KERANA SESUAP NASI.. AKU DIKATAKAN INDON

21.1.11 Suria Lekatlekit 7 Comments

Sejak di sahkan pregnant ni even nasik putih pun aku takde selera nak makan kalau aku yang masak. Apatah lagi benda - benda lain. Lesu badan aku sebab kurang makan.. So, memandang 3 hari dah asyik minum jer kena makan jugak la hari ni. Kalau nak makan kena la time2 betul2 nak makan.. Lewat sikit makan selera terus hilang pastu badan makin takde energy. Then arini.. Menapak la aku ke bawah pergi mencari sesuap nasi di restoran Padi Damai ke hapa namanya.

Memang ada servis delivery tapi aku takde pula nombor contack dia. Nak tak nak dari blok c menapak la aku ke Blok B. 3.30 aku order... pukul 4 baru siap order. Order yang paling simple jer.. Nasi putih, sup sayur & ayam goreng kunyit tapi tak tau maybe dorang belek2 sayur2 tu ker.. or belai2 daging ayam tu ker sampai setengah jam kena tunggu walhal takde pun customer lagi time tu. Yang best lagi.. Yang delivery siap dulu.. Padahal depan mata aku, aku tengok & dengar budak tu pick up call & amik order selepas 10 minit aku order. Aku diamkan jer... Sabar separuh dari iman.

Dah siap order aku pun gi la kaunter nak bayar.. Tetiba akak indon sorang ni tegur.. "Orang indon ker?" belum sempat aku menafikan sorang lagi gadis indon menyampuk.. "Muka melayu macam ni di katakan indon." Tu la tu... Muka Perempuan Melayu terakhir macam ni dia kata ada rupa indon. Maybe dia nampak aku macam iras2 kris dayanti kot.. kekekekekekeke. Lepas tu panjang pulak sesi interview.. dah kawen ke belum, dah ada anak ke belum.. Malas nak layan panjang.. aku just jawab sepatah dua, senyum angguk geleng minta business card sebab manalah tau next time nak order tak payah la menapak lagi.. Pastu blah.

Alih - alih balik umah makan tak sampai pun separuh.. Dah takde selera. Nak kata tak sedap.. Ok jer la. Cuma sup sayur tu je maybe terlebih cili. Tak tau la.. maybe alahan pregnant ni kot jadi mengada - ngada.

7 comments:

  1. lekatlekitgurl da kawin upenye. wohh rina xtaw. da pregnant pn. tahniah^^ muke mude belia je tu ha mcm anak dara. pape pn. t8 care ye ~_^

    ReplyDelete
  2. hahaha.. mungkin la kot ada iras2 kris dayanti.. x pon manohara pinot..wakakaka.. sabar je la.. org pregnant banyak betol dugaan.. jaga diri ngan anak dlm perot tu elok2.

    ReplyDelete
  3. hahaha..eh dah prgnant??thniah...ckap kat dia ni muka blacan asli ni ha..hehe

    ReplyDelete
  4. huhuuu... kesian kat puan abbyfunny huhuuuu

    ReplyDelete
  5. INDON PON LAWA TAO! EHEEE

    tAHNIAH YE pEGNANT :)

    ReplyDelete
  6. oh dah pregnant rupanyer..tahniah yer..rezeki..amacam best tak?

    ReplyDelete
  7. akak br jumpa entri ni..tahniah dik..akhirnya...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!