CERMIN

1/22/2010 12:37:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

Malam...
Terdengar sepantun lagu
Irama di malam syahdu
Gaya nada rindu

Oh ! Malam...
Sungguh kau berseri-seri
Wajahmu di malam hari
Hilang rindu hati

Jangan sedih hati
Oh, Janganlah rasa pilu
Senyum... Senyum bunga
Kuntum, Mekar segar dan mengharum

Oh ! Malam...
Hati resah rasa sunyi
Jiwa ku resah dan sepi
Waktu malam hari

Jangan sedih hati
Oh, Janganlah rasa pilu
Senyum... Senyum bunga
Kuntum, Mekar segar dan mengharum

 Karaoke kita tengahari ni kan, tapi lagu malam, bleh?? Tebiat nak mampus apa? Takde la.. Cuma amik mood romantika di tampoi sat tengahari ni sementara nak tunggu time nak pi melantak.. Uolls, kenapa korang suka jadi burung hantu yang tak tau nak tido?? Aku tengok chatbox frenzy tak sepi2 tiap2 malam.. Korang anemia ker?


Tu dia.. Chat hingga ke napas terakhir

Maybe korang dah semakin taksub kan berchatting sampai tak kenal dah bulan dan matahari? Maybe korang siang tak buat apa2 so bleh la membuta sampai petang. Atau korang spesis yang memang tak tido sepanjang hidup.. (spesis semut ke hapa ni??)


Matila.. sampai skang aku tak tau bila semut tido.. korang tau??

Uolls.. Jom la kita ke segmen cerita ceriti.. Tak reti2 lagi ker?? Amik tempat masing masing.. Dok bersepah watper!!


Pose jangan tak pose makcik2 wei.. Cangkung pun cangkung la

Ok cerita ceriti kita pagi ni bertajuk.. "JOM.. cermin diri". Mampus semua pakat lari amik cermin.


Cermin! Cermin! Aku datang cermin..

Taknak la amik full body yer.. kita fokuskan kat muka jer.. Pernah tak korang membelek muka sendiri?? Soklan paling bahlol kan?/ Mesti la penah.. Tapi persoalannya penah ke korang menilai muka sendiri? Tu pun soklan kategori lembu juga.. Jawapan sudah pasti pernah. Beralih kepada point lebih bijak.. Korang rasa kat muka korang part mana paling menarik?? Tu dia pakat senyum simpul malu2 nak jawab lak...


Malu la muka i terlalu subur.. terpaksa I pakai mask

Korang belek la muka sendiri & jawab depan cermin yer.. sambil baca jawapan dari aku. Dulu aku pun tak tau part mana paling ensem kat muka aku ni.. (Mati la pengkid temanya kalau dah pompuan ensem). Tercari cari gak.. Aku rasa kombinasi kat muka aku ni dah ok la.. Takde lebih & kurang. Penah juga aku syok sendiri & rasa mata aku ni agak ensem sebab aku memiliki sepasang mata yang besar gedabak.. Tapi jarang aku menerima pujian kat mata.


Antara mata yang aku labelkan sebagai Cantik


Peratus yang mengatakan bibir aku agak menarik & comel tu.. mengatasi objek2 lain kat muka aku. Persoalaannya.. Comel ke bibir aku?? Bagi aku la.. Aku rasa bibir aku biasa jer.. Tak besar & tak halus sangat. Saiz mulut pun sederhana.. cukup la untuk sesuap nasik


Kau ado bibir terjulur camni?? Seksi seksa beb!!
 
Apa yang aku harapkan adalah memiliki sepasang mata yang besar, bulat & bercahaya macam kartun animasi tu.. Tapi kita haruslah bersyukur dengan apa yang ada kan?? So, sebagai tanda kesyukuran aku tak ubah apa2 yang aku miliki kat wajah aku.. Tiada botox, suntikan vitamin C or plastic surgery. Lagipun aku tak mampu nak buat semua tu.. Sebagai kuli yang berpendapatan cukup2 melantak ni, aku hanya mampu beli eyes liner jer...

Mampus.. advertise mata sendiri
 
Hidung pulak.. mewaris ayah & nenek sebelah ayah maka terhasil la hidung yang agak membukit (mancung). Atas kombinasi semua objek2 kat muka aku ni.. Dikatakan oleh kebanyakkan sanak sedara & kaum keluarga, seiras arwah nenek sebelah ayah. Tapi apsal aku kementot padahal arwah nenek tak kementot??


Budak mana la kat skolah dulu paling kementot x tau.. Bukan aku walau aku rasa aku paling kerdil
 
Aku tak menuduh aku cantik & jarang plak aku rasa diri ini jelita apatah lagi rupawan.. Tapi aku bersyukur di kurniakan wajah yang sempurna pancaindera.


This is me.. who cares???!!

So, Uolls cermin2 kan la diri k.. sesungguhnya setiap kejadian di dunia ni ada kurang & lebihnya. So, bersyukur dengan apa yang di beri, Insyaallah kita akan nikmati hidup sama macam orang lain. Chow cin cang dulu...


Out dulu.. bz!

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

Talam Karat berpuluh muka

1/20/2010 12:35:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

Bosan!!!!!!!!!!!!!!!


Tu dia intro.. masuk2 dah melalak bosan, ko kenapa??? Memang sangat bosan malam ni... Tak tau nak buat apa. Nak buat bodoh pun.. dah abis level bodoh aku score ni.



Aku sebenarnya ngantuk tapi ntah napa masih degil untuk tido. Puas dah aku jelajah blog2.. Sampai naik muntah aku nak baca. Dok jenguk2 ruang mengumpat mana2 bleh join tapi takde lak yang menarik untuk aku tumpang sebontot bergosip.


Tumpang sebontot yer bang..


Ting!!! idea..


Meh sini dekat skit.. Kita ke segmen mengumpat sambil belajar. Episod.. talam karat berpuluh muka.


Op's pic tak relevan sangat

Korang penah ter'kenal' dengan spesis yang tak pupus camtu? Kat mana2 pun ada spesis camtu. Sangat la bahaya sebab dia umpama makhluk '2 alam'. Dia akan nampak baik dengan semua orang sebab...
1. Taktik dia memang camtu untuk cari pengaruh & buat orang percaya dengan dia
2. Dia memang informer so tugas dia mencari seberapa banyak info untuk di kongsikan.

Spesis ini "Amat bahaya sebab mulut dia bersaiz longkang tahap logi taik." Alkisahnya seorang ni.. Seperti biasa nama, umo, saiz badan & muka di rahsiakan la.. Aku selalu perhatikan dia kat opis & showroom.. Bila dalam kumpulan di showroom, mulut dia tak henti mengutuk hebat si makhluk kat opis.. A to Z dia cerca ni.. Bila kat opis pula abis semua cerita geng kat kat showroom lak dia umpat. Lama gak aku perati perangai dia.. Sungguh bahaya! So, aku sentiasa berhati2 nak cakap apa2 pun dengan dia ni.


Memang patut pun kaki ku dalam mulut mu.. nak sedap kaki cekam

Spesis camtu memang dimana2 saja ada sebab spesis macam tu adalah spesis orang yang nak jaga kepentingan dia sampai sanggup pijak orang lain. Spesis camtu dia takde istilah kawan or musuh. Bagi dia musuh & kawan adalah satu level yang sama.. Sapa2 je boleh jadi musuh dia & kawan dia bila2 masa jer.. Bila dengan si A.. Si B adalah musuh sebab dia akan memburukkan Si B & bila dengan si B lak, dia akan memburukkan si A. So,orang bodoh akan percaya & anggap dia kawan baik tapi bagi aku yang membesar bagai Juara..'Mungkin tidak..'.


Well...

Walau aku tak dengar lagi la dia mengumpat sal aku.. walau aku percaya aku juga tak terlepas dari jadi bahan umpatan dia tapi aku tetap takkan percaya orang camtu. Setakat say 'hi' jer.. Nak rapat sampai berlaga pusat tu..'Never!'



Berhati2 la korang bila mengenali makhluk seperti itu.Jangan biarkan hidup korang di selebungiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... "Hanjeng" seperti itu yer..


Sungguh seram spesis hanjs cmni..

Tanpa kita sedar orang itu adalah musuh yang paling rapat dengan kita setiap hari.. Pada orang itu..Semua orang nak jaga kepentingan diri tapi berpada - pada. Bersifat talam yang bermuka kurap camtu tak kemana. Satu hari orang akan tau juga.. or memang sekarang ni ada orang yang dah tau perangai hanjs ko tu. Orang akan perlahan lahan menjauhkan diri dan lama kelamaaan.. maybe ko akan di anggap halimunan & tak siapa peduli lagi. Apapun ko berbakat sebagai wartawan.. tahniah!


Wartawan yang berkonsepkan.. Mami jarum la!

Okies la Uolls.. Time to......


Salam sejahtera & selamat malam

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SIHIR

1/11/2010 01:50:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

Tu dia title entry kali ni agak seram kan?? segala bulu roma, bulu idung, bulu ketiak, bulu kening & bulu mata meremang dengan tajuk entry kali ni. Jangan ada yang histeria k sebab kisahnya takde la menyeramkan sangat. Ala2 cerita zombie kampung pisang jer...


18sk jer.. (seram kelakar)
 
Penah korang kena sihir? Amacam? Tentu tak best kan..


Laku la kedai colok dek bomoh2 sesat camni kan??
 
Alkisahnya kawan aku yang sorang ni.. siang tadi aku ada berborak sekejab ngan dia. Tup.. tup.. dia cakap dia dah benti keja. Pehal lak kan? Keja dah ok.. gaji pun not bad.. asst. software engineer tu.. bagi fresh gradute macam dia dengan gaji yang mencecah 3k++ tu aku rasa not bad la sebab aku ni kan cuma golongan kuliketif jer.


 Den buruh jo.. apo nak buek kan??

tanpa berahsia.. terus la si kawan aku ni story mory sal dia kena sihir & skang dia di terengganu untuk rawatan dengan seorang pengamal perubatan Islam. Sebelum ni memang dia slalu sakit2 yang tak tau punca. Baru2 ni pun dia ada masuk wad.. Doktor pun tak dapat detect penyakit dia. So, bila doktor sendiri cakap dia tak sakit padahal dia sakit family dia beralih la ke rawatan tradisional lak..


Rawatan altenatif biarlah yang tak memesong kan??
 
Sah2 la kena buatan orang yang dengki.. Dia sendiri tak tau sapa & apa sebab orang sihirkan dia. Bagi aku la.. Memang tak logik la orang nak khianat dia. Yang aku kenal dia ni jenis tak kacau hal orang, nak bercakap hal orang pun susah apa lagi nak aniaya orang. Orang sound dia pun.. susah dia nak menjawab. Yang dia tau diam & menangis..


Gud girl..

Aku ada gak tanya.. sapa yang buat. Dia cakap dia tak tanya pun.Katanya dia tak nak tahu siapa yang aniaya dia sebab dia tak nak berdendam yang penting dia sembuh. Sekarang pengamal perubatan Islam tu cuma suruh dia amalkan beberapa surah. Katanya dah ok skit berbanding sebelum ni..


Hope cepat sembuh yer pastu ko bom je sapa yang sihirkan ko. Baru Up 2 date

Di zaman moden serba maju & laju ni pun ada manusia kuno yang suka main bomoh2 ni kan?? Orang dah pakai Bom.. ko still pakai air liur bomoh lagi. Kalau tak puas hati bersaing la cara sihat bukan jampi serapah susahkan hidup orang lain. Ko pk di dunia ko lepas.. Mati sok ko terlepas ker? Takut sebelum kojol pun ko dah terima azab jer.. Nak mati pun siksa selagi ko tak minta ampun pada orang yang ko aniaya tu.


Kan.. Sapa soh ko meng azabkan hidup orang
 
Tetiba teringat lak aku satu kisah yang terjadi kat batang idung sendiri.. Bukan aku kena sihir tapi di syaki menyihir orang. Gila kau! Kisahnya kat opis lama.. Aku amik cuti balik kampung time tu. Tak tau la apa jadi kat opis. Balik dari kampung, aku masuk keja ada sorang adik ni.. bagitau aku si akak gempal dua ekor ada cakap sal aku. Yang Si gempal pertama ni cakap dia rasa tak sedap badan.. rasa lain macam.. Yang si gempal kedua lak terus point aku bomohkan si gempal pertama ni. Siap tanya samada gambar dia ada tak pada aku.


Takat size gajah bunting.. x sior teman nak simpan pic ko
 
Kojo gila.. Aku balik kampung nak jenguk ayam itik.. lembu kerbau (Yolah tu..) bukan nak bertandang umah bomoh semata mata nak sihirkan ko! Aku tak tau apa motif dorang tuduh aku camtu.. Tapi yang pasti sebab PHD (perasaan hasad dengki). Yelah aku kan paling rapat dengan bos.. Selalu je jadi best staff kat situ kan. Patutnya aku yang syak dorang sebab dorang dengki aku.. Ni terbalik aku lak di syaki.


PHD
 
Macam2 manusia ni.. Tapi sampai last day aku keja kat situ aku tengok masing2 makin gempal je takde pun tanda2 macam orang sakit kena bomoh. Sihat wal'afiat pun. Aku je makin kurus.. Pun camtu tak terdetik aku nak tuduh dorang bomoh aku. Aku makin kurus sebab aku sakit yang di bomohkan nyamuk jer...


Tu dia bomoh susuk.. 
 
Pada semangkuk manusia2 camtu.. sedarlah! Hidup ni bukan selamanya.. esok  lusa ko terbenam gak dalam tanah. Dosa dengan Tuhan ko bleh minta ampun.. Dosa dengan manusia, kalau dia tak ampunkan ko camna?? Lu pikir la sendiri k..


Nabil gak julang award.. ko?? Dok julang kain kuning jer
 
Ok la dah lewat sangat.. Haruslah membawa diri mencium hapak2 bantal & tilam.. Sembur Febreze sat noh bagi wangi..


Tido yang nyaman..

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

AKU YANG BERDOSA

1/10/2010 12:27:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

Hidup!!



Adakah ini kehidupan? Aku cuma seorang aku.. Seorang manusia yang tidak sempurna.. Kenapa mengharap aku lebih dari apa yang aku mampu?? Terima aku seadanya.. Kenapa mesti meminta lebih dari apa yang aku ada?



Maaf.. Kiranya aku pernah melukai.. lebih sakit luka yang aku rasai hari ini. Melayari hidup sendirian.. Aku tidak minta diberi sepenuh perhatian. Cukup.. sekadar memastikan aku selamat di bumi Tuhan.



Jangan lukai hati aku lagi.. Jangan rosakkan jiwa ini? Izinkan aku berjalan di landasan bumi Tuhan dengan ketenangan.



Tuhan.. Ampuni aku atas kelalaian dalam nikmat Mu.. Tuhan.. ku harap petunjuk Mu memberi aku laluan kepada kebenaran. Tuhan.. jangan meminggirkan aku dari lindungan Mu.. Tuhan.. jangan singkirkan aku dari Rahmat Mu.. Ya.. Tuhan ku.

Kasih Mu bagai air mengalir
Salju dalam jiwa nan resah
Hati yang layu kembalilah mekar
Bila nama Mu kusebut-sebut

Tak terungkap kasihku pada Mu
Dalam suka mahu pun duka
Tiada tandingan cinta Mu di dunia
Unggul kekal selamanya

Dari terbit mentari hingga dasar laut
Sebesarnya alam sezarah kuman
Namun tak tertanding kuasamu kasih
Jatuhku bangunku Kau tetap di sisi

Sungguhnya aku yang berdosa
Sehina-hinaku rendah diri
Biar ku terpalit juta noda
Masih ada ruang keampunan

Dari kerdipan bintang hingga kilau pasir
Agung ciptaan Mu akal tak sampai
Semulia-mulianya segala kejadian
Kerdilnya aku di mata Mu

Kasih Mu bagai air mengalir
Salju dalam jiwa nan resah

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BACK TO SCHOOL

1/02/2010 02:38:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Selamat tengahari semua.. 2010 dah menjengah, korang tak ubah2 lagi ke atitute bangun time matahari terpacak?? (Mengata dulang paku tersepih ni...) Adik2.. dah iron baju.. dah kapurkan kasut & dah beli buku2.. bagi yang dok kedah perlis & kelantan tu esok dah start skolah kan.. bagi negeri2 lain Isnin la kan??
Let's back to school

Cerita bab sekolah ni.. Teringat lak aku hari 1st day masuk darjah satu.. excited giler beb! Tak lena tido.. rasa lambat giler la nak pagi.. Bukan apa excited nak pakai baju baru, kasut baru, beg baru & segala - galanya baru la menjelang esok.
I'm ready to school... 

Aku dari kecik memang tak dimanjakan sangat.. Hari pendaftaran je Ayah aku bawak aku gi skolah.. hari pertama masuk darjah satu aku pegi skolah sendiri naik bas skolah yang amik depan umah dengan kakak2 ku. Almaklum la mak bapak aku bekerja... Adik beradik lak ramai.. (6 orang perempuan yang jaraknya tak jauh..) Aku darjah satu akak aku no 2 darjah 2, akak sulung kalau tak silap darjah 5. ada 3 lagi adik kecik.. bawah aku 6thn.. pastu 4thn & 3thn.. Bayangkan la Uolls.. betapa hebatnya mak aku boleh manage anak yang kecik2 camtu walau dia bekerja.


Gadis Gadis mak ayah dah membesar bagai Juara skrang.. (*sekadar hiasan)

Pun camtu.. kehidupan aku masa kecik tak seperti korang la.. Lebih banyak berdikari. Ayah aku akan balik tengahari masak untuk anak2 dia balik skolah makan. Mak aku petang pukul 6 baru balik keja. Balik je keja mak akan mandi, cuci baju pastu memasak untuk dinner. Mak aku memang sangat garang masa aku kecik.. kuat membebel.. Tapi sekarang aku faham kenapa.. Mak penat keja. Tapi mak aku bukan jenis yang mengongkong.. Aku membesar dengan diberi kebebasan.. Alhamdulillah.. Dari kecik sampai besar kami adik beradik walau takde la mewah tapi cukup makan pakai & belanja sekolah sampai la ke IPT walau aku takde masuk IPT pun.. Tu la balasan budak nakal malas belajar!!


Tu la.. Orang masuk kelas Ko masuk longkang.. Last Orang masuk U ko U-turn jer

Berbalik cerita 1st time jejak kaki ke skolah.. (Tak termasuk tadika yer..) Hari 1st memang teruja nak gi skolah. Sampai sekolah.. perasaan pilu tengok orang lain ada mak bapak temankan.. Aku?? Membawa diri sorang diri masuk kelas. Perasaan excited tu.. Dah macam takde time tu.. Yang ada malu.. sedih.. & Takut pun ada gak. Yelah.. Tak kenal sapa2 melainkan ada la kawan2 tadika aku dulu tu tapi masa tadika aku amat la pendiam sampai tak berkawan dengan sapa2 kecuali kawan baik aku siti. Tapi siti muda setahun dari aku.. So bila aku masuk darjah 1 dia masih lagi 6 tahun.


Orang lain ada mak ayah temankan.. aku Uwaaaaaa

Bila kat skolah tu.. Dok hitung jam je nak balik. Yelah di kelilingi orang2 yang tak kenal dengan suasana baru kan?? Tapi aku respek cikgu Ramlah.. Masa tu dia guru kelas aku. Amat baik & penyanyang.. Sayang sangat aku kat dia. Bila ada student menangis dia akan pujuk.. Tapi aku paling gerun cikgu English aku.. Silap skit kena cubit or pulas perut. Sampai bila dia masuk kelas je blom start mengajar dah ada student meraung.. Cikgu zaman aku tak macam cikgu zaman sekarang. Sekarang ni silap skit court.. Cikgu zaman aku silap skit siap kau!


Ada yang taknak masuk kelas sebab takut cikgu.. terpaksa la mak dia pun belajar skali

Masa aku darjah satu perangai aku masa tadika masih lagi terbawak bawak.. Pendiam! Jarang bercakap dengan sapa2. Time tu aku ingat lagi kawan baik aku cuma Siti Anisah..


 Kat dalam kelas pun senyap jer aku dengan muka sposen

Mengungkit kisah2 lama ni memang akan buat aku tersenyum walau memori tu kadang2 yang kelat2 belaka. Apapun.. terasa cepat sangat kan waktu itu berlalu. Kalau dulu rasa nak cepat besar tapi sekarang rasa nak sangat kembali ke zaman kanak2 ribena tu.


 Zaman tu gak baru nak rasa gatai - gatai tengok budak laki cute


So, pada adik2 yang nak mulakan sesi persekolahan tak kira esok or lusa.. Selamat kembali ke sekolah yer. Jangan 1st day ko dah monteng (Macam aku masa hari 1st skolah form 5.. Dah la masuk skolah baru.. Dah tu masuk half day.. pas break time aku cabut. Kelas tak Uolls..)


Orang wakil skolah lari berpagar.. Kau lari dari skolah lompat pagar.. Bleh gitiew??

So, Happy back to school.. Yebababa!!


0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TAMATLAH RIWAYAT KESAN DEGIL

1/01/2010 05:13:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

Happy New Year........ (Pong Pang Ping Pung.. Tudia bunyi bunya api Uolls)


Tu dia.. Korang ada bleh buat camni??
 
Masing2 dah buat lambaian terakhir pada 2009... Dan menyambut dengan salam 2010, kan?? Punya la senaraikan azam bagai ni untuk tahun baru padahal azam yang lama tu.. Dok bersawang lagi tak tertunai pun. Azam I... Ntah ler. Tak terfikir pun. Bleh gitiew??


 Sat.. Nak cari ilham untuk azam baru

Menjengah sekejab Memori 2009... Apa ada?? Jom kita selak2 celah kalender 2009 sat.. belek2 apa yang terjadi...


Mac, Demam Chikungunya
 
2009 adalah tahun yang paling menduga.. Penuh liku sikunya.. Thanks God I'm still alive dengan prinsip Life must goes on. 2009 banyak mengubah segalanya tentang diri dan hidup aku. Ya.. Aku terlalu berbeza berbanding 2008. Mengajar aku menjadi seorang yang penyabar & tabah untuk melayari hidup di zone bangkalusia ni. Di sebalik pahit maung gaung 2009 tetap aku bersyukur dengan apa yang datang dalam hidup aku.



 Thinking about future


2010.. satu pengharapan baru.. Semoga Tuhan permudahkan perjalanan hidup aku.. Pertemukan aku dengan Jodoh ku (Tu pun kalau berjodoh la).. hope better than before.

Tangan sapa la tu ekk... So, wait & see
 
2010.. semoga tiada lagi kesan kotoran degil.. saki daki 2009.


Tidoq dulu noh... (My Lovely cat.. Hanya dlm kenangan, Miss Udoh so much)

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com