SAYA CABAR KAMU ANONYMOUS!

7/31/2011 01:19:00 AM suria lekatlekit 30 Comments

Mengikut kajian sang lekit dari blog melekat lekit, Bila ada sesuatu isu yang hangat, hangit & hangus di kupas kupis & kopek kat blog ni mesti jadi sasaran En/Cik Anon. Yelah.. bila sesuatu isu yang tengah mengelegak.. Semua orang akan cari & baca. Bukan sesuatu yang pelik kalau ada orang yang menyokong atau membangkang. Perkara biasa la tu.

Kedatangan Anonymous ni petanda entri tu mendapat liputan meluas sehingga mereka - mereka yang tak kenal dengan blog melekit sebelum ni turut serta untuk mengeluarkan komen & pendapat. Terima kasih juga la pada pendatang tanpa nama (Anonymous) yang sudi menyinggah & mencemar duli di blog ni. Sekurang - kurangnya korang boleh berkenal kenalan dengan blog melekit & memperkenalkan pada kawan - kawan lain tentang kewujudan blog melekit ni secara tak langsung walau tujuan sesi berkenalan tu untuk mengangkut bala tentera Anon menyerang secara pukul curi. kekekekekeke

Pukul curi la kalau datang tanpa identiti. Umpama halimunan.. Ada kata - kata takde nama atau rupa. Nak buat kunjungan balas pun tak dapat apatah lagi serangan balas. Apapun kata - kata yang di lemparkan oleh pendatang blog tanpa nama ni.. Takde satu pun rasanya buat sang lekit down apatah lagi rasa give up dalam menulis blog. Bagus usaha kamu En/Cik Anon walau kurang berjaya. Kamu boleh cuba & cuba lagi yer untuk lain masa, waktu & ketika.

Apapun Anonymous.. sehebat mana kutukan & kritikan kamu terhadap penulisan di blog melekit ni namun takde satu pun yang sang lekit kagum selagi kamu datang tanpa identiti. Orang pengecut mana boleh di jadikan idola atau contoh, kan?? Sang lekit cabar  kamu (Anonymous) jika kamu seberani sang lekit mengupas isu panas dengan pandangan & pendapat peribadi tanpa gentar dengan kritikan & kutukan kaum kerabat kamu, tampil dengan identiti. Kalau tidak kamu bukan lawan sang lekit! Kamu pengecut & tidak layak berada dalam golongan kami yang berani, gagah, kental & perkasa ni. Apa macam?? Ada berani ker??

30 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana meninggal dunia

7/30/2011 11:18:00 AM suria lekatlekit 14 Comments

Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.(Rujukan : Blog Sensasi )

Takziah kepada keluarga beliau & Al-Fatihah kepada Arwah. Moga Rohnya di cucuri rahmat & di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

14 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PEMINAT CIKGU SHIDA BENGANG DI UGUT BELI PRODUK

7/29/2011 08:26:00 PM suria lekatlekit 39 Comments

Terbaru dari ladang..Semalam ramai yang update status FB pasal bola kecuali seorang  Hamba Allah yang berperangai DIVA sorang ni je buat kecoh sekejab kat FB dia. Tak Diva mana pun tapi berlagak macam Diva jer.

Dari tajuk pun korang tahu orang yang di maksudkan. Cikgu shida ni tak habis - habis buat kontroversi kat FB dia. semalam sang lekit baca status gila dia & komen - komen peminat beliau yang mula marah dengan sikap angkuh, berlagak & poyo dia yang kian menjadi jadi dari hari ke hari. Korang nak tahu apa kes.. Jom tengok laporan dari lampiran yang sempat sang lekit printscreen sebelum cikgu shida remove status & komen pasal kes ni kat FB dia..

Kau boleh paksa orang support bisnes kau dengan cara ugut peminat?? (Nak baca lebih banyak laporan sila clik readmore kat bawah yer)

39 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BELUM KENA BATANG HIDUNG SENDIRI.. SENANG LA CAKAP!

7/29/2011 03:16:00 PM suria lekatlekit 15 Comments

Bila sang lekit mengupas isu panas yang berunsurkan pandangan peribadi memang dapat feedback yang banyak termasuk dari golongan pendatang blog tanpa nama (Anonymous). Ada yang terima dari sudut positif ada yang menganggap komen sang lekit pada isu tu contoh macam entri isu Elia & Apek tu sebagai satu kritikan, kutukan yang membunuh. Tapi sang lekit terima selagi hujah dorang tu masih beralas adap & sopan.

Ada yang anggap.. 'Senang la cakap kalau belum kena batang hidung sendiri'.. Bak kata pepatah mencegah lebih baik dari merawati. Takkan nak tunggu terkena kat batang hidung dulu baru nak menyesal. Entri pasal status & komen Cik Elia yang terlalu peribadi di kongsi kat laman FB beliau tu niat sang lekit untuk di jadikan contoh supaya kita jadikan panduan sekiranya perkara tersebut berlaku pada diri kita nanti.

Sang lekit bukan bercakap kosong tapi berlandaskan pengalaman sendiri yang pernah melalui situasi yang amat menduga dimana waktu tu rasa macam takde lagi jalan penyelesaian yang mampu memulihkan apa yang retak. Malah rasanya apa yang sang lekit lalui tu lebih hebat dari Cik Elia cuma sang lekit tak pernah bercerita secara terbuka kat mana - mana laman sosial. Bagi sang lekit ia terlalu peribadi walau waktu tu rasa hampir putus asa & tak harap lagi ia dapat di pulihkan. Dugaan menjadi seorang isteri di awal perkahwinan mengajar sang lekit apa itu kesabaran. Hanya sabar & tabah jer yang menjadikan hari ini lebih baik dari hari yang lepas.

15 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

APEK VS ELIA. PEREMPUAN LEBIH SUKA CANANG KISAH PERIBADI?

7/28/2011 10:01:00 AM suria lekatlekit 52 Comments

2 3 hari ni sang lekit agak pelik bila tengok jumlah views entri lama yang pernah sang lekit buat pasal contest cik elia & adik beradik dia dulu. Kenapa tiba - tiba jer banyak views untuk entri lama tu?? Bila Blogwalking maka tahu la kenapa & mengapa tiba - tiba semua orang nak baca kisah cik elia tu. Pasal kes dia & tunangnya yang dah popular sekarang ni di katakan ada masalah berkaitan dengan orang ketiga.

Ada baca di blog Rara @ Safura semalam & tengok juga gambar & copy status & komen di FB Cik Elia yang Rara attach dalam entri tu. Taknak la komen macam mana hubungan dorang yang dulu bagai bulan madu di awan biru yang di canang2 Cik Elia di blog beliau tapi apa yang sang lekit nak kopek adalah isu canang kisah peribadi & kesannya je.

Apek & Elia. Carian Google

Dari apa yang sang lekit tengok.. memang tak di nafikan kaum perempuan lebih banyak suka mencanang kisah peribadi tak kira la dengan kawan - kawan di dalam & di luar alam maya ni. Kalau tengah bahagia tu. Sampai sang arjuna bagi gula2 hacks sebijik pun nak cerita kat orang. Kononnya sweet memory. Tapi bila jadi sesuatu yang tak elok pun dia tetap memilih jalan mencanang pada umum juga. Macam kes cik Elia tu.. Dari status FB yang sang lekit baca (Rujukan dari blog Rara) dia ada bagitau tentang perangai si tunang dia yang bersikap kurang ajar dengan mak dia. Harus ker di bagitau kat orang luar?? Itu masalah peribadi yang seeloknya di bincang & selesaikan secara tertutup. Masa baik semua cantik, bila dah buruk yang wangi pun jadi hapak. Manalah tau tiba - tiba lepas ni hubungan dorang kembali pulih.. Tapi cerita pasal apek kurang ajar dengan mak elia tu tetap orang akan ingat & melabelkan apek seorang yang kurang ajar, mungkin juga anggap kenyataan elia masa tu sekadar sakit hati & nak menjatuhkan si apek. Itu salah satu padah yang mungkin di terima di masa akan datang.

Dorang dah di kenali ramai.. Jadi setiap kenyataan yang keluar akan menjadi perhatian orang lain. Berpada pada la dalam berkongsi cerita di laman sosial sebab benda macam ni akan menyebabkan masalah lain pula timbul. Itu lah keburukkan bila kita terlalu senang mencanang kisah peribadi pada umum tak kira la cerita bahagia atau duka. Dulu dia la yang terbaik, sekarang dah jadi terbalik.

Bukan saja pada Cik Elia tapi moga menjadi peringatan pada kita semua. Tak salah kita menghargai pasangan kita dengan bercerita tentang kebaikan dia & tak salah juga kita ingin berkongsi perasaan kecewa bila terjadinya sesuatu masalah tapi berpada pada la. Cari tempat yang sesuai untuk luahkan perasaan. Jangan jadikan laman sosial yang kita tak tahu siapa yang baca apa yang kita tulis sebagai tempat meluahkan rasa. Banyak keburukkan dari kebaikkan. Sekarang orang akan mencebik balik pada dorang.. bercinta bagai nak rak, baru bertunang dah porak peranda. Nak salahkan orang yang mengata, kena salahkan diri sendiri dulu yang terlalu ramah bercerita.

52 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BILA BLOGGER HILANG KATA2.. APA FUNGSI BLOG?

7/27/2011 02:11:00 PM suria lekatlekit 25 Comments

Fenomena Wordless Wednesday semakin rancak di blog sekarang ni. Rata - rata blogger akan buat entri wordless pada hari rabu yang hanya bertemakan Gambar sebagai penganti penceritaan mereka. Blog melekit belum lagi terjebak dalam trend ni. Kenapa yer?


Entahlah.. Rasanya sang lekit belum kelu atau kehilangan kata - kata kot pada hari rabu. Kalau hilang kata - kata biasanya sang lekit takkan update apa - apa entri sebagai penganti kata - kata atau cerita. Tapi benda tu tak berlaku hanya pada hari Rabu je. Yelah... Otak bercuti mana la tau hari apa, kan?? Bila hari kering idea tu.. maka hari tu la takde sebarang kata - kata tertaip di blog melekit.

Dulu.. blog memainkan peranan sebagai medan untuk bercerita tak kira la cerita berkisahkan peribadi, isu semasa atau apa saja cerita yang berkaitan dengan penulisan. Tapi sekarang semakin di modenkan fungsi blog tu tidak tertakluk pada tema bercerita dengan kata - kata saja. Sekarang ni bercerita dengan gambar pula. Tapi relevan ker? Bagi sang lekit kalau nak kongsi gambar je tanpa cerita banyak kan laman sosial yang menyediakan kemudahan tersebut contoh macam FB. Bagi sang lekit seronok blogwalking bila adanya cerita yang nak di baca. Tapi.. kalau sekadar gambar, takde apa la nak baca hanya tengok je la. Komen tetap la komen.. Tak nafikan kadang - kadang ada jugak gambar menarik di entri wordless wednesday ni.

Apapun tak salah mencipta budaya baru di blog selagi ia tidak membawa keburukan atau kemudaratan cuma mungkin fungsi blog akan jadi kucar kacir sikit la. Kalau dulu blog sinonim dengan cerita tapi sekarang dah jadi album gambar. Kalau gambar di selitkan cerita.. itu biasa. Tapi kalau hanya gambar bercerita?? Apakah orang tahu jalan ceritanya??

Ini cuma pandangan & pendapat sang lekit yang telus & tulus ikhlas jer bukan berniat nak menjatuhkan atau mengondem mana - mana blogger. Setiap orang ada cara & citarasa sendiri. Jadi sang lekit hormat apa yang korang suka buat selagi benda tu tidak bercanggah dari nilai2 murni seorang blogger. Harap jangan la benci sang lekit sebab entri ni yer. Hujah & pendapat anda sang lekit terima. Terpulang pada diri masing - masing. Kalau suka buat.. Tak minat, tak payah buat. Ini cuma pendapat bukan nak ajak bersilat tapi tak salah berdebat selagi tak memudarat.

P/s : harap korang berfikiran terbuka yer.. Entri ni bukan entri cari gaduh tapi sekadar entri untuk perbincangan umum & bertukar2 pendapat. Pendapat kita mungkin tak sama, kalau semua sama macam hidup dalam 1 warna je kan?? Berbeza pendapat tak semestinya kita harus bertegang urat.

25 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERCERAI PUN ADA MAJLIS & UPACARA JUGAK TAU

7/27/2011 11:23:00 AM suria lekatlekit 14 Comments

Selalunya orang bertunang, berkahwin jer adakan majlis ni sempena meraikan hari bahagia & gembira. Jarang sangat la orang nak buat sebarang upacara atau majlis sempena meraikan penceraian. Tapi kat Jepun ada tau adat ni...

Kalau berkahwin orang sarung cincin tapi untuk upacara penceraian kat Jepun pasangan yang memilih untuk berpisah akan memecahkan cincin perkahwinan dengan tukul dan bersaksi seorang yang ala - ala macam paderi & jemputan yang lain. Selepas memecahkan cincin, para jemputan akan menghadiahkan satu tepukkan gemuruh.

Upacara memecahkan cincin dengan tukul

Kat Jepun juga ada perancang majlis penceraian ni. Dalam satu majlis penceraian diadakan di Jepun pasangan yang hendak bercerai tu siap di usung dengan lanca (secara berasingan) dan di iringi kawan atau kenalan.

Di usung dengan lanca ke majlis penceraian

Kalau nak bercerai pun ala - ala nak kawen juga majlisnya.. Susah jugak. Nak kawen pun kena ada budget besar, nak bercerai pun terpaksa keluarkan budget. Mana nak buat majlis/upacara.. Nak tempah perancang majlis penceraian lagi. Tapi adat tu la yang membezakan kaum, kan??

Rujukan : Kosmo

14 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ADEGAN MEROYAN TERBARU CIKGU SHIDA

7/26/2011 02:06:00 PM suria lekatlekit 35 Comments

Hai.. cikgu shida. Ada je dia tak puas hati. Selain suka create & delete Fanpage, Blog & apa juga laman sosial yang beliau ada.. Kat FB kalau korang ikuti sikap cikgu shida ni macam orang yang dah takde kerja nak buat. Kalau Join Fanpage dia kena aktif berkomen, komen harus la berunsur pujian kalau tak dia akan adakan sesi meremove orang yang join Fanpage beliau. Lepas dah join kena pula sahkan diri bahawasanya dah join sebagai peminat.

Kalau la semua artis kat malaysia macam cikgu shida ni... Tak ke pening peminat. Dah support dengan LIKE kat fanpage kena aktif berkomen, kena puji melambung lambung & kena sah kan diri kalau taknak di buang dari list. Lagi satu sikap dia suka la mengkontroversikan benda yang pasti lagi. Macam kes terbaru kononnya dia dapat tahu dia tercalon dalam APC kat sekolah dia mengajar tu (Anugerah Pendidik Cemerlang) tapi katanya ada orang dari PPD tak suka & nak sabatoj dia dari dapat Anugerah tu. Bukti?? Takde pun. Kesahihan gosip yang dia dengar pun belum pasti tapi riuhnya kat FB mengalahkan benda tu dah jadi.

Cikgu shida ni bila la nak jadi bijak sikit.. sesuai dengan status seorang guru & kononnya artis la sekarang. Atau dia mengiktirafkan dirinya Ratu Miming. Dah tahu diri tu jadi perhatian, tonjolkan la sikit kematangan & kebijaksanaan bila bagi sebarang kenyataan. Baru la sang lekit rasa kagum & hormat kan?? kekekekeke... (Walau tak minat pun dengan video miming dia) Sekurang kurangnya bila tengok orang yang di kenali bijak dalam mengeluarkan kenyataan (Macam Dato CT Nurhaliza) ada juga sesuatu yang kita rasa boleh di jadikan contoh. Ye tak??

Apapun moga cikgu shida tak la selalu sangat meroyan kat FB tu. Dok create & delete Fanpage/FB account atau dok remove orang yang tak aktif berkomen. Kadang - kadang bukan semua orang pandai @ minat berkomen kat FB. Dorang ikuti mungkin cuma nak tahu perkembangan beliau je. Kan?? Kan?? Takkan nak jadi peminat kena paksa berkomen dengan puji pujian setinggi langit kot. Fikir fikir la apa yang terbaik yer cikgu shida.

Jom tengok lampiran yang di printscreen oleh sang lekit tentang isu cikgu shida meroyan ni

35 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

LIKE TAK SEMESTINYA SUKA

7/26/2011 09:41:00 AM suria lekatlekit 12 Comments

Button LIKE kat FB atau FB button LIKE yang terpacak kat entri mesti semua orang kenal dengan beliau kan?? LIKE kalau di alihbahasa dalam Melayu bermakna suka tapi tahukah korang sebenarnya tak semua orang clik LIKE bermakna dorang suka. Di pagi hening yang tak berapa sejuk & terasa suam2 kuku ni sang lekit nak kopek isu ni.

Carian google

Bila kita pacak Button LIKE kat blog pastinya tujuan untuk orang lain berkongsi apa yang kita tulis dengan orang lain setelah membaca penulisan kita tu. Tu salah satu cara untuk menyebarkan sesuatu di samping menambah angka traffic kat blog. Macam tu jugak kat FB.

Korang tahu tak fungsi LIKE ni tak semestinya orang yang clik tu dia suka. Kadang - kadang penulisan yang dorang tak suka pun dorang clik LIKE juga mungkin untuk memberitahu orang lain bahawa terdapat sesuatu yang buruk dalam penulisan tu & harus bagitau orang lain dengan tujuan.. Tak kira la mengaibkan ker.. Memberi pengajaran atau teladan supaya tak di contohi. Itu pendapat untuk penulisan di blog.

Kalau di FB Wall Status.. misal kata kita tulis "Ayah saya baru saja meninggal dunia. Sangat Sedih!" Orang tetap clik LIKE tapi apakah membawa maksud orang tu suka bila kita di timpa musibah atau kesedihan? Tak jugak.. Bukan bermaksud dia suka tapi tujuan memberi sokongan dari belakang agar kita kuat menghadapi dugaan atau dengan tujuan menyebarkan berita duka tu pada kawan - kawan lain untuk sama - sama memberi kata - kata semangat.

Jadi LIKE itu bukanlah fungsinya untuk menyatakan SUKA.. ia boleh jadi tak suka juga. Semua orang tahu kan pasal ni. Bergantung apa yang kita tulis untuk mentafsir Undian LIKE yang di beri samada SUKA atau TAK SUKA. Jadi jika kita menulis sesuatu yang buruk & mendapat jumlah LIKE yang banyak jangan fikir penulisan kita tu mendapat sokongan & di terima membuatkan kita berkobar - kobar nak tulis penulisan yang berunsurkan negatif tu. Nilaikan dari komen bukan dari jumlah LIKE.

Ini sekadar pendapat peribadi sang lekit jer.. Takde merujuk pada mana - mana pakar atau mereka yang bertauliah dalam bidang clik LIKE ni. kekekekeke

12 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TETAP LELAKI WALAU BER 'ANU' PEREMPUAN

7/25/2011 12:19:00 PM suria lekatlekit 16 Comments

Kalau dah lahirnya lelaki tetap la lelaki walau kau bersolek sampai hilang terus kejantanan kau, habis beribu riban tukar alat kemaluan semata - mata nak jadi seorang yang lahiriahnya perempuan yang sempurna.

Carian Google

Kat Malaysia banyak kes pembedahan jantina di kalangan pondan, maknyah & apa je gelaran bagi mengambarkan lelaki yang bernaluri wanita ni. Terbaru kita semua tahu kes permohonan seorang hamba Allah yang nak tukar identiti (Nama & jantina) pada mykad dia sebagai seorang perempuan dengan alasan dia dah buat pertukaran jantina.

Kalau berjaya sekalipun dia menukar identitinya sebagai perempuan tapi bila mati tetap dia seorang lelaki walau cuba melalui rutin hidup sebagai seorang perempuan pun. Jenazah dia juga akan di uruskan sebagai seorang lelaki sehingga la kepada pembacaan talkin.Takkan di sebut identiti wanita yang cuba di tukar kat dunia. Hukumnya sangat jelas. Lelaki tetap lelaki. Takde apa yang dapat mengubah hakikat kejadian tu walau cuba di ubah dari segi fizikal & mental sekalipun.

Bagi mereka yang menghadapi krisis identiti macam tu.. Yang di lahirkan lelaki tapi bernaluri kewanitaan berfikir la sebelum membuat keputusan merubah sesuatu yang besar dalam diri korang sebab banyak terjadi keseronokkan menikmati hidup mengikut tuntutan nafsu & hati ni akhirnya sesal yang datang di akhir cerita. Takde seorang lelaki yang menukar jantinanya bahagia & berpuas hati dengan apa yang di lakukan hingga akhir hayat. Semuanya berakhir dengan keluhan kesal yang tak terkata.

16 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KERANA FACEBOOK.. CURANG,FITNAH & DAPAT HIV

7/25/2011 08:43:00 AM suria lekatlekit 15 Comments

Dah la curang dengan suami lepas tu fitnah pula suami penyebab dia di jangkiti HIV tapi laporan perubatan mengesahkan si suami ni bebas HIV jadi terbongkar la kisah sebenar seorang isteri ni.

Alkisahnya seorang isteri yang kembali menjalinkan cinta dengan bekas teman lelaki kemudian memfitnah suaminya penyebab dia mendapat HIV dalam tuntutan fasakh di mahkamah. Akhirnya terbongkar HIV yang di jangkiti tu adalah hasil hubungan haram dia dengan teman lelakinya selepas bertemu semula di laman Facebook.

Facebook kalau di salah guna inilah akibatnya.. Kalau betul di gunakan Insyaallah banyak keuntungan yang boleh kita dapat macam buat bisnes online. Apapun si suami harus bersyukur sekurang kurangnya dia terlepas dari di jangkiti penyakit yang takde ubat tu dari isteri yang curang sekaligus bebas dari terus berbinikan perempuan macam tu.

Sebab tu la sang lekit walau aktif ber online sekalipun tapi jarang sangat nak on sebarang chat secara personal atau private. Setakat berkomen di wall tu... ada la. Bukan la kata sang lekit ni baik.. Tapi elok la elakkan sebelum terjadi perkara - perkara yang tak di ingini. Terlalu banyak berbual secara peribadi di laman sosial ni memang banyak keburukkan. Kalau kita tak kawal, kita mudah terjerumus dalam aktiviti yang tak baik. Yelah.. berbual secara private ni apa yang di bualkan rasa takde sekatan.. terutama berkaitan hati & perasaan. Jadi.. elok la di elakkan terlalu banyak melayan chat. Sekadar pandangan peribadi sang lekit jer tentang punca permasalahan ni berlaku.

Rujukan : Harian metro

15 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

GEMUK

7/24/2011 02:29:00 PM suria lekatlekit 15 Comments

Tengok jari dah kembang - kembang. Tengok muka pun sama. Tengok perut.. Memang tak boleh nafikan lagi. Pinggang, kaki tangan hidung bontot & semua sekali  nampaknya menunjukkan perkembangan yang mekar.

Carian google

Mulut en hubby pun tak berhenti mengusik.. "Dah gemuk!" Takde makna sang lekit nak makan hati dengan usikkan & kutukan dia. Kalau dah biasa bergurau ala - ala brutal memang la takkan rasa apa - apa. Masuk 8 bulan memang berat badan naik dengan jayanya berbanding sebelum2 ni. Lagipun gemuk orang mengandung adalah perkara biasa kan?? Kang kurus keding pun susah jugak.

Tapi memang agak terbeban bila kandungan dah masuk 8 bulan. Segala - galanya rasa berat. Pinggang makin sakit. Kaki yang menampung badan pun rasa macam terbeban. Kadang - kadang rasa sakit bawah perut. Tapi tak kerap. Nak bangun, nak duduk, nak baring, nak berjalan segala - galanya rasa agak susah. Perbezaan yang amat ketara.

Kudrat dah rasa makin kurang. Walau nak ampai baju pun kadang - kadang rasa macam kerja berat sangat. Erkkk... tu kategori malas kot. Malas sebab apa je yang di buat akan rasa cepat penat. Tidur pun takde macam dulu. Tak senyenyak sebelum mengandung. Yelah.. tak boleh nak tido gaya bebas dah. Melentang lama2 pun tak boleh.. Mengiring lama2 pun tak selesa. Aduhai.. Inilah yang pernah di lalui oleh mak dulu. Bayangkan Mak melalui keadaan ni sebanyak 7 kali dalam hidupnya. Sang lekit cuma baru sekali. Sungguh hebat mak - mak kita kan??

Bila dah segalanya makin berat.. Otak pun turut berat. Makin kurang & kurang idea ber update blog. Ni pun rasa sakit bawah perut.. Tapi takde la sakit sangat. Rasa macam sengal2 ubi jugak la. Rasanya sebab salah teknik bangun tadi kot..

15 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MATCH & WIN CONTEST BUAT AKU MENYAMPAH

7/23/2011 01:18:00 PM suria lekatlekit 15 Comments

Dalam entri SAYA MENANG RM668 CONTEST YU NAM HAIR CARE haritu sang lekit agak teruja bila dapat call dari dorang. Tapi sekarang tidak lagi. Bila buat keputusan taknak ambil pakej percuma untuk rawatan & hadiah tu jadi sang lekit tak pergi la. Tapi..


Menyampah pula bila pihak dorang asyik call hari - hari. Tak jawab pun tetap call tanpa putus asa. Aduhai.. nampak sangat dorang ni macam nak paksa sangat kita pergi. Mesti ada muslihat terselindung. Yelah.. yang free tu free la tapi memang akan ada yang tak free punya dorang akan ayat kita untuk beli produk dorang. Kalau tak, takkan la sampai sanggup hari2 call walau kita tak jawab pun. Dahsyat betul dorang punya marketing.

Jadi bagi korang yang telah mendaftar & menyertai Match & Win ni kalau taknak pergi pastikan ada bagitau dorang betul - betul korang tak berminat. kalau tak handphone korang hari - hari akan di hantui panggilan yang tak putus - putus sehingga buat korang terganggu macam sang lekit & en hubby.

Contest Match & win ni memang dorang dah mention 'Click and you are guaranteed an Entry Prize worth RM668' jadi sesapa saja yang sertai selagi promosion tu ada akan dapat. Biasa la strategi marketing. Dorang nak kita pergi & bagi masa untuk dorang promosikan produk dorang je. Umpan pancing dorang free treatment. Tapi untuk dapat hasil yang terbaik bukan hanya sekali buat treatment. Kena berkali - kali. Kalau yang kental & tak makan umpan ayat consultant dorang pergi la.. Kalau yang lemah dengan pujuk rayu tu di nasihatkan jangan sebab ia bakal buat anda yang pada mulanya sebenarnya tak berniat pun nak guna produk tu akan terlentok sekaligus mengempiskan isi wallet.

Apa yang sang lekit tak puas hati kalau orang dah tak pergi tu bermakna orang tak minat la. Tak payah nak push sangat. Call sampai menganggu keselesaan orang memang boleh mendatangkan marah. kan??

15 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SAMPAI HATI WASIATKAN BAPAK HUTANG ALONG

7/23/2011 01:47:00 AM suria lekatlekit 9 Comments

Kesian seorang pakcik ni... Umur dah 80 tahun tapi terpaksa menanggung hutang along hasil dari wasiat arwah anaknya. Kenapa lah si anak ni kejam sangat.. Kan??

Pakcik ni kini terlantar di sebuah hospital di ibu negara akibat menghidap beberapa penyakit termasuk kanser prostat, jantung dan pendarahan di saluran pencernaan. 
 
Pakcik ni tak tahu semasa arwah anaknya masih hidup, anaknya ada menggunakan nama pakcik ni sebagai penjamin untuk membuat pinjaman kepada Along. Pakcik ni baru jer tahu dia jadi penjamin kepada anaknya setelah anak dia meninggal dunia sejak 4 tahun lalu.

Pakcik ni terpaksa jugak la membayar bunga setiap bulan kepada Along menggunakan duit pencen setiap bulan kerana bimbang di apa2 kan & kasihan arwah anak tersiksa dalam kubur. Setakat ini pakcik tua tu dah membayar lebih dari RM20k bunga kepada Along walaupun hutang yang di buat arwah anaknya cuma RM3k saja. Selagi dia tak langsaikan RM3k tu sekaligus selagi tu la pakcik ni terpaksa bayar bunga setiap bulan.

Wang pencen pakcik ni bukan la banyak mana pun. RM550.. bayar bunga along RM450 & dia juga terpaksa menyara 13 orang lagi ahli keluarga termasuk cucu. Dah tu buku akaun duit pencen dia di pegang along & setiap bulan dia kena pergi keluarkan duit untuk jelaskan bayaran bunga tu. Dan pakcik ni pernah di ugut kerana lewat menjelaskan bayaran.

Sampai hati si anak wasiatkan penderitaan pada Ayah tua yang uzur tu.. Kalau tak boleh senangkan pun, cukup la jangan menyusahkan. Berilah ruang mereka menghabiskan sisa hidup dengan tenang. Moga jadi iktibar pada kita semua.

Rujukan : Sinar harian

9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

HENSEM SANGAT KE 'ANU' KAU TU??

7/22/2011 12:41:00 PM suria lekatlekit 34 Comments

Bila terbaca satu kes seorang promoter yang di jatuhkan hukuman di jel 6 bulan selepas mengaku bersalah menunjukkan 'Anu' dia kepada seorang wanita teringat pula sang lekit satu kisah yang pernah berlaku pada salah seorang kawan sang lekit dulu. (rujukan : harian metro)

Carian google

Kita akan kategorikan golongan macam tu golongan 'orang gila seks' tapi kenapa dia hanya menunjukkan 'Anu' namun tidak sampai menculik & merogol mangsa. Macam - macam kan ragam manusia gila seks ni memuaskan nafsu ni. Sekadar tunjuk 'Kemaluan' dia pun mungkin dia dah rasa puas kot. Atau dia rasa 'Anu' dia lebih hensem & menawan berbanding rupa dia untuk merangsang nafsu orang lain supaya tertarik & melakukan seks dengan rela? Dah nama pun orang gila jadi imaginasi dia juga gila la.

Kes yang berlaku kepada kawan sang lekit ni lebih kurang kes yang dalam artikel akhbar tu jugak. Masa tu dia nak ke Main Office. Tapi terpaksa melalui jalan raya besar juga. Boleh jer berjalan kaki. Jadi dia pun jalan la kaki di tepi jalan.. Tiba - tiba datang seorang mamat 'gila seks' naik motor berhenti depan dia kemudian bukan zip seluar & tunjuk 'Anu' dia. Apa lagi terus lari la kawan sang lekit ni. Takkan nak tunggu. Kita sendiri tak tahu apa tindakkan dia selepas tunjuk 'Anu' dia yang konon hensem & menawan sangat tu. Lepas tu agak fobia la dia nak jalan sorang - sorang kemana - mana.

Gangguan seksual di kalangan wanita ni memang semakin berleluasa. Macam - macam cara si lelaki 'gila seks' ni akan buat demi kepuasan diri mereka tapi mengundang trauma & fobia pada orang lain. Setakat Jel adakah dorang akan insaf?? Berbaloi juga jel & di sebat.. Biar serik sikit, kan?? Ini cuma pandangan peribadi sang lekit jer. Sebab sang lekit rasa jel 6 bulan tu macam terlalu ringan walau kes gangguan seksual macam tu nampak macam kecil tapi kesannya pada mangsa mungkin besar.

34 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

FUNGSI JARI TENGAH/HANTU

7/21/2011 11:01:00 AM suria lekatlekit 22 Comments

Apa fungsi jari tengah/hantu ni? Nak korek hidung.. rasanya tak sesuai sangat kan?? Nak - nak lagi yang mempunyai saiz lubang hidung yang agak kecik & sempit? Nak gunakan sebagai jari tunjuk - tunjuk.. Iskk.. jarang sangat orang guna jari tengah untuk menunjuk sesuatu. Jai telunjuk dah ada.. Jadi apa fungsi jari tengah/hantu ni??

Jari tengah/hantu ni sekarang ni banyak yang guna sebagai menunjuk simbol lucah jer.. Mentang - mentang la nama dia jari hantu. Hantu kan di kaitkan dengan benda - benda yang tak baik, maka manusia ambil kesempatan atas nama jari hantu ni untuk mengekspresikan sesuatu yang buruk bagi memburukkan lagi fungsinya kan?? Kesian kan jari hantu.. dah la namanya hantu, di hantui lagi dengan perbuatan2 yang kurang sopan. Semakin berhantu la jari tu. kekekekekeke

Belum tahu cakap dah di ajar buat simbol F**K. Bangga ke kita kalau dapat anak yang belum tumbuh gigi sudah pandai buat aksi ni?? Kalau lagu rakyat dulu2.. belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab.. akan datang mungkin dah berubah liriknya, belum tumbuh gigi sudah pandai sebut F**K.

Bangga ke buat simbol mencarut/lucah menggunakan jari hantu walau sekadar suka - suka nak nampak ranggi/stylo/sporting bila bergambar atau untuk menunjukkan aksi tak puas hati pada orang lain? Itu tepuk dada tanya selera. Tapi macam mana pula dengan pandangan umum pada mereka yang tabiat berlucah dengan simbol jari tengah ni?? Manis ker? Tak kira si gadis ke.. teruna ke.. mak dara ke.. (Ops bukan mak dara blogger yang makin hot tu yer).. bapak teruna ker..

Bagi sang lekit la.. Walau nampak macam benda ni remeh tapi agak memalukan sebab ia mengambarkan keperibadian kita juga. Kita takkan di nilai sebagai seorang yang berkeperibadian baik atau sopan dengan membiasakan diri dengan perkara - perkara macam tu walau perbuatan tu di lakukan secara suka - suka (bergurau) je. Sang lekit bukan baik sangat tapi entah la.. Walaupun terdedah dari zaman remaja dengan kawan - kawan macam tu, suka berlucah, mencarut & maki hamun.. tetap sang lekit susah untuk terpengaruh berbanding benda lain. Lebih - lebih melibatkan perbualan/percakapan atau simbol2 lucah menggunakan jari ni. Sebabnya.. rasa sangat janggal & malu walaupun sang lekit boleh bergaul dengan golongan macam tu. Alhamdulillah.. kerana malu tu jugak buat sang lekit tak biasa sangat nak cakap benda2 lucah atau sewenang wenangnya membuat simbol lucah dengan jari tengah ni.

Sekadar bertukar - tukar pandangan sambil memotivasikan diri, jom kita bagi pendapat untuk menyedarkan golongan remaja terutamanya tentang budaya simbol lucah menggunakan jari tengah/hantu yang tidak terbendung lagi. Budaya asalnya dari barat ni nampaknya semakin sebati dengan kehidupan kita seharian sehingga ada yang tidak memandang ia satu gejala yang harus di tangani. Yang remeh tak semestinya tidak boleh memudaratkan, kan??

22 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

FAKTA KARUT DARI ORANG BERLAGAK PAKAR

7/20/2011 04:59:00 PM suria lekatlekit 18 Comments

Nak ambil peduli setiap kata - kata dari orang harus di tapis dulu baik & buruknya. Kata - kata berunsur nasihat, semangat & yang membawa kearah kecermelangan hidup tu takpe la kita nak ambil pusing pun tapi kalau kata - kata yang membawa kepada tekanan, putus asa & kutukan & kejian yang melampau juga tak berasas pedulikan saja.

Teringat sang lekit dari zaman remaja sampai la bertukar status menjadi bini & bakal mak orang ni. Kata - kata yang sang lekit tak boleh lupa adalah berkenaan dengan fizikal yang sang lekit yang kecik kementot. Macam - macam pertikaian & ramalan berunsurkan mitos dari orang lain. Dulu sebelum kawen.. Masa tu sekolah lagi. Seorang pakcik yang sang lekit tak kenal pernah cakap.. Orang kecik ni susah dapat jodoh. Macam la jodoh tu dah tertakluk pada orang yang berfizikal sempurna jer, kan?? Lepas tu ada juga sedara mara yang cakap.. Kau ni kecik sangat macam la nak kawen nanti. Macam mana orang lain kawen, macam tu la jugak sang lekit kawen. Apa bezanya.. walau fizikal ku tak selampai orang lain kan?? Lepas tu ada lagi yang kata.. kalau kawen ni susah nak dapat anak sebab kau kecik sangat. Sekarang dah 8 bulan.. Takde apa yang mustahil. Dari mana dia dapat fakta orang kecik susah nak dapat anak pun tak tahu la. Ada juga yang lancang mempertikaikan.. macam mana nak layan suami sebab kecik sangat. Harap faham la layanan yang di maksudkan sipolan tu.

Mangsa keadaan. Gambar sebenar bukan sekadar hiasan. kekekeke

Kenapa mesti ada pendapat, pandangan & pertikaian macam ni pada golongan bertubuh kecik macam sang lekit?? Sang lekit pun kadang - kadang tak faham. Apakah fizikal kecik ni di pertikaiankan dari segi kemampuan?? Setiap manusia yang lahir ada kekurangan & kelebihannya sendiri. Selagi Tuhan tidak berkata itu mustahil.. Maka takde apa yang mustahil. Orang yang di sahkan mandul pun kalau Allah nak bagi dia rezeki, dia juga tak mustahil boleh dapat zuriat sendiri. Siapa kita untuk pertikaikan kuasa Tuhan.

Dulu yer.. pernah sang lekit rasa macam orang cacat pula bila di sembur dengan kata - kata macam ni tapi kedewasaan tu buat sang lekit berfikir kearah yang lebih positif. Mak pun kecik.. Boleh jer lahirkan 7 orang anak walau akak sulung sang lekit meninggal dunia masa di lahirkan. Apa yang membuktikan cakap2 orang macam tu adalah benar?? Takde bukti pun.

Jadi tak perlu kita rasa rendah diri (walau kurang tinggi) dengan kata - kata yang berunsur penghinaan tak berasas macam tu. Terima diri kita seadanya, Insyaallah kita akan di terima. Pada orang - orang yang berlagak pakar meramal kemampuan orang lain tu renung2kanlah diri sendiri. Apakah kamu sesempurna manusia yang ada di bumi Tuhan ni?? Jangan melemahkan orang lain dengan fakta karut korang tu.

P/S : Alhamdulillah dapat pasangan yang tak kementot.. Tu memang impian sang lekit. Cukup la diri kementot,harap tak dapat hubby yang kementot juga. Sudah jodoh ku bersama si mata kucing berbulu mata lentik itu. Kekekekekeke

 Pakai kasut 5 inci pun belum tentu berdiri sama tinggi ni.

18 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CARA MEMBUANG BAYI DENGAN LEBIH SELAMAT

7/20/2011 10:50:00 AM suria lekatlekit 13 Comments

Kalau di baca dari tajuk entri ni memang agak kasar bunyi berbanding tujuan pusat ini di tubuhkan. Tapi untuk menyalurkan maklumat melalui blog ni kena ada tajuk yang mampu menarik minat orang membaca baru lah info dapat di sampaikan kepada lebih banyak pembaca. Bukanlah niat sang lekit nak bergimik semata - mata, tapi sang lekit rasa info ini sangat berguna & harus kreatif menyampaikannya.


Pusat pembuangan bayi yang sah lekit maksudkan adalah pusat penyerahan bayi (ala - ala macam rumah kebajikan jugak la)  yang menyediakan satu ruang pelindung bayi. Pelindung bayi adalah salah satu kemudahan terbaharu yang disediakan di OrphanCare bagi membantu mereka yang menyerahkan bayi tanpa mahu mendedahkan identiti mereka.rata-rata yang datang menyerahkan bayi mereka disebabkan sama ada malu atau masih terlalu muda untuk memikul tanggungjawab menjaga anak.Ia adalah alternatif kepada mereka yang sudah terlanjur tetapi mahu anak mereka selamat dalam pangkuan pihak yang lebih menyayangi tanpa perlu mendedahkan identiti sendiri.Tujuan mereka untuk mengelakkan manusia menjadi lebih kejam dengan membunuh atau membuang bayi mereka lantaran hilang pertimbangan pada waktu ‘cemas’ itu..

sebaik sahaja bayi diletakkan dalam baby hatch, beratnya akan menghidupkan seluruh sistem secara automatik. Petugas OrphanCare boleh melihat melalui kamera litar tertutup untuk mengesahkan terdapat bayi atau tidak.Sebaik sahaja pintu pelindung bayi ditutup, ia akan terkunci bagi menjamin keselamatan bayi tersebut. Imej kamera hanya dari arah dalam pelindung bayi bukan luar. Jadi mereka2 yang tidak mahu di kenalpasti identiti semasa menghantar bayi ke pusat ini tak perlu risau. Tujuan mereka hanya mahu selamatkan bayi yang tidak berdosa bukan untuk mengenali siapa ibu bapanya.

OrphanCare terletak di Petaling Jaya, Selangor. Bukan mengalakkan persetubuhan haram atau seks luar nikah tapi pada mereka yang sudah terlanjur & di sahkan mengandung jangan la di buang anak itu merata - rata sehingga menyebabkan terjadinya kematian yang menyedihkan. Dari terjadinya perkara macam tu.. adalah lebih baik menyerahkan di pusat jagaan Orphan Care.

Untuk membaca artikel sepenuhnya sila clik : Jangan bunuh bayi anda!

13 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

HASIL PEMERIKSAAN HARI NI

7/19/2011 02:16:00 PM suria lekatlekit 17 Comments

Tak jadi ke Yu Nam Hair Care. Tetiba berubah fikiran & tak minat lak. Mungkin sebab terlampau lama kat klinik, mata pun ala - ala manja je nak buka walau sampai rumah dia kembali segar bugar. Seperti yang sang lekit cakap entri semalam.. Dah hadap 2 ekor drakula (jarum suntikan) jadi untuk 2 minggu akan datang tak perlu lagi drakula itu.

Dalam masa 2 minggu berat dah naik sebanyak 2 kilo. Takde lagi pen merah tercatat dalam buku rawatan tu sebabnya masalah kurang darah dah berjaya di atasi setelah 2 bulan lepas asyik kurang darah jer cuma cik misi cakap darah masih cair & harus terus ambil iron tablet tu. Tapi tekanan darah pula naik. Baby sihat jer.. Cuma kena bebel sikit la sebab catatan pergerakkan bayi tu kadang - kadang sampai malam baru cukup 10 gerakkan. Sepatutnya kata cik misi kalau pergerakkan baby kurang dari 10 gerakkan selepas pukul 9.00 pm kena pergi hospital. Bukan taknak baby banyak gerak waktu malam & kadang - kadang sang lekit yang lupa nak tanda lepas tu lupa. Tu yang jadi lambat nak cukupkan kuota 10 sebelum pukul 9 malam tu.

Apa yang sang lekit perasan untuk check up kali ni tulisan cik misi Intan Syafina cantik & senang di baca. Bulat - bulat je tulisan tangan dia. Sebijik2 dia tulis berbanding yang sebelum2 ni. Bersambung sambung ala2 cakar ayam gitu. Memang setiap kali check up balik rumah sang lekit akan check balik & bandingkan dengan catatan pemeriksaan yang lepas. Tapi tetap tak puas hati masa kena suntikan.. punya la kasar cik misi tu suntik. Kalau sebelum ni, makcik misi mulakan dengan bismilillah & menyuntik dengan penuh kasih sayang tapi untuk suntikan kedua ni takde bismilillah bagai dah. sapu ubat suntik terus press ubat & siap. Menyeramkan jugak tengok cara dia menyuntik macam tu. Agaknya dia tak tahan nak berak kot.. kekekeke.

Apapun baby sangat baik sampai ke hari ni. Tak banyak ragam atau masalah. Semoga baby terus baik sehingga lahir & membesar bagai juara.

17 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

AKAN BERTEMU 2 EKOR DRAKULA.SUSPEN!

7/19/2011 12:41:00 AM suria lekatlekit 7 Comments

Esok ada pregnancy check up. Dan menurut check up 2 minggu lepas nurse ada bagitau esok (pagi nanti) sang lekit akan hadap 2 batang drakula.. 1 drakula penyedut darah & 1 lagi drakula yang memasukkan ubat. tak paham ker? Kena suntikan la.. Yang 1 jarum untuk ambil darah & satu jarum lagi suntikkan terakhir. Tak tau pulak suntikan kedua ni suntikan untuk apa.

Makin dekat dengan due date makin berdebar pula sang lekit. Makin terbayang banyak lagi drakula (jarum suntikan) yang perlu sang lekit berdepan. Membayangkan macam - macam kesakitan yang perlu di tempuhi. Aduhai.. Semuanya demi anak akan ku kumpul berapa banyak kekuatan yang mampu untuk harungi semua tu nanti. Kalau betul seperti ramalan doktor yang cakap kemungkinan sang lekit akan bersalin secara operation.. Terpaksa juga tempuh detik - detik itu. Kalau mak sang lekit senang je dia cakap.. Tak payah nak takut sangat, operate ke normal ke dua2 pun sama jer sakit. Mana ada orang beranak sambil gelak2 & makan kuaci, kan??

Lepas check up tu dah buat appointment dengan Yu Nam Hair Care. tengahari tadi ada tolong joinkan untuk en hubby katanya dia pun ada Yu Nam Hair call. So, sesapa saja yang join contest tu memang dah confirm dapat sesi rawatan & pemeriksaan percuma. Lagipun dorang dah mention "*Click and you are guaranteed an Entry Prize worth RM668!*"(boleh rujuk entri ni kalau ada yang masih tak tahu pasal ni: Match & Win contest) Dapat teka taktik & strategi dorang ni. bila kita dah pergi sana kang.. macam - macam dorang promot suruh beli. Kalau tak kental memang akan terlentok. Apapun good luck kepada diri sendiri untuk bertemu drakula pagi nanti

 
Huhuhu.. dah besar anak mummy dalam perut yer.

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

NAK DAPAT DUIT DARI EXABYTES SILA BACA

7/18/2011 06:40:00 PM suria lekatlekit 10 Comments

Di sebabkan sang lekit pernah sertai program Exabytes untuk menambah pendapatan sampingan & telah pun menerima bayaran dari pihak Exabytes untuk program Exabytes 100 Blogger Ads Program yang lepas jadi sang lekit nak berkongsi la dengan korang yang berminat.


Exabytes menganjurkan lagi program ni & mencari 100 blog untuk menyewa tapak iklan dorang. Syaratnya sangat mudah.. Blog korang mestilah ada Unique Visitor sekurang kurangnya 200 UV setiap hari & harus maintain setiap bulan. lain - lain syarat korang boleh rujuk DISINI.

Sambil dok membebel kat blog kalau ada peluang menjana pendapatan sampingan apa salahnya kita cuba. Bukan kena buat kerja sangat pun cuma pacak je iklan kat blog kemudian biar la dia menari2 dengan riang. Ada rezeki dapat la duit. Yang lepas sang lekit join Selama 3 bulan kontrak dengan Exabytes. Tak buat apa - apa pacak iklan cukup masa Exabytes hantar cek seperti yang di janjikan.

Pada korang yang berminat clik jer Exabytes 100 Blogger Ads Program Untuk mengetahui cara & syarat memohon.

10 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SENTAP DENGAN BLOG SAFURA.ONLINE.DIARY

7/18/2011 02:44:00 PM suria lekatlekit 20 Comments

rara.. akak terasa hati tau bila baca entri kamu. Sungguh akak sentap gila. Sampai hati rara, kan??

Ni la muka orang yang bertanggungjawab dalam hal ni

Mesti rara pelik kenapa tiba - tiba akak lekit ni sentap dengan entri - entri yang di tulis dalam blog rara, kan?? Tu la lain kali hati - hati... Jangan sampai ada yang terasa hati. Rara jangan la panik sangat ok... Sebenarnya rara tak salah apa - apa pun. Tu semua gimik jer.. Lagipun sejak dua menjak ni Rara cuma banyak tulis pasal persiapan rara nak jadi raja sehari je. Tapi sebab tu la akak touching tau tak??

Sang lekit touching bukan apa.. Bila teringat kahwin, secara automatik akan ingat arwah Ayah. Ayah pergi di saat - saat sang lekit nak kawen. Tak sempat pun dia tengok anak dara dia buat kali pertama dalam wajah seorang pengantin. Tak sempat pun dia menjadi wali buat pertama kali untuk anak perempuannya. Dan sekarang apa yang paling buat hati sang lekit tersentuh adalah anak dalam kandungan ni. Tak sempat pun arwah ayah nak timang cucu. Arwah Ayah tak sempat merasa menjadi mertua, menjadi datuk...

Bila orang asyik ramalkan anak dalam kandungan sang lekit ni lelaki.. Makin tersentuh hati. Arwah ayah memang sangat2 inginkan zuriat lelaki sebab anak - anak ayah semuanya perempuan. Kalau ayah ada tentu dia happy.. Lebih - lebih lagi kalau cucu dia lelaki. Tapi Sang lekit pasti dia tetap happy walau cucu dia lahir seorang perempuan pun. Sebab sang lekit tahu Ayah teringin sangat nak ada menantu & cucu sendiri. Selama hidupnya.. Ayah hanya sempat menumpang gelaran Tok Wan dari cucu saudara (anak abang sepupu yang sangat rapat dengan family sang lekit). Macam tu jugak mak.. Tapi mak lebih bernasib baik. Insyaallah mak sempat juga merasa semua ni.

Rindu sangat kat arwah Ayah.. Kalau ayah masih ada mesti tiap - tiap bulan dia datang dengan mak jenguk sang lekit kat sini. Lebih - lebih bila sang lekit tengah sarat mengandung macam sekarang. Mesti macam - macam dia nak beli untuk baby.. Sebab dulu pun macam - macam dia beli untuk anak abang sepupu. Asal keluar jer.. Mulut dia tak pernah lupa beli apa - apa untuk cucu - cucu sedara kesayangannya tu.

Takde kata sang lekit nak gambarkan betapa sang lekit sangat - sangat rindukan ayah. Setiap kali menulis pasal Ayah.. Mesti menangis. Moga Ayah tenang & bahagia disana. Walau Ayah takde lagi di dunia ni tapi tetap hidup dalam ingatan anak ayah sampai akhir hayat.

20 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SAYA MENANG RM668 CONTEST YU NAM HAIR CARE

7/18/2011 12:20:00 AM suria lekatlekit 20 Comments

Terkejut sang lekit dapat panggilan dari Yu Nam Hair Care yang bagitau sang lekit terpilih memenangi pakej RM668 kategori Entry prize Yu Nam Hair. Rasanya baru dua hari lepas sang lekit suka - suka jer masuk contest ni setelah tengok iklan dia menari nari (nuffnang) kat blog sang lekit.

Contest ni sangat - sangat mudah cuma perlu padankan gambar jer.. Ada 3 penaja untuk contest Match & Win ni. Yu Nam Hair Care, New York Skin Solution & London Weight Management. Ketiga - tiga contest ni sama jer.. Kena Match gambar - gambar yang di beri. Ketiga - tiga ni sang lekit join tapi Yu Nam Hair Care pula yang dapat.

Ni dia antara penaja contest Match & Win
Ni yang sang lekit menang. Entry Prize RM668 (Click and you are guaranteed an Entry Prize worth RM668)
Ni la gambar - gambar yang perlu di padankan. Gambar selepas & sebelum rawatan


Sebenarnya Sang Lekit takde sangat masalah dengan rambut. Tapi dah orang bagi free takkan nak tolak kot. Kena tebus hadiah sebelum hujung bulan ni tapi kena buat appointment dulu la dengan consultant dorang. Dah tanya habis - habis ni memang tak di kenakan sebarang bayaran. Kang pergi caj itu ini.. sorry la sang lekit nak bayar. Tapi dia kata untuk sesi pertama ni memang free mengikut pakej yang di beri RM668 tu la. Kalau ada caj tersembunyi bila pergi sana nanti.. Tak rasa la nak buat treatment atau terima sebarang hadiah sebabnya sang lekit bukan ada masalah serius pun dengan rambut.

Katanya lagi dalam pakej yang sang lekit menang tu ada rawatan rambut, pemeriksaan rambut untuk kenalpasti masalah, started kit produk yu nam hair care, voucher RM300 untuk beli barangan Yu Nam & saguhati yang tak tau pekebendanya lagi.

Sang lekit anggap ni rezeki baby dalam perut. Kalau korang rasa nak join masih sempat lagi. Cuma klik DISINI atau kalau terserempak iklan ni kat blog korang clik jer. Mana tau ada rezeki.

20 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BUAYA FACEBOOK DI BOGELKAN & HAMPIR DI POTONG KEMALUAN

7/17/2011 02:40:00 PM suria lekatlekit 22 Comments

Ramai dah buat entri pasal kes lelaki buaya darat yang hampir - hampir di potong kemaluannya kerana memperdayakan ramai gadis untuk menjadi mangsa pemuas nafsu selain wang ringgit & barangan berharga dorang di kebas. Kebanyakkan mangsa buaya facebook ni adalah pelajar2 IPT. Beliau seorang suami & bapa kepada dua orang anak.

Ni la buaya facebook sepatutnya muka tak payah blur. Senang nak kenalpasti kalau dia cuba buat lagi.

Golongan sasaran buaya facebook ni sudah tentu yang cantik & berada. Dia merujuk dari profil facebook gadis - gadis ni sebelum memulakan langkah memasang jerat berbekalkan ilmu batin yang di pelajari. Gadis - gadis yang pernah menjadi mangsa ni menjerat buaya facebook, 6 daripada waris mangsa berjaya tangkap buaya facebook ni membogelkan beliau & hampir - hampir nak potong kemaluannya tapi nasib baik pakcik2 ni masih waras & tahu batas undang - undang.

Antara mereka2 yang pernah jadi mangsa

Kalau sebelum ni gadis - gadis yang menjadi mangsa di rakam gambar bogel dorang, bila kena tangkap dia pula di perlakukan macam tu. Barang milik dia juga dirampas. Dorang tak boleh nak buat laporan polis untuk kes rogol kerana kebanyakkan dari mangsa rela mengikut buaya facebook ni ke hotel seterusnya terlanjur.

Ni antara barang2 milik buaya facebook. Op's spender pun di rampas ker?

Moral dari cerita ni.. Itulah bahayanya percayakan kenalan dari laman sosial. Jangan jujur sangat (atau menunjuk nunjuk) dengan menulis latar belakang korang dalam profil tu. Bila dah tau korang ada kelebihan, memang tak mustahil ada orang akan ambil kesempatan. Dalam kes ni tetap la sang lekit salahkan dua - dua belah pihak samada yang menjadi mangsa atau yang mencari mangsa. Bak kata pepatah bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Moga kisah ni di jadikan iktibar pada kita semua.

Rujukan : Harian Metro

22 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ASTRO BAKAL DI KENAKAN TINDAKKAN UNDANG UNDANG

7/17/2011 01:41:00 AM suria lekatlekit 18 Comments

Kecoh sekarang harga Astro naik. Macam la aku ni pelanggan Astro kan?? Tapi family sang lekit kat kampung juga antara yang melanggani Astro. Ni kes gangguan siaran Astro ketika hujan. Bukan masih baru tapi sejak dulu lagi.

Carian google

Sekarang ni Astro di beri kata dua setelah banyak rungutan & komplen yang di buat pelanggan. Atasi masalah gangguan siaran semasa hujan atau di kenakan tindakkan undang - undang. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menjelaskan rungutan rakyat mengenai masalah itu telah dimaklumkan kepada stesen televisyen berbayar itu yang berjanji untuk mengatasi masalah berkenaan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mungkin terpaksa mengambil tindakan 'teknikal' susulan memandangkan masalah itu menyebabkan pelanggan kerugian dari segi minit dan jumlah masa tontonan sedangkan bayaran fi berdasarkan minit siaran.  Jika berterusan tidak menerima isyarat (semasa siaran) ia merupakan satu ketidakadilan kepada rakyat dan penonton.Atau pun pihak berkenaan perlu memberikan kelonggaran dari sudut bayaran. Bab itu sedang diteliti oleh penguatkuasa undang-undang.

Ha.. pilih Astro yang mana berkenan. Dah la cerita asyik ulang tayang lepas tu naikkan harga. Bila hujan lebat langsung takde siaran. Sepatutnya pihak Astro terlebih dahulu tangani masalah siaran sebelum memutuskan untuk naikkan harga, kan?? Bagi servis terbaik dulu.

Rujukan : Sinar harian

18 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BILA BUDAK SEKOLAH BERANI LALOK DALAM KELAS..

7/16/2011 03:21:00 PM suria lekatlekit 15 Comments

Maaf la kalau ada yang sakit mata, sakit hati, sakit jiwa, sakit mental kalau sang lekit ni suka sangat kupas kupis isu dari akhbar walaupun bukan semua isu setiap hari sang lekit kopek tapi isu yang sang lekit betul - betul minat & ada pandangan atau pendapat peribadi yang nak di kongsikan jer sang lekit akan mengopek.

Carian google. Sekadar hiasan

Kes seorang pelajar tingkatan 4 yang dengan selamba badak menelan pil khayal di belakang kelas ketika cikgu mengajar dalam artikel Harian metro hari ni memang la satu gejala yang kita sendiri tidak terkejut sangat sebabnya kes masalah disiplin, masalah sosial di kalangan pelajar sekolah bukan satu benda baru. Tak tahu la apa punca budak tu sampai dalam kelas pun nak melalokkan diri, mungkin sebab ketagih, mungkin juga sebab tekanan & mungkin sebab - sebab lain yang kita tak pasti namun perbuatan budak tu sangat la berani. Dan berani yang tak harus di jadikan idola untuk adik - adik yer.

Dah lalok tu mesti la cikgu perasan, sebab orang lalok ni susah nak kawal diri dah. Apa dia buat apa dia cakap semuanya dah jadi tak normal. Budak ni pun memang dalam kategori pelajar bermasalah. Jadi kerja dia buat masalah jer la.. 

Nampaknya lepas ni undang - undang sekolah perlu di tambah. Setiap hari kena adakan spot check sebelum sesi pembelajaran di jalankan untuk membenteras gejala lalok di sekolah pada waktu pembelajaran berlangsung. Kalau di biarkan tak mustahil akan menjejaskan nama baik sekolah juga sesi pembelajaran. Mungkin juga boleh mengundang masalah lain yang lebih serius. Tak mustahil akan menganggu pelajar lain juga.kan?? Sebelum terjadinya perkara2 yang tak di ingini, mencegah itu lebih baik dari merawati.

Ini cuma pendapat peribadi sang lekit jer.. Mungkin dapat membantu pihak pengurusan sekolah menangani masalah pengambilan dadah & pil khayal dalam kawasan sekolah.

Rujukan : Harian Metro

15 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ASAL KUNING JER BERSIH TAPI KALAU OTAK KUNING?

7/15/2011 09:29:00 PM suria lekatlekit 21 Comments

Sekarang sebut pasal kuning jer semua ingat BERSIH. Sapa pakai baju kuning, akan di kaitkan dengan BERSIH samada dalam gurauan atau serius. Pakaian rasmi raja2 melayu pun KUNING sejak dulu.. Ada kau berani kaitkan dengan bersih??

Macam mana pula budaya KUNING & OTAK KUNING yang di kaitkan dengan mereka yang mengemari porno? Kuning jugak kan?? Tapi takde sapa berani kaitkan aktiviti kotor tu dengan BERSIH. Kesimpulannya KUNING tak semestinya BERSIH ok. Cuba luaskan pemikiran anda.

Hasil carian google. Sekadar hiasan bukan mempersendakan. Ini hasil editing mereka2 yang tak bertanggungjawab. Bukan memihak kepada mana2 parti politik tapi sebagai contoh sahaja

Bosan sang lekit dengan KUNING & BERSIH ni. Tak kira la isu tu di cakap dalam gurauan atau serius. Maskot DIGI, Bumble Bee Transformer, apa jer yang menggunakan tema KUNING mesti jadi bahan untuk isu BERSIH ni. Pasal KUNING & BERSIH ni macam - macam benda di propagandakan. Kadang - kadang benda yang takde di adakan. Video2 di edit untuk menampakkan kezaliman sebelah pihak. Gambar - gambar pun ada di edit untuk tujuan yang sama. Benda - benda yang tak berkaitan cuma kebetulan dalam tema warna yang sama di jadikan bahan untuk mempersendakan/menyindir sebelah pihak lagi.

Ada sapa2 nampak Ultraman datang masa perhimpunan bersih?

Ramai yang ambil kesempatan pada isu panas ni untuk meraih perhatian sampai kadang - kadang sanggup menyebarkan fitnah. Agaknya bila nak bernoktah. Jemu jugak asal nak blogwalking jer mesti ramai tulis pasal KUNING & BERSIH. Yang takde ilmu atau pengetahuan pun tetap juga tu nak tulis. Main maki hamun, mencarut tanpa ada pengisian langsung. Nampak sangat macam mak/pak turut. Nampak sangat macam terdesak nak sertai jugak berhujah dalam isu hangat walau jelas nampak dia tu memang tak tahu sangat pun pasal pergolakkan politik dalam negara ni.

Atau Bumble Bee Datang menyelamatkan penyokong bersih di kejami?

Sang Lekit pun memang tak pandai pasal politik,sebab tu sang lekit tak berhujah pasal politik cuma memberi pandangan peribadi kepada mereka2 yang kononnya bijak dalam berpolitik berhujah dengan perjuangan masing - masing. Yang berhujah dengan berilmu tu ok la.. tapi yang terang2 takde ilmu tu yang merosakkan mentaliti orang lain terhadap politik.

Ambil kata - kata Ahadiat Akasha.. tulis apa yang kamu tahu. Baru tak nampak bodoh sangat. Kalau tulis apa yang kita tak tahu, memang la takde pengisian. Setakat nak ajar orang makin hamun, mencarut..  Ada lagi baik jangan menulis langsung.

P/s : Saya tidak pernah menyokong/membangkang mana pihak. Saya menyokong apa yang saya rasa baik & menentang apa yang saya rasa buruk tak kira dari mana2 pihak sekalipun. Kalau hujahnya betul saya terima, kalau hujahnya dah terang2 kesat & hina.. saya pun tak bodoh untuk menilai. Saya bukan pak/mak turut mana2 parti di Malaysia ni. Harap maklum

21 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KAKI SI BOYOT BENGKAK NAK BUAT MACAM MANA?

7/15/2011 01:57:00 PM suria lekatlekit 19 Comments

Pinggang sakit, kaki mula bengkak & perut tak payah cakap la asyik rasa tegang. Hari ni rasa sengal2 bawah perut. Duduk tak kena, baring tak kena, jalan pun rasa serba tak kena. Itu lah sang lekit rasa bila kandungan dah nak dekat 8 bulan ni. Harus la memanafaatkan duni hujung jari ni mencari tips2 & petua mengurangkan masalah yang di hadapi terutama kaki mula bengkak. Sebab bila pijak lantai & berjalan akan rasa kesannya.

Bukan kaki ku yer.. Carian google

Bila dah jumpa info ada baiknya berkongsi walau blog sang lekit ni selain anak2 dara, anak - anak teruna ramai juga mak - mak dara yang selalu singgah. Pada mak - mak dara yang dah berpengalaman mengandung mungkin dah tahu tapi bagi yang pertama kali macam sang lekit ni banyak benda yang serba serbuk tak tahu & bagi anak - anak dara & teruna mungkin boleh di jadikan info untuk bekalan masa depan. kan??

Kenapa kaki bengkak semasa hami? Sebabnya bila kandungan mula membesar akan memberi tekanan kepada pengaliran darah dari bawah badan ke atas bila kita duduk terlalu lama. Dan biasanya berlaku pada trimester ketiga kehamilan & akan surut selepas melahirkan anak. Tapi nak kata sang lekit banyak duduk tak jugak.. banyak juga berjalan walau kat rumah je.

19 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RELA DI ROGOL

7/14/2011 09:50:00 AM suria lekatlekit 28 Comments

Siapalah yang rela di rogol, kan?? Kalau dah namanya rogol selalunya di kaitkan dengan paksaan. Tapi dalam arus moden yang serba canggih ni.. Kejadian merelakan diri di rogol adalah satu perkara biasa. Apa yang sang lekit maksudkan dengan kes rela di rogol ni?? Jom kita kopek dengan rakusnya.

Carian google. Sekadar hiasan

Apa yang sang lekit maksudkan 'Rela di rogol' ni adalah melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur. Walaupun perbuatan tu di lakukan dengan kerelaan kedua - dua pihak tanpa sebarang paksaan tapi kalau di gadis membuat laporan polis tetap la ia di klafisikasikan sebagai kes rogol kerana si gadis masih di bawah umur.

Pagi ni sang lekit membaca satu artikel di sinar harian 2 orang pemuda yang saling tidak mengenali antara satu sama lain yang di sabitkan dengan kes merogol seorang gadis 15 tahun di tempat & masa yang berasingan. Tapi kedua - duanya mengaku tidak bersalah. Dalam hati sang lekit mula tertanya - tanya.. Apakah benar2 gadis ni di rogol atau hanya kes rela di rogol? Macam mana mudahnya kejadian 2 kali di rogol oleh dua orang yang berbeza tapi di lain masa & tempat yang tak sama,kan?

Banyak kes macam ni berlaku. Padahnya melakukan persetubuhan haram dengan gadis bawah umur ni. Walau korang di pelawa sekalipun oleh adik - adik manis yang muda remaja jangan la ambil risiko.Satu, dorang boleh menjadikan ia sebagai senjata mengugut korang sebab kalau dorang buat laporan polis dah confirm la jadi kes rogol walau korang tak rogol tapi di lakukan atas kerelaaan sendiri.Hidup korang juga susah kan kalau jadi macam tu.

Ini cuma pendapat peribadi sang lekit jer.. Apapun perbuatan yang buruk balasannya juga buruk. Tak kira la perbuatan tu di lakukan dengan gadis bawah umur ke, atas umur ke,pertengahan umur ke atau umur dah di pinggir kubur sekalipun sebab dosanya sama saja, kan?? Kat dunia terlepas.. Akhirat dah sah - sah takde sapa boleh lari dari menerima pembalasan.

28 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TAHU KAU HEBAT, TAPI TAK PAYAH CERITA BANYAK KALI

7/13/2011 05:07:00 PM suria lekatlekit 22 Comments

Dari tajuk entri maka ketahuilah isu yang bakal di kopek rakus oleh mak buyung a.k.a boyot ni adalah topik yang agak puaka & berkemungkinan besar akan mendapat serangan balas dari pemakan2 cili secara tak rasmi tapi tetap sang lekit nak kupas kupis juga dari sudut pandangan peribadi sang lekit.

Bila kita membaca cerita tentang ketabahan,kecekalan & kepayahan seseorang demi melakukan sesuatu kita akan merasa kagum. Kagum dengan semangat waja nya yang mampu berdiri dengan kaki sendiri tanpa bantuan orang lain. Itu bila sekali baca/dengar.. Tapi kalau dua tiga kali baca/dengar cerita yang sama di lain hari masa waktu & ketika mesti muak kan?? Rasa macam sipolan tu dah takde kehebatan lain dia nak cerita pasal diri dia. Alih - alih benda yang sama.

Hasil carian google. Sekadar hiasan

Bila di kritik dia dengan satu kelemahan yang dia miliki mula la nak bangkitkan cerita basi pasal kehebatan yang di miliki & membandingkan dengan diri si pengkritik tu seolah - olah dia tahu latar belakang & perjalanan orang yang mengkritik walau kehebatan yang di miliki tu takde kena mengena pun dengan isu dia di kritik. Tahu la kau hebat dari segi tu.. Tapi bukan kau sorang je mampu buat semua tu. Ramai lagi kat luar sana lebih tabah, cekal & hebat dari kau.. Tapi dengan rendah diri jer dorang berkongsi perjalanan hidup dorang. Takde la sampai terpekik pekik nak canang.. Bahawasanya dia la paling hebat.

Persoalannya sekarang perlu ke mencanang benda yang sama berkali kali demi nak tunjuk diri tu sangat hebat. Berkongsi kepayahan yang di lalui demi mengecapi sesuatu tanpa kenal putus asa tu memang mampu memberi motivasi pada orang lain tapi kalau dah macam riak & bangga diri orang takkan akan pandang sebagai satu motivasi atau berasa kagum lagi dengan anda.. Malah orang akan rasa anda seorang yang 'POYO' & menjengkelkan. Apa yang jelas.. nampak kau seperti riak, berlagak & bongkak.

Ini cuma pandangan peribadi sang lekit yang tidak merujuk kepada mana - mana pihak, individu, blog mahupun blogger. Kalau ada mana2 manusia yang terasa dengan entri ni tu dia punya hal la. Yang pasti tiada nama, watak atau identiti sesiapa dalam entri ni.

P/s : Cara penulisan,gaya bahasa, perkataan yang di gunakan tu boleh memberi ekspresi pada jalan penceritaan. Kalau dah bercerita dengan riak, bongkak & bangga dengan kesusahan yang di lalui (yang kononnya hanya dia je boleh buat semua tu),logik ke kita nak rasa kagum & simpati?? dah tu dok repeat benda yang sama. Renung2kan la.. Jadi yang pernah berkongsi keperitan hidup dalam blog tapi konsep, penulisan, gaya bahasa & perkataan yang rendah diri jangan la terasa. Bukan anda yang saya maksudkan. Dan bukan niat saya nak memperlekehkan pengalaman hidup korang yang penuh siku liku tu. Harap maklum

22 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MINTA DERMA AIR SEJUK

7/12/2011 05:11:00 PM suria lekatlekit 17 Comments

Kisah ni berlaku sebentar saja tadi. Rumah sang lekit di ketuk bertalu - talu. Nak buka tak nak buka sama banyak jugak sebab malas nak layan salesman atau peminta derma ni. Tapi dah bertalu sangat ketukan tu sang lekit jenguk jugak kat teropong pintu tu. Muka seorang budak cina nampak la dari teropong kecil tu. Dalam hati dah tahu.. tak jual barang mesti minta derma. Buka juga la...

Carian google. Sekadar hiasan

Memang seperti yang di ramal, minta derma untuk orang2 cacat. Dah biasa. Pernah dulu budak cina yang datang minta derma untuk orang cacat ni bila sang lekit cakap takde duit dia cakap syiling pun boleh. Bila cakap takde cash.. dia sindir pula kad kredit pun boleh. Bengkak juga hati. Bukan taknak bagi.. Tapi kalau was - was dengan peminta derma ni baik la jangan bagi. Tak ikhlas. Lagipun banyak sangat kes penipuan macam ni. Sebab tu malas nak layan.

Macam biasa la alasan sang lekit takde cash, suami takde kat rumah.. Ayat diorang pun sama. Takde banyak syiling pun boleh. Lagi bagus penuhkan tabung. Konsep minta derma ni.. kalau orang nak bagi, orang bagi. Takde paksaan. Tapi konsep minta derma sekarang selagi boleh ayat, selagi tu la dia mengayat kita untuk menderma. Dah tu belum tentu derma yang di kutip untuk tujuan kebajikan sebab kita sedia maklum kes penipuan macam ni dah banyak. Ok la budak tu tak sekurang ajar budak kutip derma yang lepas. Tapi sang lekit tetap curiga sebab takde bukti yang mampu menyakinkan duit yang kita derma betul2 di salurkan kepada golongan yang memerlukan. Kalau bagi macam menyokong aktiviti penipuan pula. Best la dorang. Tak payah kerja, kutip je derma.

17 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CIKGU SHIDA TOLONG PROMOSIKAN ENTRI AKU

7/11/2011 08:09:00 PM suria lekatlekit 22 Comments

Lama rasanya tak kopek isu pasal cikgu shida. Sekarang ni orang kecoh pasal BERSIH jadi pasal fenomena Cikgu Shida ni orang tak ambil kisah sangat. Kalau dia boleh lawan isu BERSIH memang sang lekit pun tabik spring la.

Tadi masa berjalan sambil memburu cerita & berita (wah macam stalker pula yer) terserempak secara tak sengaja video cikgu shida yang di upload kat youtube tapi bukan video miming cuma video penjelasan & pemberitahuan tentang akaun baru facebook, blog & youtube dia. Katanya yang lama kena hack. Alahai.. kesian kan?? Orang popular memang la terancam dengan gejala hack ni. Blogger pinggiran longkang macam sang lekit ni orang nak hack pun fikir juta kali. Apa faedah hack blog melekit. Takde keuntungan mahupun kepuasan maksima yang dorang boleh dapat pun.

Bila dah jumpa blog baru cikgu shida ni harus la menjenguk apa cerita ceriti terbaru beliau. Mana lah tau dah di pinang orang ker... kekekekeke. Bukan di pinang tapi isu pasal putus tunang dia dulu tu yang menarik perhatian sang lekit. Tak sangka cikgu shida pun baca blog melekit kalau tak macam mana dia dapat link entri pasal putus tunang tu kat blog melekit ni kan?? Dia sudi pula bagi backlink untuk blog melekit pasal entri tu. Tapi takde traffic pun dapat dari blog cikgu shida tu. Mungkin blog baru ramai yang tak tahu lagi. Ingat kot - kot la dapat traffic jam dari reference blog cikgu shida.. Yelah orang popular kan??

Boleh clik DISINI untuk membaca entri yang di link oleh cikgu shida tu

Apapun cikgu shida terima kasih yer sudi bagi promosi pada blog melekit ni. Selalu selalu la jenguk blog melekit.. Kalau ada sebarang cerita terbaru cikgu shida Insyaallah sang lekit mesti update. Tapi kalau setakat video miming tu.. maaf la sang lekit tak minat, jadi sang lekit tak tengok pun. kekekekekekekeke

22 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TAK SUKA PENYOKONG ATAU PENENTANG BERSIH SEBAB..

7/11/2011 02:19:00 PM suria lekatlekit 22 Comments

Hari ni hari kedua selepas perhimpunan BERSIH diadakan. Rata - rata blogger tak lepaskan peluang untuk cerita pasal perhimpunan BERSIH tak kira yang menyokong atau membangkang. Masing - masing teguh dengan hujah sendiri. Yang menyokong berhujah dengan sokongannya macam tu jugak dengan yang membangkang.

Maskot DIGI pun terlibat. Apa Kes??
Bagi surirumah macam sang lekit ni yang memang tak pandai nak cerita pasal politik & memang tidak di lahirkan sebagai manusia yang fanatik terhadap politik makna BERSIH ni lain. Hari - hari pun kena buat kerja - kerja pemBERSIHan macam biasa walau apapun yang berlaku selagi kudrat tu masih ada. Tapi sebagai rakyat Malaysia & punya kemudahan macam orang lain untuk mengikuti perkembangan semasa dalam negara tetap sang lekit ikuti juga isu BERSIH ni.

Macam - macam cerita & video terpampar kat dunia maya ni. Pengalaman orang yang ikuti perhimpunan BERSIH. Ditahan, di pukul, berarak, di lokap & sebagainya. Tu bagi yang menyokong. Sanggup hadapi kepayahan & kesakitan demi perjuangan mereka. Bagi yang tak menyokong pula terus berhujah menentang sekeras - kerasnya. Tapi satu benda yang sang lekit kurang setuju tak kira yang menyokong atau menentang.

Maki hamun, mencarut dah jadi macam kata - kata rasmi dalam menyatakan ketidakpuasan hati tak kira dari pihak yang menyokong atau membangkang. Walau tak semua menggunakan konsep hujah macam tu tapi kebanyakkan memang macam tu. Memberi gambaran yang sangat - sangat buruk. Bagi golongan macam sang lekit ni.. Yang masih keliru perjuangan mana yang harus di sokong atau di tentang sedikit sebanyak memberi kesan. Mula la terfikir.. "Kalau aku join dorang ni dengan aku - aku sekali terjebak dalam budaya maki hamun & mencarut bila dah mula taksub & fanatik." Elok2 tak biasa dok taip perkataan F**K.. penuh pula entri aku dengan perkataan tu nanti. Tu contoh...

Kerajaan tak abis - abis kempen "Budi Bahasa Budaya Kita" nampaknya Budaya bahasa kita sekarang dah tercalar kerana ketaksuban manusia berpolitik. Tak kira yang memperjuangkan agama mahupun bangsa. Semua jadi kurang bijak bila mula fanatik.. Demi menjatuhkan & menyakiti pihak lawan budaya berbahasa sopan di pinggirkan.

Bagi sang lekit orang yang bijak & menyakinkan adalah mereka yang berhujah dengan lantang & berilmu tanpa perlu menunjukkan kebodohan & kejahilan sendiri dengan budaya bahasa kesat. Itu cuma pendapat sang lekit jer.. Pandangan seorang orang awam yang takde Ijazah mahupun PHD.

22 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KENAPA ADA PANTANG LARANG SEMASA MENGANDUNG?

7/10/2011 06:15:00 PM suria lekatlekit 16 Comments

Ibu mengandung anak sulung ni sekarang ni nampak macam rajin berkongsi perasaan di blog melekit dia kan?? Mesti la.. Al - maklum la pengalaman pertama semuanya serba baru yang di lalui. jadi petang ni sang lekit nak kopek sikit isu tentang pantang larang semasa mengandung.

Kalau ikut pantang larang orang tua ni memang banyak.. itu tak boleh.. ini tak boleh.. Kebanyakkan pantang larang ni cuma mitos.. Tapi kenapa orang masih lagi mengamalkannya termasuk sang lekit. Sang lekit ada alasan sendiri kenapa sang lekit ikut walau sang lekit tetap mencari kesahihan & logik sesebuah pantang larang tu. Kebanyakkan yang sang lekit search mengkategorikan ia sebagai mitos. Tak kisah la mitos ke dogeng ke bagi sang lekit amalan yang baik untuk kebaikkan si anak yang di kandung tak salah kita ikut. Itulah naluri seorang ibu yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk anaknya.

Ibu mengandung. Tetap tu nak tayang muka sendiri. Wakakakaka

Antara pantang larang yang sang lekit tahu semasa mengandung ni.. jangan menganiaya atau mencederakan haiwan nanti takut anak yang lahir akan cacat seperti kecederaan yang di alami haiwan yang kita cederakan tu. Sebenarnya kalau tak mengandung pun kita di tegah menganiaya binatang. Berdosa. Lepas sikap, perbuatan & percakapan ibu semasa mengandung juga akan mempengaruhi anak yang bakal lahir. Kalau masa mengandung asyik maki hamun, mencarut, melucah & cakap benda yang tak elok.. Macam anak dalam perut sedang di asuh pula dengan perangai macam tu. Jadi tak mustahil la kalau dia besar dia pun terikut macam tu. Anak dalam kandung kalau dah cecah 7 bulan keatas menurut dari pembacaan sang lekit dia sudah boleh mendengar apa yang si ibu cakap, merasa apa yang si ibu makan. Jadi bakal - bakal ibu tu kawal la yer. Kita semua mengharap anak yang lahir menjadi anak yang terbaik bila besar. Jadi tak salah kita amalkan pantang larang macam ni sebab ia untuk kebaikan.

Apapun perbuatan yang buruk tu memang tak elok di amalkan tak kira la semasa mengandung atau tak. Kenapa ia di jadikan pantang larang kepada ibu hamil? Bagi pendapat sang lekit la.. sebabnya ibu adalah insan yang paling dekat dengan anak. Tak kira la semasa mengandung atau sesudah di lahirkan. Jadi ibu adalah idola pertama si anak sebelum dia mengenali orang lain di sekelilingnya. Yang buruk tu cuba kita kurangkan atau buang terus.. Yang baik cuba kita amalkan hingga sebati dalam diri. Memang takde manusia yang sempurna, tapi itu tak bermakna kita tak berusaha untuk mengubah diri untuk kearah kebaikkan, kan?

Okies la tak nak membebel panjang pasal pantang larang ni.. Lagipun semua orang memang dah sedia maklum pantang larang yang di petuakan orang tua terun temurun ni. Memang banyak. Kalau yang masih tak tahu ringankan jari jemari untuk tanya en google yer..

16 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERSIH TAK BERSIH TETAP KU REDAH

7/10/2011 01:33:00 AM suria lekatlekit 15 Comments

Memang hari ni Roadblock merata - rata. Tapi itu bukan alasan sang lekit tak pergi. Memang ada sangkut satu roadblock kat jalan Sg Buloh ke kepong tadi. Kena tahan jugak dengan abang polisi tapi encik hubby bagi alasan ada appointment dengan doktor untuk pregnant check up. Kiranya alasan munasabah walau menipu sebab dia tengok sang lekit kat sebelah tengah memboyot kan?? Kang bagitau destinasi sebenar banyak pula soal jawabnya.

Perjalanan di teruskan selepas melepasi roadblock tu. Dalam hati tak sabar ni nak jumpa kawan baik merangkap kakak (angkat ke tak angkat tapi sang lekit dah anggap dia macam saudara sendiri) iatu bekas manager sang lekit dulu. Kami memang rapat masa kerja kat 1 ofis dulu. Muka pun orang cakap macam seiras. Sampai Adam tengok tadi masa kitorang tengah berbual pun cakap muka kitorang sama. Adam mana? Jumpa kawan baik @ kakak sang lekit kat mana?

Alkisahnya hari ni anak kakjun (ex-manager) kahwin. Dulu masa jadi single mother kakjun & anak - anaknya berhijrah ke kl. Tapi sekarang semuanya dah pulang ke tempat asal, tinggal si along (anak lelaki sulung kakjun) je kat kl ni. Bertemu jodoh dengan orang KL. Maka langsunglah majlis kawen dorang siang tadi (9 Julai 2011) di Dewan Dato' Othman Harun,kem Wardieburn Jln setapak Kl. Memang dah janji nak pergi, lagipun kakjun ni memang nak jumpa sangat sang lekit. Yelah.. dia dah balik sabah, dah bertahun tak jumpa. Asyik bertanya khabar sms, call atau FB jer. Nak - nak lagi dia teringin nak tengok mummy katek yang tengah boyot ni. Maka sang lekit pun taknak hampakan dia. Sang lekit pun memang nak jumpa dia juga.

Jadi bertemu la kitorang tadi kat majlis persandingan anak sulung kak jun, Si Along tu. Apa lagi kecoh la mulut kitorang berbual itu ni. Keramahan & kemesraan kitorang tetap macam dulu walau kakjun dah kembali jadi wife pada husband dia & sang lekit pun dah jadi bini orang. Tak jadi masalah sebab en hubby sang lekit memang dah kenal dengan kakjun sebelum ni. Pernah kenalkan dengan kakjun masa sebelum kawen dulu. Pasal sapa di Adam tu.. Jom kita tengok sekeping dua gambar yang sang lekit ambil dari majlis tadi...

15 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

HUKUMAN YANG MEROSAKKAN PAKAIAN SEKOLAH

7/09/2011 12:29:00 AM suria lekatlekit 18 Comments

Tadi ada buat entri pasal budak sekolah pakai tudung shawls sebagai tudung sekolah kan tiba - tiba sang lekit teringat pula pasal etika pemakaian masa zaman sang lekit sekolah dulu. walaupun dengan uniform sekolah tetap nak melaram, akibatnya melanggar etika pemakaian uniform sekolah.

Carian google. Sekadar hiasan

Zaman sang lekit sekolah dulu.. kalau budak perempuan melayu/islam wajib berbaju kurung & bertudung. Tak boleh tidak. WAJIB. Tapi zaman tu zaman pakai kain sapu lantai. Korang tau kan macam mana gayanya. Hujung kain sampai hitam jadinya dok menyapu lantai. Tudung pula ala - ala tudung shawls yang singkat sekarang la. Hanya tutup leher jer.. Jenis kain pula yang licin & nipis sampai boleh nampak la warna & corak bra. Tu gaya melaram di kalangan pelajar perempuan Islam. ** Bukan semua tapi segelintir sahaja yang nakal - nakal**

Yang bukan Islam pula.. Biasa la Pinafore la. Tapi etika pemakaian Pinafore mesti hingga paras lutut tak boleh pendek. Tapi kebanyakkan pelajar bukan islam ni yang nakal - nakal akan tempah uniform dorang dengan kependekkan paras peha jer. Kira atas pada lutut la. Sama la dengan pelajar melayu.. Untuk melaram. Beza pelajar Islam panjangkan kain sampai jadi penyapu lantai yang bukan Islam pendekkan skrit macam kat sekolah hari - hari banjir melanda.

Fesyen melaram budak lelaki taknak sentuh, biar Nyah Zulfikar je kopek pasal isu tu. kekekeke. Ok.. bila time spot check, yang melanggar etika pemakaian di sekolah ni dah tentu jadi sasaran untuk tindakkan disiplin. Tak tahu nak setuju ke tak denda yang di kenakan cikgu kat sekolah sang lekit ni.. Untuk pelajar Islam.. kain akan di potong sampai pendek. Nampak la compang camping kain yg di gunting tu. Yang Bukan islam pun kena potong jugak skrit dorang. Bertambah pendek la. Rasa macam tak relevan pulak hukuman tu. Lebih kepada merosakkan baju sekolah. Yelah.. bukan semua pelajar nakal tu kaya - kaya. Kadang2 nakal melaram jer.. Yang lain ok. Ada yang Baju sekolah pula setahun sekali jer tukar. Memang la tujuan hukuman tu untuk buat dorang serik tapi rasa kurang sesuai pula. Kan??

Pendapat korang sang lekit tak tahu la.. Tapi pendapat sang lekit rasanya gunakan pendekatan & kaedah lain kot dari merosakkan pakaian sekolah pelajar ni. Ini cuma pandangan peribadi jer.. Harap cikgu2 yang baca tak sentap.


P/S : Walau pernah tengok kawan - kawan kena (termasuk pelajar lelaki kena potong seluar) tapi sang lekit tak pernah kena pun. Mungkin dari segi etika pemakaian lulus kot. kekekeke

18 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ADA YANG SENTAP PULA

7/07/2011 11:26:00 PM suria lekatlekit 21 Comments

Banyak betul kesinambungan entri semalam & hari ni. Akibat cuba menjelaskan kembali salah faham yang berlaku dalam entri SALAHKAN PAKWE BILA ANAK MATI DIROGOL DI BUNUH, DI KERAT & DI BAKAR dengan menulis entri SIKAP TUNDING JARI muncul pula pak meon or maybe mak enon atau dalam bahasa mudah di fahami blogger Anonymous @ Anon mengamuk dalam komen di entri SIKAP TUNDING JARI tu.

Memang betul - betul sentap si meon/enon tu dengan entri sang lekit. Katanya kalau setakat nak buat ulasan dari artikel akhbar siapa2 pun boleh. Silakan la buat. Takde halangan. Lepas tu katanya sang lekit ni berangan nak jadi famous dengan entri2 macam ni. Takde pula terdetik entri2 ni akan mempopularkan sekaligus mengkayakan sang lekit. Katanya tak payah buat entri nak komen pasal dia & minta simpati orang lain.


Tetap sang lekit buat entri khas untuk membalas balik. Nak komen kat blog beliau almaklumla orang lantang bersuara dalam identiti anonymous ni mana ada tempat kita nak bersoal jawab dengan dia kan?? Biasa la kalau jenis hanya berani dari celah ketiak mak memang macam tu. Ayat berapi tapi takut nak tunjukkan diri. Sang lekit tak kisah apapun komen yang dia nak bagi.. Dah di jelaskan isu yang sebelum ni bukan sang lekit tak sensitif dengan kesedihan orang lain tapi yang di kupas kupis adalah isu masyarakat kita yang suka tunding jari pada orang lain bila berlaku sesuatu yang buruk.

Mungkin otak dia tertumpu hanya pada Isu Gadis yang menjadi mangsa rogol & bunuh tu tanpa memperluaskan pemikiran dia dengan situasi sekeliling. Secara kasarnya memang nampak sang lekit macam tuju pada isu gadis tu tapi sebenarnya isu tu sebagai contoh saja. Bukan kes tunding jari ni kali pertama berlaku.. malah sentiasa berlaku dalam kehidupan kita seharian. Kalau dah otak dia hanya boleh fikir satu arah jer.. memang la menampakkan kekejaman pada entri sang lekit tu. Jadi pada Pak Meon/Mak Enon tu.. Harap jelas yer. Kalau tak jelas jugak dah takde ayat sang lekit nak jelaskan. Terpulang la pada penilaian masing - masing.

P/s : Nama tak menarik pun jadi isu ker?? Nampak sangat tahap kesentapan dia melampaui isu yang di bangkitkan. kekekekekekeke. Tapi lebih bagus ada nama dari bernama Anonymous kan??

21 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com