PAKCIK MAKCIK MARAH KENA BAYAR 20SEN BEG PLASTIK

15.1.11 Suria Lekatlekit 5 Comments

Mungkin bagi warga KL dah tak pelik la dengan kempen hari tanpa Beg Plastik tapi bagi negeri - negeri lain yang baru melaksanakan kempen tu contoh macam kat kelantan yang baru masuk minggu kedua disana terpaksa la berdepan dengan kerenah pelanggan yang tak berapa familiar lagi dengan kempen tu.

Kesian budak - budak cashier terpaksa la tahan telinga kena bebel dengan pakcik & makcik terutatama dari golongan warga emas ni. Tu la kan.. bagi warga emas yang dah hidup lebih dari 50 Tahun lebih menghargai nilai duit walau hanya 20sen sebab bagi yang lahir sebelum merdeka mereka melalui kepayahan nak dapat duit ni. Tapi budak - budak sekarang 20sen kadang - kadang main campak je, kan??

Itulah terpaksa di hadapi petugas di kaunter pembayaran di pasaraya kat kelantan. Terpaksa berdepan dengan kerenah kerenah pelangan yang merungut dengan kempen ni. Nak buat macam mana kan.. Maybe masih baru so dorang terkejut lagi. Lama - lama dah biasa ok la tu.

Rujukan (kosmo) : Beg plastik 20 sen cetuskan rungutan

5 comments:

  1. hahaha..biasalah tuh..mula2..cikgetah pon mula2 lupa jugak...pergi 7e beli roti lepas takde plastik...nak plastik tambah 20sen..hehe takpelah saya pegang jek roti tuh. next time isi beg siap2 dalam keta..senang.

    ReplyDelete
  2. hehe. kite mule2 pun gitu jugak. mcm pelik tak bg beg plastik. lupa hari tu hari sbtu. =.="

    ReplyDelete
  3. tula psl .. hari tuu ..
    terperanjat gak den mse beli brg kt tesco ... sg petani ..! xde plastik..adee..

    ReplyDelete
  4. umi dni bebel gak memula.skang dia paham dah. :D

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!