FINAZ YUNUS TINGGALKAN TV ALHIJRAH

4/18/2022 03:48:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

FINAZ YUNUS TINGGALKAN TV ALHIJRAH. Bagi penonton setia Tv Alhijrah pastinya tidak asing lagi dengan seorang personaliti dan pengacara Tv Alhijrah, Finaz Yunus. Beliau adalah pengacara bagi rancangan temubual Analisis yang banyak membincangkan isu isu semasa.

Hari ni dari perkongsian laman Facebook, beliau mengumumkan tidak lagi bersama stesen Tv Alhijrah.

Akhirnya 16 Ramadan,18 April 2022 adalah pengakhiran sebuah perjuangan.....

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalammualaikum wbt....

Tidak pernah saya sangka pertengahan Ramadan akan menjadi hari saya meletakkan jawatan di sebuah syarikat yang amat besar makna dalam kehidupan saya selama 12 tahun ini.

Tempat yang saya curahkan segala komitmen atas prinsip dakwah mencari kebenaran..

Namun Allah-lah sebaik-baik Perencana.

Bukan mudah untuk meninggalkan tempat yang memberi pelbagai pengalaman pahit & manis dalam membentuk saya sebagai seorang Manusia, Pengamal Media & Ketua.

TV AlHijrah adalah 'madrasah' buat saya.

Sudah pasti peranan sebuah madrasah itu tidak semuanya menyenangkan namun ia berjaya mematangkan saya sebagai manusia.

Tipu jika saya tidak sebak.

Tidak pernah saya menunaikan solat sunat istikharah sebanyak ini untuk peroleh keyakinan.

Namun syukur kepada Allah atas ketetapan hati ini.

Terima kasih TV AlHijrah.

Terima kasih buat segalanya...

Buat sahabat yang sentiasa berdiri di belakang saya, terima kasih atas sokongan kalian.

Mencari yang benar itu adalah Saya.

InshaAllah perjuangan mencari kebenaran akan diteruskan...

namun di 'padang' yang berbeza, inshaAllah.

Doakan saya ya.....

Selamat tinggal TV AlHijrah.

Finaz Yunus 
1 Jun 2010-18 April 2022

#betruthfulnotneutral
#finazyunus

Finaz menjelaskan kenapa mengapa beliau mengambil keputusan meninggalkan tv Alhijrah. Apapun kita doakan yang terbaik buat Finaz. Mungkin Finaz sudah ada perancangan yang lain untuk meneruskan karier beliau. Apapun semoga berjaya untuk Finaz.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

#JUSTICEFORBELLA BUKAN TAKUT TAPI TAK ADA DUIT JE

4/18/2022 10:30:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

#JUSTICEFORBELLA BUKAN TAKUT TAPI TAK ADA DUIT JE. Bagi pengamal sosial media tegar macam saya ni tak payah nak tanya apa kes.. apa isu tetiba ramai hashtag #Justiceforbella ni sebab kami sedia maklum apa yang berlaku. Almaklum la memegang jawatan sebagai netizen ni kita harus peka dengan isu isu semasa,isu viral & isu isu yang tengah trending kalau tak jangan mengaku diri tu netizen. Hehehehehe..

Bagi yang tak tahu kempen #justiceforbella adalah kempen untuk menyokong seorang anak sindrom down yang di dakwa telah di dera semasa berada di sebuah rumah perlindungan milik seorang pengasas sebuah NGO. Kesan kecederaan yang di alami tu memang teruk dan dari apa yang saya baca kenyataan dari saksi kes ni pun cara penderaan yang di lakukan tu boleh tahan la tak ada perikemanusiaan. Namun kita sebagai netizen ni cuma membaca dari laporan media dan media sosial. Jadi nak komen lebih lebih pun risau juga. Sebab apa yang kita komen ni silap haribulan boleh makan diri juga.

Semalam bila saya komen 'takut nak kecam lebih lebih sebab tak kaya' merujuk pada satu posting yang melibatkan peguam tertuduh ada yang sindir macam macam la. Konon takut dengan manusia lebih kepada Allah. Ada yang suruh bayangkan kalau jadi kat anak anak sendiri..kita juga mengharapkan sokongan orang lain. Jauh sangat apa yang depa ni faham dari komen saya tu.

Memberi sokongan tak semestinya kena kecam kaw kaw kan. Boleh je kita tegas & outspoken cuma jangan sampai tak berfakta. Nak kecam tu pilihan individu. Macam saya ni bekas OKS (orang kena saman). Dah melalui susah payah naik turun mahkamah sebab kes saman yang berkaitan penulisan saya dulu jadi sedikit sebanyak saya tahu juga penulisan macam mana berisiko untuk kita di heret kemahkamah sivil ni. Kena saman sivil pun bukan perkara best ok. Kos guaman tinggi, tiada bantuan guaman disediakan, perjalanan kes tu panjang dan ambil masa bertahun. Bukan sebulan dua dah selesai.kes saya dulu pun 3 tahun baru selesai.

Melibatkan kes sivil ni memang masalah utama adalah Duit. Kos guaman sangat tinggi bagi saya. Bukan sebab takut untuk menyatakan kebenaran atau menentang kezaliman tapi kadang kadang bila kita beremosi mungkin penulisan kita juga beremosi. Kita akan secara tidak sengaja mengeluarkan ayat ayat berunsur 'hate speech' yang mungkin berisiko untuk di saman. Orang berduit ni dia boleh apa saja pada golongan tak berkemampuan. Saya pun kadang kadang terbabas juga lagi tapi sedaya upaya juga berhati hati. Sebab Ia bergantung pada nasib je. Nasib baik tak kena tapi kalau nasib tak baik, berpeluh juga ketiak nak hadap.

Apatah lagi bila kita hamburkan kata kata kesat untuk seseorang pengamal undang undang. Dah tentu golongan ni arif tentang undang undang. Memang senang sangat la kalau dia nak heret kita kemuka pengadilan. Tak payah upah lawyer pun dia boleh lawan sendiri. Dia memang dah lawyer kan.. 

Lagi satu kadang kadang komen atau penulisan boleh di twist jadi fitnah walaupun sebenarnya bukan fitnah. Semua boleh berlaku dengan kepakaran seseorang berhujah. Walaupun kita sebenarnya tidak menulis fitnah tapi di sebabkan kita tak menggunakan bahasa atau penulisan rasmi semua boleh twist menjadi maksud yang lain. Benda ni bukan mustahil dan bukan tidak pernah berlaku.

Memang bila ada kes kes seperti ini.. kita perlu lantang bersuara bagi sokongan untuk pastikan keadilan berpihak pada yang benar cuma berhati hati dalam menulis komen atau mengeluarkan pendapat. Takut dalam beribu yang kecam tiba tiba kita yang terpilih untuk di heret ke mahkamah. Dah la B40 mana nak cari duit bayar kos guaman kan?

Kita netizen ni fungsi memang besar. Memang di perlukan. Tanpa netizen memang banyak insan teraniaya tak dapat pembelaan. Yang menjadi sesuatu perkara itu viral adalah dari perkongsian netizen juga baru la dapat perhatian pihak tertentu. Tapi kena ingat netizen juga selalu jadi mangsa keadaan. Menjadi kambing hitam untuk mengugut netizen lain. Contoh saman seorang netizen untuk menakutkan netizen lain supaya berhenti menyebarkan salah laku seseorang atau pihak. Yang ni kerap berlaku.

Tapi netizen Malaysia ni boleh di puji tahap keberanian mereka. Mereka akan terus berjuang tanpa gentar pun. Tak semua perkara yang bernama netizen tu buruk. Pada saya netizen lah banyak membantu. Pun begitu ada juga la yang tak baik. Biasa la fitrah manusia. Buruk baik tu sentiasa berdampingan sebab kita semua tak sempurna. Ye dak??

Apapun.. tak salah kita terus zahirkan sokongan pada bella dan menentang kezaliman yang berlaku. Tak salah untuk terus bersuara lantang dan keras dengan penulisan kita. Tak salah untuk mengutuk perbuatan zalim cuma berhati hati sahaja. Semoga setiap kezaliman dan penindasan mendapat pembalasan di dunia & akhirat.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BAHAYA BASIKAL LAJAK YANG MESTI ANDA TAHU

4/14/2022 07:57:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

BAHAYA BASIKAL LAJAK YANG MESTI ANDA TAHU. Sejak semalam kembali hangat di perkatakan tentang kes kemalangan ngeri yang melibatkan seorang pemandu wanita yang melanggar kanak kanak yang berbasikal lajak di lebuhraya pada waktu awal pagi (3am). Kejadian ini berlaku 5 tahun lalu.

Semalam keluar keputusan dari mahkamah tinggi yang mendapati pemandu wanita tersebut bersalah kerana memandu secara melulu dan menyebabkan kematian 8 kanak kanak yang berbasikal lajak waktu itu. Dia di jatuhi hukuman denda sebanyak RM6,000 dan penjara selama 6 tahun.

Rata rata netizen tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah dan mempertikaikan tindakan sekumpulan kanak kanak bawah umur yang berkeliaran jam 3 pagi dan bermain basikal di jalan raya. Kalau kita pun kita tak terfikir ada budak budak waktu tu bermain basikal di kawasan jalan yang sunyi mungkin kita akan memandu sedikit laju untuk cepat sampai. Lebih lebih lagi wanita yang memandu sendirian waktu tu. 

Apapun saya sendiri tak suka sangat dengan budak budak terjebak dengan basikal lajak ni. Kat mana mana pun geng basikal lajak ni suka berlumba di tengah jalan raya di mana banyak kenderaan berat & besar menggunakan laluan tu. Seolah olah sedikit pun tak ada rasa takut malah mereka seolah olah mencabar pengguna jalanraya yang lain . Bila di tegur kebanyakan mereka bersikap kurang ajar. Pengalaman saya sendiri terserempak dengan budak budak basikal lajak ni macam tu la situasinya. Lebih kurang sama sahaja yang di ceritakan orang lain.

Lagipun basikal lajak ni memang tak ada ciri ciri keselamatan dan memang bahaya. Basikal lajak ni sebenarnya basikal yang telah di ubahsuai untuk tujuan berlumba. Dengan tak ada breaknya.. bayangkan tengah laju tiba tiba ada rintangan atau halangan kat depan. Memang bahaya. Selain tu ia telah di ubahsuai untuk memastikan boleh mencapai kelajuan yang tinggi.

Jadi pada ibu bapa sila pantau anak anak anda. Jangan biarkan anak anak miliki basikal lajak. Basikal lajak ni memang tak memenuhi spesifikasi keselamatan yang perlu ada.

Dalam peraturan JPJ, setiap basikal yang berada di atas jalan raya hendaklah dikayuh secara beriringan, bersopan serta tidak melulu. Sesebuah basikal mestilah bersifat secara menyeluruh atau sempurna iaitu perlu mempunyai brek, loceng, lampu, rantai serta tayar yang bersesuaian.

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengklaskan atas kesalahan mengikut Peraturan 42(1)(a) LN 166/59 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959 kerana ubahsuai tiada brek dan loceng.

Bagi kesalahan ini boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan, jika sabit kesalahan.

Tangkapan dan sitaan basikal dibuat mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Peraturan 42(1)(a) LN 166/59 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959.

Ini kerana perbuatan mengubahsuai basikal (Basikal Lajak) bukan saja memberi risiko kepada penunggangnya, malah kepada pengguna jalan raya lain.

Bila berlaku kemalangan macam ni sudah pastinya yang teraniaya adalah pemandu kenderaan yang lebih besar walaupun budak budak basikal lajak itu sendiri yang melakukan aksi bahaya di jalanraya. 

Moral of the story.. aktiviti berbasikal ni sebenarnya aktiviti yang sihat tapi bila semuanya di ubahsuai untuk aktiviti extreme dan di buat pula di tempat tidak sepatutnya maka pengakhirannya juga tidak baik dan tidak sihat.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

AWAS! JANGAN GUNA 2 JENAMA TEST KIT COVID-19 INI

4/12/2022 12:48:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

AWAS! JANGAN GUNA 2 JENAMA TEST KIT COVID-19 INI. Dah masuk tahun ketiga kita hidup dengan virus covid-19 ni. Yang masih covirgin (belum di jangkiti covid) Alhamdulillah la. Anda mampu bertahan dari di jangkiti. Yang mana dah masuk kategori covijan (covid janda) dengan covidud (covid duda) tu jadikan pengalaman di jangkiti tu untuk anda berhati hati dalam urusan seharian agar dapat berusaha untuk di jangkiti lagi. 
Tapi melihat trend varian omicron sekarang dah ada omicron XE yang di kesan sudah berada di Thailand.. ramai yang kecundang. Setiap hari kalau kat news feed facebook ada sahaja yang update positif covid. Sangat mudah berjangkit varian baru ni. Jadi nak tak nak kita terpaksa biasakan diri hidup dengan adanya covid.

Semenjak wujudnya virus covid-19 ,yang menyerang dunia pemakaian mask dan sekarang test kit covid untuk ujian kendiri dah jadi macam satu keperluan. Maka muncul la bermacam macam jenama test kit covid di pasaran.  Yang penting beli yang ada kelulusan kkm atau MDA.

Hari ni terbaca di Facebook page rasmi kkm dua jenis test kit covid di batalkan oleh MDA dan kementerian kesihatan Malaysia menasihatkan agar pengguna tidak menggunakan dua jenis test kit covid ini.

 
Dua jenama yang di batalkan MDA itu adalah dari jenama Deepblue, INNOVAC TECHNOLOGY SDN BHD dan Wizbiotech, CONAN MEDICAL TECHNOLOGY BERHAD. Kedua dua jenama ini di kilangkan di China.

Jadi pengguna di luar sana berhati hati memilih test kit covid. Elakan yangtiada kelulusan MDA atau yang telah di batalkan atas faktor keselamatan. 

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SEORANG GELANDANGAN DAPAT 20-30 BUNGKUS MAKANAN SEHARI DI BULAN PUASA

4/07/2022 09:46:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

SEORANG GELANDANGAN DAPAT 20-30 BUNGKUS MAKANAN SEHARI DI BULAN PUASA. Masuk bulan ramadhan ni ramai mengambil peluang untuk merebut pahala dengan bersedekah. NGO, aktivis dan tak kurang juga dengan individu mula sibuk dengan aktiviti CSR. Di tambah lagi Malaysia ni memang ramai orang orang yang baik lagi pemurah. Jadi aktiviti amal macam ni memang banyak berlaku di Malaysia. 

Di ibukota macam lembah kelang ni.. semua sedia maklum akan lambakan golongan gelandangan. Tak semua gelandangan tu terdiri dari orang tidak waras, pengemis atau yang tidak bekerja. Ada yang bekerja cuma kos sara hidup yang tinggi di ibukota buat mereka terpaksa bergelandangan kerana tidak mampu menyewa bilik atau rumah.

Gelandangan di ibukota ni antara yang selalu menerima sumbangan makanan dari ngo atau aktivis masyarakat. Lebih lebih dah masuk bulan puasa ni setiap hari ada saja sumbangan makanan untuk sahur & berbuka. Alhamdulillah.. golongan gelandangan tidak pernah di lupa atau di sisihkan.

Namun dalam membuat kebaikan kadang kadang ramai yang ambil mudah soal agihan sumbangan terutama sumbangan berbentuk makanan yang dah siap di masak. Kita sedia maklum makanan siap di masak ni tak boleh simpan lama. Lebih lebih lagi golongan gelandangan. Biasa untuk di makan terus. Tapi bila berlaku lambakan sumbangan makan siap masak ni sampai tak termakan golongan gelandangan dah jadi satu pembaziran. Bukan mereka memilih makanan tapi kalau dah seorang dapat sampai 20 ke 30 bungkus makanan sehari bukan kemampuan manusia biasa nak habiskan semua.

Setiap tahun menjelang ramadhan isu ni sentiasa ada seolah olah macam tak ada kesedaran atau perancangan untuk ngo ngo atau aktivis yang terlibat dalam program sumbangan makanan untuk golongan gelandangan. Macam asal bagi dah tunaikan amanah dari penyumbang. Semua tu ada kos dan kebanyakan kos membayar semua tu adalah dari dana awam. Walaupun keluar duit poket sendiri sekalipun, kalau tak ada perancangan yang teratur sampai menyebabkan berlaku pembaziran dan lebihan makanan yang tak terjamah seterusnya basi di tinggalkan di kaki kaku lima.. di kerusi rehat tempat awam kan jadi kotor.

Kena ada mana mana pihak mengambil tugas atau tanggungjawab untuk menyusun jadual agihan makanan untuk gelandangan ni. Yang mana nak sumbangkan makanan kena melalui pihak tertentu untuk memastikan kawasan tersebut belum menerima sumbangan makanan supaya tidak berlaku pembaziran dan mengotorkan kawasan sekitar.

Bukan hanya gelandangan memerlukan sumbangan makanan ni. Ada orang yang berumah pun masih kelaparan. Golongan pelajar pun ramai yang masih ikat perut. Jika semua banyak di longgokan pada golongan gelandangan sahaja sampai seorang dapat 20-30 bungkus makan sehari.. amatlah merugikan. Sedangkan makanan tersebut boleh di manafaat pada ramai lagi golongan yang memerlukan walau tidak berstatus gelandangan.

Rasanya isu ni perlu juga ada campur tangan pihak pihak berwajib kalau tak setiap tahun masalah yang sama akan berlaku. Harap ada pihak sudi memikul tanggungjawab ni. 

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TIKTOKERS TERKENAL DAKWA TERKENA SIHIR PEMISAH, ADAKAH SAH TALAK TIGA?

4/06/2022 10:58:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

TIKTOKERS TERKENAL DAKWA TERKENA SIHIR PEMISAH, ADAKAH SAH TALAK TIGA? Kitak tidak boleh nafikan kewujudan sihir ni. Rasullullah pun pernah di sihir. Walau dunia dah moden tapi masih ramai suka mengamalkan benda benda syirik dan khurafat seperti amalan sihir ni. Dalam Al Quran ada tentang sihir jadi sihir bukan satu mitos atau dongeng rakyat. Nak tak nak kita kena percaya. Percaya ia wujud bukan percaya untuk di amalkan yer.

Tertengok satu konten tiktokers malaysia ni yang pernah jadi kontroversi di ceraikan dengan talak 3 ketika sedang live di tiktok. Saya ada tengok juga.. memang terkejut la sebab si suami tu senang je bagi talak tiga. Macam antara mereka tak pernah ada rasa apa apa. Tenang je dia lafaz talak. Geram juga la masa tu. Sebab yelah si suami tu dah berkahwin lagi satu tanpa keizinan isteri pertama. Lepas tu di ceraikan pulak si isteri pertama dengan talak tiga terus. Kita sebagai wanita ni memang remuk juga la hati, kan.

Tup tup dua tiga hari lalu kat fyp pasangan ni seolah olah dah berbaik semula. Baik atas dasar apa tak pasti cuma sebab dah jatuh talak 3 tu nak rujuk balik bukan senang. Si isteri kena berkahwin dulu dengan orang lain. Selepas berpisah dengan suami tu baru boleh berkahwin semula dengan bekas suami. Cuma tertarik dengan caption pada kontennya yang katanya mereka berpisah angkara sihir pemisah dari orang ketiga. Isunya sekarang adalah sah talak tu jika ia berlaku angkara sihir? Yang tu sebenarnya saya nak tahu. Kisah mereka ni cuma jadi inspirasi je saya nak cari info

Dari apa yang saya baca..

Pendapat ulama tentang talaq di bawah pengaruh disihir

Dalam kitab Fatawa wa ishtisharat al-Islam al-Yaum, juz 11, hal. 358, ditegaskan:

Dan adapun orang yang disihir yang mana sihir tersebut menyebabkan hilang kewarasan dan kesedaran akalnya, sehingga menyebabkan dia mengucapkan apa yang dia tidak mahukan, maka sesungguhnya talaq yang diucapkan ketika itu tidak berlaku berdasarkan hadis Nabi s.a.w. “Tidak jatuh talaq yang dilafazkan dalam keadaan ighlaq”.

Fatwa ini selari dengan pendapat Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam kitab Mukhtasar Al-Fatawa Al-Misriyyah

Oleh yang demikian, bolehlah disimpulkan bahawa sekiranya mana-mana suami menjatuhkan talaq dalam keadaan hilang pertimbangan akal akibat disihir, maka hukum talaq tersebut tidak sah.

Tapi bukan semudah mengaku kena sihir kemudian terus mahkamah syariah batalkan talak tu. Ia perlu di buktikan juga.

Persoalannya, adakah isu sihir diterima di Mahkamah Syariah?

Menurut Dr Mahyudin Ismail, ‘kena sihir’ boleh dijadikan pembelaan di Mahkamah Syariah.


Ya, memang benar, ketiadaan undang-undang berkaitan sihir di Mahkamah Syariah menyebabkan tiada punca kuasa kepada hakim untuk memutuskan unsur sihir pemisah dalam rumah tangga.

Namun, ini tidak bermakna isu sihir tidak pernah dibicarakan di hadapan Mahkamah Syariah.

Menurut beliau lagi, bagi kes cerai talak, beban pembuktian oleh pihak yang mendakwa perlu diperincikan iaitu:

a) Seorang suami mendakwa talak dilafazkan dalam keadaan dirinya dipengaruhi sihir; atau,

b) Seorang isteri mendakwa suaminya melafazkan talaq dalam keadaan diri suami tersebut dipengaruhi sihir; maka pihak yang mendakwa perlu membuktikan kepada mahkamah bahawa:
i) Wujud tanda-tanda dan ’simptom-simptom lazim terkena sihir’ pada diri suami;
ii) Suami mengalami ketidak warasan/ ketidak sempurnaan akal akibat terkena sihir semasa beliau melafazkan talaq;
iii) Ketidakwarasan pemikiran akibat terkena sihir itu menjejaskan kebolehan untuk mempertimbangkan apa yang dilakukannya itu benar atau salah.

Kesimpulannya, dalam membicarakan isu sihir, ada beberapa perkara yang diambil kira oleh Mahkamah iaitu;

1. Pengakuan atau Keterangan Pemohon atau Defendan (Iqrar)
Keterangan dalam bentuk bertulis ataupun berbentuk rakaman audio dan video.

2. Bukti
Bukti yang menunjukkan perubahan drastik kepada karakter suami ketika atau beberapa hari sebelum melafazkan talak.

3. Pendapat pakar
Pakar yang dimaksudkan termasuklah pengamal perubatan Islam yang bertauliah dan mendapat pengiktirafan Jabatan Agama Islam dan Pejabat Mufti. Rawatan yang dijalankan perlu berlandaskan Akidah Islamiyyah.

4. Sumpah Pemohon
Pemohon bersumpah bahawa lafaz talak yang dilafazkan adalah tanpa sedar dan di bawah pengaruh sihir. Sekiranya pemohon bercakap bohong, laknat Allah akan menimpa.
Setelah berpuas hati dengan semua perkara di atas, mahkamah akan memutuskan lafaz talak sabit atau tidak sabit.

Namun, ia bergantung kepada hakim yang mengadili perceraian akibat sihir dengan melihat unsur-unsur pembuktian dan pembelaan sihir.

Walaupun mahkamah tidak menolak unsur sihir dalam penceraian tapi jangan ada yang cuba cuba pula guna alasan konon di sihir sehingga bercerai selepas menyesal menceraikan pasangan dengan talak tiga. Walau sihir tetap perlu di buktikan. Ada pakar dalam perkara tersebut akan di gunakan bagi mengesan samada berlakunya sihir atau tak.

Moral of the story.. talak bukan sesuatu yang boleh di buat main atau bergurau. Jadi hati hati dengannya.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

HANYA MERCUN JENIS INI SAHAJA BOLEH DI JUAL DAN DI MAINKAN

4/04/2022 01:55:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

HANYA MERCUN JENIS INI SAHAJA BOLEH DI JUAL DAN DI MAINKAN. Di Malaysia ni tak kira apa jenis sambutan perayaan mesti nak kena main mercun. Dah macam jadi satu budaya semua kaum. Asal raya mesti nak kena bakar mercun. Baru meriah katanya. Yelah.. kemeriahan selalu nak kena ada bunyi bunyian yang menggamatkan suasana. Kalau sunyi basi je kurang rasa kemeriahan tu katanya.

Saya antara manusia anti mercun jenis yang bunyi terlalu kuat dan bahaya. Terutama jenis macam bom atau jenis yang terbang. Pengalaman pahit berjiran dengan manusia yang tiada adab & menghormati orang lain buat saya jadi benci dengan mercun. Setakat main sikit sikit untuk berseronok nak sambut raya tu ok la.. Ni dah rasa macam duduk di negara yang sedang berperang. Korang bayangkan la sampai tengah malam bunyi macam bom dok meletup atas bumbung rumah hangpa. Boleh tahan ke kalau hampir setiap tahun macam tu? Susah berjiran dengan orang yang tak ada sivik ni. Report polis pun tak menyelesaikan apa apa pun masalah.

Nak main tu biarlah berpada pada. Jangan sampai menyusahkan orang sekeliling. Lagipun kebanyakan mercun yang bahaya kat Malaysia ni di jual secara haram. Sebab di Malaysia ni yang hanya di luluskan untuk jual cuma jenis mercun bunga api atau pop pop. Tak tau mercun pop pop tu macam mana? Mercun yang kena baling kat atas permukaan lantai kemudia dia akan mengeluarkan bunyi pop. Anak saya pun suka main.

Mercun tu tak payah hangpa nak cucuh guna api bagai. Semua peringkat umur boleh main. Asal ada bunyi sudah la kan. Lain lain jenis mercun yang terbang, yang bunyi mengalahkan bom atom. Yang boleh menyebabkan kebakaran & kecederaan.. semua mercun tu tiada kelulusan untuk di jual atau di mainkan yer. Tak payah la nak guna terma.. Alah setahun sekali. Masalah kat Malaysia ni semua jenis raya nak kena bakar mercun dah tak jadi setahun sekali. Saya boleh bertolak ansur lagi kalau jenis mercun papan orang cina selalu bakar setempat untuk tahun baru cina tu. Sebab dia cuma bising sikit tapi tak berterbangan atau di baling ke sana sini. Setakat bakar awal waktu tu ok la. Selepas pukul 12 tengahmalam tu jangan nak extreme sangat main mercun.

Apapun setiap kali menjelang musim perayaan ni isu mercun ni macam tak ada penyelesaian. Memang la ada undang undang cuma perlaksanaan tu tak setegas mana. Jadi bertimbang rasa lah kalau nak main pun. Kena ingat kita hidup kiri kanan ada manusia lain yang mungkin terganggu walau kita rasa seronok. Dalam hutan pun.. binatang pun tak selesa kalau bunyi meletup sana sini. Jadi janganlah jadi bodoh lebih dari haiwan yang tak berakal.

Moral of the story.. buat apa nak bakar duit banyak banyak hanya nak beli mercun. Beli je pop pop pun mercun juga.murah pun murah.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PENIPUAN PENJUAL BISKUT/KUIH RAYA YANG PERLU ANDA TAHU

4/03/2022 01:54:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

PENIPUAN PENJUAL BISKUT/KUIH RAYA YANG PERLU ANDA TAHU. Salam 1 ramadhan 1442 buat semua pembaca blog lekatlekit.com. Alhamdulillah, kita di berikan rezeki untuk bertemu lagi dengan ramadhan kali ini. Moga ramadhan kali ini memberi seribu rahmat dan perubahan yang baik dalam hidup kita. Moga kita dapat melakukan ibadah dengan tenang dan istiqomah sepanjang ramadhan ini.

Bila dah masuk ramadhan selain ramai yang mengambil peluang melibatgandakan amalan yang baik tak kurang juga masing masing mula membuat persiapan untuk menyambut raya. Mustahil la kita nak buat persiapan dalam maa 1 hari sebelum raya kan. Nak tempah baju, tempah kuih muih pun perlu buat tempahan di awal waktu. Kadang kadang sebelum puasa lagi ramai dah buat tempahan sebab biasanya masuk ramadhan pengambilan tempahan akan di tutup.

Bercakap pasal kuih raya ni.. peniaga biskut atau kuih raya juga tidak terlepas dari menjalankan perniagaan atas talian. Jadi berbagai teknik marketing, story telling & copywritting di gunakan bagi mempromosi dan melariskan jualan. Dalam Islam pun tak salah cuma yang jadi salah bila ada unsur penipuan atau iklan yang mengelirukan sehingga menyebabkan pelanggan atau pembeli terpedaya.

Dah jadi macam satu trend menggunakan marketing yang mengelirukan (misleading marketing) dengan menjadikan cerita sedih sebagai pelaris untuk melariskan jualan. Salah satu penipuan yang pernah berlaku dalam pemasaran jualan kuih raya ini kalau anda masih ingat dengan mereka ceritan konon tempahan yang di buat oleh pelanggan di batalkan setelah disiapkan. Dengan harapan kisah mereka menjadi viral seterusnya dapat menarik pembeli untuk membeli atas dasar simpati.

Selain dengan niat supaya di viralkan dan mendapat promosi dan pengiklanan percuma, cara ni juga paling mudah untuk pancing emosi orang awam untuk bersimpati seterusnya membuat pembelian atas niat membantu dan bersedekah. 

Marketing macam ni percayalah hanya boleh guna untuk sementara. Netizen sekarang semakin bijak. Jika peniaga asyik guna taktik yang sama untuk mendapatkan pembeli, lambat laung netizen akan tahu juga modus operandi mereka. Yang rugi adalah peniaga itu sendiri kerana anda berniaga untuk jangka masa panjang tapi jika hilang kepercayaan pembeli bagaimana anda nak meneruskan jualan.

Dalam islam pun melarang menggunakan teknik pemasaran yang ada unsur penipuan. Boleh baca disini ; https://www.lekatlekit.com/2022/02/jemput-baca-pada-yang-suka-buat.html?m=1

Harap tahun tak ada lagi peniaga peniaga tak kira la kuih muih atau apa apa tak guna lagi taktik marketing macam ni. Dalam apa juga pekerjaan kita buat kena percaya rezeki tu dari Allah. Berniagalah dengan jujur semoga kita memperolehi rezeki yang halal & di berkati.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com