PENYANYI MAWI PUJI ISRAEL

7/31/2015 02:50:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Buat apa Mawi ke Israel?? mesti ramai yang tanya kan? Berani mawi masuk Israel?? tak takut ke? Maybe tu pun antara keluar dari mulut2 kita. Nak2 lagi baca statement Mawi puji Israel.. Mesti mula mencebik &jari bersedia nak mengkebot warriorkan diri katanya... Apa yang best sangat Israel tu selain terkenal dengan kekejaman dia sampai mawi nak puji??


Katanya Mawi ke Israel untuk pengambaran untuk rancangan dokumentari bertajuk Mawi Di bumi Mikraj. So sempat la dia melawat Palestine & Israel. Kata Mawi Tel Aviv Israel ni bersih macam Singapore. Tapi susah jugak nak masuk ke Tel Aviv ni kena pemeriksaan ketat.


Rupanya puji bersih... Yelah tu pandangan dia kan? Tapi aku pernah jugak ke singapore tak di nafikan antara negara yang bersih sangat cuma rakyatnya je agak sombong. Jangankan nak senyum.. kita kat situ seolah2 macam tak pernah wujud. Kalau nak tanya pun kita jadi serba salah. Yelah.. aku kat singapore jenjalan guna MRT jer kan.

Untung la Mawi kan boleh masuk Israel.. Sebab dalam pasport Malaysia pun Israel di kecualikan. Gamaknya lepas ni artis mana pulak berpeluang melawat Israel??

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SKANDAL TERSEMBUNYI BUDAK LELAKI SELUAR PINK

7/31/2015 11:01:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

Hari ni hari pembongkaran katanya... Rahsia yang tersimpan sekian lama, akhirnya terkantoi jugak. Bak kata pepatah simpan durian dalam peti ais akhirnya terbau jugak. hahaha.. Ok! Maaf sebab otak blur tak jumpa pepatah yang sesuai jadi hentam sajalah labu.. Hari Jumaat ni mulakan dengan gosip skandal orang dah kenapa?? Alahai.. Takpe sebelum pergi solat Jumaat katanya meh kita baca gosip dulu.

Alkisah seorang budak lelaki ni.. Sangat la pendiam. Aku namakan dia sebagai Apit (bukan nama sebenar).. selama 6 tahun duduk sekelas dengan dia. Sepatah pun tak pernah bertegur sapa apatah lagi bertepuk tampar jauh sekali bersembang ramah dengan dia. Punya diam.. sampai tak tau la alunan suara dia tu macam mana. Lunak merdu ke atau sumbang mambang. Jauh sekali nak ada adegan dating dalam surau macam rosman (bukan nama sebenar) & fisha (pun bukan nama sebenar).. Jauh sekali dating belakang kelas macam mimi (bukan nama sebenar) & pian (juga bukan nama sebenar) hahahaha...

Nak dengar dia berdehem pun susah.. Yang dok nampak biji mata berbulu mata lentik je terkebil kebil. Tapi tak sangka diam diam ubi keladi jugak... Rupanya ada skandal cuma tak nampak dengan mata kasar. Bukan... dia tak skandal dengan orang bunian.. Tapi skandal dia semua dating kat telefon je. Namun masih misteri siapakah yang pernah berskandal dengan dia dalam telefon???  Adakah dia selalu call Norli (bukan nama sebenar) atau fisha sebab depa pernah di usik2 bersama sebab nama nak sama.. ha***.. hafis** katanya.

Tapi skandal budak lelaki seluar pink ni tak boleh lawan skandal rosman.. Juara skandal terbanyak dulu. dah tu katanya pernah hantar surat cinta kotak kotak bertulisan arab lagi. Kelas kau abang rosman!! hahahaha....

Tapi hangpa tak payah serius sangat sampai nak muncung2 mulut bergosip dari tepi telinga ke tepi telinga... Ni kisah cinta monkey ek ek ek.. Budak sekolah rendah dulu ja. Entri menyakat kengkawan den yang baru terjejak kasih kat group whatsapp maka keluarlah segala cerita nostalgia & skandal lama...

Budak Apit tu dulu sangat la pendiam.. Tapi sekarang kat group whatsapp dia sembang macam bertih jagung tapi kalau jumpa kat luar katanya dia lagi banyak gelak dari sebut apa2 perkataan. Orang diam ni tak semestinya.. tak ada nakalnya. Nama pun budak lelaki. Tapi kenapa pulak dia di gelar budak lelaki seluar pink?? sebabnya gambar ni hahahahaha

Cuba cari budak lelaki pakai seluar pink?? hahahaha

Moral of the story... Kalau zaman aku budak2 dah pandai tulis surat cinta, dah pandai dating belakang kelas & dalam surau apatah lagi budak zaman sekarang. Dulu ok la istilah dating takat sembang sembang jer.. Topik pun takde la i love u.. u love me bagai. Topik maybe pasal sekolah & kengkawan jer...  nak cuit hujung jari pun tak berani tapi budak zaman smartphone ni kena lebih pantauan.. bukan takat cuit2 hujung jari jer depa boleh buat...cium2 hujung bibir pun tak mustahil. Zaman dah berubah maka budak2 pun tak sama lagi cara membesar so cara didikan pun dah berubah. Tak boleh lagi anggap.. 'Alah.. budak budak je'. Dulu maybe kita boleh anggap 'cuma budak' tapi zaman sekarang.. tidak lagi.

Kalau nak baca entri2 throwback skptd sebelum ni boleh baca kat sini
Budak Pendek Yang Tak Pernah Dapat duduk Bila Bergambar
Terbongkar Skandal Ustaz Zaman Sekolah Rendah

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KECOH PASAL SUPERHERO MUNCUL DI KUALA LUMPUR

7/30/2015 11:30:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

Superhero ni selalu yang kita tengok dalam filem jer.. Tetiba ada superhero kat tengah bandar Kuala Lumpur ni apahal pulak? KL bakal di serang raksasa ke? Siapa pulak yang tetiba datang mengaku superhero ni? Mesti korang pun macam aku tertanya tanya apa kes tetiba kecoh pasal superhero ni. Maka setelah di siasat.. Ni info yang aku dapat pasal superhero yang menjadi bualan ramai..

Gambar pinjam kat blog ni :  http://www.rafzantomomi.com/

Superhero ni di kenali sebagai EffortlessMan. Nama kemain mat saleh.. superhero oversea ke hapa ni. Dia akan muncul di KL bukan la sebab di serang Alien mahupun raksasa. Dan takde kena mengena jugak dengan isu rombakkan kabinet yang berlaku baru baru ni. Dia tak campur hal politik negara katanya... Dia muncul adalah kerana... untuk contest yang sedang berlangsung di Lazada Malaysia sekarang. La... sesusah je kan datang jejauh semata mata untuk contest lazada Malaysia. Makaseh bebanyak la EffortlessMan yer..


Contest ni bertujuan untuk mempromosikan The Big Effortless Shopping Sale yang sedang berlangsung di Lazada. Pelbagai barangan yang dijual dengan harga super sale!! Yang pantang dengar sale tu elok la korang tengok kat sini supaya tak langgar pantang korang yang pantang tak beli kalau ada sales katanya... hehehehe clik disini : http://www.lazada.com.my/effortlessshopping/

Tak payah sesusah karang ayat jiwang nak goda superhero tu.. Ni peluang untuk kaki selfie jugak yang suka berselfie tak kira tempat atau masa. Inilah masanya membuktikan hobi berselfie korang tak sia sia.. caranya mudah saja


Contest Pertama Hadiah RM100 untuk 2 pemenang setiap hari
  • Selfie bersama EffortlessMan (hint:beliau akan berada di sekitar KL atau ketahui update
    di Facebook Page/Instagram Lazada tentang lokasi EffortlessMan)
  • Upload gambar tersebut di Facebook berserta hashtag #EffortlessManHunt dan
    #LazadaMalaysia
  • Pemenang dipilih berdasarkan kreativiti masingmasing
Contest KeduaHadiah
  • RM100 shopping voucher untuk 3 pemenang setiap hari
  • Tinggalkan komen di page ini : http://www.lazada.com.my/effortlessmanhunt/
  • Teka dimana tempat seterusnya EffortlessMan akan pergi.
  • Siapa dapat teka betul or paling hampir dengan lokasi sebenar berpeluang untuk
    menang. 

Korang boleh tengok aksi superhero kat sini. Awas! Unsur lawak mungkin buat anda terkencing semasa menonton. Atau boleh jugak tonton episod sebelum ni  & tinggalkan komen anda kat SINI

Ya Allah senang sungguh nak menang. Rugi la sapa2 tak join. Untuk maklumat lanjut, korang boleh check Lazada Malaysia Instagram, Facebook dan Twitter.

https://www.facebook.com/LazadaMalaysia
https://twitter.com/LazadaMY
https://instagram.com/lazada_my

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SERPIHAN PESAWAT ITU HAMPIR PASTI MILIK MH370

7/30/2015 05:39:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

Lepas kecoh pasal kabinet baru.. tiba2 bangun pejabat polis bukit aman terbakar. Celah tu muncul berita berkenaan penemuan cebisan pesawat yang di katakan mungkin milik MH30. Yelah.. blogger global & suka baca isu isu semasa ni harus la ambil tahu kan. Kalaupun bukan untuk aku share kat blog tapi untuk info sendiri.


Video penemuan serpihan pesawat

Kita tak boleh hidup tak ambil tahu pasal isu semasa langsung. Sebab kita hidup ni berkaitan dengan semua perkara di sekeliling kita. Tadi terbaca artikel berita dari Harian Metro Online katanya serpihan yang di temui berkemungkinan besar milik MH370


 Sumber Harian Metro

Ya Allah adakah misteri kehilangan MH370 akan terungkai tak lama lagi?? Moga ada jawapan sebab ramai yang nak tahu apa berlaku pada pesawat MH370 tu.. Bukan je ahli keluarga mangsa tak puas hati kita sebagai orang yang ikuti kes tu pun memang tak puas hati kalau nak istihar semua terkorban tanpa bukti.


Moga semua keluarga mangsa tabah menerima apa jugak perkhabaran yang bakal di terima & moga semua mangsa yang terlibat hidup atau mati berada di tempat paling aman.. Alfatihah untuk semua mangsa beragama Islam..

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

AWAS! FLASH CAMERA MENYEBABKAN BAYI JADI BUTA KEKAL

7/30/2015 01:10:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

 Kita sekarang dari umur 1 hari anak kita.. keluar je dari perut terus hala camera nak snap pic. Yelah.. nak simpan moment tu untuk depa tengok besar nanti kan. Tak salah niat kita tu tapi jangan salah cara sebab kalau salah cara mungkin memudaratkan bayi yang masih kecil.

Serius seriau aku baca berita seorang bayi berusia 3 bulan yang buta akibat flash dari kamera. Selama ni kita tak rasa benda tu serius.. Mungkin kita anggap kalau buat kerap2 baru bagi kesan buruk pada anak. Tak terfikir mungkin sekali kita buat memberi kesan buruk pada anak anak kita terutama masih bayi.

Ya Allah kesian aku tengok baby ni. Sumber ERA fm

Kisahnya seorang bayi buta sebelah mata lepas kawan parents dia terlupa nak tutup flash masa ambil gambar close up bayi tersebut. baby tersebut mengalami rabun sebelah mata kiri & sebelah kanan buta. Kecacatan tu di sahkan doktor kekal & tak boleh di rawat lagi. Flash telah merosakkan sel-sel macula yang merupakan sebahagian daripada mata di mata sinaran cahaya tertumpu masuk. Kerosakan tersebut boleh menyebabkan kehilangan penglihatan pusat yang mana kanak-kanak dan bayi sangat sensitive kepadanya.

Moral of the story.. tak kira anak kita atau anak orang jangan sesuka hati nak ambil gambar dengan flash. Nak2 lagi yang pergi melawat baby baru lahir tu. Aku kadang2 tak pegang anak orang sebab risau baby kecik2 kena effect ke bukan sebab tak sudi nak dukung. Apatah lagi nak snap gambar. Takpe la orang tengok kita macam tak mesra baby.. sebab kadang2 bukan semua mak bapak suka orang sentuh @ dok snap gambar anak dia. Jadi kita ambil langkah selamat sudah.

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

INILAH PANTANG LARANG PALING MENGARUT

7/29/2015 12:10:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

Orang melayu memang terkenal dengan pantang larang.. Tapi kadang kadang pantang larang tu terlalu mengarut & tak ada logik langsung. sampai tepu otak fikir apa kaitan pantang larang tu dengan alasan yang orang dulu2 buat. Zaman sekarang tak semua pantang larang dulu kala relevan untuk di pratikkan dah.


Kita sebagai generasi Y katanya.. Y la sangat kan kena pandai dah guna otak bukan terima bulat2 apa yang di sampaikan. Zaman sekarang kalau kau lurus bendul sangat memang ko makan tapak kaki orang je katanya. Kena pijak la kau. Memang sepanjang hidup asyik kena tipu. Tak salah ada perkara kita pertikaikan untuk dapat kepastian.

Tak kira pantang larang kuno @ moden.. Nama kata pantang larang ni kalau fakta dia meragukan tu elok la spotcheck lebih sikit. Antara pantang larang paling karut korang boleh tengok kat sini >>PANTANG LARANG RAKYAT MALAYSIA <<

Apapun pantang aku orang komen tak baca entri hahahaha... Yang tu tak perlu alasan sebab pantang tu beserta dengan alasannya sekali. Apapun selamat berpantang kepada Perdana Menteri Malaysia selepas menggugurkan  Ex Timbalan perdana menteri. hehehehe

Moral of the story.. Orang Malaysia memang suka berpantang & melarang tu yang banyak pantang larang. hehehehe

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MISTERI BUKIT TOK KERAMAT

7/29/2015 10:39:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

Bukit tok keramat.. dulu zaman aku budak budak agak menyeramkan la kalau nak pergi kat situ. Yelah.. di momokkan dengan cerita2 mistik, misteri & seram berkaitan bukit tu. Almaklum la budak.. Otak masih fresh mudah percaya dengan momokkan orang tua2 dengan kisah2 hantu.

 Sekadar hiasan. Carian Google

Tapi pernah jugak dulu hiking kat lereng bukit tok keramat. Masa join aktiviti pengakap sekolah rendah dulu. Pengakap Uolls... kenit2 aku pun kemain pengakap katanya. Padahal sesi latihan pengakap mingguan jarang sangat aku nak pergi. Lencana orang bersusun aku ada la satu dua sebab banyak aktiviti aku tak join. Yelah.. aku ada aktiviti lagi best kat rumah dengan geng kampung aku. Kami pun selalu hiking kat satu bukit yang kami panggil bukit rohana. Sebab dekat dengan rumah seorang kawan bernama Rohana. hahahaha

Bukit tok keramat ni sekarang aku tak sure jadi apa.. Terletak kat kampung aku jer. Hujung kampung la. Dah lama tak menjenguk kesitu. Dulu pun bukan rajin sangat dok pi sana. Orang tua2 tak bagi pi. Katanya ada rimau.. banyak binatang berbisa. Almaklum hutan bukit bukau ni kan.. Yang misterinya sampai sekarang aku tak tau siapa Tok keramat tu & apa yang keramat nya bukit tu. Masih berkeramatlah lagi kah?? Dan siapa bagi nama bukit Tok Keramat??

Tapi tu la kawasan berbukit & hutan ni kalau orang yang minat aktiviti hiking (mendaki) memang sesuai la.. Alah takat mendaki  bukit yang tak mencabar sangat tak thrill la kan?? Kalau korang nak mendaki bukit tok keramat ni jauh sangat. Kat kedah..

Moral of the story.. Sekarang ni tak susah nak mendaki tak payah cari bukit bukai bagai.. Banyak tempat tinggi boleh di daki. Macam rumah aku ni pun kalau lift rosak kena mendaki jugak. Mendaki tangga kejayaan katanya...

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KISAH SERAM MISTERI HANTU KABINET

7/28/2015 08:12:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

Ok malam segmen seram serik lekat lekit Malam ni nak cerita misteri kabinet. Sekarang ni pun isu kabinet memang tengah hot kan.. Penuh misteri & tanda tanya. Penuh kekeliruaan & penuh pertikaian. Tapi hantu kabinet yang memenuhi slot seram serik lekat lekit malam ni lagi penuh misteri....


Jangan gelak ok! Ni cerita seram bukan cerita sarcasm atau cerita troll berkaitan isu politik negara yang sedang berlaku. Ye ye.. siang tadi rombakkan kabinet telah berlaku & Timbalan perdana menteri sebelum ni telah di gugurkan & di gantikan dengan orang baru... Tapi tak bermakna dia terus naik hantu & menghantui semua kabinet yang ada termasuk almari kabinet dapur rumah Perdana menteri... Insya Allah dia redha kot. hehehehe.

Kejadian ni berlaku kat sebuah rumah flat kosong yang hendak dijual oleh pemiliknya. Rumah flat di tingkat 8, berada paling hujung. Kawasan blok tu pun di kelilingi pokok2 besar. Kalau malam2 ni permandangan dia memang nampak seram la sikit kan. Agen hartanah ni katanya membawa pelanggan dia untuk pergi tengok rumah yang nak di beli tu. Waktu tu dalam pukul 8 malam macam tu. Yelah.. Takkan main bayar je ye dak?? Ingat beli rumah burung merpati ke? Setibanya depa kat rumah tu (Pembeli,Agen hartanah  & Agen rumah).. Takkan nak lepak2 minum kopi sambil cerita pasal rombakkan kabinet baru kan.. Mesti lah meninjau keadaan dalam rumah tu. Semasa agen hartanah tu meninjau di kawasan dapur.. manakala bakal pembeli & agen rumah meninjau di ruang lain... satu kejadian seram dah berlaku.

Kejadian seram tu takde langsung dengan kemunculan Dato seri najib tun razak.. Jauh sekali tetiba ternampak Ahmad Maslan sedang goreng nasi tanpa GST di dapur. Bukan... Semua tu takde kena mengena dalam cerita hantu kabinet ni.Setakat Najib & Ahmad maslan tak seram sangat la kan.. Masa agen tu meninjau dapur tiba2 dia terdengar pintu bunyi pintu kabinet kat dapur terbuka & tutup dengan sendiri. Cuak jugak dia sebab kat dapur memang dia sorang2 jer. Sebab pembeli & tuan rumah ada kat bilik utama. Sebab taknak takutkan pembeli.. dia bawak diri ke bilik utama berbincang dengan mereka kat situ tanpa menceritakan kejadian seram tu.

Lepas selesai spotcheck bilik utama pembeli tu menuju ke dapur. yang si agen hartanah ni dah seram nak ke dapur tapi terpaksa jugak ikut tapi dia ikut dari belakang je la. Ikut dari belakang apa2 hal dia boleh pecut dulu.. ye dak?? Agen rumah tu pulak beriya iya nak jual rumah tu dengan harga yang rendah. Lepas dah jelajah seluruh rumah.. Masa untuk angkat kaki la. Lepas dah berpisah dengan agen rumah tu, pembeli & agen hartanah ni berbual di belakang blok flat tersebut. Sebab kat situ depa park kereta. Rupanya pembeli tu pun mengalami peristiwa seram yang sama masa kat dapur rumah tu. Sebelum agen hartanah tu gerak.. dia sempat pandang kearah rumah tadi.. terkejut dia bila ternampak satu lembaga putih dalam samar samar di tingkap dapur

Adakah lembaga tersebut hantu yang main pintu kabinet kat dapur? Adakah hantu tu nak buat rombakkan kabinet jugak sebab tak puas hati dengan kabinet yang ada? segalanya... masih di selubungi misteriiiiiiiiiiiii

Moral of the story.. yang bernama kabinet memang boleh bertukar ganti tapi yang pernah duduk dalam kabinet mungkin terasa hati jika hak milik di tukar ganti.. Aku cakap pasal hantu kabinet ok takde kena mengena dengan menteri malaysia. hehehehe

Sumber : Kisah Seram - Beli Rumah
 

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

VIDEO TEMUDUGA IKEA YANG LAWAK

7/28/2015 02:31:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

Tu dia sapa2 tengah cari kerja atau nak membina kerjaya di Ikea elok la khatam entri ni yer.. Manatau rezeki korang kat Ikea kan. Sapa tak nak kerja kat tempat high class macam tu ye dak.. Boleh makan meatball hari hari katanya hahahaha... boleh jugak jumpa retis yang bershopping kat situ. Almaklum la.. Ikea la katakan..


Bila tengok iklan pasal Ikea Job fair ni nak tergelak pun ada sebab ada video & tips temuduga Ikea yang kelakar. Jawapan orang yang di temuduga tu pun lawak... Jadi pada hangpa nak tonton video & nak tau tips untuk berjaya dalam temuduga boleh tengok kat sini. Kalau korang nak detail pasal Ikea Job Fair tu pun boleh dapat kat sini >> Video Lawak temuduga di Ikea <<

Yang mana dok tanam anggur Malaysia tapi tak subur2 di ladang tu elok la mencuba nasib membina masa depan di Ikea. Sampai bila Nak mengadap FB dengan guna wifi free je ye dak? Bawak2 la ubah sikit nasib tu...

Moral of the story... Man Jadda Wajadda.. sapa berusaha pasti berjaya.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TERBONGKAR SKANDAL USTAZ ZAMAN SEKOLAH RENDAH

7/28/2015 10:59:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

Skandal ustaz mana pulak ni? warm up blog dengan kisah skandal orang ni.. Amboi krik krik sangat tau. Kiah propa pun tak sempat nak hantar biji mata memerhati, Laju sungguh hang merisik gosip terkini kan. Gosip ni bukan terkini sangat cuma baru terbongkar je semalam. Confirm cuak ustaz tu nak baca entri ni kan?? Rilex Ustaz... Pembongkaran harus di dedahkan katanya untuk bagitau perkara sebenar.

Alkisahnya sejak seminggu lalu hidup aku di selubungi kisah kisah lama.. Macam2 kisah di ungkit & terungkit. Sampai kisah yang aku tak pernah tau pun sekarang dah tau. Ooo.. selama ni depa2 ni nampak je memasing malu2 siput sedut tapi kemain skandal sana sini yer... Termasuk sorang ni sekarang dah jadi Ustaz ensem. Tak heran dia ramai peminat sebab dari kecik comel. Ingat ramai peminat jer... Rupanya dia pun dulu dalam diam diam.. dalam gud gud.. Ramai jugak skandal noh.. Amboi ustaz. Ni di namanya shy shy meow...

Mesti hangpa pelik kisah apa pulak ni? Ustaz mana.. Ustaz dan din don ke hapa. Dok aih.. Ni kisah kengkawan ex sekolah rendah aku dulu. Almaklum la semua baru berjumpa balik dalam 1 group whatsappp.. Maka riuh rendah dok terobek (throwback) kisah dulu dulu. Semalam tetiba tajuk cerita skandal masa sekolah rendah. Masing2 pecah rahsia.. skandal depa. Termasuk seorang kawan aku yang dah bergelar ustaz sekarang ni. Dulu dia budak comel yang bijak bistari. Jadi ketua pelajar lagi.. Rupanya dalam diam, malu2 kucing tu ada jugak kisah cinta monkey ek ek ek... Bukan sorang gugirl di kaitkan dengan skandal dia.. ramai pulak tu. Kemain ustaz ROS******* Yang peliknya aku tak pernah tau pun. Almaklum la aku bukan di kalangan budak hotstuff masa tu.. Maybe masa tu aku tak peduli sangat pun pasal cinta monkey ek ek ek.. orang.


 Dalam ni ada gambar ustaz ensem yang banyak skandal masa sekolah rendah. Cuba teka yang mana satu. Mustahil la yang pakai pinafore tu ustaz kan? hahahaha

Aku tak ada skandal lama nak di bahan sebab taste aku tinggi. Tak main la masa tu syok dengan rakan sebaya.. taste aku cikgu2 ensem jer... hahahhaa walau cikgu2 ensem tak heran pun kewujudan aku. Taste aku pun tak kalah.. ustaz ensem pun terlist jugak. Dari darjah satu aku sukakan mu katanya... ustaz tu aku syok tapi tak tau time tu syok macam mana. tak boleh nak describe perasaan budak sebab feel tu tak ada la sampai nak bercouple atau berangan naik pelamin dengan cikgu2 yang kita syok kan.. Just suka & harap cikgu tu bagi perhatian lebih je kat kita. hahahahaha...

Inilah berlaku bila berpuluh tahun terpisah & jumpa balik dalm group menyembang. Sejam tak buka Whatsapp.. Jenuh scroll conversation depa. Semuanya topik throwback jer... Ingat senang nak habis cerita 6 tahun terkumpul tu. Dari darjah satu sampai darjah 6. 1 hari satu tahun punya cerita pun tak habis bayangkan nak habis cerita yang 6 tahun...

Walaupun aku bukan jenis suka sangat dok sembang kat group whatsapp ni.. Tapi dengan geng2 ex sekolah rendah ni enjoy la jugak sebab banyak topik throwback. Benda yang lepas bila di kenang yang pahit pun jadi manis..  Kalau nak cakap isu semasa,politik @ blog ni memang aku selesa bercakap secara umum kat FB & blog jer... sembang banyak satgi banyak pulak salah faham berlaku.

Moral of the story.. Inilah kuasa teknologi. Tak mustahil rahsia kita berpuluh tahun dulu boleh terbongkar hanya kerana kecanggihan teknologi sekarang. Macam Ustaz Ros***, MI**,ja** & lain2 tu. Ooo... tengok dulu malu2 ja noh... rupanya dating belakang kelas. hehehehe

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KISAH PONTIANAK POKOK ARA RESORT AREA PANTAI CENANG LANGKAWI

7/27/2015 08:19:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

Lama dah segmen seram serik lekat lekit tak bersiaran di blog. Yelah.. sepanjang bulan puasa tak nak la momokkan orang dengan cerita hantu. Kang ada yang tak berani bangun sahur pulak. Manalah tau lepas baca blog lekat lekit... terus hidup dia selubungi misteri. Sentiasa rasa ada sesuatu memerhati. Orang penakut ni memang suka bermain dengan imaginasi. Apa yang di dengar atau baca cepat mempengaruhi pemikiran dia.. So, atas alasan tu segmen seram serik lekat lekit bercuti sepanjang bulan puasa. Konon sangat kau prihatin dengan gangguan emosi orang kan??? hahahaha

Gambar sekadar hiasan

Dah lama bercuti panjang ni kita warm up balik segmen seram serik lekat lekit dengan kisah pontianak pokok ara di satu resort yang nama dia di rahsiakan di langkawi. Resort ni area pantai cenang katanya. Clue yang tuan punya cerita bagi cuma macam ni je.. Sun*** Beach Res***. Sapa tahu resort mana.. tahu la. Yang tak tahu buat2 macam tahu sudah.

Alkisahnya masa dia pergi bercuti kat langkawi dengan family dia.. katanya resort ni agak sunyi & menyeramkan. Nak2 lagi time malam. Kalau nak keluar dengan guna lampu suluh. Pihak resort hanya sediakan lampu porch je katanya. Depa ni ambil bilik yang dekat dengan pantai. Berhampiran bilik depa tu ada sepohon kayu daunnya rimbun.. lebat buahnya serta bunganya.. Ops ternyanyi pulak. Maaf!!! hehehhee... ada sebatang pokok ara... Apsal la pokok ara selalu je jadi mangsa port hantu. Dulu kat kampung aku pun ada sebatang pokok ara tepi sungai memang di kaitkan dengan macam2 kisah seram.. langsuir bertenggek la.. Kalau malam lalu depan pokok tu memang meremang segala bulu termasuk bulu kening. Sebab pokok tu tepi jalan.. Kalau balik malam2 confirm la kena lalu depan pokok tu jugak. Ops.. termalaut pulak.

Berbalik cerita tadi.. Menurut cerita orang2.. katanya pokok kayu ara tu port cik pontianak melepak di malam hari. Malam pertama depa bermalam.. dah nampak satu lintasan di toilet. Tapi tukang cerita kata dia nampak tapi tak cerita kat ahli keluarga yang lain. Satu kepelikkan bilik ni.. katanya masa nak check in bilik ni tak berkunci. Tapi dia positif jer fikir.. maybe pihak resort lupa kunci.

malam kedua.. dia nampak pulak ada sesuatu di sebalik dinding hall. Ada sesuatu berselubung macam main aucak dengan mereka. Tak pasti 'siapakah makcik berselubung' tu.. Tapi katanya si pencerita ni mak dia tiap malam sebelum tidur mesti kunci toilet padahall kat rumah depa takde pulak mak dia nak tidur kunci pintu toilet. Bila tanya mak dia cuma bagi alasan.. takkan nak tidur dengan tengok pintu toilet terbuka. Tapi dia dapat rasakan mak dia tahu sesuatu cuma taknak bagitau sebab dia tau anak dia penakut nak mampus. 

Malam terakhir mereka sekeluarga di pindahkan ke bilik lain sebab bilik yang dorang check in tu nak di robohkan. Tiba2 malam tu mak dia minta depa semua baca Ayatul Qursi sebelum tidur sebab katanya dia rasa bilik tu bergegar walhal anak dia tak rasa apa apa pun.

Siapa makcik berselubung.. kenapa tiba2 mak dia rasa bilik tu bergegar.. kelibat siapa yang dia nampak di dinding hall.. & siapa yang melintas di toilet malam pertama mereka check ini kat situ & kenapa bilik tu nak di robohkan... Segalanya masih misteriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Moral of the story... cik pon pun dah takde port nak melepak sekarang.. Yelah, abis semua pokok besar kena tebang. Yang tinggal satu dua buat port dia ambil angin pun orang kecoh.. Kesian cik pon merempat di negara sendiri katanya. Ini semua kerana manusia yang merosakkan alam...

Sumber : Pulau Langkawi - Kisah Mistik & Pantang Larang 

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BAZAR YANG MASIH BEROPERASI SEHINGGA SEKARANG

7/27/2015 02:30:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

Dah masuk minggu kedua syawal pun masih ada bazar yang di buka ke? Wah.. ni sambung untuk raya haji ke hapa. Tapi elok jugak la kan.. yang mana tak sempat membeli belah raya untuk aidilfitri haritu boleh la membeli belah kat bazar ni.


Bukan apa bulan puasa ada orang macam aku yang tak kuasa la nak menjelajah ke bazar2 yang ada. Dah la letih puasa.. nak berletihan kat bazar pulak.. saiya ta kuwat katanya... Nak2  ada anak yang macam lipas kudung lagi hilang terus nafsu serakah nak shopping kat bazar.

Tapi yang best bazar ni promosi raya masih berlangsung. Selain tu banyak informasi jugak. Tips untuk cantik di hari raya, tips2 untuk juadah raya... semua ada. Amboi kemain bazar ni.. Bukan setakat jual barang.. dia bagi lagi tips bagai. Korang tak reti nak berfesyen pun boleh refer tips yang di beri.

Bagi yang tak sempat ke bazar puasa lepas ni la masa balas dendam. Ke bazar ni tak payah bersesak sampai bercium bontot. Anda boleh rilex je layari bazar ni. Nak tau meh tengok kat sini >> Jom Bazaar!: Khas Untuk Mereka Yang Suka Dapat Promo Eksklusif & Excited Nak Raya! <<

So, apa lagi serbu la bazar ni cepat sebelum bazar ni pun tutup. Nak tunggu tahun depan lambat lagi.

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KEDAI BERHANTU DI E@CURVE PULA DI TUTUP

7/27/2015 11:11:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

Kau selalu dok makan meatball kat Ikea e@curve tu mesti terkejut kan?? tak tau selama ni ada kedai berhantu kai situ. Tu la hangpa tak mau jadi ghost hunter macam aku.. Merata kedai berhantu aku cari. Dimana ada kedai berhantu di situ aku memburu katanya.. Mesti ramai tertanya tanya kedai berhantu tu kedai yang mana satu..


Kedai berhantu kat e@curve ada la satu kat situ.. Semalam macam biasa la selepas sebulan bercuti dari memburu hantu kat situ, maka timbul kerinduan yang membuak buak memaksa aku memaksa laki aku pi situ jugak. Yelah.. dah beranak pinak gamaknya hantu2 kat situ tak kena tangkap. Harus menjalankan operasi berhantu. Tapi sayangnya.. sesampai kat situ.. jangankan kedai.. signboard kedai pun dah takde. Sah la.. memang operasi kat situ dah tutup buat selama lamanya.. Maybe alasan yang sama macam branch di selayang Mall kot. Hancur berkecai sekeping hati berpuaka aku ni bila takde hasil nak memburu semalam. Kesian umpan dalam wallet tak terusik walau sekeping pun... hak milik tak bertukar tangan.

Tunggu next week pulak la.. ke branch yang seterusnya.. samada ampang point @ time square. Ikut tayar kereta nak menuju kemana la. Aku cuma mampu buat request jer.. terpulang pada Tuan tanah kedaung nak membawa. Semalam pergi e@curve pun dah malam.. so tak dapat nak berjimbara sangat ke tempat lain. Kesimpulannya operasi memburu hantu semalam gagal sepenuhnya. Maka koleksi yang ada tak bertambah.


Moral of the story... Kesan kenaikkan harga barang menjejaskan hobi aku memburu dvd filem seram sebab banyak cawangan kedai dvd classic world entertaiment dah mula tutup. Sewa naik.. sales maybe kurang kot. Yelah.. sapa nak beli dvd sangat dah sekarang ni. Semua dok tengok astro first tak pun online jer. Melainkan aku jer... Dok menghobikan diri mengumpul dvd filem seram. Kalau boleh shopping dvd filem seram online pun bagus jugak ni...

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TAYANG GAMBAR ANAK BERBIKINI SPESIS TAK SAYANG ANAK

7/26/2015 11:51:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

Kecoh isu pasal gambar pelakon kanak kanak Puteri Balqis yang berbikini sampai mencetuskan pergaduhan di kalangan peminat. Maybe ada yang menentang perbuatan meng upload gambar budak tu dalam pakaian mandi macam tu & maybe menganggap dia cuma seorang budak.. Bukan isu besar pun gambar macam tu. Bagi aku sekarang memang jadi satu isu besar sebab gambar budak2 berpakaian macam tu mungkin mendedahkan dia pada bahaya.


Rasanya tak lama kot kes gambar anak anak artis di letakkan dalam website lucah takkan mak bapak Balqis tak tau isu tu. Ke memang dia tak kisah dengan keselamatan anak dia... Tak mustahil gambar anak dia pun akan jadi mangsa. Takkan mak bapak siti balqis tak tahu pasal golongan pedofilia?? Lagipun balqis tu bukan kategori bayi lagi.. dah masuk zon kanak kanak. Even kita bernafsu normal ni tak rasa apa2 dengan budak sebesar balqis tu tapi... Kita sedia maklum dengan golongan bernafsu gila yang wujud di sekeliling kita.  Spesis macam tu kita tak boleh nampak dari raut wajah... Kalau boleh nampak cop setempek kat dahi senang kita nak kesan. Golongan macam tu sekilas pandang nampak macam orang biasa jer...

Anak awak tu artis..  Apa dia buat, gambar apa yang awak share.. memang akan dapat perhatian ramai berbanding anak blogger tepian longkang macam den ni. Sapa nak heran sangat dengan anak lekatlekit.. ye dak? pun macam tu den tetap berhati hati dah tentang gambar anak yang nak di share kat laman sosial sekarang ni. Sebab kita tak tahu siapa atau anak siapa bakal jadi mangsa. Tak bermakna kita bukan publick figure anak kita berada dalam zon selamat.

So pada mak bapak Balqis tu.. Tak comel mana pun anak awak berbikini. Lagi comel dia kalau berpakaian. So, tapis sikit gambar gambar yang nak di share. Jangan sebab tindakkan hangpa yang terlampau open minded standard otak orang barat yang berkarat, yang jadi mangsa anak. Kesian budak tu kecik sangat untuk hadap benda benda macam ni. Tu baru kecik dah macam2 kontroversi.. Kesian la anak hangpa tu. Terlalu kecik untuk hadap tekanan2 macam ni. Belum tiba masanya...

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

GADIS BERTUDUNG DENGAN FESYEN ANIME LOLITA JEPUN

7/25/2015 01:10:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Bila dah ada slogan.. Bertudung tidak menghalang untuk perempuan berfesyen kadang2 fesyen tu sampai jadi pelik & tak sesuai dengan imej muslimah & bertudung. Walau ada yang rasa nampak comel tapi entah kenapa aku rasa tak sesuai fesyen Anime jepun ni untuk golongan perempuan bertudung. tetap tak nampak fungsi tudung tu untuk tutup aurat tapi lebih kepada berfesyen. Nak cakap pasal aurat bagai.. Rasa macam tak layak pulak cuma.. Nak cakap fesyen Anime jepun ni dari pandangan mata aku memang tak sesuai untuk perempuan berhijab.


Tak di nafikan comel jer fesyen ni.. Tapi biarlah jadi fesyen kanak kanak sudah.. Yang dah masuk zon akil baligh tu tak payah nak fesyen Anime sangat la. Kadang2 simple itu lebih terserlah kecantikkan seorang wanita berhijab ni. Kalau terlebih fesyen sangat pun serius nampak janggal & hilang terus imej muslimah tu.


Dah di lahirkan manusia tak payah jadi kartun sangat la kot... hahahaha... kalau dah memang comel dari dalam ko pakai purdah pun even nampak bijik mata terkebil kebil je pun tetap nampak comel katanya.

Tapi aku rasa fesyen ni maybe tak lama lagi jadi trend kat Malaysia kot. Serius memang comel cuma aku rasa tak sesuai sangat untuk di label sebagai fesyen muslimah. Dia lebih kepada fesyen jer...

Moral of the story.. bayangkan kita yang beranak pinak pakai fesyen ni, gamaknya berapa bakul kena maki?? hahahahaha

Sumber : Muslim Lolita fashion trend

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BUDAK PENDEK YANG TAK PERNAH DAPAT DUDUK BILA BERGAMBAR

7/25/2015 11:10:00 AM suria lekatlekit 4 Comments

Sapalah gamak budak pendek yang malang tu yer.. Kesian. tak pernah dapat peluang duduk bila bergambar dengan kawan kawan sekelas masa sekolah. Kejamnya cikgu dia kan? Sampai hati tak bagi dia duduk. Dah la dia pendek... suruh dia berdiri. Yelah.. dah pendek kalau duduk confirm la nampak lagi pendek katanya. Hahahaha... Wajib bersangka baik dengan cikgu, hokay!!


Ni la padah bila di seludup masuk ke group whatsapp kengkawan masa sekolah rendah dulu. Dah puluh tahun terpisah.. Tetiba berkumpul dalam satu kumpul meng'terobek' kisah2 lama masa zaman belum akil baligh. Kisah aku yang takut jarum haruslah paling orang ingat. Asal nurse datang untuk bagi suntikan, mesti ada babak nurse kena kejar aku satu sekolah. Aku jenis time berbaris nak tunggu turn je aku tak lari.. sampai turn aku confirm berdesup macam lipas kudung aku lari menyelamatkan diri dari jarum suntikkan walau tak pernah berjaya pun dari tak kena inject. Sampai la ni katanya... Aku masih takut dengan jarum suntikkan. Hahahaha

Bila masing2 dok upload gambar masa sekolah.. Nak2 lagi gambar kelas darjah ni hampir semua gambar aku memang tak ada satu pun berpeluang duduk di barisan hadapan. Semua berdiri. Paling sedih gambar darjah dua kot.. dah la kena berdiri kat barisan kedua belakang langsung muka tak nampak. Awat la cikgu letak aku tang situ... Ni pengajaran buat semua cikgu2... nak ambil gambar untuk kelas.. yang pendek tu pastikan letak kat depan. Bagi peluang muka depa menyerlah jugak dalam gambar tu. Kalau tidak jadi kenangan penuh airmata katanya macam aku... hahahaha


 gambar aku kat barisan kedua sebelah kanan yang nampak sipi2 je muka. Aku berdiri pun still pendek even kawan yang kat depan tu duduk. Hahahaha... pendeknya aku.

Nasib baik ada jugak gambar even berdiri tapi di tepi depa depa yang duduk di barisan hadapan. Nampak la muka kpop dengan gaya japanese style stokin panjang aku tu. Hahahaha... Maybe sebab aku pakai pinafore kot tak dapat merasa duduk atas kerusi masa bergambar even aku pendek. Yelah.. nampak tak sedondon dengan yang lain berbaju kurung. Tak pa la tak dapat duduk barisan depan masa bergambar sebab aku sentiasa dapat berdiri kat barisan depan setiap kali perhimpunan. Tang tu memang dari sekolah rendah sampai menengah tak dak chance nak duduk belakang. tak boleh la nak bergosip masa cikgu berucap. hahahaha


 Gambar ni kira cikgu simpati la walau aku tetap tak merasa nak duduk atas kerusi barisan depan. Dia letak aku kat sudut yang boleh nampak dari hujung kaki sampai hujung rambut katanya. Tu yang nampak aku memang kpop+ japanese style dari kecik. Stokin panjang Uolls.. yelah.. pepagi nak tunggu bas sekolah nyamuk banyak dok gigit kaki. (p/s : kpop la sangat.. aispop ada la kan? hahaha)

Moral of the.. yang pahit tu bila jadi kenangan mesti jadi sweet like kencing manis. Even aku maybe masa tu sedih sebab tak merasa duduk di depan masa bergambar tapi bila tengok balik aku rasa macam nak masuk dalam poket doremon pergi balik ke zaman tu. Ya Allah.. indahnya jadi budak budak.. walau kadang2 takut nak pergi sekolah sebab cikgu garang.

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

NI LA PUNCA TIADA INTERNET PERCUMA KAT MALAYSIA

7/24/2015 08:21:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

Benda free semua orang nak tapi tak semua dapat. Tak semua benda free yang kita tak dapat tu tak best. Sebenarnya ada kebaikan benda tu tak di beri percuma oleh kerajaan pemerintah. Yang tak percuma pun dah macam2 jadi apatah lagi kalau percuma, ye dak?


Walaupun Malaysia takde internet percuma tapi tengok ramai pun yang dah macam takde life & privacy. Ada yang dah tak cukup tidur & sanggup ambil waktu tidur semata mata nak online jer. Ada yang kualiti kerja/belajar dah jadi merosot sebab terlebih masa layan internet & ada laki bini bercerai sebab internet. Kalau la semua orang dapat internet percuma rasanya Dalam rumah takde la interaksi antara ahli keluarga sebab bandwith internet tak pernah habis, maka depa layan internet pun tak stop dah. Tak terbayang kalau semua rakyat Malaysia dapat guna free internet seumur hidup.. Gamaknya negara pun boleh jadi tunggang langang.

Moral of the story.. Aku pun tak harap internet percuma sebab aku tak nak balik kampung atau anak aku nanti dah takde masa nak duduk bersembang dengan aku. Takut perbincangan hal peribadi pun semua melalui FB,Whatsapp., wechat.. bla.. bla.. dot.com.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

NAK MERASA TIDUR MACAM ALIEN BOLEH KE HOTEL UFO MALAYSIA NI

7/24/2015 03:34:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

Aku sendiri pun tak tau Alien tu tidur macam mana sebab sampai sekarang takde bukti kewujudan makhluk bernama Alien. Kalau ada pun dalam filem2 fiksyen barat. Orang dok ke bulan pun tak pernah cerita terserempak dengan Alien atau apa2 makhluk. Wallahulam.. wujud ke tidak hanya Allah yang tahu.


Tapi kalau kewujudan Hotel UFO ni aku berani cakap la sebab aku terbaca kat satu artikel ni pasal hotel UFO. Tak payah la korang nak flight ke oversea semata mata nak try menginap di hotel UFO sebab ianya ada dalam negara kita. Korang kalau sebut pasal kecanggihan semua pandang barat je kan.. Apa ingat orang malaysia tak kreatif ke.

Tak tau la Inspirasi hotel UFO ni dia dapat kat mana... Tapi maybe macam tu kot rupa bentuk bilik tidur Alien katanya. Hahahaha... Nak merasa pengalaman tidur macam Alien korang boleh la try check in kat situ. Nak tau kat mana terletaj hotel UFO & 8 lagi hotel unik kat Malaysia ni boleh tengok kat sini >> Hotel 'UFO' Dan 8 Hotel Unik Di Malaysia Ini Akan Buatkan Anda Mahu Mohon Cuti Segera <<

Sesekali pergi bercuti & check in kat hotel UFO ni apa salahnya. Harga pun tak mahal sangat. Rasanya semua mampu bayar kot

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TAK SERIK! PENIPUAN TERBARU LAVENDER MUMMY 2015

7/24/2015 12:36:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

Aku ingat dah taubat nasuha sebab dah lama tak dengar cerita dia rupanya dia mencemar duli untuk tahun 2015 ni dengan percubaan menipu lagi. Tak abis2 guna modus operandi kembara sakura yang mengunakan nama pendakwah agama. Si ketot yang akal menipu panjang berjela ni memang tak pernah serik.

percubaan menipu yang terbaru dengan lavender mummy

Terbaca kat blog denaihati tadi pasal penipuan terbaru dia.. Yelah bagi kita yang dah tahu aktiviti penipuan dia dengar je kembara sakura tu kita dah tau tapi bagi orang yang tak familiar dengan semua tu tak mustahil boleh tertipu sebab tu pentingnya kita sentiasa viralkan percubaan menipu dia setiap kali dia mula nak menipu. Tu je cara kita membenteras penipuan lavender mummy. Yelah.. nak heret bawak pi balai licik sangat. Ntah apa jenis minyak pelincir dia pakai pun tak tau.

Aku syak account dia dah kering ni.. So dia cari backup. Model macam dia perlukan pendapatan yang tinggi. Gila kau! Makeup je beribu sebulan katanya.. Tak baju bajan lagi katanya. Hahahaha... Bagi yang belum kenal rupa bentuk model antarabangsa kelahiran Malaysia ni mai la aku tunjuk sikit rupa paras dia yang menawan tu.

Untuk info segala penipuan yang pernah di lakukan lavender mummy sebelum ni korang boleh baca kat blog Denaihati.

Moral of the story... Penipu sekarang memang ada dekat depan mata kita walau jasadnya jauh. jadi di ingatkan pada semua apa juga melibatkan urusan kewangan siasat betul2 dengan siapa anda berurusan. Jangan lurus macam pembaris sangat sebab orang lurus bendul ni sasaran penipu macam lavender mummy.

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PENIAGA KL/SELANGOR TAK PANDAI MASAK LAKSA UTARA

7/24/2015 11:04:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

Jangan marah tapi itulah kenyataannya.. Majoriti laksa utara yang di jual di sekitar KL/Selangor ni memang menghampakan tekak original orang utara macam aku. Dah dekat 10 tahun aku tinggal kat sini.. Tak jumpa lagi laksa yang betul2 sedap macam orang utara masak. Majoriti kalau tak terlebih masin, mesti terlebih masam atau kuah terlebih pekat sampai tak nampak kuah nampak isi ikan jer tebal tebal. Sedangkan laksa utara yang sedap semuanya kena seimbang. Ni bukan laksa utara dah rasa macam asam laksa cina kalau terlebih ikan,terlebih asam bagai.

Balik kampung kalau nak makan laksa malas nak masak senang nak cari laksa sedap sedap dengan rasa utara yang original.. Bagi aku negeri2 di kawasan utara jer pandai masak laksa utara. Kedah, perlis,penang & perak utara. Negeri2 lain terutama selangor & KL memang kebanyakkan failed masak laksa utara. Maybe kena tangan orang utara jugak kot buat. Tapi kadang2 tengok peniaga tu kemain loghat utara pekat tapi laksa alahai.. tetap tak menepati standard kesedapan laksa utara yang original. Tu pendapat aku la.. pendapat tekak aku yang merasa. Tak mewakili pendapat orang lain.. So, tak perlu pertikaikan. Taste orang kau nak paksa dah kenapa kan? kalau aku rasa tak sedap takde undang2 boleh mendakwa aku. Tekak aku, aku punya suka la kan.

Orang kulim nak rasa laksa Seafood kawan aku ni boleh la try. Ramai puji sedap
( LOKASI GERAI )
Tmn Tiram Lunas ikut jln simen besebelahan pdg bola..npk khemah merah tu la gerai laksa tumis seafood iejazol
(WAKTU NIAGA)
12 tghri - 7 mlm

Sebab teringin sangat nak makan laksa utara yang sedap lepas balik dari kampung. Nak beli memang susah nak dapat rasa yang macam aku nak even laki aku cakap setakat nak makan sepinggan dua laksa beli je tak payah susah2 masak tetap aku nak masak jugak katanya. Kalau beli confirm aku tak puas hati. Maka masaklah aku di malam hari semalam. Tak banyak pun aku buat... cuma 10 ekor ikan sardin size kecik tu. Aku masak aku makan & tahniah aku berjaya memuaskan selera serakah aku ni... Almaklum la.. air tangan orang utara la katakan.

Ni la hasil bertukang kat dapur semalam..Pinggan tak lawa tapi aku bukan makan pinggan hahahaha

Resepi laksa utara ni mudah jer

Ikan (terpulang korang nak guna ikan apa. Bagi aku ikan kembung & ikan sardin tu sedap)
Cili kering
belacan
Bunga kantan (kalau ada.. takde pun takpe)
Daun kesom (Ni kena adakan jugak)
bawang (aku guna bawang besar & putih)
laksa ( kalau takde tak nama laksa la kan)
Asam keping (2 keping cukup la sebab aku masak sikit je. 10 ekor ikan sardin size kecik)

Cara buat...
Rebus ikan.
Asingkan isi dengan tulang
Blend isi ikan (jangan halus sangat)
Blend tulang ikan tapis ambil air je
Air ikan yang rebus ikan tu pun simpan nak guna jugak
Blend cili kering, sedikit belacan, bawang besar & putih

Masak cili & bawang blend tadi sampai masak (tak masak kang sakit perut pulak)
Dah masak masukkan air rebusan ikan tadi. Tapis takut ada tulang ikan
Lepas tu masuk air tulang ikan yang blend tadi (tapis jugak takut ada tulang)
Masukkan isi ikan yang dah blend.
Masukkan asam keping, daun kesom & bunga kantan kalau ada.
Biar je dia berdikari kat situ atas api.. Jangan lupa masukkan garam jugak.
Korang pi rebus laksa dulu. Kalau beli laksa kering la. sebab laksa kering lama sikit nak rebus. Kalau laksa Instant tu kejab jer

Bahan ulam ulaman dia
Aku guna daun senohom.. (orang Kl panggil apa daun ni tak sure)
Takde daun senohom guna daud salad pun boleh ikut suka la
Bawang mentah
Timun
Telur
Cili padi

Sebenarnya nak buat laksa sotong tapi sotong kering lupa nak pesan laki aku beli. Jadi buat laksa utara tanpa sotong je la hahaha. Alah sotong kering tu masak macam sambal tumis jer makan dengan laksa memang sedap.

Nak buat kuah laksa ni memang mudah cuma kena pandai matchingkan bahan perasa dia.. Paling penting belacan,cili, & asam keping jangan terlebih. Bagi aku kalau terlebih atau terkurang benda tu akan buat rasa kuah laksa jadi hampeh. Isi ikan pun jangan terlampau banyak, jangan terlampau halus masa blend.. Tu pun mempengaruhi rasa. Kuah laksa memang nampak berkuah bukan macam makan isi ikan jer. Tapi jangan cair sangat macam sup.

Tu je la tips & resepi aku boleh share dengan hangpa. Aku bukan la pandai masak sangat tapi boleh la setakat nak kenyangkan tekak sendiri & tekak orang2 di sisi katanya.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PERKAHWINAN PALING SERAM BERTEMAKAN KEMATIAN

7/23/2015 08:34:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Orang sekarang nak kawen memang bukan setakat budget kena banyak.. kerja banyak.. otak pun kena banyak fikir. Yelah.. orang sekarang nak kawen berkonsep bagai. Nak2 lagi jenis pasangan yang memang suka lain dari lain. Yang pelik pelik je dorang nak buat. Tapi konsep kematian ni aku tak pernah tengok lagi orang buat. Ini betul2 menginsafkan katanya... hehehhehe


Ni bukan sekadar demo tapi memang betul betul ada pasangan pengantin buat tau! Siap posse dalam keranda tu! Bagus sentiasa ingat kematian.. jadi takut sikit nak buat dosa tapi tu la.. Kalau kita buat benda ni kat kampung mau 10 tahun orang dok cakap pasal majlis kahwin kita setiap kali ada orang kampung buat kenduri kawen. Buat2 pulak masa tu sampai ajal.. Tak susah dah. Keranda semua dah stanby katanya... hehehehe

Kalau korang nak tengok macam mana tema perkahwinan berkonsepkan kematian atau Yang mana nak kawen masih tercari cari lagi tema majlis persandingan korang boleh tengok idea2 konsep perkahwinan kat sini >> 7 Tema perkahwinan yang paling cool & rare <<

Moral of the story.. Kalau hangpa berduit nak buat majlis bertema bagai buat la.. Tapi jangan nak cipta kelainan sampai tak sesuai pulak untuk majlis yang sepatutnya dapat keberkatan tapi sebab terlampau pelik & membazir hilang keberkataan jadi dosa balik.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CARA MENGELAK DARI TERMAKAN NASI KANGKANG

7/23/2015 12:18:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Aku sampai naik risau sebab setiap hari mesti sangkut keywords cara nak buat nasi kangkang kat blog aku. Bukan la sebab aku ada bagi tutorial cara nak buat nasi kangkang tapi maybe ada entri aku sebelum ni yang cerita berkenaan sihir nasi kangkang. Dari keywords tu.. Maybe ada di antaranya menggunakan teknologi untuk cari cara membuat nasi kangkang. Tujuan Wallahualam... Maybe sekadar untuk info & tak mustahil jugak ada yang berniat nak buat pada seseorang... Na'uzubillah.. Moga2 di jauhkan kita dari terkena sihir nasi kangkang ni terutama lelaki la kan..

Dari keywords blog aku

Nasi kangkang ni selain menggunakan perantaraan Jin & syaitan tapi ramuan & cara penghasilan dia sangat sangat kotor. Bila terbayang confirm aku jadi morning sickness tetiba.. Moga kita tak jadi para wanita @ isteri yang sanggup melakukan benda syirik & khurafat tu semata mata nak ikat suami dari berubah hati pada orang lain. Ingat Mati akak acik Ooi...

Lelaki terutamanya.. Kalau korang rasa pasangan korang lain macam jer korang boleh la amalkan benda ni untuk mengelak dari terkena sihir nasi kangkang ni..

1) Tiap kali lepas solat maghrib... amalkan membaca ayat ketiga terakhir surah Al-Baqarah (maksudnya ketiga2 ayat yg terakhir Surah itu kena baca) &  Ayatul Kursyi.

2) Apabila makan, selain membaca doa makan... amalkan membaca doa berikut :-
Bismillahillazi la yadurru ma'asmihi syaiunfillardi wala fis samai wahuwassami
'ul 'alim

3) Jgn lupa solat hajat mohon kepada Allah moga sembuh dari sihir itu - sehari sekurang2nya 2 kali.

4) Rajin baca surah Al-Baqarah

 Mohonlah pertolongan dari Allah.. Semoga kita di jauhkan dari kejahatan manusia, jin & syaitan. Peringatan buat kaum wanita.. Menggunakan perantaraan jin untuk kepuasan diri percayalah benda tu akan bagi kemudaratan pada diri kita balik. Benda2 sihir semua ada korban ganti.. Dia macam pantun pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas. Takde dia bagi kat ko di halalkan dunia akhirat.. dia bagi dia nak balasan. Sampai satu ketika bila kau dah tak dapat bagi dia balasan.. benda tu akan makan diri kau balik.

Moral of the story... Dalam Al Quran dah sedia tutorial macam mana nak melembutkan hati pasangan.. Nak mengikat hati pasangan kenapa perlu guna khidmat jin & syaitan. Guna khidmat jin ni tak mudah pun.. dia demand macam macam jugak padahal guna jalan yang Allah dah bagi tu sebenarnya lebih mudah tapi kita je tak nak ikut & suka menyusahkan diri.

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SELFIE UNTUK ROKOK SELUDUP DAPAT VOUCHER KFC

7/23/2015 10:53:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

Sekarang ni meletop2 iklan KFC ayam kicap meletop kan? Kekdahnya yang suka bergosip pelawa jer ayam kicap meletop KFC terus tak jadi mengumpat katanya... Meleleh leleh air liur peminat KFC tengok iklan ayam kicap meletop tu kan. Sedap hingga menjilat jari katanya..


Tu KFC memang sedap hingga menjilat jari tapi kalau rokok seludup.. Memang sedap jugak hingga hembusan asap terakhir cuma tu la.. Kandungan dalam rokok seludup ni katanya 3 kali ganda lebih bahaya dari rokok sah. Dari hisap rokok lagi baik makan kfc kan.

Kalau yang teringin nak makan KFC free.. Jangan lepaskan peluang buat task mudah ni untuk kempen #taknakSeludup. Bukan susah pun.. Korang kan rajin berselfie just selfie satu gambar dengan simbol jari kempen #taknakseludup & hashtag anda berpeluang dapat voucher KFC & T-shirt. Untuk maklumat lanjut korang boleh tengok kat sini >> #TAKNAKSELUDUP <<


Dari korang dok selfie dengan batu nisan bagai.. mengundang kutukkan dari orang jer.. Lagi bagus la hangpa selfie untuk join kempen #TaknakSeludup ni untung dapat makan KFC free kan. So, selamat mencuba... Mana tau nasib baik tetiba dapat offer jadi duta kempen #taknakseludup pulak... hehehehe

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TEORI KENAPA AZWAN ALI SUKA MAKI HAMUN DI MEDIA SOSIAL

7/22/2015 08:30:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

Kau ingat isu kehilangan Mh370 je ada teori & spekulasi.. Azwan Ali suka maki pun ada teori jugak. Kelas bang wan! Memang kau terkenal dengan maki hamun sampai mencetuskan teori kenapa kau suka maki. Hope aku share teori ni aku tak kena maki la.. Takut dapat makan free kat Me'nate pulak.. Op's motif Me'nate nak sponsor aku kan??


Memang kelas orang yang mencipta teori ni.. Tapi kalau di fahami.. sangat mendalam maksudnya. Tak fokus pada Azwan Ali jer.. Sebenarnya ramai manusia bila dia buat sesuatu benda yang mencetuskan kontroversi lepas tu statement bela diri mesti keluar ayat ayat macam tu. Kau maki aku.. kau dapat dosa aku dapat pahala. So, kau nak pahala banyak kau kena buat benda yang boleh orang maki kau. Kau fikir dosa kau yang mencetuskan huru hara @ kemarahan orang tu boleh cover balik dengan pahala2 yang datang dari orang yang maki kau.

Tapi teori bagi aku memang win!! Hope tak sampai ke Azwan Ali la.. kalau tak sampai lunyai kau kena maki. Orang tak tegur dia pun kena maki inikan orang dok bahan dia.. cair taik telinga dengar AA maki.

Moral of the story.. Tolong jangan petik suis maki Azwan Ali... kalau tak hidup anda akan di hantu maki hamun. Peace Yo~!

P/S : teori aku pulak kenapa Azwan Ali suka maki.. sebab dia tak nak populariti dia hilang maka dia buat la kontroversi dengan publisiti murahan macam ni. Dengan cara tu media sentiasa up story pasal kisah dia maki orang. hahahaha

 

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SUAMI YANG PERFECT TAK PERNAH WUJUD

7/22/2015 02:07:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Lelaki bernama suami/couple ni perfect cuma dalam drama/filem/novel cinta jer... Dalam realiti kehidupan mati hidup semula kau takkan jumpa lelaki perfect untuk di jadikan pasangan. Mati berangan la kalau kau nak tunggu lelaki perfect datang dalam hidup kau. Atau mereput la kau kat situ tunggu jodoh dengan lelaki yang sempurna.


Ketidaksempurnaan mereka ni kadang2 buat kita sakit hati,makan hati & kita jadi berhati hati... Takde pasangan yang tak pernah langsung even secuit buat pasangan dia terasa hati. Kau tak payah nak datang komen kat entri aku cakap laki kau tak pernah buat kau marah walau sekali sepanjang kau kenal dia. Aku akan cakap 'Kau penipu besar!"

Tapi kekurangan mereka tu sebenarnya melengkapi kehidupan kita. Kalau depa tak ada langsung kekurangan, tak ada langsung kelemahan & tak pernah buat silap langsung.. Percayalah kehidupan korang dengan pasangan macam tu akan sangat sangat boring. Dan tak mungkin akan wujud perkara yang macam dalam video ni. Nak upload tak tau pulak lagu macam hangpa tengok je la kat sini >> [VIDEO] Kata-Kata Lelaki Ini Pada Isterinya Sangat Menyayat Hati Ia Akan Buat Anda Sebak <<

Hidup ni memang perlukan liku untuk melengkapi warna kehidupan.. Kalau hidup mendatar & statik jer... apa yang berlaku sama, apa yang kita rasa sama, apa yang kita hadap sama jer hari hari... Tu tak di panggil kehidupan. Tu maybe filem cinta yang kau ulang tayang tengok hari2. Memang seratus kali kau tengok pun jalan cerita dia takkan berubah.

Moral of the story.. Nak cari manusia sempurna memang tak wujud tapi ketidaksempurnaan itu sebenarnya menjadikan kehidupan kita seimbang. Saling melengkapi kekurangan yang ada. Bayangkan semua orang cuma ada kelebihan takde kekurangan maka masih2 rasa saling tidak memerlukan sebab semua boleh buat sendiri. So, kita takkan rasa kita perlukan pasangan hidup.

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SELFIE DENGAN BATU NISAN DI KUBUR IBU

7/22/2015 10:16:00 AM suria lekatlekit 7 Comments

Baru raya ke empat haritu aku up status syukur tahun ni takde Alien2 turun ke bumi jadi culture shock jumpa kubur manusia sampai rasa nak berselfie.. Rupanya ada jugak spesis tu raya tahun ni. Memula dapat laporan sorang retis selfie kat kubur.. Ni jumpa pulak satu gambar yang kena troll sebab berselfie sambil peluk batu nisan kat kubur mak dia.


Pelik jugak aku.. Kita kalau melawat kubur orang kita sayang ni.. Auto perasaan sayu, sedih, rindu tu akan datang takde la perasaan nak berseronok sangat sampai terasa nak posse gedik dengan batu nisan. Tapi yelah... trend sekarang kan. Suka ke, sedih ke,sambut orang baru nak hidup atau nak hantar orang dah mati ke alam barzakh.. semua nak selfie. Zaman camera sentiasa dalam tapak tangan ni gitulah jadinya.


Dosa pahala bukan aku orang yang layak bercakap tapi kalau over sangat sampai tak kira tempat nak selfie nampak sangat kau memang takde adab bila menziarah kawasan perkuburan. Ni semua berpunca sebab nak share semua moment kat laman sosial... Buat apa, pergi mana semua nak selfie sebab nak tunjuk kat orang. Seolah olah memang orang dok tunggu update rutin harian dia.

Sumber Sinar Harian

Alien2.. balik la ke planet masing2... Takde apa yang menarik pun kau nak selfie kat kubur tu. Hormatilah tempat persemadian mereka yang telah pulang kerahmatullah..

Moral of the story.. Lepas ni kena buat rules, nak masuk kawasan perkuburan no hp, no camera. Kena buat signboard kawasan larangan berselfie. Bukan apa kalau di biarkan esok2.. ada yang dok buat modelling pulak atas kubur.Yelah.. kubur sekarang cecantik.. mana ada pacak batu nisan dah.. semua pakat hiasa kubur bagai nak rak.

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

YANG PERLU KORANG TAHU SEBELUM PAKAI CONTACT LENS

7/21/2015 08:12:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Contact lens pun dah jadi macam kosmetik.. Ramai yang nak cantik sekarang ni pakai contact lens tapi entah kenapa aku rasa macam rimas bila pakai contact lens.. Pernah la dulu pakai.. Rasa lagi selesa dengan bijik mata original ni. Takpe la bijik mata standard orang melayu... Syukurlah ada biji mata katanya. Takde warna warni aidilfitri pun takpe dari rasa ada benda melekat je kat biji mata.


Tapi biasa la tuntutan trend & fesyen.. Ramai muda mudi termasuk tua bangka pun nak nampak cantik dengan contact lens... Takpe pakai jer. Semua berhak untuk rasa diri dia cantik. Tapi sebelum korang beli & pakaikan kat bijik mat korang ada beberapa perkara korang kena tahu dulu. Jangan semborono main tempek je kat bijik mata. Silap haribulan nak cantik lain pulak jadinya.

Banyak perkara kena ambil kira dalam pemilihan contact lens ni.. Dari segi kesesuaian hingga pada tahap keselamatan & kesihatan. Jangan ambil mudah.. Kanta lekap ni bila pakai melibatkan keselamatan kornea mata. Kornea mata kategori tisu yang tidak di lindungi & mudah kena jangkitan & menyebabkan kerosakkan kekal pada mata. Sebab tu sangat bahaya kalau korang tersilap beli & pakai contact lens. Mata salah satu deria penting. Jangan nak cantik sekejab.. meraba seumur hidup.

So, atas dasar ke prihatinan aku.. Bila jumpa artikel yang aku rasa bermanafaat nak share dengan hangpa semua maka tanpa ragu ragu aku park la kat blog ni. Tapi tak syok pulak main copypaste jer artikel orang kan. Lebih sopan hangpa sendiri pi baca kat sini >> Cara pilih,pakai & jaga kanta lekap dengan betul <<

Semoga artikel tu dapat membantu hangpa yang memang suka pakai contact lens. Moral of the story.. Hargailah anugerah penglihatan yang Allah bagi. Jangan modified sampai memudaratkan.. Takut nikmat melihat di tarik balik sebab ketidak syukuran kita.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BAWA ANAK PERGI BERCUTI UMPAMA BAWA BEBAN BAIK TINGGALKAN JE

7/21/2015 03:46:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Terbaca satu artikel pasal pasangan suami isteri retis ni yang katanya serik dah nak bawak anak pergi bercuti ke luar negara kalau takde pembantu. Sebab dia rasa susah nak handle. Almaklum la orang kaya kan... Benda macam tu pun dah rasa tak boleh nak handle. Anak sorang je kot.. Tu ok lagi.. Yang tak boleh blah.. statement dari admin blog cerita retis yang popular tu. Lagi urut dada aku baca.

Statement retis tu aku ok lagi.. sebab katanya cuma serik tak bawa pembantu jer.. tapi statement admin blog tu yang tak tahan... 

Sampai macam tu sekali dia rasa bebannya anak anak yang di bawa pergi bercuti. Aku ni dah dekat 4 tahun panggung wayang pun tak masuk dah... Sebab aku tau anak aku tak boleh duduk diam. Ada orang suggest sekali sekala bagi la family jaga.. Maaf la. setakat nak berseronok sampai nak kena tinggal anak tu bukan cara aku. Biarlah aku buat aktiviti yang anak aku pun boleh join sekali.. asalkan mana aku pergi anak aku ada dengan aku. Kalau nak tengok wayang pun aku tak sanggup nak tinggalkan anak aku apatah lagi kalau nak holiday kat oversea.. Insya Allah nak cakap besar kang sombong sangat sebab manusia ni milik Allah.. Tapi setakat ni tak terbuka hati aku nak buat macam tu kat anak aku.

Siap suggest kat orang jangan bawak anak pergi bercuti lagi. Takut bawak anak tak enjoy holiday. Kesian anak anak ko

Memang bukan senang jaga anak yang masih banyak benda tak faham.. tak boleh control diri lagi.. Rasa dia nak menangis, mengamuk atau nak melasak.. dia buat jer tak kira la kat mana pun. Tapi aku tak rasa la benda tu satu beban yang sampai aku perlu korbankan anak aku untuk berseronok.

Teringat masa kecik kecik.. mak ayah aku selalu bawa kami 6 beradik pergi berjalan even tak jauh kat penang je naik bas Uolls... Bayangkan jarak antara kami adik beradik memang tak jauh.. setahun.. dua tahun jer jarak dia. Kecik2 semua.  Tak pernah aku dengar mak ayah aku merungut cakap serik nak bawak kami jalan jalan lagi. Dulu tiap2 bulan mak kalau dapat gaji mesti usung kami adik beradik pi tengok wayang.. Tak pernah aku dengar mak cakap serik nak bawak kami setiap bulan keluar even ayah tak join pun. Transport kami bas je masa tu.. sebab ayah time tu cuma mampu pakai motor. Mana nak angkut 6 beradik naik motor. Ni naik flight.. naik private car.. dah rasa anak jadi beban nak bawak pergi holiday.

Syukur la kita di lahirkan sebagai anak orang susah.. Sebab mak bapak kita tak rasa susah pun untuk bawak anak anak pergi berseronok walau guna pengangkutan awam sekalipun berbanding lahir sebagai anak orang kaya macam depa tu.. Anak meragam pun dah rasa macam beban besar nak kena tanggung.

Ingat.. Satu hari kita akan tua & jangan masa tu anak anak kita pulak rasa kita satu bebanan nak di bawa pergi holiday. Almaklum la orang tua.. bila dah tua.. kudrat, perangai dia dah kembali macam budak budak balik.

Moral of the story... Apapun terpulang pada cara orang membesarkan anak. kalau rasa anak tu macam beban.. elok la ko jangan beranak ramai ramai. Kesian pulak kat anak anak ko.

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RUMAH PALING SEDIH DI HARI RAYA

7/21/2015 11:11:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

Raya.. tak semua rumah yang kita kunjungi tu nampak meriah & ceria dalam suasana raya.. Kadang2 ada rumah even di hias untuk sambutan raya.. ada persiapan raya macam orang lain tapi bila masuk memang kita rasa suram & sedih sangat. Bukan sebab penghuni dia orang susah ke,orang kurang upaya atau orang sakit.. cuma mungkin sesuatu yang kita rasa hilang bila kita melangkah masuk setelah berpuluh tahun tak jejakkan kaki.

Macam tu la yang aku rasa bila bertandang kat sebuah rumah ni.. dulu rumah tu bagi aku bersih, kemas & cantik walaupun tak besar mana. Nampak meriah orang yang menghuninya.. dari kecik rumah tu selalu aku keluar masuk... lepak.. sembang.. Tapi sekarang setelah berpuluh tahun aku tak pernah lagi masuk rumah tu, raya pertama haritu aku masuk.. Ya Allah.. sedihnya. Banyak perkara dah 'hilang' yang ada cuma kenangan.

Yang hilang 'kawan baik' aku sejak dari sebelum aku kenal ABC lagi.. membesar sama sama. Bukan dia dah takde kat dunia ni cuma dia & keluarga dia dah tak tinggal kat situ cuma Ayah & mak tiri dia jer yang take over rumah tu sekarang. Susun atur dah lain.. cuma mungkin ada beberapa barang yang masih kekal di situ.

Kenangan tetap indah walau kadang2 menyakitkan

Rumah tu banyak menyimpan cerita kami... Cerita yang dah tiada kesinambungan lagi... Cerita yang dah lama menjadi episod akhir. Biarlah cerita tu usang di dalam rumah kecil itu... Masing2 punya episod baru dalam hidup. Jalan cerita kita dah tak sama lagi...

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

INILAH CARA NAK TAU SAMADA ANDA 'HOT' KE TIDAK

7/20/2015 11:27:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

 Yang mana rasa diri dia macam 'hot ' & spicy sangat elok la telaah entri ni. Dari dok perasan sorang2 pun tak bagus jugak untuk perkembangan otak & hati katanya.. Yelah, kadang2 orang yang nothing ni memang bajet hot.. tapi yang something pulak tak sedar diri tu hot. sebabnya...
Ada orang tak sedar dia memang 'hot stuff' sebab mungkin dia terlalu merendah diri.. & ada orang pulak perasaan 'hot' sebab dia memang jenis syok sendiri. Sebenarnya hot ke tidak diri kita ni.. Memang kita tak boleh buat penilaian. Kita perlukan pandangan & survey dari orang lain jugak.


Yang mana nak tahu tahap ke 'hot'an korang tu jangan risau aku boleh membantu. Almaklum la aku kan wonderpeah katanya... kami tak besar & kami tak kuat bila bekerjasama semua jadi mudah.. yeah.. wonderpeah! Ops.. ternyanyi pulak. Ok.. ok..mesti hangpa semua tak sabar nak test diri sendiri sama ada hot ke tidak... Sabar!

Panas ke suam ke sejuk ke.. Takde orang tahu cuma lepas korang 'test' tu yang mana selama ni rasa dia hot stuff sangat tapi result tester tak menunjukkan meter dia 'hot'.. bawak2 la kembali kepangkal jalan & terima hakikat yang kau tu biasa2 ajo!

Moral of the story.. hope takde yang nangis bawah bantal lepas dapat result test ni, hokay. Chill sudah! Peace Yo!

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

15 MAKANAN MAHAL YANG BOLEH BUAT ANDA KENA SERANGAN JANTUNG

7/20/2015 08:08:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Ni standard Azwan Ali je kot kalau nak makan sebab katanya dia tak makan makanan murahan. Me'nate pun bukan standard dia lagi.. Jadi aku rasa makanan ni maybe standard AA la.. Orang semekin macam aku ni yang kena GST pun dah meroyan memang mampu tengok je la. Jangankan nak makan sampai kenyang.. nak rasa hujung lidah pun tak berani. Mahal sangat katanya.

15 jenis makanan ni kira bukan kategori makan untuk hidup dah.. Ni kira makanan mewah. Sampai mati pun orang2 macam aku ni belum tentu mampu makan kecuali la tetiba dapat sponsor kan. Sapa la tahu.. Rezeki ni dia nak datang dari pelbagai sudut & sumber. Tapi kalau nak saving semata mata nak makan benda benda ni.. Maybe tak kot. Ada antara harga makanan ni korang boleh beli sebijik rumah. Nak makan untuk sekali kenyang ke nak beli rumah untuk tinggal seumur hidup.. Mestilah orang semekin macam aku pilih beli rumah.

Nak tau berapa harga tembikai ni?? Korang mesti tak sanggup nak makan

Nak tau kenapa apa 15 makanan ni boleh buat korang kena serangan jantung, meh tengok kat sini. Confirm korang urut dada tengok harga2 dia.. even ada diantara makanan ni dari jenis makanan biasa yang tak mahal macam buah tembikai.. Tapi sebab sikit keistimewaan yang dia ada terus harga dia jadi ribu riban. Tak caya tengok sini >> 15 Luxury Foods That Are So Expensive It'll Give You A Heart Attack<<

Dah tengok kan 15 jenis makanan & harga dia.. So, sanggup ke korang makan??

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

INILAH AKIBAT ARTIS TAK PANDAI SIMPAN AIB KELUARGA

7/20/2015 03:57:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Family mana yang tak pernah ada masalah..Semua ada masalah sendiri. Nak2 bila kumpul ramai ramai ni.. Macam2 kerenah boleh tengok. Takde yang perfect. Tak puas hati tu benda biasa.. Gaduh pun bukan benda pelik tapi zaman media social ni canang aib keluarga pun bukan perkara memalukan lagi.

Kecoh pasal chef selebriti yang mengamuk kat media social siap upload gambar ahli keluarga yang malas bangun pagi tolong buat kerja rumah. Memang la sapa2 pun hangin.. orang sibuk buat kerja kat dapur depa sedap membongkang.. Bangun tau2 ambil pinggan jer tapi kau maki dalam rumah sudah la. Kau dok maki kat media social tu dah kenapa. Perlu ke mengaibkan family sendiri kat orang lain. Perlu ke nak bagitau perangai buruk family sendiri kat orang lain. Kang orang mengutuk family kita tau rasa sakit hati...



Tu la zaman media social.. tak kira sekecik2 budak sampai setua2 datuk nenek semua jadi tak matang bila berdepan dengan media social. Takde istilah marah dalam hati sekarang ni sebab media social dah jadi wakil isi hati. Apa ada dalam hati semua orang nak tulis kat dinding facebook, twitter, IG bagai.. Nak2 lagi dapat adik beradik retis yang jenis camtu. Habis seantero Malaysia tahu apa yang berlaku dalam keluarga.

Moral of the story.. Tak kira siapa.. family aku ke, family kau ke atau family dia & mereka.. nak tulis apa2 pasal keluarga sendiri fikir juta kali dulu sebab kau memburukkan keluarga sendiri tempias buruk tu kena kat kau balik.

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

9 JENIS PENIPUAN ONLINE YANG MESTI ANDA TAHU

7/20/2015 11:58:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

Sekembalikan ke kotaraya ni.. Maka raya bagi aku dah abis la. Alhamdulillah Tahun ni masih ada rezeki pulang berhari raya kat kampung halaman dengan family. So, balik je sini kembali ke rutin harian macam biasa la. Entri pasal raya.. nanti la free aku karang yer.. Mesti ada cerita raya kalau dah beraya kan. Hari ni kita warm up blog dengan entri informasi dulu.. Yelah.. banyak makan ketupat, lemang bagai.. maybe ada yang dah lupa perkara bahaya yang boleh berlaku di dunia maya ni.

Walau pesanan, peringat, info bagai di sebarkan secara meluas di laman sosial mahupun media cetak tetap ramai masih jadi mangsa penipuan online. Nak kata tak celik IT boleh pulak tertipu secara online.. Bermakna dia pandai jugak la guna internet tapi entah kenapa dia tak reti jugak nak baca info berkenaan penipuan online kan? Tapi ramai manusia jenis lagi tak kena batang hidung selagi tu dia alert.


So atas dasar prihatin tentang jenayah penipuan online yang masih berleluasa sekarang ni meh aku share dengan hangpa 9 jenis penipuan secara online yang biasa di gunakan oleh penipu untuk memperdayakan mangsa. Ada sesetengan orang masih tak tahu modus operandi penipuan macam ni jadi elok sangat la baca. Tapi tak sopan pulak copypaste artikel orang kan.. So marilah korang ramai - ramai baca kat sini >> 9 JENIS PENIPUAN ONLINE YANG MESTI ANDA TAHU <<

Moral of the story... Kena ingat penipu dia punya imaginasi sangat luas. Dia boleh mencipta cerita yang kita sendiri kadang2 tak sangka benda tu taktik nak menipu. Jadi.. nak buat keputusan apapun make sure double triple check tu kesahihannya

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com