CIKGU DULU MULIA KINI HINA

24.1.11 Suria Lekatlekit 9 Comments

Lagi tajuk kontroversi.. Ada yang kena rotan dengan cikgu2 ni.  Pepatah keju ada mengatakan dont judge the book by his cover.. so dont judge me by my entry title, ok! Maaf.. keju kurang cair.. sebab lidah belacan gitu.

Hari ni selak paper online terbaca seorang cikgu yang di hukum 12 tahun penjara & 2 sebatan sebab rogol seorang pelajar 12 tahun. Tu bukan kes pertama.. Malah bukan 1 2 kes yang melibatkan kelakuan buruk seorang cikgu.

Cikgu!! dulu profesion ni amat mulia & di pandang tinggi masyarakat namun peredaran zaman & kemajuan teknologi.. Wah apa lekit melalut ni! Guru sekarang hanya satu kerjaya yang di pilih kerana kerja. Kerja!! Tiap2 bulan dapat gaji. Macam orang lain kerja.. Bukan pasal minat, bukan pasal tanggungjawab.. bukan pasal amanah dah. Pun begitu bukan semua tapi kebanyakkan banyak macam tu la. Bila abis belajar.. Takde kerja.. Apply jadi guru. Dalam hati dorang.. Janji tiap bulan masyukk...

Bila Minat, tanggungjawab & amanah tu takde dalam diri seorang guru.. Maka dia hanya seorang manusia biasa yang memikirkan budget setiap bulan supaya cukup makan pakai. Mengajar cuma satu pekerjaan yang di laksanakan sebab untuk dapat Gaji hujung bulan. Manusia2 bertopengkan guru macam ni la yang selalunya akan buat profesional yang dulunya mulia jadi hina. Dengan anak murid pun nak menggatal.. Tapi apa nak pelik kalau cikgu sendiri pun dah mula tak tahu halal haram, dosa pahala.. Keluar statement secara umum mempertikaian dosa pahala, halal haram.. Anak murid yang di asuh jadi apa sendiri mau ingat.

Kalau dulu cikgu muzik lekit masa sekolah rendah siap2 warning.. Sapa - sapa anak murid dia jadi penyanyi nanti dia ketuk kepala atas stage.. atau maksud lain dia nak nyatakan pekerjaan itu tidak sesuai atau kurang baik. So tanggungjawab seorang guru adalah membimbing anak didiknya kearah kebaikan & menyatakan apa yang betul & salah. Nak ikut or tak itu terpulang pada anak didiknya namun tanggungjawabnya disitu sudah selesai. Tu pesanan cikgu.. Tapi hari ni cikgu pulak mengeluarkan kenyataan, kalau menyanyi, menari & berlakon itu dosa, kenapa Allah kurniakan bakat tu pada kita??

Kita nilai sendiri la atitute cikgu spesis camtu. Cikgu dulu VS cikgu masakini. Pun begitu bukan semua cikgu macam tu tapi yang segelintir itulah merosakkan nama mulia seorang guru.

9 comments:

  1. cikgu yang dicipta oleh PAS PUSAT NIK AZIZ . hahah :D

    ReplyDelete
  2. lain sguh cikgu zaman dulu dgn cikgu zaman serba canggih ni kan...hurmm

    ReplyDelete
  3. btoi tu...kerana cikgu yg perangai mcmni lah yg memburukan keadaan...kerana nila setitik rosak susu sebelanga...

    ReplyDelete
  4. skang profesion guru dipersiakn...bkn sume yg jd cikgu tu berminat..just amek peluang utk dpt kerja tetap...

    ReplyDelete
  5. adoiyai..cian nama cikgu nie..hehe...

    ReplyDelete
  6. bila dah libatkan nafsu, dh tak kenal lagi dah cikgu ke ustaz ke, polis ke semuanya akan bertukar menjadi makhluk yang paling hina...sehingga sanggup merogol

    entah apa nak jadi skrg ni...

    ReplyDelete
  7. good article... if you don't mind, peribahsa tu sedikit salah... don't judge the book by IT'S cover....

    ermmm, betul la... banyak skrang yang jadi cikgu sebab kurang minat... tapi still ada yang b'minat' nak jadi cikgu....

    dikesematan ini saya nak ucapkan, terima kasih kepada semua cikgu saya yang pernah mengajar saya.... I LOVE U VERY MUCH!!!!

    ReplyDelete
  8. thanks.. br terperasan kesilapan tu.. kekekekeke.. buku dh jd manusia

    ReplyDelete
  9. N3 nie agak teraniaya bagi guru kini yang mulia.
    Nasihat Cikgu Tie jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com