ALAMAK! TERSALAH CHECK IN

23.4.11 Suria Lekatlekit 10 Comments

Bukan darurat sangat pun tapi orang kata tak elok menahan. Alang kepalang dah sampai stesen petronas tu.. elok sangat la membuang hajat yang nak terkencing ni.

Kisah ni berlaku kat langkawi jugak. Nak kata tak tengok signboard.. rasanya dah tengok tapi tak tahu la macam mana silap masuk. Nasib baik la tandas tu boleh di kunci kat pintu utama dia. Dah biasa kunci pintu utama & pintu bilik so Sang Lekit dengan tanpa double check lagi terus masuk menyelesaikan niat yang tertunggak tu. Sekali dah siap semua.. ada orang ketuk pintu. Dalam hati mengomel juga.. Dah berkunci tu maknanya ada orang la yang kau ketuk lagi apahal. Ingat nak belek2 muka kejab kat cermin tapi memandangkan takde cermin sang lekit pun bukan je la pintu.

Sekali pakcik driver teksi yang ketuk. Sekali lagi dalam hati membebel.. Apahal pulak orang tua ni ketuk tandas perempuan. Nasib baik dalam hati jer berkata - kata kalau terkeluar kat mulut tak pasal - pasal dapat malu. Pakcik tu dengan tak berapa ramah mesra pun bagitau.. 'Ni tandas lelaki.. tandas perempuan sebelah." Sekali tengok kat pintu.. yelah, tandas lelaki. Patut takde cermin. Dengan malu alahnya.. nak cover line jugak ni terus terpa kat tandas perempuan selesaikan misi belek2 muka & sisir2 rambut.

Dalam hati syukur sangat aku kunci pintu utama tandas tu tadi.. kalau la tak kunci maunya bertembung dengan pakcik teksi tu dalam tandas. Lagi malu gila aku.

Moral of the story... Lain kali check betul2 signboard tu... jangan main terjah jer. Lain la emergency.

Hasil carian Google

Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas
 

10 comments:

  1. adoih..salah pandang la tu..huhu..

    ReplyDelete
  2. Pengalaman yang sukar di lupakan...

    Projek Pintar MAS

    ReplyDelete
  3. hehehehe.. kadang2 signboard pun satu hal. Kadang2 ada tandas Tak letak sign tulisan Lelaki atau Perempuan. Letak gambar je yang lebih kurang je bentuk nya.

    ReplyDelete
  4. tak pe.. lupakan.. lupakan... tapi mau susah nak tido jugak kan.. sebab malu... hahaha...

    ReplyDelete
  5. Nyah.. ko tak pasan ke tempat urine tuu nyahhh?

    ReplyDelete
  6. sbb sama jer mcm tandas pompuan Nyah OOi.. beza xde cermin je kat sinki tu.. mangkuk tandas dia sama jer kena cangkung jugak.. kekekekeke

    ReplyDelete
  7. heheh..cian die..
    so..lepas ni kene berhati2 ye...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com