AL-FATIHAH BUAT ASMAR

21.3.11 Suria Lekatlekit 8 Comments

Sebelum tu Sang Lekit nak ucapkan Takziah kepada keluarga Arwah Asmar yang kehilangan insan tersayang Jumaat Lepas... Siapa Arwah Asmar dengan Sang Lekit??

Pagi Jumaat tu, Adik bongsu aku pepagi lagi announce bila balik beli nasi lemak yang tak jauh dari rumah katanya akak yang jual nasik lemak merangkap sedara juga pada si arwah sedang tenat kerana cancer. Tak pasti cancer apa. Masa adik bagitau tu kata akak nasi lemak tu doktor kata arwah dah 50 - 50. Kemudian tengaharinya di kejutkan lagi dengan khabar pemergian arwah... Siapa arwah dengan sang Lekit??

Asmar ni kira andam terjun Sang Lekit masa majlis kawen sang Lekit dulu. Dalam keadaan lekit masa tu.. Tak sempat nak buat preparation yang teliti. Last minute andam pun takde lagi. Di pendekkan cerita kawan sekolah Sang Lekit Suggest arwah.. Then bagi no contack. Memandangkan takde masa nak survey banyak butik pengantin untuk makeup.. Yang best2 banyak dah full book. Kalau ada pun appointment pukul 9 pagi. Make up mendanya awal2 pagi padahal majlis mula tengahari. Then deal jer dengan arwah. Dia datang make up kat umah. Bayar pun tak mahal. Kira amatur lagi Pak Andam Sang Lekit. Dari situ la kenal arwah.

Lepas majlis kawen tu takde la kita contack sebagai kawan namun sebagai saudara se Islam ni.. Berita tentang pemergian Arwah tetap satu kejutan juga. Apapun Lekit doakan arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Al-Fatihah buat Asmar.

8 comments:

  1. al fatihah untuk arwah juga..semoga rohnya ditempat dikalangan orang beriman

    ReplyDelete
  2. semoga rohnya ditempatkan bersama ahli jannah

    ReplyDelete
  3. Innalillah,kita yang hidup ni mesti teruskan amalan baik

    cik lekit nak tahu,semalam tengok iklan cerita Siti kat Astro ria,ada cikgu shida tu enterprame..huk aloh,nak fengsan!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!