DAN BILA MANUSIA HILANG KAWALAN

5.4.11 Suria Lekatlekit 15 Comments

Bila ustaz hilang kawalan.. pukul murid sampai mati. Bila pemandu hilang kawalan.. maka berlaku la kemalangan. Bila mak bapak hilang kawalan.. pukul anak sampai mendatangkan kecederaan. Bila politik hilang kawalan.. Timbul macam - macam isu yang memalukan. Bila manusia hilang kawalan maka itulah terjadi.

Bila hilang kawalan & jadi sesuatu yang buruk.. kesal & maaf adakala tidak dapat mengubah apa - apa lagi. Setiap hari kita membaca dalam akhbar atau menonton berita di TV tentang kejadian yang berpunca dari manusia yang hilang kawalan ni. Semakin hari semakin tak terkawal kes - kes yang berkaitan dengan hilang kawalan. Bila hilang kawalan dunia semakin tidak aman. Dalam rumah sendiri rasa tidak selamat lagi. Jadi kat mana kita harus pergi?

Bila terlalu banyak membaca atau melihat kes - kes yang berpunca dari hilang kawalan buat Sang lekit semakin takut pula. Terasa fobia jer berada kat mana - mana sebab kita tahu dunia ni bukan tempat yang selamat lagi. Tapi kalau tak tinggal kat bumi takkan nak pindah ke planet pulak kan?? So, kita semakin tiada pilihan terpaksa juga menghadapi risiko untuk terus hidup selagi hidup. Punca hilang kawalan diri adalah dari sikap kurang sabar. Tak di nafikan itulah kelemahan manusia.

Tersentuh hati Sang Lekit bila baca kat paper kisah murid tahfiz 7 tahun yang meninggal dunia di belasah ustaz kerana di tuduh mencuri wang sebanyak RM7. Berbaloi ke semua ni berlaku? Berbaloi ke kanak - kanak itu meninggal hanya kerana tuduhan yang belum pasti benarnya? Berbaloi ke ustaz itu berdepan dengan hukuman maut hanya kerana inginkan pengakuan dari seorang kanak - kanak tentang tuduhan mencuri wang RM7 tu? Jika dari awal ustaz itu berfikir semua ni.. Pasti tindakkannya terkawal. Memang ajal & maut di tangan Tuhan.. Tapi kes ni memperlihatkan kepada kita seorang yang berpendidikan tinggi dalam Agama pun masih belum mampu mengawal amarah. Masih terlalu sedikit sikap sabar dalam dirinya walau di bibirnya selalu mengucap kalimah Allah. Apatah lagi kita yang masih merangkak dalam mempelajari ilmu Agama ni.


Kisah Gadis yang cuba membunuh diri di KB mall tidak lama dulu juga berpunca dari hilang kawalan. Khabarnya Gadis tu dah meninggal dunia akibat meminum cecair clorox di tandas hospital. Menurut apa yang Sang Lekit baca dari sebuah blog ni.. Gadis itu di katakan terlanjur & sedang mengandung. Sang Lelaki tidak mahu bertanggungjawab membuatkan si gadis mengambil keputusan membunuh diri. Tak tahu sejauh mana kebenaran kisah tapi tetap puncanya dari hilangnya kawalan diri.


Moga kisah - kisah ini menjadi iktibar kepada kita semua. Setiap perbuatan yang ingin kita lakukan.. Cubalah sejenak berfikir agar tidak tersasar dari akal yang waras. Moga kita semua di lindungi dari perkara - perkara yang buruk.

P/s : Dan bila seorang cikgu juga hilang kawalan dalam mencari hiburan maka jadi la macam ni.. kekekekekeke



Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

15 comments:

  1. wahhh.. eh yang entry pasal budak yang kbMALL tu betol ke? dah mati ek..

    ReplyDelete
  2. kesian kat murid tu kan..krn rm7 arwah dia..ustaz zaman skrg??

    psl pempuan tu pun satu..nak sgt dia mati??lantak lah..urusan dia ngan allah..

    hilang kawalan??cikgu cda??
    kakaka...ini bole buat hilang kawalan sambil guling2 you..

    apepun,alfatihah utk mereka yg meninggal dunia.

    ReplyDelete
  3. macam2 hal kan skrg.. kesian btol psl bdk 7 tahun tu..

    ReplyDelete
  4. nape tetiba aku terpikir psl EMP dlm otak manusia yg menjadi kurang tercas bila membaca entri nie?

    ReplyDelete
  5. alfatihah utk arwah..moga cikgu tu sempat bertaubat..

    gadis KB mall tak tahulah..nauzubillah mati dgn cara ambek nyawa sendirik

    yg x tahan..sempatt lg tang cikgu shida..hahaha..

    tahla lekit kan..kdg² sy rs dunia ni dah betul² nak kiamat sbb bnyk hal pelik berlaku..manusia pun dah bertambah jahat sgt sekarang..nak ke mana² seorang mmg x berani..nak lepaskan anak naik van pegi sekolah pun mcm curiga dgn pemandu van..

    ReplyDelete
  6. reply sini yer....I tau u memng suka kene make up lawa2 kan?? hehehe.....

    i realise searang ramai orang dah tak boleh kawal emosi. and itu sngt bahaya la....

    ReplyDelete
  7. Laaa dah mati ke dak pompuan KB Mall tu...emmm...masa 'buat' tak takut tapi bila si dia dah tak nak bertanggungjwb kan dah spi sanggup nak bunuh diri...modo!

    Kesia sgt pada budak yg meninggal akibat di belasah tu...geram sungguh dgn ustaz modo tu! Mengajar agama tapi mcm tak beragama!

    ReplyDelete
  8. kesian kat budak tu. Ke syurga perginya..InsyaAllah..Ustaz yang ada agama, tapi takde akhlak, begitulah jadinya...al-fatihah

    budak pompuan tu nak sgt cabut nyawa sendiri..nauzubillah...Padahal, nyawa kita ni adalah hadiah yang paling tak ternilai dari Allah..


    nak jugak cikgu shida menyelit ye..hahaha..nanti cikgu shida dah jadi pelakon kot-kot masuk ABPBH :)

    ReplyDelete
  9. iskkk.. den ada RM7 nie hah.. meh nak bayar balik.. ape lar.. cikgu tuh x berapa centre kot.. huhuhu

    psssttt.. pic last kelakar okeh! tanpa video den dah golak! ahahhahah

    ReplyDelete
  10. pic yg last sekali tu bukan ker cikgu syidah?
    haha...

    ReplyDelete
  11. semuanya berpunca dari jiwa yang kosong,awek kb mall, ustaz tu,dunia politik skrg,,semua ni ikut sgt sifat marah,,manusia yang kuat tu yang boleh kawal kemarahan,istighfar banyak2 n aku gerenti la ustaz yg gila ti bkn amalkan sluruh ajaran islam yang dia tahu,,,ustaz skrg bkn semua betul,,kembali pada rasulullah, itu contoh terbaek umat islam =)

    ReplyDelete
  12. erm, cikgu tu tak patut... tak patut... ishkk kesian la kat budak tu...

    CSDP tu lagi la tak patut.. annoying betul...

    ReplyDelete
  13. actually psl ustaz tu kita tak boleh nak cakap dia bersalah ke tak. semua dah berkait ngan politik.
    dengar cerita sebenar dr link ni. http://kasturi89.wordpress.com/2011/04/11/kematian-adik-saiful-apa-ceritanya/

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!