PERUNCIT LAZER, PERUNCIT LAMBAT & PERUNCIT MESRA

29.1.11 Suria Lekatlekit 6 Comments

Ni apa kes lak cerita pasal peruncit ni?? Takde apa just nak share jer.. Lagipun aku baru jer balik dari Membeli belah makanan kat restoran disini then singgah kejab kedai runcit beli jus.. Nak buat camna tekak sekarang cuma boleh terima minuman ber jus jer.. Lain2 mudah loya & muntah.

Dah siap melantak nasi goreng ikan masin bersama oren juice segar dari dalam botol gitu.. Meh kita share cerita di sebalik 3 kedai runcit kat blok Sang Lekit ni. Kat blog Sang Lekit ada 3 kedai runcit.. Ni kat blok C jer.. kalau blok2 lain pun banyak lagi. Satu milik seorang lelaki melayu.. Sebelah dia milik india.. & yang lagi satu kat LG milik seorang india muslim or lebih senang kita kenal sebagai mamak la.

Perbezaaan antara ketiga2 kedai runcit ni memang amat ketara dari segi kualiti barang, harga & layanan. Yang melayu tu bagi sang lekit dah la barang2 basah dia macam tak segar jer.. Pemilik dia (Lelaki) mulut boleh tahan puaka, harga agak mahal. Pernah masa bujang dulu aku pergi la kedai dia beli megi.. Maybe selalu beli megi jer kat kedai dia.. dia pun sound aku tanpa rasa bersalah gitu. Katanya cukup la rasa macam aku nak hentak megi tu atas kepala dia.. "Adik ni pemalas la.. selalu beli megi jer!" Tu la kata - kata keramat dia. Aku buat bodoh jer.. Dalam hati kalau aku nak masak pun tak hingin aku nak beli barang basah kat kedai ko ni. Sayur layu.. ikan pun lembik2.. dah tu mahal. Ko tau ke aku selalu menapak ke Blok D beli barang basah. Mesti ke aku bagitau ko setiap kali nak ke mini market blog D beli barang basah nak masak?? Lepas tu.. Kalau takde pilihan sangat jer aku singgah kedai dia. Kalau tak jangan harap! Mulut puaka camtu lagi bagus ko buat kerja lain dari buka kedai runcit.

Kedai runcit kedua milik indian. Baru lagi la.. Tapi memang sengal. Barang dah la boleh tahan mahal.. tapi kalau time nak bayar, kalau dorang tengah berdialog tamil.. kita yang kena tunggu dulu skrip dia abis. Dah tu.. pelik suka perhati orang. Macam tak pernah jumpa manusia berbilang kaum. Ko Pk Malaysia ni ada orang india jer ke?? Tu salah satu punca malas aku nak jejak kaki kat situ.

Kedai ketiga.. Paling senior & paling lama bertahan kat sini. Seorang mamak.. Aku suka dia ni. Dia ramah & mesra dengan pelanggan tapi bukan seorang yang penyibuk atau bermulut hanjs lagi puaka. Cara dia menegur pelanggan memang boleh di puji. Kalau lama tak datang, dia akan tegur.. lama tak nampak. Tak kerja ke hari ni?? Takde la nak sibuk ko beli megi, ko pemalas bagai. Lagi satu barang2 di kedai dia memang murah. So, walau kadang2 aku melintas depan 2 kedai sengal tu untuk ke kedai peruncit berhemah.. Aku sanggup jer. Layanan & harga barang yang memuaskan berbaloi la menapak lebih sikit dari hati sakit, duit pun kena keluar lebih. Betul tak??

So pada peruncit.. Apa yang penting adalah cara korang beramah mesra dengan pelanggan. Jangan jadi penyibuk atau melazer tak tentu pasal. Pelanggan yang datang bukan adik - adik or sedara mara korang je tau. Nak gurau or nak cakap apa2 biar bertapis sikit. Perkataan MALAS.. jangan sesekali kau suka2 nak gelar pelanggan. Lantak dia nak beli megi ke hapa ke. Duit dia.. dia punya pasal la nak makan apa.

6 comments:

  1. yer.. ini adalah isu kepenggunaan yang jarang sekali sesiapa highlight... bagus2... entry mcm ni la yg kite cari...

    ReplyDelete
  2. sama cam anum,,baru balik dari satu butik nihh.cashier muka ketat.kedekut toii senyuman dia.bukan anum nak ngorat pown.and num bukan lesbian.at least senyum la,,bg nmpak mesra.ni x.muka cam ad masalah berbakul2.

    ReplyDelete
  3. hye akak !
    kite tag akak join contest senyum ! hehe

    http://munalifestory.blogspot.com/2010/12/my-first-contest-jum-join-ramai-ramai.html#

    ReplyDelete
  4. nape tak sound direct je die..mana boleh biar orang tu sedap mulut je cakap.

    ReplyDelete
  5. Ya saya setuju ngan cik Lekit, kalau saya, kedai mamak tu jer saya pergi beli barang, yg dua lagi tu buang masa jer.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!