PADAH CINTA DALAM TELEFON! CINTA LELAKI KACAK 30an,KAWEN LELAKI TUA 63TAHUN

3/09/2011 02:47:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

Lagi kes tipah tertipu! Aduhai.. Alkisah seorang anak dara 18 tahun yang berputik cinta bersama seorang lelaki lepas silap nombor then terus berhubung melalui sms & call kat telefon. Sejak 5 bulan berkenalan lelaki tu di katakan sering topup untuk budak ni.. Bukan je top up siap bank in duit lagi untuk dia bershopping. Maybe umpan duit tu la buat budak pompuan ni angau walau tak pernah jumpa pun.

Nak di jadikan kisah & teladan selepas lima bulan berkenalan kat telefon, dorang membuat keputusan untuk kawen. Si anak dara ni sanggup naik bas ke kulim datang jumpa boyfriend yang tak pernah dia jumpa sebelum ni lepas terus di bawa ke negara jiran seterusnya nikah. Menurut gadis ni di syak dia di pukau. Lepas 4 hari si pompuan ni rasa tak puas hati, so nak berpisah dengan suaminya yang sebelum ni mengaku bujang, umur 30an & bekerja sebagai pegawai bank namun hakikat sebenar lelaki tu berusia 63 tahun, kerja sebagai penoreh getah, pernah bernikah 4 kali & bercerai, mempunyai anak sulung yang berusia 30an & bongsu 7 bulan dan budak pompuan yang tertipu tu merupakan isteri kedua kepada lelaki ni.

Menurut pakcik kita ni.. masa menikah takde sebarang paksaan & dia ada semua dokumen bukti pernikahan dorang. Katanya dia suka kat bini dia tu sebab pandai jaga hati dia & suka dengar suara si gadis tu. Abis pakcik dok sogok topup & duit belanja.. mana tak di jaganya. Nak - nak lagi pakcik mengaku bujang 30an kerja pegawai bank.. Maka mengedik la budak tu. Yang pompuan tu lak terlampau berani, kenal kat telefon baru 5 bulan tak pernah jumpa sanggup datang kat lelaki tu.. Nasib baik dia bawak pegi nikah, kalau bawak pergi jual or lacur ko macam mana???

Bahayanya bercinta tanpa kenal ni.. So pada korang yang terjebak dalam cinta online ni berhati hati la. Ayat ni macam - macam ayat boleh keluar nak perangkap.. Kenali dulu pasangan korang sebelum ambil apa - apa keputusan. Jumpa & kenal dulu.. Pastikan di tempat yang selamat. Kalau dia betul - betul ikhlas suruh datang je kat rumah tapi bukan rumah bujang yer.. Rumah family. Bila dah jadi kes macam ni.. Tak boleh nak salahkan sebelah pihak jer... Sebab yang perempuan tu pun salah jugak.

Rujukan (Sinar harian) : Bahana percintaan ‘top up’


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

12 comments:

  1. pernh terjebak dalam cinta on9 ni..

    sakit sngt bila dpt tahu diri di tipu...tp nasib baik la xpernh jumpa lagi...

    apa motif dia nk menipu pun sy kurang pasti...nak kata dia umpan duit..xde la pulak....sy bg dia duit..lagi la tkde...

    nak balas dendam....?? mungkin la kot....entah la...syukur lah semua dah berakhir...

    pasal artikel ni..betul la..tk boleh nk salahkan sebelah pihak je...kalau perempuan itu tk melayan..xkn jadi.... :)

    salam kenal dari Nabilah...(^_^)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    BLOG REVIEW : GORENGBAIK

    ReplyDelete
  2. bahayanya. so, both of them, da bercerai la?

    ReplyDelete
  3. fuyooo..untung la pakcik tuh dpt anak dara..kehkeh..main2 cinta lagi..ishkk

    ReplyDelete
  4. mudahnya perempuan terpedaya dengan wang ringgit

    ReplyDelete
  5. itulah namanya perempuan materialistik.
    bagi duit,,layannnn jer..

    ReplyDelete
  6. huuuuu dasyatnyeeeee.... takut la skrg ni... mcm2 ade....

    ReplyDelete
  7. mmg kena berhati² dgn lelaki bermulut manis..tak kirala yg depan mata..apalagi yg tak nampak mata mcm nih..zaman bujang dulu sy bnyk jumpa lelaki mulut macam tabur gula kat bibir nih..nasebla x terpedaya..

    ReplyDelete
  8. dengar jer kerja bank terus terpikat...berhati2 la semua anak remaja diluar sana...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com