DILARIKAN ATAU MELARIKAN???

21.1.11 Suria Lekatlekit 7 Comments

Baca artikel di kosmo hari ni kes seorang gadis berusia 21 tahun yang di dakwa keluarganya di larikan kekasih buat hati nan melekit ni tertanya - tanya.. Di larikan atau melarikan diri bersama kekasih??

Yelah.. kadang - kadang punca sebenarnya kita tak tahu.. cuma keluarga si gadis itu sahaja yang tahu. Banyak kes yang di katakan di larikan kekasih tapi sebenarnya mereka yang melarikan diri dengan kekasih. Banyak faktor yang menyebabkan benda macam ni berlaku.. Maybe cinta terhalang. Pernah gempar dulu gadis yang mendakwa dirinya di culik di saat menghitung hari untuk majlis perkahwinan rupanya sebenarnya dia sendiri yang melarikan diri atas alasan tak nak berkahwin dengan tunangnya tu.

So, bila ada kes macam ni hari sang lekit mesti timbul curiga.. Selagi belum tahu punca sebenar kejadian  selagi tu aku takkan menerima bulat2 tuduhan ahli keluarga si gadis bahawa anak dorang di larikan kekasih. Kadang - kadang manusia ni nak tutup malu yang anaknya lari ikut lelaki buat report & keluar paper konon anaknya di larikan walhal dorang tahu punca sebenar. Aku tak merujuk pada kes di kosmo hari ni tau.. Tapi bercakap secara umum apa yang pernah terjadi sebelum2 ni.

Bila kes selesai disiasat & punca di ketahui macam kes minah terengganu yang larikkan diri sebab taknak kawen dengan tunang dia tu.. Baru semua orang tahu tapi tak guna sebabnya keluarga pihak perempuan dah mengaibkan pihak lelaki yang tak bersalah pun dalam kes kehilangan anak gadis dorang. So pada mak bapak si gadis sebelum mengeluarkan apa - apa statement biarlah siasatan abis dulu di jalankan. Takut tersalah andaian kita dah melakukan satu kesilapan besar bila mengaibkan orang lain. Tempias malu tu last terpalit kat batang hidung sendiri.

7 comments:

  1. huhuh
    melarikan diri!
    konfm!
    hakhak!

    ReplyDelete
  2. Sebelum membuat kesimpulan, kena tahu penjelasan dari kedua-dua pihak dahulu.

    ReplyDelete
  3. rasanya mcm melarikan diri...dah besar panjang takkan plak dilarikan...ntah la kan...mcm2 bleh berlaku..

    ReplyDelete
  4. macam-macam sekarang nih kan. tapi ramai yang melarikan diri daripada dilarikan especially bagi individu yang dah pandai fikir and jaga diri sendiri nih.

    Latest Entri :
    Tingginya Martabat Seorang Ibu

    ReplyDelete
  5. tulis je hilang bersama kekasih.. then tak perlu nak was-was apa2 dah..kan?

    erm now macam2 kes ada..nak jaga perempuan seorang lagi susah dari jaga lembu sekangdang..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!