FILEM YANG MEMAPARKAN HANTU REAL BUKAN DI LAKONKAN SEMULA OLEH PELAKON BAKAL DI TAYANGKAN

4/11/2011 03:41:00 PM suria lekatlekit 15 Comments

Kini muncul pula dengan filem seram paranormal pertama di Malaysia berjudul Penunggu Istana.Berbeza dengan filem seram lain, Penunggu Istana dihasilkan berdasarkan penemuan sebuah pita rakaman yang mengandungi kejadian paranormal yang berlaku di sebuah rumah tinggalan yang dikenali sebagai Istana BillahI.a dikatakan istana berpuaka dan kesahihan aktiviti paranormal yang berlaku di istana tinggalan 100 tahun itu akan dikongsikan dengan penonton Malaysia mulai 21 April ini.

Aktiviti paranormal yang berlaku di Istana Billah bukan saja menjadi buah mulut orang kampung tetapi turut diakui sendiri oleh kru Warkah Terakhir yang pernah menjalani penggambaran di sana. Mereka turut mengalami pengalaman yang mengerikan. Hal ini membuktikan bahawa tempat itu benar-benar mempunyai kisah misteri yang belum terbongkar.filem itu mengandungi rangkuman rakaman video yang berjaya dirakamkan lima pelajar dengan bantuan ahli Seekers.

Kajian lima pelajar ini dibantu oleh Seekers akan dipaparkan sebagai sebuah dokumentari berdasarkan jurnal video yang diperoleh mereka sendiri. Cantuman 'footages' itu difilemkan sepanjang 15 hari mereka di sana mencari jawapan terhadap kejadian yang mengerikan. Sepanjang 15 hari, banyak penemuan pelik yang mereka temui. Penemuan inilah yang akan disajikan kepada penonton.Selama tujuh hari mereka bermalam di istana itu, segala bukti kewujudan makhluk itu dan perkara yang berlaku sepanjang penyiasatan itu dirakamkan sendiri oleh mereka. Bagi mereka yang lemah semangat atau mudah terkejut dinasihatkan berfikir dulu sebelum menonton filem ini kerana filem ini memaparkan footages yang benar-benar berlaku yakni bukan sekadar rekaan. Filem ini mampu membuat jantung anda berdegup kencang dan menaikkan bulu roma!

Wah filem yang memaparkan hantu real punya bukan bukan hantu yang di lakonkan semula oleh pelakon. Agaknya level seram dia tahap mana yer?? Apapun nampak kelainan dari penghasilan filem ni tapi belum boleh menilai lagi adakah ia mampu menjadi filem seram yang terhebat. Kita tunggu jer yer.. Nampaknya trend menghasilkan filem berkisahkan seram, misteri & mistik ni belum lagi berakhir fenomenanya. Bilalah akan ada filem sehebat Yasmid Ahmad?? Rindu sangat pada filem - filem arwah yang bagi Sang Lekit memberi kesan bila menontonnya.

Rujukan : Harian Metro


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

15 comments:

  1. teringat pulak filem Paranormal...

    ReplyDelete
  2. mcm paranormal pulak. tapi filem tu pun pakai pelakon juga

    ReplyDelete
  3. ehmm.. macam teringin nak tengok..
    tapi cik pulau ni penakut orangnya.. hahaha.

    ReplyDelete
  4. lg sram kalu citer btul hantu btull...yes!

    ReplyDelete
  5. macam citer paranormal omputeh tuh jek..huhuhu..

    ReplyDelete
  6. uisshhh .. citer paranormal pon kalah meyh .. paranormal pon tipu ..

    lg yg nie betull .. hebad hebad ..
    nak tgok lah cm nie !

    ReplyDelete
  7. uisshhh .. citer paranormal pon kalah meyh .. paranormal pon tipu ..

    lg yg nie betull .. hebad hebad ..
    nak tgok lah cm nie !

    ReplyDelete
  8. huhu x nak tengoklah kut..sy penakut..lekit sedang mengandung..x elok tgk citer hantu..

    ReplyDelete
  9. aku tak rasa benda tu REAL . mcm citer omputih tu . apatah paranormal activiti ke apa . tu pon aku dgr real footage . tp aku ttp cakap benda tu fake . ni taktik berniaga . tp aku tunggu gak citer ni nak tgk camne :)

    ReplyDelete
  10. hmm..istana tu kt mana ekk?? baik pergi tgk sendiri yg real depan mata dr tgk dlm filem.. x pernah percaya ngan footage walaupon kononnya asli. mcm pakcik seekers tu buat dulu..ekekeke

    ReplyDelete
  11. rasa mcm nak tengok plak.. nway.. dah klik your ads..

    ReplyDelete
  12. takpa2 kita tunguuu.. harap2 mmg betul2 seram la kali ni.. haha! ;)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com