mudah.com Jual Alat Ganti Curi

22.1.11 Suria Lekatlekit 5 Comments

Wah.. Dalam zaman serba maju lagi laju aktiviti jenayah pun sama - sama turut maju bersama teknologi, kan?? Itu la tu.. Ni kes satu kumpulan mudah.com bukan mudah.my tau!! Jangan silap mudah.my tu laman sesawang yang memberi laluan pada pengiklan untuk mengiklan & menjual produk mereka ni kumpulan mudah.com pulak lain. Tapi tetap guna kaedah yang sama untuk menjual produk dorang.. Iatu melalui laman web.

dua lelaki dari kumpulan bergelar ‘mudah.com’ yang bergiat aktif melalui laman web untuk menjual alat ganti motosikal di Serdang dekat sini sejak dua tahun lepas tumpas apabila polis menahan dua lelaki dalam satu serbuan di sini 13 Januari lepas. Mereka menjalankan aktiviti tersebut secara separuh masa dipercayai telah membeli motosikal curi sebelum meleraikannya untuk dijual dan kemudian mengiklankannya melalui laman sesawang. Menurutnya lagi harga alat ganti motosikal yang dijual tersebut adalah lebih murah daripada biasa dan menyebabkannya mendapat sambutan daripada pembeli yang melihat iklan laman web mereka

Memang la boleh jual murah, modal ciput.. Barang curi la katakan. Apapun beringatlah wahai penjenayah sebabnya.. setiap perbuatan jahat tu ada balasannya. Sekarang ni tak payah tunggu akhirat kat dunia pun tak mustahil dapat balasan.

Rujukan (Kosmo) : Sindiket ‘mudah.com’ jual alat ganti curi tumpas

5 comments:

  1. salam...

    akhirnya tumpas juga...inilah, suka sangat cari makan guna jalan pintas :(

    ReplyDelete
  2. Makin dasat la pencuri-pencuri ni, boleh siap jual barang curi online lagi.

    ReplyDelete
  3. arghh..baru semalam berborak2 dgn kawan mereka menyebut tentang membeli dan menjual di mudah..tapi aku tak ingat mudah.my ke mudah.com..mudah.my kut..

    ReplyDelete
  4. mane achi... curik pastu jual...

    stanby ye.. kamu next! stanby untuk blog pilihan GPK..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com