MELUAHKAN PERASAAN JANGAN SAMPAI NAMPAK BODOH

20.4.11 Suria Lekatlekit 14 Comments

Bila dah marah ni.. apa saja yang keluar semuanya tak berlandaskan akal pun begitu bukan semua orang macam tu yer.. Tapi segelintir sahaja. Tengok dari budaya berblog sekarang nampaknya bila blogger marahkan seseorang, sesuatu atau sekelompok manusia mereka yang dari background yang kita nampak educated pun jadi bodoh. Sekali lagi bukan semua tapi segelintir sahaja.

Bila dah meluahkan rasa kat blog.. Nak - nak lagi blog tu memang untuk paparan umum bukan di private kan memang tak hairan la kalau semua orang boleh baca walau orang yang di maki hamun sekalipun. Apa yang sang lekit perhatikan sekarang ada blogger tu bila dah marah walau ia melibatkan kaum kerabat, sanak saudara & keluarga sendiri tanpa berselindung atau berfikir panjang di hamburkan kata - kata yang kurang bijak memperlihatkan kebodohan & kejahilan sendiri. Kalau ye pun marah.. cuba ambil masa sikit berfikir & tulis dalam bahasa yang bijak & tak menampilkan sikap jahil sangat. Orang akan menilai kamu dari bahasa pertuturan kamu juga sebelum orang nak nilai orang - orang yang membuat kamu marah tu.

Jangan la kita buat keputusan drastik & berterus terang dalam blog bahawa kita takkan itu.. ini.. kalau apa2 terjadi sekalipun pada dia. Contohnya.. kalau dia mati sekalipun aku takkan ziarah dia walau dia sedara aku sendiri sebab aku tak boleh maafkan apa yang di buat pada aku. Kan tu salah satu ayat yang menampakkan kebodohan & keburukkan sikap kita sendiri. Kalau yer pun tak boleh maafkan.. tak payah lah mention sampai dia mati pun kita taknak ziarah. Manalah tau kot2 dekat2 dia nak mati dia berubah & menyesal & minta maaf atas kesilapan dia. Lepas tu menyesal sebab kita dah pernah bersumpah takkan ziarah dia bila mati.

So, sila moral of the story dalam penulisan secara umum ni cuba la sediakan garis panduan agar ada sedikit ruang privacy. Jangan semuanya kita nak luahkan disini untuk pembacaan umum. Lebih - lebih melibatkan perihal keluarga & saudara mara. Tengok - tengok juga cerita yang nak di kongsi kalau terlalu mengaibkan darah daging sendiri rasanya simpan la aib tu. Biarlah kita & keluarga kita sahaja yang tahu sebab pi mai pi mai walau sedara jer tapi tetap ada pertalian darah jugak, kan?? Bila di sentuh soal keturunan nanti.. tetap seketurunan kita. Tempias busuk tu alih2 terpalit kat kain sendiri. Sapa yang malu?? mereka & keluarga mereka..

Ini cuma pandangan peribadi yang tidak mengaitkan mana - mana individu yer.. Kalau ada yang terasa terlebih dahulu sang lekit minta ampun.

P/s : Ini cuma entri autopublish. Sang Lekit sekarang tengah holiday kat Langkawi bersama en hubby.


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas
 

14 comments:

  1. dah marah mmg ssh nk berfikir dgn waras.

    ReplyDelete
  2. huhu..memang setuju..

    "bahasa tu mencerminkan siapa diri kita"

    so, kalau kta cakap kasar dalam blog..orang pun boleh tau kita ni camana kan?

    ReplyDelete
  3. nice! :)

    jgn lupo coklat daim kat den satu yo~! heheheh

    ReplyDelete
  4. btoi2 kakD setuju sgt2....

    selamat bercuti dear...

    ReplyDelete
  5. betol.. setuju gak..
    pernah terjadi..
    gara-gara terlebih emo..
    luahkan everything..
    rosak suatu hubungan..uhuhu

    ReplyDelete
  6. betul...
    mama sangat xsuka pd sesiapa yg suka maki hamun kat blog...sebab menampakkan diri sendiri yg xcerdik kan...

    bez nyer lekit pi bercuti....jelezzzz

    ReplyDelete
  7. betul tu abby..kdg2 naik jelik ngan perangai depa ni..

    p/s~holiday ke langkawi nyah...wahhhh..jgn lupa bw balik buah tgn ye..kekekeke..>_>

    ReplyDelete
  8. hermm betul2 [sebut cm upin dan ipi ok hee]

    ReplyDelete
  9. hermm betul2 [sebut cm upin dan ipi ok hee]

    ReplyDelete
  10. salam..suka post ni... setuju 100%

    ReplyDelete
  11. aku setuju nyah, membuka aib org lain itu dah kira berdosa dan memalukan.. inikan pula bukak aib kuarga sendiri... tapi ye la Nyah...budaya blog ni banyak merosakkan anak2 muda jugak... ataupun anak muda banyak merosakkan budaya blog...

    kita sependapat~

    ReplyDelete
  12. hehehehe.. cayalah lekit.. saya pun penah terfikir nak tulis entri mcm ni... saya sokong sangat2 idea kamu

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!