LELAKI KACAK/HENSEM/MACHO SELALUNYA DAH BERPUNYA
Kenapa Sang Lekit cakap macam tu.. Ini kajian sendiri yer.. Kajian di buat semasa zaman bujangan dulu. Biarpun lelaki yang mempunyai kelebihan dari rupa, gaya & pandai berkata - kata ni mengaku bujang tapi akhirnya akan terkantoi juga status sebenar diorang. Tak laki orang, pakwe orang atau tunang orang. Kelebihan yang ada pada lelaki berciri macam ni selalunya di salah guna tapi bukan semua yer... segelintir sahaja.
Kenapa mereka jadi macam tu? Sebabnya diorang masih ada value pada pandangan mata seorang perempuan. Umpama petik jari, bersepah perempuan melentok kat bahu umpama daun2 kering yang jatuh pada musim luruh gitu. Mereka di hadapkan dengan banyak pilihan buat kesetian sang lelaki kacak ini sedikit tergugat. Yelah.. perempuan boleh pilih macam pilih baju kat bundle shop jer mana tak rambang mata.
Macam mana nak ubah perangai buruk Sang Lelaki kacak yang tergolong dalam spesis macam tu? Untuk mengubah diorang memang sukar. Terpulang pada Sang Lelaki kacak itu sendiri untuk berubah atau tak. So kalau kita berhadapan dengan pasangan macam ni harus bijak menggunakan psikologi. Untuk membuatkan mereka hanya melekat lekit dengan kita tidak dengan orang lain harus banyak sabar, harus banyak memberi peluang. Tonjolkan kelebihan kita untuk buat Sang Lelaki ni merasakan kita yang terbaik disisi dia. Tu pun kalau korang jenis penyabar lak.. Sebab Sabar itu kunci kejayaan. Kalau tak better la cari lain. Tapi bagi yang baru - baru bercouple senang untuk buat pilihan samada stay or go tapi bagi yang dah ada ikatan kalau guna kaedah Stay & Go penuh pula kes kat mahkamah syariah kan? So, try wait & see dulu..
Apapun lelaki ni memang terkenal dengan sikap nakal walau. Tak banyak sikit pun mesti nak jeling juga perempuan lain. Cuma bezanya tahap kenakalan mereka jer. Kalau yang nakal ala - ala manja jer tu ok la tapi kalau nakal ala - ala setan tu yang bahaya.
21 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini