SAPA GORENG IKAN MASIN NI??

15.1.11 Suria Lekatlekit 4 Comments

Sejak minggu ni aku perasan aku memang cepat mengantuk & mudah tertido even kat kampung haritu pun asal petang aku mesti tidur berbanding sebelum ni. Aku nak kata kuat tido siang tak juga tapi selalu tido lewat bangun terbabas sikit la matahari tapi petang aku jarang sangat nak tidur.

Tadi pun tertido juga. Bangun je jam tepat 4.30. Nak cuci muka terbau orang goreng ikan masin. On the spot rasa nak muntah. Huhuhuhu.. Ni ke di namakan alahan. Sebabnya sebelum ni aku takde hal dengan bau bauan ikan masin. Lagi satu aku takde selera pada nasik. Bukan nasi jer.. malah aku kurang selera makan juga. Maybe normal kot macam ni, kan??

Cuma pantang tengok gambar makanan jer.. Macam karen rasa nak makan time tu & benda yang aku tengok. Tapi sekejab jer.. Bila tumpuan aku beralih pada benda lain.. Dah hilang keinginan tu. Untuk mengelakkan rasa loya & perut masuk angin.. Aku banyak minum & makan roti dalam jumlah sedikit. Ikutkan aku tak rasa lapar pun. Tapi bila perut kosong makin rasa nak muntah pula. So, terpaksa ambil makan juga dalam jumlah yang sedikit.

Tapi bagus.. Mood aku dalam keadaan baik jer.. So, takde la nak melenting or terasa tak tentu pasal, kan?? Kekalkan mood camni yer. Senang & tenang.

4 comments:

  1. ikan masin sedap ape.. ~ perghh ..layan beb..!

    ReplyDelete
  2. ikan pekasam lagi layan, pergh gile sedappppp

    ReplyDelete
  3. dni suka ikan masin. makan dengan nasik panas2,, semalam dni goreng hik3

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!