SERAM! PONTIANAK MERAYAU DI IPD BETONG

7.3.11 Suria Lekatlekit 7 Comments

Gangguan kemunculan lembaga berambut panjang di bangunan baru Ibu Pejabat Polis (IPD) Betong di sini, selepas sebulan berpindah ke lokasi itu kini memasuki episod baru apabila makhluk jelmaan menyerupai wanita itu dikatakan beralih angin dan sering merayau di kediaman pegawai pula. Lembaga itu dikatakan berpakaian lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang dan dilihat sering merayau sekitar kediaman pegawai setiap awal pagi sebelum menghilangkan diri. Beberapa pegawai di IPD itu mendakwa pernah melihat kelibat wanita berjalan sendirian, malah lebih mengerikan apabila lembaga itu pernah menjenguk kepalanya menerusi tingkap di sebuah kediaman didiami pegawai. Beberapa pegawai di IPD itu mendakwa pernah melihat kelibat wanita berjalan sendirian, malah lebih mengerikan apabila lembaga itu pernah menjenguk kepalanya menerusi tingkap di sebuah kediaman didiami pegawai.IPD Betong menjadi tumpuan apabila kelibat wanita berpakaian putih dan berambut panjang yang dikaitkan dengan pontianak didakwa sering mengganggu anggota dan pegawai polis bertugas pada waktu malam selepas sebulan berpindah.beberapa anggota bertugas juga pernah melihat kelibat individu tidak dikenali sedang tidur dalam lokap pada waktu malam dan keadaan itu bukan saja membuatkan mereka ketakutan, malah tahanan sendiri merayu supaya dipindahkan ke lokap lain.gangguan menyebabkan seorang anggota penyiasat hampir pengsan dan terpaksa melompat dari tingkap bangunan berkenaan selepas melihat lembaga menyeramkan itu berdiri di depannya.Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai enggan mengulas lanjut sambil menjelaskan kes itu bukan berkaitan jenayah.



Teringat pula Sang Lekit cerita seram yang pernah di ceritakan seorang blogger pasal rumah banglo yang di sewa beliau & rakan - rakan di shah Alam.. berdekatan dengan wetworld tu. Kes - kes berkaiatan syaitan, iblis & jin ni memang la bukan dalam akta jenayah tapi gangguan macam ni kalau di biarkan tak mustahil mengundang bahaya. Polis memang tak boleh selesaikan kes macam ni.. So, pergi la pada mereka yang sepatutnya. Pastikan orang yang membantu tidak mengamalkan sebarang ilmu yang berdamping dengan syaitan, iblis atau jin ataupun yang memesongkan akidah. Bahaya jugak.. sebab masih ada yang berpendapat bodoh kata, kalau masalah berkaitan dengan gangguan syaitan, iblis & jin.. maka kena guna kaedah yang sama juga untuk merawat. Macam tak percaya pada Tuhan jer... Sapa yang cakap macam tu, tak perlu korang tau la yer. Apapun semua makhluk di alam ni adalah ciptaan Allah.. maka apa yang berlaku juga dengan keizinanNya.. dan kepadaNya juga kita patut memohon pertolongan.


Rujukan (harian metro) : 'Lembaga' pindah rumah 


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

7 comments:

  1. kadang kadang.
    kita kena percaya
    tgk pada tempat
    huhu

    ReplyDelete
  2. setuju dgn cik intai.maisarah...

    kita x boleh x percaya sbb benda2 ni hakikatnya mmg ada sekali menumpang hidup atas bumi Tuhan ni.kan?...

    tp.,biasanya,kalau kita x ganggu depa, depa xde lah ganggu kita jgk...kebiasaannyalah kan...

    ada apa2 masalah dgn tempat tu kot...

    ReplyDelete
  3. citer hantu rumah seksyen 2 tu memang seram..yg kes pontianak ni..tah² hantu kak limah balik rumah tak? hehe..kena siasat dulu benda² gini..tp x dinafikan jelmaan mcm ni wujud sbb syiatan kan sentiasa nak sesatkan manusia..

    ReplyDelete
  4. lembaga pontianak dengan lembaga hasil dalam negara tu sama tak Lekit oiiii?

    ReplyDelete
  5. huhu..dugaan untuk abang dan kakak polis. dulu kan pernah tersira dalam paper kan

    ReplyDelete
  6. yg seram siap jenguk rumah tu. Mau tak seram tetb ade kepala menjenguk..heeeeheeeheeee

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!