LELAKI 72 TAHUN (ISLAM) MILIKI 86 ORANG ISTERI

26.1.11 Suria Lekatlekit 9 Comments

Punya 86 isteri dan memiliki 170 anak serta 29 cucu ... Kebanyakan anak-anaknya pula perem­puan. Itulah kelebihan kepada Mohammed Belo Abu, 72. Ke­semua isteri dan anaknya tinggal dalam satu komuniti yang besar.Biarpun usianya sudah mencapai 72 tahun, Belo masih bercadang untuk berumah tangga lagi

beberapa pihak badan-badan bukan kerajaan (NGO) terutama Jabatan Agama Islam meminta dia menceraikan 82 isterinya kerana dia telah melakukan kesalahan menikah 86 wanita sedang dalam Islam hanya membenarkan memiliki empat isteri.Walaupun dia mampu untuk menyara dan berlaku adil kepada kesemua isteri-isterinya, dia telah melanggar peraturan perkahwinan Islam.

Belo yang merupakan orang ‘kaya’ sebuah perkampungan menikahi kesemua isteri-isterinya melalui seorang jurunikah bebas yang tidak mendapat pengiktirafan. dia mengakui isteri pertama hingga keempat dilakukan oleh jurunikah yang diiktirafkan oleh kerajaan. kesemua keluarga Belo tinggal dalam satu bumbung walaupun dalam keadaan sesak. Belo tidak menghadapi masalah membiayai kos kehidupan keluarganya kerana dia mampu menyara kesemua keluarganya.

Wah.. Pakcik Belo ni mana hukum pakcik ikut ni?? Kalaupun niat nak bantu golongan miskin takkan sampai 86 orang bini. Bantu la dari sudut lain selain mengahwini dorang. Tu pun ada hajat nak tambah lagi tu. Tapi Pakcik Belo ni bukan warganegara Malaysia.. Jangan lak korang pi siasat dia lak. Nun jauh kat di sebuah perkampungan di kawasan pendalaman Nigeria.

Ensem tak pakcik Belo?? Ada sapa2 nak calonkan diri jadi bini dia??

9 comments:

  1. wow!!! i sorang pun blom lepas, uhuhuuuuu

    ReplyDelete
  2. mesti org tua ni punca masalah rumahtangga dorang...

    ReplyDelete
  3. salam..

    hebat bro power tu..

    tq sudi singgah komen di blog saya..

    :)

    ReplyDelete
  4. tak leh bayang tahap kaya dia...
    kalau sorang nafkah bagi 1000.. sebulan dan 86,000.. kaya kaya kayaaaa

    ReplyDelete
  5. hahaha....undang2 die membenarkan....kalau dalam islam ley kahwin sampai 10..nescaya pasti ada yg berbuat demikian..tp maybe 1 dalam 10000 la...hihi..yg penting sama adil dan xberbelah bg kasih syg... ^_^

    ReplyDelete
  6. Isteri-isteri di atu sanggup kahwin sebab nak tumpang kesenangan dia, kat sana kat kehidupan susah sangat. Kalau kat Malaysia la kan, takde yang sanggup kut..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com