'Saya meminati Cikgushida kerana/I like Cikgushida because ...'

9/30/2011 10:22:00 PM suria lekatlekit 14 Comments

Kerana apa yer saya suka cikgu shida? Betul ke saya suka cikgu shida? Suka la jugak bila cikgu shida buat lawak dengan statement2 dia yang ala2 budak sekolah rendah bukan ala2 cikgu sekolah rendah yer. Apa kes tiba2 sang lekit buat entri suka cikgu shida ni...

Bukan pasal sang lekit dah buang tebiat tiba2 nak suka cikgu shida ni.. Ni sang lekit baru terbaca kontes anjuran cikgu shida. Cipta slogan 'Saya meminati Cikgushida kerana/I like Cikgushida because ...' Kalau korang yang suka cikgu shida ni boleh la join. Hadiah tak tau apa benda dia nak bagi.. mungkin koleksi video miming dia yang dah di vcd kan kot. Selalunya tu jer yang di offer. dengan tandatangan sekali kononnya.. (mustahil sangat dia nak bagi Premium Beautiful Corset yang dia jual tu, kan??)


Kalau cikgu shida buat kontes 'saya tak suka cikgu shida kerana..' confirm la sang lekit orang pertama hantar penyertaan. Hadiah dia tak lain tak bukan kena remove dari friendlist, kan cikgu shida. Tapi pada yang suka, sila la sertai. Yelah citarasa masing2 tak sama, walau korang suka baca blog melekit tapi minat cikgu shida.. tak salah. Sang Lekit takkan blacklist korang & Bookmark blog/ unfollow korang sebagai blog yang tak harus lawati. Takdenya camtu.. Biasa la sang lekit berpegang dengan kata2 pinjam dari Nyah Zulfikar, Kita mungkin berbeza pendapat tapi tak semestinya bertegang urat

Tapi ada lagi best yang sang lekit cuba kat 1 blog yang menulis pasal cikgu shida ni. Ayat terakhir dalam entri tu buat sang lekit senyum kambing kejab.. Jom kita tengok apa kata dia dalam entri tu..

14 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PESAING CIKGU SHIDA

9/30/2011 12:13:00 PM suria lekatlekit 20 Comments

Lepas ni cikgu shida mungkin akan semakin galak menghasilkan video2 miming yang lebih 3G (gedik, galak, gila)

Mana tak cuak cikgu shida kalau dah ada pesaing yang boleh tahan gedik jugak video miming dia. Nak2 lagi budak ni lebih moda rumaja berbanding cikgu shida yang umur dah dara berusia, kan?? Walau video miming budak ni juga bersifat 3G tapi kenapa agaknya takde la janggal @ meluat sangat tengok. Boleh jugak senyum2.. Mungkin sebab usia, jantina jugak kot.. Kalau umur dah senjakala dok miming dengan gaya 3G lagi memang la dah tak jadi lawak , kan?? Dah tu perempuan pulak..

Ni budak yang bakal menjadi pesaing cikgu shida. Nak tengok video dia clik DISINI

Semua ni gara2 penangan cikgu shida kot maka terlahirlah bakat2 miming baru pelapis cikgu shida nanti. Yelah semua nak jadi macam cikgu shida boleh jadi artis express.. buat video miming,tayang kat youtube.. dapat la masuk tv, radio & majalah.

20 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MURID TRAUMA, CIKGU KENA RAGUT DALAM KELAS

9/29/2011 01:52:00 PM suria lekatlekit 21 Comments

Jenayah sekarang tak kira kat mana saja. Semua tempat dah tak terjamin keselamatannya. Macam 1 kes ni sang lekit terbaca kat status seseorang tu. Seorang cikgu kena ragut dalam kelas masa sesi pembelajaran.

copy paste dari FB
Macam mana la pengawal tu boleh biarkan orang tu (peragut) masuk ke kawasan sekolah. Entah apa la peragut tu ayat yer sampai pengawal tu pun boleh lepaskan dia masuk. Takkan tak di rujuk dulu dengan guru2 kat sekolah sebelum membenarkan orang asing masuk ke kawasan sekolah?  Kesannya pada guru & murid2 yang tengok kejadian tu. Sampai trauma. Kan menganggu pelajaran dorang.

Itu la kan.. sekarang ni jenayah ada dimana2 saja. Kalau tak peragut dari luar masuk pun, warga sekolah tu sendiri kadang2 boleh buat jenayah jugak. Betul tak??

21 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DI TUDUH LESBIAN

9/28/2011 03:40:00 PM suria lekatlekit 19 Comments

Sesi mengimbau kenangan semusim lalu kembali bersiaran di blog melekit. Untuk episod imbauan dalam effect Sephia tone kali ni jom kita tumpang mesin masa doremon untuk balik semula ke zaman sekolah menengah sang lekit. Wah gitu.. macam filem lak kan??

carian google
Kisah ni kadang2 rasa lucu tapi waktu kejadian tu sang lekit tak rasa pun lucu sebab di kuasai perasaan marah, tak puas hati, sakit hati, makan hati.. Ha.. kau! Hati ini telah di lukai la katakan. Kisahnya bermula apabila keakraban sang lekit dengan kawan sang lekit, siti (Kami memang rapat sejak kecik lagi) di salah erti oleh seorang cikgu yang sang lekit dah lupa nama dia.

Ceritanya macam ni.. Siti muda setahun dari sang lekit.. bila dia tingkatan 1, sang lekit dah tingkatan 2. Sesi sekolah tak sama sebab pelajar tingkatan 1 bersekolah pada sesi petang tapi pelajar tingkatan 2,3,4 & 5 semuanya pagi. Kita ni macam kembar siam tak melekat.. kemana, dimana asyik berdua jer. Macam belangkas. Siti akan keluar ke sekolah pagi2 dengan sang lekit & sang lekit akan balik sekolah sampai habis sesi sekolah petang dengan siti. Kiranya 1 hari suntuk la kitorang ada kat sekolah. Tu pun kalau tak buat U turn (ponteng) la.

tak kira siti atau sang lekit sementara salah sorang antara kami dalam kelas, sorang lagi akan tunggu kat pondok rehat atau perpustakaan sekolah. Cukup la takat tu cerita keakraban kami. Korang bayangkanlah sendiri yer macam mana rapatnya sepasang sahabat itu.

19 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

GUNA MAKANAN DALAM PERMAINAN

9/27/2011 08:12:00 PM suria lekatlekit 16 Comments

Pagi semalam sempat tengok rancangan Ewah - Ewah yang bertemakan permainan. Peserta adalah di kalangan artis2 Malaysia. Riuh & meriah rancangan tu sebab pengacara dia Nabil & wahid senario. Memang kecoh la..

Bukan nak cerita pasal kemeriahan, kekecohan atau keriuhan rancangan tu tapi nak kopek pasal isu permainan yang menggunakan makanan. Semua orang tahu idea mencipta rancangan berunsurkan permainan & menggunakan makanan sebagai bahan permainan ni datangnya dari barat dulu. Ye ke?? Ke Jepun?? Mana2 la janji bukan bermula dari Malaysia tapi menjadi ikutan oleh negara2 lain.

Korang rasa sesuai ke main dengan makanan ni?? Bagi sang lekit la macam 1 pembaziran yang terang lagi nyata depan mata. Macam dalam rancangan ewah2 semalam.. pertandingan buat sandwich siapa lebih tinggi dengan pecahkan telur guna sebelah tangan tanpa telur kuning tu pecah dalam mangkuk. Lepas rancangan tu agaknya dorang makan tak sandwich yang comot dorang buat tadi. Rasanya tak makan kot.. Atau telur yang dorang pecahkan berpuluh2 biji tu dorang goreng buat telur dadar tak untuk makan tengahari. Dah tentu tak mungkin, kan??

Jadi di mana destinasi makanan2 tu selepas rancangan tu?? Kalau dah makan tidak, nak framekan buat kenang kenangan pun tak boleh dah sah2 la tong sampah juga yang telan semua benda tu. Kan Membazir? Kat somalia sana orang mati kebuluran tak makan, kita kat sini sampai buat main je benda makan. Menangis orang somalia tengok tau!

Jadi relevankah rancangan yang berunsurkan permainan menggunakan bahan makanan. Lain la pertandingan makan. Dah tentu masuk melalui mulut terus ke perut.

 Carian google

16 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CIKGU SHIDA MIMING BERKUMPULAN DI LUAR

9/27/2011 12:05:00 AM suria lekatlekit 24 Comments

Kembali sang lekit dengan kisah mengenai cikgu miming ni.. Sempat jugak sang lekit layan video miming terbaru cikgu shida yang di post kat FB (walaupun sebelum ni sang lekit jarang nak tengok video dia tu). Wah.. cikgu shida melangkah setapak lagi dengan menghasilkan outdoor miming video. Bermakna lokasi pengambaran clip video miming dia bukan lagi di dalam bilik macam yang sebelum ni.

Nak lebih advance lagi video terbaru cikgu shida ni tidak bersendirian dengan watak2 yang pelbagai rupa & make up tapi di temani 2 kanak2 & sorang akak kanak2 (perempuan dewasa). Wah cikgu shida dah maju setapak dalam arena video miming dia bila buat pengambaran di luar rumah. Wah Cikgu Shida sekarang dah bermiming secara berkumpulan nampak. Ke nak wariskan ilmu memek2 muka pelik2 tu kat pewaris baru kot. Nak waris kat anak, cikgu shida kan memilih untuk kekal sebagai anak dara. Dia yang cakap bukan sang lekit reka2 cerita tau. Dia yang cakap taknak kawen sebab dia tak suka buat kerja rumah macam masak, kemas bagai tu.


Lepas ni lahirlah bakat miming baru hasil teladan dari cikgu shida ni kan?? Sapa taknak miming jer boleh popular. Keluar TV, radio, majalah lepas tu dapat offer berlakon drama lagi. Nak cepat sikit orang kenal.. buat kontroversi sama. Confirm malatop! kekekekeke
 

24 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DEI TAMBI SUDAH PUKUL 12 LA.. BAI!

9/26/2011 01:16:00 PM suria lekatlekit 18 Comments

Malam 2 hari lepas tak tahu siapa punya birthday party kat kawasan rumah sang lekit yang di buat kat lot parking di blok sang lekit tinggal. Apa yang sang lekit tahu majlis harijadi tu di anjurkan oleh keluarga berbangsa India, selain infomasi dari mak yang siangnya turun kekedai & di kukuhkan lagi bukti oleh en hubby yang terserempak dengan majlis tu sebelum naik kerumah serta lagu yang berkumandang sepanjang majlis tu berlangsung.

 Sekadar hiasan. Carian Google

Majlis itu di serikan dengan alunan lagu2 tamil yang dalam kategori loud speaker sampai dengar dentuman tu hingga ke tingkat 9 (rumah sang lekit) & sedikit menganggu kenyenyakkan tidur cik lala walaupun cik lala ni sebenarnya boleh tidur dalam suasana bising tapi kalau keterlaluan sangat bunyi bunyian tu memang siapa2 pun akan terganggu. Majlis tu start lepas maghrib.. Lagu2 yang berkumandang 100% lagu tamil la sebab majlis tu pun anjuran keluarga berbangsa india yang menurut en hubby meraikan hari jadi seorang ibu tua kot..

Awal - awal tu sang lekit tak kisah la.. tapi sampai pukul 12 tengahmalam pun masih lagi berpesta dengan lagu2 kuat macam tu mula kisah jugak. Bila en hubby pun kisah.. Maka langkah penyelesaian di ambil dia call polis. Bukan suruh angkut semua ke balai, cuma suruh kurangkan volume jer. Dah pukul 12.. agak2 la. Kat sini bukan rumah bujang jer semua, ramai yang berkeluarga, ada anak & ada baby. Kalau nak party macam tu kan elok buat siang2. Ni malam2 pulak. Lepas 1/2 jam laporan di buat, dari atas sang lekit dapat dengar yang bunyi bunyian kuat tu terus senyap & lenyap. Lega.. Mengenangkan cik lala kalau dia tak tidur sebelum pukul 12 memang boleh jadi sampai ke pagi dia tak tidur. Pernah dia meragam dari tengahmalam sampai 7 pagi. Yang teruk.. mummy la..

Bila kita tinggal di kawasan perumahan yang majoriti orang yang dah berkeluarga ni kena la fikir sikit bila nak buat sesuatu. Hormati la keselesaan orang lain. Memang la majlis macam tu bukan hari - hari tapi masalahnya malam hari. Malam adalah masa orang ber'Isteri'rehat. Kalau nak pasang lagu, cukup la sekadar sederhana kuat jangan buat macam dalam disko. Kalau nak buat macam disko adalah lebih baik buat di dalam disko. Takde orang nak komplen, kan??
 

18 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BILA MUMMY DAPAT TIKET WAYANG FREE

9/25/2011 04:26:00 PM suria lekatlekit 16 Comments

Mula2 kena ucap terima kasih kat Nuffnang sebab bagi sang lekit 4 tiket wayang sebagai hadiah hari jadi Ogos lepas. Memandangkan tiket tu en hubby ambil lepas sang lekit bersalin, maka tak dapat la menikmati hadiah dari nuffnang tu. Takkan la dalam pantang nak pergi tengok wayang.

Tiket tu sah sampai 15 oktober ni tapi tetap sang lekit tak mampu untuk menikmati hadiah dari nuffnang tu sebabnya Cik Lala kan masih kecik. Tak sesuai pulak nak bawa tempat2 macam tu. Nak tinggalkan kat Mak pun tak boleh sebab Lala minum susu mummy 100%. Maka dengan itu sedekahkan la pada mereka2 yang berkemampuan untuk tengok wayang.

Tadi bagi mak & adik 2 tiket maka berdesup la dorang ke TGV metro prima nak tengok wayang. Ada baki 2 tiket kat en hubby. Ikut suka dia la nak ajak siapapun tengok wayang dengan syarat bukan girlfriend, skandal or sugar mummy. Sang lekit terpaksa terima hakikat Cik Lala la filem yang paling best untuk di tonton hari2 sehingga umurnya 1 tahun keatas baru la boleh nak bawak masuk panggung wayang. Sang lekit dulu pun 4 tahun baru mak bawak pergi tengok wayang. Mak sang lekit memang suka tengok wayang.

Tapi sang lekit kurang merindui pawagam tapi amatlah merindui panggung teater. Bukan tak boleh bawak baby tengok teater tapi kurang sesuai sebab siren baby ni nak bunyi dia tak kira tempat. Mengganggu orang lain pula nanti, kan?? Sebab dari pemerhatian sang lekit selalu pergi tengok teater or wayang ni bila ada yang bawak masuk baby atau budak kecik ni bila dorang menangis atau meragam akan menganggu orang lain. Taknak la macam tu kan?? Kena hormati juga keselesaan orang lain. Budak2 memang la tak pandai fikir nak di salahkan tapi mak bapak budak tu takkan akal macam budak2 kot sampai tak boleh fikir. Betul tak??

Jadi dengan itu terpaksa la meneruskan pantang sampai cik lala dah faham bahasa sikit untuk bawak masuk ke tempat2 macam tu. Sekarang ni kalau pesan kat dia jangan bising pun bukan dia faham lagi. Kalau siren dia nak bunyi, dia bunyi je.

16 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

GAJI RM800 TAPI BELANJA MACAM GAJI RM8K

9/24/2011 10:50:00 PM suria lekatlekit 13 Comments

Bila orang sebut Dolce, Gabana, Gucci bagai telan air liur je. Yelah gaji cuma RM800, sewa rumah RM250, nasib baik bil elektrik bawah RM20 jadi tak perlu bayar, Bil air tak risau mesti bawah RM10 sebulan tapi makan, pakai, simpan sikit manalah tau emergency. Tinggal berjauhan dengan keluarga ni kena ada persediaan awal.

Tu kisah sang lekit waktu kerja di cyber cafe (kerja sementara nak dapat kerja) selepas company yang sang lekit kerja sebelum tu tutup sebab masalah dalaman & kewangan. Memang ada simpanan sang lekit masa keja kat situ (gaji kat situ pun not bad so dapat la saving sikit2)  tapi sang lekit dah la menyewa sorang2 lepas tu jauh dari family jadi selagi boleh gunakan duit gaji yang seciput tu sang lekit taknak la keluarkan duit simpanan. Cerita macam setahun je kerja kat cyber cafe tu kan padahal kerja 1 bulan jer.(errkk.. dua bulan kot.. tak ingat pulak)

Berbalik pada kisah sebenarnya.. Gaji  RM800 belanja macam gaji RM8k sebulan. Maksudnya orang yang suka berbelanja lebih dari kemampuan ni. Biar gigit kuku tengah bulan takpe, janji boleh selak baju tunjuk seluar jeans rome katanya (ni merujuk pada kisah benar yang berlaku depan mata sang lekit dulu. Macam kelas sangat la jeans rome dia tu, kan??). Kau ada pakai rome. Takat pakai levis uptown tu tak payah sembang la. Tu baru jeans.. tak lagi tengok baju, beg, kasut, jam, anting2, tali pinggang, minyak wangi bagai.. Bak kata orang dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki semua branded. Harga ratus2 punya. Tapi gaji RM800 je sebulan.

Bukan la nak memperkecilkan gaji dia yang kecik tu.. Tapi bila sang lekit kenal orang yang macam ni tertanya2 sang lekit gaji dia setiap bulan di peruntukkan 100% untuk barang berjenama je ker? Kalau tak kerana tinggal dengan mak bapak confirm la tidur dalam khemah, makan biskut empat segi hari2. Yelah belanja laju macam ombak tsunami macam tu.. tak sampai tengah bulan jer confirm la bersaki baki syiling. Tu pun bertuah kalau ada lagi syiling.

Orang macam tu tepat sangat dengan pepatah "Biar papa asal bergaya".. Hanya tengok luaran jer macam kaya, tapi seluk poket tarik keluar tiket bas rapid kl je ada. Untuk apalah kita berlagak dengan barang2 berjenama kalau sampai di luar kemampuan kita sebenarnya. Barang2 tu semua akan buruk, rosak kalau boleh jual pun jenis susut harga. Bagi sang lekit yang mesekin ni kan.. Takpe la aku pakai levis uptown pun janji aku tetap boleh makan nasik sampai hujung bulan tanpa tercicir walau sehari. Lain la ko memang gaji RM8k++.. Tapi semua tu kisah zaman bujang.. sekarang dah kawen en hubby yang tanggung 100% tapi tetap sang lekit mengamalkan sistem berbelanja ikut kemampuan. Sebab tu dah menjadi cara hidup sang lekit sejak tinggal berjauhan dengan family.
 

13 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SAMPAI BILA NAK BERGANTUNG DENGAN MAK

9/24/2011 03:21:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

Pengalaman pertama menjadi seorang mummy kepada Lala memang dari A to Z kena belajar. Dari cara dukung ( Nurse kat hospital yang ajar) sehingga tukar lampin, susukan dia, mandikan dia, tidur kan dia.. Macam - macam la.

Tapi hanya 1 jer sang lekit belum pernah buat & tak tahu macam mana nak buat. Mandikan lala.. dari semenjak dia di lahirkan.. masa kat hospital nurse yang buatkan, kat rumah mak sang lekit yang buatkan tapi bila mak dah balik kampung nanti tentu la sang lekit kena buat sendiri takkan nak suruh nurse datang rumah mandikan lala lak kan. Mandikan baby yang umur baru 1 bulan ni bukan macam budak 1 tahun. Kita kena pegang lepas tu mandikan, syampu bagai. Sampai hari ni sang lekit belum belajar mandikan lala tapi sang lekit yakin sang lekit boleh buat kot bila mak dah takde nanti.

Sampai bila nak bergantung dengan mak. Takkan la nak suruh mak jaga Lala sampai umur 1 tahun baru sang lekit nak ambil tugas mandikan lala pulak. Cukup la Mak dah bersusah payah besarkan enam orang anak - anak dulu, mak dah datang sini jaga sang lekit & lala selama dalam pantang ni pun dah cukup besar jasanya. Tu pun kadang2 kesian sang lekit dengan mak.

Hari ni mak keluar dengan adik.. So, sang lekit ambil kesempatan untuk uruskan semua. Cuma sebelum mak keluar dia mandikan lala dulu. Sang lekit cuma kemas rumah & masak jer la. Alhamdulillah cik lala tak meragam sangat jadi sempat la sudahkan semua kerja. Insyaallah.. Sang Lekit yakin boleh handle sendiri bila mak dah balik kampung nanti. Walaupun tak mudah, tapi tak bermakna tak boleh buat. Orang lain boleh buat, kenapa kita tak boleh, kan??

11 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RAMAI YANG TAK TAHU & BARU TAHU RUPANYA

9/23/2011 05:20:00 PM suria lekatlekit 25 Comments

Rupanya ramai yang masih tak tahu & baru tahu. Punya la dok canang pung pang pung pang kat blog.. Kat FB tu tak kalah punya dok tayang rupanya masih ada yang tak perasan. Akibat ketidakprihatinan mereka2 ni bila baru terperasan akan kejadian tu.. masih2 menerjah dengan soalan yang bertulis begini...

Bila? Tak tahu pun... Tu salah satu soalan. Tapi ada soalan yang lagi best. Bila ko kawen? Kenapa dorang tertanya2 soalan2 macam tu. Ni kes baru perasan kat FB sang lekit dah mula dihiasi gambar baby lala. Yang tahu sang lekit dah kawen tak tahu dah bersalin maka soalan yang pertama tu la tanya.. Yang tak tau pun sang lekit dah kawen apatah lagi dah beranak maka di aju la soalan kedua.

Bagi yang masih belum tahu.. Inilah anakku yer

Tapi ada kawan2 yang selalu update pasal sang lekit kat blog ni. Kebanyakkan kawan2 sang lekit silent reader jer.. Untuk kawan2 yang baru tahu, baru perasan & baru dapat berita yang sang lekit dah kawen, dah beranak tu.. Jangan la rasa kecik hati anggap sang lekit taknak kongsikan khabar gembira dengan korang. Sang lekit secara peribadi memang jarang contact dengan sapa2.. So, sang lekit update je kat FB & blog. Mana yang add sang lekit kat FB tu jenguk2 la sekali sekali. Usya2 la album gambar tu agar tak terlepas berita terkini. Cara camtu senang.. 1 khabar di sebar pada semua, kan??

Dan ini pula diriku memangku anakku.. Kembang2 masa pregnant dulu dah kuncup

25 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MEE SANGGUL

9/22/2011 03:03:00 PM suria lekatlekit 25 Comments

Tetiba petang ni teringat pula mee sanggul. Korang tau ke mee sanggul tu macam mana?? Kalau belah utara memang panggil mee sanggul tapi ada sesetengah tempat panggil mee siput kalau tak silap. Lama rasanya tak makan mee sanggul ni. Mee sanggul ni dah lama wujud.. dari sang lekit kecik2 dulu dah ada mee sanggul ni.

Kenapa ia di panggil mee sanggul?? Mungkin jugak sebab dia di gulung macam sanggul. Tapi kenapa sesetengah tempat panggil mee siput. Takde rupa macam siput pun. Kalau macam sanggul tu memang la ada. Tu sang lekit tak dapat nak jawab. Apa yang sang lekit nak kopek pasal mee sanggul petang2 hari ni yer??

Takde apa sangat nak cerita pasal mee sanggul cuma tiba2 teringat. Masa kecik2 dulu kalau hari minggu mak suka jugak goreng pagi2 untuk sarapan. Memang sedap mee sanggul tapi bergantung pada tukang masak jugak. Kalau tukang masak yang memang tak tau masak, tu tak di jamin la akan jadi sedap. Mee sanggul ni masak lebih kurang macam bihun goreng @ mee goreng jugak. Nak campak apa pun campak la.. sayur ke, udang ke, ayam ker, daging ke.. sama je macam bihun & mee goreng.

Bagi yang tak tau macam mana mee sanggul @ mee siput ni meh nak tunjuk sikit rupa mee ni.. Ala2 entri Wordless Wednesday lak kan.. Erkk.. tapi entri ni tak wordless. Jom2 kita tengok wajah anggun mee sanggul @ siput ni.

Ni la rupa mee sanggul @ mee siput
Ni rupa setelah di keluarkan dari bungkusan

P/S : Lama giler tak makan mee sanggul ni.. rasanya dah dekat 10 tahun. huhuhuhu

25 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ALASAN RABUN & TAK PAKAI SPEK PUNCA MAMAT SEPAH TAK PERASAN GAMBAR FIDA NAMPAK RAMBUT

9/21/2011 03:28:00 PM suria lekatlekit 28 Comments

Panjang betul tajuk entri tu kan.. Tajuk pun dah tau isu apa yang sang lekit nak kopek dengan rakusnya. Walau pada mulanya sang lekit rasa malas nak join berkomen pada isu Fida bergambar tanpa tudung ni tapi bila terbaca kenyataan yang di keluarkan kekasih si Fida, Mamat sepah buat sang lekit tiba2 jadi minat lak nak bercakap pasal isu ni.

Menurutnya, semasa gambar tersebut diambil, dia tidak perasan sebahagian rambut kekasihnya itu terdedah kerana tidak memakai cermin mata ketika itu.
"Semasa kejadian Fida di dalam kereta dan secara spontan saya mengambil gambar tersebut tanpa menyedari sebahagian rambutnya terdedah tambahan pula saya tidak memakai cermin mata.
"Tanpa berfikir panjang saya terus memuat naik gambar tersebut di laman Facebook milik saya," jelasnya.(Untuk artikel sepenuhnya sila clik DISINI )
Gambar yang menjadi kontroversi
 Tu dia sebahagian kenyataan yang di keluarkan mamat sepah bagi membela Si Fida yang sedang di hentam teruk gara2 gambar tak bertudungnya tersebar akibat kecuaian kekasih hati si fida ni sendiri. apa yang lucu kenyataan yang di keluarkan oleh mamat sepah ni. Agak2 la bang Ooi kalau nak bagi alasan pun. Biar la munasabah sikit. Mustahil tak perasan gambar tu menampakkan rambut Fida.. Ko tu cuma rabun bukan buta. Kalau ko buta mungkin boleh di maafkan dengan alasan macam tu.

Mungkin Si Mamat ni mengelabah kot pasal isu tu tengah hot sebab katanya Fida pun tak tahu gambar tu tersebar & menjadi isu hangat sekarang tu yang kenyataan di keluarkan macam terencat sikit. Kadang2 artis ni cakap ikut sedap mulut je kan.. tak fikir kesan dari kenyataan yang di keluarkan. Yelah artis pun manusia.. Bukan semua artis ni bijak2 belaka. Kita terima la kesilapan sebagai manusia tak sempurna tapi harus di ingat itulah harga yang perlu di bayar bila korang memilih untuk menjadi orang yang di kenali. Bukan orang paksa ko jadi artis tapi ko yang pilih so kalau di kritik atas kebodohan sendiri tu kena la terima. Kalau macam sang lekit ni orang tak amik pot sangat sebab.. "Aku bukan sesapa".

28 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

JODOH ITU RAHSIA ALLAH

9/20/2011 08:00:00 PM suria lekatlekit 24 Comments

Cakap pasal jodoh la pulak kali ni kan. Bukan apa mengenang sorang demi sorang kawan2 sang lekit yang membujang mula menghitung hari nak naik pelamin & ada yang dah jejak pelamin tak kurang juga yang pelamin angannya musnah tu yang muncul ilham nak buat entri ni.

carian google
Berbalik pada topik kita kali ni, kenapa Jodoh itu menjadi Rahsia sehingga tiba harinya baru kita tahu. Yelah.. kita kan manusia.. seminit lagi pun kita tak tahu apa akan jadi, apatah lagi setahun, 2 tahun akan datang, kan?? Maka wujudlah sepotong kata2 yang bertulis begini 'Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan'. Dalam merancang jodoh kita di mulakan dengan sesi perkenalan, kemudian di teruskan dalam alam percintaan seterusnya di ikatkan dalam perkahwinan. Dalam tempoh perkenalan & percintaan, kadang - kadang mengambil masa yang lama untuk tiba ke alam perkahwinan. kerana hubungan cinta yang terjalin kadang2 sampai 10 tahun membuatkan kita merasa dia lah jodoh kita tapi apa yang berlaku pula sebaliknya.

Kita dengan yakinnya rasa, itulah jodoh kita. Itulah satu2nya insan yang kita akan jadikan pasangan hidup yang sah. Tapi banyak yang terjadi.. percintaan berakhir tanpa perkahwinan. Macam kisah sang lekit & kawan sang lekit ni..  kisah sang lekit paling lama dalam sejarah sang lekit pernah couple dengan ex-bf adalah 3 tahun tapi tak menjadi jugak. Last2 jumpa en hubby kenal tak sampai setahun, dah sampai pula jodoh dengan dia. Dulu ingat dengan yang couple lama2 mungkin jodoh kita.. Itulah yang di katakan.. Jodoh itu Rahsia Allah. Kalau bukan jodoh, ko bercinta 100 tahun pun tetap tak dapat kawen jugak.

24 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

HAPPY BIRTHDAY CIK LALA

9/20/2011 12:49:00 PM suria lekatlekit 19 Comments

Hari ni genaplah sebulan umur cik lala @ shahila. Kalau ikut kiraan hari.. Umur Cik Lala hari ni dah 32 hari tapi memandangkan Cik Lala Di lahirkan pada 20 Ogos maka 20 Sept la untuk meraikan Hari lahir Shahila yang ke 1 bulan.

Wah Raikan tu.. Ada birthday party ker? Mana ada.. Tetap la Cik Lala di jamu dengan susu ibu. Takde kek, jajan, gula2 bagai. Cik Lala sekarang kuat meragam.. Mungkin hasil dari badan dia yang kurang sihat. Sang Lekit tengok suntikan BCG Cik Lala baru nak nampak kesan, mungkin sebab tu la cik lala demam kot. Tapi demam ni sekejab ok.. sekejab tak ok. Kadang2 malam je demam.

Apapun Selamat Hari Ulang tahun kelahiran yang ke 1 bulan Lala. Mummy & Daddy Love U

Macam baru menang Boxing je gayanya.. Tahniah Lala
(Baju Acu Yang Beli.. Mesti Lala Rindu Nak Dengar Acu Nyanyi Lagu Ikan Kaloi, Kan??)

19 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

JEJAK KASIH

9/19/2011 10:27:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

2011.. banyak benda yang berlaku dalam hidup sang lekit selain 2011 sang lekit bergelar seorang ibu pada shahila. 2011 juga macam pertemuan jejak kasih walau bukan sang lekit yang menjejaki kasih2 itu.

Wah kes jejak kekasih lama ker?? Takde maknanya sang lekit nak jejak bekas2 kekasih.. Cukup la dengan adanya seorang kekasih bernama Suami di mata & di hati sang lekit. Tak payah la nak mengulit kenangan lagi dengan bekas2 yang dah basi tu. Apa yang sang lekit nak cerita bukan pasal bekas kekasih yer.. tapi kawan - kawan.

Sang Lekit akui pernah satu ketika sang lekit hilang kepercayaan pada mereka yang bernama kawan baik/sahabat ni. Sang lekit tak nak cerita kenapa.. Biar lah semua tu jadi sejarah yang bersemadi. Kalau boleh lupa.. nak lupakan terus.

Berbalik pada cerita jejak kasih ni.. 2011 ada jugak la kawan2 sang lekit yang lost contact yang menjejaki sang lekit kembali. Macam kawan baik sang lekit, Siti, kawan - kawan masa kolej sang lekit jijah & Isma & paling tak sangka luna @ Ash (kawan yang kenal melalui irc dulu) sudi juga mesej sang lekit kat FB setelah sekian lama masing2 tidak bertegur sapa sebab kecik hati & salah faham. Itu sebahagian dari mereka yang sang lekit rasa nak sebut kat entri walau banyak juga pertemuan dengan kawan2  sekolah kat FB untuk tahun 2011. Kalau nak list, kang berkajang pula entri ni, kan??

Sebenarnya sang lekit tak pernah lupa pada kawan2 terutama mereka yang pernah rapat dengan sang lekit cuma kepercayaan pada seorang sahabat tu dah semakin kurang. Sang Lekit tak berdendam tapi sang lekit tak mahu sejarah berulang. Sejarah tetap la sejarah, hari ni untuk menjadi sejarah juga tapi dari sejarah lalu, biarlah hari ini yang bakal jadi sejarah yang indah untuk di kenang. Apapun terima kasih pada kawan2 yang sudi jejaki sang lekit kembali.

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

GENETIC TEST CIK LALA

9/19/2011 02:16:00 PM suria lekatlekit 16 Comments

Hari ni cik Lala ada appointment dengan doktor kat hospital untuk Genetic Test & result. Ini sebab cik lala lahir dengan berat yang kurang dari 2kg (1.9 kg jer boleh rujuk entri ni :BUAT KEJUTAN SELEPAS LAHIR KEDUNIA) selepas semua test2 lain takde masalah. Cik Lala cuma kecik tapi cukup bulan & sihat.

Timbang berat badan hari ni, hari yang ke 29 Cik lala tengok dunia dah bertambah sebanyak 3 kg. Ok la tu.. Lagipun Cik Lala memang kuat menyusu. Sekarang ni pun dah terasa kalau pangku dia lama2. lenguh2 jugak la. Keputusan Genetic Test tu semuanya ok.. Takde masalah. Buat mummy & dady cik lala happy & lega. Banyak sangat test yang di buat kat Cik Lala sejak dia lahir hanya sebab dia kecik masa lahir. Macam nak cakap kat doktor jer.. Tengok la mummy dia. Besar sangat ker. Alih2 doktor yang periksa cik lala hari ni yang tolong cakap kan. Dia cakap Cik Lala sihat.. Dia kecik mungkin sebab mummy dia pun kecik. Alah kecik masa kecik jer.. Tapi bila dah besar kang, sapa tahu cik lala lebih tinggi dari mummy dia sebab masa kat kampung hari tu, ramai yang cakap tengok kaki cik lala ni dia tak mewarisi kekementotan mummy dia. Alhamdulillah la.. kalau camtu. Ikut la dady yang tinggi tu yer. Tapi mummy masa lahir tak kecik macam cik lala.. 3.9 kg tu masa lahir.

Apapun Cik Lala Masih ada 2 appoitment dengan doktor. Apa yang Sang Lekit Cik Lala terus sihat & sihat jer..

My Lala

16 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PERNAH BERMADU TAPI TAK TAHU

9/18/2011 04:39:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

Membaca kosmo di ruangan Rencana Utama hati, naluri & jiwa seorang isteri agak sentap jugak la. Biarpun kisah tu di ceritakan oleh seorang suami berkenaan masalah yang melanda dia & isteri keduanya gara - gara Facebook yang menemukan kembali isteri keduanya & dgn bekas kekasih dan kerana kecurangan isteri kedua tu mereka akhirnya bercerai. tapi apa sang lekit lebih terfikir pada isteri pertama yang tidak tahu hidup bermadu & di tipu suami sendiri. (Untuk membaca artikel tersebut sila clik DISINI )

Kisahnya bermula apabila si isteri (pertama) ni terpaksa pulang kekampung halamannya selepas kematian Ayah untuk menguruskan ibu  yang uzur & perniagaan keluarga. Terpaksa la hidup berjauhan pasangan suami isteri ni & hanya dapat bertemu 3 minggu sekali. Dorang ada 4 orang anak. Bermula dari situlah kesetian sang suami mula tergugat.

Dari di madukan sampaikan sang suami bercerai dengan isteri kedua, Si isteri pertama tetap tak tahu apa yang berlaku di belakangnya. Kesiankan.. Mati2 la si isteri ni percaya pada sang suami tapi dalam pada yang sama dia di tipu hidup2. Bayangkan kalau isteri pertama ni tahu dia pernah di madukan.. Walau pernah di madukan bukan masih bermadu tapi tetap si isteri akan kecewa sebab kepercayaan dia pada suami selama ni di perbodohkan.

Agaknya apa perasaan sang suami tu ekk?? Tak ke dia di hantui rasa bersalah kerana pernah mencurangi isteri yang setia? Tak terfikir ke si lelaki tu macam mana kalau dia yang berjauhan dengan isteri, meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada isteri tapi akhirnya di tipu, di curangi & di duakan?? Mungkin lelaki boleh berkahwin lebih dari seorang tapi soal hati, soal curang, soal setia, soal di tipu tetap salah, kan?? Rasa sakit tetap sama tak kira di pihak lelaki atau perempuan jika di tipu & di duakan. Sesungguhnya sedikit sangat perempuan di dunia ni rela di madukan.. Apatah lagi lelaki, korang rela ke di duakan?? Jadi kalau korang pun tak sanggup, jangan minta isteri yang tak sanggup untuk sanggup terima walau pahit & perit.

12 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CIKGU SOFIAN NAK SEPAK BONTOT ATAS PENTAS

9/17/2011 10:07:00 PM suria lekatlekit 9 Comments

Entah kenapa tetiba teringat pula memori sekuntum rindu.. Op's takde kuntum2 sangat memori ni cuma imbauan kenangan zaman sekolah rendah dulu. Tentang cikgu sofian. Korang kenal?? Tentu sekali tak melainkan korang sebaya sang elkit & bersekolah di sekolah yang sama dengan sang lekit.

Siapa cikgu sofian ni. Tentu sekali la cikgu saya bukan cikgu kamu. Cikgu Sofian ni ajar subject muzik. Tak silap sang lekit masa tu sang lekit darjah 3 ke 4 ntah.. lebih kurang camtu la umur sang lekit. Maaf yer sang lekit kurang minum nescafe macam Nyah Zulfikar tu sebab tu ingatan sang lekit tak sehebat Nyah tu. Kekekekeke. Kisahnya bermula pada satu hari dimana kelas muzik sedang berlangsung..

Sang Lekit tak ingat pula hari tu cikgu sofian ajar lagu apa tapi yang sang lekit tak boleh lupa adalah pesanan cikgu sofian. Walaupun dia cikgu muzik tapi dia selalu pesan, kalau besar nanti jangan jadi penyanyi sebab pekerjaan tu katanya kurang elok. Cikgu Sofian yang cakap bukan Cikgu Shida, ok! Dia kata kalau ada anak2 murid dia yang jadi penyanyi nanti, kalau terserempak dengan dia, dia akan sepak bontot atas pentas. Agak kelakar la bagi sang lekit masa tu.

Ni cuma cerita menyampuk kat entri cikgu sofian yer.. Masa sang lekit darjah dua, memang cita2 sang lekit nak jadi penyanyi bukan cita2 tu start dari darjah 2 malah dari kecik sebab terpengaruh dengan penyanyi pujaan sang lekit masa tu, Raja Ema. Cikgu kelas sang lekit masa tu cikgu Mashitah kalau tak silap nama dia, ajar subject BM. Kebetulan haritu kena buat karangan tentang cita2. Banyak kawan2 sang lekit tulis cita2 nak jadi cikgu (perempuan), Askar, polis (lelaki) tapi satu2 pelajar yang lain dari yang lain cita2nya adalah sang lekit sebab dang lekit tulis nak jadi penyanyi. Bila cikgu Mashitah periksa buku sang lekit dia panggil sang lekit kat meja guru depan kelas, kemudian dia cakap lembut2, dia kata nanti kalau besar jangan jadi penyanyi, pekerjaan tu kurang elok. cikgu Mashitah yang cakap, bukan cikgu shida, ok!

Kalau ada mana2 penyanyi yang baca entri ni jangan la kutuk sang lekit pula.. bukan sang lekit yang cakap, itu semua pesanan cikgu sang lekit. Tapi bila dah besar, baru perasan suara ni lunak sikit jer dari suara sang puru (Katak) maka cita2 tu terus terpadam. Itulah episod imbauan kenangan sang lekit untuk entri kali ni.

9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

LONDEH KAIN, TUNJUK KEMALUAN SENDIRI PADA ORANG

9/17/2011 02:41:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

Isu canang kisah peribadi yang pernah sang lekit kopek dulu memang mendapat respond yang banyak. Ada yang bersetuju, tak kurang juga yang rasa entri tu mengumpat. Semua tahu isu tu berkaitan dengan bekas pasangan kekasih & tunang seorang selebriti sukan. Tak perlu sebut nama la kot.

Kesan dari tindakkan bekas tunang (perempuan) yang memburuk - burukkan bekas tunangnya (lelaki) kini bukan si lelaki itu membuka aib si perempuan tapi orang lain yang membuat hujah balas & mendedahkan perangai buruk si perempuan setelah bengang dengan tindakkan si perempuan yang mendedahkan aib si lelaki. Sang Lekit terbaca semua tu kat blog Ahkak puaka. Lepas ni tak tau kan kalau tiba2 wujud ahbang puaka lak mendedahkan aib pihak lawan.. maka habis semua cerita dalam kain bekas pasangan kekasih & tunang ni orang tahu. Umpama londeh kain tunjuk kemaluan sendiri pada orang lain jer.

Sebahagian pendedahan kat blog Ahkak puaka tu. Pinjam jer.. bukan curi yer ahkak puaka

Kan dah pesan awal2.. Perangai mencanang kisah peribadi membawa kesan yang buruk & berpanjangan. Jangan nak salahkan orang dengan mengutuk mereka2 itu sebagai menangguk di air yang keruh, yang keruhkan air tu siapa. Sekarang drama ni semakin panjang, rahsia peribadi dah semakin tak jadi rahsia lagi (kalau cerita kat blog Ahkak puaka tu adalah benar2 belaka ler.. ) masing2 nak berlawan dedahkan buruk masing2.. maka habis semua kain, underwear.. terlondeh & orang tahu apa yang ada di sebalik tu. Sapa rugi?? Sapa Malu?? Korek idung, rasakan nikmatnya sendiri. Bila orang tegur kata orang dengki.. Apapun moga jadi pengajaran. Sudah2 la tu dok berlawan mengata sesama sendiri. Memburukkan lagi keadaan bukan menjernihkan keadaan.

11 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CIK LALA MODEL BOTOL SUSU

9/16/2011 11:01:00 PM suria lekatlekit 9 Comments

Ha kau.. Sehensem2 mummy, shahila jugak bertuah terpilih sebagai model untuk kali ni sekaligus menyingkirkan juara bertahan selama ni aitu mummy nya sendiri. Wah! bertuah kan??

Apa yang bertuahnya kalau Cik Lala cuma jadi model header baru mummy dia. Setelah sekian lama, hanya muka mummy shahila yang menghiasi header di blog melekit, kini tiba giliran cik Lala pula mengantikan tempat mummy kali ni. Header bertemakan 'Baby On board' gitu, dihiasi gambar Cik Lala ala2 Paris Hilton hasil susukkan mummy sendiri, menjadikan shahila yang masih botak berambut gitu.

Apamacam Header baru ni?? Kelas Cik Lala jadi model header mummy kan.. Takpe nanti mummy upah susu yer

Very the 'Mak - mak" kan sang lekit sekarang. Harus la sedar diri dah beranak. Jangan nak menyamar gadis sunti 15 tahun lagi walhal diri tu dah kertu. Bila tengok orang lain gunakan anak sendiri sebagai model kat blog dorang, sang lekit pun nak jugak. Anak umpama anugerah jadi tak salah kita berbangga dengan anugerah Tuhan tu. Jadi, untuk menghargai Anugerah terindah yang di berikan.. Mari jadikan anak2 sendiri sebagai model blog. Kekeke...

9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

HARGA 1 NYAWA CUMA 5 TAHUN PENJARA

9/16/2011 04:02:00 PM suria lekatlekit 9 Comments

Kes adik Aminulrasyid Amzah, Remaja 15 tahun yang di tembak mati oleh seorang anggota polis tahun lalu rasanya ramai yang masih ingat kan?? Semalam sang lekit sempat tengok berita, Anggota polis tersebut di dapati bersalah & di jatuhkan hukuman 5 tahun penjara. Cuma 5 tahun je bagi kesalahan menyebabkan kematian orang lain?

Semoga Rohnya di cucuri rahmat.. Al-Fatihah

Di harian Metro hari ni Hakim Mahkamah Sesyen, Latifah Tahar memberi kenyataan.. Hukuman 5 tahun penjara di putuskan setelah  mahkamah mengambil kira kes ini membabitkan anggota polis yang sudah berkhidmat selama 25 tahun. Mangsa adalah pelajar berusia 15 tahun dan kes ini babitkan kepentingan awam apabila ia diikuti banyak pihak. mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. pihaknya berpendapat Jenain tidak perlu melepaskan 21 das tembakan terhadap kereta dipandu oleh Aminulrasyid memandangkan keadaan pada masa kejadian tidak membahayakan mana-mana pihak termasuk tertuduh. Katanya, sebagai anggota polis, seharusnya mengetahui bahawa tembakan dilepaskan secara automatik adalah sangat berbahaya kerana senjata api akan mengeluarkan peluru secara berterusan.

Hurmm.. susah nak komen kan?? Rasa macam tak berbaloi hukuman 5 tahun penjara tu. Mungkin ini kesalahan pertama & beliau takde rekod jenayah sebelum ni tapi ia melibatkan nyawa & keselamatan orang awam. Nak cakap lebih - lebih kang kena saman pula. Yelah.. sang lekit ni bukan belajar law.. tapi dari pandangan orang awam & rakyat Malaysia memang terlalu ringan hukuman tu berbanding dengan kesalahan yang di lakukan.

9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

WORDLESS WEDNESDAY LUCAH

9/15/2011 10:13:00 PM suria lekatlekit 22 Comments

Trend tanpa kata pada hari Rabu bukan fenomena baru dalam blog. Sapa suka buat, sapa rasa dia belum hilang kata - kata bila menjelang hari Rabu, teruskan berkata2 macam biasa. Ni bukan kes Wordless Wednesday yang biasa berkongsi gambar2 biasa yang tak menganggu gugat kestabilan otak & pemikiran orang lain tapi ni pasal blogger yang kurang berpendidikan moral & bertanggungjawab dengan menyebarkan gambar lucah pada entri Wordless Wednesday.

Tak tahu la macam mana sang lekit bolen Memfollow blog itu. Sah2 kes U follow me, I follow U back la.. sebab sang lekit pun di antara pengamal sistem macam tu walau dalam diam. Yelah.. kita follow orang yang follow kita sebagai tanda perkenalan. Kumpul bloglist banyak2.. bila nak baca boleh pilih entri2 yang menarik. Pendek kata banyak pilihan bila banyak blog yang tersenarai, kan??

Bila terserempak blog ni kat reading list (Blog I'm Following) tergamam seketika. Termalu sendiri lak. Kat Reading list tu pun dah terpapar tajuk & gambar yang di lampirkan bersama. Gambar seorang lelaki tak nampak muka tapi nampak 'Anu'nya dengan kesan lelehan air yang korang paham2 je la. Nak cerita detail sangat sang lekit malu.

Sang Lekit tolong dia tutupkan apa yang patut di tutup

Aduhai blogger itu walau ko dah mention isi kandungan blog kau yang  semuanya berkaitan Sex Education & Info tapi gambar untuk entri Wordless Tu rasanya takde apa yang di ajar or info yang berguna selain nampak sangat2 kurang sopan & kurang didikan moral je. Bagi sang lekit memang sungguh2 tak bertanggujawab. Yang membaca bukan golongan dewasa jer.. tak mustahil kanak2 pun boleh tertengok.

Sedutan caption yang di copypaste di blog beliau

Kalau kita nak sebarkan ilmu tentang sex sekalipun ada cara yang lebih terpelajar & sopan. Mesti dia cakap.. alah takat camtu melambak kat internet boleh dapat, malah lebih dari aksi camtu pun boleh tengok. Kalau orang lain buat benda tak baik, harus ke kau jadi sebahagian dari dorang yang buruk akhlak tu?? Renung2 kan lah yer.. So pada Uolls.. nak wordless berpada2. Kongsi la gambar yang sedap mata memandang, sejuk hati melihat & membawa kebaikan bersama.

P/s : Sorry.. sang lekit takkan bagi backlink kat blog tu.. dah terang2 dia sebarkan benda tak bermoral buat apa nak bagi keuntungan kat dia, kan??

22 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BILA CIK LALA MERAGAM & ANAK BULU2 TERLEPAS KANDANG

9/15/2011 11:17:00 AM suria lekatlekit 23 Comments

Satu malam tak tidur di sebabkan Cik Lala @ Shahila meragam sampai pagi. Sang lekit pun tak tahu kenapa, mungkin dia tak sihat. Badan dia takde la panas sangat cuma suam2 jer. Apa lagi asyik nangis je la dia. Tidur kejab 5-10 minit lepas tu bangun. Korang bayangkan la.. macam mana letihnya sang lekit kena jaga cik lala semalaman.

Sampai pukul 7 pagi tadi cik lala masih meragam. Kena dukung baru diam. Naik lenguh tangan sang lekit pangku dia. Tengah dok pujuk Cik lala tidur pagi tadi tiba - tiba kelibat satu makhluk yang tak asing lagi dalam rumah sang lekit muncul dalam bilik. Aduhai.. satu lagi masalah. Hamster terlepas lokap. Sah2 satu kandang dah melarikan diri ni. Bayangkan ada 5 ekor.. Nak tangkap seko2 bukan senang.

Apa lagi memandangkan dorang baru je berjaya loloskan diri maka perjalanan dorang tak terpencil sangat dalam rumah ni. Dorang tak sempat nak main sorok2 lagi. Baru dok pilih port nak sembunyi. Terpaksa la sang lekit tangkap seko2. Dalam pada masa yang sama sambil dukung cik lala tu. Kang letak dia meraung. Nak kejutkan en hubby kesian lak sebab semalam pun dia balik keja dah tengahmalam. Maka dengan kudrat yang ada.. cuba la selesaikan sendiri.

Sekor2 ku tangkap & penjarakan balik. Nasib baik yang sempat keluar cuma 3 ekor jer.. 2 lagi nyenyak tidur tak sedar yang pintu berjaya di buka oleh rakan seperjuangan dorang. Lepas dah selesai berkas anak2 bulu tu.. Sambung balik dodoikan Cik Lala dalam dukungan sampai dia tidur. Lepas cik lala tidur.. Sang lekit tak berlengah lagi. Yelah 1 malam tak tidur kau! Sampai naik angin jugak la.

Pengalaman pertama menjadi seorang mummy ni memang tak mudah. Menduga kesabaran & keimanan walau pada peringkat awal cik lala tak banyak ragam. Tapi bila dia tak sihat, tak boleh salahkan dia jugak. Pun macam tu, ada juga sang lekit marahkan cik lala.

23 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KEBUN EMAS ALAM GHAIB

9/14/2011 11:07:00 AM suria lekatlekit 17 Comments

Bila di beri gelaran seorang ustaz kita melabelkan seseorang tu tinggi ilmu agamanya sehingga mampu menjadi tempat untuk orang lain menimba ilmu agama & merujuk kepadanya tentang agama tapi sayangnya kisah seorang ustaz ni. Walau dia seorang ustaz tetap terjebak dalam kumpulan ajaran sesat.

Kumpulan ajaran sesat ni di katakan kononnya mampu menyedut kemewahan dari kebun emas yang wujud di alam ghaib menyebabkan seorang ustaz sanggup meminjam duit dari Along sebanyak RM20K untuk membeli ‘kebun pokok emas’ berkeluasan sembilan hektar yang kononnya terletak di alam ghaib. Guru agama itu juga berzikir di tengah padang sekolahnya pada tengah malam kerana tindakan itu dikatakan membolehkannya mendapatkan kemewahan dengan lebih cepat. Akibat dari perkara tu isteri dan tiga anaknya kini terpaksa hidup bagai pelarian selepas diancam along.

Aduhai.. Memang duit & kemewahan buat orang hilang pedoman tak kira siapapun dia. Sepatutnya seorang pendidik ni lebih bijak & matang membuat penilaian.. Tak sangka ustaz ni pun percaya benda2 karut yer. Kalau betul wujud kebun emas di alam ghaib, dah lama ketua kumpulan ajaran sesat tu jadi jutawan, kan??

Rujukan : Harian Metro
 

17 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KENDURI & GELANG SEPARUH LENGAN MAKCIK - MAKCIK

9/13/2011 01:04:00 PM suria lekatlekit 23 Comments

Tadi sempat baca Harian Metro Online dengan berita utamanya kisah majlis merisik bertukar trajedi apabila wang tunai & barangan kemas mereka di rompak. Kerugian di anggarkan cecah RM50k jugak la.

Teringat sang lekit kalau kat kampung tak kira la apa majlis pun.. kenduri kawen, merisik atau bertunang golongan akak2 & makcik2 ni mula sesi tayang menayang barang kemas. Biar tudung senget sebelah takpe janji gelang tangan separuh lengan ala2 mami jarum, rantai leher biar besar dari rantai basikal. Meriah badan akak2 & makcik2 bila tiba kenduri. Teringat sang lekit sorang minah kat kampung sang lekit ni.. Umur dia muda 2 tahun dari sang lekit tapi akibat pergaulan dia banyak dengan akak2 & makcik2 yang selalu berforum kat kedai runcit mak bapak dia sementara menanti bapak dia balik pasar bawak ikan sayur bagai untuk di jual, maka perangai dia ala2 makcik2 kepoh jugak.


Kalau cerita bab barang kemas, dia handal la jugak. Handal ala2 makcik2 la bila cerita pasal barang kemas ni. Emas tumpat la.. emas kosong la.. bagai la. Pernah la sang lekit pakai rantai emas mak bagi, takde la besar mana. Lagi besar la rantai leher & tangan minah kepo tu dari sang lekit punya. Bila nampak sang lekit pakai, mula la tangan2 dia merayap ke rantai leher sang lekit sambil belek2. Rimas sang lekit.. sampai terpaksa sound jugak la. Ko tengok sudah la.. sampai nak belek2, pegang2, teliti sangat tu napa. Dah tentu rantai leher ko lagi mahal dari aku punya.

Itulah budaya masyarakat kampung (kampung den ler) & sampai sekarang pun masih di praktikan lagi walau kes jenayah ragut, rompak & samun semakin berleluasa tak kira kat kampung sekalipun. Bagai pesta emas ada sebarang majlis terutama majlis kawen. Itulah masa dorang memperagakan barang kemas masing - masing tak kira besar taik idung pun tetap selak anak tudung nak tunjuk subang paku kat telinga.

P/S : tak kurang jugak budaya melaram barang kemas di praktikan semasa hari raya.

23 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PETUA ELAK DI SIHIR MELALUI GAMBAR

9/12/2011 01:26:00 PM suria lekatlekit 34 Comments

Hari ni kecoh bila Kosmo menyiarkan artikel berkenaan seorang gadis yang menjadi mangsa sihir melalui gambar yang di ambil oleh seorang perempuan jahat di laman Facebook dia. Semua kecoh pasal isu tu.. Jadi tak perlu sang lekit kopek lagi cerita sihir melalui gambar dari laman sosial tu.

Apa yang sang Lekit nak kongsi adalah petua atau amalan untuk mengelak dari kita turut menjadi mangsa sihir melalui gambar ni. Memang benda ni sang lekit pernah dengar dalam rancangan WHI, tapi bila dah lama, jadi ingat2 lupa maka terpaksa la menggunakan khidmat pawang google la. Hasil jampi serapah pawang google, meh kita tengok hasilnya.

Petua & Amalan untuk mengelak di sihir melalui gambar

1. Sekiranya korang  upload gambar di FB, Blog @ mana2 laman sosial jangan sekali-kali mempamerkan keseluruhan tubuh badan. Hanya separuh sahaja kerana, gambar keseluruhan akan menampakkan kelima-lima pancaindera kita dan memudahkan sihir dihantar. Sebagaimana hadis Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Syaitan (Jin) itu berjalan di dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir di tubuhnya".

2. Andaikata korang terpaksa bagi gambar full (gambar yang mempamirkan seluruh badan) lubangkan sedikit mana-mana bahagian pancaindera contohnya lubangkan di bahagian kaki supaya sihir tersebut sukar dihantar.

3. Amalkam membaca doa ini yang mana Rasulullah ajar jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut : 

Rujukan : HanyaDariMata
 
Moga dengan perkongsian ilmu yang sedikit ni dapat memberi manafaat pada semua yang membaca blog melekit ni.


P/S : Ni sekadar pendapat melekit, gambar yang di gunakan untuk tujuan sihir ni selalunya gambar original yang takde sebarang editing atau pengubahsuaian, apakata kalau korang nak upload gambar kat mana2 laman sosial tu edit2 skit, touch up la apa2 yang patut. Gambar tu takkan jadi gambar original yang di snap tapi gambar yang telah mendapat susuk moden dengan aplikasi2 komputer. Kan??
 

34 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

LAWAK MAKCIK JAGA WAD BERSALIN

9/11/2011 06:05:00 PM suria lekatlekit 16 Comments

Lagi berkisahkan cerita dari hospital. Wah banyak betul yer cerita sang lekit kat hospital walhal tak lama pun kat wad. Masa bersalin hanya 1 malam jer menginap kat wad.. 3 hari lepas tu Shahila di sahkan kuning kena tahan kat wad 2 hari. Takde lak berminggu2 bercuti kat hospital.

Ni kisah selepas sang lekit bersalin. Akibat cik lala tak cukup berat, Jadi Cik Lala kena masuk NICU. Malam tu sang lekit & en hubby nak ke wad NICU tengok baby.. sampai kat meja makcik jaga tu bila tengok sang lekit jalan kaki dia suruh hubby ambil wildchair. Sementara tunggu en hubby tu tetiba sorang makcik jaga yang sedang berbuka puasa buat lawak ke, sindir ke atau beramah mesra.. sang lekit tak pasti lak. Tapi rasa ada keanehan dari kata2 berbentuk pertanyaan tu.

Tetiba makcik jaga tu cakap.. "Bila la kau mengandung dik, tetiba dah bersalin." Terpinga jugak sang lekit. Dia kenal aku ker? Pelik je rasa bila dia cakap macam tu. Atau dia nak sindir. Yelah sang lekit kan memiliki ketinggian yang tidak menepati piawaian umur yang sepatutnya. Tapi rasa macam tak kena tempat lak lawak makcik jaga tu. Nak gelak pun tak sanggup, nak marah tak tergamak lak apatah lagi nak tanya balik kat dia apa makna kata2 yang dia ucapkan sebentar tadi. Tapi dari firasat sang lekit mungkin kata2 tu merujuk kepada fizikal sang lekit ni. Aduhai.. kenapa harus fizikal kementot ni jadi bahan yer.. Apa ingat orang kementot tak boleh mengandung & beranak ker??

Bak kata pepatah mat saleh 'Don't Judge a Book by Its Cover' ok! Bila tengok orang tu kekurangan dari satu sudut tu jangan anggap semua benda pun dia tak mampu buat. Memang la kalau nak capai benda di tempat tinggi sang lekit tak mampu tanpa bantuan kerusi atau tangga jangan sebab tu makcik jaga tu rasa sang lekit takde rahim nak kandungkan bayi, ok! Ingat tu makcik.. walau ketinggian kita berbeza, tapi sang lekit juga ada apa yang perempuan lain ada.

16 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BILA MAK BAPAK BERKERAS, ANAK BERDEGIL

9/11/2011 12:12:00 AM suria lekatlekit 17 Comments

Laila Majnun.. Romeo & Juliet. Tu antara kisah cinta terhalang yang paling popular hingga kini. Kisah cinta yang tak kesampaian hingga menyebabkan trajedi & Kematian. Mungkin sebab terlalu taksub dengan kisah2 cinta terhalang maka zaman sekarang ni ramai manusia nak jadi macam Kais & Laila atau Romeo & Juliet.

Sempat tengah2 malam jenguk Harian metro online terbaca la sat berita yang bertajuk Riwayat cinta yang mengisahkan sepasang kekasih mengambil keputusan untuk bunuh diri dengan minum racun sebab cinta dorang tak di restui keluarga. Akibat dari tindakkan kurang bijak pasangan kekasih tu, yang lelaki meninggal dunia, yang perempuan pula kritikal.

Pasangan kekasih cinta terhalang

Cerita pasal tu rasanya semua orang dah baca kan.. Apa yang sang lekit nak kopek kat sini adalah punca trajedi ni berlaku. Bila mak bapak berkeras menghalang, anak pula degil.. masing2 taknak mengalah.. takkan ada happy ending untuk kedua2 belah pihak. Andaikata.. kalau mak bapak berkeras & anak tak degil.. mungkin ada jalan penyelesaian yang lebih baik. Andaikata anak degil, mak bapak beralah mungkin dapat bagi peluang pada si anak untuk mencuba buktikan pada mak bapak dia yang dia boleh bahagia dengan pilihan sendiri. Tapi malangnya, masing2 berkeras dengan keputusan masing - masing. Akibat kedegilan, keegoan & ketidakmatangan.. Terjadi kes bunuh diri minum racun lepas tu baring sambil berpelukkan di ruang tamu rumah. Maybe dorang fikir, cinta dorang akan bersatu kat syurga dengan bunuh diri kot. Dah sah2 la bunuh diri tu hukumnya.. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. (Rujukan : Hukum Bunuh Diri)

 Sekadar memberi pandangan peribadi bukan berniat mengaibkan sesiapa.

17 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CERITA DI WAD BAYI : PAKAT DOK TAYANG PERUT PULAK

9/10/2011 04:44:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

Lagi kisah di wad bersalin masa Shahila @ Cik Lala di tahan kat wad sebab kuning. Kalau entri sebelum ni (CERITA DI WAD BAYI: BERSALIN SENDIRI DI RUMAH)
cerita pasal pengalaman bersalin & kisah di sebalik perkahwinan ibu - ibu beranak sulung kat wad bayi kali ni kisah tayang perut. Apa cerita di sebalik tayang perut ni.. Jom kita kopek isi kisah ni.

Biasa la bila petang2 baby pun tak meragam.. Ibu - ibu kat wad mula buka forum. Macam - macam la cerita keluar. Yang ada pengalaman berkongsi tips, petua penjagaan selepas bersalin. Produk2 yang dorang guna. Si Ibu muda 17 tahun mula buka cerita pasal perut dia yang pecah2 & berparut. Dia pun selak la baju tunjuk kesan parut & pecah2 kat perut dia tu. Ada sorang akak dari wad sebelah datang lepak kat wad kitorang pun bagi la petua kat si ibu muda ni. Tapi petua2 dia macam tak berapa best. Ada di suruh sapu losyen jer.. Sang lekit cadangkan la dia guna Bio Oil.. dia kata mahal. Sang lekit bagitau la tak mahal mana.. botol yang kecik baru RM30++.. baru la dia tahu yang Bio Oil tu bukan harga ratus2. Kesian budak tu.. dia lurus bendul sikit tapi sang lekit suka cara dia yang rajin bertanya & tak berlagak pandai.

Lepas je si ibu muda ni buka topik pasal perut yang lain - lain pun terpengaruh. Semua pakat dok tayang perut pulak sampai akak cleaner kat situ pun tumpang sekaki tayang perut, Masing2 hadapi masalah yang sama. Sang lekit seperti biasa dengar & lihat.. Nak tayang2 perut tu minta maaf la. Lagipun perut sang lekit takde lak pecah2 macam dorang. Sama je macam sebelum mengandung. Cuma masa mengandung timbul garisan hitam.. Kata orang tua, garisan hitam tu tanda mudah bersalin. Cuma kebetulan jer kot walau memang proses kelahiran Shahila ni senang. Tak tahu pulak akan hilang or boleh hilang garisan hitam tu.

Tapi sang lekit perasan sorang akak dari wad sebelah tu kalau cerita macam dia je bagus, cantik & ramping. Memang la dia kecik molek walau dah beranak 6 sekalipun tapi tak payah la ko nak kompang sangat. Yang sang lekit rasa lucu & tertanya - tanya bila dia kata, kat hospital makan jer apa yang pihak hospital sediakan. Tak payah takut katanya. Tak payah pantang makan kalau kat hospital sebab makanan kat hospital semua di suntik dengan ubat. Ye Ke Nyah Zulfikar? Kena refer Nyah Zulfikar sebab tu memang bidang dia & dia pun ada pengalaman pasal tu. Fakta atau Auta.. tak pasti tapi sang lekit rasa macam mitos yang dia reka2 jer pasal makanan tu.

12 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CERITA DI WAD BAYI: BERSALIN SENDIRI DI RUMAH

9/09/2011 09:26:00 PM suria lekatlekit 18 Comments

Meriahnya blog melekit dengan cerita2 lepas bersalin ni kan?? Macam bagi peluang pada para pembenci blog melekit untuk cari bahan nak kutuk sang lekit. Maka timbul la isu2 konon sang lekit ni kutuk orang yang suka canang kisah peribadi, alih2 sendiri yang dok kompang cerita peribadi kat blog. Pada mereka yang kurang paham atau ada masalah pemahaman tu.. kat sini sang lekit nak jelaskan buat sekian kalinya, kisah peribadi yang sang lekit maksudkan tu adalah kisah yang tak patut menjadi bacaan umum. Kisah2 yg mampu membuka aib sendiri. Harap maklum yer...

Berbalik pada kisah di wad bayi.. Masa Shahila @ Cik Lala (panggilan si acu pada anak buahnya) kena tahan kat wad sebab kuning sang lekit sempat juga la dengar cerita dari para2 ibu kat wad tu. Macam biasa la sang lekit ni jenis suka dengar & jarang nak cerita lebih2 lagi dengan orang yang baru kenal macam tu. Ada sorang adik ni, muda lagi. Umur baru 17 tahun. Bersalin anak pertama mula buka cerita yang dia ni kawen muda sebab terkongkong. Menurut cerita dia, dia di besarkan family angkat. Kehendak dia jarang di penuhi & pergerakkan dia dia agak terbatas. So, nak keluar dari kongkongan keluarga maka dia pilih berkahwin. Kata dia kawen umur 16.. 17 tahun dapat la anak.

Ada sorang perempuan india kat situ. Umur baru 21 tahun. Dia pula kawen sebab nak sambung belajar. Dari cerita dia katanya.. mak dia tak bagi sambung belajar lepas SPM walau SPM dia gemilang, cemerlang & terbilang. 11A tu Uolls. Mak dia nak kawenkan dia dengan pilihan family tapi dia taknak.. Dia nak kawen juga dengan pilihan sendiri & akibatnya dia di sisihkan keluarga tapi dia tak kisah sangat sebab dia dapat apa dia nak macam nak sambung belajar. Abis diploma katanya dia dapat anak, lepas ni kata dia lagi nak sambung degree. Semua husband dia yang support.

18 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

11 HARI TANPA UPDATE, 4 BE MELEKAT LEKIT

9/09/2011 12:42:00 PM suria lekatlekit 18 Comments

Baru sampai dari kampung sebenarnya ni. Sampai subuh pagi tadi. Sang lekit balik kampung malam raya ke 2. Balik beraya bukan balik untuk berpantang walau sampai sekarang masih dalam pantang lagi. Ada lebih kurang 24 hari lagi..

Masa kat kampung memang sang lekit cuba jauhkan diri dari ber online. Sebab dah tahu kalau balik sini, memang kalau ada masa, shahila tak meragam.. Sang lekit akan online. Jadi masa kat kampung cuba penuhkan cuti tu dengan menjauhkan diri dari perkara2 berkaitan online la.

Lepas susukan shahila tadi, sempat jenguk Nuffnang. Walau blog melekit ni bersawang selama 11 hari, Nuffnang pemurah nak bagi 4 BE jugak. Alhamdulillah.. rezeki Shahila kot. Sebenarnya banyak cerita nak sang lekit share selain cerita pasal BE tapi memandangkan kesempitan masa, terpaksa sang lekit buat entri yang ringkas2 dulu.


Apapun thanks pada kawan2 blogger yang setia & masih sudi menjenguk blog di pinggir longkang ni. Insyaallah, kalau takde aral melintang pukang sang lekit akan buat kunjungan syawal ke blog korang nanti yer.

18 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com