PELAJAR HISTERIA CUBA SERANG RAKAN DENGAN PISAU

26.1.11 Suria Lekatlekit 4 Comments

Haruslah di cari penyelesaian dengan segera. Histeria di kalangan pelajar di sekolah tidak lagi menjadi perkara remeh kalau membahayakan diri dan orang lain. Kalau semalam pelajar di salah sebuah sekolah yang terkena histeri di katakan cuba terjun bangunan, hari ni Teluk Intan berlaku lagi kes histeria.

Mula - mula seorang pelajar perempuan terkena histeria semasa sesi pembelajaran baru bermula menjerit & membaling cermin tingkap kearah guru tapi nasib baik la cikgu sempat elak.. kalau tak bocor. Lepas tu berjangkit pula kat pelajar perempuan lain. Dah abis serang pelajar perempuan.. Test market lagi si jin tu kat student laki lak.. Kali ni lagi ganas. Pelajar lelaki yang terkena histeria tu keluarkan pisau & cuba menyerang rakan sebelum berlari kearah jalan besar & hampir2 di langgar kereta.

Seorang guru cuba menenangkan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ranggam yang mengalami histeria di Teluk Intan, semalam. Gambar menunjukkan seorang pelajar yang cedera selepas diserang histeria. 

Gangguan makhluk halus ni tak hanya pada pelajar tapi kat makcik pengusaha kantin yang tinggal disitu jugak. Katanya dia sering di ganggu malam hari dengan ketukan pintu or kadang kaki dia pula kena geletek masa tengah tidur. Bukan takat tu jer.. dia juga mengalami kerugian bila sekolah itu sering di serang histeria.

Histeria ni macam penyakit berjangkit kalau berlaku kat sekolah, kan?? Puncanya tak tahu la.. macam - macam punca bila pengamal perubatan cuba selesaikan masalah histeria yang berlaku. Apapun setiap kejadian ada alasan & punca nya. Selalunya manusia la puncanya. Sebab manusia ni antara makhluk perosak didunia yang sering mengundang kemarahan makhluk lain. Tu cuma pendapat peribadi melekit jer... Takde kajian dari mana2 pihak profesional yer.

Rujukan (Utusan Malaysia) : Kecoh pelajar histeria cuba cederakan guru

4 comments:

  1. btul2...benda2 tu xkn kacau kalau manusia tak buat hal dulu..dia pn tak berani nak kacau manusia..

    ReplyDelete
  2. kat sekola aku pon penah jadi cam ni

    blogkecohbetol.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Masalah histeria ni dari zaman persekolahan saya dulu dah terjadi..nasib baik tak pernah terjadi pada saya.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!