KASTA ANTARA BLOGGER

18.4.11 Suria Lekatlekit 22 Comments

Dalam blog pun ada kasta ker?? Perlu ke wujudnya kasta dalam berblog ni?? Hari ni Sang Lekit berminat nak kopek isu ni mengikut pandangan peribadi Sang Lekit sendiri bukan dari rujukan mana - mana pihak blog atau individu.

Bila dalam berblog ni kasta ni di ldi sebut dengan nama Blogger Otai, Popular & Blogger baru. Di levelkan mengikut usia mereka berblog. Bukan umur blogger tau.. Umur blog dorang. Haruskah di kasakan mengikut usia blog. Bagi Sang Lekit kalau kita nak wujudkan kasta dalam berblog pun bukan dari usia blog tu tapi dari kematangan penulisan blog tu. Tak kira la kalau blogger tu baru sebulan jer tulis blog tapi entri dia penuh pengisian & cukup matang walau umur dia belasan tahun sekalipun di layak berada di level kasta yang tinggi.

Sesetengah orang pandang kasta ni macam penghinaan bagi mereka yang masih di bawah level rendah tapi bagi Sang Lekit dalam berblog kasta ni agak bagus sebabnya kasta ni bukan macam kasta manusia bagi sesetengah kaum tu. Kasta dalam blog boleh berubah.. dari yang di bawah boleh naik keatas. Mungkin hari ni kasta dia paling corot.. tak mustahil berkat dari usaha & terus belajar memperbaiki kelemahan dia kasta dia akan di level yang tinggi. So, berkasta bagi Sang Lekit dalam berblog macam satu motivasi & cabaran untuk kita bersaing secara sihat. Masing - masing cuba menempatkan blog mereka di kasta tinggi.

Kenapa Usia tidak boleh di jadikan pengukur pada tahap kematangan & kebijaksanaan seseorang?? Kalau guna konsep sekolah budak darjah 1 mustahil la ilmu dia setaraf dengan budak darjah 6. ye tak?? Tapi ada juga budak darjah enam yang masih tak tahu baca macam sesetengah budak darjah 1 (tapi budak2 sekarang 4 -5 tahun pun ada yang dah pandai baca). Sebab tu la Lekit cakap usia bukan penentu atau pengukur kematangan & ilmu seseorang.

Kalau ko dah 10 tahun berblog pun tapi entri kau asyik dok cerita pasal keluar dating, marah adik conteng buku, mak bebel malas mandi, pakwe/makwe marah sebab itu ini.. Maka kamu tetap tidak layak bergelar blogger otai walau kamu terkenal sekalipun. Sebab kematangan dalam penulisan blogger macam tu macam budak darjah enam yang masih tak boleh hafal sifir 2, sedangkan ada budak darjah dua dah lancar baca sifir 12.

So pada blogger baru, blogger pertengahan & blogger lama... Yang baru jangan la rasa rendah diri sangat sampai di pijak, yang pertengahan jangan la rasa diri di ambang jaya dah & yang lama jangan la rasa diri dah cukup hebat sebab usia bukan penentu kasta korang dalam berblog. Dan kalau pun yang Otai tu memang dah cukup hebat jangan la sombong & berlagak pula sebab kasta dalam berblog boleh berubah - ubah. Hari ni kamu di atas.. mungkin seminit lagi tak mustahil kamu terlangkup kat bawah. Siapa tahu??

Apa penting usaha, sabar & tawakal dalam setiap apa yang kita buat. Insyaallah.. semua orang boleh berjaya.

P/s : sebenarnya entri ni terilham masa Sang Lekit BW. Lupa lak blog mana Sang Lekit baca ada sebut pasal kasta antara blogger ni.


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas
 

22 comments:

  1. eh..ade ea kasta-kasta nie? maera tak tau la pulak..maera ingat level otai tu hanye diberi pade blogger yg follower puluh riba..hurm..tapi tak elok la perkecilkn blogger, tak kira lah baru atau lame..

    ReplyDelete
  2. khumaera.. tak baca ekk.. takde sapapun perkecilkan blogger lama or baru

    ReplyDelete
  3. sokong dgn lekit.akak pun menulis mgkut dr sendiri namun cuba menjadikan ia bermanfaat,xberani nk klasifikasikan mana2 blogger krn akak nora pun sentiasa rasa diri ini masih byk perlu dperbaiki
    lekit pkbr? lama xjenguk...

    ReplyDelete
  4. sokong-sokong...usia bukan kayu ukur

    ReplyDelete
  5. mcm ade terbaca org dok komen pasal blogger by kasta.. heheheh..


    psssttt.. CB tetap rasa lekit sebagai otai..ehehheh.. ekkekeke

    ReplyDelete
  6. Perkataan kasta tak beberapa sesuai saya rasa..Mungkin ada perkataan lain yang lebih sesuai..

    Ikan Patin Temerloh

    ReplyDelete
  7. saya blogger lama, tp kena mula blek sbb blog lama telah dihancurkan oleh google durjana.. haram sngguh..

    ReplyDelete
  8. saya budak baru belajar, sile beri tunjuk ajar.
    :D

    ReplyDelete
  9. mama... blog saye kategori yg mane ek? huhuuu

    ReplyDelete
  10. blog adalah hak milik peribadi..dan ada pelbagai genre..mungkin ada blog yg berilmiah..mungkin ada blog ditulis hny utk bebel kisah peribadi..sbnrnya istilah blogger otai/popular pon sy x berapa suka psl kita blogging bkn sbb nak jd popular tp sbb kita suka menulis..kalau ada org suka baca apa kita tulis itu dah cukup..

    ReplyDelete
  11. setuju..usia blog bukan pengukur blogger otai atau newbie..:)

    ReplyDelete
  12. betul2.... Hohoho, tak semestinya yang muda tak leh fikir matang dri yg otai... adess pemikiran manusia...

    ReplyDelete
  13. yang sebetulnya, isi kandungan entry yang bagus boleh menentukan kehebatan dan kasta blogger, bukan usia blog atau usia penulis tu...

    ReplyDelete
  14. bagi aku sume same, tak kisah la baru ke lama, aku suka, baca, tak suka, tak payah baca. cmtu je.

    ReplyDelete
  15. 90% stuju dgn kata-kata tuan punya blog nie...

    usia blog tak penting,
    yg penting, isi blog ko...

    ape cite ko..
    ape ilmu yg ko kongsi?
    (bergantung kpd tema blog memasing)

    kan kan kan??


    kalo isi blog ko asik maki org tetiap ari, adeh, ko mengumpul lebih ramai musuh dr kawan...
    dan, secara tak langsung, ko bukak pekung ko sendiri..

    tabiat ko yg suka maki org!

    kan kan kan??

    ReplyDelete
  16. hmm..bagus entry kali ni.. sbnarnyer x sesuai tau kita cuba membuat kasta dlm berblog nie..

    ramai follower smpai beribu2, xbermakna blog dia bagus..bleh panggil otai & popular..

    bertahun2 dia berkecimpung dlm dunia blog ni..xbermakna dia otai.. sbb semuanyer bergantung kpd pengisian blog dia..

    (^____^)v

    ReplyDelete
  17. pok pale TK sendiri..
    dh stahun ada blog, tp tulis cm budak tadika..
    hehe..
    suka sangat entry lekit ni, mmg benar..
    kdang2 budak U pun tulis ntah apa2 kn?

    ReplyDelete
  18. mengarut je kasta2 antare blogger ni. tp x nafikan bende ni wujud.

    ReplyDelete
  19. tahap blogger pertengahan pon jauh lagi untuk digapai ni.. huhu

    ReplyDelete
  20. berkasta2?x per lu la..x sesuai..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!