BATU BELAH TAK JADI TERTANGKUP

26.1.11 Suria Lekatlekit 2 Comments

Batu belah batu bertangkup.. Nganga la engkau sampai andai manusia kempunan untuk di tangkup.. kekekekeke.. Maka hari ni berjaya juga aku makan nasik lemak akak blok A. Kekekekekekekekeke

Walaupun semalam request en hubby asam laksa Group Base Sri Damansara malangnya masa en hubby pergi dah abis.. Then request juga la nasi lemak. Tapi en hubby balik bersama nasik lemak,laksa & capati yang di beli dari pasar malam. Terus reject nasi lemak.. Pilih laksa yang tak sedap & macam nak bagi kambing makan je dia potong sayuran tu. Timun bawang rasa macam dia tak potong guna pisau tapi gergaji. Besar2 belaka. Tapi takpe la akibat mengidam.. ku telan juga sampai abis. Nasi lemak & capati.. Ditugaskan pada en hubby untuk menghabiskannya.

Cerita pasal nasi lemak akak blok A tu.. Not Bad.. Harga sebungkus RM1 tapi mengeyangkan.. orang tamak beli 2 bungkus.. kot2 lapar lagi boleh makan. Tengok kuih seri muka yang hijau menawan bersama pulut di bawah yang putih gebu buat hati tertawan.. beli la RM1 sebanyak 3 ketul tapi makan secubit simpan dulu. Sebab aku jenis cepat kenyang pastu cepat lapar. Kejab lagi tu selamat la dalam perut. Ni tengah full lagi dengan sebungkus nasi lemak tadi.

Maka.. Batu belah tak jadi la menangkup aku. Takde la kempunan lagi. Oh.. sungguh riang rasa hati.. Rasa nak menari poco2 je dalam rumah ni. kekekekekekeke

2 comments:

  1. makan dengan selera..
    ahhh.. nom nom nom...

    ReplyDelete
  2. kecur liur mak terbayangkan nasik lemak... owhhhh lapar2

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!