Haritu dok baca blog Ben Ashaari pasal jiran dia yang mula2 pasal sampah.. lepas tu pasal jemur baju kecik kat luar tanpa cover.. lepas tu katanya jiran dia tu ada follow instagram dia ke hapa dapat tahu en ben ni cerita pasal perangai dorang tu kat blog makan dorang macam tak puas hati sangat la kot.. Secara detail cerita tu tak berapa ingat sangat.
Tu kisah Abang Ben Ashaari tentang jiran2nya tak tak reti nak jaga kebersihan & tak reti rasa malu bila nak jemur baju2 & seluar2 kecik. Ni kisah jiran den.. bukan jiran sebelah kiri atau kanan jugak bukan jiran depan pintu tapi jiran tingkat atas. Kiranya bumbung rumah den lantai rumah dia la. Dulu ingat rumah atas takde orang & ada hantu sebab manjang dengar bunyi guli jatuh.. orang seret2 perabot tapi takde la rasa seram pun dengan bunyi2 tu sampai en husband pi siasat. Rupanya ada orang tinggal. Sebuah keluarga gitu. Bab2 bunyi tu takde masalah.. orang ada anak tengah membesar biasa la main2 campak barang ni.
Yang aku kesah ala2 mak esah ni.. Perangai jenis fikir perut dia je. Kejadiannya satu pagi sabtu yang indah iatu semalam.. Tetiba dengar bunyi air jatuh atas bumbung kat tempat mengampai baju dengan kuat. Dah macam batu jatuh atas bumbung tu. Kita pun nak tau juga apa kes.. pergi la siasat kat tempat ampai baju tu. Wah.. sudah lebih. Air yang depa simbah tu dah tempias masuk kat tempat ampai baju yang kebetulan memang ada baju. Basah jugak la... Lepas sekali dia menyimbah.. menyimbah lagi dan lagi maka menyirap jugak la darah ku ini.
Den keluar jenguk jugak ke atas dari tembok tepi rumah. Cakap jugak la.. Agak2 la nak simbah air pun ni sampai masuk dalam umah orang, basah baju orang jemur. Tetiba jenguk sorang budak kecik menjawab dengan kereknya.. Ada sampah la! Ayat tu dengar biasa tapi nada dia kau rasa macam nak lempang je budak tu. Berlagak sungguh tanpa rasa bersalah. Aku pun sound jugak la budak tu.. Ko cakap baik2 sikit. kang aku sepak (
bukan terajang, sepak = lempang) kang. Mak kau mana.. suruh dia keluar aku nak cakap. Lepas tu budak tu buat tak tau je.. Den pun diam masuk rumah.. tak sampai seminit dia simbah lagi. Takpe la.. kalau esok hari kau buat lagi aku takde nak berdiskusi dari tembok sambil mendongak keatas dah.. aku pi ketuk pintu umah hang nanti. Kali pertama.. biarlah setakat tu je.
tempat jemur baju dia lebih kurang macam ni la tapi den tutup sebab taknak orang nampak baju2 den tak kira la yang kecik atau yang besar kan. Takde la nak gantung sampai bawah macam gambar. den gantung dalam pagar jer..lepas tu keliling dia di tutup tapi bila jiran atas simbah air..tempias jugak sebab bahagian atas ada jugak ruang sikit buka. dah la jemur takde panas.. so kena bagi la ruang angin sikit. Inilah nasib duduk rumah apartment budget ni.(Gambar ni bukan rumah den tau.. sekadar hiasan)
Faham dia nak cuci sampah2 yang kadang2 orang atas buang tersangkut kat bumbung tempat jemur baju umah den ni. Sakit mata & nampak kotor bila orang atas pandang tapi guna la kaedah lain. Guna la penyapu. aku pun pernah buat.. tapi takde sesuka hati nak simbah air. Kat tempat jemur baju tu bukan berdinding cuma dia grill jer.. tu pun nasib baik kita tutup jugak sikit sebab taknak orang nampak baju bajan terjemur kat situ.
Aku ni bukanlah jenis suka bergaduh dengan jiran2 sangat pun. Selama tinggal kat sini sorang je jiran pernah kena sound dengan aku tu sebab mulut dia mengalahkan syaiton. Abis semua di jaja cerita bukan2 pasal aku padahal aku kenal pun tak orang2 kat situ. Ni kali kedua la jiran yang aku sound. Den memang jarang amik pot pasal jiran2.. kau nak bising ke memekak ke.. lantak la janji tak kacau rumahtangga aku sudah. Tapi kalau sampai dah ganggu dalam rumah kita takkan nak buat tak tau jugak. kena la jugak bersuara,
Pada jiran2 kalau orang tegur tak reti nak timbangrasa jugak jangan marah kalau kau terbaca jiran kau canang dalam blog perangai buruk kau tu. Reti2 la hormat hak & hidup orang. Duduk kat rumah bertingkat2 ni jiran2 kau bukan setakat kiri kanan & depan je.. atas bawah pun jiran jugak. ada paham??
9 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini