HARI IBU BAKAL MENJELMA.. SANG LEKIT LAYAK KE CELEBRATE SEBAGAI IBU?

4/25/2011 02:45:00 AM suria lekatlekit 10 Comments

Tak lama lagi kita akan menyambut hari ibu sedunia. Wah best la ibu - ibu bakal dapat hadiah.. paling2 pun dapat ucapan dari orang - orang yang tersayang.

Macam mana pulak nasib bakal ibu macam sang lekit ni?? Boleh ke nak tumpang celebrate sama?? Baby masih dalam perut lagi tapi tetap dah di title sebagai ibu kan sebab dah ada baby walau belum keluar. Keterujaan mula terasa. Dulu takde la rasa macam excited sangat hari ibu ni selain celebrate untuk ibu jer tapi bila dah ada baby dalam perut ni rasa macam.. specialnya mothers day ni, kan??

Tak kira la baby dah keluar ke belum yang pasti Sang Lekit pun sekarang dah tergolong dalam golongan ibu - ibu. Tetap nak jugak tu... Apa yang lebih istimewa bagi seorang perempuan selain berjaya menjadi seorang anak, isteri & ibu. Biarpun ada orang yang berpeluang jadi seorang anak & isteri tapi masih ada yang tak dapat peluang merasai menjadi seorang ibu kandung pada anak sendiri.

Bila memikirkan semua tu... Rasa syukur & bertuahnya kita dapat melalui semua tu. (Cis! baru 4 bulan pregnant dah mengada! kekekeke). Betapa besarnya jasa ibu.. bila kita melalui apa yang pernah ibu kita lalui untuk menghadirkan,membesarkan seterusnya memberi peluang pada kita melalui semua detik - detik ni. Bukan mudah tapi indah. Sebab hanya seorang ibu sahaja mampu merasai.

Insyaallah tahun ni bertambah lagi satu pangkat dalam diri Sang Lekit.. dari anak dara bergelar isteri, dari seorang isteri bakal bergelar ibu. Dah ada 3 paku kat situ. kekekekekekeke

Mesej untuk my baby : Mummy minta maaf yer sayang sebab mummy kamu terheret sama di kutuk walau kamu belum mengenal dunia apatah lagi pandai membaca, menulis jauh sekali menaip blog. Kamu tetap anak mummy yang baik walau masih dalam kandungan.

10 comments:

  1. Wah...seronoknya dah nak jadi mummy...akak dah 8 tahun...masih menunggu rezeki yang allah bagi..
    doakan akak ya...

    ReplyDelete
  2. panggil ibu la best..
    maisara panggil akak ibu..
    heheh..
    seronok la jadi ibu ni..
    tambah2 bila kita sendiri jaga..
    dapat tengok dia besar depan mata..
    kita tak terlepas sikit pun telatah2 lucu dia..

    tak baik doakan yang tak elok pada orang..:p

    ReplyDelete
  3. wee@!!
    kita sama2 mommy to be!! yey!
    dah naik setahap pangkat kan..
    so get ready...
    macam2 akan berubah dalam idup pasni..
    doakan sang lekit sentiasa sabar dlm menghadapi apa2 dugaan yerp..
    xmo stress2 xbagus utk baby!!
    yey!!
    xsabo nak tgk sang lekit junior!!

    ✿salam singgah dari mummyweiyda✿
    ✿eppy blogging ya!!✿
    (◕‿◕✿)

    Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

    ReplyDelete
  4. akak kena buat sambutan hari bakal ibu.hehehe.

    sbb baby tak kua ag kan.hehehe

    ReplyDelete
  5. thniah sis bakal menjadi ibu..

    *jdilah ibu mithali,anak pasti menjejaki^^

    ReplyDelete
  6. kenapa xde celebrate hari ibu 'saudara' ??? hahahah.. :P

    ReplyDelete
  7. hehe..semua perempuan boleh menjadi ibu..nk galas tanggung jawab seorg ibu tu je mampu @ x..

    cian kat bby..kat mummy pom same..sabar ye abby..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com