AWAS! SANTAN PEKAT MUNGKIN DI CAMPUR AIR PAIP & TEPUNG

20.1.11 Suria Lekatlekit 14 Comments

Ni lagi kes mengambil kesempatan atas kesempitan.. Soal sumber rezeki ni amat la berkait rapat dengan halal & haram namun berapa kerat la sangat yang menitik beratkan soal halal & haram kan?? Bukan la makan babi jer haram.. Makan riba pun haram.. Makan hasil tipu pun haram.. kan?? Kan?? Kan??

Krisis kekurangan bekalan kelapa di pasaran diambil kesempatan segelintir peniaga licik yang sengaja mencampurkan air paip dan tepung bagi menipu pengguna yang menyangka santan dibeli adalah segar. taktik itu dibongkar selepas pihak Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur mengesan tindakan dua peniaga yang melakukan penipuan berkenaan di Pasar Borong Kuala Lumpur, Selayang, di sini, kelmarin.
Dalam operasi itu, pihaknya menyerbu dua premis kerana disyaki mencampurkan bendasing dalam santan yang dijual kepada pengguna. salah sebuah premis yang juga milik seorang warga Indonesia didapati mencampurkan air dan sejenis tepung putih yang digunakan khusus untuk memekatkan kandungan cecair santan yang diperah. Dalam pemeriksaan mengejut itu, pemilik premis berusia 30-an itu tidak dapat memberikan maklumat jenis serbuk tepung yang digunakan untuk memekatkan santan berkenaan. Ketika diajukan soalan, peniaga berkenaan hanya mendakwa serbuk putih berkenaan adalah ubat pekat tanpa mengetahui apa sebenar kandungan kimia di dalamnya. Paling dibimbangi jika tepung berkenaan adalah bahan pengawet yang boleh memudaratkan pengguna. santan campuran itu dijual dengan harga hampir separuh lebih murah dari harga pasaran iaitu kira-kira RM3 sekilogram

Bagi yang suka masak makanan yang menggunakan santan lebih - lebih en hubby saya yang suka sangat makan masak lemak cili padi ni... Berhati - hati la. Bukan sahaja takut di tipu malah takut campuran benda - benda yang nak memekatkan santan tu memudaratkan kesihatan pula. Macam - macam peniaga ni nak raih keuntungan dengan mudah sampai terlupa.. Bangkai yang di sorok bawah carpet akan terbau juga. Cuma tunggu hari & masa jer.

Rujukan (harian metro) : Santan pekat campur tepung

14 comments:

  1. macam2 cara mereka nak kaut keuntungan..huhu

    ReplyDelete
  2. adeyh!
    ade juga macam nieyh!
    thanx info...

    ReplyDelete
  3. ade je cara nk menipu tu. haih!

    ReplyDelete
  4. huhuhu.... tau tak per... ish3..


    anda di tag... kalau nak join lah...^^

    ReplyDelete
  5. i hate santan... tak yah pakai santan la masak... amacam? ok tak?

    ReplyDelete
  6. tak baiklah buat cam tu. lebih baik beli kelapa parut then perah kat umah. lebih selamat~

    ReplyDelete
  7. mahai tu santan sekarang..adui susah nak hidup semua berbayar!

    lagi2 kena tipu..ceh!!

    lekat lama tak npk ? bee follow network blog kamu!

    ReplyDelete
  8. mahai tu santan sekarang..adui susah nak hidup semua berbayar!

    lagi2 kena tipu..ceh!!

    lekat lama tak npk ? bee follow network blog kamu!

    ReplyDelete
  9. ada PuanBee tp x bapa sihat.. x tau napa. badan jd lemah sgt so online pun kejab2 jer

    ReplyDelete
  10. wah sampai macm tu skali... macam ni baik perah sendirik ah.. lagi fresh

    ReplyDelete
  11. nasib jarang beli santan kat kedai. nak selamat beli je kelapa parut.

    Latest Entri :
    1) Tak Dapat Komen : Why?
    2) Penipuan Blogwalking – Saya Hampir Terjebak

    ReplyDelete
  12. macam2 la diorg klu nak fikir untung..sanggup menipu....

    ReplyDelete
  13. manusia x berpedoman..mcm2 cara nk untung..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!