sendiri. Yang nampak jahat, senang kita boleh ambil langkah berjaga jaga tapi yang nampak gud gud & pretend macam malaikat tapi hati penuh sarang syaiton nirrojim tu yang paling bahaya.

Moral of the story.. Orang perempuan ni memang sasaran penjenayah sebab mudah terpedaya & percaya dalam semua perkara. Jadi sila la berhati hati.. Tak salah kita tidak bersangka baik dengan semua orang & semua perkara, at least kurang risiko terpedaya & di aniaya oleh orang lain. Jangan dah terhantuk baru terngadah mungkin waktu tu.. agak terlewat. Lagi satu jangan mabuk & balik lewat malam dengan orang yang tak di kenali. Peace Yo!

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BLOGGER & PENGACARA SHEA RASOL MENINGGAL DUNIA

6/09/2017 05:00:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

BLOGGER & PENGACARA SHEA RASOL MENINGGAL DUNIA. Innalillahhiwainnalillahhirojium.. Salah takziah kepada seluruh ahli keluarga Arwah Shea Rasol merupakan seorang blogger juga seorang pengacara rancangan TV. Di khabar telah meninggal dunia pada bulan mulia di hari Jumaat ini..


Allah.. antara orang2 yang bertuah terpilih untuk pergi meninggalkan dunia fana di hari yang mulia ni. Moga Allah mengampuni dosa dosanya & menempatkan arwah di kalangan orang orang yang beriman.

Apa yang aku sempat baca di blog Arwah.. katanya Arwah mengidap cancer. Mungkin itulah asbab arwah meninggal dunia. Apapun asbabnya sesungguhnya sampai masa tidak akan terlewat atau tercepat walau sesaat. Hidup kita dah tertulis sejak azali.

Actually aku tak berapa kenal Shea Rasol ni sebgai blogger cuma kenal semasa beliau mengacarakan rancangan SIS kat tv3 dulu bersama Heliza Helmi & sorang lagi sapa ntah lupa pulak nama dia. Tapi dia agak di kenali di kalangan blogger2 terkenal la. Aku ni walau blogger kadang2 tak berapa kenal sangat dengan blogger even popular.


Tapi sempat google berkenaan Shea Rasol ni, selain blogger & pengacara rancangan TV beliau juga mempunya jenama pakaian sendiri. Seorang businesswoman juga la. Sesungguhnya antara orang yang berjaya semasa hayatnya. semoga disana beliau juga di kalangan hamba hamba yang berjaya, Insya Allah.

Apapun semoga seluruh ahli keluarga Shea Rasol tabah menerima kehilangan orang tersayang. Pemergian beliau di hari & bulan yang baik adalah satu anugerah.. Moga arwah mendapat kemenangan jugak di sana.

Alfatihah...

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ARGAN SCAR SERUM PENYELESAIAN SEMUA MASALAH PARUT KECUALI PARUT LUKA PUTUS CINTA

6/07/2017 11:54:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

ARGAN SCAR SERUM PENYELESAIAN SEMUA MASALAH PARUT KECUALI PARUT LUKA PUTUS CINTA. Parut.. sapa suka parut. Confirm ramai tak suka even parut kat tempat tertutup pun. Aku pun jenis berparut jugak.. Parut jerawat, parut bekas garu.. Kira parut & aku umpama aur & tebing la. Tapi sekarang ni tak payah sedih, rasa down & confident level terus merudum sehingga ke paras bawah. Hidup belum musnah hanya kerana parut.. sebab macam macam cara boleh buat untuk menyelesaikan masalah parut ni.


Antaranya menggunakan produk Argan Scar Serum.. Kau cakap parut apa dia tak boleh sental.. Parut kelapa jer tak boleh tapi yang lain lain parut semua boleh. Satu lagi parut di hati sebab putus cinta pun tak boleh hilangkan dengan Argan Scar Serum tapi kalau putus cinta sebab muka atau badan berparut boleh la guna. hehehehe. Satgi ada cakap.. Kalau parut lama yang dah sebati dengan kulit ni boleh ke hilang dengan guna Argan Scar Serum ni? Awat pulak tak boleh tapi kalau kau sapu malam esok kau harap parut ghaib memang dogeng sangat la ceritanya. Kalau consistent guna, Insya Allah parut lama. parut baru.. baru pertengahan usia semua boleh di selesaikan dengan hanya menyapu ke bahagian parut. Tak payah rawatan laser lagi katanya.


Argan Scar Serum ni adalah penawar segala parut merupakan produk serum parut pertama di Malaysia menggunakan ekstrak minyak Argan. Ia di hasilkan dengan Teknologi yang tinggi & di Formulasi dengan ekstrak minyak argan untuk mengurangkan, memudarkan & menghilangkan segala jenis parut dan tekstur yang tidak sekata.

Sedikit info berkaitan produk Argan Scar Serum ni..

- Anda Akan Rasa Perbezaan Ketara Jika Diguna Secara Konsisten.
- Argan Scar serum Mendapat pdi kilang yang berstatus 'Good Manufacturing Practice (GMP)
- Berdaftar dengan KKM
- Dijamin Selamat Tanpa Kesan Sampingan.
- Kandungan Bahan Premium Iaitu Argan Oil Untuk Membantu Pertumbuhan Sel Kulit Baru.
- Mencantikkan Dan Mensekatakan Tona Kulit.
- Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit.
- Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur.
- Serum Pekat Yang Mudah Menyerap Untuk Kesan Yang Lebih Mendalam.

Antara keistimewaan lain tentang produk Argan Scar Serum ni adalah untuk menyelesaikan masalah parut..

✔Parut Jerawat
✔Stretch Marks
✔Parut Chicken Pop
✔Parut Luka
✔Parut Bersalin
✔Parut Kemalangan
✔Kulit Kering
✔Parut Kusam
✔Selulit
✔Tona Kulit Tidak Sekata
✔Kulit Kering Atau Rosak & Apa Sahaja Jenis Parut


Jadi para pengumpul parut sekalian meh la ramai ramai kita menyental parut parut di kulit kita dengan Argan Scar Serum ni. Berminat nak beli tapi tak tahu kat mana? Alah.. zaman hujung jari ni semua boleh dapat secara online jer. Duduk rumah usap perut sambil goyang kaki pun boleh membeli belah katanya.. Jadi kalau rasa nak cuba, boleh hubungi :
.

Instagram : @araazhealthcare
Founder: @araaz.ahc

whatsapp 'ArganScar' ke 0136566033 atau 
klik link Wasap.my/60136566033/arganscar

Stokis/agen/dropship diperlukan setiap negeri

Kalau berminat boleh hubungi :
Whatsapp 'Stokis' ATAU 'Agent' ke 0136566033
20 Stokis/Agent T

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TERBONGKAR! NOT KKM PADA PRODUK KOSMETIK BUKAN JAMINAN PRODUK ITU SELAMAT

6/04/2017 12:57:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

TERBONGKAR! NOT KKM PADA PRODUK KOSMETIK BUKAN JAMINAN PRODUK ITU SELAMAT. Berhenti memberi pendedahan pada orang awam? Oh.. Mustahil. Sebagai penulis even aku ni bukan la baik sangat tapi tidak la sejahat syaiton nirrojim.. Aku rasa apa yang penting untuk aku sampaikan, aku kena sampaikan. Aku bukan tulis blog personal kan.. Blog aku kategori blog santai yang macam macam ada. Aku akan terus menulis selagi aku boleh menulis. Apa yang sedang berlaku kat aku sekarang aku anggap cara Allah menegur & mengajar aku bagaimana untuk lebih berhati hati bila menulis tak bermakna aku akan berhenti menulis yer..


Notifikasi KKM pada produk kosmetik.. Ni yang selalu di jadikan modal kebanyakkan pengasas produk kosmetik untuk mengelirukan pengguna. Mereka akan guna Notifikasi (NOT KKM) ni untuk menyakinkan pengguna produk mereka selamat kerana mendapat kelulusan KKM. Aku ada terbaca kat satu Group Masyarakat Kena Tahu.. Aku copy paste balik yer supaya info tidak bercanggah..

Di Malaysia mengikut undang-undang, Kosmetik perlu dinotifikasi kepada pihak KKM sebelum boleh dipasarkan kepada pengguna. Notifikasi bermaksud, pihak syarikat dikehendaki untuk mengemukakan suatu bentuk pengisytiharan kepada pihak KKM di mana pihak syarikat perlu mengemukakan maklumat-maklumat berkenaan produk kosmetik yang mereka akan pasarkan.
Produk kosmetik tersebut perlu memenuhi spesifikasi yang ditetapkan barulah ia dibenarkan untuk dinotifikasi dan dipasarkan di Malaysia.
Notifikasi TIDAK BERMAKSUD bahawa KKM mengeluarkan sebarang bentuk KELULUSAN bagi mana-mana produk kosmetik. Perkara yang sama seperti produk makanan...KKM tidak pernah memberikan sebarang kelulusan.

Korang kena faham.. NOT KKM pada produk kosmetik bukan jaminan produk tu selamat ok! Jadi tak pelik la kalau kebanyakkan produk kosmetik sebelum ni yang ada NOT KKM ni tetiba KKM keluarkan laporan yang mengatakan produk mereka mengandungi bahan seperti merkuri & sebagainya yang bahaya kepada kesihatan manusia. Sebab NOT KKM bukan bermakna produk tu mendapat apa apa kelulusan dari KKM. Ia sekadar sistem notifikasi dan PMS sebagai kawalan regulatori dalam negara. Dengan adanya sistem ini sekurang-kurangnya banyak kes kosmetik yang mengandungi bahan terlarang dapat dikesan. Tu dah terbukti bila semakin banyak local produk yang KKM keluarkan laporan mempunyai bahan terlarang & merbahaya. Tapi Itu yang kita selalu keliru sebab kita anggap NOT KKM ni bukti produk dah di analisa & terjamin selamat. Hope lepas ni kita tak 'Tipah Tertipu lagi yer' hehehe.

Apabila sesuatu produk dikesan mengandungi bahan terlarang, notifikasi produk tersebut akan dibatalkan. Pihak syarikat akan diarahkan untuk memberhentikan penjualan dengan serta merta, membuat panggilbalik produk tersebut daripada pasaran (dalam masa 72 jam) dan melupuskan produk kosmetik terlibat. (Yang ni kebanyakkan pengeluar produk tak buat. tetap jual macam biasa )
KKM juga akan mengeluarkan kenyataan akhbar kepada orang ramai agar mereka memberhentikan serta merta penggunaan produk kosmetik terlibat sekiranya masih ada dalam simpanan mereka. Maklumat tersebut juga akan dipaparkan di laman web NPRA iaitu npra.moh.gov.my

Tujuan Notifikasi KKM di berikan kepada sesuatu produk kosmetik ni adalah sekiranya berlaku produk tersebut memberi kesan buruk pada pengguna at least pihak KKM mempunyai informasi lengkap terhadap syarikat terlibat dan mudah untuk KKM ambil tindakan dan pihak yang menjadi mangsa boleh mengambil tindakan.

Korang boleh tengok video dari rancangan Selamat Pagi Malaysia yang membincangkan isu ni & boleh baca penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut. kat sini https://www.facebook.com/MedicalMythbustersMalaysia/videos/1380794008677760/

Jadi sebelum menggunakan sesuatu produk jangan hanya menilai dari NOT KKM. Aku sendiri pun pernah buat kesilapan macam ni. Bila tengok ada Notifikasi KKM pada produk aku claim.. produk tu memang ada kelulusan KKM & terjamin selamat. Rupanya.. Aku pun di perbodohkan selama ni sebab kurang ilmu. Orang kata bodoh biar sekali.. Kalau berkali kali tu bukan bodoh lagi dah. Tahap bangang mungkin. hehehehe

Kalau Not KKM bukan jaminan sesuatu produk tu selamat di gunakan bermakna kita kena lebih bijak la lepas ni. Nak selamat guna produk yang dah lama di pasaran & tiada kontroversi kesan sampingan.

Jadi kalau korang terguna produk yang tidak selamat atau melihat produk yang masih di jual even KKM dah keluarkan laporan produk tu tidak selamat korang boleh buat pertanyaan & aduan kat sini >> http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms << kalau tak tau macam mana cara nak buat aduan.. next time aku buat tutorial kat hangpa noh.. hehehehe

Moral of the story.. Allah dia bagi rezeki pada sesiapa sahaja tak kira cara kita mencari rezeki tu cara baik ataupun salah. Orang jahat pun ramai hidup senang lenang dalam dunia ni. Allah tetap bagi rezeki kat dia. So, pada peniaga produk ni.. Kena ingat, rezeki yang melimpah ruah Allah bagi tak bermakna Allah redha dengan jalan kita mencari rezeki. Kita dapat kenikmatan & kemenangan dunia.. Tapi akhirat belum tentu. Peace Yo!

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PELUANG ANDA BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM & ASNAF SAMBIL BERAMAL

6/02/2017 02:13:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

PELUANG ANDA BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM & ASNAF SAMBIL BERAMAL. Hari ni dah masuk hari ke 7 umat Islam menunaikan ibadah puasa. Sekarang dah banyak majlis majlis berbuka puasa di anjurkan untuk meraikan mereka mereka yang kurang bernasib baik seperti anak anak yatim & asnaf ni. Almaklum la bulan ramadhan ni bulan yang pahala akan jadi berlipat kali ganda kan. Masing2 ingin beramal untuk merebut ganjaran pahala tersebut.


Mungkin bagi anda yang tidak berkemampuan untuk menganjurkan majlis berbuka puasa untuk golongan macam anak anak yatim ni jangan risau.. Masih ada ruang & peluang korang untuk merebut ganjaran pahala di bulan mulia penuh keberkatan ni. Memang la nak anjurkan majlis2 besar macam ni memerlukan budget yang besar juga. Hanya golongan2 tertentu sahaja mampu nak buat..

Tapi kalau korang nak memberi sokongan atau meraihkan golongan anak anak yatim ni, masih ada cara. Pada 10 Jun 2017 nanti akan di adakan majlis berbuka puasa Pelajar Pelajar PLK LW213 bersama anak anak yatim & asnaf di Hotel UiTM Hotel shah Alam.

Selain majlis berbuka puasa ada banyak lagi aktiviti lain seperti ;

- Penyertaan Malaysia Supercar Owner Club
- Anak-Anak Yatim & Asnaf berpeluang menaiki kereta super
- Orang ramai yang ingin menaiki kereta super akan dikenakan bayaran RM50 (yang akan disumbangkan kepada Anak-Anak Istimewa ini).

Selain tu ada juga aktiviti jualan bonet kereta. Boleh la korang nak beli apa2 keperluan raya datang kesitu sambil berbuka puasa bersama anak yatim & Asnaf. Juga di adakan Aktiviti Trivial bersama anak-anak tetamu istimewa ini

Maklumat tentang Majlis tersebut adalah seperti berikut

Tarikh : 10.06.2017 (Sabtu)
Masa : 5.30petang - 9.30malam
Tempat : Hotel UiTM Shah Alam
Bayaran : RM65 (Dewasa) & RM35 (Kanak-kanak bawah 12 Tahun)

Tempat adalah terhad. Sekiranya korang berminat boleh hubungi ;
Zarina Zainal Abidin : 019-6290910 

Program ini di adakan adalah bagi tujuan meraikan & menceriakan anak anak yatim & asnaf sembil menjamu selera.

Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada suatu pagi yang dilalui oleh seorang hamba kecuali dua malaikat turun. Satu daripadanya berkata: Ya Allah, berilah ganti orang yang berinfak (dermawan). Malaikat yang satu lagi berkata: Ya Allah, berilah kehancuran bagi orang yang kedekut.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad dari Abu Hurairah).


Sekirang ada sumbangan secara peribadi nak di hulurkan boleh hubungi Cik Zarina Zainal Abidin di talian yang sama.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PERHATIAN! BANK NEGARA MINTA ANDA BERHENTI SIGN RESIT SETIAP KALI GUNA DEBIT/CREDIT CARD

6/01/2017 03:12:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

PERHATIAN! BANK NEGARA MINTA ANDA BERHENTI SIGN RESIT SETIAP KALI GUNA DEBIT/CREDIT CARD.  Orang sekarang tak kira kaya atau kurang kaya memang suka membeli belah dengan swap swap pakai card je. Sama la macam aku.. Jarang sangat la nak pakai cash ni. Aku pun lupa bila kali terakhir aku buat pengeluaran wang kat mesin ATM. Selalunya kalau aku tak membeli belah guna debit card aku beli online. Semua guna transaksi dengan atas talian jer..


Bawa cash banyak banyak sekarang ni bukan selamat sangat, ye dak? Nak2 macam aku bukan orang kaya.. Duit bukan berjuta juta pun. Satgi yang sikit tu pun hilang... menangis kat kaki lima je katanya. Di sebabkan tu la aku pilih guna debit card. Nak apply credit card mana mampu.. tunggu la aku jadi orang kaya atau jutawan kan? Time tu bersusun credit card aku apply. Sekarang ni hidup la dengan apa adanya. Yang sikit pun tak tau la.. rezeki aku ke rezeki orang kaya lain kan? Almaklum la.. hikhikhik

Tapi zaman sekarang semakin canggih teknologi untuk memudahkan manusia semakin bijak pandai pulak penjenayah. Orang jahat kelas bawahan dia main ragut bagai.. Tapi yang jenis bijak sikit dia tak main ragut2 macam mat rempit tu. Nampak low class merompak cara macam tu. Dia guna cara smart2 jer..

Sekarang sign orang dah boleh tiru sebab kita kalau nak sign resit pembelian guna debit atau credit card ni takde nak sign berpintal pintal bagai kan? Aku tengok takde pulak cashier tu nak check sign tiap kali aku swap guna card. Sign la lagu mana settle katanya. Di sebabkan itulah guna signature ni jadi tak berapa selamat. Bayangkan debit @ credit card kita kena curi... Menangis tadah baldi je mampu.

Sebab tu bank negara sekarang nasihatkan orang awam supaya berhenti guna tandatangan setiap kali membuat pembayaran guna debit atau credit card ni. Semuanya sebab ni >> Bank Negara Malaysia Mahu Anda Semua Berhenti Menandatangi Setiap Kali Guna Debit & credit Card. Ini Sebabnya << Lepas ni korang kena biasakan diri dah ingat pin number OK!

Betul kan? Tandatangan ni memang tak secure ada cara yang lebih secure untuk kita melindungi debit & credit card kita dari di gunakan individu lain. So, jangan ambil mudah perkara ni ok! Jangan sampai kita dah mengalami kerugian.. Baru nak alert.

Moral of the story... Lindungi hak anda. Peace Yo!

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com