HARAM GANTUNG GAMBAR KELUARGA, BERSANDING, KONVO ATAU APA2 GAMBAR BERNYAWA

2.4.11 Suria Lekatlekit 14 Comments

Satu lagi ilmu yang seciput nak Sang Lekit kongsikan dengan korang semua. Hasil pembacaan melekit dari sebuah blog yang berkongsi info tentang hukum mengantungkan gambar bernyawa dalam rumah, membuatkan Sang Lekit terus search cari pendapat - pendapat & penjelasan dari orang yang lebih arif dah hasilnya..

Menggantungkan gambar yang bernyawa di dalam rumah ialah seperti gambar binatang, gambar orang atau gambar keluarga tuan rumah. Setelah saya meneliti masalah ini bahawa memang haram dan Nabi melarang umatnya meletakkan gambar bernyawa di dalam rumah, kerana malaikat rahmat tidak masuk di dalam rumah untuk memberikan rahmat. (sumber rujukan : Ustaz Nor Amin)

Dalam sebuah hadith yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi saw bersabda yang bermaksud :
“Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”
Malaikat yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah malaikat rahmat. Manakala yang dimaksudkan dengan gambar pula ialah gambar makhluk bernyawa. Dan larangan yang terdapat dalam hadith ini ialah bukan semata-mata gambar makhluk bernyawa tetapi yang dilarang ialah gambar yang di gantung pada dinding seperti gambar bersanding, menerima ijazah dan sebagainya sekali pun gambar keluarga.
Oleh itu gambar2 makhluk bernyawa seperti gambar manusia dan haiwan yang tidak digantung pada dinding didalam rumah seperti gambar yang dismpan didalam album atau didalam komputer tidaklah menjadi kesalahan.
Ada pun gambar-gambar yang bukan bernyawa seperti gambar kereta, motosikal, gunung ganang, laut, penyapu lidi, penapis santan atau seumpamanya tidaklah haram di jadikan perhiasan pada dinding-dinding rumah.
Wallahua’lam ( Rujukan Kitab Rawa’iul Bayaan Juz 1 ) (Sumber rujukan : Ustaz Azhar Idrus)

Moga dengan perkongsian ilmu yang sedikit ni mampu memberi manafaat yang besar kepada kita semua. Bukan berlagak baik atau alim sekadar cuba memperbaiki apa yang kurang dalam diri.


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas
 

14 comments:

  1. kt umah xde gantung pic apepun, mak xbagi huhuuuu

    ReplyDelete
  2. patung pon x boleh ke?
    xkan nak buang patung, :(

    ReplyDelete
  3. tak boleh nak gantung gambar family pon?

    ReplyDelete
  4. tq sis!benda ni dah patutu semua tahu.cuma kdg2 rasa seronok utk berkongsi gambar kenangan dgn tetamu yg dtg ke rumah,.kite mmg tak gtg apa2 gambar,kalau tetamu nak kite kuarkan album terus he3..

    ReplyDelete
  5. ada dengar gak yang ceramah ustaz Azhar Idrus pasal yg ni..
    btw. thanks for sharing..

    ReplyDelete
  6. Terima kasih dear satu perkongsian yang bagus sekali..

    ReplyDelete
  7. wah!!
    nice info!!
    gambar konvo pun xleh ekk??
    kena buang ni..
    terima kasih for da info ya!!



    salam singgah dari mummy weiyda♥
    keep it up blogging ya dear♥
    ‎(◕‿◕✿)

    hi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

    ReplyDelete
  8. gambar family pun tak bleh. hmm kena turunkanlah nih.

    Latest Entri :
    Takdir Terindah

    ReplyDelete
  9. good remind...=)
    salam kenalkenal...

    singgah sini kalau sudi..
    http://lilyecah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. oh tak leh eh..sedey ar camtu ek..sbb suka nk gantung gamba kenangan..

    ReplyDelete
  11. sekiranya didalam al-quran ada juga ayat yang begitu maka kena ikut la,tapi sekiranya cuma dari rujukan kitab yang kita tak tahu asal usulnya,itu agak meragukan...perkara pernah dibincangkan ,dan ada kelonggaran,jgn gantung gambar yang kita akan puja,family dan gambar sendiri ok.

    ReplyDelete
  12. Aku sependapat dgn Republic..kalau tak silap aku kes ni pernah keluar dalam TV. dan penceramahnya ustaz Abu Hassan Din(sapa Tak Kenal kan) Katanya nya boleh gantung gambar famili, niatnya bukan utk memuja tp mengeratkankan kasih sayang. Bila kita selalu tgk gambar famili kat dinding tu, akan teringat kita kpd mereka. ini namanya ikatan kasih sayang.

    ReplyDelete
  13. salam dear
    terima kasih atas perkongsian maklumat ini. Sama2 kita manfaati. wassalam

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!