MENGHASILKAN PARUT TERTERA TULISAN NAMA SESEORANG SAMA SEPERTI MEMBUAT TATU ADALAH HARAM

7/31/2010 12:45:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Bukti cinta gadis remaja

KUALA LUMPUR: Biarpun masih di bangku sekolah, ramai remaja perempuan kini dikesan mengelar lengan hingga berdarah untuk menulis nama kekasih masing-masing, kononnya atas nama cinta.
Mereka melakukan perbuatan itu menggunakan pisau kecil atau mencucuk lengan dengan jarum bagi menghasilkan kesan parut seolah-olah tatu.

Perbuatan itu yang menjadi ‘trend’ terkini di kalangan remaja perempuan didedahkan pakar motivasi dan kaunseling remaja, Ahmadi Din berdasarkan pengalamannya mengendalikan beberapa kes gadis bermasalah.

Ahmadi berkata, baru-baru ini sepasang suami isteri meminta khidmatnya untuk mengatasi masalah anak gadis mereka yang sukar dikawal selepas terjebak aktiviti tidak bermoral dan dia mendapati tangan remaja itu ada kesan torehan nama teman lelakinya.

“Ibu bapa gadis berusia 16 tahun mengadu anak mereka terjebak pelbagai kegiatan tidak bermoral termasuk menghidu gam, merokok, ponteng sekolah dan suka berfoya-foya di disko.

“Selepas mendekati gadis itu saya mendapati lengan tangan kirinya yang mempunyai tanda parut tertulis perkataan yang bermula dengan huruf A. Apabila saya tanya, dia memberitahu tulisan itu nama teman lelakinya,” katanya.Menurutnya, gadis terbabit mengaku sengaja melukakan tangannya menggunakan jarum sehingga berdarah bagi mengukir nama kekasihnya yang berusia setahun lebih muda daripadanya.

“Dia memberitahu perbuatan itu dilakukannya kerana terpengaruh perbuatan sama oleh rakan sebaya yang mengukir nama kekasih masing-masing pada lengan atau pergelangan tangan.“Tanpa berselindung, dia mendakwa perbuatan menoreh lengan itu dilakukan bagi membuktikan kesetiaan dan rasa cintanya yang mendalam terhadap kekasihnya yang belajar di sekolah sama,” katanya.

Ahmadi berkata, remaja terbabit tanpa rasa bersalah mendakwa terlalu sayangkan teman lelaki menyebabkan dia hilang pertimbangan dan berani melakukannya.

“Perbuatan itu juga tidak ubah seperti pertandingan bagi membuktikan siapa paling hebat dan berani di kalangan gadis sebaya. Mereka langsung tidak ragu-ragu melakukannya hanya untuk bermegah. Siapa yang mempunyai parut nama paling panjang dianggap paling berani.

“Berdasarkan maklumat dikumpulkan, perbuatan gila mencederakan diri sendiri itu menjadi ‘trend’ baru yang tersebar meluas di kalangan remaja sekolah rendah dan menengah. Jadi, ibu bapa perlu lebih peka dan menyiasat aktiviti anak masing-masing,” katanya.

Ahmadi berkata, kegilaan terbaru itu mungkin diakibatkan kaedah lama menoreh nama pada batang pokok atau kerusi batu di taman rekreasi sebagai bukti cinta dianggap ketinggalan zaman.

“Lebih menyedihkan perbuatan menoreh nama teman lelaki pada lengan hingga berdarah ini sebahagian besarnya dilakukan gadis Melayu yang masih mentah untuk mengenal erti cinta,” katanya.

Menurutnya, perbuatan mencederakan tangan untuk menghasilkan parut tertera tulisan nama seseorang sama seperti membuat tatu dan Islam melarang keras amalan ini.

“Dalam Islam, apa saja perbuatan memudarat dan membahayakan diri adalah haram. Malah, terdapat hadis Rasulullah yang maksudnya Allah melaknat perempuan membuat tatu, perempuan yang meminta dirinya ditatu, perempuan yang meminta bulu keningnya dibuang dan perempuan yang mengikir giginya,” katanya.

Selain itu, kata Ahmadi, daripada sudut kesihatan perbuatan menoreh kulit menyerupai tatu itu boleh menyebabkan gejala bengkak dan gatal pada bahagian ditoreh yang mengundang jangkitan penyakit Hepatitis B atau C jika jarum digunakan tercemar.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

Nur Umairah derita kepala besar

7/31/2010 12:11:00 PM suria lekatlekit 0 Comments


NORBAIZURA (kiri) melihat Nur Umairah sambil diperhatikan Hasliza dirumahnya di, Kuala Ketil, Baling semalam.




BALING - Usia Nur Umairah Mohd. Zaidi baru enam bulan tetapi nasibnya tidak sebaik kanak-kanak lain apabila tisu otak disahkan semakin nipis menyebabkan kepalanya membesar menyamai kepala dua orang dewasa.
Lebih menyedihkan, akibat tumbesaran yang dialami, mata kanannya telah disahkan buta dan Nur Umairah tidak lagi mampu menggerakkan kepalanya yang sudah mencecah berat hampir empat kilogram.
Menurut ibunya, Norbaizura Dol, 29, Nur Umairah dilahirkan bersama ketumbuhan kecil di kepala dan mengalami kecacatan pada bibirnya selain tidak mempunyai rongga hidung.
"Ketika membuat pemeriksaan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, doktor memberitahu tisu otak anak saya yang semakin nipis menjadi punca kepalanya membesar.
"Kami tidak mampu berbuat apa-apa selain berdoa agar anak saya sembuh. Dia juga terpaksa minum susu setiap hari menggunakan tiub getah yang dibekalkan oleh HSAH," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Kulim, Kuala Ketil semalam.
Menurut Norbaizura, ketumbuhan yang membesar itu menyebabkan urat pada kepala anak bongsunya daripada tiga beradik itu kelihatan dengan jelas.
"Walaupun kepalanya membesar dan menonjol, badan Nur Umairah masih aktif bergerak menyebabkan saya terpaksa berhati-hati ketika membersihkan badannya.
"Kepalanya yang besar membuat menyebabkan dia sentiasa tidak stabil bila dipegang," katanya yang hidup dengan pendapatan suaminya, Mohd. Zaidi Abdul Rahman, 34, seorang penoreh getah.
Dua lagi anak mereka, Mohd. Aiman Hakimi, 7, dan Mohd. Aiman Haikal, 5 tahun tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.
Tambah Nurbaizura, dia dan suaminya amat berharap jika ada pihak yang sudi tampil untuk membantu merawat anaknya itu dengan menghubungi talian 012-4045076 atau memasukkan ke akaun BSN 0711129000100633 (Norbaizura).

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

Makhluk Aneh Dijumpai Di Pendalaman Hutan Thailand(photos)

7/30/2010 01:19:00 PM suria lekatlekit 0 Comments


Lokasi Tempat Makhluk dijumpai



Warga Thailand heboh setelah menjumpai makhluk jadi2an di pedalaman hutan, walaupun sudah mati namun warga sekitar masih merasa sukar untuk menjelaskan apa sebenarnya makhluk ini. Sekarang makhluk itu menjadi tontonan warga tempatan disembah oleh orang yang melawat.









Artikel ini di culik daripada : 
http://syoknyadownload.blogspot.com/2010/07/makhluk-aneh-dijumpai-di-pendalaman.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2Fsyoknyadownload+%28!!!+Syoknya+Download+Daily+Update+!!!%29

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KU HARAP OK RUPANYA SIAL...

7/30/2010 12:26:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Wah bersiaran lagi kita dalam segmen mengumpat sambil belajar. Ready anak2..

Op's skali datang opah2 lak
 
Masih berkonsepkan persekitaran tempat keja sebab hari2 aku keja kan?? So masa banyak abis kat tempat keja la.. Keja aku bukan boleh travel sana sini. Dari pukul 9 hingga la pukul 5 or 6.30 pm dok tercangak la kat opis. Agak2 nak tengk langit skit time lunch jer. So kisah2 yang banyak berlaku di sekitar tempat keja jer.

skali lagi Op's... mengadvertise pic sendiri gitiew
 
Bertoleh pada topik kita arini yer Uolls.. Still remember last season punya entry berkenaan CR baru tu. Ku sangka hamster yang comel rupanya hanjeng raksasa juga yang datang. Tapi dari perangai over ramah dia tu pun dah boleh teka perangai macam mana. Tetap la geng jilat2 tapak kaki bos kan?? Lewat 1 minit pun dia tulis dalam attendant Uolls.

OMG.. i'm too late.. it's 9.01am... 1 minute late

Paling sensasau cerita semalam... Akibat kegeraman yang terlampau sebab dia komplen kat bos sal someone ni cakap kurang ajar dengan dia padahal orang tu just tanya dia " U ada call customer i ke semalam??" aku sindir la dia, on the sport sound balik cakap aku cuba api2 kan orang. Selama 1 tahun 2 bulan aku keja kat sini aku tak pernah gaduh dengan sesapa. Aku sakit hati aku update je dalam blog aku. Yang si Bos poyo nak mampus & terkenal dengan perangai suka menyengat tanpa usul periksa terus la sound someone tu. if i bos.. I akan pikir 1 benda.. Orang lain yang kerja bertahun pun tak banyak komplen dia yang baru masuk 2 hari dah komplen. Even aku pun masa baru masuk keja siap kena sound dengan sorang salesman tu padahal bukan salah aku & dia yang nak minta tolong aku tapi aku lak yang kena marah. My bos tau tapi takde la dia nak panggil orang tu tegur apa lagi nak sound sebabnya dia tak berani dengan orang tu. Bos aku jenis dia kalau nak lepas geram or nak marah dia cari yang dia boleh marah jer.. Ooo.. suka hati ko je la camtu. Dah tu tak nak siasat dulu. Benda kecik2 nak besar2 kan watper.. Tu baru 2 hari dia kerja kan?? Bayangkan 2 tahun???

Ni la adengan yang bakal terjadi.. Resign online.
 
Bab attendant aku curi - curi tengok file dia dari pc aku ni sebab semua pc kat ofis ni boleh link & share. Lewat seminit pun dia tulis. Dah terang2 perangai hanjs dia kan?? Jujur?? Rasanya dia lebih kepada mengampu. Dari awal dia masuk lagi aku tanya salesgirl kat sini tak berkenalan ke dengan dia. Semuanya asyik cakap benda yang sama.. "Argh.. Taknak la aku mulut bising camtu." or "Tak minat akak nak join orang mulut banyak camtu." Well.. See memang semua orang dah nampak atitute hanjs dia sebelum berkenalan dengan dia. Awal2 ko dah berperangai hanjs maka tunggu la tak lama lagi ko akan terasa bagai holiday kat pulau jerejak. Tapi jangan risau pasti ko ada sorang kawan baik si Godzila tu. Sepadan sangat la.. Dan bermula hari ni sebab ko kafir aku namakan ko anjing gila. Sekian makaseh.

Dengan rasminya U'r name is Hanjing Gila

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

seorang blogger memenangi iPod Touch menerusi Peraduan Rekrut Blogger ManggaAd

7/28/2010 03:07:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Ariff Shah Luah Perasaan Melalui Blog

Blog bukan hobi yang sia2.. I agree. Saya yakin semua blogger menulis blog adalah kerana minat macam saya jugak. Tak kisah siapa yang melawat blog atau berapa ramai pelawat or follower, tetap menulis untuk kepuasan sendiri. Ada orang boleh cari side income yang agak lumayan dari hasil penulisan blog dorang yang pada mulanya sekadar minat & suka2. So, pada blogger teruskan menulis. Tak salah pun berkongsi cerita, pengalaman & isi hati anda selagi ia tidak memudaratkan. Happy blogging Uolls

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

3 MONTHS..

7/28/2010 01:18:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

28 April 2010
   |
28 Mei 2010 - 1 month
   |
28 Jun 2010 - 2 months
   |
28 July 2010 - 3 months

Genap 3 bulan aku bergelar seorang isteri. how's my life??? Takde kehidupan tanpa dugaan. Apapun jodoh ini telah di tentukan, di restui & telah di realisasi selama 3 bulan ini. Apapun moga di hari depan adalah lebih baik berbanding semalam. Moga Tuhan mempermudahkan perjalanan hidup ku, murahkan rezeki ku, memberi aku petunjuk, memberi aku ketenangan & kebahagian. Amin..

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CR BARU

7/28/2010 11:35:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

Start Isnin aritu kat opis di datangi seorang lagi makhluk baru bagi meramaikan majlis dia company aku keja dengan menyendeng jawatan sebagai CR (Customer Relationship) atau senang cakap keja dia lebih kurang macam customer service. Berbangsa India telegu.. Ayoyo. Amma! Aku lupa lak nama dia apa.. Tapi memula bos aku kenalkan dia sebagai Su tapi sejak meeting semalam dah bertukar sebagai Tanchu. Ala2 amoi nama walau yenna.. Lantak ko la minachi.

My name is Tan Chu Kang.. Amma!

Dia ni sejak datang interview minggu lepas aku perasaan keramahannya sedikit je nak melepasi tahap yang boleh membuat kita tercengang. Bayangkan Uolls hari dia datang interview sampai je bilik manager aku terus dia bercakap penuh ramah & ceria yang memelikkan sapa2 yang melihat. Sesi interview aku tengok, memang agak riang ria aidilfitri.. Op's depavali jugak la. Maybe tu la kot atitute yang perlu ada pada seorang C.R kan??

Sungguh ceria sesi interview itiew

Masuk keja mula2 agak ramah tapi kurang mendapat layanan mesra alam dari yang lain kecuali yenna man yang sorang tu kat sini so keramahan dia agak berkurangan. Tapi si godzila (atau nickname dia yang dulu dugong) mula merapati si Tanchu yenna tu. Alah.. Biasa la orang takde kawan dah. Semua orang dah menyampah dengan perangai & now aku tengok melepak je kat showroom. Dah takde roadshow. Orang dah taknak join dia atau ajak dia join mana2 promosi luar kot. Yelah.. Kalau dah ko je nak bolot semua customer,sapa tahan?? Lagipun si Tanchu tu ada transport sendiri di Godzila tu mana ada transport. Strategi mengunakan orang lain untuk kepentingan peribadi la tu. Semalam pun tengok dah tumpang sebontot keta si yenna tu gi makan.

                                                  Dulu                                                            kini

Berbalik kisah C.R baru tu.. stakat hari ni nampaknya tahap kerajinan dia blom ada menampakan aura2 malas la. Semua pun camtu even me.. kekekekeke. Op's I'm not lazy worker, k!! Aku mengcacingkan diri time takde keja je tau, macam skang ni. Apapun semoga CR yenna tu tak bersikap hajs, bermulut longkang serta kerek tak tentu pasal macam godzila tu. Kalau tidak bersedialah di pulau pandan jauh ketengah. Tu je cerita ceriti yang mampu aku lekat lekitkan kat entry hari ni. Happy Wednesday Uolls.

 Jangan berlagak nanti kena pulau

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DITANGKAP MENYAMAR SEBAGAI PELAJAR SEKOLAH

7/28/2010 10:25:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

7 rindu sekolah menyamar pelajar

KUALA LUMPUR: Tujuh pemuda yang rindu alam persekolahan ditahan polis semalam selepas menyamar pelajar di sebuah sekolah menengah di Taman Melawati di sini, semalam.
Semuanya yang berumur 20 tahun lengkap berpakaian seragam sekolah termasuk seorang berbaju kurung ditahan ketika leka mengikuti pembelajaran dalam kelas, kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan.
“Mereka masuk ke sekolah itu kira-kira jam 7.30 pagi dan menyertai perhimpunan pagi sekolah. Selepas tamat perhimpunan, ketujuh-tujuh bekas pelajar itu masuk ke kelas lama masing-masing iaitu kelas mereka ketika tingkatan lima sesi 2007,” katanya.
Kehadiran ‘pelajar baru’ di dalam kelas itu disedari guru yang kemudian menghubungi polis.
“Hasil soal siasat, kami mendapati punca mereka menyamar pelajar sekolah itu atas alasan ingin kembali semula ke alam persekolahan. Mereka duduk dalam keadaan sopan tanpa sedikit pun mengganggu sesi pembelajaran,” kata Abdul Jalil.
Beliau berkata ketujuh-tujuh lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil.
“Semua lelaki itu tidak bekerja ataupun belajar. Polis sudah memanggil ibu bapa masing-masing sebelum mereka dibebaskan kira-kira jam 8 malam tadi.
“Polis dalam proses mengambil keterangan guru dan pelajar sekolah itu. Siasatan juga dijalankan sama ada bekas pelajar itu mempunyai niat untuk melakukan jenayah di sekolah berkenaan,” kata Abdul Jalil.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh. — Bernama

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

Ibu Luna Maya bersemuka dengan Ariel

7/27/2010 04:48:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MEK MULONG Ooo.. MEK MULONG

7/26/2010 10:46:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

Isnin kembali lagi!!!!!!! Weeeeeeeeeeeeeeeeee... Puas ber weekend?? Mesti la tak puas kan?? Rasa still tak cukup rehat & sudah semestinya tidoooo... Apapun bersyukur la di kurniakan cuti setiap hujung minggu dari takde cuti langsung kan?? So, weekend semalam gi mana?? Tak yah la terpekik terlolong macam polong. Aku tak dengar pun.

Sesungguhnya ko terpekik terlolong camna skalipun aku takkan dengar

Meh.. dekat skit2.. Nak cerita my weekend punya aktiviti. Sebab Mekar budaya punya blog lambat update maka banyak teater dah terlepas sepanjang bulan Julai tapi still ada yang dapat tengok lagi. Sabtu aritu di panggung DBKL, Jabatan Kebudayaan Negeri Kedah mempersembahkan Teater bangsawan Mek Mulong. Naikkan tirai plesssssssssss.. I nak cerita ceriti sambil mengupas ngupis sal teater Mek Mulong ni.

Starting agak bosan. Lagu panjang dengan loghat bahasa yang aku sendiri tak berapa paham walau aku orang kedah. Yang bukan anak jati kedah confirm ternganga je tak tau pekebenda dia sebut dalam lagu tu. Pastu cerita terlalu mengarut walau komedi dia memang menjadi & mampu buat orang ketawa. Terpandang gak Lenny Irwan pun terbahak bahak ketawa. Sebab terlampau banyak komedi jalan cerita dia jadi terlampau mengarut & yang paling mengecewakan adalah bahasa kesat yang di gunakan seperti 'Pelaq'. Walaupun tak banyak orang faham maksudnya lebih2 orang2 kl kan tapi bagi aku yang anak jati kedah & sekarang menetap kat kl ni sudah pasti aku tau maksudnya. Perkataan itu adalah salah satu perkataan makian. Adakah sesuai di gunakan dalam persembahan yang di tonton ramai?? Keseluruhan cerita tu sangat ringkas & ending pun terlalu simple. Nak bagi bapa bintang pun tak tau.. Takkan taik bintang je kot.. Maka aku bagi la * untuk teater mek mulong itiew.

Untuk Mek Mulong amik satu jer yer..

Lain2 aktiviti weekend rasanya tak menarik sangat nak cerita. Gambar2 pun belum berkesempatan nak upload. Next week punya aktiviti sudah ada.. Ulek Mayang lak kat Taman Budaya. Hope nyamuk tak kerja malam tu yer. So, Uolls Happy Monday & working. Bubye..

work hard katanya...

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MENIPU

7/23/2010 12:29:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Jalan2 kat FB time takde keja kadang best bila jumpa status yang best untuk berkomen kan?? Hari ni satu lagi status yang terpilih untuk bersegmen kat blog aku yang melekat lekit ni. Sebelum aku mengupas ngupis, mengulas pulas sal topik ni.. apa kata Uolls baca dulu hasil perbebelan aku dan rakan2 sejantina ku di wall FB Cik Nad ni..


Tu la hasil mesyuarat dinding kitorang kan?? Jom kita skodeng2 moral dari topik di atas.. Betul tu. Kadang2 keadaan memaksa kita untuk tidak memberitahu kebenaran atas sebab sebab untuk kebaikan & kadang kadang susah untuk menceritakan kebenaran berbanding menipu. Bagi orang biasa menipu memang sonang jo dia nak create story menipu ni. Tapi jangan mengamalkan budaya menipu sebab bila dah sebati dengan diri kita akan terbiasa. Bahaya nya sebab kita akan jadi seorang yang asyik menipu jer walau dalam situasi yang tak memerlukan kita menipu.

Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama2 jadi pencuri
 
Nak tipu pun tengok la apa benda yang nak di tipu.. Kalau tipu kecik2 tu kantoi pun orang bleh accept tapi kalau benda tu boleh mengundang padah.. timbang2.. kaji2.. & renungkanlah. Apakah anda sanggup mengambil risiko sedangkan anda masih mempunyai pilihan untuk tidak melakukannya??

Pilihan di tangan korang!!
 
Kepercayaan yang di nodai.. akan semakin terhakis bila penipuan terbongkar. Biarpun sesetengah orang boleh accept & memaafkan tapi percaya atau tak peratus kepercayaan dia kepada korang tak sebanyak sebelum dia tau korang tipu dia. Malah benda tu akan jadi satu masalah lain lak.. seperti dia akan sentiasa mencurigai korang. Tidakkah itu merumitkan rutin harian?? So, fikir2kan lah sebelum menipu.

Suka menipu sumpah jadi pinochio.. tipu je idung panjang.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

Pembaca berita tercekik nyamuk

7/23/2010 10:44:00 AM suria lekatlekit 0 Comments


Wah.. nyamuk pun bleh buat orang terkecik.. Ni la di katakan kecik2 cili padi.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BILA "KRISDAYANTI" HILANG KE'..MALU..' AN

7/22/2010 02:32:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Ketika menafikan hubungan cintanya dengan ahli perniagaan Raul Lemos, penyanyi kontroversi Indonesia, Krisdayanti atau KD tanpa segan silu mahu bercium dengan lelaki itu di depan khalayak. Ciuman mesra KD dengan Raul berlaku ketika mereka menghadiri sidang media di Radio Dalam, Jakarta Selatan, Rabu. Pada ketika itu Raul sedikitt emosi ketika memperkatakan mengenai dirinya di sebuah tabloid hiburan.



Ketika melihat aksi Raul yang sedikit emosi itu, KD dengan manjanya cuba mencubit pipi lelaki itu sambil memberi ciuman ke bibirnya. Wartawan dan jurugambar yang hadir pada majlis tersebut menjadi terkejut lalu meminta kedua-dua pasangan tersebut mengulangi aksi berkenaan. Bagaimanapun tanpa perasaan malu, KD terus menarik wajah Raul untuk menciumnya semula.

Raul mengaku mahu menikahi KD tetapi perlu menguruskan penceraiannya dengan Silvalay Noor Artalitha.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

JALAN JALANG CARI PASAL BERSAMA PENGKID

7/22/2010 01:03:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

Amboi amboi.. Entry macam nak gaduh je kan?? Mana ada den bergaduh dengan pengkid. Dia pun sekaum gak dengan aku walau sama tapi tak serupa gitiew..

Walaupun kita tak serupa tapi kat mykad kita tetap jantina "Perempuan" kan??
Takde la sambil2 buat keja tadi aku jenguk la sekejab2 kat FB.. tup2 ada pengkid update status yang agak menarik nak aku komen. Korang nak tau baca la post2 yang aku copy dari fb dia kat bawah ni.


Sampai takat tu je aku layan wall dorang.. Pastu malas dah bukan mengaku kalah or rasa diri dah menang. Moral dari kisah dan teladan ni.. Kenapa kita nak mempertikaian benda yang salah kita buat pastu nak compare lak dengan benda salah orang lain buat sedangkan kita tahu kita atau dorang kedua duanya buat benda yang buruk?? Cuba tunding jari tunjuk salah orang tu ini tak boleh nak tutup benda salah yang kita buat dik.. Jangan menidakkan kebenaran & cuba menghalalkan sesuatu yang haram.

Ko angkat sumpah camna pun kalau salah tu tetap salah gak
Macam kata di pengkid tu dia tak lupa hukum hakam Islam.. Tapi Dik ko tak buat jer.. Akak tak cakap akak perfect tau but akak tak berani la nak mempertikaikan hukum. Salah tetap salah la.. Jangan yang salah kita nak suruh orang accept lak. So, Uolls kat sini aku tak menghina atau memperlekehkan mana2 golongan kaum atau spesis just berkata apa yang betul jer.. Lu pikir la sendiri yer.

Sorry Uolls.. I just bagi pendapat I jer k

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

Wanita mandul akibat gangguan jin

7/21/2010 10:52:00 AM suria lekatlekit 0 Comments


Kemandulan boleh berlaku, sama ada pasangan yang terlibat tidak mendapat anak sejak berkahwin (mandul primer), ataupun berlaku di mana mereka pernah mendapat cahaya mata (mandul sekunder). Hal demikian boleh terjadi di atas sebab yang berbeza, sama ada melibatkan pihak lelaki atau perempuan ataupun kedua-duanya sekali. Suami perlu berupaya mengeluarkan benih (spermatozoa) yang cukup dan segar untuk disenyawakan di mana ia bergantung kepada saluran produktif dan ovari.
Mandul pada pihak perempuan boleh berlaku kerana tidak ada keseimbangan hormon, aliran telur yang terganggu akibat saluran yang menyekat. Terdapat pelbagai kaedah dan rawatan yang terkini, yang dilakukan di hospital-hospital, dalam usaha mengatasi atau menolong masalah mandul.
Wahid Abdul Salam Bali membahagikan kemandulan itu kepada dua, iaitu kemandulan yang berlaku secara tabii, yang boleh dirawat oleh para doktor, sebagaimana lazimnya dan kemandulan yang berlaku akibat gangguan jin yang boleh dirawat menggunakan ayat-ayat al-Quran, doa-doa dan zikir.
Kemandulan yang berlaku akibat gangguan jin mempunyai tanda-tanda tertentu, antaranya:
1. Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam.
2. Kusut fikiran.
3. Sakit di bahagian tulang-tulang belakang.
4. Mengigau ketika tidur.
5. Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.
Menurutnya lagi, kemandulan yang berlaku pada kaum wanita, di mana jin itu akan tinggal dalam rahim dan merosakkan benih, menyebabkan benih-benih itu rosak dan tidak subur ataupun ia dibiarkan subur dan sempurna tetapi diganggu selepas beberapa bulan hamil, menyebabkan turun darah, lalu keguguran. Keguguran yang berlaku berulang kali boleh terjadi akibat daripada gangguan seperti ini.
Gangguan seperti ini menurut pengalamannya boleh dirawat atau diatasi menurut kaedah yang dijelaskan. Termasuk dalam hadis Safiyah binti Huyay bahawa Rasulullah bersabda: Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui pembuluh darah – Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Al-Qadi Badruddin. Abi Abdullah dalam bukunya bertajuk, Garaibu wa Ajaibu `l-Jinn (1983:144-145) menjelaskan tentang satu hadis riwayat oleh Abu Daud, Imam Ahmad dan At-Tarmizi, yang menyatakan tentang seorang perempuan bernama Hamnah binti Jahah yang mengadu meminta petua kepada Rasulullah kerana mengalami masalah turun haid yang begitu lama.
Baginda menyuruhnya agar menggunakan kapas. Hamnah menjawab mengatakan yang dia telah berbuat demikian. Baginda menyuruhnya agar menggunakan kain yang agak tebal. Apa yang disuruh oleh baginda juga telah dilakukan olehnya. Akhirnya baginda bersabda: Bahawa darah istihadah itu adalah sepakan daripada sepakan-sepakan syaitan – Riwayat At-Tarmizi.
Wahid Abdul Salam Bali (1412H:113) juga menjelaskan kaedah untuk merawat mereka yang mengalami masalah kemandulan akibat gangguan jin seperti dijelaskan di bawah ini:
1. Bacakan doa-doa menghindar syaitan termasuk doa menghindar sihir. Doa-doa ini boleh juga dirakamkan dan diperdengarkan kepada pesakit selama tiga kali setiap hari.
2. Ia hendaklah membaca surah as-Saffat pada waktu subuh, ataupun diperdengarkan kepadanya.
3. Membaca surah al-Ma’arij ketika hendak tidur, ataupun diperdengarkan kepadanya.
4. Bacakan surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah al-Baqarah, surah Ali-Imran dan surah al-Mu’awwizat sebanyak tujuh kali, pada minyak zaitun kemudian disapukan pada dada, dahi dan tulang belikat sebelum tidur.
5. Bacakan ayat-ayat yang sama pada satu sudu madu asli dan kurma untuk dimakan setiap hari sebelum sarapan.
Amalan ini hendaklah dilakukan selama tiga bulan di samping mengamalkan suruhan syariah agar ia menjadi mukmin yang sebenar, yang disembuhkan oleh Allah bertepatan dengan firmannya (Isra’: 82) Dan Kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi mereka yang beriman.
Menurut Wahid Abdul Salam Bali lagi, Allah telah menentukan penawar dan kesembuhan bagi mereka yang beriman. Banyak orang yang menghadapi masalah seperti ini dirawat menurut kaedah yang dijelaskan dan sembuh dengan izin Allah.
Jelasnya perempuan yang menghadapi masalah keluar darah akibat gangguan yang boleh menyebabkan mandul hendaklah dirawat menggunakan doa-doa berkaitan dengan sihir seperti yang dijelaskan, di samping berusaha mendapatkan nasihat daripada doktor pakar.
Untuk memperkuatkan tubuh pesakit, madu asli yang dicampur dengan jintan hitam diminum pada waktu pagi, sebelum sarapan dan sekali pada waktu malam sebelum tidur. Bacakan bahan tadi dengan bacaan surah Yasin dan surah al-Jin.
Menurut Asy-Syeikh Abdul Aziz Makmum Isa (1991-55) ada dua punca utama terjadinya masalah yang dihadapi oleh kaum wanita yang terlibat, selain daripada sebab-sebab fizikal:
1. Akibat sihir.
2. Kecenderungan jin ketika memandang perempuan yang berkenaan.
Jin-jin suka mendatangi perempuan yang suka bersolek berlebih-lebihan, yang tidak menjaga sembahyangnya, tidak membaca al-Quran, tetapi gemar mendengar nyanyian ataupun muzik keterlaluan, suka membuka aurat, juga gemar duduk bersolek di hadapan cermin.
Mereka tidak menyedari bahawa perbuatan seperti ini menjadi tarikan jin-jin. Mereka masuk dalam bilik air, lalu menyanyi dan mandi dalam keadaan telanjang, padahal bilik air adalah di antara tempat kegemaran jin-jin, jantan dan betina, menyebabkan salah satu daripada makhluk-makhluk tadi tertarik pada jasadnya lalu ia meresap dalam tubuh dan mengganggunya.
Untuk merawat pesakit seperti ini, selain daripada kaedah yang dijelaskan di atas, kaedah berikut hendaklah diikuti:
1. Berpakaian menutup aurat dan bertudung, di samping menjauhkan diri daripada tabiat terlalu suka bersolek di hadapan cermin.
2. Mendengar surah al-Baqarah sekali di siang hari dan sekali pada waktu malam dalam bilik tidur. Paling baik orang yang terlibat membacanya.
Andainya pesakit menjadi tidak menentu, menggigil tubuh, sesak nafas, sakit dada ataupun sakit pada bahagian mata, suruh pesakit
1. Mendengar ayat-ayat al-Quran terus-menerus, terutamanya surah al-Baqarah, yasin, as-Saffat, ar-Rahman, ad-Dukkhan dan surah al-Jin tidak kurang daripada enam jam setiap hari.
2. Menjaga sembahyang pada waktunya, juga sentiasa berzikir.
3. Membaca surah Yasin ketika berada di tempat pembaringan dan tidur mengiring sebelah kanan dalam keadaan berselimut, membaca dua kalimah syahadah dan berdoa: Tuhanku, sesungguhnya kutumpukan wajahku pada-Mu, andainya Kau matikan daku pada malam ini, matikanlah daku dalam keadaan Islam, dan andainya Kau hidupkan daku, maka hidupkanlah aku untuk mengingati akan Dikau.
Al-Quran memperakui tentang adanya jin-jin. Terangkum dalam golongan jin ialah iblis dan syaitan. Begitu juga daripada keterangan hadis-hadis. Malah al-Quran sendiri menyatakan Allah menjadikan jin itu lebih awal daripada Adam.
Pada dasarnya, jin-jin ini sukar mengganggu fizikal manusia, kerana nature kejadian makhluk ini dengan manusia adalah berbeza. Apa yang sering berlaku ialah gangguan pada roh manusia, yang disalurkan melalui mimpi. Kerana itulah maka apabila seseorang itu diganggu oleh makhluk ini, ia akan menghadapi masalah ketika tidur.
Syeikh Salam Bali (1992:73) membahagikan tanda-tanda gangguan tersebut kepada dua bahagian, iaitu ketika tidur dan ketika dalam keadaan jaga.
Gangguan ketika tidur sering berlaku apabila seseorang itu hendak terlena, juga ketika sedang tidur nyenyak. Mungkin seseorang itu terasa perutnya ditusuk dengan jarum, lembing atau benda tajam yang tidak kelihatan, dilanggar kenderaan menyebabkan darah kelihatan bertaburan, diterkam oleh makhluk yang menakutkan dan sebagainya sebaik-baik sahaja hendak terlena.
Gangguan yang menakutkan dan menyakiti seperti ini datang lagi sebaik-baik sahaja seseorang itu memulakan tidurnya lagi. Pengalaman seperti ini menyebabkan seseorang itu rasa takut dan bimbang hendak menyambung tidur.
Mereka yang bermasalah seperti ini juga sering bermimpi melihat makhluk ganjil, hitam, tinggi lagi menakutkan. Dikejar dan ditangkap oleh makhluk besar, lalu diselamkan dalam air menyebabkan pesakit terasa lemas, tercungap-cungap sukar bernafas.
Mimpi melihat binatang yang menakutkan, mimpi berada di tempat asing lagi menggerunkan seperti berjumpa mayat atau berjumpa orang yang meninggal dunia. Terasa seolah-olah berada di awang-awangan, di tempat tinggi, di gunung ataupun hutan lalu jatuh ke bumi.
Hadis daripada Jabir r.a menceritakan tentang seorang Badui telah datang menemui Nabi lalu berkata: Ya Rasulullah, aku bermimpi, kepalaku seolah-olah dipukul bergulung-gulung, kesan pukulan itu sungguh menyakitkan sekali. Rasulullah berkata kepada Badui tadi: Jangan kau ceritakan kepada orang lain tentang permainan syaitan terhadapmu ketika tidur.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

Pengemis seksi jadi kaya kerana Internet

7/20/2010 12:20:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Pengemis seksi jadi kaya kerana Internet

Tuah ayam nampak di kaki.. Tuah manusia siapa yang tahu. Dari pegemis boleh jadi model & pelakon.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PAPARAN PERSEMBAHAN TEATER SEPANJANG JULAI 2010

7/19/2010 06:36:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

TEATER: Muzikal Kanak-Kanak Selendang Sakti

ADAPTASI & ARAHAN: Roselina Khir Johari

ANJURAN: Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni UM

TARIKH: 1-4 Julai 2010

TEMPAT: Auditorium DBP Kuala Lumpur

MASA: 8.30 malam/ 4 Julai - 3.00 pm

TIKET: RM10/ RM20/ RM40


TEATER: Monolog Anak Kecil Main Api

ANJURAN: SEKENET PERLIS & JKKN (Manifestasi Teater Malaysia 2010)

TARIKH: 3 & 4 Julai 2010

TEMPAT: Auditorium Taman Budaya Kuala Lumpur

MASA: 8.30 pm

Masuk adalah percuma


TEATER: Mak Yong Raja Besar Ho Gading

ANJURAN: Kumpulan Kijang Mas, JKKN Kelantan & JKKN

TARIKH: 4 Julai 2010

TEMPAT: Panggung Bandaraya DBKL

MASA: 8.30 malam

Masuk adalah percuma


TEATER: Bangsawan Aladdin

ANJURAN: UPM, JKKN & DBKL

TARIKH: 9-11 Julai 2010

TEMPAT: Panggung Bandaraya DBKL

MASA: 8.30 malam

TIKET: RM 5.00


TEATER: Muzikal Uda & Dara

KARYA: SN Usman Awang

ARAHAN: Dato' Rahim Razali

ANJURAN: UA Enterprises Sdn Bhd

TARIKH: 10-20 Julai 2010

TEMPAT: Panggung Sari Istana Budaya

MASA: 3.00 pm & 8.30 pm

TIKET: RM30, RM60, RM90, RM120, RM150 dan RM190

layari www.istanabudaya.gov.my

www.ticket2u.biz


TEATER: Dramatari Duka Purnama

KARYA & ARAHAN: Norshuradi Hashim

ANJURAN: Majlis Bandaraya Petaling Jaya

TARIKH: 17 & 18 Julai 2010

TEMPAT: Dewan Sivik MBPJ

MASA: 8.30 malam

Masuk adalah percuma


TEATER: Mek Mulong Cahaya Bulan

ANJURAN: Kumpulan Teater Tradisional Negeri Kedah & JKKN

TARIKH: 24 Julai 2010

TEMPAT: Panggung Bandaraya DBKL

MASA: 8.30 malam

Masuk adalah percuma


TEATER: JalanG Belakang Bukit Bintang

KARYA: Eddy Rosdi

ARAHAN: Khairunadzwan

ANJURAN: ER ARTS Production & PEMADAM Selangor

TARIKH: 24 & 25 Julai 2010

TEMPAT: The Store DBP

MASA: 8.30 malam

Masuk adalah percuma


TEATER: Dramatari Semerah Padi

ANJURAN: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

TARIKH: 30 Julai - 1 Ogos 2010

TEMPAT: Panggung Bandaraya DBKL

MASA: 8.30 malam

Masuk adalah percuma


TEATER: Teater Tradisional Mek Mulong "Dewa Kaca"

ANJURAN: Petronas Performing Arts Group

TARIKH: 30 Julai - 1 Ogos 2010

TEMPAT: Dewan Filharmonik Petronas, KLCC

MASA: 8.30 malam

TIKET: RM 15/ 30/ 50/ 60

layari www.dfp.com.my


TEATER: Teater Tradisional Ulek Mayang

ANJURAN: Kumpulan Teater Tradisional Negeri Terengganu & JKKN

TARIKH: 31 Julai 2010

TEMPAT: Panggung Bandaraya DBKL

MASA: 8.30 malam

Masuk adalah percuma

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KECUALI SAYA JER... Uwakakakakakaka..

7/19/2010 05:28:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Uwakakakakakaka...
Si Admin : Kat sini semua orang tua jer...
Si Dugong : Kecuali saya jer..
Jab yer biar la aku gelak guling - guling dulu... Memang la ko tak melangkah ke angka bangka lagi tapi cuba ko cermin, akak single mother anak 4 tu lagi nampak muda dari kau.. so how???

Like this... 
 
Buat apa la ko menyemak kat opis dugong. Ko takde roadshow ker?? Menyampah aku tengok muka ko kat opis ni. Rasanya bukan aku jer.. Pepagi lagi rungutan dari sales advisor sal ko aku dah dengar. Apsal dengan minah tu muka macam sial?? Tu la ayat2 dorang bila ko ada kat showroom or opis. Ko tak reti ke nak berbaik dengan orang ker???

Takyah la ko nak wat muka kerek.. Makin buruk rupanya
 
Bila la agaknya dia nak berambus?? Udah2 la membodek.. Tak semena mena hari ni puji en manager aku tu ensem.. masalahnya ensem ker?? Kalau betul2 ensem ok la.. ni... hurmm... Takde point dah ko nak melobi si tua tu ko cakap ensem.
Nak puji biar la ikhlas bukan membodek
 
Rasa jam lambat sangat nak 6.30. Sesak aku rasa opis dengan hadirnya dugong... Doa ku semoga dia cepat berambus dari pandangan mata ku ini. Aminnnnnnn...

aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SAYA TAK SUKA LELAKI GEMUK & PENDEK ITIEW VS ARIEL PETERPORN

7/19/2010 03:43:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Tu dia.. Bila aku update status kat FB camtu ramai yang salah sangka. Katanya aku tak baik menghina ciptaan Tuhan. Hurmmm... Bukan maksud aku tak suka lelaki gemuk & pendek seluruh dunia pun. Yang nak aku sampaikan adalah aku nak gambarkan sifat seseorang yang aku menyampah dengan perangai dia macam sial tu. Hanya mengambarkan pada seorang makhluk jer..


Memang aku tak suka lelaki tersebut sebab beliau amat memualkan, menyakitkan hati & berlagak serta poyo. Makin menjadi jadi perangai sial dia sekarang. Sikit - sikit ugut nak terminate orang macam company dia keja sekarang mak bapak dia yang punya. Nasib baik bukan mak bapak dia punya, kan?? Kalau tak simply2 je dia buang orang.

Saya cakap pasal dia bukan kamu walau berfizikal sama
 
Padan muka akibat dari perangai dia kalau nak cakap apa2 guna kepala lutut bukan kepala otak ramai yang dah hilang respek & tak sukakan dia. Walaupun dia manager tak bermakna semua dia betul & apa jer dia cakap & buat tu betul. Makin hari makin menjadi jadi lak kekerekkan dia. Ngamuk skit hempas2 campak2 barang. Macam barang2 kat opis ni harta pusaka nenek moyang dia lak kan??

Banyak ko punya harta pusaka???
 
Lagi sal kes ariel peterpan ni.. Ada la sorang Hamba Allah yang update berkenaan isu ariel peterpan yang dah bertukar gelaran baru ariel peterporn tu. Aku komen la cakap dah basi.. Maksud aku benda tu bukan lagi rahsia atau benda baru sebab semua orang dah tau. Dia hentam lak aku ... korang baca la komen2 di bawah ni yer..


So, maybe ada salah faham aku dah betulkan.. Tunggu2 jugak komen balas dari dia tapi non-ado pun. Ah.. lantak la. Bukan dapat income pun aku bertekak dengan dia. Takat sound2 camtu.. celah gigi pun aku  tak terasa. Biasa la tu.. Bila dalam words berbual takde nada so banyak statement akan di salah erti. Apapun small matter jer semua tu. Just nak update blog takde cerita aku masukkan je la cerita bengong ni. Okies.. chaw dulu!!

Takat2 sound camtu celah gigi pun tak terasa, kan???

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com