IKAN BERGIGI MANUSIA

13.1.11 Suria Lekatlekit 7 Comments

Ni bukan ikan untuk iklan ubat gigi yer.. Ni kisah betul. Tapi tak tau la lepas ni ikan ni jadi glemer & di ambil berlakon untuk iklan ubat gigi lak kan.. Apa kes ni cik lekit?? Merepek je mukadimah dia. Nak kopek la ni...

Alkisahnya seorang nelayan terkejut apabila mendapati seekor ikan sungai yang di tangkapnya mempunyai gigi yang sama macam manusia. Atas keanehnya yang terdapat pada ikan tu so beliau pun bela la sebab percaya sesuatu benda yang pelik tu akan mendatangkan tuah pada kehidupan mereka.


Menurut nelayan ni sebelum menangkap ikan bergigi manusia ni dia pernah bermimpi di datangi seorang kanak - kanak dari sebatang sungai. Kanak - kanak tersebut takde gigi walau sebatang pun. Sebaik di beri makan dia terus pergi. Maybe mimpi itu ada kaitan dengan penemuan ikan bergigi manusia ni kepada keluarga mereka kot.. Tapi semua tu kebetulan jer.


Sejak tersebarnya kisah ikan bergigi manusia ni di media memang rumah dorang tak putus di kunjungi orang ramai yang nak tengok sendiri gigi ikan tersebut. Memang murah rezeki la sebab kunjungan beserta sumbangan yang macam - macam.

Harus la ikan tu di berus giginya kan?? Mana la tau lepas ni Colgate lak berminat nak jadikan ikan tu sebagai duta produk mereka. Kekekekekekeke

P/S : Selamat la ikan tu dari jadi gulai

Rujukan ( Mingguan Warta Perdana) : IKAN GIGI MANUSIA

7 comments:

  1. that is so weird la.....scary! haha

    ReplyDelete
  2. ish~ gelinya tengok ikan ada gigi..

    ReplyDelete
  3. wow!
    akhir zaman~
    hmm...cantik juga gigi si ikan nih...

    ReplyDelete
  4. hoho , kuasa allah kan . rezeki2 . :)


    p/s : sis tolg vote leh ? huu

    http://tomatokering.blogspot.com/2011/01/vote-ceq.html

    ReplyDelete
  5. kuasa allah . tapi bg aku yang belaja Sains Marine ni banyak binatang yg pelik2 aku dah belajar . macam 'parrot fish' ada gigi seakan-akan manusia . tp gigi dia lagi power , sebab makanan dia batu n terumbu karang :)

    ReplyDelete
  6. xde pelik mne pon ikan ni
    http://en.wikipedia.org/wiki/Pacu
    sume akan terjawab

    ReplyDelete
  7. putih gigi dia yer... mesti pakai ubat gigi yang ada florida

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!