ATUK GUNA MOTOR HONDA 70CC TAPI KENA SAMAN MOTOR 500CC

31.1.11 Suria Lekatlekit 1 Comments

Kesian Atuk kita ni kan?? Dah la umur dah lanjut.. dah 85 Tahun.. Tak pernah pun miliki motorsikal 500cc.. Hanya honda 70cc jer yang berjaya di miliki tapi tetap kena saman yang tak munasabah.

Mesti la terkejut beruk Atuk kita ni.. Hari - hari dok tunggang honda 70cc dia jer tup tup datang saman yang 500cc.. Cucu dia modified honda 70cc dia ke 500cc ker?? Tak logik, kan?? Apa yang lebih tak logik Saman melebihi had laju yang di terima di lebuhraya Kuala lumpur - Seremban 30 Julai lepas tapi Atuk ni cakap dia dah lama tak ke kolompo. Macam mana lak saman tu boleh melibatkan nama dia??

Takut di senaraikan hitamkan kalau tak bayar saman sebelum 28 febuari ni anak Atuk ni pun mengemukakan masalah itu kepada cawangan Trafik Perlis yang kemudian memintanya merayu kepada Ibu Pejabat Trafik Bukit Aman dengan bukti kukuh bagi membatalkan saman itu.

Moga pihak yang berwajib dapat la settlekan masalah Atuk ni. Nak - nak lagi Atuk kita ni cuma petani jer.. Dari bayar saman baik dia belanja cucu makan kan?? Lagipun bukan salah dia.

Rujukan (Kosmo) : Terkejut terima saman menunggang laju

1 comment:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!