BALQIS JADI MANGSA KEADAAN DI SEMIFINAL MENTOR MILENIA 2017

4/30/2017 11:40:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

BALQIS JADI MANGSA KEADAAN DI SEMIFINAL MENTOR MILENIA 2017. Malam ni malas nak mengulas setiap persembahan protege sebab semua agak memboringkan kecuali balqis jer nampak lebih menyerlah persembahan dia malam ni. Tapi sayangnya dia menjadi mangsa keadaan drama yang dah di aturkan atas pentas mentor milenia 2017.



Untuk separuh akhir.. Usop yang performance totaly out tu pulak jadi juara. Almaklum perkara yang mustahil adalah.. usop di keluarkan. Usop memang dari awal semua orang dapat agak dia akan ke final sebab kelebihan dia miliki.. Usop jadi viral sejak dia join ujibakat lagi. Usop jugak lebih ramai follower berbanding protege lain. Jadi dalam apapun situasi usop memang tak akan terkeluar sebab rata2 menonton mentor milenia 2017 sebab nak tengok usop perform jer termasuk la aku.. Terjebak dengan mentor milenia 2017 ni pun sebab usop jugak.


Tapi tak bermakna.. aku harus jadi tak telus untuk memberi komen persembahan usop setiap minggu. Sememangnya usop bukan penyanyi versatile. Dalam banyak2 protege, Balqis memang penyanyi versatile.. Sapapun takkan boleh nafikan pakej lengkap yang balqis ada. Aku syak.. Mentor Milenia 2017 ni dah plan setiap mentor akan bawa 1 rprotege mereka ke final di sebabkan itulah Balqis menjadi mangsa keadaan di semifinal.


Kalau ikut persembahan syeera & elica paling teruk malam ni.. Tapi kenapa Balqis yang tersingkir?? Sebab Balqis di bawah mentor hazama sama dengan usop. Satu satunya mentor yang mampu mengekalkan 2 protege sampai ke semifinal adalah hazama. Seperti kita sedia maklum perkara yang mustahil berlaku adalah menyingkirkan usop.. Walaupun persembahan usop malam ni... bukan persembahan yang terbaik. Malah lebih teruk berbanding minggu lepas. Kalau nak pilih salah satu siapa yang patut di keluarkan.. aku rasa malam ni usop yang patut tersingkir tapi nak buat macam mana.. Bila populariti tu menjadi penentu siapa ke final & sapa yang akan tersingkir maka bakat yang ada pada Balqis.. orang pejam mata.


 Menyesal pulak lahai.. ikuti mentor milenia 2017. Kalau macam ni la drama TV3.. mereput la kau kat situ. Tak hingin aku nak follow macam tahun2 lepas. Apapun jangan sesedih Balqis. Awak sangat talented.. Awak akan lebih berjaya nanti. Dulu shila Amzah pun kalah dengan Ayu di One In A Million tapi sekarang Shila Amzah lebih berjaya berbanding Ayu.. Bukan setakat di Malaysia.. malah sampai ke china. So jangan down awak kalah dengan usop kerana populariti Mentor Milenia ni..  Yakin dengan kemampuan awak. Insya Allah awak akan lebih berjaya nanti.


Apapun syabas TV3 dengan drama mentor milenia 2017 ni. Mohon mereput mentor milenia tahun depan. Meluat aku. hehehehe


P/S : kebanyakkan penonton yang komen di page tv3 tidak berpuas hati dengan penyingkiran Balqis & boleh nampak drama bangang TV3

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

JIKA KITA NAMPAK MAKHLUK NI, PASTI TAK RAMAI BERANI KE HOSPITAL SEBAB TU PENTING AMALKAN AYAT QURSI

4/30/2017 10:37:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

JIKA KITA NAMPAK MAKHLUK NI, PASTI TAK RAMAI BERANI KE HOSPITAL SEBAB TU PENTING AMALKAN AYAT QURSI. Hospital kita sedia maklum tempat yang ramai orang sakit, orang sedang nazak & tempat yang ramai orang menghembuskan nafas terakhir. Tempat - tempat macam ni tak pelik la kalau banyak makhluk2 ghaib yang kita tak nampak dengan pandangan mata kasar. Mungkin yang di beri kelebihan oleh Allah SWT sahaja dapat melihat untuk memberi pengajaran pada orang lain.


Terbaca satu perkongsian di media sosial tentang pengalaman seseorang yang mungkin di buka hijabnya boleh melihat makhluk ghaib ni. Dia nasihatkan la supaya sesiapa sahaja keluar dari hospital tak kira la selepas discharge dari wad, atau datang sekadar melawat orang sakit mengamalkan membaca ayat Qursi kemudian hembuskan di kiri, kanan, depan & belakang sebelum pulang kerumah. Sebab kita tak tau apa yang ikut kita balik dari hospital. Jangan ingat benda ni tahyul bagai yer.. Dari pengalaman aku sendiri anak aku pun pernah terkena baru2 ni selepas hampir seminggu dok ulang alik dari hospital sampai malam sebab mertua masuk wad.. Sampai kena merujuk dengan pusat rawatan Islam. Sepupu dia yang umur 2 tahun pun sama juga tapi depa rawat cara kampung.. Aku tak sure la kan dengan siapa.

Menurut hamba Allah yang berkongsi cerita sepanjang dia dok masuk mana2 hospital kat Malaysia ni.. Dalam wad tu katanya dia nampak macam2 jenis makhluk dok merayap kat siling. Satgi ada loyar buruk cakap cicak pulak. Ni bukan cicak mahupun cicakman yer.. Makhluk tu memang kita orang2 tak ada ilmu ni tak nampak. Kalau semua orang boleh nampak dah tak rare & seram pulak la kan? Kita masuk wad nampak orang jer.. Yang di buka hijabnya dia nampak lebih dari manusia dalam tu.

Dari pengalaman dia sendiri.. katanya di sebuah hospital besar .. dot... dot.. dot.. Bila dia dongak atas siling terlampau banyak makhluk merayap. Ada mata bulat, mata panjang, telinga panjang, muka seram & ngeri seolah olah tunggu masa nak terjun ke bawah. Paling menakutkan.. dia nampak seorang lelaki yang berjalan sambil pegang kepala dia sendiri dalam keadaan darah yang masih memancut keluar dari tengkuk. Hanya dia je yang nampak.. sebab yang lain tengok melakukan rutin seperti biasa seolah2 tiada apa yang aneh berlaku


Bila di pandang bawah katil.. dia nampak ada mayat sedang di tidur pula. Kemudian ada seorang kanak kanak menarik tangan ibunya cuba menunjukkan kearah lembaga bawah katil tapi mak dia pulak marah. Biasa la mak mak kan.. dia rasa anak dia mengarut jer. Sebab tu.. Jangan ambil mudah kalau anak anak kecil bagitahu sesuatu yang pelik yang mereka nampak.


Pengalaman kedua katanya dia nampak ramai orang datang melawat ahli keluarga mereka yang sakit.. dalam celah2 tu dia nampak seorang wanita yang berjalan perlahan sangat. Di atasnya ada seekor beruk sedang bertenggek. Tapi bukan beruk biasa.. Mata beruk tu merah menyala. Bila dia ceritakan pada isteri dia, isteri dia terdiam. So, dia terus membaca ayat2 Al Quran lalu di hembus kepada makhluk tersebut.

Lepas di hembus ayat ayat Al Quran pada beruk tu.. wanita tu terhuyung hayang & sempat dia pegang keluarganya yang ingat dia nak pitam. Beruk tadi terjatuh & bangun semula dengan muka yang marah sambil mencari siapa yang buat dia jatuh & akhirnya matanya terpana pada lelaki yang menghembuskan ayat ayat Al Quran tadi. Sekali lagi lelaki tu bacakan Ayat Qursi lalu di hembuskan pada beruk tu.. Akhirnya benda tu hilang. Isteri dia tegur perbuatan dia menghembus  macam tu risau jadi kecoh sebab orang salah sangka. Bila dia explain kat isteri dia.. Isteri sekali lagi cuma terdiam

Pengalaman ketiga katanya dia nampak ramai orang mengelilingi seorang lelaki yang rupa rupanya dah sangat nazak & sedang menghadapi sakaratul maut. Anak2 dia nampak masih sibuk dengan handphone mungkin sedang menghubungi sedara mara untuk maklumkan keadaan ahli keluarga mereka yang sedang nazak. Tapi ada satu makhluk bertelinga & tanduk panjang nampak lebih sibuk dari semua yang ada kat situ. Dia sibuk menganggangu lelaki yang sedang nazak tu. Saat itulah.. perlu di ajarkan kepada mereka yang sedang nazak untuk mengucap dua kalimah syahadah sebab dalam keadaan matanya mula memandang keatas.. sebenarnya dia sedang di ganggu syaitan. Tak payah time tu nak sibuk dengan handphone..

Pengalaman ke empat.. Lelaki ni pernah masuk ke bilik mayat untuk dapatkan surat kematian ibunya. Dia nampak ada beberapa makhluk yang sedang berdiri berhampiran peti mayat cuma dia tak pasti adakah makhluk yang dia nampak berdiri di sisi peti mayat tu.. mayat di dalamnya milik mereka. Mereka nampak seperti manusia biasa.. tapi ada berwajah hodoh dengan muka pecah, lidah terjelir keluar. Sebab tak tahan nak tengok lama lama dia cepat2 jumpa person in charge untuk dapatkan surat & terus kepejabatnya.

Pengalaman kelima.. Dia masuk ke wad jantung semasa menziarahi ibu mertua dia. Dia nampak seorang jurujarawat tekun membantu seorang pesakit tanpa sedar sebenarnya dia di ekori sesuatu.. Sesuatu tu berupa.. wanita berambung panjang berjalan ikut dia dari belakang. Kemana je nurse tu pergi, dia akan ikut sambil matanya memandang ke bawah. Sesekali rambut dia yang panjang tu tersangkut atas bahu nurse tu.. nampak nurse tu macam menguis seolah olah macam rasa gatal. Dia cuma tengok tanpa buat apa apa pada nurse tersebut. Sebab tu yang bekerja di hospital ni bagus amalkan ayat Qursi untuk mengelak gangguan makhluk halus.


Jadi.. Petua kepada semua tak kira yang datang menziarah atau yang bertugas dalam hospital ni. Amalkan ayat Qursi.. sebab di sebalik apa yang kita tak nampak ada sesuatu yang sedang memerhatikan kita. Memang yang jadi mangsa kebanyakkan kanak kanak.. Jadi untuk elakkkan kita atau anak kita menjadi mangsa gangguan makhluk ghaib ni amalkan ayat ayat Al Quran sebagai pendinding. Samada kita percaya atau tak.. Ia memang wujud. Di bumi Allah ni bukan hanya wujud hidupan yang kita nampak.. Malah ada alam ghaib yang ada penghuninya. Wallahualam...

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PETUA KUAH LAKSA TAK BASI SEHINGGA 5 HARI

4/29/2017 02:54:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

PETUA KUAH LAKSA TAK BASI SEHINGGA 5 HARI. Laksa salah satu makanan kegemaran orang malaysia terutama orang utara ni. Ada orang hari hari kena makan laksa.. Ada orang seminggu sekali kena juga masak laksa & ada orang asal jumpa laksa mesti nak makan. Aku pun antara mereka yang suka makan laksa jugak ok. Lepas tu jenis over confident laksa masak sendiri konon lebih sedap dari orang masak.. So aku memang rajin la masak sendiri kalau nak makan laksa. Kadang2 aku sorang je makan tapi masaknya dekat setengah periuk. Jadi apa aku buat.. Selalu aku frozenkan kuah laksa dalam peti ais.


Normally aku masak kuah laksa ni even tak di frozenkan memang tahan 3 hari tak basi & masih sedap. Kalau sampai hari ke 3 pun tak habis aku baru aku simpan dalam peti ais. Petua nak masak kuah laksa supaya tahan lama tak basi ni mudah jer..

1. Jangan buat kuah laksa tumis. Minyak tu buat kuah laksa tak tahan lama. Kalau nak simpan dalam peti ais pun nanti minyak tu jadi tepu tak sedap. Jadi masak secara rebus je tanpa gunakan minyak akan buat jangka hayat kuah laksa anda lebih lama.

2. Cili sebelum blender (kisar) rebus atau rendam dalam air panas dulu baru blend. Masa masak cili biar sampai betul2 hilang bau mentah cili tu. Masak lama sikit. Kalau cili masak dengan baik, Insya Allah kuah laksa anda tak cepat basi.

3. Setiap hari panaskan.. Yang tu paling penting kalau tak di simpan dalam peti ais.

Tu je la petua yang selalu aku buat untuk memastikan kuah laksa aku tak basi & boleh tahan sehingga 5 hari. Kalau hangpa jenis pemakan laksa tegar macam aku boleh la buat macam tu kemudian simpan dalam peti ais. Rasa nak makan boleh keluarkan & panaskan jer.

Ni kuah laksa yang berusia 5 hari. 3 hari atas dapur & 2 hari dalam peti ais. Nak makan aku cuma panaskan dalam microwave jer. Makan dengan bihun yang dah di celur lembut. Rasa dia of course semakin sedap sebab kuah dia semakin pekat & rasa dia semakin sebati.

Kuah laksa ni tak semestinya boleh makan dengan laksa jer sebenarnya.. Boleh je makan dengan bihun & megi (mee segera). Tu cara aku menikmati kuah laksa. Pokok pangkal dia.. kalau kuah laksa tu sedap.. makan dengan apa pun sedap. Selamat mencuba petua masakan dari dapur sekangkang kera lekatlekit ni. hehehehe

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PEKERJA ASING BAWA PENDAMPING PUNCA 70 PEKERJA KILANG ELEKTRONIK DI PUCHONG KERASUKKAN

4/28/2017 09:12:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

PEKERJA ASING BAWA PENDAMPING PUNCA 70 PEKERJA KILANG ELEKTRONIK DI PUCHONG KERASUKKAN. Sapa pernah ada pengalaman kerja kilang angkat tangan? Erkk.. Aku pun pernah kerja kilang jugak ok.. Dalam setahun macam tu la. Lepas tu aku rasa kerja dalam kilang ni memang tak berapa menepati taste aku. Pernah kerja sebagai general clerk juga kat sebuah kilang.. Last aku kerja pun clerk kat sebuah kilang juga tapi tak sampai 2 hari kot aku dah tak tahan. Pendek kata kerja kilang ni memang aku tak berapa minat even mak aku dulu pun bekas minah kilang jugak. Yelah.. nak membesarkan anak. Nak tolong bantu ringankan beban ayah katanya.


Kena bagitau satgi ada yang salah faham kata aku pandang rendah orang kerja kilang pulak.. Aku cuma nak bagitau aku tak minat kerja kilang. Orang kerja kilang bukan semua tak educated.. dalam kilang tu ada macam2 position.. engineer, manager,technicial,officer bagai.. So jangan pandang rendah ok kalau orang cakap dia kerja kilang. Tapi bukan aku nak cerita pasal peluang pekerjaan yang ada dalam kilang.. Aku nak cerita pasal kisah seram jer.

Kilang antara port berhantu juga la cuma bukan semua kilang tapi salah satu tempat di mana selalu berlaku kejadian histeria. Almaklum la ramai awek cun kat situ kan.. Ni kisah pasal sebuah kilang elektronik kat Puchong.. Katanya bukan kali pertama berlaku kejadian histeria ni malah dah banyak kali cuma yang terkini melibatkan ramai pekerja. Yang terbaru berlaku lagi melibatkan 70 orang pekerja. Kebanyakkan pekerja warga asing la. Dulu katanya tak sebanyak ni yang kena..

Depa sendiri pun tak tau punca histeria tu berlaku sebab katanya..tengah dok buat kerja tetiba seorang pekerja tu menjerit2 kemudian berjangkit dengan yang lain. Di sebabkan kejadian histeria semakin kerap berlaku mereka minta khidmat dari Pusat Rawatan Islam Al-Qalam.

Di sebabkan kejadian histeria tu operasi kilang tu terpaksa di tutup sementara. Sekarang tengah operasi membersihkan kawasan tersebut dari gangguan makhluk halus. Katanya Gangguan tu berpunca dari Tandas & perawat dari pusat rawatan Islam tu cakap.. Mungkin ada kaitan dengan pekerja asing yang ada bawa pendamping atau apa2 yang berkaitan untuk di jadikan pendinding.

Tu la kan.. Kalau masih ada orang dok guna bodyguard ghaib ni dia memang la di jaga tapi orang lain pulak yang kena bahana. Security ghaib ni kau tak bagi apa yang di janjikan memang dia akan menyebabkan huru hara.

Jadi moral of the story... Rasa nak pasang bodyguard carilah bodyguard manusia bukan jin ok!

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SISI SEBENAR KEHIDUPAN NEELOFA AKHIRNYA TERBONGKAR

4/28/2017 04:27:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

SISI SEBENAR KEHIDUPAN NEELOFA AKHIRNYA TERBONGKAR. Neefola seorang selebriti yang agak terkenal kat Malaysia.. Bukan sahaja berjaya dalam kerjayanya sebagai seorang artis malah seorang ahli perniagaan jugak. Gamaknya orang kelantan ni memang jenis ada bakat semulajadi menjadi seorang ahli perniagaan kot. memang wanita kelantan kebanyakkan suka berniaga.. Tak kira la berniaga pakaian ke, tudung ke, produk kecantikkan.. Tu yang boleh nampak kadang2 ramai pengasas produk dari kelantan.


Neelofa setakat ni rasanya tak ada keluarkan sebarang produk kecantikkan kot.. cuma ada dia keluarkan produk contact lens, Lofalens. Selain tu macam kita sedia maklum la Neelofa ada keluarkan pakaian & tudung atas jenama dia sendiri iatu Naelofar Hijab & Naelofar Casual. Aku tak pernah la pulak ada koleksi dari jenama Neelofa ni.. Maybe sebab aku pakai brand murah2 je kot hahahaha. Kalau yang terbeli branded sikit tu maybe masa shopping kat the store lupa nak belek jenama hahahaha. Murah ke mahal ke.. Asalkan berberbelanja ikut kemampuan sudah la kan?

Walaupun Neelofa di lihat sebagai artis & ahli perniagaan yang berjaya pun camtu dia masih dalam kategori artis yang terkenal jugak dengan kontroversi. Orang cantik & terkenal la katakan..Kontroversi tu biasa la kan. Tapi yang ni bukan gosip ataupun kontroversi tapi memang betul... Kalau korang memang peminat setia Neelofa korang kena tengok benda ni. Sebab katanya korang boleh tengok sisi sebenar kehidupan Neelofa yang mungkin sebelum ni tidak di paparkan secara umum. Mungkin apa yang kita lihat Neelofa seorang selebriti yang kaya & berjaya.. Tapi di sebalik kejayaan & kekayaannya itu mungkin ada kisah yang orang tak tahu. Kalau korang nak tau boleh dapatkan info kat sini >> Neelofa Papar Sisi Kehidupan Sebenar Dalam #FollowLofa << Bukan je peminat, haters pun kalau nak jaga tepi kain neelofa boleh je tengok ok! Manatau ada point nak mengkritik katanya hahahahaha. Dasar haters katanya. Asal kritik tu haters.. Mohon ubah persepsi anda!

Jadi pada peminat juga Hatters Neelofa yang concern sangat pasal neelofa ni.. Hangpa kena tengok tau. Baru hangpa tau siapa neelofa sebenar. Baru hangpa boleh menilai dia.. kekekeke

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERITA BAIK UNTUK PENGGUNA INSTAGRAM

4/28/2017 01:03:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

BERITA BAIK UNTUK PENGGUNA INSTAGRAM. Instagram.. zaman sekarang kalau orang yang ada account media sosial ni mesti ada instagram. Instagram ni umpama macam album gambar la.. Kalau account Instagram aku ni memang gambar je la. Memang berbeza dengan facebook aktiviti aku kat Instagram. Kalau hangpa nak tengok apa yang aku selalu share kat Instagram boleh la follow @lalalekatlekit. Jangan meleleh air liur pulak tengok gambar2 yang cheq upload kat Instagram tu yer hehehehe


Instagram ni bagus jugak ok.. At least orang tak boleh pertikai hangpa asyik dok upload gambar je sebab memang Instagram tempat berkongsi gambar. Tapi jangan la dok share gambar2 yang boleh mengaibkan pulak. esok dah dapat hidayah jenuh nak delete satu persatu nak2 lagi hangpa jenis 1 hari 24 keping gambar hangpa upload. selalu je dengar orang merungut letih nak delete gambar2 yang depa rasa tak sesuai dah untuk tontonan umum. Sampai habis kuota internet sebab nak delete gambar je. Dulu masa jahiliah mungkin la depa tak rasa macam tu.. Bila berhijrah kearah yang lebih baik, time tu la rasa macam banyak benda nak buat. Nak delete account Instagram sayang katanya.. follower dah juta2. Di tambah banyak dok dapat paid review, mustahil la depa sanggup delete account tu.

Sebab tu la.. kalau ada account media sosial macam instagram tapi tak ada benda ni >> Siapa Yang Rajin Guna Instagram Setiap Hari Confirm Akan Happy Tahu Pasal Data Plan Ni << pun macam tak berapa effective la account media sosial hangpa tu. Sebab ia umpama nyawa bagi setiap aktiviti di media sosial ok! Jadi bila ada offer macam ni.. antara berita baik jugak la buat semua pengamal media sosial terutama yang aktif di instagram. Instagram sekarang bukan je boleh upload gambar tapi video so perlukan kuota internet yang banyak jugak ok! So, ni kira salah satu berita baik untuk pengamal media sosial jugak la.

Apapun.. media sosial ni boleh jadi aktiviti yang best bila kita bosan bosan tapi boleh jadi jugak sesuatu yang memudaratkan kalau kita gunakan cara yang tak betul atau keterlaluan. Jadi moral of the story.. Jangan bazirkan kuota internet anda kepada perkara tak berfaedah ok. Manafaatkan kepada perkara yang lebih menguntungkan & memberi pulangan.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CUCKOO.. PENAPIS AIR & UDARA YANG PERLU ADA DI RUMAH ANDA

4/27/2017 11:30:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

CUCKOO.. PENAPIS AIR & UDARA YANG PERLU ADA DI RUMAH ANDA. Air adalah keperluan hidup setiap hidupan dalam dunia ni. Tak ada hidupan boleh hidup tanpa air ok! Itu fakta bukan spekulasi.. Kita ni kadang2 bab pemakanan memang jaga sangat tapi bab air asal buka paip keluar air putih jernih tu kita dah anggap bersih, ye dak? Termasuk la saya sendiri.. Kita bila tengok air nampak bersih memang kita claim bersih je la kan.. Air ni kadang2 macam manusia.. Nampak elok, baik,suci, putih,jernih bagai belum tentu hati dia pun macam. Begitu juga dengan air yer.


Menurut sumber yang aku baca sumber air kita ni mempunyai 7K. 7K tu bukan 7 ribu tapi

1 karat
2 kuman
3 klorin
4 keledak
5 kimia
6 keroh
7 kotoran dari bahan terbuang dalam sungai.

Tu dia 7K dia.. Bila dengar pun kita rasa seram, geli geleman bagai kan. Sebab tu la kenapa kita perlukan penapis air. Penapis air bukan macam penapis teh tu ok! Satgi ada yang lurus bendul dok tapis air paip rumah dia guna penapis teh pulak.


Kalau nak beli penapis air ni.. Kita kena tahu juga la serba sedikit tentang kelebihan & kekurangan selain kualiti, harga & jenama. Tak boleh la.. asal nak beli je jumpa terus beli. Penting untuk kita study dulu. Sebab kena study dulu sebelum membeli apa2 jenama penapis air.. Meh study 1 Jenama penapis air ni. Manatau menepati keperluan, bajet & citarasa korang kan.


Cuckoo. Antara jenama penapis air yang ada dalam pasaran tempatan. Kelebihan penapis air Cukcoo ni adalah ia berupaya menghasilkan air minuman yang bersih, sejajar dengan piawaian WHO seperti berikut:

Bebas dari logam berat
Bebas dari bakteria, kuman dan virus.
Beralkali ringan
Kaya dengan mineral


Memang penapis air Cuckoo ni menepati semua ciri di atas. Selain tu ia memudahkan urusan bila kita memiliki penapis air ni kerana

௧ Tak perlu nak masak air
௨ Bagi yang ada anak kecil yang masih menyusu, memudahkan anda untuk menyediakan susu
௩ Memudahkan setiap kali nak buat air berperisa macam kopi, teh & sebagainya
௪ Auto Refill.. Bermakna tak payah nak susah payah isi air kalau air dalam tu habis. Dia auto buat sendiri
௫ Meringankan bebab anda sebab tak payah nak angkut air masuk ke dalam mesin
௬ Di sedikan air panas atau sejuk. So tak payah la bila nak minum air sejuk terpaksa di sejukkan tu. Tekan2 butang pilihan anda sejuk atau panas je

Kalau setakat tu je kelebihan Penapis air Cuckoo ni takde la best sangat kan? Betul kalau setakat tu memang biasa jer penapis air jenama lain pun ada fungsi & kelebihan macam tu TAPI.. kenapa perlu setiap rumah ada penapis air ni adalah..

1. Selain air dia yang lebih sedap rasanya, ia terjamin bersih lagi menyihatkan & mempunyai sijil halal JAKIM untuk semua jenis penapis.

2. Tak perlu risau untuk memastikan kebersihan penapis air Cuckoo ni sebab dengan pembelian penapis air ni siap pakej servis berjadual dengan percuma. Sampai masa nanti dorang datang servis untuk anda.

Selain design dia cantik.. yuran bulanan dia pun murah, serendah RM60 sebulan.


Selain penapis air ada jugak penapis udara. Ni satgi ada pulak yang tanya.. Perlu ke penapis udara kat rumah. Selama hidup ni elok je tak guna penapis udara ni. Zaman dah berubah Nyah.. Dulu udara kurang pencemaran.. Banyak pokok. Sekarang dapat tengok pokok lalang pun dah syukur dik.. At least ada la lagi proses fotosintesis tu kan? Pokok besar2 & hutan tebal memang susah nak jumpa kat kawasan bandar. Habis kena tebang & bukit bukau pun banyak kena tarah. Projek pembangunan sana sini.. Sekaligus menjadi penyumbang kepada pencemaran udara.. tu tak termasuk asap kenderaan bagai..



Selain tu korang juga kena tahu kenapa penting pasang penapis udara dalam rumah.. Ini adalah kerana udara dalam rumah lebih kotor & banyak bakteria berbanding di luar. Udara dalam rumah boleh mengandungi pelbagai pencemaran dan bahan pencemar termasuk..

• spora kulat
• debunga
• bakteria
• hama habuk
• asbestos
• hasil reputan radon
• partikel dan kotoran lain yang boleh dan tidak boleh dilihat

Kualiti udara yang tercemar di dalam rumah boleh menyebabkan kerengsaan mata, hidung dan tekak, sakit kepala, pening, dan kelesuan. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pencemaran udara dalam rumah adalah faktor risiko kelapan paling penting dan bertanggungjawab ke atas 2.7% daripada beban penyakit global, seperti pneumonia, penyakit pernafasan kronik, kanser paru-paru dan lain lain. Setiap tahun, pencemaran udara dalam rumah menjadi penyebab ke atas kematian 1.6 juta orang (iaitu satu kematian setiap 20 saat).
Jadi disebabkan itulah penting jugak penapis udara di rumah supaya udara yang kita sedut itu bersih & mengurangkan risiko terkena penyakit dari pencemaran udara


Bagi yang ada bela kucing atau tinggal kat kawasan yang banyak habuk.. elok juga pasang penapis udara Bmodel dari Cuckoo ni sebab ia akan menapis udara yang masuk kerumah korang & korang akan rasa bersih & nyaman sangat. Kebanyakkan feedback dari orang yang pasal penapis udara ni kat rumah.. rumah dorang dah tak berhabuk & bau2 yang kurang menyenangkan pun dah tak ada. So kalau tetamu datang rumah pun rasa selesa nak bertandang lama lama. Takde la Jemah nak bawa mulut kesana sini sangat kan pasal rumah kita. Mungkin dia jaja cerita rumah kita bersih, segar je la... kekekee. 95% pengguna memang berpuas hati dengan penapis udara ni.

Korang boleh tengok banyak lagi testimoni pengguna kat sini http://bit.ly/testimoni_AP

Penapis udara B-Model ni berfungsi untuk membunuh bakteria, menyahkan bau & menyingkirkan virus pada udara. Selain tu membantu menapis bulu bulu yang berterbangan dan debu serta hama yang menganggu & memudaratkan kesihatan

Antara kelebihan penapis Udara B-Model ni

⇛8 peringkat penapisan + plasma ionizer
⇛Stylish design.
⇛Ada voice control dan smart timer
⇛3 way dust indication. Boleh tahu tahap habuk dlm udara. Dengan 4 lampu yg berbeza
⇛Jimat tenaga. Pasang 24 jam pon elektrik tak melambung. kurang RM10 je sebulan
⇛Menggunakan filter yang berkualiti
⇛Filter yang 1.5 kali lebih luas dari filter biasa. Maksudnya lagi bagus penapisan. Lagi segar dan bersih udara
⇛Mempunyai duo sensor (gas & fine dust)
⇛Ada voice (English/Mandarin/Korea)
⇛Mendapat pengiktirafan Clean Air Mark dari Korea Cleaning Association

Perbezaan penapis udara B-Model dengan yang lain adalah..

⇗Tempoh sewabeli paling singkat dipasaran
⇗Kos penukaran filter yang lebih rendah selepas tempoh sewabeli
⇗Jadual penukaran filter yang lebih kerap
⇗Semua filter ditukar baru dalam tempoh setahun
⇗Servis dan penukaran filter diberikan. Tak perlu pening nak cari filter dan bayar dengan harga yang jauh lebih mahal
⇗Technician mereka akan datang ke rumah untuk servis dan tukar filter. Cuma perlu tunggu dirumah sahaja.
⇗Menggunakan teknologi plasma ionizer yang agrresive (in & out) udara kotor disedut dan udara bersih dihembuskan bersama ion plasma untuk membunuh kuman diudara. Hebat kan!


Kalau yang nak buat bayaran secara sewa beli.. Tempoh masa sewa beli hanya 120 bulan sahaja. Bulan pertama hanya perlu bayar sewa bulan pertama. Tak payah deposit & tiada caj pemasangan. so, jangan risau, ok!

Boleh jer buat tempahan secara online. Jangan risau nak beli tak payah payslip, bank statement atau EPF statement bagai... Yang best lagi ada yang percuma jugak ok. Yang percuma tu adalah..

PERCUMA servis 4 bulan sekali
PERCUMA penukaran filter setiap 4 bulan
☝PERCUMA repair dan spareparts

Bestkan. Dah la tak ada yuran pendaftaran, lepas tu hanya RM120 je sebulan. Nak beli pun mudah tak payah payslip, bank statement bagai.. Dapat lagi pemasangan & service selama 4 bulan dengan percuma termasuk untuk sabah & sarawak. Dapat lagi free repair & spare parts. Tempoh sewa beli dia pun tak panjang.

Dan ni info paling penting korang kena tahu.. Kenapa korang kena beli Cuckoo ni sekarang. Sebab..

TIADA – CAJ PENDAFTARAN (JIMAT RM 265)
TIADA – CAJ PENGHANTARAN
TIADA – CAJ PEMASANGAN
TIADA – CAJ TERSEMBUNYI
TIADA – DEPOSIT

PERCUMA – Penghantaran SELURUH Malaysia
PERCUMA – Pemasangan SELURUH Malaysia
PERCUMA – Penyelenggaraan dan servis
PERCUMA – Servis berjadual pensterilan berstim setiap 4 bulan sekali
PERCUMA – Tukar filter setiap 4 bulan sekali
PERCUMA – Tukar alat gantian
PERCUMA – Kos berpindah lokasi penapis air
PERCUMA – Khidmat nasihat dari CUCKOO
PERCUMA – Full Warranty

Satgi ada yang kata dia kerja sendiri.. boleh ke nak sewa beli? Apa pulak tak boleh.. semua golongan kat bawah ni boleh beli ..

☺Surirumah
☺Kerja sendiri
☺Peniaga online
☺Pelajar
☺Tersenarai di CTOS/CCRIS
☺Blacklisted
☺Penduduk tetap

Dokumen yang di perlukan untuk memohon cuma

✔ Salinan kad pengenalan
✔ No akaun bank ATAU no kad kredit (VISA/MASTER)

Yang paling penting tak perlu penjamin. Kalau nak buat pembelian tunai pun boleh melalui direct debit, kad kredit Easy-Payment-Plan, sewa beli - auto debit.

Kalau korang tak ada masa nak keluar survey penapis air ni.. Boleh je membuat pembelian secara online di Cuckoo2u untuk mengelakkan anda tertipu dengan ejen palsu atau scammer. Mereka merupakan ejen sah & berdaftar dengan Cuckoo Hq (Cuckoo International (MAL)) & bersedia untuk menguruskan permohonan, pemasangan, khidmat nasihat di seluruh Malaysia termasuk singapura & Brunei. Sekiranya ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi mereka terus Cuckoo Hq dia

Website : Cuckoo2u
Whatsapp : www.wasap.my/60123299823 (0123299823)

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

GAMBAR TERKINI PELAKON CILIK MAISARAH YANG DAH JADI ANAK DARA

4/27/2017 08:24:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

GAMBAR TERKINI PELAKON CILIK MAISARAH YANG DAH JADI ANAK DARA. Sapa masih ingat dengan seorang pelakon kanak kanak ni dulu.. Alah yang chubby2 tu. Maisarah namanya. Antara drama yang pernah di lakonkan masa dia masih kanak kanak & sedang di ulang tayang sekarang ni kat TV3 adalah Drama Bong... Selain tu banyak jugak la drama dia dah berlakon antara yang popular diari ramadhan Rafique.

Maisarah semasa kecil

Kalau dulu kita tengok masih kecil dengan montelnya sekarang dah besar ok. Dah jadi anak dara sunti lagi. Budak ni dulu tinggal satu block dengan aku. Kadang2 serempak jugak masa nak naik lift tapi budaknya kalau kat luar agak kurang mesra dengan orang. Dia macam pemalu sikit. Tengok kita pun macam stranger je.  Kalau orang tegur pun dia diam jer. Tu masa dia budak budak la.


Tak tau la dia masih tinggal kat situ lagi ke tidak.. Sebab dah tak pernah terserempak dengan dia mahu abang & adik dia. Bapak dia pun dah tak pernah nampak apatah lagi mak dia sebab aku pun tak berapa kenal mak dia yang mana satu. Di tambah aku ni memang susah nak keluar rumah sangat.. Semakin la aku tak tau la apa perkembangan depa sekeluarga + aku memang tak pernah ambil tahu pun sebenarnya hahahahaha.

Semalam terjumpa Facebook budak Maisarah ni.. Dah remaja budaknya. Muka pun dah berubah apatah lagi gayanya tapi tak ada la over sangat. Ok la.. Kategori tak menjolok mata sangat la. Tak nampak sosial sangat budaknya. Maybe budak baik Maisarah ni kan? Mesti korang nak tengok wajah terkini Maisarah bila dah meningkat remaja.. Ok.. ok.. jom tengok kat bawah









Selebihnya kalau nak ikuti perkembangan Maisarah ni boleh ikuti di facebook dia Mysarra Syahfiedzrien.

Dah besar ni tak nampak dah kan Maisarah berlakon. Almaklum la pelakon remaja sekarang ramai berbanding pelakon kanak kanak. Selalunya pelakon kanak kanak bila dah meningkat dewasa akan beralih ke bidang lain kecuali yang masih aktif dalam bidang seni. Mungkin ada kot Maisarah berlakon ke hapa cuma aku je tak nampak. Manatau keluar drama dia kat astro ke hapa. Almaklum la kami tak langgan astro katanya. hehehehe

Apapun Good luck buat Maisarah dalam apapun bidang yang di pilih selepas ni. Awak still cute even dah remaja.

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

13 MENU SEDAP YANG ANDA BOLEH MASAK MENGGUNAKAN TELUR AYAM

4/27/2017 02:00:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

13 MENU SEDAP YANG ANDA BOLEH MASAK MENGGUNAKAN TELUR AYAM. Telur ayam adalah bahan mentah yang kita boleh simpan buat stok lauk masa sesak. Setiap rumah kebanyakkan paling2 mesti ada telur ayam kan? Sebab telur ayam ni senang nak masak.. Kalau malas sangat boleh je goreng makan dengan nasi panas & kicap. Tu pun dah cukup memusnahkan diet bagi wanita2 yang sedang nak kuruskan badan katanya. Anzalna pun katanya dia selalu masak telur goreng & nasi je untuk laki dia.. See.. retis pun jadikan menu santapan suami tercinta telur goreng je. hehehehe


Tapi jangan tak tau sebenarnya telur ayam ni boleh di pelbagaikan menu nya. Tak semestinya goreng atau rebus jer. Dia boleh di jadikan menu istimewa kalau tahu cara nak memasaknya. Kadang2 kita ni hari2 masak pun boleh jadi blur nak cari idea memasak apatah lagi yang jarang2 masuk dapur. Lagilah tumpul idea dia nak memasak. Jadi sebagai rujukan bagi mereka yang selalu buntu nak masak apa menggunakan telur ayam ni.. Korang boleh rujuk 13 menu dia bawah. Di sertakan dengan link sekali kalau korang nak cari resepi..


Ada juga yang suggest simpan je telur tu sampai menetas anak ayam.. bela bagi besar kemudian buat ayam goreng. Pun aku hargai cadangan yang macam minta kena kecam tu hahaha... Almaklum lelaki kalau minta cadangan menu gitu la depa. kekekeke


Jadi yang buntu tak tau nak masak apa dengan telur ayam.. Boleh cuba cadangan 13 menu tu. Telur ni kalau di variasikan rasa dia memang akan jadi menu high class jugak kan? Apa ingat telur lauk murahan ke? hehehehe

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SALAM TAKZIAH ATAS PEMERGIAN PELAJAR TAHFIZ, MOHAMAD THAQIF

4/26/2017 04:16:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

SALAM TAKZIAH ATAS PEMERGIAN PELAJAR TAHFIZ, MOHAMAD THAQIF. Innalillahhiwainnalillahhirojium.. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Mohamad Thaqif Bin Mohd Gaddafie yang meninggal dunia pada pukul 2.05 petang tadi. Kalau ada yang mengikut kes adik Mohd Thaqif ni rasanya tahu apa yang berlaku pada arwah sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir..


Tapi bagi yang tak mengikuti, serba sedikit tentang kes. arwah seorang pelajar tahfiz di madrasah tahfiz di Kota Tinggi, Johor yang di dakwa di pukul pembantu warden asrama sehingga menyebabkan masalah kesihatan & kedua belah kakinya terpaksa di potong. Kes masih dalam siasatan. Sepatutnya adik Thaqif ni menjalani pembedahan membuang tangan tapi di sebabkan jantungnya yang tidak stabil doktor terpaksa menangguhkan pembedahan tersebut.. Namun perancangan Allah itu dah di atur. Sampai masanya.. Takkan lewat atau tercepat walau sesaat.. Akhirnya penderitaan adik Mohamad Thaqif berakhir hari ini..

Diari Arwah Adik Mohamad Thaqif ada menyatakan tidak tahan untuk terus belajar di situ kerana sering di pukul & berharap ibu bapanya menukar dia ke tempat lain

Semoga roh adik Mohamad Thaqif di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham tabah menerima kehilangan insan tersayang & dapat menghadapi ujian ini dengan tenang. Arwah akan di kebumikan selepas maghrib di tanah perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi...

Marilah sama2 kita sedekahkan Alfatihah buat arwah.. semoga rohnya di cucuri rahmat.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RAJA BOMOH MALAYSIA MENGAKU RITUAL YANG DI BUAT ADALAH LAKONAN SEMATA MATA

4/26/2017 09:30:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

RAJA BOMOH MALAYSIA MENGAKU RITUAL YANG DI BUAT ADALAH LAKONAN SEMATA MATA. Semalam sebab TV9 polkadot tahap teruk so aku tengok je berita TV3. Tak kisah berita 3 suku ke berapa suku.. Tengok je la kan. Yang mana kita rasa boleh percaya.. percaya je la. Yang mana rasanya macam nampak sangat berita bodek tu.. anggap la macam rancangan projek meja yang lawak semata mata tak ada apa2 yang perlu kita ambil serius.

Ibrahim Mat Zin @ Raja Bomoh

Sempat jugak la tengok berita pasal Raja Bomoh atau namanya Ibrahim Mat Zin yang membuat pengakuan bersalah & insaf di sidang media. Katanya.. selama ni dia dok buat ritual pelik2 guna teropong buluh la.. buah kelapa bagai tu sekadar drama atau lakonan semata mata. Tak ada apapun dia nampak atau berlaku dalam ritual tersebut. Menurut dia..Benda tu di arahkan seseorang yang dia tak boleh bagitau siapa. Ye ke pakcik? Sampai bergaduh dengan KJ nak bagi penampar buaya bagai haritu.. Hanya kerana drama seram dok buat ritual merapu tu jer ke? Siapakah insan yang mengarahkan dia buat macam tu gamaknya.. Yang ni memang misteri nusantara. Kita kena terjah untuk merungkai kebenaran hehehehe.. Naz Ahmad your turn katanya hahahahaha


Hope pengakuan Insaf tu bukan drama sebab dia di kenakan pertuduhan di bawah Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana kesalahan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina. Tapi harap betul - betul insaf la. Merapu macam tu bukan je memalukan keturunan malah memalukan bangsa & agama. Seluruh dunia tengok gelagat dia & mempersendakan negara & agama.


Elok la pakcik umur pun dah 66 tahun.. sedang elok duduk rumah berehat, beribadat & layan anak cucu je. Bukan masa pakcik nak berdrama macam tu lagi. Kalau rasa nak berlakon pakcik boleh try tanya David Teo.. Yang macam pakcik ni memang dia suka sangat la ambil berlakon dalam filem seram dia. Untung jadi superstar.. Pakcik buat la ritual apapun confirm tak ada sapa nak mempersendakan atau marah sebab orang tahu hanya lakonan semata mata. Kalau boring sangat tak tau nak buat apa kat rumah boleh jugak pakcik tengok filem ni >> INILAH 5 BABAK WAJIB TONTON DALAM 'Alien: Covenant' <<.. Memang la merapu tapi merapu yang high class sikit la dari dok merapu dengan buah kepala & teropong buluh. Maybe boleh upgrade sikit drama merapu tu kan hehehehe

 

Kalau orang dah merendah diri minta maaf.. Tak elok kita nak mempersoalkan itu ini kan cuma kita berdoa je la supaya dia tak kembali ke karier dia sebagai acah acah bomoh. Manatau lepas letak jawatan raja bomoh dia jadi guru ngaji pulak.. sapa tau sebab tak mustahil. So kita doa yang baik baik je la yer.. Setiap orang berhak mendapat kemaafan & peluang. Siapa kita nak menidakkan hak tu untuk pakcik Ibrahim Mat Zin ni.. 

Moral of the story.. Semoga apa berlaku kita jadikan pengajaran. Pengajaran dia kat sini bukan je jangan jadi bomoh olok - olok tapi jangan percaya sangat bomoh sebab ramai yang olok olok nak duit hangpa ja. hehehehe

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SERAM! PELAJAR ASRAMA SEKOLAH PANTAI TIMUR DI LIWAT MAKHLUK HITAM

4/25/2017 03:34:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

SERAM! PELAJAR ASRAMA SEKOLAH PANTAI TIMUR DI LIWAT MAKHLUK HITAM. Hari ni hari memburu cerita seram katanya sebab minggu depan banyak entri berilmiah nak kena tulis. Dua tiga hari ni sibuk sikit even orang bercuti.. Sibuk mengumpul bukti katanya.Almaklum la aku ni kadang2 macam detective conan jugak kan.. Bukti apa.. Tak apa belum masanya aku bongkarkan apa yang berlaku kat aku yang melibatkan blog aku ni. Jeng.. Jeng.. Jeng..


Ok.. ok berbalik kepada cerita seram. Ni bukan cerita 'SX' ok.. Ni cerita pengalaman seram seorang pelajar yang tinggal di asrama sekolah melihat satu kejadian yang mula2 dia sendiri tak paham apa yang berlaku katanya. Kisahnya mamat ni.. masa tu dia baru tingkatan 3. Nak di jadikan cerita.. sebab dia rasa jauh nak ulang alik dari rumah so di mohon untuk tinggal di asrama. Memang dah rezeki dia permohonan dia di luluskan so apa lagi dia packing barang semua .. Masuk asrama la.

Dia sampai asrama tu dekat dekat nak maghrib.. lepas solat, makan semua. Masing2 balik ke asrama la. Dalam dorm dia tu ada 6 katil double decker.. Bermakna dalam 1 bilik ada 12 orang pelajar. Undang2 kat asrama katanya pukul 12 semua lampu kena padam.. Bermakna sila tidur yer murid murid. Takde maknanya kau nak main spirit2 of the coin tetengah malam semata mata nak tau sapa nama awek kawan kau tu. hehehehe.. Mamat ni dia biasa tidur dalam keadaan cerah. Tapi nasib baik la dia tidur katil dekat tingkap.. so cahaya lampu jalan tu menerangi la katil dia. Jadi tak la kena kejutan sangat malam pertama kat asrama kena tidur dalam gelap.

Tengah2 tidur tetiba dia terjaga sebab dengar bunyi katil bergerak tapi dia tak sure pukul berapa. So dia pun usya kearah katil kawan dia yang dia rasa buat bunyi bising tu.. Tetiba dia nampak macam orang hitam atas badan kawan dia. Kawan dia ni tidur secara meniarap.. so nampak la orang hitam yang ada atas badan kawan dia macam sedang bergerak gerak.. Cuma time tu katanya dia tak paham pun apa benda orang hitam yang dia nampak tu buat. Dia cuma terfikir maybe ada kawan lain yang tumpang tidur atas katil kawan dia.

Pagi tu dia tanya kawan dia.. dia dok gurau dengan sapa malam tadi. Sebab mamat ni fikir kawan dia dok bergurau je.. Punya lurus gila pemikiran budak ni kan? Confirm budak suci murni tak pernah tercemar otak dia dengan perlakuan2 sumbang mambang. Kawan dia cakap mana ada dia gurau atau tidur dengan sesapa semalam. Katil dia tu memang muat2 untuk dia sorang jer.. Almaklum kawan dia tu bukan size S.. katil bujang double decker tingkat atas pulak.. Kalau dah berdua risau yang kat bawah satgi mati terpenyek pulak katanya...

Mamat ni mula pelik sebab dia memang nampak ada orang tidur atas belakang badan kawan dia semalam.. Bila dia bagitau kawan dia pun mengaku memang dia rasa sakit belakang & sakit bahagian bontot lepas bangun pagi.

Lepas habis sembahyang jumaat masa nak balik asrama tu.. dia tanya ustaz kot2 asrama dia duduk tu dulu ada pernah berlaku kejadian seram atau mistik ker sebab dia memang nampak orang hitam duduk atas belakang kawan dia semalam.. Ustaz dia cuma cakap dulu ada la.. Tapi ustaz tu tak bagi depa dok bercakap bukan bukan. Lepas tu dia cerita kat ustaz apa dia nampak semalam.. Lepas dengar je cerita ustaz nampak macam cuak. Petang tu dia pergi ke asrama depa.. Yang mamat ni cuak dah ingat ustaz nak buat sport check sebab dia bawa enpon. Dalam hati do fikir confirm enpon dia kena rampas nanti.. Tapi yang berlaku sebaliknya..

Ustaz tanya kawan dia yang di datangi orang hitam yang dia nampak semalam.. Tanya ada sakit kat mana2 tak.. So kawan dia cerita la sakit hapa semua. Kemudian ustaz tu letak tangan kat belakang badan kawan di sambil membaca sesuatu.. terus kawan dia muntah. Habis merawat kawan dia tu.. Ustaz tanya lagi ada sesiapa yang rasa sakit bahagian belakang & bontot tapi memasing tak mengaku maybe malu kot orang tahu kena liwat dengan makhluk hitam. Baru dia tahu makhluk hitam yang dia nampak tu la orang panggil orang minyak. Perbuatan yang dia nampak orang minyak buat kat kawan dia rupanya meliwat.. Yang pelik orang minyak biasanya cari anak dara tapi orang minyak yang kacau asrama dia ni songsang pulak. Tersalah amalkan ilmu hitam ke camna tak tau la kan.. Dia pilih kaum sejenis pulak hahaha.

Bila tak ada yang mengaku tu.. Ustaz tu pun bagitau la. Sesiapa yang pernah kena liwat dengan orang minyak kalau tak di rawat akan terberanak anak orang minyak.. Baru sorang demi sorang keluar buat pengakuan. Kalau tidak sampai sudah masing2 nak menyembunyikan depa dah di ragut keterunaan. hehehehehe..

Selesai rawat semua pelajar yang terkena gangguan orang minyak tu.. Semua pelajar ustaz suruh balik rumah masing2 kecuali mamat yang boleh nampak orang minyak tu jer. Sebab kata ustaz dia boleh nampak maybe nanti dia boleh tolong apa - apa.

Lepas isyak macam tu ustaz bersama beberapa orang kawan dia termasuk mamat ni.. pergi ke asrama yang berlaku gangguan orang minyak tu. Dia nampak depa tabur something keliling asrama sambil bawa kain batik & batang pisang. Dia sendiri tak pasti apa ustaz & kawan2 dia tabur.. dia sekadar memerhati je. Tiba2 dengar macam ada benda jatuh dari tingkat 2. So semua berlari naik tangga ke tingkat dua nak tengok apa yang berlaku.

Betul la macam di jangka.. Yang kedebuk tu orang minyak. Maka masing2 boleh tengok live orang minyak berbogel tergolek kat situ. Ustaz & kawan2 dia mengelilingi orang minyak tu.. dia di suruh keluar & tutup pintu tapi dia cuma tutup pintu tapi tak keluar pun sebab dia nak tengok pertaruhan antara manusia & orang minyak tu. Gamaknya dia  ni dok bayang macam tengok wrestling.. Undertaker lawan dengan Broker-T kot.

Orang minyak ni menurut cerita budak ni.. ada kelebihan luar biasa. Fizikal macam orang tapi boleh melekat kat dinding macam spiderman & lidah dia terjelir sampai pusat.. Dia memang bogel so orang perempuan tak sesuai nak tengok aksi pertaruhan orang minyak dengan para perawat.

Lepas setengah jam pertarungan akhirnya orang minyak tu rebah.. Tu pun lepas kena rembat dengan batang pisang katanya. Merayu2 minta ampun. Lebih ustaz tu acah2 nak sembelih dia.. ketakutan orang minyak tu. akhirnya dia hilang bersama asap tebal. esok tu budak ni pack terus semua barang2 dia.. Tak jadi tinggal kat asrama katanya. Takpe la jauh sikit dia berulang alik ke asrama.. kena rotan sebab lewat sampai sekolah pun dia sanggup dari jadi mangsa liwat orang minyak. hehehehehe. Sempat jugak dia tanya ustaz betul ke yang kena liwat dengan orang minyak boleh terberanak anak orang minyak.. Ustaz dia cakap mana ada. Acah je tu kalau tak tak ada yang nak mengaku. Hahahaha.. lelaki mana boleh beranak dik Ooi... apa ke bendul sangat kau ni.

Tak tau la betul ke tidak cerita ni.. Aku baca macam drama pun ada tapi sebab penulisan cerita dia buat aku enjoy baca so aku isi la dalam ruangan seram serik lekat lekit untuk pembacaan santai petang2 ni kan? Tak payah ambil serius sangat la kan.. Satgi ada pulak dok pertikai betul ke tidak. Betul ke tak... Wallahualam..

Moral of the story.. Bukan manusia je ada yang gay.. orang minyak pun dah terjebak jadi gay. Gamaknya perempuan dah tak menarik sangat kot.. Tapi ok la kan.. selalu dok baca makhluk2 ni dok target perempuan je jadi mangsa pemuas nafsu depa.. sekali sekala ada yang songsang tu selamat la sikit kaum wanita katanya hahahaha.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

GAMBAR FESYEN RAMBUT TERKINI DATIN SERI ROSMAH MANSOR

4/24/2017 06:51:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

GAMBAR FESYEN RAMBUT TERKINI DATIN SERI ROSMAH MANSOR. Setelah sekian lama Datin Seri Rosmah mengekalkan fesyen rambut dia yang kembang & selalu menjadi bahan usikkan manja nitezen.. Akhirnya hari ni nampak lain dah fesyen rambut Datin Seri Rosmah Mansor Isteri kepada Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak.


Besa la wanita pertama katanya.. Mesti la apa dia pakai, rambut dia macam mana menjadi perhatian ramai. Pagi sempat la siaran lansung sekitar Majlis Sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V kat tv1. Ntah apa mimpi sejak dua menjak dapat pulak siaran tv1 kat rumah aku setelah sekian lama tak dapat siaran. Almaklum TV rumah kami tak pakai piring. Kami pakai antena ampai ja katanya hahahaha. Jadi alang2 TV1 tu boleh bagi kerjasama sekali sekala layan jugak la kan.

Dok tengok la segak2 belaka sultan & permaisuri dari serata negeri datang ke majlis tersebut.  Tapi dalam banyak2 yang cantik - cantik tetap datin seri rosmah jugak menarik perhatian aku. Yelah.. Yang lain bagi aku biasa la depa memang dok cantik lagu tu ja.. Tapi Datin Rosmah cantik dia kat majlis tu tadi memang nampak lain. Dok cari jugak tang mana yang lain nya datin seri rosmah ni.. Belek punya belek rupanya rambut dia.. Dah tukar pesen katanya. No more pesen tipikal datin dulu2.. rambut kembang setaman katanya. Datin rosmah kembali dengan imej rambut baru yang lebih menguncup, lebih pendek & lebih kemas la dari pandangan mata aku. Ok la.. Better dari dulu. Kembang sangat.. Nampak garang cheq takut la. hehehehehe

Gambar DS Najib & DS Rosmah Bersama Yang Di Pertuan Agung. Rambut beliau dah pendek bukan sanggul belakang yer.. Kalau korang tengok siaran langsung tadi mungkin perasan

Satgi ada pulak dok tuduh aku menganjing datin seri rosmah.. Sampai pulak surat saman kat rumah. Entri ni tak menganjing pun cuma tertarik dengan fesyen terkini rambut Datin Rosmah.. Biasa la depa kan public figure so mesti orang nak tahu setiap perkembangan depa. Tak kira la perkembangan size badan atau pun size rambut katanya. Hehehehe

Apapun Datin Seri Rosmah.. Komen Ikhlas rambut tu better la dari dulu. Hope tak kembali kepada rambut yang dulu tu. Semoga Datin Seri Rosmah terus bahagia di samping Dato Seri Najib Tun Razak. hehehehe

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SEMAK DENGAR SYEERA NYANYI LAGU ARJUNA BETA MIX ULEK MAYANG DI PENTAS MENTOR MILENIA 2017 MINGGU KE 9

4/24/2017 11:12:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

SEMAK DENGAR SYEERA NYANYI LAGU ARJUNA BETA MIX ULEK MAYANG DI PENTAS MENTOR MILENIA 2017 MINGGU KE 9. Semalam kat astro ada siaran langsung Anugerah Meletop Era ke hapa.. Tapi bagi golongan yang tidak melanggan Astro ni memang tak ada dilema sangat la nak tengok Mentor Milenia ke Anugerah Meletop ERA.. dah tentu satu satunya pilihan yang ada Mentor Milenia kan? Ok la aku memang setiap minggu follow mentor Milenia 2017 ni.. Minggu ni dah minggu ke 9.. aku pun dah kelam kabut nak ingat minggu ke berapa ni. Faktor usia maybe susah nak ingat nombor2 ni kecuali duit hahahaha


Minggu ni persembahan protege agak membosankan bagi aku kecuali Usop.. Minggu ni dia kembali beraura. Mungkin sebab pilihan lagu minggu ni memang dalam kepakaran dia untuk bawak. Usop ni bagi aku.. Untuk pertandingan macam ni tak boleh sangat bereksperimen dengan vokal dia.. Dia ada genre dia sendiri sebab dia bukan boleh bawa semua genre cuma rezeki dia jadi viral selepas ujibakat mentor milenia 2017.

Persembahan Usop semalam memang antara persembahan yang terbaik walau dia bawa lagu asalnya dari seorang penyanyi wanita. Aku masa dengar Usop nyanyi memang tak tahu penyanyi asal lagu tu wanita malah aku sendiri pun tak tau sapa penyanyi asal lagu tu. Tapi Usop bawa lagu tu memang serius tak dengar macam lagu penyanyi wanita. Kat situ dia berjaya bawa lagu tu macam lagu dia sendiri.



Along.. Aku kesian dengan budak ni sebab bagi aku dia mempunyai vokal yang sedap & power jugak cuma kalau pemilihan lagu tak sesuai dengan vokal dia memang berisiko. Persembahan terbaik Along aku rasa masa dia bawa lagu Jamal Abdilah.. kekasih awal & akhir. Even dia bawa lagu yang agak berat tapi sebab nampak sesuai dengan vokal dia.. Dia mampu meraih juara mingguan. Cuma tu la.. Mentor dia main peranan penting untuk pilih lagu yang memang dalam kemampuan protege dia untuk bawa. Terlalu bereksperimenpun tak boleh dalam pertandingan macam ni. Di sebabkan Mentor dia rajin sangat nak buat kajian sains bereksperimen dengan protege dia.. Tu sebab la Along sentiasa di Bottom 2 hampir setiap minggu. Cuba tengok hazama.. dia ada strategi dia sendiri.. Even dia bagi juga lagu yang lain dari genre protege dia biasa bawak tapi tetap dia akan bagi lagu2 yang memang dia tahu itulah kekuatan protege dia macam Balqis & Along. Tak boleh setiap minggu nak buat eksperimen. Tu sangat berisiko.



Balqis antara protege kegemaran  aku jugak la.. Cuma semalam aku rasa vokal Balqis agak terkucar kacir even arrangement persembahan dia menarik. Tapi starting pun dah macam spoil sana sini suara dia.. Walau juri awam nampak suka bagi markah penuh tapi sebab persembahan dia semalam yang kurang power tu sebab dia berada di bottom 2. Apapun semalam Balqis nampak cantik tapi menyeramkan dengan makeup & busana yang macam pontianak jer hehehehe



Semalam Syeera pilih lagu yang aku rasa agak berat untuk menjiwainya. Lagu dari Fynn Jamal, Arjuna beta walau persembahan Syeera ni selalunya unik tapi rasa macam tak kena la black mix kan lagu Arjuna beta dengan Ulik Mayang. Mungkin arrangement lagu tu tak berapa ada connection antara lagu arjuna beta dengan ulek mayang kot. Ntah la.. tak tau nak explain macam mana tapi memang buruk sikit la dengar. Sekali lagi minggu ni aku rasa semak dengar Syeera nyanyi even suara dia nyanyi lagu apapun tetap sedap. Cuma..  tu la jangan terlampau nak buat kelainan sampai jadi tak sedap orang nak dengar.



Elica nyanyi lagu stacy, Bosan. Bosan la Elica i dengar U nyanyi semalam even u nampak comel sangat atas stage. Tak di nafikan vokal Elica memang power tapi sayang dia bawa lagu Bosan semalam memang kedengaran bosan so aku tak pertikai kenapa juri awam bagi elica markah yang rendah. Tak semua lagu di beri nafas baru tu sedap.. kadang2 bau nafasnya ngak enak dong! Baca kat page tv3 ramai tak puas hati dengan markah yang juri awam bagi pada elica. Apapun.. Elica memang nampak peluang besar untuk ke final.



Persembahan Peserta Ujibakat pilihan semalam adalah yang die hard fans New Boys.. Ecam atau kawan2 dia panggil dia tomok sebab dia buat rambut ala2 tomok masa berambut la. hehehehe. Semalam dia nyanyi lagu new boys juga & di beri penghargaan berduet dengan tomok atas pentas. Ok la.. Tomok nyanyi lagu new boys dah tak sengau masa zaman new boys kan? Vokal dia lebih matang bersama usia katanya. Yang tomok jadian tu pun suara ok la boleh nyanyi cuma tak cukup power. Kalau serius dalam bidang nyanyian masih ada harapan. Pi la masuk mana2 kelas vokal



Untuk semalam.. Keseluruhan persembahan memang aku rasa persembahan Usop je la paling terbaik sebab tu semalam Usop di pilih sebagai juara mingguan. Yang lain2 tu serius agak bosan.. Mungkin minggu ni minggu membosankan dalam mentor milenia kot. hehehehe.

Apapun tahniah kepada semua protege sebab semalam semua berjaya ke peringkat seterusnya sebab tak ada penyingkiran lagi minggu ni. So minggu depa make sure mentor jangan nak buat kelas sains sangat dalam mentor milenia.. Ni masa anda kena bagi lagu yang memang dalam kemampuan protege anda untuk bawa supaya mereka boleh ke peringkat semifinal seterusnya ke final. Bukan masa dah nak cabar protege buat sesuatu di luar kemampuan mereka. Just polish & highlight depa buat persembahan yang terbaik je, ok!

P/S : Sejak minggu lepas perasan tak ada muka Dato Vida sebab dia jadi penaja bersama Mentor Milenia 2017. Tapi kesian dah tak boleh interframe lebih2 kat stage atau jadi juri. Dok belakang je.. Muka pun kurang senyum. Bukan benci kat Dato Vida.. cuma kami nak menonton pertandingan nyanyian bukan nak tengok iklan produk kecantikkan & kesihatan. Kalau nak cari produk google search je.. semua ada. Yang organic, natural, beracun, bermekuri bagai... Pilih je nak yang mana. hehehehehe

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KESIAN PENGANTIN.. MAKEUP CAIR LEPAS 15 MINIT ATAS PELAMIN

4/22/2017 04:39:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

KESIAN PENGANTIN.. MAKEUP CAIR LEPAS 15 MINIT ATAS PELAMIN. Dok cerita pasal skincare ja kan.. Tup tup sampai surat cinta kat rumah. Tu dia.. ketaq lutut sampai terkencing baca surat cinta tu.. Makan tak lalu, tidoq tak lena katanya. Tapi sempat la mimpi kena ligan dengan zombie dalam tak lena tu.. Sebelum tidoq sempat masak & makan jugak siakap 2 rasa dalam tak lalu makan katanya.. So, sebab hati tak berapa tenteram ni kita cerita pasal isu mak andam, pengantin & makeup pulak la kan.. Pasal skincare tu.. Kita tunggu masa yang sesuai untuk cerita na.. hehehehe


Tadi terbaca kisah seorang pengantin perempuan yang duka nestapa selepas makeup dia cair macam hati dia cair tengok suami dia yang ensem kat sebelah katanya.. Hati cair takpe sedap je rasanya.. Makeup cair masa tengah bersanding kau bayangkan la tijah.. betapa luluh jiwa & raga si pengantin tu. Dah la makeup bukan free. Upah MUA kena bayar. tetiba cair makeup sampai bercapuk la foundation kat muka. Time tu kalau sapa2 pun kena.. Hari bahagia jadi hari paling malang dalam hidup. Tak terasa macam raja sehari dah.. Rasa macam kak limah jer rupanya.

Terpaksa la beliau larikan diri buat sementara waktu menyembunyikan wajah yang bagai kena simbah asid sebab makeup cair kan. Muka kalau makeup cair ni lebih hodoh dari muka tak makeup tau. Kalau aku pun lari nyorok bawah katil jugak ok!

Inilah wajah pengantin malang yang makeup cair masa bersanding. Kesian dia kan?

Nasib baik la kawan2 ada tolong touch up balik muka dia bagi elok walau makeup kawan2 dia bukan level pro MUA la tapi tetap nampak seri pengantin. Better la dari nak tadah muka dengan makeup cair depan orang kan.

Rupa pengantin & suami

Kesian kan.. Tak kira anda MUA yang pro atau tak tapi kalau ambil tanggungjawab mencantikkan muka orang make sure hangpa ada kepakaran dalam bidang tu. Guna makeup hat elok2 sikit nak tenyeh kat muka orang. Jangan main tempek ja asal siap. Kesian wei.. Orang bayar bukan free.

Tapi pengantin tu tak ada la dedahkan MUA mana dia ambil.. cuma dia nasihatkan kat orang lain kalau nak ambil MUA carilah yang berkualiti. Better ambil MUA dari rekemen kawan2 atau sesiapa yang pernah guna khidmat dia la. Atau MUA yang memang orang dah kenal & tahu hasil kerja dia macam mana kan? Ambil yang ntah dari mana2 datang ni kadang2 dia baru belajar makeup jadikan muka hangpa eksperimen pun kadang bala jugak tu. hehehehe

Moral of the story.. Tak kira la anda menjalankan perniagaan jenis perkhidmatan atau apa tapi please tolong amanah & jujur dengan kerja anda sebab ia berkaitan dengan sumber rezeki yang anda dapat. Memang Allah dia bagi je rezeki tak kira hangpa guna cara betul atau salah tapi kena ingat.. Apa dia bagi bersama ujian. Bukan kata hangpa buat kerja menipu tapi tetap rezeki melimpah ruah sampai boleh buat umrah setahun 5 - 6 kali tu Allah redha dengan jalan hangpa cari rezeki. Orang jahat pun Allah bagi rezeki.. Jadi renung renungkan.

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

WALAU MASIH 'SPEECH DELAY' TAPI DAH LANCAR MEMBACA SELEPAS AMALKAN ESSENTIAL OIL HOMEWORK BLEND

4/21/2017 10:19:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

WALAU MASIH 'SPEECH DELAY' TAPI DAH LANCAR MEMBACA SELEPAS AMALKAN ESSENTIAL OIL HOMEWORK BLEND. Lama tak share perkembangan anak aku yang masih speech delay & masih lagi ada isu ADD (Attention Deficit Disorder).. Tapi Alhamdulillah semakin hari semakin menunjukkan progress yang positif. Tapi dia tak improve secara semulajadi tanpa buat apa - apa ok! Semua tu berkait rapat dengan macam mana usaha mak bapak dia membantu. Benda boleh di pulihkan... Sayang la kita biar macam tu. Sebab masalah macam anak aku ni memang perlukan terapi, latihan, peransang & didikkan untuk masalah yang dia hadapi tu semakin berkurangan & hilang.


Selain terapi semua tu.. Rasanya ramai orang tahu aku sekarang consistent dengan produk young living essential oil tapi aku guna yang blend je bukan single oil (pure oil) sebab bajet tak berapa nak lebih lagi. Insya Allah ada rezeki.. Aku memang nak try yang pure oil tu.. Mesti kesan dia lagi bombastic mr loba loba kan.. Sebab guna yang blend pun kesan dia sangat sangat positif & sangat puas hati aku tengok perkembangan anak aku sejak amalkan essential oil ni. Ada jugak aku guna yang pure oil yang budget2 ni.. Macam cedarwood tu.. Yang tu guna sebelum tidur. Memang berkesan untuk budak2 yang susah tidur awal atau yang suka terbangun tengah2 malam.. menangis bagai. Cedarwood oil membantu membetulkan waktu tidur & memberi tidur yang berkualiti & nyenyak. Ni aku cerita dari segi pengalaman aku sendiri ok!


Shahila memang masih dalam zon speech delay walau dah banyak improvement dalam komunikasi cuma masih perlu terapi lagi. Dia pun masih under speech therapy di klinik Audiologi & sains pertuturan UKM, titiwangsa. Tapi ok la.. At least aku tahu anak aku verbal (boleh bercakap) cuma lambat sikit berbanding budak2 lain. Jadi aku terus je buat apa yang boleh membantu dia improve dalam speech & komunikasi dia tu.. Setakat ni dah ada perbualan dua hala.. contoh  aku bertanya, dia boleh menjawab even certain soalan dia macam tak boleh nak jawab terutama yang dia kena explain dalam bentuk cerita. Kalau dalam bentuk fakta senang sikit dia jawab. Takpe nak.. Insya Allah tak lama lagi ok la tu kan?

Walau shahila ni masih kategori speech delay.. Tapi Alhamdulillah membaca semakin lancar. Memang sejak tahun lepas dia mula dah boleh membaca perkataan yang dua suku kata  tu.. Tahun ni nampaknya skill membaca dia semakin improve.. tiga suku kata.. empat suka kata semua dah nampak semakin berkembang dengan baik. Dah boleh membaca sepintas lalu perkataan2 yang dia nampak. Kadang2 terkejut jugak aku.. tetiba dia sebut something dengan tidak semena mena.. rupanya dia dok baca status orang kat news feed facebook mak dia dari skrin pc. Habis la mak dia tak boleh nak meroyan lagi kat fb hahahaha



Satu lagi.. dulu dia tak suka belajar matematik walau dia kenal & boleh kira sehingga 100. Cuma nak ajar dia kira2 macam tambah, tolak bagai tu.. memang sangat susah. Dia tak mau ikut. Nampak dia macam tak berminat.. Tapi Alhamdulillah sejak amalkan Essential oil Homework Blend ni.. Dia dah mula nak buat latihan matematik. Aku perasaan shahila ni hanya dengan sekali ajar jer dia boleh faham & tahu buat. Cuma datang mood dia malas dah.. jangan di paksa la kan. Tapi bila mood dia nak belajar dia sendiri akan ambil kertas & buat latihan sendiri. Sejak guna essential oil ni nampak lebih mudah nak ajar shahila. Dia memang cepat pickup apa yang di ajar.

A post shared by Surialekatlekit (@lalalekatlekit) on

dua tiga hari ni dia mula tunjuk potensi menggunakan pc pulak walaupun aku tak pernah ajar dia pegang mouse sebab biasa la.. Mak tak mau bagi anak kacau workstation dia kan? Pc tu macam opis aku.. Jadi kalau expose budak shahila guna pc satgi jenuh berebut pulak.. Tapi tak tau la sejak amalkan essential oil ni dia macam booster tau.. merangsang otak dengan sangat baik. Shahila ni kadang2 dia belajar dengan hanya melihat apa yang kita buat.. Tup tup aku nampak dia dok scroll news feed fb dengan sangat cekap gunakan mouse. Seolah olah dia pernah belajar guna personal computer ni. Terkejut jugak aku.. So, aku test dia bagi main game.. Subahanallah.. dia boleh menggunakan mouse tu untuk handle game kat pc. Aku test dia bagi lukis2 kat paint pun dia boleh melukis & menulis huruf. Terkejut jugak aku. Rasanya baru 2 minggu aku amalkan essential oil homework blend ni.. Boleh tahan kesan dia merangsang otak.


Kesimpulannya kat sini.. Memang bagus tau essential oil homework blend ni untuk anak anak kita yang masih belajar terutama yang dah bersekolah. Sebab sejak amalkan homework blend ni kan.. aku nampak anak aku semakin kreatif masa di bermain. Imaginasi dia semakin berkembang berbanding dulu. Benda tu memang sangat penting dalam perkembangan seorang kanak kanak.. Imaginasi tu adalah satu kemampuan mereka berfikir. Kurang imaginasi pun kurang bagus jugak. Sebab dalam perkembangan kanak kanak.. cara mereka bermain tu pun akan di ambil kira. Ada kanak kanak tiada keupayaan bermain dengan berimaginasi atau orang panggil 'pretend play'. Alah senang faham.. main macam berlakon la. Main masak2 tapi bukan masak betul2.. sekadar pretend macam masak. Benda tu berkaitan dengan imaginasi jugak la. Selalu kita tengok budak2 yang cerdik ni memang dia banyak imaginasi, betul tak?

Homework blend ni.. salah satu oil yang ada dalam blend ni adalah brain power. Benda ni memang bagus untuk otak terutama untuk ingatan la. Sebab tu kalau yang jenis cepat lupa, lambat faham atau yang jenis slow je nak tangkap apa orang cakap bagus guna oil ni. Bukan je untuk kanak kanak malah semua peringkat umur boleh guna. At least membantu sedikit sebanyak merangsang otak mereka untuk bekerja sebab fungsi oil ni adalah sebagai aroma terapi. Apa juga namanya terapi kita cuba ye dak??

Dok cerita kebaikkan.. satgi nak beli kat mana hangpa tak tau pulak kan? Kalau rasa nak cuba samada nak beli yang pure oil atau blend boleh je beli dengan pengedar sah produk young living. Contact number dia kat bawah...

Puan Shareena 
call/whatsapp: 013 3993407
facebook: shareena shaifudeen

Benda ni salah satu ikhtiar.. yang menyembuhkan atau memulihkan sesuatu masalah adalah Allah SWT. Tapi sebagai manusia kita di tuntut berusaha. Apapun produk apapun ia umpama pelincir atau perangsang je.. tetap kena di sertaikan dengan latihan, didikkan atau yang special case macam anak aku kena di terapi. Tak boleh kau sapu2 & tak buat apa2.. memang tak ada hasil jugak. Lagi satu kena consistent. Macam homework blend ni aku guna.. sapu 2 kali sehari jugak macam oil2 yang lain.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com