KALIMAH ALLAH & MUHAMMAD PADA KEDUA BELAH BADAN KUCING TERBIAR

7.4.11 Suria Lekatlekit 2 Comments

Kejadian ini di sedari oleh seorang peniaga di Bukit Bunga setelah memberi makan kepada seekor kucing terbiar sejak dua minggu lalu. Beliau yang juga seorang pencinta kucing Pada mulanya tidak perasan akan kalimah yang tertera pada badan kucing tersebut. Kucing tersebut akan datang kekedainya 2 kali sehari untuk makan. Menurut makcik berusia 50 tahun ni kucing ni makan macam kucing lain juga nasi & ikan.

Kucing tersebut mempunyai kalimah Allah terbalik pada badannya dan juga kalimah Muhammad pada bahagian sebelah lagi. bulunya seakan tertera kalimah Allah dalam keadaan terbalik. Setelah menyedari keunikkan & keajaiban yang terdapat pada kucing ni makcik tu berniat nak memeliharanya tapi takut pula bertuan jadi makcik ni ambil keputusan untuk terus bagi makan pada kucing ni seperti biasa.

Bagi pendapat Sang Lekit kemungkinan kucing ni sebelum ni adalah kucing terbiar yang tak bertuan tapi selepas ni mungkin ramai yang kan mengaku Tuan bila tahu keunikkan kucing ni. Apapun.. Semua tu tanda - tanda kebesaran Allah. Dan kita patut contohi sikap makcik ni yang membela nasib kucing terbiar dengan memberi mereka makan bukan kerana keistimewaan yang di miliki haiwan itu tapi atas dasar perikemanusian & cinta sesama makhluk.


Rujukan : Sinar Harian


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas
 

2 comments:

  1. tu semua kebesaran Allah..

    kat rumah cik pulau banyk kucing.. hehe..^^,

    ReplyDelete
  2. kalau betul la..alhamdulillah..mmg allah berhak nk mengagungkan kalimahNYA dn nama kekasihnya,NABI MUHAMMAD..even kat bulu kucing sekalipun..allah maha besar..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!