DAH BOLEH BELI BARANG DI SHOPEE SECARA BERHUTANG

5/28/2021 02:08:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

DAH BOLEH BELI BARANG DI SHOPEE SECARA BERHUTANG. Siapa kat sini adalah pembeli atau pelanggan shopee tegar? Mesti ramai kan? Termasuklah saya. Yelah.. kat shopee senang nak cari apa apa barang pun. 

Di tambah waktu pandemik ni kita di sarankan untuk kurangkan pergerakan dan elak mengunjungi tempat tumpuan ramai. Yang menakutkan bila muncul mutasi mutasi baru yang lebih agresif dan cepat berjangkit. Menjadikan statistik kes harian covid 19 semakin naik dengan mendadak. Paling sedih kebanyakan kluster baru yamg muncul adalah dari ketidapatuhan individu individu tertentu pada SOP.

Jadi membeli belah secara atas talian ni salah satu cara untuk kita kurangkan pergerakan dan mengelak dari mengunjungi tempat tumpuan ramai.

Saya walau tak ada nak membeli apa apa pun memang suka window shopping kat shopee sambil sambil kumpul daily couns rewards tu. Benda free ambil je la kan.nanti nak membeli boleh tebus. Hari ni ternampak satu tawaran baru dari shopee iatu SPayLater. 

Apa tu SPayLater? Yang saya faham ialah kita boleh beli barang dulu bayar kemudian. Macam hutang masuk buku 55 pulak shopee sekarang yer. 

Tak tahu semua pelanggan boleh menggunakan SPayLater atau yang terpilih sahaja. Hangpa boleh la buka applikasi shopee hangpa check la sendiri. Sebab tengok kat notification saya dia tulis konon saya salah seorang pengguna bertuah yang terpilih.
Tapi saya tak terfikir nak guna SPayLater ni sebab saya takut nak berhutang. Saya bukan ada gaji tetap tiap tiap bulan pun. Tak larat pulak nak peras ugut laki sendiri bayar hutang shopee nanti. Ada duit kita membeli. Tak ada kita add cart sampai penuh.

Apapun.. kalau nak guna SPayLater ni pastikan anda ada pendapatan tetap. Almaklum kita masih dalam pkp ni. Ada orang punca pendapat dah jadi tak tetap. So elakan membuat hutang pada perkara yang tidak perlu.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com