BLOG BEBAS PINK

26.1.11 Suria Lekatlekit 8 Comments

Bila sesuatu itu bukan favorite atau taste maka kadang - kadang kita akan jadi lupa tentang kewujudannya. Tapi selalu bukan lupa cuma tak berniat atau tak berhajat nak guna sesuatu yang bukan menjadi favourite.

Kalau korang perasan (sebenarnya aku pun baru sedar setelah blog ni di review oleh Shahazrin.com) Blog ni bebas dari sebarang warna merah jambu atau pink yang kebiasaannya sinonim atau macam kembar pada blog perempuan/gadis dengan warna pink. Bukan takat pink aku juga kurang minat pada watak2 kartun animasi, atau hello kitty, twetty bird, teddy bear, bunga..  tulisan glitter2 gitu, corak2 yang ber blink2.. atau sinonim la dengan widget2 or gadget2 yang di tampal kat blog gadis - gadis ni.

Bukan la mengambarkan aku ni seorang yang kasar or brutal.. Tak jugak. Macam perempuan lain juga tapi nak buat camna taste aku lebih menjurus pasa sesuatu yang tak berapa nak comel kot. Kekekekekekeke... Lebih tertarik pada blog2 para lelaki yang simple, menarik & kadang - kadang2 nampak stylo milo gitu. Wah.. Tomboy ke si Lekit ni?? Eh.. mana ada, terserlah kewanitaan ni kalau korang berpeluang mengenali Sang Lekit di luar sana. Takde jalan bongkok2 bahu.. Takde kangkang kaki, takde pakai baju lelaki or seluar lelaki cover sifat keperempuan dengan bekung.. kekekekekeke... Takde tau semua tu.

Lekit seorang perempuan, Isteri & bakal ibu yang di lahirkan bersifat & naluri perempuan yang normal cuma.. tak minat pink, bunga, teddy bear jer.. Kekekekekekeke. Biarpun blog ni bebas pink & ada yang anggap takde setitik pink pun yang lekit masukkan dalam blog ni tak bermakna Lekit anti blog2 yang meriah dengan pink. Sang Lekit sentiasa menghormati minat orang lain.. Manusia kalau semua sama hidup pun takde warna warni la.. ye tak??

8 comments:

  1. hehe..takpe, be yourself~ da banyak sangat blog kaler pink kat luar nun~~

    ReplyDelete
  2. u rock da world girl hehehe...bagaimana kah kalau blog lekat lekit ni tetiba berubah jadi pink..mesti menarik hahaha

    ReplyDelete
  3. x tau la kot dlm perut ni baby gurl pastu trus taste tukar kaler pink.. ntah apa jd blog melekit ni.. kekekekekeke

    ReplyDelete
  4. suka sangat jenguk lekit.. bg akak belog x perlu meriah.. asalkan ia ditulis dari sudut hati.. :D

    ReplyDelete
  5. blog saya pon takde pink..ehh?
    ade ker??
    jap eh??

    eh??

    ade sikit kot?
    eh.. mane ade.. koh koh koh..

    ReplyDelete
  6. Hmm. Kalau nak cari blog awek yang bebas dari pengaruh warna pink ni lah die. Lekat Lekit Gurl Story (LLGS). Betul tak? Setuju tak? "Non-pink Blog". Walaupun pemiliknye ni seorang wanita yang boleh aku dengan iklasnye, mengkategorikan beliau ni sebagai ayu@kiut@cun!... Terserampak dengan blog ni kalau tak silap mase sedang berjalan-jalan blog (Blog walking). Yang membuat hati tertarik sebab tajuknye yang unik tu, LLGS. Kenapa LLGS? Tu menjadi misteri yang tak terkorek lagi rahsianya. Nanti pelahan-pelahan aku slow talk dengan Suria ni.

    ReplyDelete
  7. hehe3...x de halnye..
    pink??apekah??cma x anti kaler..semua layannn

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!