KULIM HI TECH DI SELEBUNGI MISTERI.. PONTIANAK!

3.4.11 Suria Lekatlekit 10 Comments

Misteri alam ghaib sememangnya wujud tapi tidak semua yang dipaparkan adalah benar. Kewujudan syaitan dan iblis adalah kenyataan di mana mereka juga adalah makhluk ciptaan Allah SWT. Sekali lagi kulim di gemparkan dengan penemuan makhluk seram. Kalau sebelum ni sinar harian pernah membuat liputan di kawasan itu dan menemui pocong kali ni lagi seram penemuannya. Jom ikuti kisah hasil cedukkan dari akhbar sinar harian ni.

lensa Sinar Harian merakamkan imej seakan seorang wanita mendukung anak di jendela sebuah bangunan lama sekitar Jalan Sungai Lembu. Imej wanita itu dirakamkan kira-kira jam 6 petang. Ketika penggambaran dibuat, Sinar Harian turut ditemani seorang pengamal perubatan tradisional. Sepanjang penggambaran, sememang perasaan seram itu ada terutama apabila mendekati bangunan lama itu. Dari tinjauan mendapati, kawasan itu langsung tidak didatangi binatang liar seperti anjing walaupun ia adalah kawasan tinggalan. Pencari kayu, Abdul Razak Mohamad, 57, berkata, sepanjang dia menjalankan aktiviti di sekitar, pelbagai imej dan lembaga pernah ditemui terutama menjelang waktu senja.Selain itu, Jalan Sungai Lembu cukup sinonim dengan gangguan pontianak dalam kalangan penduduk yang tinggal berhampiran. Ada di antara mereka yang tidak berani menggunakan jalan itu tengah malam. Penduduk di sekitar kawasan berkata, pernah berlaku di mana sebuah motosikal yang ditunggangi seorang lelaki ditumpang lembaga seorang wanita di belakangnya. Pernah juga menemui lembaga berjalan dalam keadaan tunduk melalui dicelah-celah pokok getah.

Aduhai.. pada mereka yang tinggal, belajar or kerja di kawasan sekitar tempat kejadian jangan pula terlalu takut & tabsub. Sesungguhnya mereka - mereka yang seram itu juga makhluk ciptaan Allah. Minta la pelindungan dariNya agar di jauhi dari sebarang gangguan. Maybe makhluk tu hilang tempat tinggal setelah kawasan tu di bangunkan kot sebab tu dorang merayau tak tentu arah.

Rujukan : Sinar Harian


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas
 

10 comments:

  1. o.. memang menyeramkan.. tak boleh bayang kalau benda tu menjelmakan diri nya yang kurang enak dipandang mata kat depan muka ni.. pengsan kot dibuat nya..hehe

    ReplyDelete
  2. Ingatlah bahawa Allah itu lebih berkuasa daripada makhlukNya berdoa la semoga dipelihara daripada sebarang kejahatan dan kecelakaan

    Jom Baca dan Komen Sikit
    Perkara Yang Kadang-Kadang Kita Perasan/Tak Perasan
    Renungkan Sedalam-Dalamnya- "Jodoh"
    Kenapa Lelaki Tak Kahwin????

    ReplyDelete
  3. errmmm.. serammmmm.. tapi aku tak penah tengok hantu la :P

    ReplyDelete
  4. erm..seramnya..dahlah banyak citer hantu tengah hangat siar kat TV skang ni.. :(

    Jom baca ni: Wordless Sunday: Red Camel..

    ReplyDelete
  5. follow u.... jom join GA saya...

    ReplyDelete
  6. pehhhhh.....dulu aku balik keja malam2 dari kulim tak pernah jumpa lak...biaq btui ni....serammmmmmmmmmmm

    http://taufiqhafiidh.blogspot.com/2011/04/kapal-terbang-langgar-burung.html

    ReplyDelete
  7. adeh..i'm from kulim..slalu gak drive g sg.lembu..mmg byk bnde pn kt c2..dh penah ternampak dh..tp alhamdulillah tak penah nmpk pontianak lg..huhu.

    ReplyDelete
  8. yup.. yup.. saye satu skolah dgn youhazrenda dlu..

    memang tempat tu agak keras. dan bnyk jugak la yang dah bg warning pasal ni dari dlu lagi..

    ReplyDelete
  9. pernah alami sekali masa habis SPM dulu... seram sangat...
    rambut dia panjang, pakaian smua putih n mata warna merah..bertenggek atas pokok..masa tu dalam kul 1 pagi kat dusun...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!